Wednesday 7 March 2018

HIJRAH (405) ALAM RIMBA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH



HIJRAH (405) ALAM RIMBA RATU RIMBA NIAGARA ANUGERAH-NYA YANG TERINDAH

3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI




Hidup kami bahagia kerana saling menyayangi dan melindungi....
itulah yang ada dalam kerajaan Ratu Rimba Niagara maka kami
bersyukur sebanyak-banyak-Nya pada Tuhan yang menciptakan kami
makhluk-Nya. Manusia lagi bersyukur karena diKurniakan Akal untuk berfikir
namun begitu kami tidak iri hati , kami redha kami diciptakan sebagai haiwan 
untuk memberi manfaat kepada manusia , kehadiran kami di bumi-Nya ini mengindahkan dan menyempurnakan kehidupan manusia. Betapa hebat-Nya Allah menciptakan manusia dan haiwan yang pelbagai rupa dan bentuk.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR.
Foto Veterinaria.
Veterinaria sedang bersama Sarah Soberon dan 9 yang lain.
Los más recientes avances en la medicina veterinaria. Enfocados en la reproducción. Especializados en ecografía. Nuestro canal en Youtube:
http://www.youtube.co...
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL'AWAL 1436H
4 MAC 2015

Foto Sociedad Argentina de Horticultura.
Sociedad Argentina de Horticultura
KENANGAN SEKUNTUM MAWAR MERAH UNTUK RATU RIMBA NIAGARA
"Si Kunta Si Kunte setiap pagi memberi sekuntum bunga kepada Ratu Rimba Niagara agar sentiasa semangat untuk berkarya. "
setiap pagi hulubalangku
si kunta si kunte
memetik mawar merah
di taman istana
Ratu Rimba Niagara
mereka berdua berebut-rebut
memberikan mawar merah padaku
katanya
"Ratu....kami akan setiap pagi
memberikan mawar merah untuk ratu...
sebagaimana wanginya mawar merah ini
begitu jugalah ikatan rakyat rimba dan ratu
sentiasa mewangi di hati
bahasa yang wangi
hati yang wangi
sewangi Syurgawi
andai suatu saat nanti kami tidak dapat
memberikan mawar merah lagi
ratu tetap juga sayangkan kami ya
jangan lupakan kami ya...
Kenapa tuan hamba kata begitu
duhai hulubalangku
Si Kunta Si Kunte yang sentiasa menyayangi beta...
Tidakkah ratu tahu
setiap yang hidup pasti akan mati
hari ini kita hidup
besok belum tentu hidup
mati itu pasti
tapi tak tahu bila
bila-bila boleh mati
mati itu seperti di balik tabir
begitu dekatnya kematian bagi kita yang berhidup
andai kami tiada lagi di dunia ini
ratu jangan bersedih ya...
percayalah kasih sayang dan rindu ratu pada kami
akan kami bawa bersama....
Dengan tangisan hiba Ratu Rimba Niagara berkata...
duhai hulubalangku yang kukasihi dunia akhirat...
kasih sayang kita tak akan berpisah
hanya kematian memisahkan kita
andai disuruh buat pilihan
kekayaan dan kuasa dengan kasih sayang kalian
kan kupilih kasih sayang kalian
kerana kasih sayang kalian
tak dapat dibandingkan dengan harta, kuasa atau darjat
kasih sayang kalian setulus ikhlas
tanpa ada pendustaan dalam berkasih sayang...
kerana teralalu kasih dan sayang
pada kalian berdua
biarlah beta yang mati dulu
agar beta tak terseksa
menanggung rindu atas
kehilangan kalian berdua nanti...
andai itu takdirnya beta redha
moga Allah memberikan kekuataan untuk menerima
kenyataan ketiadaan kalian ...
Si Kunta Si Kunte tidak tahan sebak di hati...
Ratu...hidup kita ini semuanya sudah ditentukan...
sudah ditentukan kita ditemukan
walaupun kita berlainan takdir
tapi bila Allah Kehendaki
Allah tentukan kita bertemu
walaupun Ratu manusia kami haiwan
Atas Rahmat Kasih-Nya Allah
kita ditemukan ratu....
pasti ada hikmah-Nya...
maka dengan rasa saling mensyukuri
Kurniaan Allah ...kita hidup dalam berkasih sayang sejati
seluhur ketinggian budi
seindah bahasa-bahasa
yang menenangkan roh dan jiwa
komunikasi yang indah
membuatkan kita sentiasa hidup
dalam bersemangat
untuk saling berkorban
menabur bakti kepada semua rakyat rimba niagara ini
tanpa tiada sesiapa pun yang dilupakan
semuanya dihargai dan disanjungi setulus hati
saling berkasih sayang
saling berkorban untuk membalas kebaikan
sentiasa berbakti seolah esok hendak mati
itulah yang membuatkan hati kita sentiasa hidup ratu...
itulah falsafah membuatkan
sentiasa menjaga hati
agar tak terlara hati
yang ada
sayang...sayang...sayang...
kasih...kasih...kasih...
sayang dan kasih sepenuh hati sampai ke mati
dengan niat dan harapan
kasih nan suci murni ini
ingin di bawa sampai ke Syurga...
doakan kami ya ratu
moga kita dapat bertemu di Syurga...
kami yakin di Syurga nanti
apa-apa saja bisa
walaupun di dunia ini kami haiwan
atas kehendak Tuhan kami boleh menjadi
bidadara atas fisabilillah kami membantu ratu tika di dunia dulu...
kami yakin itu ratu...
ratu juga yang ajar kami
ilmu fasakkan tauhid kepada-Nya
terima kasih ya ratuku
ratu pujangga dunia akhiratku
yang dikasiihi dunia akhirat...
Mendengar kata-kata si kunta si kunte
serasa terkunci mulutku
hujahannya dalam ilmu tauhid
begitu tinggi hingga aku terkedu
andai benarlah mereka yang akan pergi dulu
daripadaku...moga Allah berikan kekuatan aku
menerima takdir dengan redha atas kematian mereka nanti...
Sudah sepurnama mereka hilang
di lautan cinta ombak rindu
tika mencari mahkotaku yang hilang
di pukul ombak ....
hari-hari aku berendam air mata
seolah tidak menerima hakikat kehilangan mereka berdua
tanpa dikesan...
puas dicari namun tidak juga ketemu
duniaku yang dulunya berpelangi cinta
bertukar menjadi gerhana duka
hatiku pilu bagaikan kaca terhempas di batu
Kerana percaya ini semua atas Ketentuan-Nya...
kuterima dengan redha...
ini semua adalah qada dan qadar
Seluas mana dan sedalam mana lautan hindi
seluas itulah kasih sayangku pada mereka berdua
moga dengan Rahmat Kasih-Nya Allah...
aku dapat bertemu mereka Di Syurgawi...
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin...
Yang Sentiasa Menyayangi Hulubalang Sasteraku,
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN,
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
13 JAMADIL'AWAL 1436H
4 MAC 2015

Bukan senang nak cari shbt yg setia setiap musim. Ramai kwn yg setia ikut musim. Bila senang dia dtg, bila susah dia hilang.

Foto Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

SUBHANALLAH GAMBAR YANG AMAT INDAH, UNIK DAN MENARIK.

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015


6 MAC 2015

GARUDA WIRA NUSANTARA
BENTANGKAN SAYAP GARUDA
BERJALAN LAKSANA KUDA
INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA TERUS DIPERSADA
DIKAGUMI SELURUH WARGA DUNIA
BERJALANLAH GARUDAKU
BERJALAN DAN BERLARI SEPANTAS KUDA
TERBANGLAH GARUDAKU
TERBANGLAH TINGGI MENGGAPAI BINTANG
JANGAN PUTUS ASA GARUDAKU
TEMPUHLAH DUGAAN DENGAN KESABARAN
RAKYAT MENUNGGU KEJAYAANMU
TERBANG KE ANGKASARAYA
TERBANG TINGGI TINGGI
MENGGAPAI BINTANG
UNTUK DIBAWA PULANG
RAKYAT MENADAH TANGAN
BERSYUKUR DIKURNIAKAN GARUDA
BERHATI PUTIH SEPUTIH SALJU DARI SYURGA
SENYUMLAH GARUDAKU
JERIH PERIHMU
TERBALAS JUA
DENGAN SORAKKAN RAKYAT
KAU WIRA NUSANTARA
YANG KAMI KAGUMI
KAMI NOBATKAN DIKAU GARUDAKU
GARUDA WIRA NUSANTARA
SAYANG KAMU SAMPAI KAPAN PUN
KARENA CINTA ANAK IBU PERTIWI NUSANTARA
BERSEMADI DALAM JIWAMU
ISTIRAHATLAH GARUDAKU
IJINKAN KAMI MENERUSKAN PERJUANGANMU
BIARPUN KAMI TAHU
TAK AKAN TERHENTI PERJUANGANMU
SEHINGGA NAFASMU TERHENTI
NAMUN IJINKAN KAMI
TERBANGKAN SEMUA SEMANGAT
CINTA IBU PERTIWI DI JIWA ANAK BANGSA NUSANTARA...
SELAMANYA KAMI CINTAKAN KAMU
SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN
CINTA DAN SAYANGKAN KAMU SAMPAI SYURGA
LIHATLAH DI ANGKASARAYA SANA
JUTAAN GARUDA SEDANG TERBANG
MENGGAPAI BINTANG DI LANGIT KE TUJUH
TERIMA KASIH GARUDAKU
MOGA ALLAH AZZAWAJALLAH
YANG DAPAT MEMBALAS
JASAMU PADA IBU PERTIWI DAN ANAK BANGSA NUSANTARA...
KEHADIRANMU DI BUMI NUSANTARA
KAMI SYUKURI DALAM DOA
MOGA ALLAH SWT
MERAHMATI HIDUP DAN MATIMU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
9 Safar 1435H
12 Desember 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAJA, PEMIMPIN, KESATRIA DAN SELURUH RAKYAT NUSANTARA SEMPENA SAMBUTAN HARI NUSANTARA
13 DESEMBER 2013)

Salam Adat Budaya, Nilainya ada dalam Hati terdalam Bangsa Yang Agung,


Berikan senyuman manis untuk semua peminat karya ratu rimba tanda ucapan terima kasih kepada semua yang mendukung dan membaca karya ratu, ok redy ,"

Sociedad Argentina de Horticultura
Desde 1936 al Servicio de la Comunidad
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

TAHNIAH UNTUKMU KESATRIA RIMBA NIAGARA!
"Tahniah kamu sudah sampai ke mercu kejayaan
ku tabik pada kamu kerana mencapai kejayaan
dengan segala daya usaha tanpa putus asa 
sehingga berjaya sampai ke puncak sedangkan aku
sentiasa berjaya tanpa usaha kerana aku diberi kelebihan
ada kepak itulah beza aku dengan kamu
kamu berusaha untuk berjaya sampai ke puncak jaya
pasti ada misi dan visi tapi hidupku hanya mencari makan
jadinya kamu adalah santapan untukku pada hari ini.
Oleh kerana aku kagum dengan usahamu, aku mahu jadikan
kau sahabatku .
Aku punya banyak kelebihan dan kau pula punya banyak idea
dan semangat untuk hidup bukan untuk kepentingan
sendiri tapi untuk kepentingan semua rakyat rimba niagara ini.
Kaulah kesatria rimba niagara.
Puteri Arnab pasti bangga sama kamu duhai kesatria rimba niagara.... "
Karya Ratu Rimba Niagara
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 SAFAR 1436H
30 NOVEMBER 2014

APABILA TAPAK SULAIMAN MENJADI BINTANG
Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.
 ...Teruskan Membaca


MAHKOTA PUTRI RIMBA NIAGARA DIBELI DENGAN UKIRAN DAUNAN KASIH
 ...Teruskan Membaca

SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen


Walaupun kita berbeda pandangan tapi kita tetap serasi bersama
hehehe
The Route Out sedang bersama Halil Murseli dan 29 yang lain.

PAHLAWAN RIMBA NIAGARA YANG DIKENANG JASANYA OLEH PUTRI ARNAB, PUTERI DIANA & RATU RIMBA NIAGARA
PAHLAWAN-PAHLAWAN RIMBA PUTERI ARNAB YANG BERJASA
Pada suatu hari si Monggel merayap-rayap di lereng bukit. Si Monggel hendak ke kemuncak bukit. Dia ingin membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan berjaya mendaki bukit yang tinggi walaupun dia cuma seekor kura-kura yang hodoh.
Sampai di pertengahan bukit si Monggel terjatuh. Nasibnya sungguh malang kerana cita-citanya untu...
Teruskan Membaca
Bookiraj.com


Walaupun kita tidak memahami bahasa di antara kita
namun kasih sayang menyatukan kita
indahnya kasih kita seperti pelangi di malam hari
tiada apa yang dapat dikata bilamana 
dipenuhi dengan kemewahan hati dan kekayaan jiwa
hanya dilafazkan Syukur Alhamdulillah
Veterinaria sedang bersama Lilla Papp dan 38 yang lain.
SukaTunjukkan lagi reaksi


Ibu akan membawa kalian mengembara ke dunia fantasi ibu...hehehe
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
kami menyayangimu selamanya sehingga rambutku botak...hehehe
Veterinaria telah bersama Alberto Meschini.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
alaa....alaa janganlah merajuk...kita janji tak gaduh-gaduh lagi dengan awak...senyum sikit...hehehe
Wajah yang cantik/ganteng/kacak akan luntur juga bila tiba masanya
namun kasih sayang tak akan luntur sekalipun sudah mati
begitu hebatnya kasih sayang setulus hati
Jika ditakdirkan anda ada di situ ...siapa yang anda sedekahkan terlebih dahulu ya...jika saya yang pertama si kucing itu saya dermakan ikan , kedua anjing saya dermakan peha ayam dan ketiga pakcik tu duit syiling sejumlah RM10.00 hasil daripada duit tabung hehehe jika anda bagaimana pula ya...hehehe
Subhanallah indahmu bulan ...
keindahanmu menjadi sumber inspirasiku berkarya....
Syukur Alhamdulillah
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Subhnallah keindahan yang tiada taranya
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Allahu Akbar keindahan yang tiada tandinganNya,
Syurga bukan fatamorgana tapi adalah realiti
keindahannya tidak terjangkau oleh pemikiran manusia
keindahan yang diperlihatkanNya di dunia ini cuma 1% sahaja
99% keindahan ada di Syurga
Moga kita menjadi penghuni Syurga bersama dapat melihat Wajah
Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah Aamiin.
Syurga tempat penuh nikmat tapi setelah Allah mempamirkan WajahNya segala nikmat di Syurga dilupakan kerana Maha IndahNya Allah, melihat Allah seperti mana diperlihatkan bulan sejelasnya
tika itu semua penghuni Syurga bersujud meng-Agungkan Allah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen

Allahu Akbar betapa kerdilnya aku di sisiMu Tuhan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
INDAH DALAM HATI PENUH KASIH DAN SAYANG
ITU ADALAH KEMEWAHAN JIWA DAN KEKAYAAN HATI
YANG ALLAH SWT KURNIAKAN BERSYUKURLAH
Team yang hebat adalah sehati sejiwa untuk menggapai SyurgaNya"
PELUANG FISABILILLLAH SEBELUM MATI
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Yang Berkasihan Belas Kepada Semua Hamba-Nya Tanpa Terkecuali
Menguji hamba-Nya tanda Dia cinta
Menguji mengikut kemampuan hamba-Nya
Kerana Dia Maha Tahu hamba-Nya boleh lalui segala ujian
Gaza diuji dari segenap sudut
Kiri kanan
Depan belakang
Tapi mereka tetap tabah
Harta benda mereka ranap sekelip mata redha
Keluarga mereka mati di hadapan mata redha
Jasad mereka cacat akibat keganasan yahudi redha
Redha ....redha...redha...
Mereka masih tersenyum
Biarpun tak punya
Kaki...tangan....buta...
Sekali pun badan hancur
Sedang nyawa-nyawa ikan
Masih redha...masih redha...masih redha...
Allahu Akbar ....
Betapa tinggi darjat redhamu rakyat Gaza
Duhai rakyat Gaza...
Malu kami pada Tuhan...
Kerana kami tak seredha kalian
Memang patutlah Syurga tempat kamu
Kamu redha dengan Tuhan....
Tuhan pun redha dengan kamu
Redha meredhai
Tauhidmu begitu kukuh
Hingga kau bawa ke nafas terakhirmu
Tapi cuma satu kau tak redha
Negaramu dizalimi
Yahudi laknatullah
Tanpa ehsan
Biarpun sebesar zarah
Mahu dihancurkan negaramu
Dan berazam akan menghancurkan
Seluruh negara Islam
Yang ada dimuka bumi ini
Bilamana negara islam hancur
Akan hancurlah Islam ..
Itu matlamat
Yahudi Laknatullah
Dan ini sudah termaktub
Dalam Al-Quran ...
Duhai saudara Islam
Di luar sana
Hari ini
Kami diuji kami redha
Kerana kami tahu Allah cintakan kami
Maka kami diuji mengikut kemampuan kami
Tapi tahukah kamu
Apakah ujian kamu pula
Ujian kamu
Adakah kamu membiarkan saja
Negara kami hancur
Tanpa pembelaan
Daripada saudara seislam
Kamu boleh makan seenaknya
Kamu boleh tidur seamannya
Kamu miliki keluarga bahagia sesempurnanya
Kamu miliki harta setinggi gunung
Kamu miliki negara yang aman sentosa
Hidup kamu bahagia...
Hidup kamu sentosa...
Hidup kamu cuma
Canda...canda...canda...
Ketawa...ketawa..ketawa...
Makan...makan...makan...
Tidur...tidur...tidur...
Hiburan..hiburan...hiburan...
Tapi tahukah kamu jika
Apa yang kamu miliki itu
Direntap sekelip mata gimana?
Pasti kamu akan tergamam...
Menyesal pun tak berguna
Kerana kamu tak menghargai
Rebutlah lima perkara
Sebelum datang lima perkara
Sebelum kamu miskin
Bantulah kami dengan seikhlasmu
Kerana kami amat memerlukan
Untuk membangunkan semula negara
Kami yang hancur ini sehancur hati kami
Akibat kekejaman yahudi laknatullah
Sebelum kamu mati
Tanpa status hamba Allah fisabilillah
Rugilah kamu kerana tahukah kamu
Jika kamu mati fisabilillah
Syurga tempat kamu
Biarpun mereka sangka kamu mati
Sebenarnya kamu tak mati
Kamu hidup bahagia di Syurga
Dengan rezeki yang tak putus-putus
Segala nikmat Syurga kamu dapat
Kerana mendapat rezeki yang tak putus-putus
Hingga setiap saat kamu akan rasakan
Inilah Syurga yang Allah telah janjikan pada
Kami yang syahid ke jalan-Nya
Janji Allah pasti dikotakan
Allah Maha Menepati Janji
Kerana kami terlalu bersyukur pada-Nya
Kami mohon pada-Nya
"Ya Allah hidupkan kami semula
Kami mahu fisabilillah lagi Ya Allah...
kerana kami mahu membantu
saudara seislam kami ...kami
tahu Kau pasti tak perkenankan
kerana setiap hamba-Mu diberi peluang
tika waktu masa hidup saja...
jika sudah mati habis segala peluang..."
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Karya: Ratu Rimba Niagara
7 Safar 1434H
21 Disember 2012M
(DILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT GAZA & SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA)

YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015
YA ALLAH YA RASULULLAH BETAPA INDAHNYA BILAMANA KALAMULLAH-MU DI HAYATI DI JIWA DIRESAPI DI KALBU DICINTAI DI SETIAP SAAT DAN WAKTU...ALLAHU AKBAR betapa indahnya kehidupan sebegini pasti berada bagaikan di Taman-Taman Syurgawi....
Moga Syurgalah tempatmu nenek
kepada bidadari kecil sungguh aku terkesima dengan kesungguhanmu
mengajar nenekmu penuh kasih sayang dengan kelunakkan suaramu yang memukau segenap jiwa yang mendengar lantunan suaramu membaca Al-Quran ...sesungguhnya engkaulah bidadari kecil yang dipinjamkan-Nya di bumi ini...
ALLAHU AKBAR sungguh aku terkesima syahdu hingga saat ini....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
PUJANGGA ALAMMAYA NUSANTARA & DUNIA
RATU RIMBA NIAGARA
SAUDARA SEISLAMMU YANG MENYAYANGIMU DUNIA AKHIRAT
29 MUHARRAM 1437H
11 NOVEMBER 2015

Foto Norhaza Manda Conai.
Norhaza Manda Conai ke Izinkan Aku ke Surga Mu ya Allah..
ASSALAMUALAIKUM WBT DUNIA ALLAH
HIDUP HANYA SEKALI MATI PASTI DATANG HANYA GAMBAR BERBICARA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 Jamadilakhir 1439H
7 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;