Monday 30 April 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (77) PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (77) PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA

SELAMAT HARI PEKERJA SEDUNIA 1 MEI 2015
DISIARKAN PUISI KARYA RATU RIMBA NIAGARA TERISTIMEWA UNTUK SELURUH PEKERJA DI SELURUH DUNIA.
"Gajimu dibayar oleh majikamu
Gajiku dibayar oleh TUHANku"
PEKERJA MEREALISASIKAN TRANSFORMASI NEGARA
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.
Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.
Untungnya sungguh pekerja kerajaan,
Kerja senang tak banyak cabaran;
Rakyat datang jangan cepat baran,
Pekerja berbudi bahasa menjadi pujaan.
Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.
Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.
Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Negara maju kerana pekerja berdedikasi.
Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.
Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.
Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos menghendik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.
Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.
Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi majikan yang tamak haloba;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.
Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.
Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.
Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.
Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.
Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis- habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.
Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.
Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.
Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.
Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.
Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja SEDUNIA
1 MEI 2015)
BOS PENYAYANG PEKERJA CEMERLANG
Datuk Jem bos yang penyayang,
Prihatin kepada masalah pekerjanya;
Semua pekerjanya dihargai dan disayang,
Pekerja cemerlang berbakti seikhlasnya.
Dari zaman menjadi pekerja bawahan,
Hingga kini menjadi bos nombor satu;
Tak pernah wujud rasa kebaggaan,
Hanya ada rasa syukur pada Allah Yang Satu.
Nak jadi bos mesti tegas dalam kelembutan,
Berbicara tak boleh melulu-lulu;
Fikir sedalamnya setiap perkataan,
Barulah yang mendengar menusuk di kalbu.
Jadi bos bukannya mudah,
Setiap hari kerja menimbun banyaknya;
Nak cari rezeki bukannya mudah,
Rezeki berkat menjadi idamannya.
Tujuan bekerja untuk mencari sesuap rezeki,
Tapi datuk jem memberi bersuap-suap rezeki;
Kerana pekerjanya adalah sumber rezeki,
Saling bekerjasama demi setiap rezeki.
Masa bekerja jangan ada curi tulang,
Nanti rezeki tak menjadi berkat;
Datuk jem suka pekerja ringan tulang,
Syarikatnya maju mendapat rezeki yang berkat.
Pergi bekerja jangan cari masalah,
Sesama rakan saling beri kerjasama;
Saling hormat menghormati berkongsi masalah,
Segala masalah diatasi berkat berkerjasama.
Datuk jem bos yang tiada masalah,
Ada masalah beritahu saja padanya;
Akan diselesaikan segala masalah,
Begitulah hebatnya ikatan bos dengan pekerjanya.
Senyuman pekerja adalah kebahagian bos ,
Senyuman bos adalah kebahagian pekerjanya;
Senyuman adalah amalan bos,
Sebab itu rezeki datang mencurah banyaknya.
Bos selalu memikirkan akan kejayaan syarikatnya,
Mahukan syarikatnya cemerlang gemilang terbilang;
Menjadi idaman bos demi kepuasannya,
Moga syarikatmu sentiasa cemerlang gemilang terbilang.
Setiap pekerja, sahabat dan rakan bisnes,
Semuanya disanjungi oleh datuk jem;
Ikatan sentiasa mesra penuh ikhlas,
Itulah watak yang ada pada datuk jem.
Semoga datuk jem sentiasa menempa kejayaan dalam berbisnes,
Bisnesmu berjaya di peringkat glokal dan global itu diharapkan;
Itulah berkat usaha yang penuh ikhlas,
Kejayaan dan kebahagianmu dunia akhirat kudoakan.
Greatcool nama syarikat Datuk Jem,
Sudah terkenal di serata dunia;
Idola Usahawan Gigih adalah Datuk Jem,
Greatcool sentiasa mencipta nama.
GREATCOOL!
Greatcool...
Kau dibangunkan oleh seorang usahawan gigih
Yang tak pernah kenal erti kalah! Putus Asa! Jemu!
Berusaha terus berusaha untuk sampai ke mercu
Biarpun tsunami datang membadai semangat juangnya
Tapi itu tidak dihiraukan olehnya
Bertahun lamanya dia mengumpul kudrat kekuatan
Semata-mata ingin memperjuangkanmu hingga jaya
Keranamu hidupnya sentiasa sibuk ...sibuk...sibuk...
Mujurlah dia mempunyai sikap yang sempoi dan berjiwa sepoi-sepoi bahasa membuatkan rakan taulan berasa gembira dan itu menggembirakannya!
sama-sama gembira sama-sama gelak ketawa
hilanglah segala tekanan kerja buat seketika...
Berkat kegigihan dan ketabahannya
Greatcool berjaya sampai ke mercu kejayaan
Disambut dengan penuh kesyukuran
Moga Greatcool...
Cemerlang Gemilang Terbilang!
Di persana dunia glokal dan global!
Karya Ratu Rimba Niagara
9 Febuari 2012
Zulkafli Mohd datuk ni memang hebat la ramai perminat siap bersajak berpantun lagi....ilmu hitam ape kah yg di milikinye ye
Ratu Rimba Niagara Ini bukan ilmu hitamlah...ini tali pinggang hitam...lah teman...hihihi
Datuk Jem Hahahaha...Tergelak beso saya, Pandai lah Tuan Zulkafli Mohd buat dose kering....kan gitu Penasihat ku Ratu Rimba Niagara.......Saya ni kan kah peramah..
Ratu Rimba Niagara Sebab Datuk Jem terlebih peramahlah makanya rezekinya melimpah ruah...hingga semua bank-bank di malaysia ni penuh dengan duit datuk jem...hihihihi saya penasihat datuk jem...saya tahulah ...hihihihi
Takut duitnya di rompak...sebab itu saya dihantar belajar ilmu persilatan...hingga dapat tali pinggang hitam... ilmu hitam dijauhkan sebab akan merosakkan bisnes datuk jem nanti dikuatiri tak berkat!
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI PEKERJA SEDUNIA PADA 1 MEI 2015)
SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA
PEKERJA : Merahmu membara-bara...
Bangkit dengan semangat juang untuk
meneruskan kehidupanmu dan keluarga.
MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
berkongsi sama dengan pekerja memberi
gaji dan bonus yang sepatutnya.
PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya tanpa ada prejudis.
RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
agar hidup terbela di negara sendiri.
Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi ada bulan dan matahari.
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
Terima kasih semuanya kerana sudi menyokong ideaku.
Terima kasih daun keladi;
Kalian semua dekat di hatiku,
Moga semua rakyat mencintai Malaysiaku ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Puisi DiIlhamkan Sempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja DI MALAYSIA & SEDUNIA PADA 1 MEI 2015
PANTUN TAKAFUL ETIQA INSANI
Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadiran;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami apa yang saya terangkan.
Takaful Etiqa sudah diyakini,
May Bank rakan kongsi;
Jenama Etiqa amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.
Perkhidmatan Etiqa tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.
Etiqa bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.
Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.
Etiqa membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.
Etiqa sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.
Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.
Susahmu Etiqa ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.
Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiaat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqamu.
Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.
Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.
Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.
Etiqa insan mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Hilang masalah pening kepalamu,
Meringakan beban tanggunganmu.
Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa insani menyempurnakan kehidupan.
Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.
Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.
Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.
Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.
Sekian sahaja pantun Etiqa insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.
Karya Ratu Rimba Niagara
1 Mei 2015
(Diilhamkan khas untuk Takaful Etiqa dan mereka yang berurusan dengan Takaful Etiqa moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)
DISIARKAN KARYA SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2015
SELAMAT HARI PEKERJA YB ALAMMAYA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA 'BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI TUHAN'
Selamat hari pekerja YB Alammaya Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Terima kasih atas ucapan mu duhai rakyat setia pembaca karyaku di alammaya
Kami semua bekerja dibayar gaji ... adakah YB Ratu Rimba dibayar gaji oleh majikan?
Tidak duhai rakyat alammayaku...
Habis tu bagaimana YB hendak membela kami sedangkan YB pun tak dibayar gaji...
Tak apalah ....
Kenapalah tak apalah ...adakah YB sudah cukup kaya hingga tak perlukan wang?
Wang itu perlu...tapi hidupku dari dulu hingga sekarang bertawakal kepada Allah
Tak dibayar gaji bertawakal kepada Allah ..tak faham kami duhai YB...
Hidupku ibarat...sepohon pokok yang tak berbuah tapi aku perlukan buah itu juga kugegar semampu daya pohon yang tak berbuah itu ...itulah gajiku
Lagi kami tak faham....pokok yang tak berbuah diguncang semampu daya itulah gaji YB
Kalau kamu tak faham tak apalah ...biar mereka yang faham saja faham...ha sekarang apa masalah kamu sebagai pekerja biar YB sampaikan kepada pemimpin kalian...
manalah tahu didengari....semua masalah selesai lagipun kerajaan dahulukan rakyat
Masalah kami akan selesai jika YB sudah dibayar gaji...itu barulah win...win...
YB bela kami ...kami juga nak bela YB....YB sayang kami ...kami juga sayang YB...
Bawa bertenang ye...ini yang susah nak jawab ...pening jadinya jawab salah tak jawab salah makanya... cukuplah gaji YB dibayar oleh Allah Azzawajallah
Kerana gaji YB dibayar Allah Azzawajallah makanya...YB berehat kami pulak ambil tempat YB macam mana...kami yang akan usulkan agar YB dibayar gaji...jika tak dibayar gaji...kami nak mogok kerja....
Waduh....waduh...rakyatku bisa pusing dech...jangan gitu...biar aku seorang yang tak dibayar gaji asalkan kalian semua dibayar gaji dengan sepatutnya oleh majikan kalian ye....pantun hari pekerja sudahpun YB siarkan di alammaya agar mendapat perhatian daripada majikanmu.
Tambah lagi satu untuk YB Alammaya Yang Kami Kasihi Mengistiharkan HARI YB SUKARELAWAN RAKYAT.
Itu pandai kamulah ....YB sejujurnya untuk kepentingan YB sendiri mahu dilupakan kerana YB berkhidmat untuk rakyat demi Tuhan...moga faham ye rakyat alammayaku.
Ini pantun yang YB karangkan istimewa untuk kalian yang tersayang semua duhai rakyat alammayaku baca dan hayati...moga ada perubahan kehidupan kalian sekeluarga ....Aamiin.
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
12 REJAB 1436H
1 MEI 2015


Tiaratinaku telah memberi komen pada siaran yang anda ikuti dalam 💝SAHABAT PENA💝.
28hb April jam 6.28 pagi
Irfan Daniel telah mengongsi Video anda.
28hb April jam 5.17 pagi
Irfan Daniel memberi reaksi kepada Video.
28hb April jam 5.17 pagi
Irfan Daniel memberi reaksi kepada Video.
28hb April jam 5.17 pagi
Andi Nadirah memberi komen pada siaran anda dalam 💝SAHABAT PENA💝.
28hb April jam 5.06 pagi
Andi Nadirah telah memberi komen pada siaran yang anda ikuti dalam 💝SAHABAT PENA💝.
28hb April jam 5.00 pagi
Rindu Tiara Amar,Erma Yuana dan 2 yang lain baru sahaja menyukai kirim anda dalam GORESAN PENA SHABAT: "SETETES CINTA DALAM RELUNG HATI DEBURAN..."
28hb April jam 3.03 pagi
Epy Styler mengikuti anda.
28hb April jam 1.39 pagi
Jefferies Jamaludin dan Birdswegger Cop menyukai foto yang dikongsi anda.
28hb April jam 12.06 pagi
Raihana Fiffy menyukai kiriman anda dalam SAHABAT SEJATI.: "kakak : Makan dik...ini aje akak..."
27hb April jam 11.51 ptg
Moulay Messaoud Jaafari menyukai kiriman anda dalam LOMBA PUISI & SAIR DOA KEDAMAIAN DUNIA SEDUNIA KEDTON KRATON WAHYU UTAMA.: "UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA..."
27hb April jam 11.19 ptg
Moulay Messaoud Jaafari menyukai kiriman anda dalam LOMBA PUISI & SAIR DOA KEDAMAIAN DUNIA SEDUNIA KEDTON KRATON WAHYU UTAMA.: "KOLEKSI PUISI AKU CINTA KAMU INDONESIA..."
27hb April jam 11.19 ptg
Moulay Messaoud Jaafari menyukai kiriman anda dalam LOMBA PUISI & SAIR DOA KEDAMAIAN DUNIA SEDUNIA KEDTON KRATON WAHYU UTAMA.: "di pulau inilah ratu rimba niagara..."
27hb April jam 11.19 ptg
Moulay Messaoud Jaafari menyukai kiriman anda dalam LOMBA PUISI & SAIR DOA KEDAMAIAN DUNIA SEDUNIA KEDTON KRATON WAHYU UTAMA.: "CITA-CITA KEMERDEKAANMU SASTRAKU KHAS..."
27hb April jam 11.19 ptg
Awang Cik Edah menyukai kiriman anda dalam ASTANA PUISI DAN PANTUN GURINDAM WARISAN BUDAYA.: "TEATER BANGSAWAN DIRAJA,'PEWARIS..."
27hb April jam 11.13 ptg
Awang Cik Edah menyukai kiriman anda dalam ASTANA PUISI DAN PANTUN GURINDAM WARISAN BUDAYA.: "SASTRA KLASIK + SASTRA MODEN + SASTRA..."
27hb April jam 11.13 ptg
Yopi Al-Qodir dan Roni Ranita Kukar menyukai siaran anda dalam GORESAN PENA SHABAT: "ANDAI BULAN RETAK SERIBU PERJUANGAN..."
27hb April jam 10.36 ptg
Awin Eng dan Mixsimus Mixs juga memberi komen pada siarkan Kim's Diwa.
27hb April jam 9.57 ptg
Taufik Indarwin Ketalo'z membalas komen anda di siarkan.
27hb April jam 9.32 ptg
Kim's Diwa telah membalas komen anda mengenai siarkannya.
27hb April jam 9.25 ptg
Jefferies Jamaludin dan Zahaz Hothok menyukai pautan yang anda kongsikan.
27hb April jam 8.10 ptg
Kim's Diwa telah membalas komen anda mengenai siarkannya.
27hb April jam 7.27 ptg
Sitihajar Shasha,Nazariah Nasir dan 2 yang lain menyukai kiriman anda di Jom Sastera: "SETETES CINTA DALAM RELUNG HATI DEBURAN..."
27hb April jam 7.25 ptg
TamTam Matahari Timur,Hermin Istiati dan Whinarty telah memberi komen pada siaran yang anda sedang ikuti dalam 💝SAHABAT PENA💝.
27hb April jam 7.13 ptg
Edy Elmiawan telah menyiarkan dalam GORESAN PENA SHABAT pada pada hari Rabu: "Soyo dalu soyo sepi rasaning ati Suarane bajang...".
27hb April jam 6.55 ptg
PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,
15 SYAABAN 1439H
1 MEI 2018
Wisata Hati Ustadz Yusuf Mansur sedang bersama Nur Indah Sari dan 5 yang lain.
17 jam
Yuk saling memaafkan

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,
15 SYAABAN 1439H
1 MEI 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;