Tuesday, 17 July 2018

BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (284) CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH


BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI (284) CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH
CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH
Duhai yang berjiwa hamba...
Sebanyak mana pun dosamu
Allah sentiasa mengampunkanmu
Kerana dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Sentiasa muhasabah diri
Mengaku betapa hinanya kita di Sisi-Nya
Dan bila kau sudah tertunduk pada-Nya
Tiada apa yang difikirkan lagi
Dengan pesona dunia yang menipu
Yang ada di hatimu
DIA...DIA...DIA KEKASIH YANG KAU PUJA
Dalam hati sepenuh jiwa
Sepenuh iman meresap ke kalbu
Mahu menjadi Kekasih-Nya yang setia
Menga-Agungkan-Nya
Di sebilang masa dan ketika
Dan berazam menjadikan
Kata-kata yang kau ungkapkan
Seperti ahli Syurga
Serasa esok mahu bertemu dengan Kekasih-Mu
Kau begitu yakin
ALLAH BUKAN MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
Dengan kata-kata itulah memberi semangat
Padamu untuk melakukan revolusi
Ke atas imanmu yang selama ini berjerubu
Ditutupi awal kelabu
Kini menjadi
Bintang yang bergemerlapan
Dan cintamu pada-Nya
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
SUBHANALLAH indah-Nya
Pertemuan di kala itu
Roh seorang hamba bertemu dengan
Kekasih pujaan-Nya yang didambakan
Menjadi realiti bukan sekadar angan-angan
Kerana janji-Nya pasti
Hanya yang mengerti
Betapa indah-nya pabila
CINTA MELEPASI HINGGA KE LANGIT KE TUJUH
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012
DALAM RAMAH MENCARI SANTUN
DALAM REDHA TAK PUTUS MEMOHON
Lisa Arif
di bawah hamparan teratai
dingin itu yang kucari
menyelimuti diri
jauh dari keriuhan
mendiamkan diri
mengenali hatiku sendiri
mempersiapkan peribadi
apabila segar nanti
akan kujelmakan diri
menari tarian air yang kuminati
meluahkan apa yang terbuku di hati
kini biarkan aku sendiri
meratapi seorang diri
untuk esok yang bersinar doaku
By: Lisa Arif
Lantera Mashuri mencari yang indah..beriring pasrah...semoga diketemukan...walau sendirian...doa dalam harapan...
Lisa Arif:
tq abang Lantera Mashuri
sesekali merenung
kelemahan & kekuatan diri
untuk esok yang lebih cerah
Lantera Mashuri dalam ramah mencari santun...dalam redha tak putus memohon....semoga ya dik...
Lisa Arif:
tq abang lan
lisa dan senyum
karib skali
KECANTIKANMU SEIRING DENGAN KATA-KATA-KATAMU PUJANGGAMU
Moga redha Ilahi sentiasa teruntuk untukmu si puteri saljuku..
Bilamana kau menjelmakan dirimu aku terpempan terpesona
Waduh...dikau tidak seperti yang kubayangkan
Kau lebih cantik dan mempesonakan
Alahaiii kecantikanmu seiring dengan kata-kata pujanggamu
Yang selalu menyejukkan imanku
Untuk terus menyintai-Nya
Dan terus mengasihimu sepenuh benua kalbuku
Terima kasih puteri Salju
Syukur Ya Allah
Kurniaan-Mu padaku si Puteri Salju nan rupawan
Budi bahasanya ...kasihku mula bersemi di musim tengkujuh...huhuhu
4 hours ago · Like · 1
Lisa Arif wallarr
akaku Rabeah Mohd Ali 
diriku seorang aku
trima kasih
atas kasih sayangmu
bY : Putri Salju
17 Julai 2012
Duhai dinda si Puteri Salju
Moga kasihku kasihmu
Tiada yang mencemburui
Tidak dipisahkan oleh ombak rindu
Agar kita sentiasa
Berpuisi bersama
Biarpun kita tidaklah
Sehebat pujangga
Namun puisi kita
Hadir dari jiwa nan suci
Untuk sama-sama
Mengundang rindu
Mengundang cinta
Rindu dan cinta hanya untuk-Nya
Dan kita terus menjadi pemuja Cinta-Nya
Dengan kalimah suci itu
Insya-Allah kasih dan sayang kita
Dari dunia terpatri hingga ke Syurga-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Lisa Arif Amin
moga berkekalan ilhamnya
 
KARYA PUTERI SALJU & PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012

SEPUTIH KAIN KAFAN SETANGGI SYURGA
Duhai rakan sebaik umat Nabi Muhammad SAW
Moga kasih sucimu...
Kasih suci kita
Kasih suci semua ahli grup DRSB
Sentiasa mewangi
Sewangi setanggi dari Syurga
Ketika balutan kain kafan
Ke jasad kita
Roh di angkat malaikat
Bertemu Kekasih yang dipuja
Berbauan setanggi dari Syurga
Dan cinta yang terpatri di dunia
Di angkat hingga melepasi
Ke langit ke tujuh
Indah-Nya pertemuan
Di kala itu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Syurga layak untukmu untukku untuk semua
Memiliki-Nya tanpa ada
Garisan pemisah
Cinta antara hamba dengan Pencipta-NYa
Hanya kerana DIA layak dicintai
Pasti cinta berbalas cinta
Cinta Berbunga-bunga Syurga
Tanpa penghujung
Tanpa noktah
Dan tiada siapa yang dapat memisahkan
Cinta hamba dengan Tuhan-Nya
Jika ada yang cuba
Berarti...kau , aku dan semua
Harus muhasabah diri
Kita semua milik-Nya
Kerana itu cinta-Nya
Layak dimiliki semua
Yang ada di langit dan di bumi
CINTAKAN ALLAH ROBBUL IDZATII
CINTAKAN REDHO-NYA
CINTA APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
PASTI TENANG ROH DAN JASAD
Dan apabila DIA membalas cinta
Tiada apa yang perlu dikhuatiri lagi
Yang ada di kalbu
CINTA....CINTA...CINTA...
Cintakan-Nya
Seumur hidupku seumur hidupmu seumur hidup para kekasih-Nya
Sekali aku jatuh cinta
Abadi Selama-Nya
Itulah Kekasihku Kekasihmu Kekasih Semua
Semuanya layak menjadi Kekasih-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012
Komen
Norhaza Manda Conai Assalamualaikum wbt Alhamdulillah syukur selamat pagi Ratu Rimba Q subhanallah
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2thn
Ratu Rimba Niagara Wsalam wb wb...terima kasih sahabat atas sapaan indahmu.
Uruskan
SukaTunjukkan lagi reaksi
Balasan2thn
6 tahun yang lepas
MENGHAYATI HIDUP YANG SINGKAT INI DENGAN LEBIH BERMAKNA
Bagiku cinta dan kasih
Yang suci ikhlas kerana-Nya
Ingin mendapat redha-Nya
Tak perlu ada syarat dan garisan pemisah
Yang ada ketulusan kasih
Memahami
Beralah
Biarpun tsunami datang membadai
Memisahkan kasih kita
Kita akan terus berdiri kukuh
Menghadapi bersama
Bukan sepi menyepi
Lalu terus memutuskan
Kita sudah tiada sehaluan
Maka bila itu terjadi
Itulah garis garisan pemisah
Yang diterima dalam redho
Kau dan aku nggak bisa bersama
Hanya sekadar rakan puisi
Untuk saling muhasabah diri
Menghayati hidup yang singkat ini
Dengan lebih bermakna
Daripada menjadi
Seonggok daging
Yang tiada nilaian sedikitpun
Di Sisi Allah Azzawajallah
Jika aku yang bersalah
Kukirimkan pada sang pungguk
Untuk memohon maaf padamu
Makanya pungguk pun berlagu
MAAFKAN KAMI MAAFKAN KAMI MAAFKAN KAMI
Sesungguhnya kami takut pada azab Allah Azzawajallah
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini
Hamba ....memohon jutaan kemaafan
Kepada semua yang mengenali hamba
Sepanjang hamba bersiaran di grup ini
Percayalah biarpun kita sudah tidak menjadi
Rakan fb hamba namun di hati ini
Masih wangi ikatan ukhuwah kita
Tersimpul mati abadi selamanya
Insya- Allah Aamiin
Sudilah maafkan hamba
Kerana hamba insan yang tak pernah sempurna
tapi masih berjuang bermati-matian untuk menjadi
Insan yang sempurna di Sisi Tuhan dan
Para manusia sekalian... Aamiin
Moga Allah mengampuni kesalahan hamba
Dan mengampuni semua sahabat hamba
Ya Allah di bulan yang
Berkat ini
Terimalah segala amalan dan karya-karya kami
Sebagai amalan yang ada nilaian di Sisi-Mu
Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012
6 tahun yang lepas
HANYA KERANA DIA KUKASIH DAN SAYANG KAMU
Duhai teman penyejuk imanku di kala lara
Ketahuilah kau
Betapa sakitnya kalbuku bilama kau menyepi diri dariku
Kerana aku tak tahu di mana khilafnya aku padamu
Aku tercari-cari dalam kegelapan hatiku yang sepi menyepi
Ingin saja aku sepikan mu di ombak rindu yang
Sentiasa menggila ganasnya
Hingga aku tak tahan dihempas dipukul bertalu-talu
Hingga hancur berkecai-kecai hatiku terlara duka
Hingga aku tak tega meneruskan
Rasa rinduku padamu
Tapi bilamana aku fikirkan
Kasihmu kasihku
Sesuci embun pagi
Sedingin salju
Kupertahankan jua
Biarpun nyawa jadi taruhan kasih kita ini
Biar hancur lulur hatiku
Biarkan...biarkan...
Asalkan kau tak jemu
Untuk membalas kasihku
Yang sentiasa menunggu
Puisi kasih dan rindumu
Di ombak rindu
Ketika si pungguk bersahut-sahutan
Membalas rindu kepada rang bulan
Ombak rindu menderu-deru
Tersenyum malu
Menyatakankan
Aku malu pada diriku sendiri
Tidak sesetia kasih dan rindu
Si pungguk dengan rang bulan
Dan bulan pun tersenyum
Menyatakan
Syukur pada Ilahi
Rindu dua insan
Berkasih sayang kerana-Nya
Tak akan terpisah
Selagi ada cinta dan kasih
Di hati tersimpul mati
Seperti mana pernah
Kau dan aku lafazkan
Tika kita ditemukan
Oleh-Nya suatu ketika dulu
Kaulah pengganti si kunta si kunteku
Yang pergi ditelan ombak rindu membadai-badai
Tanpa ehsan memisahkan kasih kita
Katanya biarpun sudah berpisah alam
Kasihnya padaku tidak akan
Pernah berubah
Sentiasa abadi selamanya
Dan kuharapkan
Begitu juga kau temanku
Dari benua Indonesia..
Yang kukasih dan sayang
Sepenuh benua kalbuku
Hanya kerana DIA
Kukasih dan sayang kamu...
Abadi selamanya
Insya-Allah Aamiin.
TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012



6 tahun yang lepas

Lisa Arif
berdiri seorang aku
di taman ini
aku sendiri lagi
mencari impi
yang belum kutemui
akan aku jejaki
biar pecah jemari
namun tidak kuhenti
kerana aku pasti
esok masih ada lagi
buat diriku ini
sebuah antologi
pengarangnya sedang berdiri
itulah diriku sendiri
GUGURAN BUNGA-BUNGA DITIUP ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA

di taman ini

aku tercari-cari
siapakah
yang bakal
menjadi hero & heroin
teater Bangsawan diRaja
hasil karyaku
yang kukarangkan sepenuh jiwa dan raga
agar cinta legenda Bangsawan DiRaja
Antara Dua Benua
Adalah hadiah dariku
Untuk Generasi Kini dan Masa Hadapan
Rumpun Melayu Nusantara
Antara
Malaysia & Indonesia & Brunei
Sentiasa berpadu dalam
Ikatan Uhuwah persaudaraan
Bersama memartabatkan
Bahasa Melayu hingga 
Menggapai awan

Tika aku menulis
Karya novel cinta 
Di bawah pepohon rendang
Di penuhi dengan guguran bunga-bunga
Di tiup angin sepoi-sepoi bahasa
Suasana aman mendamai jiwa 
SUBHANALLAH betapa indahnya
Di kala itu ...menulis tika
Juraian bunga-bungaan berguguran
Seperti salji turun dari langit

Ilhamku datang tanpa henti
Betapa indahnya alam Ciptaan-MU Tuhan
Aku keterujaan memuji-Mu melihat taman ini
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH 
Indah--indah...indah...seperti berada di Taman SYURGAWI!

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
17 Julai 2012
Uruskan
6thn
SukaTunjukkan lagi reaksi6 tahun yang lepas
6 tahun yang lepas
DIA SEDANG MERANCANG YANG TERBAIK UNTUKMU
Setiap pertemuan bukan perancangan kita
Setiap perpisahan bukan kehendak kita
Pertemuan membawa kesetiaan abadi pasti indah
Perpisahan pasti menyakitkan dan buat hati dirundung kesedihan
Pabila perpisahan terjadi bersangka baiklah dengan Allah Azzawajallah
Kerana DIA sedang merancang untuk menggantikanmu yang lebih baik Untukmu makanya bersabarlah pasti jiwamu akan tenang.
PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012
6 tahun yang lepas
    Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran.
    7 jam

    Foto Syaz Wan.
    Syaz Wan ke DOA DAN INFO
    Assalamuallaikum Wbt...
6 tahun yang lepas
         
Bila Hati Berbicara sedang bersama Mis Isya dan 4 yang lain.
Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka jalan2 kebaikan...
Aamiin Aamiin Ya Rabb....
~~ seraazlynnsabul ~~
3 TAHUN YANG LALU PADA HARI INI
TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN
Foto Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan.

PETIKAN PERPUSTAKAAN ALAM MAYA RATU RIMBA NIAGARA,

4 Zulkaedah 1439H
17 Julai 2018

0 comments:

Post a Comment

 
;