Thursday, 17 January 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (18) PERSAHABATAN PALSU


PERJUANGANKU PERJUANGANMU (18) PERSAHABATAN PALSU

2 tahun yang lepas
RASA BAHAGIA HIDUP DIKELILINGI DENGAN SEMUA YANG MENCINTAI ALLAH SWT DAN BILAMANA BERGELAR ROH DIMASUKKAN KEDALAM GOLONGAN ROH-ROH HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. ITULAH YANG KITA SEMUA DAMBAKAN. MOGA ALLAH SWT MAKBULKAN AAMIIN.
2 tahun yang lepas
SEMUANYA BERMATLAMAT YANG SAMA SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT NANTI
Bukan menghilang sahabatku...ku sibuk berjumpa rakyat yang perlukan bantuanku kejap ke sana kejap kemari di serata alam..pergi pulak bersama bayu ...terima kasih bayu ...Syukur Ya Allah dengan izinMu ...sampailah warkah cinta kasih sayangku untuk seluruh penghuni alam maya...sama-sama menangis...sama-sama gembira...suka duka bersama...semata-mata ingin mendapat redhaNYa mendapat kasihNya mendapat balasan cintaNyasemuanya bermatlamat yang sama sebagai bekalan di akhirat nanti...
Ratu Rimba Niagara,
16 Januari 2012
2 tahun yang lepas
MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU BAWA KE AKHIRAT AAMIIN
Satu peluang yang terbaik untuk para usahawan...peluang tak datang banyak kali biasa kita dengar... tapi Datuk Jem sentiasa beri peluang banyak-banyak kali demi untuk memajukan anak bangsanya...mulia sungguh hatimu Datuk Jem membantu...menyokong demi kejayaan anak bangsamu...Terima Kasih Datuk Jem...moga Allah mencurahkan rezeki yang melimpah ruah padamu dan membalas segala kebaikanmu di dunia bawa ke akhirat. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Ratu Rimba Niagara,
16 Januari 2012
2 tahun yang lepas
NUR HIDAYAH KASIH MENELUSURI PINTU HATIMU
Hadirmu walaupun cuma bayangan tak kutahu
tapi kupercaya wujudmu ada di sana
biarpun suara mu tidak kudengari
tapi suara hatimu amat kufahami
kubaca baris demi baris
lantas terlahirlah kasih terwujudlah sayang
kasih keranaNya sayang keranaNya
setiap hari disinari cahaya cinta
bercahaya-cahaya dilamun cinta
cinta yang kudambakan padaNya
terbias di kalbumu
dibawa bayu setia dengan izinNya
Nur hidayah kasihNya menelusuri pintu hatimu
syukurlah aku dalam sujudku
Ratu Rimba Niagara,
16 Januari 2016
2 tahun yang lepas
MOGA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKANMU PADAKU
Aku terperanjat gila apabila sahabat sepejuangan sepenulisan beritahu aku...namaku ada sebaris dengan penulis terkenal di Dewan Bahasa.
"Engkau ni biar betul? Aku tak percayalah.."
"Iye...kalau engkau tak percaya engkau belah dada aku ni...."
"Ok...aku percaya...."
"Engkau tengok kat mana?"
"Masa aku pergi Dewan Bahasa Dan Pustaka minggu lepas...naik terbuntang mata aku ni..."
"Engkau tu...terbuntang...aku ni lagi...mata ku berbintang-bintang dah ...naik pitam aku...."
"Tak caya engkau pergi sendiri Dewan Bahasa ...tengok sendiri betul tak kata aku ini...."
"Baiklah kalau tak betul ...tahulah aku...nak kenakan engkau"
"Silakan rabeah...engkau tengok sendiri...dah tengok baru kau tahu betul ke tidak cakap aku ini..."
Aku pergi ke Dewan Bahasa mencari buku yang dimaksudkan oleh sahabatku itu.
Alangkah terperanjatnya aku apa yang dikatakan oleh sahabatku itu bukan gurauan tapi benar...bagaikan kisah dongengan tapi benar...ilusi tapi realiti...betul ke yang aku tengok ni...tak sangka buah cempedak jadi nangka. Kusangkakan selama ini aku menulis tidak lah sehebat mereka yang sudah ada nama dan terkenal...tapi rupanya aku dihargai juga tulisanku yang tak seberapa ini.
Syukur Ya Allah Kau kurniakan aku bakat menulis walaupun aku serba tidak sempurna.
Dengan apa lagi yang hendak kubalas KasihMU padaku melainkan dengan Kesyukuran sebanyak-banyakNya.
Kepada sahabat seperjuangan ku yang setia menyokongku dari dulu hingga kini kuucapkan terima kasih tidak terhingga. Moga Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikanmu padaku duhai ayahanda chik!
Karya Ratu Rimba Niagara,
16 Januari 2012
2 tahun yang lepas
ITULAH PIALA YANG MENJADI IDAMANKU
Ingin kumiliki kejora
kejora tetap menjauhkan diri
bersembunyi di sebalik taburan bintang-bintang
menyukarkan aku mencarinya
kini aku menungu dan terus menunggu
agar kejora dapat kumiliki
kejayaanku memiliki kejora
dapat kubawa pulang
dan dikongsikan bersama dengan penghuni bumi
syukurku padaMU Allah
mengizinkan aku memiliki kejora
itulah piala yang menjadi idamanku!
Ratu Rimba Niagara,
16 Januari 2012
Hamba Allah yang terpilih dan ummat Nabi Muhammad saw yang masuk ke Syurga Tanpa Dihisab.
Nabi Muhammad saw memberikan syafaatnya kepada Tujuh Puluh Ribu orang ummatnya setiap seorang daripada tujuh puluh ribu orang akan memberi syafaat kepada tujuh puluh ribu orang begitulah jumlah banyaknya yang menerima syafaat Nabi Muhammad saw.
Itu belum lagi termasuk Allah SWT memasukkan hamba-Nya ke Syurga tanpa dihisab, banyak tak terkira hanya Allah SWT saja yang tahu.
Semua yang masuk ke Syurga akan dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah, perbandingan melihat Wajah Allah swt seperti bagaimana kita dapat melihat bulan penuh di malam hari dengan jelas begitulah penghuni Syurga dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah.
Melihat Wajah Allah Azzawajallah adalah saat-saat yang dinantikan oleh seluruh penghuni Syurga kerana terlalu Maha Agung-Nya Allah SWT mereka lupa akan nikmatnya Syurga.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Moga dengan Rahmat Kasih-Nya Tuhan kepada semua hamba-Nya kita dan seluruh ahli keluarga kita dapat berkumpul bersama-sama melihat Wajah Allah Azzawajallah Yang Maha Agung di Syurga .
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
7 tahun yang lepas
MANA TAHU ITU ADALAH TULISAN TERAKHIR KITA
Biar pun lawak ada isi
Biarpun terluka ada isi
Biarpun sedih ada isi
Apa jua yang ditulis ada isi
Kerana masa terlalu terhad dan suntuk untuk kita berleka
Justeru rebutlah peluang selagi ada masa untuk kita
Mana tahu itu adalah tulisan terakhir kita
untuk ditinggalkan kepada generasi yang tersayang!
Rha NS
15112
Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabat seperjuanganku semua yang tak jemu-jemu menyokongku..dalam keadaan apa juapun kalian tetap menyokongku...buatkan aku terharu dalam syukur. Moga Allah membalas segala kebaikan kalian. Auramu Auraku Aura Semua teman fbku ini mendapat restuNya dalam redhaNya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Komen
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi
Lihat Terjemahan
7 tahun yang lepas
NEGERI KASIH ABADI
aku menunggumu kasih...
sama-sama memintal impian
untuk menuju ke negeri kasih abadi
negeri yang penuh ikhlas kasih sayang
yang nyata telah teruji olehNya
di dunia berkasihan belas...
Di akhirat Syurga Kasih Balas Kasih KeranaNYa
kerana di dunia semuanya layak menjadi kekasihNya
kerana Dengan Sifat Maha PengasihNya
makanya kita diberi peluang untuk memburu cintaNya
moga kau dan aku terpilih menjadi kekasihNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
16112
Komen
7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi
Lihat Terjemahan
7 tahun yang lepas
SEJAMBAK BUNGA TAHNIAH KUBERIKAN PADAMU
Terima kasih rakan seperjuanganku...kau sentiasa sudi menyokong dunia penulisanku dunia yang amat kuminati sejak dulu lagi...dunia yang sudah tidak dapat dipisahkan lagi...sasteraku duniaku itulah duniaku...ku perlukan sokongan dan tunjuk ajarmu duhai penulis bertaraf dunia mempunyai jutaan peminat.... di seluruh dunia....sejambak bunga tahniah kuberikan padamu tanda kesyukuranaku padaNya!Moga kau terus berkarya tanpa jemu sehingga terh...
Lihat Lagi
7 tahun yang lepas
AGAR TENANG ROH DAN JASADNYA
Jangan kau ratapi sepi dan lukamu sendiri duhai sahabatku
Kusedia membuatkan hatimu ceria seperti dulu seperti kau tak mengenal apa itu derita cinta
Duhai derita cinta pergilah jauh dari sahabatku
Duhai sunyi...aku tak benarkan sahabatku kesunyian lagi
Kan kukirimkan syair-syair cintaku memujiNya
Agar tenang roh dan jasadnya
Kerna aku sayangkan mu duhai sahabatku
Rha NS
16112
7 tahun yang lepas
Cinta yang indah adalah cinta keranaNYa
Buat kita lebih bersemangat
Buat kita tak jemu-jemu membuat kebaikan keranaNYa
Menyayangi apa yang diciptakanNYa semuanya keranaNya
7 tahun yang lepas
Puisi-puisi karya Rajendra Nath Tagore punya 'semangat' dan auranya tersendiri. Bait-bait yang hidup membasahi minda dan berkesan di jiwa insan yang mahu mengerti apa yang disampaikannya. Saya antara jutaan peminat karyawan bertaraf dunia itu.
PETIKAN DARIPADA LINA MOHAMAD LIN RAKAN FB RHA NS
Rabeah Mohd Ali Sepanjang anda membaca karya Rajendra Nath Tagore...apa pula pandangan anda ye...harap sudi memberikan pandangan anda di sini ye...harap sudilah berikan buah fikiranmu yang bernas-bernas ye..sesiapa yang sudi memberikan pendapat dialah rakan seperjuanganku yang kuingat sampai akhir hayatku.Ku sentiasa menyokong rakan seperjuangku kerana dia adalah permata
ilmu yang patut disyukuri oleh semua yang membaca karyanya.
Komen

Istiqharah Syahdu...beri pendapatmu yang bernas ye...ku menanti di sini..pendapatmu amat penting bagiku...terima kasih dalam kerjasama ini.
Uruskan

7thn
SukaTunjukkan lagi reaksi

PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU
Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.
Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.
Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya Siti Rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Bermuka manis di belakang mengumpat mengejiku.
Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.
Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.
Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.
Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.
Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakkanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.
Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.
Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.
Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.
Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.
Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.
Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.
Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.
Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.
Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya keburukanku.
Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.
Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.
Barulah ku tahu siapkah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.
Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.
Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.
Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.
Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.
Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.
Karya Ratu Rimba Niagara,
21 November 2011

14 Januari 2013
BERERTINYA KEJUJURAN
Sesiapa saja boleh melafazkan jujur,
Mulut berkata lain hati bicara lain;
Jadi mana letaknya jujur,
Sejujurnya tanya hati tanyalah iman.
Kejujuran terletak pada hati,
Hati yang ikhlas tersirna kejujuran;
Orang yang jujur sentiasa dihormati,
Sahabat sejati selalu memberi sokongan.
Hati tak nampak kerana terselindung,
Perselindungan yang penuh teka teki;
Orang yang ikhlas tak perlu bimbang,
Kerana mata batin nampak di hati.
Kejujuran terserlah di hati,
Bila berkata lahir dari sanubari;
Mata berkaca sejernih air di kali,
Senyuman terukir wajah berseri.
Bila kejujuran nampak di hati,
Semua janji akan ditepati;
Bukan seindah menabur janji,
Memakan diri tak tertunai nanti.
Orang jujur ramai yang menyukai,
Bila bercakap seikhlas hati;
Bukan kejujuran sampai memakan diri,
Diperkotak katikkan sesuka hati.
Bila berkata asyik membangga diri,
Kerana rasakan hidup serba sempurna;
Perasaan orang lain tidak diambil peduli,
Sahabat menjauhkan diri kerana hati terluka.
Kejujuran buat hati jadi tenang,
Segala urusan dipermudahkan Tuhan;
Ditempuhi segala dugaan yang datang,
Moga mendapat redhaNya Tuhan.
Berertinya kejujuran dalam setiap kehidupan,
Hidup dilalui bagaikan sinar ketenangan;
Wajah berseri-seri hati penuh keceriaan,
Tiada langsung berdengki-dengkian .
Teman menyelewang hati tak keharuan,
Bila berkata tiada kebenaran;
Perkataan yang sia-sia yang diluahkan,
Persahabatan hambar tiada berkekalan.
Hati terhiris bak sembilu pilu,
Kata-kata diluahkan bagaikan hirisan;
Hirisan hati penuh pilu,
Biarkan kuundur diri jangan aku dipersalahkan.
Jangan aku dipersalahkan,
Kesan dari ketidakjujuran;
Mulut mengiyakan hati menafikan,
Itu tandanya orang mempersendakan kejujuran.
Tiada guna harta tinggi menggunung,
Hasil dari ketidakjujuran;
Hidup mewah hati tak tenang,
Bila menghadapi sakaratulmaut pasti dalam kesukaran.
Tiada ego biarpun ilmunya tinggi,
Tiada mahu membangga diri;
Kadang kala keegoaan menguji diri,
Hinggakan terlupa muhasabah diri.
Hinggakan terlupa muhasabah diri,
Merasakan hidup semuanya dimiliki;
Bila berkata semuanya meninggi diri,
Ingin hidup tak ingat mati.
Sahabat yang jujur sentiasa dicari,
Terbawa-bawa di dalam mimpi;
Bersahabat dengannya ketenangan di hati,
Persahabatan terjalin mohon diberkati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulawwal 1434H
14 Januari 2013

HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 JANUARI 2019

0 comments:

Post a Comment

 
;