Tuesday, 23 April 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (201) KITA KHALIFAH-NYA

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (201) KITA KHALIFAH-NYA




MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H . 
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH INI
MENGUNDANG RINDU MEMBARA
TANPA JEMU TANPA NOKHTAH
HINGGA KE AKHIR HAYATKU
MENCINTAI-NYA
DI PADANG MAHSYAR MENDAPAT
SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW
DI SYURGA BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW
DAN SELURUH UMMAT RASULULLAH BERSAMA
MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia
Di Padang Mahsyar
mendapat Syafaatmu
AAmin Ya Rabbal A’lamiin
'SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H'
Karya Ratu Rimba Niagara
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MENGHARGAI PERJUANGAN BAGINDA RASULULLAH DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SEHINGGA TERSEBAR LUAS DI SERATA DUNIA MOGA BERKAT KITA BERTALISIRATURRAHIM ATAS DASAR 1 UMMAH 1 AKIDAH KITA MATI DALAM HUSNUL KHOTIMAH MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI PADANG MAHSYAR DAN BERSAMA DI SYURGAWI MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
YA RASULULLAH KURNIAKAN KAMI SYAFAATMU KERANA KAMI CINTAMU SEBAGAIMANA RASULULLAH CINTA DAN KASIHKAN KAMI SEHINGGA AKHIR HAYATMU MENGINGATI KAMI TERHARU SEHINGGA SAAT IN. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
1 tahun lepas
“Hijrah karya yang lebih baik N menghasilkan karya yang terbaik di sisi Allah SWT insya-Allah Aamiin.”

7 tahun yang lepas
Maulana Tariq Jameel sedang bersama Emaduddin Khirquani dan 6 yang lain.
1400 years old Quran.Written by Saiyadina Usman (R.A) khilafah.
7 tahun yang lepas
Ahmad Munawir Salehuddin Salehuddin sedang bersama Farisha Kamarudin dan 38 yang lain.
HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA.....SUPAYA TIDAK BERMEWAH.....DAN LUPA DIRI......WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI...DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI.......

Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw seorang pemimipin.... seseorang yang berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.
Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.
Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :
قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط
Ertinya:
Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.”
Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”
Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”
Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.
Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.anha
وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها
Ertinya:
Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:
Di mana cucu-cucuku?
Saiyidatina Fatimah menjawab,
“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.
Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya,
“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”
Saiyyidina Ali menjawab,
“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?”
Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.
Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw ...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi saw.....namun peluang itu...tidak digunakan oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.
Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.
Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka.
Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta...Saiyidatina Fatimah .
Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.
Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw
Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.”
Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.
Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta.
Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian.
Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.
Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan....dengan kuasa dan pangkat yang diberikan oleh Allah taala.....jangan disalah gunakan untuk mengumpul kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan berkaki ayam serta tidak berpakaian.
“Ke arah Negara Islam yang berkebajikan”
اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد
SELAMAT HARI BUMI SEDUNIA!
Selamat hari bumi sedunia!
kusayang bumi
kerana bumi adalah 
AnugerahNya untukku
meneruskan kehidupan
menyandang jawatan
sebagai Khalifah Allah
sehingga ke titisan darah terakhir!
Kerana aku ada tanggungjawab pada Tuhan
aku mesti menyemarakkan bumi
dengan nilai-nilai kasih sayang semurni hati
menghargai apa yang ada di bumi
dijaga penuh tanggunggjawab
andai di bumi ini
aku membuat kerosakan
kepada penghuni bumi
pasti aku hidup disumpah bumi dan seluruh penghuninya, lebih malang lagi apabila
Tuhanku murka
di planet mana lagi hendak kududuki?
jika di planet lain walaupun sama dengan bumi
pasti tetap juga milik Tuhanku
jadi di mana-mana planet
semuaNya milik Tuhanku
justeru aku mesti menjaga bumi sebaik mungkin
semampu dayaku agar bumi
tenang tanpa malapetaka
akibat kerakusan manusia
memusnahkan bumi tanpa ehsan!
Kerana kuhargai bumi
kukarangkan puisi semuanya tentang bumi
dan penghuninya agar semuanya menghargai bumi
menjaga bumi sebaiknya
mengekalkan keindahan bumi
agar dapat diwariskan kepada penghuni bumi yang lain
kerana mahu tak mahu kita akan dikebumikan juga
bila sampai saatnya pulang bertemu Ilahi
Moga di hari kita dikebumikan nanti
bumi redha menerima jasad kita
dengan izin Allah diluaskan
kubur seperti beradu Bidadara Bidadari
di Taman-Taman Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Allahu Akbar!
Karya Ratu Rimba Niagara
22 Jamadilakhir 1435H
22 April 2014
(Puisi Dikarang Sempena Meraikan Hari Bumi Sedunia)


1 tahun lepas
KARYAKU DI PERPUSTAKAANMU IMPIANKU
Alangkah bahagianya jika semua karyaku
menjadi koleksi perpustakaan di rumah
peminatku di seluruh dunia 
aduhai kasih sayangku
ada di hati mereka.
Ada juga di Perpustakaan Sekolah dan Pusat
Pengajian tinggi IPTA & IPTS di seluruh dunia
itulah matlamat aku berkarya
dunia karya duniaku
peminat karyaku kesayanganku!
Kasih sayangku pada peminat karyaku
sentiasa hidup walaupun aku sudah tiada
di dunia ini.
Duhai yang meminati karyaku,
jutaan terima kasih kuucapkan padamu
kerana sudi membaca karyaku
ketahuilah olehmu setiap karyaku
adalah lambang kasih sayangku
pada seluruh penghuni bumi tercinta.
Minat kalian pada karyaku amat aku
terharu, teringatku di zaman remaja
apabila melihat remaja membaca,
‘ANTOLOGI PUISI,’ kubayangkan buku
yang dibaca itulah karyaku,
bahagia sangat teringat di kala itu
rasanya dunia ini aku yang punya
biarpun itu cuma fantasi di kala itu
tapi dengan izinNya karya-karyaku dibaca
di alam maya, Allahu Akbar tak pernah terfikir
olehku karya-karyaku dibaca di alam maya dengan
jumlah pembaca ratusan ribu mungkin berjuta,
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia
itulah yang aku cita-citakan.
Biarlah aku tak terkenal di luar sana atau
di mana-mana, aku menulis bukan kerana nama
bukan mahu penghargaan atau mahukan pujian,
aku menulis tanda aku syukur padaNya
aku menulis tanda aku sayangkan semua
penghuni bumi dan langit semuanya aku
sayang tanpa terkecuali.
Moga Allah SWT sudi membalas cintaku
dan moga semua yang membaca karyaku
sudi menyayangiku juga keranaNya.
Percayalah kasih kita tetap mekar semekar
bunga-bunga di Taman-Taman Syurga
berkat kita saling berkasih sayang demiNya
kasih kita walaupun tak pernah bertemu
di alam nyata cuma di alam maya
melalui karya-karyaku
kita berbicara bagaikan saudara kandung
bagaikan rakan dunia Akhirat
kita bisa menyambungkan tali ukhuwah
kasih ini sampai ke Syurga insya-Allah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Yang menyayangi semua pembaca karya-karyaku,
aku sayang kamu sesungguh sayang
aku sayang kamu kerana sejak Azali lagi
kita semua mempunyai niat yang sama saling
berkasih sayang keranaNya.
‘Karyaku Duniaku Peminatku Kesayanganku’
Yang ingin sentiasa di hatimu,
Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
1 tahun lepas
BIODATA RATU RIMBA NIAGARA & CITA-CITA
Menulis sejak 1975 hingga sekarang
Menulis di alam maya 2011 hingga sekarang.
Kursus Penulisan Yang Dihadiri Anjuran:
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), DBP, GAPENA, Persatuan Karyawan Nusantara, ASWARA, KALAM & PENA.
Minat berkarya sejak usia 9 tahun hingga kini, karya bertemakan KETUHANAN, Kemanusiaan, Alam, Kenegaraan, Peperangan, Kesatria, Kerohanian dalam bentuk Puisi, Pantun, Gurindam, Syair, Teater Bangsawan DiRaja, Novel, Cerpen dan Buku Kreatif Kanak-Kanak Sesuai Dijadikan Filem Animasi
Nusantara Dan Antarabangsa
Bercita-cita Mempunyai Kota Sastera.
‘KOTA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA, Galeri RATU RIMBA NIAGARA & Perpustakaan RATU RIMBA NIAGARA.’
Semua bahan sastera Ratu Rimba Niagara
dijadikan produk pelancongan yang diminati semua Rakyat Nusantara sebagai tanda kasih sayang Ratu Rimba Niagara kepada semua generasi kini dan akan datang Nusantara.
1 tahun lepas
MATLAMAT PRODUK SASTERA RATU RIMBA NIAGARA:
1. Menghargai Alam Ciptaan Tuhan
2. Memupuk semangat sayangkan bumi
3. Memupuk semangat cintakan Malaysia
4. Memartabatkan Institusi diRaja
5. Sasaran pembeli produk karya Ratu Rimba Niagara:
(i) Peminat mencari jalan-jalan ke Syurga
(ii) Peminat cerita Raja-Raja realiti dan dongengan
iii) Peminat cerita kesatria pahlawan Melayu Nusantara
(iv) Peminat Sejarah Nusantara
(v) Peminat Syair Gurindam Pantun Puisi
(vi) Peminat Teater Bangsawan diRaja
(vii) Peminat Kesusasteraan Melayu
6. Menghasilkan produk karya yang berkualiti kerana setiap produk yang dihasilkan adalah hadiah untuk generasi Nusantara tercinta pada masa hadapan.
7. Bagi merealisasikan impian tersebut Ratu Rimba Niagara amat mengalu-alukan sebarang cadangan bagi merealitikan apa yang dimatlamatkan oleh Ratu Rimba Niagara dalam dunia sastera yang diimpikan dan didambakan.
Semoga Allah SWT permudahkan segala yang dimatlamatkan oleh Ratu Rimba Niagara Aamiin
Sekian. Wassalam.
'Setiap yang baik datang dari Allah’
‘Setiap kelemahan dari diri sendiri’
'TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA'
Ratu Ratu Rimba Niagara
Pujangga Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Brunei/Singapura/Thailand
26 Rejab 1439H
13 April 2018

KOMEN PEMBACA SETIA KARYA RATU RIMBA NIAGARA
Sulaiman Dawud : Karya-karya Pujangga Nusantara Ratu Rimba Niagara merupakan awal untuk kebangkitan Tamadun Khazanah Kearifan Melayu yang kaya akan mutiara ilmu, hikmah dan peradaban.
Manda Conai : Assalamualaikum sahabatku Ratu Rimba Niagara, sungguh terharu membaca info penuh pengisian, terima kasih sahabatku ilmu manfaat, saya mohon share boleh tak untuk tatapan Fb, bila kata indah boleh membaca berulang kali.
Ratu Rimba Niagara : Waalaikummussalam sahabatku, ilmu Allah itu luas makin banyak kita berkongsi makin banyak Allah memberi, demi kebahagiaan dan kejayaan dunia Akhirat kita semua apa yang berkenan di hati sahabat untuk kongsilah semahumu itu adalah kebahagiaanku dalam berkarya. Moga Allah SWT merahmati kita semua Aamiin.
Rusli Saleh : Teruskan dengan karya-karya yang amat bermutu, saya akan terus mengamati hasil karya Ratu
Rimba Niagara jangan biarkan ia berakhir dengan begitu saja Alhamdulillah untuk kesekelian kalinya pengamatan saya supaya dibukukan untuk tatapan umum.
Rusli Saleh : Ratu Rimba Niagara yang menariknya karya saudari tidak ada komen yang negatif kepada seseorang, itu yang membuat saya tertarik untuk mengikuti karya
Ratu Rimba Niagara yang ringkas dah mudah difahami tapi tetap menjadi satu inspirasi saya adalah Ratu Rimba Niagara berterus terang dalam menghuraikan sesuatu hujah dengan cepat difahami kalau dibaca, mudah-mudahan di masa yang lain dapat menghasil karya yang banyak menyentuh kehidupan manusia.
Ratu Rimba Niagara: Terima kasih sahabat, sepanjang berkarya di alam maya pelbagai tema ditulis bergantung kepada ilham yang datang. SemuaNya dengan izinNya tanpa izinNya sebaris ayat pun tak dapat ditulis.
Rusli Saleh : Selamat bertemu kembali, saudari penulis yang saya sanjungi, terima kasih kerana mengisi ruang ilmu,sastera dan ilmu-ilmu tentang penghayatan dalam kehidupan umat Islam terima kasih saudari.
Ratu Rimba Niagara : Salam bertemu kembali buat sahabat grup yang setia memberi komentar menyuntik semangat untuk terus menulis, moga dengan adanya komentarmu itu memberi manfaat kepada pembaca generasi kini dan akan dating, moga Allah SWT merahmatimu sekeluarga atas kebaikanmu memberi komentar untuk tatapan pembaca karya Sastera Ratu Rimba Niagara. Insya-Allah Aamiin.
Rusli Saleh : Ratu Rimba Niagara teruskan karya saudari itu bagi saya cukup esentik dalam menulis, saudari sungguh luar biasa dalam menulis di tatapan grup ini macam Iskandar Zulkarnain dan macam Dr Ibnu Sina. Komentar ikhlas dari saya, satu kelebihan Anugerah Allah.
Ratu Rimba Niagara : Allahu Akbar setiap kelebihan seseorang adalah Anugerah dariNya jika kelebihan anugerahNya dapat dikongsikan kepada semua adalah satu keindahan hati, hanya DIA saja yang tahu betapa Syukur padaNya Syukur Alhamdulillah.
Rosli Saleh hebat sekali,
Memberi komentar setulus hati,
Tiada mustahil bagi Ilahi,
Dimakbulkan doa tiada siapa halangi.
‘‘Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinNya”
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
bilamana aku mendapat ilham aku bagaikan mengutip Permata Syurga yang berguguran tanpa henti kukutip
lagi kubagi-bagikan Permata Syurga tidak berkurangan sedikitpun malah bertambah banyak sehingga menjadi
Bukit Permata Syurga pelbagai warna dan bentuk saujana mata memandang Allahu Akbar Maha KayaNya Allah kepada semua hambaNya tanpa terkecuali maka
dari itu aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur sepanjang hayat hidupku Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Ya Allah jika ada pahala di setiap penulisanku sampaikanlah pahala tersebut kepada kedua orang tuaku yang kusayangi dunia Akhirat. Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.

BULAN DAN BINTANG HADIAH NENDA RATU (Antara puisi, ' Pemikiran Aras Tinggi @ 'Critical Thinking')
Terima kasih atas sokongan padu daripada Kesatria Sastera diRaja Nusantara.
Panglima
Sesungguhnya beta amat terharu
di kala hati tak sabar menggapai bintang-bintang yang kian hampir, beta teruja dan terlalu taksub memiliki bintang kejora di antara yang terindah daripada
bintang-bintang lain.
Kejora senyum…
Kejora bersyukur beta kian memilikinya
tapi dalam ketaksuban untuk memilikinya
beta terlupa akan ada yang cuba menggagalkannya
lalu beta jadi kelu
putus asa beta jadinya
beta terdengar suara-suara anak cucu beta berkata,
"Nenda...Nenda...Nenda Ratu Pujangga Cinta Lima Benua, percayalah dengan usaha perjuangan nenda untuk kami, harapan dan doa kami sentiasa mengiringi perjuangan nenda menggapai bintang untuk kami…
kami hargai semua pengorbanan nenda Ratu
kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami
nenda sanggup berkorban apa saja untuk kami
rela korbankan segala perasaan, harta dan nyawa untuk kami, yang nenda tahu segala cinta, kasih dan sayang nenda sanggup hadapi semuanya! semata-mata mahu menghadiahkan bulan dan bintang untuk kami,
Allahu Akbar nenda Ratu...percayalah dengan janji Allah
bersama dengan perjuangan suci nenda, Allah suka mereka yang berkasih sayang, ehsan, perikemanusiaan sesama insan pasti Allah memakbulkan doa-doa semua rakyat Nusantara untuk nenda walaupun kami belum dilahirkan ke dunia menyaksikan perjuangan suci nenda
roh-roh kami telah menyatu di jiwa nenda
sebab itu nenda dapat rasakan semangat kami di jiwa
nenda semangat roh kami menyatu pada semangat roh nenda biarpun seribu tahun nenda telah tiada…
kami anak cucu nenda selalu mendoakan nenda tenang abadi di Syurga bersama dengan roh-roh para Syuhada
Bidadara bertemu dengan Bidadari...
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Rahsia Allah pada setiap takdir yang ditakdirkan pada hambaNya Hanya DIA yang tahu, kami tidak tahu, nenda tidak tahu dan semua hambaNya tidak tahu, takdir itu menjadi tidak rahsia apabila doa dimakbulkan Tuhan itulah takdir terindah untuk nenda. Para Kesatria Sastera diRaja Nusantara seluruh Rakyat Nusantara dan seluruh kerabat diRaja Nusantara yang terindah sekali … kewujudan kami selepas seribu tahun ketiadaan nenda, takdir terindah itu dapat kami nikmati dengan rasa Syukur pada Ilahi, kami sayangi nenda sebagaimana nenda sayangi kami...bulan dan bintang yang nenda hadiahkan untuk kami akan dijaga sepenuh jiwa raga kami akan pertahankan semua karya-karya nenda tanpa terkecuali biarpun kami terpaksa berkorban harta dan nyawa tak akan kami izinkan karya nenda dipersendakan sesuka hati kerana karya-karya nenda ada;
1. Cinta Allah kepada semua hambaNya
tanpa terkecuali.
2. Cinta Rasulullah kepada umatnya tanpa terkecuali.
3. Cinta sesama insan semuanya kerana Allah SWT.
4. Cinta perdamaian dunia.
5. Cinta Raja kepada rakyat.
6. Cinta rakyat kepada Raja.
7. Cinta moyang kepada anak cucu Nusantara.
Cinta...Cinta…Cinta...
sebuah perjuangan cinta yang suci murni semuanya kerana Allah SWT.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
kami bersumpah atas nama Allah Azzawajallah
akan meneruskan Perjuangan Anak Bangsa Nusantara sebuah perjuangan yang suci murni agar dapat kami wariskan BumiNya ini dalam aman dan sejahtera sehingga bumi ini Kiamat, moga perjuangan suci murni ini dibalas Allah dengan Syurga Firdaus agar kasih semua pejuang anak bangsa cintakan Ibu Pertiwi dapat bersama kesemuanya berkumpul di Syurga yang seluas langit dan bumi bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah, insya-Allah Aamiin.
...........................................
Nenda Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
Malaysia/Indonesia/Brunei/Singapura/Thailand
23 Syawal 1434H
30 Ogos 2013


1 tahun lepas
DAUNAN KASIH UKIRAN SENYUMAN KALBU
Duhai merpati putih
Terbanglah kau ke mana kau suka
Bahagia hidupmu
Kerana ke mana kau pergi
Kau membawa kehidupan
Yang memberi erti
Sebuah kehidupan
Yang ceria berpelangi berbintang berpurnama
Siang berserikan pelangi
Malam berserikan bintang dan purnama
Bahagialah semua kehidupan
Tanpa gerhana
Senyuman terukir di wajah
Maka terukirlah sebuah senyuman kehidupan di kalbu
Impaknya dirasai hingga dapat diwariskan ukiran senyuman itu
Hingga ke kalbu anak cucu
Begitulah erti perjuangan sebuah kehidupan yang didambakan
Si merpati putih
Menyebar luaskkan daunan kasih
Ke serata pelosok bumi
Semuanya dengan izinNya jua!
Karya Ratu Rimba Niagara
7 April 2012

KOLEKSI PUISI PEJUANG RAKYAT INDONESIA SEMPENA MEMPERINGATI HARI R.A.IBU KARTINI
SELAMAT HARI IBU KARTINI
Salam Sejahtera Ibu Kartini
kurindukan ibu Kartini
rindu untuk menatap wajahmu
nan ayu
santun
bermata tenang
senyuman menawan
berjiwa penyayang
menyayangi rakyat Indonesia
melebihi kepentingan sendiri
memperjuangan nasib rakyat Indonesia
hingga ke tetesan darah terakhir
ibu Kartini selalu bilang
"Aku sayang rakyat Indonesiaku
aku sayang ibu pertiwi Indonesiaku
aku sayang pahlawan-pahlawan yang berjuang
bermati-matian untuk memerdekakan Indonesiaku
aku salut kepada semua yang sayang Indonesiaku
ayuh rakyatku
ayuh bangsaku
kita bersama pertahankan kemerdekaan Indonesia tercinta
hingga ke tetesan darah terakhir
tak akan dibiarin musuh durjana datang menjajah Indonesiaku
akan kutentang niat jahatnya itu
segala onar yang sengaja menjelekkan nama baik Indonesiaku
mereka adalah dalang mahu memecahbelahkan Indonesia 
agar gak bisa aman sejahtera ....merekalah penghianat negara harus
ditentang agar api jahatnya tidak merebak barulah
aman Indonesiaku...."
"Duhai Ibu Kartini
jiwamu jiwa pahlawan
ibu selalu meniupkan semangat juang kami kaum Hawa Indonesia
agar tak lemah
agar sentiasa kuat menempuh cabaran
jiwa pahlawan ibu Kartini cintakan Indonesia
kami kagumi
kami mahu berjiwa pahlawan seperti Ibu Kartini juga
Duhai Ibu Kartini
kami para prajurit perempuan dan lelaki
akan bersumpah setia
akan mempertahankan bumi bertuah Indonesia
hingga ke tetesan darah terakhir
pesanan terakhir ibu pada kami
sampai kapanpun kami tak lupa...
BERKIBARLAH MERAH PUTIH
BERKIBARLAH DENGAN MEGAH GAH
BIAR SATU DUNIA TAHU INDONESIA KEKAL MERDEKA SELAMANYA
sekalung doa kami kirimi untukmu Ibu Kartini
agar ibu di Sana di tempatkan dalam ruh-ruh tenang
setenang perjuangan fisabilillah ibu Kartini."
'Ya Alloh
terimalah ruh ibu Kartini
sebagai pejuang fisabilillah
atas perjuangannya pada Indonesia
demi karena agama, bangsa dan negara
Aamiin Aamiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Rejab 1436H
21 April 2015
(PUISI DIILHAMKAN DAN DISIARKAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI IBU KARTINI SRIKANDI INDONESIA BERJIWA PAHLAWAN TABIK HORMAT UNTUK IBU PERTIWI INDONESIA JASA BAKTIMU MENGHARUM DI HATI SEMUA GENERASIMU , MOGA SYURGALAH TEMPATMU ALLAHU AKBAR AAMIIN)
MAJULAH PEREMPUAN BERANI INDONESIA
Majulah perempuan berani Indonesia
kau adalah senopati perempuan
yang tak mengenal kalah
yang tak pernah lelah
bila berada di medan juang
kau akan berjuang hingga ke tetesan darah terakhir
demi ibu pertiwimu
kemerdekaan Indonesia mahu kau kekalkan
untuk kau hadiahkan kepada anak bangsa Indonesia
dilambung ombak tsunami
dijelek dihina atas perjuangan sucimu
takkan kau hiraukan
takkan melemahkan semangat juangmu
yang penting matlamatmu jelas pada ibu pertiwi
kau berjanji bersumpah akan setia
kepada ibu bertiwi
mahu kibaran merah putih
terus berkibar megah
tak sesiapa berani 
menggantikan bendera lain
selain merah putih
sesiapa yang berani menurunkan merah putih
akan kau tentang habis-habisan
biarpun nyawamu jadi taruhan demi merah putih
salut sama kamu
senopati perempuan berani Indonesia
moga kau sentiasa bersemangat tegar
berani mati demi pertahankan ibu pertiwimu
asalkan merah putihmu
berkibar megah gah
di persada dunia
itulah hadiahmu untuk semua anak cucu Indonesia tercinta...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 April 2015
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK WANITA TNI-POLRI BERSEMANGAT SRI KANDI INDONESIA IBU KARTINI)
PUTRI FATMAWATI MENCINTAI BENDERA MERAH PUTIH SEPENUH JIWA KASIH SAYANG
PUTRI DARI BENGKULU PUTRI FATMAWATI
Putri Fatmawati
seorang Putri Bengkulu
yang paling manis
yang paling cantik
tang paling berprinsip
Menjahit sendiri
bendera merah putih
sepenuh jiwa
sepenuh rasa kasih sayang
untuk seluruh rakyat
bumi bertuah Indonesia
di kala suami tercinta sakit
dia tampil membaca teks proklamasi
'Duhai ibu Negara Indonesia
kami sayangi kamu
karena kamulah
kami bisa tersenyum bangga
bersama bendera merah putih
hasil jahitan halus tanganmu
dijahit sepenuh jiwa rasa kasih sayangmu
moga Allah Azzawajallah
menempatkan ruhmu di Syurga bersama ruh suami tercinta 
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin'
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 April 2015
BUNG KARNO PEJUANG RAKYAT INDONESIA
Duhai Bung Karno...
kau pejuang rakyat sejati
kau rela derita demi rakyat Indonesia
Hidupmu adalah perjuangan
tiada hari tanpa perjuangan
Kau kata...
berikan aku 1 pemuda
niscaya akan kuguncangkan dunia!
Kau kata lagi...
biarpun aku seorang presiden
rakyat tetap berkuasa menentukan
siapa pemimpin yang layak untuk mereka naungi
Kau kata lagi...
jangan pernah malu berbuat kebaikan
karena kemajuan tidak akan dicapai!
Kau kata lagi...
bangsa yang besar
adalah bangsa yang menghormati jasa pahlawannya
Kau kata lagi...
kau lebih mudah mengusir penjajah
tapi akan menjadi sulit jika bangsamu sendiri melawan
Jika mahu kekal merdeka
mesti percaya dengan kekuataan bangsanya sendiri
Kita belum hidup dalam bulan purnama
karena banyaknya pancaroba
tapi tetaplah bersemangat elang rajawali
Selama masih ada ratap tangis di gubuk-gubuk pekerjaan kita selesai !
berjuanglah terus dengan mengucurkan sebanyak-banyak keringat.
"Tuhan tidak merobah nasibnya sesuatu bangsa sebelum bangsa itu merobah nasibnya”
Janganlah melihat ke masa depan dengan mata buta!
tapi pandanglah dengan mata hati demi pada masa akan datang.
Kenapa kita masih tidak mempercayai bangsa sendiri?
tidak mempercayai satu sama lain!
pada hal kita adalah berasal
rakyat gotong royong
Putra dan putri Indonesia
adalah dua sayap Garuda Indonesia
jika dua sayap sama kuat
maka terbanglah Garuda
sampai ke puncak yang setingginya
jika patah satu daripada dua sayap Garuda itu
maka gak bisa terbang Garuda sama sekali !
Makanya ...
demi Indonesia
putra putri Indonesia
harus semangat kental menerbangkan
sayap Garuda
agar bisa terbang setingginya
hingga menggapai bintang
untuk dihadiahkan kepada rakyat Indonesia
diwariskan bintang itu
kepada anak cucu Indonesia
bergemerlapanlah bintang itu
selagi ada bulan dan matahari!
Makanya bangunlah bangsa Indonesiaku
sama-sama memperkokohkan kedua sayap Garuda
untuk menggapai bintang
demi sebuah senyuman kehidupan
seluruh rakyat Indonesia tercinta!
Bangunlah satu dunia!
di mana semua bangsa hidup
dalam damai dan persaudaraan!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
21 April 2015
(UKIRAN DAUNAN KASIH RATU RIMBA NIAGARA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEJUANG RAKYAT INDONESIA YANG TERCINTA)
DALAM UNTAIAN TAKDIRNYA DIA ADALAH SENOPATI PEREMPUAN
Dinda Sri Kandi...
coba kau bentang busur mu...
mari Kanda ajari memanah...
(dalam untaian takdirnya ia adalah senopati perempuan)
Dinda Sri Kandi...
inilah saat kita ke tengah palagan,
berperanglah dengan gagah brani
meski perempuan Dinda adalah Senopati...
Kanda akan selalu ada di samping mu...
dengan ribuan anak panah dan busur sakti ini,
Kandapun akan berperang bersama mu dan akan
melindungi mu dengan segala kesaktian dan kadigjayaan ku,
ayo jangan ragu....
LAKSAMANA MAS,-
IBU PERTIWIMU IBU PERTIWIKU
Kanda Laksamana Mas
di segenap penjuru
ke mana dinda berada
ribuan anak panah
bersiap sedia dilepaskan
keseluruh tubuh dinda
hinggakan dinda rasakan
dunia ini tiada yang selamat
untuk dinda bersembunyi
Jika salah satu anak panah itu
terkena ke jantung dinda
ketika berdetak kencang
dalam bara api perjuangan yang meledak
dinda sudah bersiap ke arah itu
karena ini adalah jalan yang dinda pilih
jalan yang seiring kehendak rakyat Nusantara tercinta
rela dinda pertaruhkan airmata, darah dan nyawa
demi ibu pertiwimu dan ibu pertiwiku tercinta
Jika kehadiran kanda sudah terlambat
untuk bersama dinda menghadapi musuh durjana
atas kesibukan kanda itu...
dinda amat memahaminya
Setidak-tidaknya kanda sudi
melindungi dinda dengan segala kesaktian 
yang ada pada kanda...
Moga di hari kematian dinda nanti...
jangan sekali diratapi
dengan airmatamu kanda
Tapi kirimkan doamu untukku kanda...
kunantikan doamu di tugu
Ibu pertiwimu ibu pertiwiku
bawalah anak panah dan busur sakti
letakkan di pusaraku nanti
sebagai lambang kau menghargai
jasa baktiku pada ibu pertiwimu!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 April 2013
(KARYA LAKSAMANA MAS & RATU RIMBA NIAGARA)
28 April 2013
SEMANGAT JUANG IBU KARTINI DITERUSKAN OLEH PEJUANG BANGSA 
INDONESIA YANG DITULISKAN DALAM KARYA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA.



AKU DITAKDIRKAN MENYAYANGI SEISI ALAM
Duhai sahabatku...
Kamu hadir bagaikan mimpi dalam puisi
Puisi ku berlagu mendayu-dayu
Mohon Allah mengerti
Mohon alam mendengar
Mohon penghuni bumi memahami
Bahawa aku sayang mereka semua keranaNya
Bukan unuk menunjukkan aku pandai dalam berpuisi
Aku ditakdirkan menyayangi seisi alam keranaNya
Makanya aku redha dalam kesyukuran
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
AGAR KASIH TAK TERSISIH
SEBELUM TERPEJAM MATA
Tapi kamu saja yang sudi menjawab salamku ...
Yang lain jawab dalam hati...
Yang penting ku sudah kirimkan salam
Salam kasih salam rindu yang terkasih
Agar kasih tak tersisih ...
Agar mereka maafkan daku
Agar Allah ampunkan aku
Sebelum terpejam mata
Untuk selamanya.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012


TERIMA KASIH PELAJAR UNIVERSITAS GADJAH MADA
Terima kasih Universitas Gadjah Mada
Terima kasih pelajar universitas Gadjah Mada
Teriima kasih Kedaton Kraton Wahyu Utama
Terima kasih Masyarakat Adat Mataram
Aku bukan pelajar pintar
Yang layak untuk mengucapkan terima kasih
Kerna aku bukan pelajar universitas Gadjah Mada
Dan bukan juga pelajar mana-mana universitas
Tapi di zaman persekolahan aku pernah dengar
Kesultanan Mataram
Majapahit
Universitas Gadjah Mada
Biarpun sudah lama tinggalkan
Pelajaran Sejarah semasa di alam persekolahan
Tiga nama ini masih segar dalam ingatanku
Tak tahu kenapa dan kenapa...
Rupanya aku sudah jatuh cinta pada Mataram
Sejak zaman sekolah dahulu
Apabila Mataram wujud di alam realiti
Walaupun sekadar di alam maya
Aku syukur padaNya
Bertambah bersyukur lagi
Apabila Kedaton Kraton Wahyu Utama
Ingin berkerjasama dengan ku
Mempromosikan karya-karya ku
Syair, gurindam. pantun dan puisi
Di seluruh Nusantara dan
Di seluruh pelosok dunia
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Terkedu aku
Tafakurku seketika
Terasa syahdu hati ini
Tidak terjangkau di pemikiran ku
Jika ini jadi realiti
ALLAHU AKHBAR
Padanya kupanjatkan kesyukuran
Dan aku diberitahu
Oleh Kedaton Kraton Wahyu Utama
Pelajar Universitas Gadjah Mada
Antara yang memberi sokongan penuh
Dengan usahaku kerna mereka meminati hasil karyaku
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Tiada dapat hendak kubalas melainkan syukur padaNya
Terima kasih Universitas Gadjah Mada.
Terima kasih pelajar universitas Gadjah Mada
Teriima kasih Kedaton Kraton Wahyu Utama
Terima kasih Masyarakat Adat Mataram
Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong usahaku
Moga Allah SWT sahaja yang dapat membalas
Jasa baik semua dengan Rahmat Kasih DariNya
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba.
23 April 2012


SEMUANYA KERANANYA
Tuluslah dalam berkata
Tuluslah dalam bersahabat
Tuluslah dalam bercinta
Tuluslah dalam berjuang
Tuluslah dalam beramal
Semuanya keranaNya
Insya-Allah Syurga menanti Aamin.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012


BIDADARI SYURGA SEBAGAI BALASAN CINTAMU
Bila mana kau terdiam
Ini bermakna api cintamu sedang membara
Kepada dia yang kau puja dalam diam
Yang kau cinta dalam bisu
Tanpa menyapa hatimu yang kelam
Kerna cintamu kelam
Segerhana malam tak berbintang
Menanti mu penuh harap
Kedatangan cinta bila menyapa
Dalam diam dalam kelam
Angin rindu datang menyapa
Lalu kau terjaga dari sepi
Malam yang kelam
Bertukar berbulan berbintang
Bergemerlapan
Kau pun suka
Dan kau menangis hiba
Kerna cintaNya adalah lebih hebat
Dari hambaNya yang dijadikan dari
Tulang rusuk kirimu
Tuhan Maha Memakbulkan dan Memahami
KeranaNya kau lebih menghargai cintaNya
Makanya kau Dikirimkan cinta dari
Bidadari Syurga sebagai balasan
Kau mencintaiNya
Setulus hati tanpa tenggelam
Keasyikan cinta pesona dunia.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012


TERIMA KASIH SAYANG
Aku hanya mengerti
hanya engkau yang
ada di hati ini
kaulah cinta pertama
cinta terakhirku
tiada dua hanya
kau seorang
yang bertahta
di hati ini
kaulah yang menangis untukku
bukan tangisan berduka
tapi tangisan bahagia
kerna kau telah berjaya
mentakluki hatiku
untuk mencintaimu
seumur hidupku
terima kasih sayang...
Karya: Putri Rimba.
23 April 2012


GURINDAM SESUCI HATI
Ahmad Zoelham:
Wahai adinda intan terpilih
berkasih sayang jangan dialih
bergaullah dengan hati yang bersih
berkata dengan muka yang jernih
Wahai adinda tambatan hati
bergaullah dengan bersuci hati
sesama makhluk kasih mengasihi
jauhkan sifat buruk dan keji
Putri Rimba:
Wahai kanda yang baik budi,
Diam mu penuh dengan akal dan hati;
Kau sentiasa memahami,
Terima kasih kerna menasihati.
Wahai kanda tampan bergaya,
Kata-kata mu bak mutiara lautan;
Nasihat mu dinda percaya,
Dah kaya nanti jangan lupa daratan.
(PETIKAN DARIPADA WALL AHMAD ZOELHAM & PUTRI RIMBA)
23 April 2012

ISTANA PASIR DI TEPI PANTAI
Senyumanmu telah memanggil si camar berterbangan,
Singgah di pesisir pantai menyanyi rindu;
Laut kini ditelan sepi dengan nyanyian kicauan rinduan,
Pasti beralun-alun ombak menari-nari hilanglah rindu.
Cinta sejati tak perlu ada salah menyalah...
Yang ada keikhlasan hati baru diberkatiI
Bukan salah istana di tepi pantai,
Salahkan ombak merobohkan istana;
Kerna cinta istana didirikan di tepi pantai,
Setelah kehadiran dia musnahlah istana.
Tak semudah iu istana pasir musah,
Ombak pasti tak tega memukulnya;
Jika paduan cintamu terus gagah,
Ombak mendoakan istana pasir bahagia .
Tiada alasan untuk bahagia,
Jika cinta tak pernah surut di hatinya;
Saling berkasih sayang setulusnya,
Terpatri kasih hingga ke SyurgaNya.
Sahabatku yang dihormati.
Selamat makan tengahari;
Senyumanmu ceria sepanjang hari,
Seceria istana pasir bersama yang dicintai.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP OMBAK RINDU)
23 April 2012
7 tahun yang lepas
Inti Kancing Bumi bersama Vallent dan Bayu Waskita Aji.
salaam selamat pagi nusantaraku,,,damai nusantaraku,,,terbanglah garuda shaktiku,,,gapailah matahari,,,,dan,,,bawalah cahaya sang surya untuk menerangi,,,gelapnya,,,tanah pertiwi,,,
7 tahun yang lepas
SANG PELUKIS PERASAAN sedang bersama Farida Ida dan 43 yang lain.
Mataku boleh kau tutupi
telingapun boleh tak mendengar
itu hal yang terbaik dari sebuah curiga
namun ingat satu keyakinan
mata hatiku tak pernah tertidur
dan telingaku adalah alam
dimana sllu membisikan
satu kata ,,,
dan mataku yang paling sempurna adalah
penglihatan sang kholik
maka aku yakin kan itu
aku percaya kan semua padamu
tak kuragui rasaku
tak kucemburui niat ku
karena ku yakin
ada yang lebih mengetahui

salm senja spp dan sobat pktc

KANVAS CIPTAAN ALLAH SWT YANG AMAT INDAH
Subhanallah
Kanvas Ciptaan Allah SWT yang amat indah
Terpesonaku memuji CiptaanNya
Ya Allah Kau Limpahkan Rahmat-Mu Tanpa Batas kepada hamba-Mu
Yang mengajak semua yang menghayati gambar ini untuk
Memuji Kebesaran-Mu Ya Allah
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
18 April 2012

(PETIKAN DARIPADA HARLINA AHYA ULUMUDDIN & KHAI NOOR)
        

Imej mungkin mengandungi: burung

SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
20 JAMADIL'AWAL 1436H
11 MAC 2015

Imej mungkin mengandungi: teks
Majalah Ummi
Orang yang pertama kali dipanggil ke surga adalah orang-orang yang senantiasa banyak memuji Allah baik dalam keadaan lapang atau pun sempitI
{HR Tirmidzi}


Cinta sahabat membawa keceriaan
Cinta disayangi di kala susah dan senang
Cinta sejati kebahagiaan dunia akhirat
Cinta Ilahi Cinta Yang Teratas!

PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksI
MERDEKA.com sedang bersama Yuhardi dan 4 yang lain.
Mengertikah FPI perjuangan Tan Malaka demi Indonesia merdeka?
Jauh sebelum orang lain mengumandangkan Indonesia merdeka, Tan Malaka sudah melakukannya, hingga dia dibuang pemerintah kolonial Belanda karena dianggap berbahaya. Selama Orde Baru dia dicap komunis dan namanya seolah tenggelam. Rupanya, sampai sekarang sang pejuang itu masih tak boleh tampil di negerinya sendiri, setelah kemarin acara diskusi tentangnya dibubarkan FPI. Baca ulasan selengkapnya : http://mdk.to/oC7F


HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 Syaaban 1440H
  22  April  2019










0 comments:

Post a Comment

 
;