Thursday, 25 April 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (206) SALAM ISRAQ MIKRAJ


PERJUANGANKU PERJUANGANMU (206) SALAM ISRAQ MIKRAJ

Siapa bersama kita di Syurga?
Kata Nabi ﷺ,
"Kamu akan bersama org yg kamu cintai"
SALAM ISRAQ MIKRAJ 1438H
ATAS NAMA CINTA-MU
MENCINTAI-MU ALLAH TIADA PENGHUJUNG-NYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu ya Allah,,,
hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ
Ya Allah jantungku seakan terhenti berdetak andai Engkau tidak membalas cinta dan rinduku. Hadirlah Engkau Ya Allah membalas cinta dan rinduku setiap saat dan ketika. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
Allah kucinta
Muhammad kukasih
moga cinta dan kasih ini
mengundang rindu membara
tanpa jemu tanpa noktah
hingga ke akhir hayat mencintaiNya
di Padang Mahsyar mendapat
Syafaat Nabi Muhammad SAW
di Syurga bersama seluruh ummat Rasulullah
memandang Wajah Allah Azzawajallah
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
'hambaKu yang mencintaimu adalah kekasihKu,'
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Tuhan di Sidratul Muntaha,
Allah SWT bertanya kepada nabi, ‘Siapakah yang menjadikan alam
semesta ini,’ Rasulullah menjawab ,’Kau Ya Allah ,’
‘Aku ini siapa padamu,’ Nabi tersipu malu lalu Allah menjawab,
‘hambaKu yang mencintaimu adalah kekaksihKu.’ .
MENCINTAIMU ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA
Akan selalu kusebut dan kusimpan dalam hati namaMu Ya Allah,,,hingga nafas ini tak lagi berjalan.........!!! — at اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ اللّهُ.
ALLAH DZUL JALAALI WAL IKROOM YANG MAHA PEMILIK KEBESARAN DAN KEMULIAAN
السلام عليكم ورحمة الله
1 hari 1 hadis
Daripada Abi Hurairah r.a menceritakan kepada kami (perawi) daripada Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Jika hambaKu mendekat (menghampirkan dirinya/datang) kepadaKu satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepadaKu satu hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa, jika dia mendekat kepadaKu dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi".
(Muslim : 2677, Ahmad :27410)
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
berkorban apa saja
demi ummat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati ummatnya
mencintai ummatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
sepenuh iman
Masya-Allah!
sentiasa berdoa pada Tuhan
agar ummatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap ummatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut ummatnya
‘Ummatku! Ummatku! Ummatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad SAW
biarpun telah tiada jasadmu
budimu
pengorbananmu
cintamu kepada ummatmu
akan dikenang
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri, duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
kekasih Allah
sebagai balasan cintamu
pada kami ummatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami ummatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia
di Padang Mahsyar
mendapat Syafaatmu
Aamin Ya Rabbal A’lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
12 Rabiulawwal 1434H
24 Januari 2013M
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
12hb. Rabiul Awwal hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul AwalTahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
Di malam hari bintang-bintang bertaburan bergemerlapan
cahaya purnama berseri-seri hingga ke subuh
meraikan kelahiran Muhammad Rasulullah
Subhanallah seluruh alam
penghuni langit dan bumi
mengucapkan kesyukuran
Di subuh Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
bumi Makkah Al-Mukarramah
lahir seorang khalifah Allah kekasih Allah,
Muhammad Rasulullah
Di hari kelahiran Muhammad Rasulullah
di ufuk barat cahaya
di ufuk timur cahaya
di ufuk utara cahaya
di ufuk selatan cahaya
bercahaya-cahaya di langit
kanan cahaya
kiri cahaya
segenap penjuru bercahaya
Subhanallah terlalulah indah cahayaNya,
meraikan kelahiran Muhammad Rasulullah Kekasih Allah.
Di usia 6 tahun telah menjadi yatim piatu
dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
seorang hartawan menyayangi sepenuh jiwa raga
sanggup membatalkan urus niaganya di Syam bagi
melindungi Nabi Muhammad SAW dibunuh oleh musuh Allah,
Abu Talib diberitahu tanda yang ada di tubuh
Nabi Muhammad SAW,'Muhammad Rasulullah,'
ada diceritakan dalam kitab Taurat dan Injil.
Ini membuatkan musuh-musuh Allah akan membunuh
Muhammad maka Abu Talib sentiasa berwaspada
di setiap masa bagi mempastikan keselamatan
anak saudara kesayangannya selamat.
Kelahiran Muhammad
membawa rahmat sekalian alam
budi pekertinya
akhlaknya semuanya
memberi
ketenangan
kedamaian
kerahmatan
Allahu Akbar
betapa besarnya perjuangan
Nabi Muhammad SAW kepada semua ummat Islam
kerana pengorbanannya yang tidak pernah putus asa
Islam berkembang di serata dunia
syukur sebanyak-banyakNya Ya Allah.
di Kurniakan Muhammad Rasulullah
membawa Rahmat Sekalian Alam
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
kami mencintai KekasihMu
Muhammad Rasulullah
dengan izinMu
kami mahu memandang WajahMu di Syurgawi
berdekatan dengan Muhammad Rasulullah
Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
,
Perkenankanlah doa kami Ya Allah,
hambaMu yang kerdil,
................................................
12 Rabi'ul Awwal 1437H
24 Disember 2015
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Allahumma Solli'alaa Muhammad
Wa'alaa Aali Muhammad
ALLAH BALASLAH CINTA KAMI RASULULLAH BALASLAH KASIH KAMI
Allah kucinta Muhammad kukasih
keduanya sentiasa di hatiku
sehingga nafas terakhir kubawa
cinta kasih dan sayang
Allah balaslah cintaku
agar aku dapat beramal soleh keranaMu
agar aku dapat memandang WajahMu
di Syurga Firdausi
Syurga Tertinggi
Ya Rasulullah Kekasih Allah
balaslah kasihku
kurniakanku Syafaatmu di Akhirat nanti
agar aku terselamat daripada azab sengsara di Padang Mahsyar
Ya Allah terimalah puisi-puisi yang kukarangkan untukMu
lambang aku cintakanMu dan KekasihMu Nabi Muhammad SAW
IndahNya mencintaiMu Ya Allah
Indahnya mencintaimu Ya Rasulullah
Moga tautan cinta padaMu Allah dan Rasulullah
hati kami hanya mahu memfokuskan
hidup dan mati hanya untukMu Allah
Kami bersilaturrahim demi kerana Allah
saling berbelas kasihan demi kerana Allah
demi menghargai perjuangan Rasulullah
Saling sayang menyayangi kerana Allah
saling berbelas kasihan kerana Allah
Ya Allah kami hambaMu semua cintakanMu
Ya Rasulullah cintamu sentiasa mewangi di hati
Ya Rasulullah kami ummatmu mahu membalas kasihmu
satukan hati kami semua dalam cinta kasih sayang sewangi Syurga
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
18 Ramadhan 1434H
27 Julai 2013M
SALAM ISRAK MIKRAJ
Salam Israk Mikraj
27 Rejab perjalanan Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW
Ke Sidratil Muntaha di langit ke tujuh
Dengan Kudrat dan Iradat Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
Perjalanan di malam hari bagaikan kilat
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
Menembusi tujuh lapisan langit
Sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah
Salam Israk Mikraj
Diperlihatkan indahnya Syurga
Yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia memikirkannya
Diperlihatkan juga azab seksa ahli neraka amat dahsyat menginsafkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
ALLAH MENUNJUKKAN KEKUASAANNYA MENGATASI SEGALANYA
Salam Israk Mikraj
Syukur Ya Allah
Dengan izinMu
Kau izinkan Nabi Muhammad KekasihMu
Memperlihatkan KekuasaanMu Mengatasi SegalaNya
Peristiwa Israk Mikraj
Menambahkan keyakinan ummat Nabi Muhammad SAW
Agar yakin seyakinnya akan Kebesaran KekuasaanMu
Nabi Muhammad PesuruhMu
Menceritakan apa yang disaksikan kepada ummatnya
Bertambah kasih sayangnya kepada kami
Mendoakan kami agar dimasukkan semua ummatnya ke Syurga
Diselamatkan dari azab api neraka yang mengerikan...
Kerana terlalulah azab menjadi ahli neraka
Nabi Muhammad menangis pagi petang siang dan malam
Berdoa terus berdoa hingga ke akhir hayatnya
Agar semua ummatnya diselamatkan daripada menjadi ahli neraka
'UMMATKU UMMATKU UMMATKU'
Itulah di akhir nafasnya
Yang diucapkan
Itulah doanya yang terakhir
Betapa kasih sayangnya KekasihMu kepada semua ummatnya tanpa terkecuali
Walhal KekasihMu sudah dijamin masuk Syurga
Tapi masih mendoakan semua ummatnya masuk ke Syurga
Sampai akhir hayat PesuruhMu KekasihMu menyayangi kami
Tak terbalas kasih sayangnya kepada kami sebagai ummatnya
Makanya makbulkan doa KekasihMu itu Ya Allah
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Salam Israk Mikraj
Telah terbukti
Kebesaran Kuasa Allah Azzawajallah Mengatasi Segala
Yang ada di langit dan di bumi
Telah terbukti
Nabi Muhammad SAW
Mencintai semua ummatnya tanpa terkecuali
Moga bersamalah kita
Sentiasa berjiwa hambaNya kerana kita berstatus milikNya selamaNya
Sentiasa menghargai kasih sayang Nabi Muhammad saw hingga nafas terakhir
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Rejab 1434H
6 Jun 2013M
SAJAK NUKILAN RATU RIMBA NIAGARA
Zulkarnian Mazlan uploaded a file.
sajak Nukilan Sahabat kita Ratu Rimba Niagara
Terima Kasih
SALAM ISRAK MIKRAJ.
Ratu Rimba Niagara Terima kasih kerena sudi hargainya. Moga Allah SWT merahmati semua yang membaca Aamiin.
(PETIKAN DARIPADA GROUP MARI BELAJAR SOLAT DAN AL QURAN DAN RATU RIMBA NIAGARA)
27 Rejab 1434H
6 Jun 2013
SALAM NUZUL AL-QURAN
Salam Nuzul Al-Quran
moga kita tergolong pencinta Al-Quran
kerana cintakan Allah kita menghayati Al-Quran
di alam barzah menjadi peguambela kita adalah Al-Quran
begitu bermaknanya hidup dan mati kerana Allah
yang menghadiahkan Kalam SuciNya
untuk kita menempah tiket ke SyurgaNya
Al-Quran penyuluh hidup kita
Al-Quran pelindung dunia akhirat kita
Ya Rabb
pilihlah kami mencintai KalamullahMu
KalamullahMu indah seindah bahasaMu
bahasaMu tiada siapa dapat tandingi
Engkaulah Pujangga
Engkaulah Pemuisi
Engkaulah Ahli Falsafah
Engkaulah Ilmuan Maha Bijaksana
Ilmu yang terkandung dalam Al-Quran
tiada satupun yang tertinggal
semuaNya Maha Sempurna
KalamullahMu lagi dibaca lagi dihayati
membuatkan semua para pencintaMu
makin teruja untuk mencintaiMu
menjadi pendamba cintaMu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Melihat KalamullahMu Maha Sempurna Indah
berada di hadapan mata jelas wujudNyaMu
sesungguhNya Engkau Maha berkata-kata
kata-kata nan indah-indah
tersusun terangkai saling berkaitan
di anta satu ayat ke satu ayat
tiada seorang pujangga di dunia ini dapat meniru
walaupun satu ayat
mengandungi sejuta makna sejuta hikmahNya
ganjaan pahala bagi yang membaca KalamullahMu
akan dilipatkangandakan ganjaran pahala dariMu
SUBHANALLAH amat rugilah kami tidak membaca KalamullahMu
Tika hambaMu membaca Al-Quran
itu bermakna Engkau sedang berkomunikasi dengan hambaMu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
KalamullahMu bukti
siapapun tak boleh menafikan kewujudanMu
Al-Quran bukti wujudNya Engkau Ya Allah
sebab itu semua yang yakin kewujudanMu
akan menyembah Engkau
Tiada Tuhan Lain Layak Disembah Kecuali Engkau
dan di Agungkan di sebilang masa dan ketika
Tika membaca Al-Quran Engkau berkomunikasi dengan kami
tika solat kami berkomunikasi denganMu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
memang benarlah Al-Quran dan Solat penyambung
cinta di antara hambaMu denganMu
ALLAHU AKBAR
YA RABB...
jadikanlah kami Pencinta Al-Quran
jadikan kami hambaMu yang taat bersolat
kami mahu selalu berkomurnikasi denganMu
sebab itu solat dan Al-Quran
tak dapat dipisah dua serangkai
menyatukan hamba dan Penciptanya
Amatlah rugi jika kami tidak solat dan membaca Al-Quran
pastilah Engkau murka
pastilah neraka tempat kami nauzubillah
Kami solat
kami membaca al-Quran
tanda kami cinta padaMu Allah
maka jadikanlah Al-Quran dan solat
amalan hidup kami sehingga ke akhir hayat
melafazkan KalamullahMu
LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
........................................................................
(HAMBAMU YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI KALAMULLAHMU)
17 Ramadhan 1434H
26 July 2013M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN)
SALAM MASJIDILL AQSA
Salam Masjidil Aqsa
Masjidil Aqsa dalam kerinduan kini
kerinduan yang tak dapat dibendung lagi
sudah lama kesepian disepikan oleh hamba Allah
yang tak berkunjung untuk besolat di Masjidil Aqsa
menangis Masjidil Aqsa dalam kerinduan
menangis Syurga menunggu para mujahid
Masjidil Aqsa dalam kehibaan
hiba dizalimi dipandang hina oleh yahudi laknatullah
hati bersarang dengki khianat sampai dunia qiamat
mahu menakluki Masjidil Aqsa
kini niatnya telah tercapai
yahudi laknatullah bergembira
meraikan kemenangan menakluki Masjidil Aqsa
Mereka mendabik dada penuh angkuh,
"Duhai Aqsa menangislah engkau ....
meraunglah engkau sendirian...
tak akan ada seorang pun yang akan datang selamatkan engkau...
ha...ha...ha....kau kesepian sedangkan engkau adalah lambang
cinta para penganut agama Islam....
cinta konon...
cinta sekadar dilafazkan
tapi tidak dibuktikan
syahid konon
tapi pengecut!
takut mati melawan kami yang gagah perkasa!
kami yakin mujahid tak akan berani menyelamatkan engkau
apa tah lagi membebaskan engkau Al-Aqsa yang telah menjadi hak milik kami....
hahahaha....
Duhai yahudi laknatullah.....
jangan engkau sombong dan bongkak
tunggu masa dan ketikanya
akan datang berbondong-bondong
mujahid dari seluruh pelosok dunia
menyelamatkan Al-Aqsa
kami tak akan biarkan Al-Aqsa merindukan kami
kami tak akan biarkan Al-Aqsa dizalimi kamu
jika kami membebaskan Al-Aqsa dari cengkaman kezaliman kamu
mati kami menyelamat Al-Aqsa adalah syahid...
jadi kami tak akan takut mati untuk menentangmu
sekalipun Al-Aqsa bermandikan darah mujahid
kami sudah relakan kerana kami sudah lama nantikan
saat-saat bergelar syahid
Duhai Al-Aqsa
maafkan kami
membiarkan kamu kerinduan kesepian
dizalimi oleh yahudi laknatullah
tunggulah dalam penuh tawakal kedatangan kami
untuk menyelamatkan kamu
kami sedang berlatih segala ilmu kepahlawanan agar
pemergian kami untuk menyelamatmu mendapat
kemenangan dan kejayaan
strategi kami untuk menyelamatkan kamu mesti tepat
agar tak tersalah langkah dihidu musuh durjana.
makanya janganlah bimbang janganlah ragu
akan cinta kami padamu Al-Aqsa
kami yakin kemenangan kami nanti untuk membebaskan kamu
akan datang berbondong-bondong Ummat Nabi Muhammad SAW
dari seluruh pelosok dunia untuk bersolat di Masjidil Aqsa
tempat ketika Nabi Muhammmad SAW Israk Mikhraj dari Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha
menembus tujuh lapisan langit sampai ke Bawah Arasy Allah Azzawajallah
Maka dari itu duhai Al-Aqsa jangan bimbang kami akan datang selamatkan kamu tunggulah kedatangan kami dengan penuh sabar dan tawakal
'Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan dengan izin Allah SWT.'
Karya Ratu Rimba Niagara
17 Ramadhan 1434H
26 July 2013M
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA MERAIKAN HARI NUZUL AL-QURAN 1434H)
MOGA ALLAH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA MUJAHID MENYELAMATKAN AL-AQSA DAN KEMENANGAN ITU NANTI DAPATLAH KITA BERSOLAT DI MASJIDIL AQSA INSYA-ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
MERAIH CINTA ALLAH
demi cinta kupadaMu Kekasihku
aku akan perang habis-habisan
darahku
nyawaku
perjuanganku
hidup matiku hanya untuk Allah
tak akan kugentar
walau beribu datang menyerang
akan aku tentang habis-habisan
aku hidup untuk Allah
aku mati untuk Allah
aku berjuang kerana Allah
aku cumalah hamba Allah
yang dipilih Allah untuk ke jalanNya
perjuangan demi kerana fisabilillah adalah duniaku
makanya aku tak takut mati jika aku mati di medan juang
aku adalah tentera Allah yang berani mati demiNya
aku redha hidupku seorang pejuang
sudah tercatat di Azali aku seorang pejuangNya
aku syukur sebanyak-banyakNya
kerana aku berjuang demi Allah Azzawajallah
untuk meraih cintaNya
moga perjuanganku dibalas syahid
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 Mac 2013
INDAHNYA RUMAH ALLAH
RUMAH ALLAH YANG MENGINDAHKAN BUMI INI
SUBHANALLAH INDAH-NYA RUMAH-MU
MOGA AKU DIJEMPUT-MU UNTUK BERIBADAH DI RUMAH-MU
YANG BERADA DI MUKA BUMI INI...
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DOA HAMBA-MU
YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM JIWA DAN ROH YANG TENANG
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Yang Menumpang Di Bumi Allah Azzawajallah,
27 Rejab 1435H
27 Mei 2014
ATAS NAMA CINTA-MU
ALLAH KAU KUCINTA
ALLAH KAU KURINDU
CINTA DAN RINDU
SYAHDU DI PERDU RINDU
AKU TERUJA MERAIH CINTA-MU
KU BERJALAN MENDAPATKAN CINTA-MU
KAU BERLARI MEMBALAS CINTAKU
AKU HAMPIRI-MU KAU TELAH ADA DI HATIKU
ALLAHU AKBAR HEBAT-NYA CINTA-MU
KAU TAK PERNAH HAMPAKAN AKU
KAU TAK PERNAH MENOLAK CINTAKU
MALAH KAU LEBIH MEMBALAS CINTAKU
SEDANGKAN AMALANKU TIDAKLAH BANYAK MANA
HANYA SEDIKIT DIBANDINGKAN PARA KEKASIH-MU
SIAPALAH AKU UNTUK MENDAPAT CINTA-MU YANG MAHA AGUNG
TAPI ITU TIDAK MENGHALANG ENGKAU MEMBALAS CINTAKU
ALLAHU AKBAR
MEMANGLAH ENGKAU MAHA PENYAYANG
DARIPADA SEGALA YANG PENYAYANG
MEMANGLAH ENGKAU KEKASIH
TIDAK HAIRANLAHLAH KENAPA
PARA KEKASIH-MU
BERKORBAN APA SAJA DEMI MERAIH CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
MEREKA TERPANA DALAM DZAT CINTA-MU
MEREKA RELA TINGGALKAN PESONA DUNIA DEMI CINTA-MU
SEDANGKAN AKU TIDAK MAMPU BERKORBAN SEHEBAT MEREKA
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH
YANG MAHA AGUNG
ATAS NAMA CINTA-MU
YANG MAHA AGUNG
KAU BERILAH AKU
KEKUATAN
UNTUK TERUS MENCINTAI-MU
DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN
MAHUKAN HIDUP DAN MATIKU
HANYA ENGKAU MATLAMATKU
APA YANG AKU USAHAKAN
BUKAN UNTUK MENDAPAT
PANDANGAN MANUSIA
HANYA MAHUKAN PANDANGAN-MU
ANDAI APA YANG AKU USAHAKAN
BOLEH MENDEKATKAN DIRIKU PADA-MU
DAN YANG MEMBACA KARYAKU JUGA MENDEKATI-MU
BERILAH KEJAYAAN
KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT
AKU MAHU HIDUP MATIKU
DAN SAUDARA SEISALAMKU JUA
HIDUP DAN MATI
HANYALAH KERANA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
5 Rejab 1436H
24 April 2015
SAHABAT KE SYURGA
Indah bersahabat atas dasar karena Allah,
akan sentiasa menjaga hati
berkata nan indah-indah
seiring hati Syurga
Apa yang disukai Allah itulah yang kita suka
apa yang dibenci Allah itulah yang kita benci
Kita tidak akan pedulikan apa katanya orang
jika kita berada di landasan yang benar
Kebaikan yang disukai Allah akan kita perjuangkan
sehingga akhir hayat
Bila kita hidup penuh dengan cita-cita dan perjuangan
kita akan saling membantu
saling bekerjasama
keuntungan duniawi
untuk dijadikan saham akhirat
Untuk menjadi sahabat sampai ke Syurga
kepentingan sendiri kita ketepikan
semangat setiakawan
setia sampai ke akhir hayat
Sahabat sampai Syurga
ditunggu untuk bersamaku
sekalipun cuma sebagai rakan fb
menjadi pendorong penyuntik
semangat dalam dunia sasteraku
ku cuma perlukan sebuah keikhlasan...
kepada rakan fb yang tidak dapat memberi komitmen
sebagai rakan fbku seakan aku tidak wujud sebagai rakan fbnya
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki maafkan daku
izinkan aku mencari dan menunggu pejuang sastera lain
yang benar-benar ikhlas mahu menjadi rakan fb merangkap
pejuang sasteraku susah senang bersama memperjuangkan sasteraku, walau apapun kita tetap sahabat tak akan terputus sama sekali ikatan silaturrahim...kita tetap sahabat sampai ke Syurga Insya-Allah AAmiin.
"LAMAN FBKU ADALAH MEDAN JUANG SASTERAKU MANAKALA LAMAN GROUP KARYAKU BERSIARAN SELAGI ADMIN IZINKAN KARENA AKU HARGAI SETIAP UNDANGAN KE GROUP."
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
Sahabatmu sampai Syurga Insya-Allah AAmiin
Aku hamba Allah seperti kamu juga
5 Rejab 1436H
24 April 2015
SUBHANALLAH BILAMANA AKU MENDAPAT ILHAM AKU BAGAIKAN MENGUTIP PERMATA SYURGA YANG BERGUGURAN TANPA HENTI, KUKUTIP LALU KUBAGI-BAGIKAN PERMATA SYURGA TIDAK BERKURANGAN SEDIKITPUN MALAH BERTAMBAH BANYAK SEHINGGA MENJADI BUKIT PERMATA SYURGA PELBAGAI WARNA DAN BENTUK SAUJANA MATA MEMANDANG. ALLAHU AKBAR MAHA KAYA-NYA ALLAH KEPADA SEMUA HAMBA-NYA TANPA TERKECUALI MAKA DARI ITU AKU INGIN MENJADI HAMBA-NYA YANG BERSYUKUR SEPANJANG HAYAT HIDUPKU. ALLAHU AKBAR AAMIIN.

TERIMA KASIH ....KASIH KERNA IZINKAN
AKU BERTEDUH DI HATIMU YANG PENUH IMAN
Kasih...
Kau hadir tanpa dugaku
Kebaikan
Kejujuran
Kelembutan tutur katamu
Buat aku jatuh cinta padamu
Kau tidak seperti yang lainnya
Tidak pernah faham
Deria jiwa seorang wanita
Yang perlukan seorang pria
Menjadi pelindung
Membajai benih-benih cinta
Lalu subur dan tumbuh
Sepohon cinta yang rendang
Lebat buahnya
Itulah pohon cinta Ilahi
Yang disemai bersama di dunia
Dan menjadi bekal di
Akhirat nanti
Bersyukurku atas
Kurniaan-Nya
Menganugerahkan...
Cinta suci mu ke aku
Ikhlas mencintaiku keranaNya
Terima kasih... kasih
Kerna izinkan aku
Berteduh di hatimu
Yang penuh iman
Untuk membawa aku
Jalan-jalan ke Syurga-Nya
Karya Putri Rimba
24 April 2012

KANVAS CIPTAAN ALLAH SWT YANG AMAT INDAH
Subhanallah
Kanvas Ciptaan Allah SWT yang amat indah
Terpesonaku memuji CiptaanNya
Ya Allah Kau Limpahkan Rahmat-Mu Tanpa Batas kepada hamba-Mu
Yang mengajak semua yang menghayati gambar ini untuk
Memuji Kebesaran-Mu Ya Allah
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
18 April 2012


(PETIKAN DARIPADA HARLINA AHYA ULUMUDDIN & KHAI NOOR)
         


Imej mungkin mengandungi: burung

SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
20 JAMADIL'AWAL 1436H
11 MAC 2015

Imej mungkin mengandungi: teks
Majalah Ummi
Orang yang pertama kali dipanggil ke surga adalah orang-orang yang senantiasa banyak memuji Allah baik dalam keadaan lapang atau pun sempitI
{HR Tirmidzi}


Cinta sahabat membawa keceriaan
Cinta disayangi di kala susah dan senang
Cinta sejati kebahagiaan dunia akhirat
Cinta Ilahi Cinta Yang Teratas!

PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksI
MERDEKA.com sedang bersama Yuhardi dan 4 yang lain.
Mengertikah FPI perjuangan Tan Malaka demi Indonesia merdeka?
Jauh sebelum orang lain mengumandangkan Indonesia merdeka, Tan Malaka sudah melakukannya, hingga dia dibuang pemerintah kolonial Belanda karena dianggap berbahaya. Selama Orde Baru dia dicap komunis dan namanya seolah tenggelam. Rupanya, sampai sekarang sang pejuang itu masih tak boleh tampil di negerinya sendiri, setelah kemarin acara diskusi tentangnya dibubarkan FPI. Baca ulasan selengkapnya : http://mdk.to/oC7F


HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
19 Syaaban 1440H
  25  April  2019

0 comments:

Post a Comment

 
;