Thursday, 16 May 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (238) SELAMAT HARI GURU



PERJUANGANKU PERJUANGANMU (238) SELAMAT HARI GURU
1 tahun lepas
Dr Wan Azizah Wan Ismail
PERUTUSAN HARI GURU 2018
Hari Guru disambut bagi memperingati jasa dan pengorbanan para guru serta mengiktiraf peranan penting yang dimainkan dalam pembinaan negara dan bangsa.
Kerajaan Baharu Pakatan Harapan peka akan cabaran dan isu-isu utama yang dihadapi oleh para guru. Maka, sepertimana yang termaktub di dalam Buku Harapan, kami komited untuk memastikan para guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik para pelajar.
Sehubungan itu, Kerajaan Baharu Pakatan Harapan akan mengurangkan bebanan tugas pentadbiran yang dipikul oleh para guru. Jawatan Pembantu Pengajar akan diwujudkan bagi menggalas tugas-tugas pentadbiran.
Akses dan kebolehgunaan sistem teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga akan diperbaiki supaya pengajaran lebih interaktif dan berkesan bagi mencerminkan prestasi pendidikan yg meningkat. Keputusan Kerajaan Baharu Pakatan Harapan juga akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru-guru yang mahu menyambung pengajian dan latihan professional mereka.
Harapan kami usaha-usaha ini akan dapat mengangkat martabat dan meningkatkan kecekapan para guru di negara ini terutama sebagai pendidik generasi mendatang.
Kepada semua guru yang tercinta dan disanjungi, terima kasih dan Selamat Hari Guru buat anda!
Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
16 Mei 2018
PANTUN GURUKU SAYANG MURID KUSAYANG
Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.
Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.
Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.
Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.
Guru kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.
Suasana bilik darjah penuh ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.
Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru kreatif murid positif;
Apa diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran guru kreatif.
Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.
Guru cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.
Murid bermasalah guru pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.
Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.
Murid berdisplin guru gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.
Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.
Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.
Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.
Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.
Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.
Guru Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru kuingat setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.
Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Mei 2010
(Bersempena Sambutan Hari Guru)
Puisi Guruku Sayang Muridku Sayang
Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan…
Kehidupan yang semuanya
berpaksikan ilmu.
Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal hilang nakhodanya…
Hidup bagaikan gelap-gelita.
Guruku sayang…
Ajarlah aku…
Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan benar …
Agar aku tidak terkapai-kapai
lemas di atas kejahilanku sendiri
tidak berminat menuntut ilmu.
Mulai hari ini aku berazam
menjadi murid cemerlang dan terbilang!
Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!
Karya: Putri Rimba Niagara
16 Mei 2010
(Bersempena Sambutan Hari Guru)
PERSAHABATAN ATAS DASAR KERANA ALLAH SWT INDAH SEINDAH PERSAHABATAN DI SYURGA
Bilamana Allah yang temukan pertemuan kita walaupun cuma di alam maya pasti ada hikmahNya yang terindah! Allahu Akbar.Aamiin.
Sahabat
Semua pertemanan yang tidak dilandasi keinginan untuk saling mengingatkan akan Allah akan menjadi sia sia dan bahkan pada akhirnya akan menjadi permusuhan di hari kiamat!
_Allah berfirman:_
*اَلْاَخِلَّاۤءُ يَوْمَئِذٍۢ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ اِلَّا الْمُتَّقِيْن*َ
"Teman-teman karib pada hari itu (kiamat) nanti saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa."*
{Qs. Az-Zukhruf 67}
Ibnu Katsir rahimahullah*berkata :
"Bahwa setiap persahabatan yang dilandasi cinta karena selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan saling bermusuhan.
Kecuali persahabatannya dilandasi cinta karena Allah,
inilah yang kekal selamanya." (Tafsir Ibnu Katsir) .
Persahabatan yang akan kekal sampai hari kiamat adalah persahabatan yang dimana didalamnya ada saling menasehati, saling mengingatkan dalam ketakwaan dan saling mengajak kembali ke jalan Allah
Persahabatan yang sedikit tetapi peduli akan akhiratmu itu amat jauh lebih baik dibandingkan persahabatan yang banyak jumlahnya tetapi tidak ada yang mempedulikan akhiratmu
Imam Syafi'i berkata:
“Jika engkau punya teman (yang selalu membantumu dalam ketaatan kepada Allah)
maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau melepaskannya. Karena mencari 'teman baik' itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”
BILAMANA ALLAH YANG PERTEMUKAN PASTINYA SEINDAH SYURGA
Allah yang mempertemukan untuk satu alasan
Entah untuk belajar atau mengajarkan
Entah akan menjadi bahagian terpenting
atau hanya sekadarnya
Akan tetapi tetaplah menjadi yang terbaik
di waktu tersebut
Lakukan dengan tulus
Meski tidak menjadi seperti yang diinginkan
Tidak ada yang sia~sia!
Kerana Allah yang mempertemukan!
Bilamana DIA yang aturkan pertemuan kita
pastinya DIA juga ingin mempertemukan kita di SyurgaNya
Allah SWT menurut prasangka hambaNya
Moga pertemuan kita berakhir di Syurga
Itulah hikmah disebalikNya kenapa kita dipertemukan sekalipun cuma di alam maya.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Kepada semua sahabat alam mayaku...
aku ingin menjadi sahabat yang terbaik untukmu
andainya di sepanjang ku bersiaran karya
ada susunan kata-kata yang kutulis telah mengguriskan hatimu, ku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana aku akui aku adalah insan yang tak sempurna...
untuk menjadi sahabatmu yang sempurna di hatimu
sudilah memaafkan apa jua kesalahanku
kerana aku rela menjadi si pungguk mendayu-dayu merayu
di balik mega awan senja alam maya
agar aku tak menyesal di hari Akhirat nanti mencarimu
untuk dimaafkan kesalahanku kerana di hari itu
penyesalan sudah tidak berguna lagi...
semasa ada peluang dipinjamkan nyawa
aku memohon kemaafan darimu ...
Salam sejuta kemaafan
Salam kasih sayang semurni hati
Salam Sya'ban
Salam Menyambut Ramadan 1438H
Salam silaturahim sampai Syurga
Sahabatmu yang suka berpujangga,
Ratu Rimba Niagara,
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
PUISI TERAKHIR BUAT SAHABAT
Sahabat...
terima kasih atas
sepanjang persahabatan kita
dibajai dengan bunga-bunga cinta kasih sayang
setulus hatimu
menyayangiku tanpa syarat
bila kuberduka terluka
kau jahit lukaku dengan benang cintamu
sehingga hidupku yang bergerhana
bertukar menjadi pelangi nan indah
sepanjang hari sepanjang malam setiap hari
terlalu indah persahabatan kita hanya Tuhan yang tahu
Syukurku pada Tuhan dikurniakan sahabat sebaik semuliamu.
Sahabat ...
kau melengkapi hidupku
kita bersahabat atas dasar kerana Allah
sungguh indah bila semuaNya keranaNya
kita saling sayang menyayangi
bantu membantu
susah senang kita bersama
Sahabat...
sesungguhnya kurasa bahagia punyai sahabat sepertimu
sehingga saat-saat terakhirku
kau sentiasa di sisiku
menemaniku
biarpun ku tak dapat berkomunikasi denganmu
atas sakitku kian nazak
kudengar dengan jelas
esakan tangismu dalam doa
mendoakan agar Allah swt meminjamkan usiaku
untukmu supaya dapat menumpang teduh kasihku lagi
ingin kusapu air mata mu yang mengalir deras
tapi apakan dayaku
siapa aku untuk menolak takdir
telah ditakdirkan nyawaku hingga setakat ini
namun kuredha.
Sahabat ...
sabarlah
jangan ditangisi pemergianku
kerana kematian hanyalah perpisahan sementara saja
doakanku bertemu denganNya dalam redha lagi diredhaiNya...
doakanku berjaya menjawab semua soalan kubur
berkat persahabatan kita yang saling ingat mengingat tentang hari kematian dan hari kebangkitan setelah mati Syurga dan neraka.
Sahabat...
mengertilah dikau bahawa ku tak akan pernah melupakanmu
kerana kita pernah berjanji untuk saling menunggu di Pintu Syurga,masih kuingat kata-katamu kita bersahabat sampai ke Syurga, moga Allah makbulkan janji kita berdua Aamiin.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Sahabat Dunia Akhiratmu,
........................................................
15 Rejab 1437H
23 April 2016
Karya Ratu Rimba Niagara,
15 Rejab 1437H
23 April 2016
(Karya diilhamkan istimewa untuk Norimah Zakaria dan sahabat baiknya yang telah pulang kerahmatullah , moga Allahyarhamah di tempatkan ke dalam roh-roh yang beriman dalam Syurga Firdausi Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin)
SAHABAT SEPERJUANGANKU KAU TELAH PERGI MENDAHULUI KAMI
Moga ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba Allah yang beramal soleh dimasukkan ke Jannah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat seperjuanganku kau telah pergi mendahului kami,
kami juga akan menyusul kemudian kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Moga kau tenang dan bahagia berada di alam Syurga. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SAHABAT AKHIRAT
Aku cuma mahu tahu kau mengerti aku...aku mengerti kamu..
sentiasa jujur dalam berkata
sentiasa setia dalam persahabatan
sentiasa berkomunikasi
sentiasa berkata seiring hati
sentiasa muhasabah diri
sentiasa mahu membuat kebaikan
sentiasa berkata yang baik di SisiNya
sentiasa bekerjasama dalam meraih cinta dan redhaNya
jika itu ada pada kamu ...
kamulah rakan seperjuangan
dunia akhirat yang kucari
biarpun sekadar di alam maya
itu sudah memadai
dalam meneruskan
sebuah persahabatan suci
demi alam
akhiratmu akhiratku
sebuah alam
yang pasti kita tempuhi
di kala itu tiada sahabat atau sanak saudara
yang ada sahabat akhirat yang setia menemani kita
sahabat akhirat itulah amalan kita
yang dilakukan ikhlas semata keranaNya
moga kau dan aku dan semua
berjaya membawa sahabat akhirat
tika kita berada di alam akhirat
negeri yang kekal abadi
tempat balasan
segala kebaikan dan kejahatan
moga kita terpilih
mati dalam membuatkan kebajikan
yang diterimaNya
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A 'Lamin
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
moga kita mati dalam kebajikan Aamiin
Allah Azzawajallah mengikut prasangka hambaNya
Jika kamu mengejar dunia
dunia akan tinggalkan kamu
Jika kamu mengejar akhirat
dunia tidak tinggalkan kamu
amalan duniamu bawa ke akhirat
serahkan saja urusan hidup mati
kepada Allah kerana DIA lah
yang menguruskan hidup mati
hambaNya
Usaha Doa Tawakal Pasrah
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
jalan ke akhirat
matlamat sebenar kita
itulah perjuangan kita
yang mahu pulang ke pangkuanNya
moga sahabat akhirat yang kita dambakan
tersimpul kasih suci murni di SyurgaNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Ya Allah aku ingin pulang ke pangkuanMu
kau hadirkanlah sahabat akhiratku
yang selalu mendorongku
beramal soleh keranaMu
Kami mahu ke jalan-jalan SyurgaMu
permudahkanlah Ya Allah
berkat kami bersahabat dengan sahabat akhirat
kami aman di alam barzah
tidak dipukul dipalu sehingga Hari Kiamat
kerana sahabat akhirat kami
sentiasa membela kami
melindungi kami
dan dengan Rahmat KasihMu
di alam barzah roh kami tenang
setenang Air di Kali Syurga
maka dari itu Ya Allah
kurniakanlah kami sahabat akhirat
bersahabat di dunia
selamat dunia akhirat
tersimpul kasih suci murni di SyurgaMu
itu janjiMu
janjiMu benar
pasti benar!
aku yakin
seyakinNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
HambaMu Yang Mahu Pulang Ke PangkuanMu,
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
(YA ALLAH JIKA ADA PAHALA KARYA YANG KUTULIS INI SAMPAIKANLAH PAHALANYA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU DAN ROH SAHABATKU YANG MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
KITA BERSAHABAT UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA
Wajahmu wajahku bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin berkat persahabatan atas niat suci murni kerana -Nya.
Aamin YRA. Allahu Akbar..
Ya Allah ...redhakan persahabatan kami ini
Moga persahabatan kami seperti persahabatan ahli-ahli Syurga
Tiada akan ada kerapuhan kasih dan sayang
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin rapuh
Tiada apa yang ingin kami fokuskan dalam persahabatan yang suci ini
Melainkan ingin mencari jalan-jalan pulang bertemu-Mu
Menyebarluaskan ilmu dunia akhirat agar hanya Engkaulah
Menjadi tumpuan semua hambaMu
Untuk Meng-AgungkanMu
Di sebilang masa dan ketika...
Ya Allah...Jauhkan kami...
Daripada segala yang membuatkan
Hatiku terluka
Hatinya terluka
Suburkan hati kami
Saling bekerjasama dalam
Melakukan segala kerja kebajikan
Yang Kau redhai tanpa ada niat sebesar zarahpun atas
Kerja kebajikan dilakukan
Biarlah kami tidak dikenali di dunia ini
Asalkan hanya Engkau sajahalah yang tahu
Biarlah sampai kami mati pun tidak diketahui
Kerana bukan nama untuk mempopularkan kami
Biarlah kami melenyap di bumi ini tanpa dikesan
Asalkan cita-cita kami untuk menjayakan perjuangan suci ini
Kau makbulkan...Kami sepenuh yakin pertemuan kami ini adalah atas KehendakMu maka kami Syukuri dan hargai sehingga akhir nafas kami...kami tak mahu berpisah hanya kematian yang memisahkan kami
Andainya salah seorang di antara kami yang pergi dulu bertemuMu kami sebagai kumpulan persahabatan ini akan terus menerus menyambungkan perjuangan suci murni ini tanpa henti agar dapat diwariskan kepada generasi pelapis
sehingga dunia ini sampai waktunya tamat
Ya Allah dengan niat persahabatan ini hanyalah keranaMu
kerana mahu menuju jalan-jalan pulang bertemuMu
Kau simpulmatikan persahabatan ini
dengan wangian cinta dari SyurgaMu
agar sentiasa mewangi di hati kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Aamin YRA. Illahi anta maqsudi waredho kamatlubi.. Ya Tuhan hanya Engkaulah tujuanku dan hanya keredhaanMu yang sentiasa menjadi cita-citaku. Berkatilah persahabatan ini wahai kekasihku Yang Satu lindungilah kami didunia dan diakhirat.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Hakikatnya dengan persahabatan ini kita telah ditemukan sejak Azali lagi.
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
AKU DICIPTAKAN UNTUKMU
Allah ciptakan aku untuk kamu syukuri
Allah ciptakan kamu untuk aku syukuri
sama-sama menghargai.
KurniaanNya persahabatan yang indah ini
sama-sama harumkan hati
semurni hati Syurgawi
sama-sama berjanji
merealisasikan
hasrat murni
mahu hidup dan mati
sentiasa Allah redhai
agar bila sampai saatnya nanti
dijemputi Ilahi
dalam jiwa dan roh yang tenang diredhai Ilahi
Aamiin moga Allah kabuli
doa ini
Subhanallah indahnya persahabatan ini
semuanya suci ikhlas kerana Ilahi.
Aku diciptakan untukmu,
Ratu Rimba Niagara
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)




ROH DALAM CERITA SAMPAI KE KALBU
Alhamdulillah habis baca Ratina..
Dari Awal cerita Kesedihan sampai.Akhir cerita sedih
Selamat pagi Awal waktu
11.33 PAGI
Assalamualaikum..wbt jazaakalahu khairan disini kanda nak minta izin dgn dinda Novel Ratina kanda habis baca
Kebetulan kanda ada berkawan dengan Dj Radio klasik Novel itu kanda Nak beri kpd Dj Radio klasik Shela baharudin.dia selaku pernerbitan Drama di radio klasik setiap hari Ahad.. Kalau dinda izin kanda nak beritahu Dj itu.
Waalaikummussalam Alhamdulillah amat terharu silakan kanda ...beritahu Dj dinda izinkan... .
Mana tahu Ratina dapat sambutan berkat budi baik kanda untuk mempromosikan Ratina.
Dj ini berkawan dgn diAlam maya kanda dia promosi Novel ini diRadio klasik. Dj ini memang Tip top Di Radio klasik..
Dah berapa lama kanda kenal
Hampir setahun
Kanda dah habis ke baca Ratina
Komen Ratina dari pemahaman kanda
Ratina boleh tip top tak
Wow best sgt
Tak sedar keluar air mata
Emosi kanda bagaimana sepanjang membaca Ratina
perlukan tisu ke tak
bab berapa yang keluar air mata tu..
Bab 1 dah sikit
Masuk 5 sampai habis nangis.sedih pulak ending
Tak sempat ambil tisu kain selimut jadi lap Air mata
Hehehe teruknya
Roh dalam cerita sampai ke Qalbu
Habis selimut basah air mata
RATINA
2pagi baru habis basa Awesome Novel
Jika kanda bagi Dj...agak kanda Dj nangis tak baca...
Kalau buat Drama filem memang Tip Top
Nasib baik suami kanda tak balik lagi kalau tidak ....pasti dia pelik...hehehe
Dj Radio Ratu Air Mata tiap hari 5/30 ada racangan Adila
Ramai yang hantar cerita di Radio kanda dengar menangis
Lepas Ratina di radio ...buku dimensi karya pulak ye...nanti buku kanda dinda poskan buku baru..
Paling.baik bawa cerita di Radio klasik Zuraidah Mohd Nor.. Dia menbaca.cerita semua pendengar menangis
bila kanda nak pos Ratina ke dj tu...dia berminat ke...
Buku kanda pos di Radio klasik
Bila nak di pos?
Minta dia orang Promosi
Kanda dah beritahu ke dj tu..
Ini lmpian kanda
Dua-dua buah buku ke
Belum lagi nak minta izin dengan dinda dulu
kanda dah baca dimensi karya ke..
dinda amat terharu kerana terlalu suka kanda nak hantar buku karya dinda
nanti dinda pos buku Ratina untuk kanda yang baru
Pukul 3 Nanti kanda nak beri tahu dj shela baharudin
Kanda berilah dj tu dua-dua buah buku...senang dua buku dah dipromosi...
mana tahu tip top dapat sambutan..
Aamiin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA & KANDA MANDA 
19 Sya'ban 1438H
16 Mei 2017


TANPA KITA SEDARI BUMI INI BERPUTAR SEDAR TAK SEDAR USIA KITA MENINGKAT SETIAP TAHUN SAMPAI SUATU SAATNYA PASTI AKAN MENINGGALKAN BUMI INI MAHU TIDAK MAHU BERSIAP ATAU TIDAK KEMATIAN PASTI MENJEMPUT KITA.MOGA KITA MENINGGALKA DUNIA DI KALA ALLAH REDHA AKAN KITA DAN SEMUA MANUSIA YANG MENGENALI KITA REDHA ATAS KEMATIAN KITA. BARULAH TENANG ROH DI KALA ITU. AAMIIN
Your Notifications
Abang Patdeli Abang Muhi likes your post in DIALOG Rumah Sastra BORNEO: "AKAN HAMBA PASTIKAN...
Teruskan Membaca
Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan
Tuanku Sultan disatu majlis..


Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan.
SAHABAT SEPERJUANGANKU KAU TELAH PERGI MENDAHULUI KAMI
Moga ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba Allah yang beramal soleh dimasukkan ke Jannah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat seperjuanganku kau telah pergi mendahului kami, 
kami juga akan menyusul kemudian kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Moga kau tenang dan bahagia berada di alam Syurga. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SAHABAT AKHIRAT
Aku cuma mahu tahu kau mengerti aku...aku mengerti kamu..
sentiasa jujur dalam berkata
sentiasa setia dalam persahabatan
sentiasa berkomunikasi
sentiasa berkata seiring hati
sentiasa muhasabah diri
sentiasa mahu membuat kebaikan
sentiasa berkata yang baik di Sisi-Nya
sentiasa bekerjasama dalam meraih cinta dan redhaNya
jika itu ada pada kamu ...
kamulah rakan seperjuangan
dunia akhirat yang kucari
biarpun sekadar alam maya
itu sudah memadai
dalam meneruskan
sebuah persahabatan suci
demi alam
akhiratmu akhiratku
sebuah alam
yang pasti kita tempuhi
di kala itu tiada sahabat atau sanak saudara
yang ada sahabat akhirat yang setia menemani kita
sahabat akhirat itulah amalan kita
yang dilakukan ikhlas semata kerana-Nya
moga kau dan aku dan semua
berjaya membawa sahabat akhirat
tika kita berada di alam akhirat
negeri yang kekal abadi
tempat balasan
segala kebaikan dan kejahatan
moga kita terpilih
mati dalam membuatkan kebajikan
yang diterimaNya
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A 'Lamin
'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MOGA KITA MATI DALAM KEBAJIKAN
ALLAH AZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
JIKA KAMU MENGEJAR DUNIA
DUNIA AKAN TINGGALKAN KAMU
JIKA KAMU MENGEJAR AKHIRAT
DUNIA TIDAK TINGGALKAN KAMU
AMALAN DUNIAMU BAWA KE AKHIRAT
SERAHKAN SAJA URUSAN HIDUP DAN MATI
KEPADA ALLAH KERANA DIALAH
YANG MENGURUSKAN HIDUP DAN MATI
HAMBA-NYA
USAHA DOA TAWAKAL PASRAH
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
JALAN KE AKHIRAT
MATLAMAT SEBENAR KITA
ITULAH PERJUANGAN KITA
YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA
MOGA SAHABAT AKHIRAT YANG KITA DAMBAKAN
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI
DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
YA ALLAH AKU INGIN PULANG KE PANGKUAN-MU
KAU HADIRKANLAH SAHABAT AKHIRATKU
YANG SELALU MENDORONGKU
BERAMAL SOLEH KERANA-MU
KAMI MAHU KE JALAN-JALAN SYURGA-MU
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
BERKAT KAMI BERSAHABAT DENGAN
SAHABAT AKHIRAT
KAMI AMAN DI ALAM BARZAH
TIDAK DIPUKUL DIPALU SEHINGGA HARI QIAMAT
KERANA SAHABAT AKHIRAT KAMI
SENTIASA MEMBELA KAMI
MELINDUNGI KAMI
DAN DENGAN RAHMAT DAN KASIH-MU
DI ALAM BARZAH ROH KAMI TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
MAKA DARI ITU YA ALLAH
KURNIAKANLAH KAMI SAHABAT AKHIRAT
BERSAHABAT DI DUNIA
SELAMAT DUNIA AKHIRAT
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI DI SYURGA-MU
ITU JANJI-MU
JANJI-MU BENAR
PASTI BENAR
AKU YAKIN
YAKIN SEYAKIN-NYA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Hamba-Mu Yang Mahu Pulang Ke Pangkuan-Mu,
22 Rejab 1436H
11 Mei 2015
(YA ALLAH JIKA ADA PAHALA KARYA YANG KUTULIS INI SAMPAIKANLAH PAHALANYA KEPADA ROH SAHABATKU YANG BARU MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
4 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
Asalamuaalaikum
Al Fatihah
Raihan Sulaiman Palestine telah kembali ke ramatullah pada jam 1:15 am sebentar tadi

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

tahun yang lepas
JIKA KITA KEJAR DUNIA, DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA KEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
MOGA KITA DIJAUHI DENGAN PESONA DUNIA
KITA BURU AKHIRAT KERANA AKHIRAT NEGERI ABADI
YANG SAMPAI BILA....BILA TANPA NOKHTAHNYA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 REJAB 1436H
7 MEI 2015

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran
Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR
4 Mei 2015
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"

  • PABILA DIA MEMBALAS CINTA

    Duhai kasih...di daunan kasih kuukir namamu

    Tapi di kalbu tertera nama-Nya
    DIA kupuja
    Kau kusayang
    DIA kurindui
    Kau kuingati

    Kerana-Nya aku menyayangimu
    Kerana-Nya ku jatuh cinta padamu

    Jika kasihmu tiada kepada-Nya
    Jangan kau cuba mendekati aku
    Bukan aku tak sudi
    Tapi hatiku tiada ke kamu
    Bila tiada hati cinta tak bererti
    Cinta akan jadi mati
    Cinta terus terhenti

    Makanya cintailah DIA
    Kerna DIA Pencipta cinta paling sempurna

    Ketahuilah kamu duhai kasihku
    Kasihku ada ke kamu
    Jika cintamu pada-Nya mengatasi segala-Nya
    Maka disitulah kunci cintaku padamu
    Jika kau tak sudi menghargai kunci cintaku ini
    Makanya undurlah cintamu 
    Biarkan aku bahagia bersama 
    Cinta yang pabila DIA membalas cinta
    Bahagia dunia akhiratku
    Insya-Allah Aamin.

    Karya Putri Rimba.
    29 Ogos 2012
KANVAS CIPTAAN ALLAH SWT YANG AMAT INDAH
Subhanallah
Kanvas Ciptaan Allah SWT yang amat indah
Terpesonaku memuji CiptaanNya
Ya Allah Kau Limpahkan Rahmat-Mu Tanpa Batas kepada hamba-Mu
Yang mengajak semua yang menghayati gambar ini untuk
Memuji Kebesaran-Mu Ya Allah
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
18 April 2012

(PETIKAN DARIPADA HARLINA AHYA ULUMUDDIN & KHAI NOOR)
              
Imej mungkin mengandungi: burung

SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
20 JAMADIL'AWAL 1436H
11 MAC 2015

Imej mungkin mengandungi: teks
Majalah Ummi
Orang yang pertama kali dipanggil ke surga adalah orang-orang yang senantiasa banyak memuji Allah baik dalam keadaan lapang atau pun sempitI
{HR Tirmidzi}


Cinta sahabat membawa keceriaan
Cinta disayangi di kala susah dan senang
Cinta sejati kebahagiaan dunia akhirat
Cinta Ilahi Cinta Yang Teratas!

PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksI
MERDEKA.com sedang bersama Yuhardi dan 4 yang lain.
Mengertikah FPI perjuangan Tan Malaka demi Indonesia merdeka?
Jauh sebelum orang lain mengumandangkan Indonesia merdeka, Tan Malaka sudah melakukannya, hingga dia dibuang pemerintah kolonial Belanda karena dianggap berbahaya. Selama Orde Baru dia dicap komunis dan namanya seolah tenggelam. Rupanya, sampai sekarang sang pejuang itu masih tak boleh tampil di negerinya sendiri, setelah kemarin acara diskusi tentangnya dibubarkan FPI. Baca ulasan selengkapnya : http://mdk.to/oC7F


HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 Mei 2019
  11 Ramadan  1440H














0 comments:

Post a Comment

 
;