Monday, 20 May 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (250) GURINDAM PUISI QALBU



PERJUANGANKU PERJUANGANMU (250) GURINDAM PUISI QALBU

GURINDAM PUISI QALBU
DI OMBAK RINDU KAN KUNANTIKAN KARYAMU KANDA
Duhai kanda yang disanjungi
Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu
Aku cuba pertahankan kesetiaan
Untuk setia selamanya denganmu
Tapi tak tahu entah badai mana
Yang datang hingga aku tak tega
Mempertahankan kesetiaan
Ketahuilah kanda
Sekali tangan berjabat salam
Selamanya akan setia
Sesetia ombak pada pantai
Aku tak tega terjangan ombak
Teramat dahsyat
Hingga aku dilambungkan tinggi
Lalu dihempaskan
Tanpa ehsan
Kecederaan di tubuhku
Masih lagi aku boleh bertahan
Tapi luka parah di hatiku
Bagaikan ditoreh-toreh
Hancur berkecai
Hingga aku tak mampu
Untuk mengungkapkan
Kata-kata bermadah
Pujangga padamu
Aku tak tahu
Apa khilafku
Hingga ombak
Yang mengaku setia pada awalnya
Telah berubah
Madu yang kuberi
Racun yang dibalas
Ombak bicaralah padaku....
Apa salahku padamu?
Kenapa kau mengundangku
Untuk merinduimu
Tapi setelah kuberikan hati setulusnya
Ini balasan yang kau berikan padaku?
Bilang samaku? Bilang? Bilang?
Jikalah terjanganmu itu boleh
Memuaskan hatimu
Kerna ingin membalas dendam
Tapi kenapa aku????
Apa dosaku padamu?
Jahat sangat ke aku
Hinggga kau lukakan
Hatiku sebegini rupa
Air mataku yang mengalir deras ini
Lukaku yang parah ini...
Boleh membuatkan kau ketawa puas
Silakan...
Jika kau rasa tak bersalah silakan
Kerna aku tak tahu apa salah aku
Padamu...
Biarlah pena bisu ini menjadi saksi
Yang aku telah buangkan namamu
Di ombak rindu
Biarpun hatiku menafikan
Aku kena akur
Yang kau bukanlah kawan
Yang boleh menjanjikan bahagia
Untuk aku berkarya bersamamu...
Ketiadaan aku berkaryalah semahumu
Percayalah dari jauh aku sentiasa
Menyokong kamu berkarya
Kerna dunia karyamu adalah duniaku
Maafkan aku kanda
Kerna terpaksa berpisah denganmu
Tanpa pintaku
Moga kanda bahagia di samping
Teman-teman kanda yang hebat
Berpuisi...
Apapun dinda ucapkan terima kasih
Pada kanda yang telah mengundang dinda
Ke grup kanda berkarya...
Salam kemaafan puisi
Salam perpisahan untukmu kanda
Cuma satu harapanku kanda sudi doakan dinda
Kebahagiaan dunia akhirat untuk dinda
Setiap karya kanda sentiasa
Tersemat di hati dinda
Biarlah dinda selamanya menjadi
Pungguk rindukan rang bulan
Di ombak rindu kan ku nantikan
Karyamu kanda...
Karya Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012
Like · · Unfollow Post · May 16 at 9:19pm
Werdys Kalbary like this.
GURINDAM PUISI QALBU
Salam puisi untuk yang dikasihi dunia akhirat
Terima kasih karena sudi memahami apa yang tersirat di hati dinda
Lukanya terlalu parah dalam cinta puisi terluka
Hingga kini lukanya masih sukar untuk diobati
Selagi dinda ingati selagi itulah airmata mengalir deras
Mujurlah ada penghuni rimba yang setia
Selalu memujuk dinda pabila dinda menangis hiba...
Kenapa manusia begitu kanda?
Setelah diberi hati dikecewakan
Kenapa tak seperti Putera Duyung
Sanggup memberi hati pada Mas Merah ...
Manusia yang tidak pernah dikenalinya
Alam yang berbeda tapi masih punya hati ehsan
Kenapa manusia tak begitu kanda?
Kenapa mesti ada cemburu dan sakit hati kanda?
Memikirkan hal ini
Dinda rindukan suasana duyung lautan
Yang hidup saling
Hormat menghormati
Berkoban ...biarpun nyawa jadi taruhan
Demi mempertahankan sebuah kasih sayang nan suci murni
Alangkah bahagianya jika hidup ini
Penuh dengan kasih sayang yang bersih
Jiwa raga
Tiada niat lain selain niat yang membahagiakan
Roh dan jasad
Berkasih sayang selari dengan Cinta Ilahi
Setiap kali dinda pergi
Ke pantai cinta ombak rindu
Dinda selalu membayangkan putera duyung
Menjelma dengan senyumannya yang berbunga pelangi cinta
Menjemput dinda ke istana lautannya
Dan dinda dilayan seperti Tuan Puteri oleh semua penghuni
Lautan....Penghuni lautan ...menyayangi dinda ....
Dinda rasakan inilah dunia yang dinda dambakan...
Ah! Itu cuma dunia illusi dinda saja tak akan jadi kenyataan!
Tapi kehadiran mu kanda dalam hidup dinda
Seolah sinar kebahagiaan pelangi cinta suci kerana-Nya
Mula bertapak di hati...
Mula keyakinan bunga-bunga Cinta Syurga
Mewarnai cinta yang damai mendamai
Yang indah mengindahkan suasana cinta bagaikan di alam Syurga
Bahasa yang dituturkan nan indah tanpa ada hati terluka dilukai
Percayalah kanda ...
Cinta itu indah
Bahasa puisi itu indah
Kerana bahasa puisi adalah bahasa qalbu
Bahasa qalbu datang dari Tuhan
Makanya berjanjilah pada dinda
Kanda akan selalu bertutur dalam bahasa puisi qalbu
Jiwa kanda sesuci bahasa puisi qalbu
Kanda...
Dinda bukanlah insan yang sempurna baik
Tapi tak salahkan jika dinda ingin menjadi hamba-Nya yang baik
Karena Allah Azzawajallah suka yang baik-baik
Makanya marilah kita bersama
Berkata yang baik-baik
Berpuisi nan indah-indah
Seindah pelangi di malam hari
Seindah bunga sakura
Seindah bunga Cinta Syurga
Indah....indah...indah....terlalu indah!
Indah-Nya Hanya Allah Taala saja yang tahu
Kanda....
Mulai saat ini dan detik ini
Kita sama-sama berjanji
Untuk menjadi hamba-Nya yang baik
Berpuisi nan indah-indah
Puisi qalbu yang ada nilaian di Sisi-Nya
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
LUAHAN HATI DARIPADA DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA
20 Mei 2012
Komen
  • INDAHNYA TAMAN BUNGA CINTA SYURGA

    Oh! Indahnya Taman Bunga Cinta Syurga

    Harum mewangi Bunga-Bunga Cinta Syurga

    Bunga-bunga Cinta Syurga tak jemu dipandang mata
    Subhanallah indahnya ciptaan-Mu Tuhan
    Adakah ini permandangan yang Kau perlihatkan
    Pada semua hamba-Mu yang mahu berfikir
    Betapa indahnya di taman-taman Bunga Cinta Syurga nanti...
    Allahu Akhbar aku terpesona
    Aku terpukau betapa indah-Nya
    Taman-taman Bunga Cinta Syurga nanti 

    Bunga-bunga Cinta Syurga harum mewangi sewangi ambar kasturi
    Memukau lalu terpukau dalam keterujaan memuji-Mu
    Dan mencintai-Mu tanpa henti 
    Selagi memandang betapa indah-Nya taman-taman bunga
    Cinta Syurga di dunia ini...
    Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas
    Kau perlihatkan pada semua penghuni bumi
    Cuma yang memahami
    Betapa indah-Nya taman-taman bunga Cinta Syurga

    Ya Allah sebagaimana indahnya taman-taman Bunga Cinta Syurga
    Begitu jugalah cinta-cinta hamba-Mu yang berdasarkan 
    Saling menyintai kerana-Mu

    Bahagiakanlah cinta semua hamba-Mu yang bercinta kerana-Mu
    Dan sama-sama mencari jalan-jalan cinta hanyalah untuk-Mu
    Dan berkat keikhlasan cinta kerana-Mu 
    Sambungkanlah percintaan mereka hingga ke Syurgawi
    Taman-taman Bunga Cinta Syurga
    Memadu kasih cinta rindu sentiasa membara dari dunia
    Hingga ke Syurga-Mu

    Kau Maha Pengasih 
    Kau Maha Penyayang
    Daripada segala kekasih
    Patrikanlah kasih para kekasih-Mu
    Hingga ke Syurgawi
    Hanya Engkau Yang Maha Memahami 
    Maha Memakbulkan Doa
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    19 Mei 2012

    CINTA ITU INDAH SEINDAH BUNGA CINTA SYURGA

    Cinta itu indah ...
    Seindah bunga Cinta Syurga
    Seindah terbitnya pelangi di malam hari

    Bahasa cinta nan indah-indah
    Kerana cinta itu indah

    Cinta itu suci
    Sucikan dengan ikatan murni
    Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA

    Cinta Oh Cinta...
    Ku hargai dan sanjungimu
    Kerna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
    Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
    Senyuman pun terukir
    Pelangi cinta suci
    Sesuci CINTA SYURGA
    Pasti bahagia membahagiakan
    Cinta yang terpatri di dunia
    Bawa ke Syurga-Nya...

    Makanya burulah cinta
    Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...

    Cinta...oh! Cinta...
    Aku memburumu tak kira di mana kau berada...

    Cinta kepada:

    Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
    Semua penghuni bumi dan langit

    Bahagia rasa hati pabila hidup
    Mencintai semua yang ada
    Kerana-Nya

    Sebab itulah CINTA ITU INDAH!
    Seindah Bunga Cinta Syurga 
    Seindah bunga sakura

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    19 Mei 2012

    BERSYUKURLAH PADA ALLAH MENGURNIAKAN CINTA HAWA

    Kanda...

    Tahukah kanda...
    Sehebat mana pun dinda
    Dinda tetap kaum Hawa yang lemah
    Kerana dinda dijadikan Allah Azzawajallah daripada
    Tulang rusuk kiri kaum Adam
    Jadi kanda tak perlu bimbang
    Malah kanda harus berbangga
    Asal usul kejadianmu kanda
    Yang sememangnya gagah perkasa

    Makanya syukurlah pada Allah Azzawallah
    Mengurniakanmu cinta Hawa padamu kanda
    Haruslah kanda menghargainya
    Dan bersamalah kita 
    Mencari jalan-jalan redha Ilahi
    Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi

    Karya: Putri Rimba Niagara
    20 Mei 2012

    ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

    Hidup di Syurga terasa sunyi,
    Sedangkan semuanya ada pasangan;
    Kesunyian Adam Allah memahami 
    Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

    Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
    Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
    Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
    Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia. 

    Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
    Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
    Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
    Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

    Demi cinta Adam kepada Hawa,
    Terpengaruh dengan hasutan iblis;
    Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
    Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

    Setelah sekian lama mereka terpisah,
    Masing-masing tercari-cari;
    Cinta di hati tidak berubah,
    Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

    Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
    Menjadi idola pasangan bahagia;
    Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
    Takdir cinta bahagia selamanya.

    Justeru hargailah cinta Adam,
    Adam pula menghargai cinta Hawa;
    Allah merestui cinta yang terpendam,
    Biarpun dipisahkan angkara alpa.

    Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
    Terima kasih sahabatku:
    Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
    Moga Allah berkati hidup matimu.

    Adam dan Hawa Cinta Idola,'
    Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
    Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
    Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

    Karya: Putri Rimba Niagara
    20 Mei 2012
  • YAKINLAH DENGAN KALIMAH SYURGA

    Duhai yang dikasihi dunia akhirat...

    Kita akan ke akhirat juga
    Alam akhirat kekal abadi 
    Sebelum melangkah ke alam akhirat
    Kita sama-sama usahakan agar pabila sampai waktu nanti
    Dijemput Ilahi ke alam akhirat
    Kita bisa tenang
    Setenang air di kali Syurga
    Kita bisa senyum
    Hasil usaha kita dibalas-Nya Insya-Allah Aamin

    Makanya kita bayangkanlah 
    Betapa indah-Nya suasana di kala itu nanti
    Bila kita bayangkan
    Secara tidak langsung
    Roh dan jasad kita 
    Selari berlumba ke arah akhirat
    Negeri yang kekal abadi
    Indah-Nya taman-taman Syurga
    Dan betapa indah lagi
    Kita dalam Syurga bersama dengan
    Orang yang kita sayangi
    Ketika di alam dunia...

    Jika kau terpukau membaca puisi ku
    Aku teruja penuh syahdu tika mengarangnya
    Indah...indah....indah-Nya alam di Syurga

    Itu yang aku bayangkan....
    Syurga yang nyata asli
    Tak dapat hendak dilafazkan dengan kata-kata melainkan
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    Mana tahu berkat kita yakin ada-Nya
    Pecipta Syurga iaitu Allah Azzawajallah
    Kita berpeluang mendiami Syurga
    Insya-Allah Aamin

    Makanya yang dikasihi...
    Kita padamkanlah segala kesangsian
    Yang membuatkan kita sangsi 
    Tentang takdir Allah SWT pada kita
    Tentang balasan amalan kerana Allah SWT

    Mulai detik ini 
    Dan saat ini
    Kita semangat ye 
    Untuk jatuh cinta dengan Allah SWT
    Mempasakkan kalimah Syurga di qalbu
    LAAILLAAHAILLALALLAH MUHAMMADDAR RASULALLAH
    Hingga ke hujung nyawa kita
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    20 Mei 2012
  • DEWIMU IBARAT KUMPULAN CAHAYA NIRWANA

    TERPERUK DI PENJARA RINDU


    Kanda...
    Dinda rindu padamu ...
    Napa sepi tanpa berita
    Sekarang ni dinda 
    Terdera rindu banget pada mu
    Teganya kanda sepikan rindu dinda ...
    Ombak rindu pun tak sudi rindukan dinda
    Makanya dinda terdera rindu yang tak berbalas rindu dan kasih...
    Luka lama berdarah kembali
    Jahitan benang cintamu sudah terbuka kembali
    Lagi parah mungkin sukar diobati ...
    Kanda...
    Seluruh penghuni rimba rindukan mu...
    Yang udah lama menyepi tanpa kabar berita
    Amat derita rasanya hati tanpa syair gurindam dari mu...
    Rindu serindu rindunya...
    Di kaki langit dinda tulis namamu
    Yang dinda rindu padamu ...
    Tapi awan hitam telah memadamkan rindu dinda
    Makanya terperuk dinda di penjara rindu
    Yang tak berbalas...
    Rindu dan kasih...
    Dinda redha kalau itu kehendak-Nya takdir ...
    Biarlah dinda jadi si pungguk rindukan rang bulan
    Yang tak sudi membalas rindu...
    Namun sampai kapan pun dinda tetap rindukan kanda...

    Putri Rimba Niagara
    18 Mei 2012

    Teratai Abadi likes this.

    Adinda Teratai Abadi:

    Rindu
    luruh takdir bisu
    harus dimaknai dengan apa lagi?

    Putri Rimba Niagara:

    RINDUKU MENGGUNUNG

    Rinduku menggunung
    Lalu membarah
    Meletus!
    Hatiku remuk dek rindu membarah
    Aku parah tanpa arah
    Rindu bayangan tak kesudahan
    Di perdu rindu
    Terperuk rinduku di situ
    Menanti rindu yang tak pasti
    Itulah beban rinduku yang tak kesudahan...

    Jika rindu sudah tak bermakna
    Makanya hilang sudah kasih dan sayang
    Makanya balaslah rindu selagi ada yang sudi merindui mu 
    dinda Teratai Abadi.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & DINDA TERATAI ABADI
    20 Mei 2012
  • ZIIL MU MEMBUAT HIKAYAT BEGITU RUKAYAH

    Teungku Sayyid Deqy :


    Salamku,
    Untuk putri khalifah agung yang nuraini,
    Telah ku fahami rindu yang mengikat diantara tulang belikat
    Juga cinta yang berliku di sungai nil
    Kemahsyuran jiwamu membuat telaga seperti kolam susu
    Dan ruh mu nampak berada disisiku

    Engkau yang berkilan sulastri
    Zamrud dan shapir dijemarimu amatlah membuat kilauan dijagad rindu
    Rubi dan ruztammu begitu indah melianglala di kesatuan jazirahmu putri suasa
    Namun,mengapakah engkau masih merasa sepi?
    Sedang dirimu berkalungkan arjuna dan sahaya yang taat 
    Ziil mu membuat hikayat begitu rukayah
    Sehingga sinarmu azmat terupam di gunung shinai
    Dan perakmu indah terjuntai di sidut bintang lithaya
    Lantas,apakah lagi hendaknya yang kurang dari kehidupanmu Tuanku berkalung ratna sulastri?

    Dewimu ibarat kumpulan cahya nirwana
    Yang berhijab tabir hijau jubah malaikat

    Oh bunga melor...yang purwa rupa dan purwa warna
    Janganlah sepikan jiwamu di taman ini
    Sebab musim slalu berganti ibarat warna pohon cedar 
    Marilah berbahgia di atas rumput perdu diberandamu yang berkemuka
    Petiklah kuntum mawar,lili,bakung,atau putih melati yang sedang kasmaran akan hujan
    Ciumlah bau nya dengan segenap rasa jiwa dan sukma
    Pujilah syukur kehadirat Allah Azzawajalla
    Hidup...adalah sekedarnya,
    Dan zikit adalah nafas yang terus berderai
    Begitu juga bunga bungaan di taman,
    Menari mabuk bertahmid dengan bahasanya
    Hayya 'alasshalla
    Hayya 'alal fala
    Allahu akbar allahu akbar
    Keindahan dunia semata sekedarnya
    KepadaMu Tuhanku,
    Dan dengan sepi rindu
    Aku kembali ke altar ini
    Berkhalwat denganMu...

    By: Teungku Sayyid Deqy

    AMALAN PENEMAN SEPI DUNIA AKHIRAT

    Salam di sambut dengan kasih dan sayang,
    Kehadiranmu putra arjunaku pengobat rindu;
    Bila hati sudah terpatri kasih dan sayang,
    Biar sesaat berpisah ku tahan menanggung rindu.

    Kau jauh namun dekat di hati kurasakan,
    Siang dan malam menanggung rindu tak tertahan;
    Kau di benua sana rasa berjauhan,
    Tapi bayangan mu sentiasa di ingatan.

    Gurindam puisimu berlagu rindu,
    Mengingat aku tentang Tuhan;
    Itu menyebabkan aku bertambah rindu,
    Rindu serindunya pada Tuhan. 

    Syukurku mendapat teman sesolehmu,
    DIA mengizinkan aku berteduh di rusuk kirimu;
    Di kala aku berduka kau memberi sokongan padaku,
    Tanpa jemu meniupkan roh perjuanganku.

    Tanpa sokongan dari semua teman yang kukasihi,
    Aku bagaikan burung patah sayap kiri;
    Maka dari itu tolong kasihani aku ini,
    Jangan sepikan aku jika aku disayangi.

    Hingga kini kita berteman,
    Membicarakan hal dunia dan akhirat;
    Agar menjadi hamba-Nya yang beriman,
    Sebagai bekalan dibawa ke negeri akhirat.

    Setiap kemunculan teman ku ,
    Kusambut dengan sesuci hatinya hatiku;
    Jika dalam hati berjerubu aku tak tahu,
    Cuma yang aku tahu aku tidak disepikan selalu.

    Sekejap ada sekejap tak ada tak apa,
    Ini terus tak ada-ada;
    Habis tu salah siapa,
    Bukan aku sengaja nak mengada-ngada.

    Dalam sebuah ikatan murni,
    Yang penting mesti saling faham memahami;
    Saling bertolak ansur mengeratkan hati,
    Takkan ada sepi menyepi.

    Sepi itu menyakitkan
    Sepi itu ada kala menenangkan
    Sepi itu ada kala merunsingkan
    Yang penting di kuburan tidak sepi
    Kerana amalan yang dibawa peneman sepi
    Justeru apa hendak diherankan sepi di dunia ini
    Amalanlah peneman sepi dunia akhirat

    Karya Putri Rimba
    18 Mei 2012

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & TEUNGKU SAYYID DEQY
    20 Mei 2012
  • RATAPAN RUMPUT ILALANG

    Wahai burung Pingai yang cantik memesona,

    Yang bagai mantiq al thair,bermusyawarah dalam mejelis rindu
    Diriku bukanlah insan yang shaleh apalagi kamil
    Hamba hanyalah pemuda sahaya yang sedang mencari ilmu
    Untuk bekal melampaui dunia fana ini
    Untuk petuah menuju alam al gharbal
    Aku hanyalah seekor burung malam yang mencari kawan di padang kapas jiwa
    Supaya aku dapat bermukim malam ini dari dinginnya musim gugur
    Sinarmu lah yang menuntunku yang bagai seekor ngengat ini hingga dapat berteduh dimimpi hangatmu
    Dan kulihat kelambu mu amatlah megah nan wangi kesturi
    Aku malu untuk memberi salam padamu wahai si burung Pingai kekasih sulaiman
    Aku hanyalah si burung hutan yang miskin bahasa qalbu
    Untuk itu,izinkan diriku bertepuk tangan sahaja diberanda ini sebagai tanda kuberkemah diselasarmu yang kilaunya bak pualam

    Oh putri yang bermurah hati
    Tulang rusukku sangatlah lemah
    Pundakku pun begitu rapuh
    Rasanya tidak pantas jika kau hendak berteduh ke sisiku
    Engkau nanti akan kecewa
    Betapa kecilnya diri ini dimatamu
    Aku hanyalah pengelana padang rumput sufi yang mencari anggur Tuhan
    Agar kudapat mabuk kerna cinta kepada NYA
    Diriku hanyalah nampan debu yang lusuh
    Kutakut akan mengotori kaki indahmu yang jenjang
    Jika engkau mendekati kedirianku

    Wahai putri nirmala,
    Betapa beruntung diriku si burung malam ini,
    Mempunyai kawan yang indah gelora seperimu
    Yang berukir kelana dan berkalung bunga putri malu,
    Yanh berjinjing gaun gemawan,yang berselipar emas beratus kati,bermandi manik zam zam,dan berwangian kesturi negeri Syam

    Tiang istanamu kokoh bak tumpal konstantin di turki
    Ukiran cahyamu seperti kaabah
    Dan pesonamu bertebaran laksana tajmahal maharnya putri mumtazh
    Aku amat malu pada hikayat ini tuan putriku
    Hingga kumenangis kerna tak berjaya di hujung cintanya

    Namun dari jiwa yang mungil ini
    Kuingin menjadi kawan sejati bagi kemurahan hatimu
    Anggaplah diriku ibarat sahaya yang mengabdikan diri padamu
    Asalkan dikau bahgia dan merasa gembira sepanjang masa

    Oh burung Pingai kerah kencana
    Yang putihnya seperti barus,
    Yang tingginya semampai- sepinggang sedepa hasta,
    Kiranya redhakan aku yang malang ini tuk menghiburmu dengan nyanyian piluku
    Yakni lagu 'ratapan rumput ilalang',yang merindukan bangau berbulu biru

    Oh Tuhanku yang agung,
    Izinkan ku sebut namaMU atas cintaku yang merah ini
    Dan perkenankan duaku pada Tuan Putri
    Agar senantiasa Engkau kukuhkan jiwa dan ruhnya
    Hanya pada MU
    Tertuju pada Mu
    La khau la wala quwwata illa billaah

    Salam Tuan Putriku,
    Terimalah hikayat rinduku,
    Syair si Burung Malam untuk seekor burung Diraja Si Burung Pingai indah kencana...

    KUSENYUM DALAM REDHA ATAS KETENTUAN-NYA

    Duhai Putra Pujangga Bangsawan DiRaja ku...
    Siang dan malam kukenangkan kamu
    Tidur tak lena makan tak kenyang
    Apakah obat menanggu rindu
    Rinduku tak tertanggung lagi
    Di ombak rindu ku sebut namamu
    Engkau menghilang entah ke mana
    Engkau tinggalkan aku 
    Dalam lara cinta yang tak kesampaian
    Gurindam puisi mu kubaca berulang kali
    Bertambah rindu
    Serindu-rindunya
    Tapi apa nak buat sudah nasibku begini jadinya
    Cintaku dibiar sepi tanpa jawapan
    Aku redha Ketentuan Ilahi
    Putri nan cantik rupawan 
    Bersanding denganmu
    Siapalah aku Putri di Rimba
    Yang tak setanding Putri Impianmu
    Kudoakan kau bahagia
    Disamping dia yang kau cinta...

    Di istana rimba gelap gulita
    Ribut petir sambung menyambung
    Mendapat berita
    Perkahwinanmu dengan cinta hatimu

    Hatiku luka bagaikan disayat sembilu pilu
    Menangisku penuh hiba tanpa henti

    Penghuni rimba meredah hujan dan
    Ribut petir tidak dikisahkan
    Semata untuk mengambil daunan kasih
    Untuk membebat luka di hatiku
    Tangisanku terhenti seketika
    Disapukan daunan kasih penuh kasih

    Kuberdoa kepada Tuhan
    Agar hentikan air mataku
    Tuhan kasihan padaku derita yang kutanggung
    Ditinggalkan kekasih tanpa salahku

    Karena aku tahu Tuhanku
    Adalah Kekasih daripada segala kekasih yang ada
    Kuberhenti menangis
    Lalu kusenyum dalam redha atas Ketentuan-Nya
    Yang kau bukanlah milikku yang abadi 

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    19 Mei 2012

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & TEUNGKU SAYYID DEQY
    20 Mei 2012
  • BAHAGIA DALAM NUR HIDAYAH KASIH-NYA

    Wan Suwandy:


    duhai gurindammu merdu berlagu rindu
    rindu yang sangat pada si dia
    si dia yang jauh beribu batu
    Beribu batu jauhnya di Indonesia 

    Putri Rimba:

    Duhai dinda wan suwandy...
    Dinda pandai meneka apa ada dalam hati
    Jika itu sudah takdir Ilahi
    Bercinta dengan putra dari Indonesia...
    Samalah dengan adinda Teratai mu
    Yang menyintaimu dalam bara asmara
    Membara-bara ...
    Moga beradik kembar
    Bahagia dalam Nur Hidayah Kasih-Nya
    Aamin ...
    Selamat senyum pelangi cinta ....
    Dinda Wan Suwandy...

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & WAN SUWANDY
    20 Mei 2012
  • CINTA KITA KUPOHON MENYATU 

    cinta kita kupohon menyatu...

    dalam cinta nan SATU di puncak Nirvana...
    moga Allah makbulkan segala hajatmu untuk 
    sehidup semati denganku
    di puncak Nirvana terpatri kasih nan suci...
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Mei 2012

    Werdys Kalbary :::

    di puncak nirvana cinta kita
    meraih bahagia di kembara jiwa
    cinta karena-NYA ikhlas semata
    mengharap redha Allah Ta'ala...

    Putri Rimba Niagara:

    Dalam hati ada taman
    Dalam hati ada taman cinta
    Indahnya taman
    Taman hati berbunga cinta Syurga

    KAU HADIR UNTUK MEMENUHI TAMAN CINTAKU

    Kau hadir untuk memenuhi taman cintaku
    Lalu cintaku berbunga-bunga setiap hari
    Kusirim dengan cahaya Nur Kasih-Nya
    Mekar mewangi setiap detik membuaikan mimpi cinta di Syurga-Nya
    Aku terlena dalam bayangan cinta sucimu duhai kekasih
    Hanya kau di hatiku yang kucinta
    Moga kau begitu juga ...membalas cintaku kerana-Nya
    Bunga mawar cintaku ini kuhadiahkan untuk diabadikan di hatimu...

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Mei 2012

    Werdys Kalbary dinda Rabeah ...
    kemarilah dinda...
    ku peluk mawar cintamu di dekapku
    yang mekar dari nadi-nadi rindu
    umpama denting kecapi di petik bidadari
    begitulah nada cintamu bernyanyi
    bergetar pula getar dawaiku;
    sepotong hati....

    ANDAI DINDA PERGI DULU 

    Moga di hati kanda ada cinta dinda
    Moga di hati dinda ada cinta kanda
    Kita saling cinta kita saling sayang
    Moga atas dasar cinta kerana-Nya ini
    Diberi peluang Allah untuk kita hidup bersama
    Melayari bahtera berumahtangga 
    Penuh jalan-jalan ke Syurgawi
    Indah bahagianya kita berdua
    Moga Allah panjangkan usia kanda
    Allah panjangkan usia dinda
    Andai dinda pergi dulu
    Insya-Allah dinda tunggu kanda di pintu Syurga
    Insya-Allah Aamin

    DINDA PUTRI RIMBA NIAGARA
    18 Mei 2012

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    20 Mei 2012
  • SELAMAT MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA DUHAI TUANKU SHEIKH RAJA

    Masya Allah thumma Masya-Allah,

    kemangkatannya selepas zikir,
    pada malam Jumaat disertai
    hujan renyai-renyai mengiringi
    pemergian baginda Tuanku...

    Sesungguhnya kami yakin bahawa
    Pemergian Tuanku Sheikh Raja
    Awliya-Nya tidaklah mangkat
    Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
    Berehat sambil menikmati keindahan
    Taman-taman Syurga
    Yang mengasyikkan
    Yang mengujakan
    Disamping dikelilingi dengan
    Bidadari-bidadari Syurga
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
    Balasan setiap awliya-Nya

    Tika di dunia
    Tuanku Sheikh Raja
    Puluhan tahun tidak tidur..
    Bersengkang mata menjaga anak-anak muridmu
    Kini berehatlah
    Tuanku Sheikh Raja dengan tenang...

    Ampunkan kami wahai Tuanku Sheikh Raja
    Guru yang kami sayangi dunia akhirat

    Selamat menikmati Syurga di alam sana.....

    Semoga kita ketemu lagi di Syurga
    Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

    Al Fatihah...

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012

    KALIMAH ALLAH MENGIRINGI PEMAKAMAN TUANKU SHEIKH RAJA

    Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
    Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
    Tidak sampai sejam pulang dari zikir
    Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
    Pulang ke pangkuan-Nya...

    Kami dikejutkan di zawiyah
    Berita menggemparkan
    Bagaikan petir menggegarkan seluruh sel di tubuh
    Kami bergegas ke teratak Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
    Ternyata sangat sederhana bagi seorang putera raja...
    Selipar getah kuning Tuanku yang sudah bertahun-tahun dipakai
    Terletak kesunyian di satu penjuru..

    Kami bergegas ke bilik Tuanku Sheikh Raja Yang Mulia
    Sekujur tubuh yang mulia terbaring di pembaringan.
    3 kali bacaan Yaasin bergema di kamar Tuanku Sheikh Raja
    Sebelum meninggalkan Tuanku Shekh Raja yang tenang di pembaringan dengan titisan air mata kami mengucup dahi yang mulia buat kali terakhir....

    Hujan renyai pun mulai turun
    Seolah-olah bumi menangisi permergian
    Seorang putera soleh

    Baginda ibarat ayahanda rohani buat kami,
    segala urusan dunia dan ukhrawi kami adukan kepada baginda.
    Soal pengajianku dahulu, perkahwinan, soal anak-anak dan nama-nama mereka, pekerjaan dan nama Pusat Rawatan KISWAH dan ijazah ruqyah pun adalah blessing, dustur dan izin dari Tuanku...

    Sesungguhnya segala nasihat, cadangan dan hajat dari Tuanku untuk kami bina satu zawiyah dari 'kayu' di Pahang, mengajar jemaah untuk whirling, dan akhirnya pada malam pemergian baginda, dustur untuk CD Maulid bersama kumpulan Saalica akan kami bermujahadah menjadikannya satu kenyataan..
    Insya Allah.. Doakan...

    Tidaklah disangka-sangka, lambaian terakhir kami kepada baginda
    sejurus selepas zikir kepada kereta kenari merah yang senantiasa dinaiki Tuanku, adalah lambaian yang terakhir kepada Sheikh Raja yang dicintai..

    Dan tidaklah disangka-sangka pula, rupa-rupanya, bacaan doa yang
    mengiringi zikir yang dipinta Tuanku untuk al faqir wal haqir di sisi Allah ini membacanya adalah yang terakhir dibacakan di hadapan baginda.

    Dan tidaklah disangka, dengan jumlah jemaah yang datang berzikir
    Dan anak-anak buah dari kumpulan Saalica yang mendendangkan 3 qasidah rupa-rupanya qasidah terakhir yang dimainkan ketika hidupnya...
    Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir, pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

    Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
    Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
    Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
    Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
    Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
    Nur Illahi mengiringi pemergian
    Kekasih-Nya Yang Tercinta

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012

    MOGA ROH SUCIMU DIMASUKKAN KE SYURGA-NYA

    Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
    Beruntung rohmu
    Cintamu telah dibalas-Nya
    Tika kau hidup
    Tika kau mati
    Syurga menanti
    Syurga dinikmati
    Pertemuan di kala itu
    Pasti kau
    Menangis syahdu
    Kerna Kekasih
    Yang dirindui dan dicintai
    Meredhai rohmu
    Indahnya pertemuan
    Di kala itu
    Hanya kau memahami
    Betapa indahnya saat itu
    Sebagai balasan cinta-Nya
    Roh sucimu dimasukkan
    Ke Syurga-Nya
    Kau tenang penuh syukur
    Menikmati alam Syurga
    Dengan rezeki tidak putus-putus
    Dikelilingi bidadari Syurga
    Yang sedia berbakti padamu
    Keindahan dan kenikmatan Syurga
    Abadi selama-Nya
    Inilah balasan cintamu tika di dunia
    Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
    Tapi mohon redha-Nya Ilahi
    Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
    Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei

    DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK TEMAN FBKU & GROUPKU YANG DISANJUNGI & DISAYANGI:

    PUISI ILAHI
    LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
    MELAYU ISLAM BERSATU
    KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
    KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
    MASYARAKAT ADAT MATARAM
    PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
    DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
    JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
    MELA AYU RADIO ONLINE
    SSLfm

    SEMUA KERABAT DIRAJA MALAYSIA & INDONESIA
    SEMUA RAKYAT MALAYSIA & INDONESIA
    SEMUA PENGHUNI BUMI DAN LANGIT YANG TERCINTA

    MOGA ROH RAJA DATO' SERI ASHMAN IBNI SULTAN AZLAN SHAH DIMASUKKAN DI KALANGAN HAMBANYA YANG BERIMAN DAN
    DENGAN LIMPAH DAN RAHMAT DARI-NYA DIMASUKKAN
    KE SYURGAWI
    AAMIN YA RABBAL A'LAMIN


    PUTRI RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    5 Mei 2012
    Tidak Suka · · Berhenti Mengikuti Kiriman · 5 Mei pukul 8:47

    Anda, Wan Suwandy, dan Ummi Husnah Awaliah menyukai ini

    Werdys Kalbary:

    Aamiiin ya Rabbil alamin, al fatihah untuk baginda...
    5 Mei pukul 8:56 · Suka · 1

    Putri Rimba :

    Terima kasih Saudara Werdys Kalbary...moga Allah membalas kebaikanmu. AAmin.
    6 Mei pukul 17:10 · Tidak Suka · 2

    Werdys Kalbary:

    Sama-sama terima kasih kembali doamu dik Putri Rimba, salam petang 
    6 Mei pukul 17:13 · Suka · 1

    Putri Rimbai:

    Moga kita juga terpilih menjadi hamba-Nya yang diredhoi tidak hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
    6 Mei pukul 17:16 · Suka

    Werdys Kalbary:

    Aamiin ya Rabb, suka puisi panjang mu Rabeah 
    6 Mei pukul 17:17 · Suka

    Rabeah Mohd Ali:

    Terima kasih Werdys atas sokonganmu padaku.
    Kerna terlalu panjang puisi itu dipendekkan untuk
    mereka yang tak berapa minat membaca panjang.
    Boleh tak kamu tolong berikan pendapat puisi
    yang ada di bawah ini ye.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    20 Mei 2012
  • Rabeah Binti Mohd Ali BIDADARI-BIDADARI SYURGA BALASAN CINTAMU TUANKU SHEIKH RAJA

    Sesungguhnya kami yakin bahawa

    Pemergian Tuanku Sheikh Raja
    Awliya-Nya tidaklah mangkat
    Sebaliknya sedang hidup di dalam Alam Sana
    Berehat sambil menikmati keindahan
    Taman-taman Syurga
    Yang mengasyikkan
    Yang mengujakan
    Disamping dikelilingi dengan
    Bidadari-bidadari Syurga
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Balasan setiap awliya-Nya

    Semoga kita ketemu lagi di Syurga
    Yang nikmatnya tiada kesudahan dan bandingannya..

    Al Fatihah...

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012

    NUR ILAHI MENGIRINGI PEMERGIAN KEKASIH-NYA YANG TERCINTA

    Al Fatihah untukmu Tuanku Sheikh Raja yang kami sayangi...
    Menghadiri zikir bersama Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja...
    Tidak sampai sejam pulang dari zikir
    Allah Yang Maha Pengasih telah menjemputmu
    Pulang ke pangkuan-Nya...

    Hujan renyai pun mulai turun
    Seolah-olah bumi menangisi permergian
    Seorang putera soleh

    Masya Allah thumma Masya- Allah, kemangkatannya selepas zikir,
    pada malam Jumaat pula dan disertai dengan hujan renyai-renyai yang mengiringi pemergian baginda Tuanku...

    Di langit kalimah Allah tertera dilukis cantik dengan awan-awan
    Ciptaan Allah pada petang pengkebumian Tuanku Sheikh...
    Kalimah Allah nampak jelas dan cerah....
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Amatlah cantik seperti melihat taman-taman Syurga
    Pabila kelompok-kelompok awan putih mengelilingi
    Kalimah Allah Azzawajallah yang bercahaya bergemerlapan
    Nur Ilahi mengiringi pemergian
    Kekasih-Nya Yang Tercinta

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012

    ROH SUCIMU MENIKMATI REZEKI TIDAK PUTUS-PUTUS
    DAN DIKELILINGI BIADARI SYURGA

    Duhai kekasih Allah tuanku sheikh diraja...
    Beruntung rohmu
    Cintamu telah dibalas-Nya
    Tika kau hidup
    Tika kau mati
    Syurga menanti
    Syurga dinikmati
    Pertemuan di kala itu
    Pasti kau
    Menangis syahdu
    Kerna Kekasih
    Yang dirindui dan dicintai
    Meredhai rohmu
    Indahnya pertemuan
    Di kala itu
    Hanya kau memahami
    Betapa indahnya saat itu
    Sebagai balasan cinta-Nya
    Roh sucimu dimasukkan
    Ke Syurga-Nya
    Kau tenang penuh syukur
    Menikmati alam Syurga...
    Dengan rezeki tidak putus-putus
    Dikelilingi bidadari Syurga
    Yang sedia berbakti padamu
    Keindahan dan kenikmatan Syurga
    Abadi selama-Nya
    Inilah balasan cintamu tika di dunia
    Berbakti pada Allah bukan untuk dipandang manusia
    Tapi mohon redha-Nya Ilahi
    Inilah kiriman doa daripada seorang hamba rakyat
    Untukmu yang dikasihi tuanku sheikh raja
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012
    6 Mei pukul 17:24 · Tidak Suka · 1

    Werdys Kalbary

    Assalamualaikum, Rabeah Mohd Ali, sesungguhnya aku belum layak untuk menilai puisimu, tapi karena mu memintaku untuk berikan pendapat, maka inilah pendapatku : puisimu sudah bagus dan sangat kuat terasa ekspresinya serta menggebu-gebu, heheh...Lihat Selengkapnya
    7 Mei pukul 12:27 · Suka · 1

    Rabeah Mohd Ali:

    Waalaikummussalam wr wb
    Werdys Kalbary rakan pujangga sastra yang disanjungi
    Terima kasih atas segala pandanganmu itu...
    Sejujurnya aku bukanlah pandai sangat berpuisi
    Tapi kerana dikelilingi dengan rakan-rakan di kalangan pujangga-pujangga hebat seperti kamu...terpiasnya dapatlah padaku sikit...hehehe
    Kerna duniaku hari-hari puisi
    Makanya berpuisilah aku
    Nggak tahu itu adalah puisi atau kata-kata
    Tapi rakan puisiku kata adalah puisi makanya puisilah agaknya hihihi
    Kadang-kadang hingga terbawa-bawa di dalam mimpi
    Rasanya dalam tidur tu aku mahu tulis saja agar tak lupa
    Tapi malangnya itu adalah puisi dalam mimpi
    Mana bisa aku mengingati apa yang aku tulis di dalam mimpi
    Lucu...lucu...bila hidup berpuisi...berimajinasi...dan berperasaan...
    Teruja dengan dunia puisi sendiri...teruja juga dengan dunia puisi rakan-rakan...hari-hari rasa ceria seceria senyuman pelangi...hehehe
    7 Mei pukul 14:29 · Tidak Suka · 1

    Werdys Kalbary:

    Alhamdulillah, Rabeah Mohd Ali, kita masih dapat mengapresiasi larik2 indah dalam suasana ukhuwah, semoga segala niat dan iradhah kita di ridhai Allah....Aamiin, terima kasih sahabatku...
    7 Mei pukul 16:02 · Suka · 1

    Rabeah Mohd Ali:

    Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    Kita dipilih-Nya menjadi penyampai suara-suara kemanusiaan
    Kita menulis tanda syukur kita kepada-Nya
    Kita bersyukur kerna kita saling kenal mengenal
    Untuk kita saling berbagi ilmu
    Dalam suasana ukhuwah yang harmonis
    Tanpa rasa ingin berbangga diri
    Tapi hanyalah semata kerana-Nya
    Moga menjadi bekalan kita di Sana nanti
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    20 Mei 2012
  • KENAPA AKU PILIH KAMU SEBAGAI RAKAN FB KU KANDA WERDYS KALBARY 

    Aku pengen jadi kawan yang setia

    Tapi kawanku tak setia
    Gimana aku mahu setia

    Mula-mula semasa ingin menjadi kawanku
    Dia bilang mahu akan setia menjadi kawanku
    Setia sampai kapan pun
    Setia sampai mati

    dia bilang ....
    dia akan faham aku
    dia akan sokong aku
    dia akan beri seratus pratus dukungan pada cita-citaku
    dia akan memberi kerjasama denganku
    dia akan membaca semua karya-karya yang kutulis
    dia akan memberi pendapatnya yang bernas pada karyaku
    agar aku terus semangat menulis dan menulis sehingga terhenti nafas 

    kerana janji-janjinya itu
    aku terimanya sebagai teman fbku
    yang akan menyokongku dalam keadaan apa pun...
    dan aku hanya perlu kawan-kawan fb yang setulus ikhlas
    menerima aku apa adanya tapi menerima karyaku lebih adanya
    sekarang ni karya-karyaku disepikan oleh mereka 

    Hai kawan...
    Setelah aku terimamu sebagai rakan fbmu
    Kau lupa segala janji-janjimu padaku
    Terlalu sibuk sangat ke hidupmu sampai
    Melupakan janjimu padaku?

    Kenapa sebelum mahu menjadi rakan fbku...
    Kau tak fikir banyak...banyak kali
    Setelah kuterimamu dengan seikhlasnya
    Kau sepikan aku dan karyaku
    Aku ini seolah tak wujud sebagai rakan fbmu di alam maya
    Sudahlah alam maya ini tak nampak
    Kelibat dan suaramu...

    Jika kau masih lagi dengan duniamu
    Izinkan aku pulang semula ke duniaku
    Bersama dengan penghuni-penghuni rimba
    Yang sentiasa setia dengan duniaku dunia karyaku

    Maafkan aku teman kerna berterus terang
    Biarpun pahit untuk diterima
    Tapi percayalah yang pahit itu ada hikmahnya

    Berjauhan memanglah kita berjauhan
    Kita seolah hidup dalam semuanya berjauhan
    Berjauhan hati....
    Kita yang menjauhkan hati kita sendiri
    Di dunia alam maya ini....

    Sedangkan kita tak rancang pun untuk 
    Menjadi kawan fb
    Tapi setelah Allah Kurniakan
    Kenapa kita harus abaikan?
    Makanyanya maafkan aku jika
    Aku terpaksa undurkan diri dari kalian
    Yang terus-terusan sepi dari teman fbku....
    Maafkan aku...maafkan aku....maafkan aku...
    Bukan kehendakku begini...

    SEPI KEBAHAGIAANMU
    SEPI ITU DERITAKU
    KARYAKU ADA DI SETIAP DETAK JANTUNGMU
    DI SITULAH BERMULANYA KARYAKU MENULIS RIWAYAT HIDUPMU
    KERNA SETIAP RAKAN FBKU ADALAH SUMBER INSPIRASIKU BERKARYA
    MOGA KAU MENGERTI KENAPA AKU MEMILIHMU MENJADI RAKAN FBKU
    BUKAN MAHU BERBUAL KOSONG....
    BUKAN MAHU BERCANDA
    TAPI SERIUS BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH
    BERMATI-MATIAN MENCARI JALAN-JALAN PULANG
    SEBAGAI BEKALAN KE NEGERI ABADI 
    YANG KEKAL SAMPAI BILA-BILA TANPA NOKHTAH!

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Mei 2012
    Like · · Unfollow Post · May 10 at 12:03pm
    Werdys Kalbary likes this.

    Werdys Kalbary ::: 
    kenapa ku pilih kamu sebagai rakan fb ku ? 
    karena karyamu bernilai budi
    kenapa ku pilih kamu sebagai rakan fb ku ?
    karena kamu sahabat hati
    kenapa ku pilih kamu sebagai rakan fb ku ?
    karena kamu ingatkanku pada Ilahi...
    -------
    sahabat, telah ku ulurkan tangan lewat dinding maya
    untuk sekedar bertegur sapa,semoga engkau menerimanya....Rabeah Mohd Ali :)
    May 10 at 12:15pm · Unlike · 1

    Rabeah Mohd Ali:

    Sahabat napa ku terima kamu rakan fbku...
    kerna bahasamu bak penghuni Syurga
    hatimu mendatangkan iman
    mendekatkan aku pada Ilahi
    membuatkan aku tak terlalai dengan pesona dunia
    biarpun dunia menjanjikan keindahan 
    tapi jalan-jalan ke Syurga-Nya 
    yang kita dambakan
    moga bekalan kita
    ke destinasi pasti nanti
    tidak menghampakan kita
    diterima dalam Rahmat Kasih-Nya
    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Syukur Ya Allah Kau Kurniakan aku
    rakan fb sudi berkawan denganku kerana-Mu.
    May 10 at 12:29pm · Like · 1

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    20 Mei 2012
  •  ~ PADA PESONAMU ~

    pada binar matamu yang menikam jantungku

    memijar kilau sinar
    mampir pada seulas wajah yang pekat malaikat
    dan kulum senyummu yang mengharung jauh ke lubuk hatiku
    menari-nari
    meraba rinduku

    pada purnama yang ranum di atas rambutmu
    ku pungut keping debar yang rona di paras wajahmu
    sementara bulan hanyut ;
    adakah waktu bisa menunggu ?

    ---------
    Sintang West Borneo, 16 Mei 2012
    Werdys Kalbary — with Rabeah Mohd Ali.
    Unlike · · Unfollow Post · Thursday at 6:33pm
    You like this.

    JIKA AKU PEMILIK TULANG RUSUK KIRI MU

    Duhai kaum Adam... 
    Jika aku pemilik tulang rusuk kiri mu
    Bertuahlah aku
    Kerna kau ditakdirkan untukku
    Kerna aku ditakdirkan untukmu
    Kita sama-sama cinta
    Kita sama-sama sayang
    Kita sama-sama rindu
    Cinta sayang dan rindu
    Membara-bara
    Rasa bahagia
    Terima kasih cinta
    Syukur kepada Pencipta Cinta
    Mengizinkan kau dan aku
    Melayari cinta suci kerana-Nya
    Iya kerana-Nya
    Kau dan aku
    Ditemukan cinta
    Untuk saling melengkapi
    Hidup yang sempurna
    Dengan cinta terpatri
    Sampai mati
    Hingga ke Syurgawi

    Karya Putri Rimba Niagara
    17 Mei 2012

    KARYA PUTTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA WERDYS KALBARY
    20 Mei 2012
  • MEMBILANG RINDU

    membilang rindu di bilah hari-hari layu 

    purnama memucati musim, luruhkan daunan waktu 
    adakah gemintang gugur di matamu semalam 
    di pejamku merebak bening senyummu ; mengembang 

    duhai...
    angin membelai 
    imagiku terbuai
    larungkan rindu terbengkalai 
    seperti tak tergapai 
    tak pernah sampai...

    duhai bunga berkelopak puisi..
    istirahkan nafas lukamu disini..
    mukimlah di hatiku
    wukufkan rindu
    seperti dulu 
    kau dan aku 
    di puncak sayang 
    paling kepayang 

    Sintang 2012
    Wan Suwandy
    Unlike · · Unfollow Post · May 12 at 2:54pm
    You and Werdys Kalbary like this.

    Putri Rimba Niagara:

    Sayang-sayang buah kepayang,
    Hilang rindu hilanglah sayang;
    Sejak kenalmu aku dah sayang,
    Sampai kapanpun tak hilang sayang.

    Wan Suwandy :

    bunga dahlia canteknya kembang
    penyeri ucapan selamat datang
    Rabeah tak payah sedih dan bimbang
    kanda Werdys menunggu di sintang 

    Purti Rimba Niagara: 

    Duhai dinda Wan Suwandy pandai berpantun,
    Gurindam hati gurindam jiwa;
    Kanda werdys berbicara santun,
    Rindukan dia tak tertanggung jiwa.

    Wan Suwandy:

    busana kebaya berkain katun
    pergi kenduri kerumah saudara mara
    hamba bukanlah pandai berpantun
    manalah nak lawan sang puteri rimba Niagara

    Putri Rimba Niagara:

    Bukan ku tak tahu sapa mu dinda,
    Pandai berpantun bijak berseloka;
    Hinggaku tersenyum bagai nak gila,
    Penghuni rimba di sini pun suka.

    KARYA PUTRI RIMBA & WAN SUWANDY
    20 Mei 2012
  • APABILA SUARA-SUARA ALAM BERPADU

    Duhai dinda Wan Suwandy yang pintar berpantun seloka...

    Terima kasih kerana sudi memberi dukungan pada Putri Rimba
    dan penghuni rimba mengucapkan jutaan terima kasih tak tehingga.
    Ketahuilah dinda kanda amat mengayayangi penghuni rimba sepenuh jiwa dan raga...
    Kanda suka banget tinggal di sini...kanda tak kesepian...karya-karya kanda selalu ditunggu-tunggu
    Oleh seluruh penghuni rimba niagara...sebagai mana kanda teruja menulis begitu juga mereka teruja 
    Mahu membacanya...hinggakan kanda terharu sekali...selepas menulis kanda membaca 
    Di pantai di mana kanda terdampar koma. 
    Pantai rimba itu diberi nama Pantai Ombak Rindu
    Pabila kanda rindu pada Tuhan dan kawan-kawan 
    Kanda mula bersyair, bergurindam, berpuisi
    Duduk di atas batu 
    Lagi kanda berlagu bergurindam
    Lagilah bergema lantunan suara kanda
    Hingga mendapat tepukan gemurah dari peminat kanda si penghuni rimba
    Yang mengujakan sekali semua penghuni lautan turut timbul di atas permukaan laut
    Sambil berpuisi bergurindam bersama kanda
    Deruan ombak...
    Deruan angin sepoi bahasa
    Mengiringi puisi gurindam kanda bersama
    Penghuni rimba dan penghuni lautan
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Amat meriah ketika itu
    Dirasakan hidup seakan fanatasi tapi realiti
    Kemeriahan suasana di kala itu hanya Allah sahaja yang tahu
    Seperti di alam Syurga
    Apabila suara-suara alam berpadu...
    Hidup ini memanglah penuh keajaiban....

    Karya Putri Rimba Niagara
    13 Mei 2012
  • SALAM UKHUWAH PUISI, GURINDAM,SYAIR DAN PANTUN
    SETULUSNYA KASIH DARIPADA PUTRI RIMBA NIAGARA


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Kepada yang disanjungi rakan 
    Sastera Malaysia & Sastra Indonesia

    Salam ukhuwah puisi dari saya
    Putri Rimba Niagara
    Sebagai nama pena saya
    Saya bukan seorang putri
    Maka tersebutlah kisahnya
    Di mana bermulanya kisah 
    Putri Rimba Niagara
    Disebuah pantai yang terpencil
    Sekujur tubuh terdampar 
    Dibawa arus ombak
    Lautan asid bergelora
    Seluruh tubuh
    Melecur tiada berkulit
    Tiada bergerak 
    Tapi masih bernyawa

    Sekumpulan penghuni rimba 
    Yang ketika itu sedang bernyanyi-nyanyi
    Terjumpa si Putri Rimba...
    Dibawa ke rimba
    Dirawat Putri Rimba
    Menggunakan sumber-sumber asli
    Yang diperolehi dari rimba
    Sudah hampir 
    Tiga purnama koma
    Barulah putri rimba sedar
    Dari koma dan pulih seperti sediakala
    Seluruh tubuhnya tiada kesan lecur lagi

    "Di manakah hamba?"
    "Syukur Alhamdulillah Tuanku Putri sudah sedar
    Setelah tiga purnama Tuanku Putri koma
    Kami adalah penghuni Rimba Niagara
    Menjumpai tuanku putri
    Terdampar di pantai dengan lecuran 
    Keseluruhan tubuh
    Kami bergotong royong merawat 
    Dan mengobati Tuanku Putri 
    Di samping berusaha kami
    Membuat sembahyang hajat bermunajat
    Kepada Ilahi agar Allah menyembuhkan
    Kecederaan Tuanku Putri
    Dengan izin Allah 
    Tuanku Putri sembuh dan sedar dari koma

    Mendengar cerita penghuni rimba yang baik budi itu
    Putri Rimba menangis hiba
    Lama putri rimba menangis
    Penghuni rimba juga menangis

    "Tuanku Putri hiba benar kami semua 
    Mendengar tangisan hiba Tuanku Putri
    Pasti perjalanan kehidupan tuanku putri 
    Diselubungi dengan gerhana mendung
    Pasti hati tuanku putri luka berdarah....darah...

    Di sini gerhana akan bertukar menjadi pelangi cinta
    Agar tuanku putri ceria dan bahagia penuh 
    Kasih dan sayang daripada kami setulus ikhlas

    Luka di hati tuanku putri 
    Kami jahit dengan benang cinta
    Agar sesudah ini tuanku putri tidak bersedih lagi
    Buat selamanya Insya-Allah Aamin"

    Putri rimba menangis hiba 
    Setelah mendengar pengakuan penghuni rimba
    Betapa sayangnya penghuni rimba kepadanya
    Hatinya bagaikan disayat-sayat
    Seolah tidak percaya
    Seolah berada di alam fantasi tapi realiti

    "Kami suka melihat tuanku purtri menangis hiba
    Tapi kalau tanpa henti sejak tadi kami pun tak tega...
    Izinkan kami sapukan air mata tuanku putri dengan
    Daunan kasih."

    Setelah disapu air mata tuanku putri rimba dengan
    Daunan kasih...tuanku putri tidak menangis lagi
    Dan senyum meleret

    "Ha macam itulah...Syukur Alhamdulillah kali pertama
    Melihat senyuman tuanku putri...tenang rasa hati kami....
    Istana rimba ini kami bina isimewa untuk tuanku putri
    Suka tak?"

    "Suka banget...unik dan fantastik! 
    Hamba amat hargai seumur hidup hamba."

    Hari-hari yang dilalui bersama dengan penghuni rimba
    Amat membahagiakan...
    Saling menyayangi
    Saling menghormati
    Saling memahami
    Saling berkorban
    Berkata-kata dalam bahasa nan indah-indah
    Tiada rasa disakiti dan menyakiti hati
    Tiada rasa sedikitpun cemburu
    Coma yang ada
    Sayang....sayang...sayang...
    Kasih...kasih...kasih....
    Kasih demi-Nya

    Inilah dunia yang diimpikan putri rimba
    Tuhan memakbulkan doa putri rimba
    Tinggal bahagia selamanya bersama penghuni rimba yang penyayang
    Kerna telalu bersyukurnya putri rimba kepada Tuhan Yang Maha Esa
    Setiap kata-kata yang diluahkan adalah 
    Suara-suara hati semurni kasih
    Bicaranya adalah bait-bait syair ,puisi, gurindam dan pantun 

    Setiap kali putri rimba berkarya
    Penghuni rimba akan terharu 
    Mereka sama-sama menangis hiba
    Bersama Putri Rimba ....

    Putri Rimba menulis menggunakan
    Bulu burung garuda diRaja
    Tinta pula adalah campuran 
    Darah penghuni rimba dengan Putri Rimba
    Setiap kali berkarya 
    Putri Rimba menulis dengan 
    Sepenuh jiwa sepenuh kasih sayang
    Menulis diiringi dengan tangisan hiba

    Ukiran karya-karya Putri Rimba di daunan kasih
    Setelah dibaca penghuni rimba
    Disimpan rapi serapinya
    Agar satupun tidak terbuang dalam simpanan
    Khazanah Rimba Niagara

    Begitulah bermulanya kisah asal usul hamba
    Bergelar Putri Rimba Niagara

    Moga semua rakan-rakan sudi
    Membaca karya-karya hamba dengan senang hati
    JIka ada bahasa Indonesia/Malaysia atau ejaan
    Harap sudi memperbetulkannya
    Saya sudi kok terima segala pembetulan
    Demi memperbaiki mutu penulisan saya

    Terima kasih...terima kasih...terima kasih...

    Salam ukhuwah puisi, gurindam, syair dan pantun
    Daripada :

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA
    11 Mei 2012

    Werdys Kalbary:

    Indahnya bait-bait syair puisimu dinda Rabeah , semoga dapat menghantarkanmu mengharungi samudera biru, juga melanglang buana ke angkasa raya...ku doakan...insya Allah.

    (PETIKAN DARIDA WALL KANDA WERDYS KALBARY)
    20 Mei 2012
  • GEMILANGNYA SINAR ILMU 

    Hidup Tidak Mundur Ke belakang Tuanku


    Jangan salah Tuan Putri...
    jika engkau melihat wujud luar maka
    engkau tidak akan pernah menemukan 
    Sang Damarwulan diantara Layang Seta dan Layang Kumitir
    karena ia sedang menjalani lakon sebagai seorang Pekatik kuda
    tapi jika engkau sedikit saja engkau berkaca pada kelembutan hati mu, 
    maka...

    engkau akan melihat gemilangnya sinar yang coba
    disembunyikan oleh awan
    engkau lebih mementingkan ego mu atau
    darah yang akan mengalir pada keturunan mu

    hidup tidak mundur ke belakang tuanku.....
    karena ego mu sudah dilahirkan puluhan bahkan 
    mungkin ratusan tahun yang lalu.

    by: Laksamana Mas
    10 Mei 2012

    Putri Rimba:

    Betul ke laksamana aku pentingkan egoku?
    Bilang sama aku kenapa kau setega itu kata aku ego? 

    Laksamana Mas:

    Apa kabar mu, kemana aja, selamat pagi.....

    Putri Rimba:

    Kabar baik...sedang menghayati panorama yang indah di ombak rindu...

    Laksamana Mas:

    Tuan Putri...pagi begini suasananya pasti sejuk di pantai ombak rindu,
    tapi jangan lama-lam di sana kerna udaranya bisa menyesakkan dada,...

    Putri Rimba:

    Udaranya amat aman banget sedang duduk di batu sambil bermain ombak tiba-tiba datang ombak agak sederhana menghempas ke batu hinggakan terpercik ombak ke tuan putri...aku tergelak kerana ku tahu ombak sedang bersenda gurau denganku dengan ketawanya yang melucukan hatiku sedang aku bergelak ketawa di pukul ombak tiba-tiba di tanganku ada sebuah cengkerang yang sangat cantik dan kubuka cengkerang itu...di dapati ada sebutir mutiara yang bersinar...kemilau sinarnya dan kubawa pulang ke istana dengan rasa syukur. Penghuni rimba pun bersyukur melihat aku mendapat sebutir mutiara hadiah dari Ilahi DiKirimkan melalui Sang Ombak Rindu.

    ILMU IBARAT SEBUTIR MUTIARA

    Pabila aku berjaya mengambil mutiara dari cengkerangnya
    Bermakna aku berjaya miliki ilmu yang setitis cuma
    Ilmu ibarat
    Titisan titisan yang jatuh sedikit-sedikit
    Lama-lama menjadi mutiara yang cantik bersinar
    Begitulah ilmu jika dituntut secara berterusan
    Menyinarkan iman yang kelam dan sangsi

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    10 Mei 2012

    Laksamana Mas:

    Putri Rimba , .syukurlah jika mutiara itu sudah didapatkan,....

    Putri Rimba:

    JIKA KITA KEJAR DUNIA, DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
    JIKA KITA KEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
    MOGA KITA DIJAUHI DENGAN PESONA DUNIA
    KITA BURU AKHIRAT KERANA AKHIRAT NEGERI ABADI
    YANG SAMPAI BILA....BILA TANPA NOKHTAHNYA

    Laksamana Mas:

    Putri Rimba....hamba bukan mengejar dunia,..tapi , Titah harus mampu mengendalikan dunia,..agar sifat dasar yang semena-mena tidak merusaknya.

    Putri Rimba:

    Duhai Laksamana Mas...cintakan negara itu separuh daripada iman...ini berarti kamu mengejar akhirat. Jika negaramu terbela akan terbelalah agamamu...
    KATA-KATA DI ATAS BUKAN DITUJUKAN KEPADAMU
    KEPADA DIRIKU SENDIRI DAN KEPADA KAWAN-KAWAN FBKU
    HAI TAK BACA KE WALL KU YE LAKSAMANA MAS?
    KALAU KAU BACA KAU TAHU KENAPA AKU MAHU
    MEJADI RAKAN FBMU...OK....

    Laksamana Mas:

    Putri Rimba....nanti akan hamba kunjungi wall mu, dan hamba akan membacanya,...

    Putri Rimba:

    Kalau kau baca jangan nangis ye...kerna sudah terlambat...untuk memujuk aku...kerana aku sudah kembali ke rimba bersama penghuni rimba bersyair, berpuisi . bergurindam dengan mereka saja...kerana mereka saja yang sudi setia mendengar karya-karyaku.....

    Laksamana Mas:

    Tuan Putri.. jangan marah ye,..hamba mo nanya,..apakah leluhur-leluhur kita yang hebat-hebat itu pernah mengajarkan kepada kita untuk merajuk di tengah-tengah medan laga,....., Tuan Putri yang hamba ingat ; Sekali layar terkembang pantang surut kebelakang,...

    Putri Rimba:

    Duhai Laksamana Mas...
    Aku berundur bukan bererti aku kalah
    Tapi aku mahu memantapkan lagi strategi ilmu kembangkan layar
    Agar layarku bila bertarung di samudra berjaya sampai ke destinasi
    Walaupun tsunami datang membadai
    Tapi semuanya dapat kutempuhi dengan izin-Nya jua

    Laksamana Mas:

    Tuan Putri,..nah...itu baru saudara ku,...amin..

    Putri Rimba:

    Nah itu barulah Laksamana Mas ku yang sentiasa yakin dengan janji-janji Allah kenapa dia diwujudkan di dunia ini kerna mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah SWT
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    Laksamana Mas amin.........

    KARYA : PUTRI RIMBA & LAKSAMANA MAS
    10 Mei 2012
  • HAMBA ADALAH MILIK MELATI DI TANAH JIRAN 

    Putra Arjuna: 


    Jiwa ini tidak ingin takut
    jiwa ini enggan mati di dalam kasta, tahta dan harta
    Namun ketika terbuai kalimat dahulu,
    hamba lelah, begitu mati rasa
    Pertolongan ada menampakkan diri 
    Hamba terpotong menjadi dua bagian

    hamba mungkin tampak gila
    Atau sangat pemalu
    Dan bekas luka tersebut tidak akan begitu tersembunyi
    hamba merasa sendirian di sini dan dingin di sini
    Meskipun hamba tidak ingin mati

    hamba tidak ingin takut
    hamba tidak ingin mati di dalam nuansa masa lalu
    hamba lelah ,
    sakit,
    tapi hamba seperti bayi, tiada sendiri lagi………….tapi hamba takut

    hamba bukan orang asing
    bukan!!, hamba adalah milik melati di tanah jiran
    Dengan kemarahan lumpuh
    Dan air mata yang masih menetes sakit

    hamba terpotong menjadi dua bagian antara dahulu dan yang datang

    By: Putra Arjuna

    JIWA TERPOTONG DUA BAHAGIAN

    Duhai jiwa yang berani...
    Duhai jiwa terpotong dua bahagian

    Bangunlah dari bayang-bayang sendiri
    Bangunlah dari ingauan yang mengerikan
    Bangunlah dari sangsimu...
    Biarpun siapamu
    Di Sisi-Nya sama saja
    Maka dari itu jangan dipotong jiwamu dibahagi dua bahagian

    Kau tetap kau jiwa kau
    Jiwamu kepunyaan-Nya
    Bila dan kapan pun 
    DIA bisa mengambil jiwamu
    Maka dari itu
    Apalah hendak dikisahkan
    Usia yang tersisa ini
    Sudah diberi peluang untuk berdetak jantung pun
    Sudah dikira bersyukur
    Kerna di kuburan sana
    Sesaat pun mahu dihidupkan kembali
    Hanya sekadar mahu menyebut 
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Sudah memadai sebagai memohon Rahmat dari Allah
    Agar Allah dapat memberi pengampunan pada mereka
    Tapi apa hendak buat ...masa udah tamat untuk mereka
    Membuat biarpun sebesar zahrah kebaikan sudah tidak
    Ada peluang lagi...

    Kenapa tidak kita bersyukur diberi peluang
    Bukan sekadar sesaat...berjam-jam...berhari-hari...
    Berminggu-minggu...berbulan-bulan...bertahun-tahun....
    Masih membutakan hati untuk mengumpul sebanyak mungkin
    Amalan untuk dibawa pulang ke negeri abadi ....
    Kita masih lagi lalai....lalai...lalai....
    Masih lagi memburu habuan dunia
    Entah sampai kapanpun nggak akan habis-habis....
    Kita tamak...
    Harta
    Pangkat
    Darjat
    Uang
    Terpesona dengan dunia tiada penghujungnya
    Sedangkan kita tidak tahu
    Malaikat maut menjengok kita 70 kali sehari semalam
    Menunggu perintah dari Allah SWT
    KUN FAYAKUN
    Makanya matilah kita
    ALLAHU AKHBAR

    Maka dari itu duhai jiwa yang dibahagi dua bahagian
    Berilah peluang dirimu membuat keputusan
    Samada mahu bahagia yang Allah redhai
    Atau kau mahu bahagia demi menjaga hati manusia

    Ketahuilah kau duhai jiwa yang dibahagi dua bahagian
    Di akhirat nanti tidak seorang pun orang yang kau sayangi
    Bersamamu untuk membela mu
    Kecuali amalmu yang ada Nilaian 
    Di Sisi-Nya saja sebagai pembelamu

    Mulai saat ini dan detik ini
    Jangan gundah 
    Jangan gulana
    Jangan sangsi
    Jangan jiwa dibahagi dua bahagian
    Jangan pikirin sangat tentang darjat dan keturunan

    Fikirkan kau comalah seorang hamba-NYa
    Khalifah di bumi Allah yang bertanggungjawab
    Dan akan dipertanggujawabkan nanti
    Dan mahu jawapannya 
    Allah Redho akan kamu
    Tika hidup dan mati nanti...

    Moga kamu, aku dan semua yang membaca karya ini
    Diberi Allah Nur Hidayah Kasih Dari-Nya
    Dan mendapat Rahmat Kasih-Nya 
    Tika hidup dan mati
    Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    11 Mei 2012

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA ARJUNA
    20 Mei 2012
  • ADAM BERIKHLAS MEMBERI SATU IGA DI ANTARA IGA-IGA YANG LAIN

    wahai wanita agung nan jauh di sana,

    adalah jiwa dan tubuh legam ini paham untuk tunduk
    menunduk pada Nur Suci Maha Suci

    tapi tiadakah menengok barang sesaat, 
    adam berikhlas memberi satu iga diantara iga-iga yang lain
    keikhlasan itu tercipta mahluk mempesona, mengetarkan jiwa bagi kaum hamba,laki-laki.............

    Taukah iga itu menjadi apa??
    agar kami dan kalian merasa bahagia dan tenang...
    tapi hamba??
    hamba telah kehilangan makhluk mempesona itu,
    hamba kehilangan pipi yang kemerah-merahan......

    hamba tiada tenang karena iga adam pengganti belum datang ketika sudah hilang...............
    salahkah???

    apakah hamba harus bersumpah untuk menundukan makhluk mempesona itu??
    tidak karena bukan hak hamba, maka biarlah terbelah dua antara menunduk dan menatap ke depan.............

    DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BABAK

    Duhai Putra Arjuna...
    Hamba nggak bisa lagi gimana mahu memujuk hatimu yang lara
    Seakan hidupmu terlalu mencengkam jiwa
    Diluah mati emak ditelan mati bapak
    Telalu lama kau menanggung derita itu
    Lagi kau mahu coba memadamkan derita jiwa yang kau alami itu
    Kerana setianyamu kepada keterikatan darjatmu
    Kau berasa sangsi apa hala tuju hidupmu yang kau kehendaki

    Biarpun kau tiada kuasa memilih atas dirimu
    Dan merelakan jiwamu terbelah dua bahagian

    Aku sebagai sahabatmu
    Dengan rasa penuh kasih sayang demi-Nya
    Merayu pada mu jika kau membuat apa jua keputusan
    Biarlah seiring dengan kehendak Allah Azzawajallah
    Insya-Allah akan tenang jiwamu
    Tak perlulah jiwamu di bahagi dua bahagian

    Tahukah kau putra...
    Apa derita yang kau tanggung itu ...tertanggung ke atasku juga
    Kerana kau adalah sahabat dunia akhiratku
    Insya-Allah Aamin

    Putri Rimba Niagara

    HARI INI, DETIK INI...SAYA AKAN KEMBALI BERSYAIR

    mutiara yang ada dalam genggam telapak kanan ini, sinarnya sinarnya memancar keluar sela-sela jemari.
    sahabat, benarlah adanya syair itu meremukkan jiwa.
    ketika saya berkeinginan untuk mengubur semua kalimat dalam darah ini, sahabat ada dan suka juga bersyair.

    maka saya jua tiada kuasa untuk berkalimat.
    terima kasih telah menemani saya. semoga menjadi silaturahim yang hakiki dan tiada pupus.

    hari ini, detik ini.................saya akan kembali bersyair.

    By : Putra Arjuna

    AGAR RAKYAT FAHAM ERTI KASIH SEORANG RAJA

    sejujurnnya hamba suka tuanku raja bersyair...menyebarkan mutiara-mutiara kasih seorang raja berjiwa rakyat...agar rakyat di luar saja faham erti kasih seorang raja pada rakyatnya yan dikasihi sepenuh jiwa dan raga....melupakan kebahagiaan sendiri demi kesejahteraan rakyat...bersyairlah...bergurindamlah...sejujurnya hamba sangat suka sekali dan bersyukur pada Allah Azzawajallah...jika hamba menyiarkan karya tuanku raja ...janganlah tuanku berasa kecil hati ...percayalah hamba ingin berbagi ilmu dengan pembaca alam maya Malaysia Indonesia...tunku raja izinkan tak hamba siarkan karya tuanku raja ...ye...tapi hamba sudah siarkan kerana terlalu suka sangat...teman yang beginilah yang hamba nanti-nantikan sentiasa berkarya ....berkarya....kerana karya adalah denyut nadi hamba...tidak berkarya rasanya jantungku berhenti berdetak....begitulah hamba dalam dunia karya hamba...

    Putri Rimba Niagara

    ENGKAU TELAH MENJADIKAN DIRI HAMBA RAJA DIRAJA SEJATI

    saat buliran embun pagi tadi, sebuah mata tertuju pada daun malu.
    terlintas dan terpikir memuji dan memuja,
    wahai wanita agung nan jauh di sana...............

    engkau telah berikan pangkat pada bahu lemah ini,
    engkau telah berikan langkah harap pada kaki mungil ini,
    engkau telah menjadikan diri hamba raja di raja sejati..........

    esok....pangkat,derajat,harap,tahta ini akan terganti
    terganti dan tersembahkan untuk nan agung di tanah jiran,
    saat ini, hanya ucap dan kalimat...Syukur Alhamdulillah

    By: Putra Arjuna 

    DUHAI RAJA DI BENUA SANA

    duhai raja di benua sana yang hamba sanjungi lagi kasihi 
    di segenap penjuru hati...
    napa semenjak diikhtirafkan raja tanpa kabar berita dari tuanku raja
    adakah tuanku raja sudah lupakan hamba yang sudah tidak 
    setanding lagi menjadi sahabatmu
    lalu hamba dibiarkan kesepian tanpa kabar berita dari tuanku raja
    andainya hamba sudah dilupai dalam hati tuanku diraja
    hamba redha asalkan tuanku raja dapat memerintah negara 
    dengan penuh tanggungjawab dan adil kepada semua rakyat tuanku diraja...
    mohon ampun kiranya ada bahasa hamba yang tak berkenan di hati tuanku diraja
    salam penuh santun dari hamba Putri Rimba Niagara

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & PUTRA ARJUNA
    20 Mei 2012
  • SALING MENGHARGAI CINTA KURNIAAN DARI-NYA

    Putri Rimba shared Teungku Sayyid Deqy's status update.


    Teungku Sayyid Deqy:

    Wahai Tuan Putri,
    Cintamu seekor singa hitam
    Membuat tulang tulangku berantakan
    di langit memang tidak selalu terbit bulan
    namun setiap kali bulan muncul, terbentanglah langit
    itulah engkau,
    yang selalu hendak bermain dengan tajamnya pedangku,
    pedangku kau ibaratkan qalam
    qalamku kau ibaratkan bilah pedang
    jika kau tak mengerti cinta,
    tanyalah pada malam dan tanyakan pada bibir yang kering
    jika cinta mempunyai mulut
    maka binasalah, kerna semua di dunia ini akan jadi hidangan

    KALAU KAU NAK TAHU ITULAH AKU

    Duhai putra yang pandai berbicara lantang...
    Kelantangan bicaramu
    Membuatkan kecewanya aku pada kau!
    Siapa bilang aku tak mengerti cinta???
    Bagiku cinta itu indah
    Semuanya bisa jatuh cinta dan dicintai
    Jika meletakkan cinta itu suci keranaNya
    Saling menghargai cinta KurniaanNya
    Kamu harus ingat ....
    Aku rela Allah... binasakan aku
    Sebelum kau membinasakan aku
    Kalau engkau nak tahu itulah aku
    Duhai putra yang bersuara lantang!

    Karya : Putri Rimba.
    4 Mei 2012

    Teungku Sayyid Deqy:

    OH! TUAN PUTRI NIAGARA

    oh Tuan putri niagara,
    bukanlah maksud hati tertuju kepada Tuan
    Cumalah sekedar syair sahaja tentang jalan pecinta
    justru pecinta itu aneh,
    makin dibunuh,semakin ia hidup,
    semakin ia dibendung semakin ia menumpah,
    janganlah Tuan Putri merasa termaktub dalam maklumat ini
    sajak pengiran,ialah ungkapan cinta yang tak sampai
    cinta ialah indah dan cinta ianya anugrah
    qalam dinda terkadang lantanh,
    kelugasan ini adalah warisan ayahanda sebagai 
    Tuanku Putra Mahkota Dipertuan Agung Samudra
    bukanlah dinda menyemat sembilu dihati Tuan Putri
    tiada maksud yang beruntai duka hati
    cumalah hikayat sahaja, ibarat hikayat puyu puyu
    kucuma sekedar menumpang lalu
    mengisahkan hati yang gulana kerna dendam rindu

    Tuan Putriku belumlah jua bertandang
    masa dan waktu kian suram di perjalanan
    cinta semakin hilang, di bawa musim semi ke musim gugur
    maafkan dinda wahai Tuan Putri Niagara,
    jika lisan dan qalam ku menjadi bilah pedang yang menajam hatimu

    SYUKURLAH PADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN CINTA HAWA

    Putraku...
    Setega itu kau kata cintaku seperti seekor singa hitam
    Hingga membuatkan tulang-tulangmu berantakan...
    Apa kau fikir aku sekuat itu
    Tapi tahukah kau...
    Sehebat mana pun aku
    Aku tetap kaum Hawa yang lemah
    Kerna aku dijadikan Allah daripada
    Tulang rusuk kiri kaum Adam
    Jadi kau tak perlu bimbang
    Malah kau harus berbangga
    Asal usul kejadianmu
    Yang sememangnya gagah perkasa
    Tapi awas!
    Jangan sekali keperkasaanmu itu
    Untuk menzalimi kaum Hawa
    Nanti kezalimanmu itu
    Akan memakan dirimu sendiri
    Makanya syukurlah pada Allah
    Mengurniakanmu cinta Hawa
    Haruslah kamu menghargainya
    Dan bersamanya
    Mencari jalan-jalan redho Ilahi
    Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi

    Karya: Putri Rimba.
    4 Mei 2012

    CINTA ITU INDAH

    Salam sejahtera buat rakan yang kukasihi...
    Walaupun ku tak mengenali mu
    Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku
    Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
    Kerana Cinta Itu Indah ...
    Seindah terbitnya pelangi di malam hari
    Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
    Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
    Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
    Kerna cinta itu indah
    Gunakan bahasa yang indah-indah

    Cinta itu suci
    Sucikan dengan ikatan murni
    Barulah cinta itu menjadi CINTA SYORGA

    Cinta Oh Cinta...
    Ku hargai dan sanjungimu
    Kerna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
    Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
    Senyuman pun terukir
    Pelangi cinta suci
    Sesuci CINTA SYORGA
    Pasti bahagia membahagiakan
    Cinta yang terpatri di dunia
    Bawa ke Syorga-Nya...

    Makanya burulah cinta
    Yang boleh membawa ke Syorga-Nya...

    Cinta...oh! Cinta...
    Aku memburumu tak kira di mana kau berada...

    Cinta kepada:

    Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
    Semua penghuni bumi dan langit

    Bahagia rasa hati pabila hidup
    Mencintai semua yang ada
    Kerana-NYa

    Sebab itulah CINTA ITU INDAH!

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    5 Mei 2012

    KITA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI INSAN YANG BAIK

    KITA BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA BAIK
    TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA
    MENJADI BAIK KERANA SYURGA ADALAH
    BAGI ORANG YANG BAIK -BAIK. BERSANGKA BAIK
    DAN SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK
    MOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BAIK
    PADA PANDANGAN ALLAH SWT. SEISI BUMI
    DAN LANGIT MENDOAKAN KITA AGAR MENJADI
    PENGHUNI SYURGA BERKAT KEBAIKAN KITA
    PADA ALLAH DAN SEMUA MAKHLUK TUHAN
    AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

    Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
    Rabeah Mohd Ali
    Putri Rimba Niagara
    MALAYSIA
    4 Mei 2012

    KITA INSAN YANG TAK SEMPURNA

    Kita memang hamba-Nya yang tak sempurna
    Tapi demi cinta kita pada-Nya kita cuba sedaya upaya menjadi
    hamba-Nya yang sempurna
    Moga Allah membantu kita ke jalan-jalan-Nya sebelum bertemuNya
    Aamin

    PUTRI RIMBA.
    Mei 2012

    KITA SEMUA PASTI AKAN MENINGGALKAN DUNIA INI

    Percayalah setiap yang baik itu daripada-Nya
    Yang kurang itu daripada saya
    Ilmu jika ingin disampaikan jangan seperti kita mengajar mereka
    Kalau mengajar mereka lebih tahu daripada segala ilmu...
    Tapi kalau mendidik....meresap ke kalbu kerana kita saling merasa diri kita kerdil dan mereka yang membaca menerima dengan rasa rendah hati kerana kita semua pasti akan meninggalkan dunia ini .

    JIKA KITA KEJAR DUNIA ...DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
    JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA

    Karya Putri Rimba.
    4 Mei 2012

    KARYA PUTRI RIMBA & TEUNGKU SAYYID DEQY
    5 Mei 2012

Ratu Rimba Niagara berkongsi kenangan.
SAHABAT SEPERJUANGANKU KAU TELAH PERGI MENDAHULUI KAMI
Moga ditempatkan rohnya di kalangan hamba-hamba Allah yang beramal soleh dimasukkan ke Jannah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Sahabat seperjuanganku kau telah pergi mendahului kami, 
kami juga akan menyusul kemudian kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Moga kau tenang dan bahagia berada di alam Syurga. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
SAHABAT AKHIRAT
Aku cuma mahu tahu kau mengerti aku...aku mengerti kamu..
sentiasa jujur dalam berkata
sentiasa setia dalam persahabatan
sentiasa berkomunikasi
sentiasa berkata seiring hati
sentiasa muhasabah diri
sentiasa mahu membuat kebaikan
sentiasa berkata yang baik di Sisi-Nya
sentiasa bekerjasama dalam meraih cinta dan redhaNya
jika itu ada pada kamu ...
kamulah rakan seperjuangan
dunia akhirat yang kucari
biarpun sekadar alam maya
itu sudah memadai
dalam meneruskan
sebuah persahabatan suci
demi alam
akhiratmu akhiratku
sebuah alam
yang pasti kita tempuhi
di kala itu tiada sahabat atau sanak saudara
yang ada sahabat akhirat yang setia menemani kita
sahabat akhirat itulah amalan kita
yang dilakukan ikhlas semata kerana-Nya
moga kau dan aku dan semua
berjaya membawa sahabat akhirat
tika kita berada di alam akhirat
negeri yang kekal abadi
tempat balasan
segala kebaikan dan kejahatan
moga kita terpilih
mati dalam membuatkan kebajikan
yang diterimaNya
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal A 'Lamin
'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
MOGA KITA MATI DALAM KEBAJIKAN
ALLAH AZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
JIKA KAMU MENGEJAR DUNIA
DUNIA AKAN TINGGALKAN KAMU
JIKA KAMU MENGEJAR AKHIRAT
DUNIA TIDAK TINGGALKAN KAMU
AMALAN DUNIAMU BAWA KE AKHIRAT
SERAHKAN SAJA URUSAN HIDUP DAN MATI
KEPADA ALLAH KERANA DIALAH
YANG MENGURUSKAN HIDUP DAN MATI
HAMBA-NYA
USAHA DOA TAWAKAL PASRAH
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
JALAN KE AKHIRAT
MATLAMAT SEBENAR KITA
ITULAH PERJUANGAN KITA
YANG MAHU PULANG KE PANGKUAN-NYA
MOGA SAHABAT AKHIRAT YANG KITA DAMBAKAN
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI
DI SYURGA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
YA ALLAH AKU INGIN PULANG KE PANGKUAN-MU
KAU HADIRKANLAH SAHABAT AKHIRATKU
YANG SELALU MENDORONGKU
BERAMAL SOLEH KERANA-MU
KAMI MAHU KE JALAN-JALAN SYURGA-MU
PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
BERKAT KAMI BERSAHABAT DENGAN
SAHABAT AKHIRAT
KAMI AMAN DI ALAM BARZAH
TIDAK DIPUKUL DIPALU SEHINGGA HARI QIAMAT
KERANA SAHABAT AKHIRAT KAMI
SENTIASA MEMBELA KAMI
MELINDUNGI KAMI
DAN DENGAN RAHMAT DAN KASIH-MU
DI ALAM BARZAH ROH KAMI TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
MAKA DARI ITU YA ALLAH
KURNIAKANLAH KAMI SAHABAT AKHIRAT
BERSAHABAT DI DUNIA
SELAMAT DUNIA AKHIRAT
TERSIMPUL KASIH SUCI MURNI DI SYURGA-MU
ITU JANJI-MU
JANJI-MU BENAR
PASTI BENAR
AKU YAKIN
YAKIN SEYAKIN-NYA
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
Hamba-Mu Yang Mahu Pulang Ke Pangkuan-Mu,
22 Rejab 1436H
11 Mei 2015
(YA ALLAH JIKA ADA PAHALA KARYA YANG KUTULIS INI SAMPAIKANLAH PAHALANYA KEPADA ROH SAHABATKU YANG BARU MENINGGAL DUNIA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
4 Setahun yang lepas
Lihat Kenangan Andachevron-right
Asalamuaalaikum
Al Fatihah
Raihan Sulaiman Palestine telah kembali ke ramatullah pada jam 1:15 am sebentar tadi

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

tahun yang lepas
JIKA KITA KEJAR DUNIA, DUNIA AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA KEJAR AKHIRAT DUNIA AKAN MENGIKUT KITA
MOGA KITA DIJAUHI DENGAN PESONA DUNIA
KITA BURU AKHIRAT KERANA AKHIRAT NEGERI ABADI
YANG SAMPAI BILA....BILA TANPA NOKHTAHNYA

PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
18 REJAB 1436H
7 MEI 2015

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran
Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR
4 Mei 2015
PESANAN TOKKU PALOH
"MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU"

  • PABILA DIA MEMBALAS CINTA

    Duhai kasih...di daunan kasih kuukir namamu

    Tapi di kalbu tertera nama-Nya
    DIA kupuja
    Kau kusayang
    DIA kurindui
    Kau kuingati

    Kerana-Nya aku menyayangimu
    Kerana-Nya ku jatuh cinta padamu

    Jika kasihmu tiada kepada-Nya
    Jangan kau cuba mendekati aku
    Bukan aku tak sudi
    Tapi hatiku tiada ke kamu
    Bila tiada hati cinta tak bererti
    Cinta akan jadi mati
    Cinta terus terhenti

    Makanya cintailah DIA
    Kerna DIA Pencipta cinta paling sempurna

    Ketahuilah kamu duhai kasihku
    Kasihku ada ke kamu
    Jika cintamu pada-Nya mengatasi segala-Nya
    Maka disitulah kunci cintaku padamu
    Jika kau tak sudi menghargai kunci cintaku ini
    Makanya undurlah cintamu 
    Biarkan aku bahagia bersama 
    Cinta yang pabila DIA membalas cinta
    Bahagia dunia akhiratku
    Insya-Allah Aamin.

    Karya Putri Rimba.
    29 Ogos 2012
KANVAS CIPTAAN ALLAH SWT YANG AMAT INDAH
Subhanallah
Kanvas Ciptaan Allah SWT yang amat indah
Terpesonaku memuji CiptaanNya
Ya Allah Kau Limpahkan Rahmat-Mu Tanpa Batas kepada hamba-Mu
Yang mengajak semua yang menghayati gambar ini untuk
Memuji Kebesaran-Mu Ya Allah
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
18 April 2012

(PETIKAN DARIPADA HARLINA AHYA ULUMUDDIN & KHAI NOOR)
              
Imej mungkin mengandungi: burung

SIAPAPUN KAMU TAK KIRA DI MANA KAMU BERADA KAMU TETAP SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT, DI DUNIA NYATA KITA TAK BERTEMU IN SHAA ALLAH DI SYURGA KITA BERTEMU BERSAMA MEMANDANG WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH. ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.'
SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
20 JAMADIL'AWAL 1436H
11 MAC 2015

Imej mungkin mengandungi: teks
Majalah Ummi
Orang yang pertama kali dipanggil ke surga adalah orang-orang yang senantiasa banyak memuji Allah baik dalam keadaan lapang atau pun sempitI
{HR Tirmidzi}


Cinta sahabat membawa keceriaan
Cinta disayangi di kala susah dan senang
Cinta sejati kebahagiaan dunia akhirat
Cinta Ilahi Cinta Yang Teratas!

PERTEMANAN TAK TERHINGGA NILAIANNYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Ya Allah
keluarkan kami dari kegelapan ragu dan
muliakan kami dengan cahaya kefahaman
bukakanlah kami makrifat ilmu,
berilah cahaya pada hati kami
sebagaimana Engkau beri cahaya
kepada matahari dan bulan.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teksI
MERDEKA.com sedang bersama Yuhardi dan 4 yang lain.
Mengertikah FPI perjuangan Tan Malaka demi Indonesia merdeka?
Jauh sebelum orang lain mengumandangkan Indonesia merdeka, Tan Malaka sudah melakukannya, hingga dia dibuang pemerintah kolonial Belanda karena dianggap berbahaya. Selama Orde Baru dia dicap komunis dan namanya seolah tenggelam. Rupanya, sampai sekarang sang pejuang itu masih tak boleh tampil di negerinya sendiri, setelah kemarin acara diskusi tentangnya dibubarkan FPI. Baca ulasan selengkapnya : http://mdk.to/oC7F


HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan

Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
20 Mei 2019
 14 Ramadan  1440H

0 comments:

Post a Comment

 
;