Monday, 9 September 2019

PERJUANGANKU PERJUANGAMU (449) BERSYUKUR MENJADI TETAMU ALLAH


PERJUANGANKU PERJUANGAMU (449)  BERSYUKUR MENJADI TETAMU ALLAH
SELAGI HIDUP ITULAH REZEKI KITA UNTUK BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT
KEPANDAIAN MILIK ALLAH
KEKAYAAN MILIK ALLAH
ALLAH MEMPUNYA SIFAT YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK CIPTAAN-NYA SEBAB ITU WALAUPUN MANUSIA ITU TIDAK BERUGAMA ISLAM TETAP JUGA DIBERI KEPANDAIAN DAN KEKAYAAN TAPI HANYA SEKADAR KENIKMATAN DIRASAI DI DUNIA SAJA,
HAMBA-NYA YANG TAAT MENDAPAT KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT ITU JANJI ALLAH. JANJI ALLAH PASTI .
SELAGI HIDUP ITULAH REZEKI KITA UNTUK MERAIH CINTA-NYA, SYURGA SEBAGAI BALASAN KETAATAN. JIKA BERAMAL KERANA HENDAKKAN SYURGA TAK LAYAK UNTUKNYA MEMILIKI SYURGA.
SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA PEMURAH YA ALLAH SETIAP HARI SETIAP SAAT KAU KURNIAKAN AKU ILHAM SEHINGGA AKU MALU DENGAN DIRIKU SENDIRI BETAPA KERDILNYA AKU DI SISI-MU
MEMUJI SESEORANG DENGAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH TAALA
PUJIAN YANG LAHIR DARI HATI
MEMUJI SESEORANG DENGAN NIAT MENDAPAT HABUAN DUNIA
AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI
SYURGA DISEDIAKAN UNTUK SEMUA KEKASIH ALLAH
Cahaya Sugiargi Subhannallah...
Terimakasih allah swt tuhan ku, yg telah menitipkan mata ini utk melihat begitu banyak indahnya ciptaan-Mu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar,
Kecantikan di dunia ini hanya 1% yang diperlihatkan Allah swt, 99 % ada di Syurga sebab itu terlalu indah-Nya Syurga tidak dapat dibayangkan tidak tercapai pemikiran membayangkan betapa indah-Nya Syurga. Syurga milik semua ganjaran kepada hamba-Nya yang benar ikhlas apabila diuji untuk menjadi kekasih-Nya. Penghuni Syurga adalah kekasih-Nya. Moga kita dan seluruh keluarga dan sahabat kita samada di alam nyata atau di alammaya menjadi kekasih Allah. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
RATU RIMBA NIAGARA & CAHAYA SUGIARGI
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 2015
LEBIH BAIK MEMUJI DARIPADA MENCELA ORANG
2 people like this.
Datin Azizah Aziz .. Maaf .. Puji2Pujian hny MILIK Allah Swt.. Ucapn PgHARGAan rsanya sesuai utk mnusia..tk prlu luahkn atau pertikaikn KeIKHLASAN - mksud..? Tk prlu mngatakn ..'sy IKHLAS ni..' Lakukn sj yg baik2 tnp melafazknnya krn..? Jika seseorg itu dpt merasakn 'ssuatu' yg berdetik/terdetik dihti hgg memilukn... Itulh SBNRNYA KEIKHLASN YG TLH ALLAH SWT 'ucap' - atau..? 'sampaikn..' Kpd Shbt yg fhm mksud sy-jutn TERIMA KASIH...
Al-Asr+Ayatul Kursi...
Ratu Rimba Niagara Memuji kecantikan manusia dengan niat memuji Pencipta yang mencipta manusia sebegini cantik dan sempurna sifat tidak salah tapi memuji manusia sehingga manusia itu menjadi riak itu yang salah
lebih baik memuji daripada mencela
memuji tak sakitkan hati orang dapat pahala
mengeji sakitkan hati orang dapat dosa akan dituntut di akhirat nanti.
Kpd sahabat yang faham maksud saya jutaan terima kasih.
PETIKAN WALL GRUP MELAYU BANI JAWI & GRUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 2015
6 people like this.
Pantok Lele Sastra ungkapan hati seseorang yang iya ingin ungkapkan lewat tulisan atau media lain. Adalah hasanah karya anak negri yg pantas dihormati dan dihargai. Bukan untuk dicaci atau dipuji
Ratu Rimba Niagara Duhai teman alammayaku jika anda rasa bakat menulis saya ini adalah anugerah dari Ilahi untuk sama dibagi-bagikan (dikongsi) kepada seluruh manusia maka teruslah memberi dukungan/sokongan kepada saya. Sokongan anda amatlah dihargai sepenuh hati dalam rasa syukur kepada-Nya.
Pantok Lele Bukan hasrat dapat memuji ini adalah karunia ilahi hendaklah dapat untuk dikoreksi memberi paedah bagi insani sebagai iktibar bagi pecinta seni
AKU BERSASTRA TANDA AKU KOREKSI/MUHASABAH DIRIKU SENDIRI
AKU BERSASTRA TANDA AKU KOREKSI DIRIKU SENDIRI
BILAMANA ORANG LAIN BACA KARYA SASTRAKU
ITU DITUJUKAN UNTUK DIRIKU SENDIRI BUKAN ORANG YANG MEMBACA
BILA KUCERMIN DIRIKU SENDIRI YANG KULIHAT DIRIKU SEDANG
DIKAFANKAN MENUNGGU UNTUK DIKEBUMIKAN.
ITULAH SASTERAKU DUNIAKU
BUKAN MENGAJAR ORANG LAIN
TAPI MENGAJAR DIRI SENDIRI
BILA MATI ANAK ADAM ITU
BUKAN DARJAT DAN PANGKAT YANG DIBAWA PERGI
CUMALAH KAIN PUTIH PEMBALUT JASAD
YANG KERAS KAKU BISU
UNTUK SIAP SEDIA
MENJAWAB SOALAN DI KUBUR
ANDAI AKU TERGOLONG ORANG YANG SEMASA HAYATNYA
SUKA MENGUMPAT KEJI ORANG, BERLAGAK SOMBONG, BERBANGGA
DIRI DENGAN KEKAYAAN YANG DIMILIKI DAN SUKA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
MAKA NERAKALAH TEMPATKU NAUZUBILLAH
MOGA ALLAH TERIMA TAUBATKU
TERIMA JUGA TAUBAT ORANG YANG MEMBUATKAN SASTRAKU TERLUKA
AAMIIN YANG RABBAL A'LAMIIN
RATU RIMBA NIAGARA
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 2015

www
DI AKHIR NAFASKU DAN DI AKHIRAT NANTI...
Teruskan Membaca
Datuk Haji Faiz
9.9.2015 Tonight ( Fly from Malaysia to Mekah , Saudi Arabia )


BERSYUKURLAH MENJADI TETAMU ALLAH INDAHNYA MENJADI TETAMU ALLAH MOGA MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERGELAR KEKASIH ALLAH ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH
MOGA CINTA DAN KASIH MENJADI SAKSI
DI AKHIR NAFASKU DAN DI AKHIRAT NANTI
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH-NYA.
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,p
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 2015
BUKAKAN KASHAF DZAT CINTA-MU PADAKU YA ALLAH
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumiliki Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 2015
CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Kau dilahirkan
untuk memberi
Rahmat Sekalian Alam
Berpekerti mulia
menempuh segala cabaran
dan dugaan semata-mata
untuk menyebar
Agama Suci Allah
Berkorban apa saja
demi umat sezamannya
dan akhir zaman
Sambil berdiri, duduk dan
berbaring sentiasa
mengingati umatnya
mencintai umatnya
sepenuh hati
sepenuh jiwa
Masya-Allah!
Sentiasa berdoa pada Tuhan
agar umatnya mati dalam
ucapan kalimah
LaaillaahaillAllahMuhammadaRasullullah
Risaunya Nabi terhadap umatnya
hingga nafas terakhir
menyebut-nyebut umatnya
‘Umatku! Umatku! Umatku!
Duhai Kekasih Allah
Nabi Muhammad S.A.W
Biarpun telah tiada jasadmu
Budimu…
Pengorbananmu…
Cintamu kepada umatmu
akan dikenang…
dihargai dan
disanjung tinggi hingga
ke akhir hayat kami
Kami tahu kau mencintai kami
ketika berdiri… duduk dan berbaring
hingga ke akhir hayatmu
Amatlah rugi dunia akhirat!
malang dunia akhirat!
Jika kami tidak membalas cintamu
Wahai Nabi Allah
Kekasih Allah
Sebagai balasan cintamu
pada kami umatmu
kami akan menjadi
pewaris setiamu
menyebarkan dakwahmu
Al-Quran dan Hadis
yang kau tinggalkan
untuk kami umatmu
Selawat untukmu
wahai kekasih Allah
terimalah kami
menjadi kekasihmu
sebagaimana kau
menjadi Kekasih Allah
Moga dengan cinta kami ini
dapatlah kami keberkatan
cintamu di dunia …
Di Padang Mahsyar
mendapat Syafaatmu
Amin Ya Rabbal A’lamin.
MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W
Duhai kekasih Allah yang dicintai…
Balaslah cinta kami ini
Satukan hati-hati kami untuk saling
Ingat- mengingati
Tentang pejuanganmu sentiasa diingati
Kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
Betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
Harusnya kami balasi
Kami menanti penuh pengharapan
Ya Nabi Allah
Ya Kekasih Allah
Yang kami cintai seutuhnya cintamu pada kami
Pilihlah kami mendapat Syafaatmu di Mahsyar nanti.
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 ZULKAEDAH 1436H
9 SEPTEMBER 201
(KARYA DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN TETAMU ALLAH DATUK FAIZ MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KELIMA IBADAH HAJI DI MEKAH MUKARRAHMAH MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Suka
Komen
Komen
  • SYURGA DISEDIAKAN UNTUK SEMUA KEKASIH ALLAH

    Cahaya Sugiargi Subhannallah...

    Terimakasih allah swt tuhan ku, yg telah menitipkan mata ini utk melihat begitu banyak indahnya ciptaan-Mu

    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar,
    Kecantikan di dunia ini hanya 1% yang diperlihatkan Allah swt, 99 % ada di Syurga sebab itu terlalu indah-Nya Syurga tidak dapat dibayangkan tidak tercapai pemikiran membayangkan betapa indah-Nya Syurga. Syurga milik semua ganjaran kepada hamba-Nya yang benar ikhlas apabila diuji untuk menjadi kekasih-Nya. Penghuni Syurga adalah kekasih-Nya. Moga kita dan seluruh keluarga dan sahabat kita samada di alam nyata atau di alammaya menjadi kekasih Allah. Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

    RATU RIMBA NIAGARA & CAHAYA SUGIARGI
    25 ZULKAEDAH 1436H
    9 SEPTEMBER 2015

INDAHNYA REDHA INDAHNYA BERBAIK SANGKA



HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
9 September  2019
9 Muharram 1441H

0 comments:

Post a Comment

 
;