Sunday, 22 September 2019

PERJUANGANKU PERJUANGANMU (472) SAHABATKU BERNAMA NUR HIJRAH


PERJUANGANKU PERJUANGANMU (472) SAHABATKU BERNAMA NUR HIJRAH
1 tahun lepas


1 tahun lepas


1 tahun lepas


SEMUANYA TENTANG CINTA-MU (I)
MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU
Ya Allah ...
Aku sepi tanpa perhatian-Mu
Aku pilu tanpa hidayah-Mu
Amalanku pasti tak bersinar
Sepertimana mahu-Mu
Malanglah aku jika begitu
Kerana terpedaya
Dengan diri sendiri
Betapa taksubnya aku dengan amalan tak bererti
Kerana kebanggaan memakan amalanku
Ya Allah...
Pakaian kebanggaan
Pakaian kesombongan
Hanyalah layak untuk-Mu
Bukan untukku
Hinanya aku Ya Allah...
Menjadi hamba-Mu
Yang baru diberi
Setitis ilmu sudah sombong
Diberi kekayaan sudah bongkak
Diberi darjat lagilah aku sombong bongkak
Ya Allah...
Aku hamba-Mu
Yang tak sempurna Ya Allah...
Pesona dunia
Darjat...
Kekayaan...
Kebijaksanaan..
Telah memperdayakan imanku yang tandus...
Ya Allah...
Aku datang kepada-Mu Ya Allah..
Merayu pada-Mu
Agar Kau ampunkan
Segala kekhilafanku pada-Mu
Jika Kau tak ampunkan
Tiadalah bererti lagi hidupku ini
Kerana
Darjatku kekayaanku kebijaksanaanku
Telah menzalimi diriku sendiri
Sedangkan darjat kekayaan kebijaksanaan
Adalah untuk bertambah zuhudku pada-Mu
Ya Allah...
Aku sudah sedar kekhilafanku
Menjadi seorang hamba-Mu
Sepertimana mahu-Mu
Makanya ampunkan segala
Kekhilafanku
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1435H..
Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...
Kau bersihkan catatan buku amalanku
Yang akan diangkat ke langit ke tujuh
Disimpan menjadi saksi di Neraca Timbangan nanti
Di hari itu segala darjat kekayaan kebijaksanaan
Sudah tidak bererti dan membantu walau sebesar zahrahpun
Yang ada amalan yang Kau terima walaupun sebesar zahrah
Makanya dengan amalanku yang sebesar zahrah ini
Kau pandanglah dengan Belas Kasihan dan Rahmat Kasih-Mu
Ampunkan aku
Ampunkan keluargaku
Ampunkan sahabat-sahabatku
Ampunkan pembaca karya-karyaku
Ampunkan semua saudara seislamku
Samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
Semoga kami semua diberi buku amalan diterima dengan tangan kanan
Dan ringan timbangan buku amalan kami
Insya-Allah Aamiin
Ya Allah...
Sempena Maal Hijrah 1435H
Sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
Sehingga akhir hayat kami
Satukan hati-hati kami
Untuk kembali
Ke jalan-jalan sebenar
Menuju cinta-Mu
Maal Hijrah Menuju Cinta-Mu
Doa hamba-Mu yang kerdil..
Dengan Belas Kasihan Dan Rahmat Kasih-Mu
Makbulkanlah doaku dan doa semua yang
Membaca karya doaku ini
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013M
BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA MU PADAKU YA ALLAH
Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
Beruntunglah para pencintaNya,
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.
MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
Degupan jantung seiring zikir padaNya;
Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
Hidup dan mati hanyalah untukNya.
Hidup dan mati hanyalah untukNya,
Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
Bertahta di hati hanya cintaNya.
Bertahta di hati hanya cintaNya,
MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.
Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.
Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
Apalah erti hidup ini,
Jika Kau menolak cinta sedihnya,
Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.
Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
Aku hambamu yang banyak kelalaian;
Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.
Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
Kan kuperbaiki segala yang kurang;
Kulakukan demimu Ya Tuhan,
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.
Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.
Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.
Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
Mulianya kalimah SyurgaMu:
LaaillaahaillaAllah MuhammadaurRasulullah,
Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1434H
15 November 2012M
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Ratu Rimba Niagara
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013M
(DISIARKAN KOLEKSI PUISI SEMUANYA TENTANG CINTA-MU
SEMPENA SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1435H MOGA DENGAN
AZAM DAN TEKAD KITA SEMUA UNTUK MENCINTAI-NYA
ALLAH AZZAWAJALLAH EHSAN MEMBALAS CINTA KITA SEMUA
YANG MEMBACA DOA PUISI INI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN)
DISIARKAN DI WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH,PRINCE ABDUL MALIK, KESULTANAN KELANTAN, KESULTANAN JOHOR, KESULTANAN TERENGGANU, KESULTANAN KESULTANAN NUSANTARA, KESULTANAN SINGAPURA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA & GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA)
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013M
(PETIKAN GALERI SASTERA PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
30 Zulhijjah 1434H
4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1439H
SAHABATKU YANG BERNAMA NUR HIJRAH
Duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
sudilah bersahabat denganku
hidupku bagaikan burung patah sayapnya tanpa kamu
kau pelita hatiku
kau menerangi perjalanan hidupku yang kelabu
sekelabu awan biru yang berjerubu
kabus tebal menutup pandangan mataku
untuk menuju jalan pasti dalam mencapai redha Ilahi
aku keliru, aku terkeliru dengan keputusan hidupku sendiri
rasanya semuanya tidak menjanjikan jawapan yang pasti
yang pastinya aku keliru dengan hidupku sendiri
di mana-mana aku mencari ...mencari terus mencari
mana bisa mungkin dalam kegelapan aku dapat mencari
selagi aku rasa hidupku sempurna
selagi itulah keegoan menguasai diri
lalu aku muhasabah diri
menginsafi diri
bahawa tiada manusia yang sempurna kecuali Allah SWT
jalan untuk muhasabah diri mendapat ketenangan diri
aku mesti berubah
daripada yang kelabu kehidupan kepada yang
mencerahkan kehidupan dunia akhiratku
dari itu aku mesti berhijrah
berhijrah tanpa ilmu pasti tak akan berubah
maka duhai sahabatku yang bernama Nur Hijrah
sudilah menjadi sahabatku kerana engkau sudah lama berhijrah
sejak penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Kota Mekah ke Kota Madinah
demi penghijrahan mendapat cinta dan redha Ilahi...
perlukan pengorbanan
pengorbanan jiwa, harta dan nyawa
itulah erti penghijrahan yang sebenar
kerana jiwamu jiwa penghijrahan
aku mahu bersamamu
susah senang bersama
pasti hidupku tenang
setenang hatimu yang disinari Nur Hidayah Kasih-Nya...
maka sudilah tumpangkan aku berteduh bersamamu agar mendapat
limpahan Sinaran Nur Hidayah Kasih-Nya
sehingga akhir hayatku
sehingga akhir hayatmu...
Insya-Allah Aamiin
Terima kasih sahabatku Nur Hijrah
moga Allah swt merahmati
hidup matimu
hidup matiku
berkat penghijrahan yang sama kita azamkan tekadkan...
samalah kita jayakan
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A' Lamiin
'SALAM MA'AL HIJRAH 1439H'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Sahabat Dunia Akhiratmu
Ratu Rimba Niagara
1 Muharram 1439H
HIJRAH KARYA YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGHASILKAN KARYA YANG TERBAIK DI SISI ALLAH TAALA INSYA-ALLAH AAMIIN.
SALAM MAAL HIJRAH 1439H MOGA SUKSES DAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT AAMIIN.
SAMPAI KAPANPUN AKU ADALAH DIAN
sampai kapan pun aku adalah dian
menerangi orang lain membakar diri sendiri
tapi sampai bila aku mahu menjadi dian
jika begitu aku mahu menjadi seperti matahari
menerangi seluruh alam
bahagia dapat menerangi seluruh alam
tapi seluruh alam bahagia
aku tetap juga kepanasan
jika begitu aku mahu jadi seperti bulan
cahayaku indah berseri-seri
siapa yang melihat pasti terpegun akan
keserian cahayaku,
aku akan sentiasa berada dalam kebanggaan
jadi aku tak mahu dipuji dipuja
sedangkan yang layak dipuji dipuja cuma TUHAN
yang menciptakan bulan dan yang menciptakan aku
jika begitu aku mahu menjadi seperti bintang
bergemerlapan setiap masa
semua berlumba-lumba menggapai bintang
akan kuberikan bintang kepada mereka yang
suka berusaha menggapaiku penuh ikhlas
biarlah mereka gembira dan bahagia memilikiku
apapun biarlah aku menjadi seperti dian
dalam keadaan yang tak berdaya
akan kucuba sedaya upaya bercahaya
menerangi diriku sendiri dan yang ikhlas
menerima cahayaku dan sentiasa memberi
semangat agar aku terus bercahaya
sehingga sumbu dianku habis
bila sumbu dianku habis
berarti tamatlah baktiku untuk terus bercahaya lagi
moga cahaya dianku yang sedikit ini
menerangiku di alam barzah yang gelap gelita
tanpa satu pun cahaya yang dapat menerangiku
walaupun cahaya dari mana sekalipun...
andai cahaya dianku menerangiku
di alam barzah
SUBHANALLAH doaku termakbul
SUBANALLAH cahaya dian yang kutinggalkan di bumi
terus terpancar ke alam barzah
bergemerlapan setiap masa
seperti indahnya cahaya
matahari, bulan dan bintang
malah lebih indah dari itu
itulah cahaya dari Syurga
terpancar hingga ke alam barzahku
dinampak Allah swt
keindahan Syurga yang tiada tara-Nya indah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
berkat cahaya dianku terus berbakti kepada manusia
yang masih hidup di bumi sehingga bumi ini tamat usianya
ALLAHU AKBAR
bertambah indah dan bahagianya aku
jika sekiranya cahaya dianku yang sedikit ini
menjadi cahaya lembayung menyejukkan kepanasan
di Padang Mahsyar kepada semua yang pernah memberi dukungan/sokongan dalam apa jua bentuk pengorbanan
agar sumbu cahaya dianku terus bercahaya...bercahaya...
semuanya dengan izin-Nya jua
tiada daya upayaku melainkan dengan kehendak-Nya kemahuan-Nya,
kuserahkan segala-Nya kepada-Nya jua,
karena dari-Nya aku datang dari-Nya aku dikembalikan
moga aku dikembalikan dalam jiwa dan roh yang tenang
redha lagi diredhai-Nya,
ALLAHU AKBAR Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
1Muharram 1439H
22 September 2017
(MOGA DOA DALAM PUISI INI DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
Sri Pemangku Adat and Nur Balkis like this.
Sri Pemangku Adat Aamiin Ya Allah, YAM Ratu Rimba Niagara anda membuktikan karya yang sesuai dengan IMPIAN dan CITA-CITA kami, setinggi-tinggi terimah kasih kami DISAKA ucapkan... Aamiin Ya Allah.
Suttan Seghayo Dipuncak Nur
SELAMAT TAHUN BARU 1439H SEMOGA KITA SEMUA DAPAT HIJRAH KEHIDUPAN
YANG LEBIAH BAIK
CITA-CITAKU CITA-CITAMU
IMPIANKU IMPIANMU
BERBAKTI TERUS BERBAKTI
DEMI KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-NYA JUA ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
Sri Pemangku Adat salam kemuliaan, Duli Yang Mulia (DYM) Suttan Seghayo Dipuncak Nur atas PERINGATAN MAAL HIJRAH yang menjadi peringatan untuk semua umat Islam.. kerana hijrah itu digalakan dalam ajaran agama kita.. amin ya allah.
SEHEBAT MANAPUN KITA
AKAN MATI
MOGA MATIKU MATIMU
DALAM REDHA ILAHI AAMIIN
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al-Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
(PETIKAN DARIPADA GALERI SASTERA ALAMMAYA RATU RIMBA NIAGARA)
1 Muharram 1439H
22 September 2017
YA ALLAH ILHAM DARI-MU SEINDAH AIR TERJUN NIAGARA IZINKAN HASIL KARYAKU MENGALIR TERUS HINGGA KE SUNGAI SYURGAWI ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
YA ALLAH JADIKANLAH KARYA SASTRAKU MENGALIR SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA YANG MENGALIR TERUS MENGALIR MENYATU HINGGA KE SUNGAI-SUNGAI SYURGA-MU
AKU MENULIS KARENA-MU
ILHAM YANG AKU TULIS DATANG DARI-MU
KAU HADIRKAN ILHAM TANPA HENTI PADAKU ATAS KEHENDAK-MU
AKU BERSYUKUR ILHAM DATANG TANPA HENTI-NYA
ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH
TANPA IZIN-MU AKU TIDAK DAPAT MENULIS BIARPUN SEBARIS AYAT
ALLAHU AKBAR KEKUASAAN-MU MENGATASI SEGALA-NYA
YA ALLAH KARENA KARYA SASTRA YANG KUTULIS ADALAH ILHAM DARI-MU
JADIKANLAH AKU DAN YANG MEMBACA KARYAKU
HAMBA-MU YANG SENTIASA REDHO ATAS TAKDIR-MU
PERCAYA SETIAP YANG DITAKDIRKAN ITU ADA HIKMAH DI SEBALIK-NYA
YA ALLAH JADIKAN KARYA SASTRA YANG KUTULIS SESUAI DENGAN ZAMAN WALAUPUN ZAMAN TERUS BERUBAH TAPI KARYAKU SENTIASA ADA DI JIWA SEMUA MANUSIA YANG MENGHAYATINYA KARENA SASTRAKU ADALAH ILHAM DARI-MU
JIKA ILHAM DARI-MU PASTI MEMBERI KEBAIKAN PADA DIRIKU DAN PADA SEMUA YANG MEMBACA KARYAKU.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'SASTERAKU ILHAM DARI-NYA'
NAMA PENAKU INI ILHAM DARI-NYA JUGA
ADA YANG TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT
ATAS NAMA PENAKU INI
RATU SEORANG RAJA/RATU ATAU PEMIMPIN ITU YANG TERSURAT
YANG TERSIRAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA NUSANTARA
RIMBA AGAR SENTIASA RASA MERENDAH DIRI MEMERINTAH DI KERAJAAN RAKYAT RIMBA JADI TIADA SIAPA HENDAK CEMBURU KERANA BUKAN MEMERINTAH KERAJAAN MANUSIA ,TERSIRATNYA MAHU DAPATKAN INSPIRASI UNTUK MENJIWAI WATAK RAJA DAN PEMERINTAH UNTUK DITUANGKAN ILHAM DALAM KARYA SASTERA.
NIAGARA KARYA SASTRA YANG DIHASILKAN SEPERTI AIR TERJUN NIAGARA SENTIASA MENGALIR, SENTIASA BERSASTRA TANPA HENTI SEHINGGA NAFAS TERHENTI BIARPUN NAFAS TERHENTI SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS TERUSAN DIBACA OLEH YANG MASIH HIDUP , MOGA ILMU SASTRA YANG DITINGGALKAN TERUS MASUK KE AKAUN SAHAM AKHIRATKU SEPERTI MENGALIR AIR TERJUNAN NIAGARA MENYATU TERUS KE SUNGAI-SUNGAI SYURGAWI IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
1 MUHARRAM 1439H
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 MUHARRAM 1439H
22 SEPTEMBER 2017
7 tahun yang lepas
YA ALLAH JADIKAN LAMAN FBKU SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA
YA ALLAH KUPOHON BELAS EHSAN DARI-MU YA ALLAH
JADIKANLAH RAKAN-RAKAN FBKU RAKAN-RAKAN
YANG MENYAYANGIKU KERANA-MU DAN SALING
BERBAGI ILMU YANG DIMILIKI PADAKU JAUHKAN KAMI
DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH YANG MANA BOLEH
MEMISAHKAN KAMI ...KAMI SALING BANTU MEMBANTU
DAN SALING BERKORBAN KERANA MASALAH
RAKANKU ADALAH MASALAH AKU JUA SUSAHNYA SUSAHKU JUA
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MEMBANTUNYA
JAUHKAN HATINYA UNTUK MEMBENCI DIRIKU KERANA
SIAPAPUN YANG KAU HADIRKAN DALAM HIDUPKU BIARPUN CUMA
DI ALAM MAYA ADALAH PERMATA YANG BERHARGA BAGIKU...
BUKAKAN HATINYA UNTUK MENERIMA PERSAHABATAN INI IKHLAS
KERANA-MU DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI INI DAN
PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI INI HINGGA KE SYURGA-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
YA ALLAH KUMERAYU PADA-MU JADIKANLAH LAMAN FBKU
SEPERTI TAMAN-TAMAN SYURGA YANG PENGHUNI-NYA
BERKATA MENGIKUT IMAN BUKAN MENGIKUT PERASAAN
BERKATA-KATA INDAH MENGUNDANG IMAN MENGUNDANG
NUR HIDAYAH KASIH-MU
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
'KUSAYANGMU DEMI-NYA'
RATU RIMBA NIAGARA
22 Sept 2012
4 tahun yang lepas
Assalamualaikum Nusantara,
Selamat pagi Nusantara,
Moga azam sentiasa membara,
Demi kemerdekaan Nusantara.

7 tahun yang lepas
KARYA RATU RIMBA NIAGARA BERSAMA RAKAN GRUP YANG TERPILIH
BERSIARAN PADA SETIAP MALAM DI
SASTERA MUZIKAL SENUSANTARA PADA SETIAP MALAM
JAM 10.00 MLM WAKTU MALAYSIA HINGGA 12.30 MLM
Moga http://djmyfmonline.blogspot.com/
berjaya hingga ke mercu kejayaan hingga ke peringkat dunia
sastera muzikal senusantara yang mahal tu....
DjMyFm
djmyfmonline.blogspot.com
Tarikh keramat 11 May 2011 DjMyFm dilancarkan . dan di terajui oleh 12 orang deejay yang berpengalaman dari setiap negeri di Malaysia & Singapura.Ayat"Satu Dunia Satu Suara , Satu Harapan Satu Hati " menambahkan lagi kemesraan silaturahim antara kami.Hebahan Ilmu dan Informasi, seiring hiburan terkini...
"KAMI BERJUANG DEMI SASTRA SENUSANTARA UNTUK DIMARTABATKAN HINGGA KE PERINGKAT DUNIA MOGA MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PEMINAT-PEMINAT
SASTRA SENUSANTARA...TANPA KALIAN SIAPALAH KAMI
DENGAN ADANYA SOKONGAN/DUKUNGAN SEMUA PIHAK YANG DISANJUNGI
Ramlee Wahab @ DJ Ramz @ Nakhoda - Yang Menyelenggara Sastra Muzika Senusantara juga sebagai DJ yang membaca karya-karya Pujangga Senusantara.
DI SIARKAN DI GRUP YANG DI SERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA
1) PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA (Admin)
2) PONDOK PANTUN PERSAHABATAN NUSANTARA (Temul Amsal Admin)
3) BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA BRUNEI
4) MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA
5) KOMUNITAS ADAT KRATON NUSANTARA
6) MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA
7) PENYATUAN KERABAT DIRAJA DAN KELUARGA BESAR JAMBI
8) KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
9) MELAYU ISLAM BERSATU
10) MASAYARAKAT ADAT MATARAM
11) PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
12) FORUM PENYAMPAIAN ASPIRASI PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
13) CURHAT GAYA MATARAM
14) PUISI ILAHI
15) TENTERA FISABIILLAH
16) MEMBACA KARYA PN
17) OMBAK RINDU
18) OMBAK RINDU2
19) PUISI LOVERS
20) CERIA ZFM
21) SSLfm
22) RAHSIA KOTA CINTA
23) MELA AYU RADIO ONLINE
24) LUAHKAN HATIMU SEHINGGA KAU TENANG
25) SEHINGGA NAFAS TERAKHIR
26) ZETTY & LOVE
KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
KESULTANAN INDRAPUTRA
TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ
KESULTANAN MATARAM
H M KEDATUN KEANGUNGAN II
SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO
DATUK JEM
KHAI NOR
ADEL FADEL
PENDEKAR TANJAK
MAHADHER CUCU TOK AWANG
LEFTENAN ADAM SAKEENAH
PEWARIS PAHLAWAN HANG TUAH
SEMUA YANG BERGELAR PERWIRA SENUSANTARA
DISIARKAN BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA RATU RIMBA NIAGARA DAN RAKAN-RAKAN SASTRANYA DI GRUP UNTUK DISIARKAN DI DJMYFM HARAP PARA SAHABAT GRUP SUDI MEMBERI SOKONGAN..HAI DAH SELALU BACA DI ALAM MAYA CUBALAH PULA DENGAR APABILA BERSIARAN DI RADIO PULAK YE...HEHEHE TERIMA KASIH ATAS DUKUNGAN/SOKONGAN RAKAN-RAKAN GRUP SELAMAT MENDENGAR)
20 Sept 2012

8 tahun yang lepas
BERBALAS PANTUN DENGAN AYAHANDA CHIK
'TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA'
Ayahanda Chik :
Biduk berlalu kiambang bertaut,
Hanyut perahu menuju muara;
Salam dihulur merdeka disambut,
Akrabnya ukhwah, sejahteralah Malaysia.
Ratu Rimba Niagara:
Transformasi Berjaya,
Rakyat Sejahtera;
Hargai Merdeka,
Sejahtera Malaysia.
Ayahanda Chik:
Hanyut perahu menuju muara,
Jalur gemilang berkibar megah;
Akrabnya ukhwah, Sejahtera Malaysia,
Demi maruah bangsa yang gagah.
Ratu Rimba Niagara:
Demi maruah bangsa yang gagah,
Rela kutempuhi onak dan duri;
Agar Malaysiaku terus megah,
Dijajah semula rakyat yang rugi.
Ayahanda Chik:
Jalur gemilang berkibar megah,
Ditiup angin sepoi bahasa;
Demi maruah bangsa yang gagah,
Bekalan warisan anak-anak merdeka.
Ratu Rimba Niagara:
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Disanjung dipuja setiap masa;
Semangat patriotik tertanam di jiwa,
Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.
Ayahanda Chik;
Ditiup angin sepoi bahasa,
Terasa sejuk menyapa muka;
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia.
Ratu Rimba Niagara:
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
Mencintai negara terus membara,
Salam perpaduan penuh keikhlasan.
Ayahanda Chik:
Terasa sejuk menyapa muka,
Mudik perahu singgah di kuala;
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Negara maju aman sejahtera.
Ratu Rimba Niagara:
Negara maju aman sejahtera,
Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
Ayahanda Chik:
Mudik perahu singgah di kuala,
Teringat kekasih jauh di mata;
Negara maju aman sejahtera,
Malaysia perkasa di persada dunia.
Ratu Rimba Niagara:
Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat dalam perpaduan:
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
Malaysia berada di puncak kejayaan.
Karya bersama Rha NS & Ayahanda Chik
17 September 2011

8 tahun yang lepas
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita gelihati & ketawa.,Hahahaha... Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalir airmata.,Hehehe... Sesungguhnya., Mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang & rindu.,Huhuhu... Tapi., sedarkah kita, Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 ANUGERAH..! biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara atau teman biasa. Bersyukurlah dengan kehadirannya kerna barangkali., melaluinyalah kita mengerti apa itu erti.. PERSAHABATAN....
Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda...!!
Betul ke.? Hehehe.....

www


IMPIANKU MENJADI REALITI APABILA KARYAKU TERSIAR DI ALAM MAYA
Cerita yang ingin kusampaikan ini mungkin boleh dikongsi bersama sebagai pedoman...sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang lemah itu dari diriku sendiri.
Aku memeng minat dalam dunia penulisan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tak tahu kenapa tapi aku memang minat yang sangat-sangat! Dan satu lagi aku suka sangat memberi idea dan cadangan..pada siapa saja waima PM sekalipun...bukanlah aku ni pandai sangat tapi inilah aku hinggakan aku tidak disenangi oleh yang tak menyenangi.
Pernah aku bercita-cita ingin menubuhkan Persatuan Penulis dan ahlinya terdiri rakan-rakan penulis yang rapat denganku adalah dalam sepuluh orang.
Aku sudahpun ambil borang daftar pertubuhan...Nama Persatuan Penulis yang bakal kuberi , "PERSATUAN PENULIS SERUMPUN" serumpun bermaksud kalau ditarik semua akar bersatu tercabut bererti ,"KEJAYAANMU KEJAYAAN SEMUA" itu maksud yang tersiratnya.
Kami semua berkumpul di rumah PUAN ZAINAB membincangkan mengenai persatuan PENULIS SERUMPUN.
Yang terperanjatnya aku... mereka bukan melantik aku sebagai Ketua Persatuan Penulis Serumpun tapi melantik PUAN ZAINAB sebagai peneraju Persatuan Penulis Serumpun. Begitu juga dengan jawatan lain. Aku diam saja tanpa berkata apa-apa. Kecewa memang kecewa tapi aku akur dengan kehendak group mereka kerana siapalah aku ini sekadar pemberi pencetus idea saja.
Itu aku tak kecewa sangat...yang lebih mengecewakan aku bagaikan ditusuk sembilu pilu apabila mereka meraikan penerbitan buku sulung mereka hasil karya group Serumpun. Kucuba juga tengok berulang-ulang kali muka surat ada tak karyaku...langsung tak ada... Aduh...! Kecewanya aku saat itu Tuhan saja yang tahu.
Tak salah aku Tajuk buku tersebut, 'KUMPULAN CERPEN SERUMPUN'
lagi aku sedih kerana mereka ambil ideaku tapi aku diketepikan.
Aku terus melupakan group tersebut tanpa tanpa rasa dendam tapi hatiku terlara yang amat sangat.
Sejak dari itu aku lupakan terus dunia penulisan hampir puluhan tahun juga...seakan trauma barangkali.
Tapi semenjak usia penghujung ini minatku datang balik tapi kali ini di luar kotak pemikiranku sendiri. Semuanya menjadi ilhamku untuk berkarya tanpa hentinya. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu.
Aku bina blog kusendiri...di sana aku berkarya semahunya tanpa mengharapkan sesiapa lagi menyiarkan karyaku. Hinggakan Puteri Sulungku berkata, 'Tak rugi ke Tiada Hak Cipta Terpelihara!'
Kalau bagi penerbit pun penerbit bukan nak siarkan dan dapat royalti bukan boleh hidup dengan hasil karyaku.
Biarlah kusiarkan....siapa yang sudi baca-baca....siapa yang tak sudi...aku tak kisah....aku menulis kerana aku minat yang amat sangat...tak boleh dipadamkan lagi.
Andaikata ada hamba Allah ingin menguruskan karyaku untuk dikomersilkan akan aku alu-alukan .Itu lebih memudahkan aku untuk merealisasikan impianku dalam dunia seni penulisan yang amat kuminati ini.
Selagi hayat dikandung badan Insya-Allah aku terus terusan menulis walaupun karyaku cuma bersiar di alam maya itu sudah memberi kepuasan untukku berkarya.
Karya Rha NS
22 September 2011

Bahagia mendapat kawan yang suka membantu sebab bantu membantu amalan mulia.

YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
1 Zulhijjah 1437H
3 September 2016
Ya Allah kuburku sempit
Engkau luaskanlah sebagaimana Engkau luaskan karyaku seluas-luasnya
Ya Allah kuburku gelap gelita
Engkau indahkanlah sebagaimana Engkau izinkan aku berkarya yang indah-indah seindah Syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menepati Janji
Engkau luaskanlah kuburku seluas-luasnya jadikanlah kuburku Taman-Taman Syurga tempat istirahatku yang bahagia abadi sehingga hari KEBANGKITAN. AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
22 September  2019
22 Muharram 1441H

0 comments:

Post a Comment

 
;