Tuesday 15 October 2019

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (16) ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH (BHG 2)


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (16) ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH (BHG 2)

Lisa Amat ke Himpunan Doa,Madah,Info (HDMI)☑️
اعوذ بالله من الشيطان الرجيـم.
بســـــم الله الرحمن الرحيـــــم.
فَبِأَیِّ حَدِيثٍ بَعْـدَهُ, يُؤْمِنُونَ.
Maksudnya: Maka dengan berita apakah mereka mau percaya sesudah Qur'an ini?
(Surat An-Naba': ayat, 50)
----------------------------------------------
Keterangan ayat 50 hal. 878)
Dengan perkataan apakah mereka akan beriman selain dari pada Qur'an ini? Ya, tidak ada lagi perkataan yang lain. Sesungguhnya untuk menyeru manusia, supaya beriman kepada Tuhan dan Rasulnya, ialah dengan Qur'an ini, begitu juga menyeru orang-orang yang beriman, yaitu dengan membacanya, supaya bertambah kuat keimanannya. Sebab itu jika mereka tidak juga mau beriman dengan petunjuk Qur'an ini, maka tidak adalah harapan, bahwa mereka akan beriman dengan perkataan (kitab) yang lain.
Subhanallah Kalam-Mu Maha Sempurna Indah...
pilihlah kami menjadi pencinta Kalam-Mu aamiin


Kalam-Mu Maha Sempurna Indah

ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH (BHG 2)

Perjalanan yang masih jauh,
Perjalanan yang jauh perlukan bekal yang banyak,
Cari dan kumpul bekal itu sekarang....
in shaa Allah
Semoga Allah permudahkan perjalanan kita sehingga ke Jannah Nya , Aamiin Ya Robbal Alamiiin
Komen
47 min



ALLAH KUCINTA MUHAMMAD KUKASIH (BHG 2)
MAKA TERBALASLAH CINTA ANTARA HAMBA DENGAN PENCIPTANYA!
Bila kau sudah mencintaiNya
apa yang didengar dan dilihat adalah DIA
DIA ada di mana-mana
di seluruh penjuru qalbumu
lalu kau memujiNya tanpa henti
kau terlalu rindu padaNya
hinggakan titisan air mata terasa syahdu
tanda cinta menyatu
hanya DIA layak kau cinta
hanya DIA layak kau puja
kerana hanya DIA yang amat memahami cintamu
Maka terbalaslah cinta antara hamba dengan PenciptaNya!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
MENCINTAINYA SETULUS HATI
DIA mendengar desir hatimu
Meng-AgungkanNya MemujiNya MemujaNya
biarpun mereka tidak tahu
tak semestinya diberitahu
di war-warkan yang kau cintakanNya
cukuplah DIA Maha Tahu yang kau cintakanNya
cuma bezanya kau dan mereka...
kau ingin bersama mereka MencintaiNya setulus hati!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
BALASLAH CINTAKU YANG TAK BERTEPI PADAMU ALLAH
hadirlah cintaMu di qalbuku hambaMu yang hina ini
yang selalu lalai dengan pesona duniawi
yang lupa akan segala janjiku telah terpatri sejak Azali
sejak rohku ditiupkan dalam kandungan bondaku
TUHAN ...Dengan EhsanMu Tanpa Batas
Dengan Sifat PenyayangMu Tanpa Had
sebelum aku dijemput olehMu
berilah aku peluang
menikmati
manisnya iman
lazatNya mencintaiMu
di hati ini tiada yang lain
hanya KAU Yang Tertahta Di hati
MemujiMu MemujaMu di setiap waktu
tanda kurinduMu teramat sangat
balaslah rinduku
balaslah cintaku yang tak bertepi padaMu ALLAH
kerana cintaMu bertahta di hatiku di setiap penjuru qalbu...
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
KERANA DIA MAHA TAHU SEJAK AZALI LAGI!
Betapa ahli Syurga menunggu kedatangan para sahabatnya
bersama menikmati nikmatNya Syurga
Keindahan Syurga di luar kotak pemikiran biasa atau luar biasa
lulus segala ujian dugaan dariNya untukmu sahabat
maka terbukalah segala pintu Syurga
menantimu dengan girang
memang benarlah kau sahabat dunia akhiratku
telah terpatri cintamu cintaku CintaNya bawa ke SyurgaNya
padaNya kuserah segala
kerana DIA Maha Tahu Segala Yang Ghaib Sejak Azali Lagi!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
KEINDAHAN PURNAMA CIPTAANMU TUHAN BUAT AKU TERPESONA!
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar,
terpakuku melihat keindahan bulan purnama
tenang... syahdu...rindu...
sambil kulafazkan Allahu Akbar
Aku terpesona PenciptaanMu Yang Amat Sempurna Indah
awan membiru di malam penuh syahdu
bebayang bulan terpancar di air nan tenang
seisi alam berzikir memujiMu tanpa jemu
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar jiwa pun tenang.
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
"Aku akan kembali lagi setelah perihku hilang
matlamatnya satu mahukan berbagi ilmu dalam redhanya
untuk bekalan negeri pasti yang tak ada peluang lagi untuk kembali!"
CINTAMU TANPA PENGHUJUNG WAKTU
ayuh kita ke Syurga bersama
di sana Syurga menanti
di sana alunan merdu Syurga kedengaran
memujiNya
memujaNya
merdu...merdu...merdu...syahdu
terharu syahdu rindu
rindu serindu rindu padaNya
tanpa penghujungNya
Tuhan Kaulah segalaNya
Kau harapanku
Kau sandaranku
Kau kekasih awal
Kau kekasih akhir
Kau kurindu
Kau kucinta
Tanpa penghujungNya
Di mana-mana Kau kucinta
Allah Allah Allah
Kau di hatiku
Kau di qalbu
kuukir namaMu
di awan rindu
kuseru bulan
bulan tersenyum syahdu
mengiyakan aku sedang merinduiMu
kuseru ombak
ombak menderu
mengatakan
semua di langit
semua di bumi
memujiMu
memujaMu
tanpa henti
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
indahNya mengenaliMu
indahNya bercinta denganMu
syahduku
di perdu rindu
syahduku di sejadah cintaMu
kualunkan munajatku padaMu
dengan tangisan syahdu merinduiMu
menangis hiba sehiba-hiba
Entah mengapa
menyebut NamaMu Yang Maha Agung hatiku rindu
rindukanMu
terasa betapa kerdilnya aku berhadapan denganMu
terus kumenangis dalam esakan tanpa henti
berderai airmataku terlalu syahdu cintaMu
suci sesuci embunan Syurga
hanya Kau saja yang memahami
betapa aku rindukanMu
betapa aku cintakanMu
pasti akan dapat dirasai oleh mereka
yang mengalami cintaMu tanpa penghujung waktu
moga Kau balas cintaku Ya Tuhanku
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara ,
14 Rabiulawwal 1434H
26 Januari 2013M
KHASAF MAKRIFAT
Hanya jauhari mengenal manikam,
Jauhari mengikut resmi padi;
Makin berilmu tidak berdendam,
Itulah khashaf makrifat dipelajari.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013
KAU KEKASIHKU ABADI SELAMANYA
Tuhan...
Kau duga aku tanda Kau cinta
Di setiap penjuru
tak henti
dilambung tsunami
hinggakan aku
tak berdaya
untuk bangun kembali
Air mataku kering
dek tangisan tanpa ehsan dari mereka
Kasih yang kuberi
kata nista yang dibalas
Budi yang kusemai
racun berbisa yang dibalas
Kerana mereka
hatiku jadi remuk redam
hancur sehancurnya
lumat selumatnya
Kenapa mereka begitu Tuhan
adakah aku dilahirkan
ke dunia ini
untuk meratah
segala sengsara nista
sedangkan
kasihku pada mereka
yang tersayang
tanpa had tanpa batas
kasih sebenar kasih
sayang sebenar sayang
kasih dan sayang setulus hati
semuanya keranaMu
Tiada yang lain yang kufikirkan
semuanya keranaMu
Tapi mereka tetap
menyisihkan aku
menyepikan aku
seolah aku
tak wujud
Adakah kerana
ketidak sempurnaan hidupku
mereka begitu Tuhan?
Adakah jika
aku ditakdirkan
hidup serba sempurna
memiliki pesona dunia
baru mereka
menghargai dan menyayangi aku?
Jika begitu Tuhan kehendak mereka
Kau sempurnakan hidupku
agar dapat aku membeli kasih dan sayang mereka
agar mereka menghargai aku
sepatutnya sebagai hambaMu
yang dikasihi dunia akhirat
yang lebih penting lagi bagiku
mereka membaca semua karya-karyaku
kerana dalam karya-karyaku
ada mesej
yang ingin kusampaikan,
"Kusayang dan kasih setulus kasih dan sayang semuaNya keranaMu
dengan harapan mereka juga menyayangiku keranaMu jua"
Andai kata hasratku tercapai Tuhan
jika sudah sampai masanya
KAU menjemputku bertemuMu
kuredha penuh syahdu
SesungguhNya
KAU Kekasihku Abadi SelamaNya
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Rabiulawwal 1434H
25 Januari 2013M
TERIMALAH KARYAKU SELAYAK BAGINYA
Teman...
terimalah aku apa adanya
Teman...
terimalah karyaku seadanya
Teman...
jika kau tak sudi terimaku
tak sudi membaca karyaku
tak mengapa teman
aku tak akan marah
tak akan kecewa
tak akan kecil hati
kerana aku sentiasa sedar
aku cumalah insan yang tidak pernah sempurna!
Teman...
cuma satu pintaku
tolonglah...!tolonglah...!tolonglah!
tolonglah terima karyaku
apabila aku
Meng-AgungkanNya
Memuji KebesaranNya
Mensyukuri nikmat yang diberikan tanpa batas
Mengemis dan Meraih CintaNya
Memohon Hidayah KasihNya
Terimalah karyaku itu selayak bagiNya teman...
kerana ku amat percaya setiap yang baik datang dariNya
kukarang lahir dari rasa syukurku menjadi hambaNya
tiada langsung untuk rasa ujub biar pun sebesar zarah!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
AKU MENCARI DIRI
aku mencari diri
tiada jawapan siapa aku
aku tercari-cari di mana aku?
masih kabur
tak pasti ke mana aku selepas matiku
aku alpa kerana aku rasakan aku tak akan mati
aku hidup seribu tahun lagi
tanpa tahu siapa aku dan siapa Pencipta aku?
moga Tuhan membuka pintu Hidayah KasihNya
agar aku bisa mengenal Tuhanku
makanya tahulah aku kenapa aku berhidup di muka bumi ini!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
AKU TIDAK PUNYAI MASA LAGI
setiap detik amat berharga
masa datang dan meninggalkan usia
usia makin mendekat
bekalanku kosong
kusangka penuh tetap kosong
kerana egoku melampau
ilmu diberi cuma setitis
kurasa ujub akulah yang bijak
walhal dunguku tipudaya yang memperdaya
dan aku tertanya-tanya napa aku begitu...
Tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus
agar dapat kucelikkan mata hati
jangan terpedaya dengan masa yang menipu
kerana aku tidak punyai masa lagi
untuk kupersiakan masa dan usia
yang berbaki entah banyak mana
entahkan esok atau lusa atau sedetik lagi
aku pergi meninggalkan masa yang takkan berulang lagi
untuk aku menebus masa yang dibiarkan percuma
ah! ruginya aku
sesalnya aku tak tertebus!
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Januari 2012
·
MARI KITA SOLAT NAK
nak mari kita solat nak...
tanda kita cinta Allah nak
Allah sayangkan kita nak
kita solat dibalas Syurga nak
mudah solat nak
kita solat dapat Syurga nak
rugi tak solat nak
kita solat Allah akan sayang sama kita nak
bila Allah sudah sayang kita
jiwa kita tenang nak
kita tak perlu lagi
sandarkan pergantungan hidup pada orang lain nak
memadailah Allah untuk hidup dan mati kita nak
Allah yang mengatur hidup dan mati kita nak
nak mari kita solat nak
selagi kita ada hayat
kita akan solat nak
di mana pun kita berada kita akan solat nak
kita sihat kita solat
kita sakit kita solat
kita berada di medan perang pun kita solat nak
nak jangan tinggal solat nak
nanti merana hidup kita nak
betapapun kita kaya
betapapun kita miskin
solat tak boleh ditinggalkan nak tanpa apapun alasan...
nak mari kita solat nak
jangan tinggal solat ye nak
solat pendinding kita daripada sebarang kejahatan
kita tak akan fikir yang jahat-jahat nak
semuanya kita fikirkan yang baik-baik
kita mahu kawan pun dengan orang yang baik-baik
janganlah bila dah mati
minta orang doakan roh kita dimasukan di kalangan orang beriman sedangkan semasa hidup kita tak pernah solat nak
adakah Allah hendak memakbulkan doa mereka untuk kita nak
sedih kan nak jika jadi macam tu ...
makanya nak sebelum kita mati
kita solat ye nak ye...
kita ajak kawan-kawan kita solat
kita berjemaah di masjid sama-sama
biar sama-sama masuk Syurga
pasti bahagia kita ...kan…kan…kan…
kita punya keluarga, rakan sahabat taulan
semuanya ahli solat
ALLAHU AKBAR bahagia roh kita nak..
aman roh kita nak
tenang roh kita nak
tenang tika berjumpa dengan Allah tika solat di dunia
tenang juga tika berjumpa Allah semasa roh kita tinggalkan
jasad kita nak...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
itulah ketenangan yang hanya kita dan Pencipta kita yang tahu
betapa tenangnya kita di kala PERTEMUAN HAMBA DENGAN ALLAH nak...
kita solat ye nak
kita sentiasa berdoa pada Allah agar kita menjadi ahli solat seumur hidup kita ye nak
AAMIIN AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
·Karya Ratu Rimba Niagara
12 Mac 2013
(DIILHAMKAN PUISI ,'NAK MARI KITA SOLAT' istimewa mereka yang bergelar anak permata hatiku)
KEJARLAH AKHIRATMU KARENA DI SANA AKAN KAU TEMUI DUNIAMU!
Anakku Androgini Asmaragama...
kejarlah akhiratmu di sana akan kau temui duniamu
kata-kata terakhir yang kuingat sampai kini sepanjang hayatku
Masa ibu bilang ke aku
aku masih nggak ngerti apa makna kejar akhirat
yang aku tahu aku kejar duniaku sendiri
aku hidup dalam dunia aku sendiri
dunia remaja yang gila-gila permotoran dan muzik
Segala yang dinasihati ibu aku tak dengar
aku tak paham
aku saja buat-buat tak paham
Tapi ibu tak pernah berhenti
berkata-kata memujuk aku
supaya jatuh cinta dengan Allah swt
"Kejar nak...kejarlah akhiratmu...itulah duniamu sebenarnya nak...bukan dunia yang sementara ini nak...."
Pada suatu hari aku memandang ibu dengan penuh kesayuan...
ibu berpakaian solat sambil jarinya membilang butiran tasbih putih pemberian Almarhum ayahandaku.
"Nak...tiada apa yang hendak ibu hadiahkan padamu nak...nak ambilah tasbih ni berzikirlah ingat Allah banyak-banyak nescaya jiwamu akan tenang nak...nak
mari kemari nak...ibu nak bisikan ke telingamu...."
Aku akur dengan kehendak ibuku. Ibuku membisikkan ke telingaku,
"Kejarlah akhirat mu karena disana akan kau temui duniamu ...ikut apa yang ibu mahu ajarkan ini nak...
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
Setelah habis membisikan kalimah syahadah di telingaku ibuku terus meninggalkan aku buat selamanya.
Dalam linangan airmata aku berdoa kepada Tuhan, "Ya Allah Kau balaslah cinta ibuku pada-Mu dengan balasan Syurga Firdausi
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
Sahabatku yang Bernama Androgini Asmaragama...
Moga roh ibumu dimasukkan Allah ke Syurga Firdausi Aamiin Ya Rabbal A'LamiinKukarangkan puisi ini istimewa buatmu agar kau memahami apa yang tersirat di sebalik pesanan terakhir ibumu ke kamu...."KEJARLAH AKHIRATMU...ITULAH DUNIA SEBENARMU" PESANAN YANG AMAT TERKESAN UNTUK DI HAYATI OLEH SEMUA YANG MASIH BERPELUANG HIDUP DI MUKA BUMI INI YANG SEMENTARA INI.
Rakan dunia akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara
28 Syaaban 1434H
7 Julai 2013M
MOGA BERSAMA KITA DI SYURGA FIRDAUSI MEMANDANG ALLAH AZZAWAJALLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
الله الله الله يا الله
لا إله إلاَّ الله محمد رسول الل
لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ ♤  الْحَمْدُ للَّهِ ♤  لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ♤  اللَّهُ أَكْبَرُ♤ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
~آمِيّنْ... آمِيّنْ.... آمِيّنْ.. يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ~
Moga satu masa nanti sahabat bidadariku yang rupawan ini
melagukan lagu-lagu puisi hasil karyaku.
yang menulis karya lagu puisi menangis
yang menyanyikan menangis
yang mendengar menangis
Nur Hidayah KasihNya pun datang
Subhanallah indahNya semua dapat hidayahNya
dunia ini bagaikan Taman-Taman Syurga
melagukan lafaz cinta Ilahi
Meng-AgungkanNya
merintih menangis penuh syahdu untuk meraih cintaNya
agar semua cinta para hambaNya dibalas Allah Azzawajallah
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin
‘Hidup adalah mimpi
mati adalah realiti
maka kita realitikan akhirat
agar menjadi focus sebenar kita berhidup di muka bumi ini
manalah tahu dengan Rahmat KasihNya kita bersama di
Syurga Firdausi melihat Wajah Allah Azzawajalla itulah realitiNya yang kita impikan menjadi kenyataan
Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin’
Karya Ratu Rimba Niagara
25 Syaaban 1434H
4 Julai 2013
(Karya istimewa untuk sahabat bidadariku Najwa Latiff)
25 Syaaban 1434H
KARYAMU ADALAH CAHAYA YANG BERSINAR DARI DALAM LUBUK HATI YANG PALING DALAM. AKU MENCINTAI KARYAMU SELAMANYA.
Imam Pujo Mulyatno Cipuk Karyamu adalah cahaya yang bersinar dari dalam lubuk hati paling dalam. Aku mencintai karyamu, selamanya.
Imam Pujo Mulyatno Cipuk Subhanallah... betapa indahnya puisi karyamu.
Ratu Rimba Niagara Subhanalalh
Syukur Ya Allah
Kau Kurniakan aku
seorang hambaMu
yang sanggup susah senang bersama karya-karya yang kutulis...Kau berikan Nur Ramat Kasih-Mu padanya dan semua ahli keluarganya
sepanjang hidup di muka bumi ini
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
(PETIKAN DARIPADA WALL AARON AZIZ, NAJWA LATIF, IMAM PUJO MULYATNO CIPUK & RATU RIMBA NIAGARA)
6 Ramadhan 1434H
14 Julai 2013M
"Indahnya silaturrahim sehingga ke liang lahad membantu saudara seislamnya penuh kasih sayang yang tak terlafaz mendoakan saudaranya ditempatkan di Firdausi paling tinggi. Mulianya hatimu saudaraku moga Allah makbulkan doamu, persaudaraan yang indah ini atas dasar kerana Allah Taala dapat kita teruskan di Firdausi AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin."

NILAIANNYA SAMPAI KE ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
Ratu Rimba Niagara tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
GUBAHAN BUNGA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA,
Bunga-bunga sastera kuterbangkan di sudut hatimu,
ingin kutempa sasteraku menjadi serpihan hati lalu
menelusuri jiwamu.
Jika kau mula memahami dan merasai di situlah mulanya
dunia sasteraku dalam jiwamu. Andainya ada yang tidak
berkenan di hatimu dalam dunia sasteraku tegurlah dengan
kata-kata nan indah kerana kata-kata nan indah itulah yang
akan menghidupkan dunia sasteraku.
Setiap hari aku dilimpahi ilham yang tak putus-putus dariNya
kerana keterujaan itu, ingin kukongsi dengan seluruh penghuni dunia,
tiada niat sebesar zarrah pun untuk berbangga diri.
Setiap kali aku mengarang mengenai Ketuhanan, roh, alam barzah,
kemanusiaan, peperangan,kesatria ,cintai negara, alam rimba,
dan lain-lain bukan niat mengajar sesiapa, itu adalah muhasabah
untuk diriku sendiri yang lupa tanggungjawabku sebagai khalifahNya
di muka bumiNya ini.
Jika kau masih lagi tidak memahami dunia sasteraku maka jangan
cemuh sasteraku biarkan sasteraku kesendirian, barangkali sasteraku
tidak dapat bertahta di hatimu, namun begitu dunia sasteraku tidak
akan mengalah akan terus bersastera, akan kubiarkan curahan ilhamku
mengalir ke dunia sasteraku tanpa ada sekatan daripada mereka yang
tidak memahaminya kerana itu adalah dunia sasteraku.
Aku yakin suatu saat nanti akan hadir pembaca karyaku yang memahami
dan merasai keindahan dunia sasteraku.
Pengakhirannya akan ada hanya satu matlamat kenapa aku bersastera
kerana aku mahu mendapat keredhaanNya agar bersama membina
Jambatan ke Syurga . Insya-Allah AAmiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Rabiulakhir 1438H
1 Januari 2017
YA ALLAH MATIKAN KAMI DALAM KEINDAHAN HATI DAN IMAN AAMIIN
Ya Allah memandang namaMu rasa tak jemu terlalu indah
syahdu terus merinduiMu izinkan kupahat namaMu di hatiku
agar tika tarikan nafas terakhirku dapat menyebut namaMu dengan lancar pasti saat bertemuMu terlalu indah Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
YA ALLAH AKHIRKAN AKU DALAM KEINDAHAN
Allah Engkau Maha Mendengar...
segala isi hatiku
aku mahu hidup dalam keindahan
aku mahu mati dalam keindahan
keindahan dalam berbahasa
keindahan hati berbunga iman
kerana mahu hidupku
berakhir dalam keindahan
aku rela merendah diri kepada semua manusia
menyebarluaskan Rahmat KasihMu yang tiada
had kepada semua hamba-Mu tanpa terkecuali
selagi hidup selagi itu
Engkau memberi peluang kepada semua hambaMu
menempah tiket ke Syurga
Syurga sebagai balasan hambaMu
yang beramal soleh keranaMu
bukan kerana habuan duniawi
Syurga rahsiaMu
tidak seorang pun tahu
adakah dia layak masuk ke Syurga
walaupun pahalanya setinggi gunung
masih belum memberi jaminan masuk ke Syurga
Engkau memberikan Syurga
bukan kerana banyaknya pahala hambaMu
dengan Rahmat KasihMu diberikan Syurga
dengan PengampunanMu diberikan Syurga
dengan Syafaat kekasihMu Nabi Muhammad saw
diberikan Syurga
Allahu Akbar begitu Rahmat Kasih-Mu tanpa had
Syurga tempat yang terindah yang menjadi cita-cita
semua hambaMu
Andai Syurga itu milikku
pastilah aku hambaMu yang paling bertuah di dunia ini
beramal cuma sedikit dibalas Syurga...
tapi aku masih malu memiliki Syurga
kerana aku sudah salah iktikad
aku beramal kerana Syurga
bukan keranaMu
jika itulah aku
aku yakin pasti Syurga bukan tempatku
kerana aku tidak ikhlas dalam beribadat
beramal kerana Syurga pasti nerakalah tempatku
kerana Rahmat KasihMu tidak akan ada
pada mereka yang beramal selain daripadaMu
semuaNya keranaMu
Betapa baiknya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam keindahan atau kejahatan
Betapa jahatnya manusia itu
dia sama sekali tidak tahu berakhirnya dia
berakhir dalam kejahatan atau kebaikan
sebab itu sesama manusia tidak layak menghukum
Syurga tempatku Neraka tempatmu...
dia bukan Tuhan untuk menghukum
sebab itu Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu
Ya Allah...aku mahu berakhir dalam kebaikan yang Kau Redhai
berakhirnya sebuah kehidupan yang penuh ujian hidup dengan keindahan
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
.....................................................................
sampai kapan pun aku hambaMu
yang mahu pulang ke PangkuanMu
dalam Rahmat KasihMu
dalam Pengampunan-Mu
mendapat Syafaat NabiMu Muhammad saw
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
9 RabiulAwwal 1437H
21 Disember 2015
TERIMA KASIH TUHAN MENCINTAIKU
Terima kasih Tuhan mencintaiku
di kala semua manusia
melarutkan kasihku
di lautan ombak asid bergelora
terbiar hampa kecewa
dunia tertawakan aku
dalam cinta terus terusan dilukai
tanpa ehsan
di kala aku tidak percaya lagi
cinta sejati dari yang bergelar Adam
Engkau datang menyambut cintaku
yang dilarakan sepi mencengkam jiwa
kecewa dihampar duka
Engkau rawat lukaku
dengan cintaMu penawar dukaku
Sehingga aku tertanya-tanya
adakah aku layak dicintaiMu
Tuhan Yang Maha Agung
Kekasih kepada para kekasih
semesta alam
yang menguasai
Kerajaan Langit Dan Bumi
ALLAHU AKBAR
terasa kerdilnya aku
untuk menjadi KekasihMu
di kala aku disisihkan kasih tersisih
tiada sesaat pun Kau tinggalkan aku
aku berjalan mendapatkan cintaMu
KAU berlari mendapatkan cintaku padaMu
aku berlari mendapatkan cintaMu
KAU lebih dekat denganku
malah lebih dekat dari urat halkum
Ku tanya pada diriku
adakah aku layak dicintaiMu
sedangkan amalanku tidak banyak mana
bagaikan langit dan bumi
jika hendak dibandingkan
dengan para kekasihMu yang lain
bagiMu bukan ketidak kesempurnaanku
menyekat KAU membalas cintaku
hingga kutertunduk malu
Selalu kutanya
adakah aku layak dicintaiMu
kutanya KAU jawab
dalam puisi, kubercinta denganMu
dalam puisiku
segala persoalan cintaku padaMu
KAU jawab sejelasNya
sehingga aku tertunduk malu
memang benarlah hanya KAU
Kekasih setia sepanjang hayatku
sampai Syurga KAU balas cintaku
Terima kasih Tuhan
kerana sudi mencintaiku
di kala cinta dan kasihku
disisihkan sengaja dilarutkan
di lautan ombak asid bergelora oleh manusia
kasih cinta setianya
sentiasa berubah-ubah
tapi cinta dan kasihMu Tuhan
tidak pernah berubah
sekali aku jatuh cinta padaMu
KAU tak akan biarkan sesaatpun tanpa cinta dan rinduMu
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
Karya Ratu Rimba Niagara
7 Sya'ban 1435H
5 Jun 2014
SAMPAI KAPAN PUN AKU ADALAH DIAN
sampai kapan pun aku adalah dian
menerangi orang lain membakar diri sendiri
tapi sampai bila aku mahu menjadi dian
jika begitu aku mahu menjadi seperti matahari
menerangi seluruh alam
bahagia dapat menerangi seluruh alam
tapi seluruh alam bahagia
aku tetap juga kepanasan
jika begitu aku mahu menjadi seperti bulan
cahayaku indah berseri-seri
siapa yang melihat pasti terpegun akan
keserian cahayaku,
aku akan sentiasa berada dalam kebanggaan
jadi aku tak mahu dipuji dipuja
sedangkan yang layak dipuji dipuja cuma TUHAN
yang menciptakan bulan dan yang menciptakan aku
jika begitu aku mahu menjadi seperti bintang
bergemerlapan setiap masa
semua berlumba-lumba menggapai bintang
akan kuberikan bintang kepada mereka yang
suka berusaha menggapaiku penuh ikhlas
biarlah mereka gembira dan bahagia memilikiku
apapun biarlah aku menjadi seperti dian
dalam keadaan yang tak berdaya
akan kucuba sedaya upaya bercahaya
menerangi diriku sendiri dan yang ikhlas
menerima cahayaku dan sentiasa memberi
semangat agar aku terus bercahaya
sehingga sumbu dianku habis
bila sumbu dianku habis
bererti tamatlah baktiku untuk terus bercahaya lagi
moga cahaya dianku yang sedikit ini
menerangiku di alam barzah yang gelap gelita
tanpa satu pun cahaya yang dapat menerangiku
walaupun cahaya dari mana sekalipun
andai cahaya dianku menerangiku
di alam barzah
SUBHANALLAH doaku termakbul
SUBANALLAH cahaya dian yang kutinggalkan di bumi
terus terpancar ke alam barzah
bergemerlapan setiap masa
seperti indahnya cahaya
matahari, bulan dan bintang
malah lebih indah dari itu
itulah cahaya dari Syurga
terpancar hingga ke alam barzahku
dinampak Allah SWT
keindahan Syurga yang tiada tara-Nya indah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
berkat cahaya dianku terus berbakti kepada manusia
yang masih hidup di bumi sehingga bumi ini tamat usianya
ALLAHU AKBAR
bertambah indah dan bahagianya aku
jika sekiranya cahaya dianku yang sedikit ini
menjadi cahaya lembayung menyejukkan kepanasan
di Padang Mahsyar kepada semua yang pernah
memberi dukungan/sokongan dalam apa jua bentuk pengorbanan agar sumbu cahaya dianku terus bercahaya-cahaya, semuanya dengan izin-Nya jua
tiada daya upayaku melainkan dengan kehendak-Nya kemahuan-Nya, kuserahkan segalaNya kepadaNya jua,
kerana dariNya aku datang kepadaNya aku dikembalikan
moga aku dikembalikan dalam jiwa dan roh yang tenang
redha lagi diredhaiNya
ALLAHU AKBAR Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Syawal 1435H
22 Ogos 2014
(MOGA DOA DALAM PUISI INI DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN)
TERIMA KASIH SAHABATKU ZUL HARDI ATAS CETUSAN IDE INI
SEGALA JASAMU AKAN DIKENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYATKU, MOGA SILATURRAHIM NAN INDAH INI SAMPAI KE SYURGA AAMIIN.
Degupan Jantung Adakah Aku Bersyukur?
Ya Allah
Baru kini aku tahu
betapa besarnya KuasaMu
menjadikan setiap jantung
manusia berdegup sebanyak
seratus ribu kali degupan sehari
Masya-Allah naifnya aku
tentang kejadian ini
Aku terkesima dalam
ketaksupan aku tentang
kebesaranMu ini
aku meratapi diriku
tentang berapa kali pula
aku bertasbih pada setiap
helaan nafasku padaMu
jika hendak dibandingkan dengan
seratus ribu kali degupan jantungku ini
Ya Allah aku malu dengan diriku sendiri
kerana adakah aku tergolong hambaMu yang mengucapkan syukur setiap nikmat kehidupan yang Kau limpahkan padaku?
Tolonglah aku Ya Allah
jadikanlah aku hambaMu
mengucapkan syukur
dengan berzikir padaMu di sebilang masa
dan seketika selagi nafasku Kau pinjamkan!
Semoga degupan jantungku ini bermanfaat
untuk roh dan jasadku ini selagi hayat
di kandung badan.
Aamiin Ya Rabbal A’lamiin
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mac 2011
Jasa Anai-Anai
Setiap helai daun yang gugur
di muka bumi ini
semuanya dalam hitungan
Allah Taala.
Allah jadikan anai-anai untuk
mereputkan daun-daun
dan dikitar semula semata
mengindahkan bumi agar
penghuni bumi dapat diami
tanpa timbunan daun-daun.
Masya-Allah! Anai-anai yang
sekecil pun berjasa kepada bumi
kenapa tidak kita?
moga kita terpilih untuk mengindah
dan mengamankan bumi ini
barulah suara alam tidak
meraung lagi seperti mana
berlakunya tsunami tanda
protesnya alam pada penghuni
bumi yang durjana!
Karya Ratu Rimba Niagara
14 Mac 2011
MENG-AGUNGKAN PESONA CINTA SYURGA KERANANYA
Oh! Pesona cinta...
Kau dan aku memang
Ditakdirkan untuk meng-agungkan cinta
Cinta-cinta di dunia yang ingin dibawa ke Syurga bersama
Dalam apa juga keadaan situasi derita cinta hakikatnya ada kebahagiaan
Cumanya diri sendiri yang menghalangnya untuk bahagia bagaikan di Syurga,Allah SWT memberi kita akal ...itu yang membezakan kita dengan makhluk lain
Makanya hargai akal
Agar dapat mengwujudkan pesona cinta Syurga ke jalan-jalanNya
Itulah dunia yang kudambakan
Itulah dunia yang kau inginkan
Makanya Maha Karya Pesona Cinta Agung Alam Maya yang kau dan aku bangunkan
Akan tersebarluaslah bunga-bunga Pesona Cnta Syurga
Dapat dikongsi bersama dan dihayati oleh mereka...
Yang Meng-Agungkan Pesona Cinta Syurga keranaNya
Bahagia...yang mengasyikkan
Bahagia yang mengindahkan kalbu
Betapa indahnya hidup didunia bagaikan Syurga
Lebih indah lagi Syurga dimiliki semua
Allahmdulillah itulah yang didambakan
Dalam dunia karya senimu!
Dalam dunia karya seniku!
Moga hasratmu...
Hasratku...
Allah SWT makbulkan
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Kami dilahirkan untuk saling menumpang teduh kasih sayang
selamat tinggal kasih sayang
Allah lebih menyayangi kami
kami menjadi penghuni Syurga
di Syurgalah tempat kasih sayang abadi
ayah dan ibu redhakan pemergian kami
kami menantimu di Pintu Syurga....
oleh itu jangan sedih atas perpisahan yang indah ini....
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA. BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SALAM MAAL HIJRAH 1438H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI
DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLA BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Maharaja Kutai Mulawarman with Muhammad Isma Asri and 5 others.
September 30, 2015
Napasmu Menghembus di 5 Benua Mengukir untaian Kata Seribu Makna Kujulang Tinggi Rasa Terima Kasih Kepada Sang Ratu Rimba Niagara Yang Disanjung Sebagai Ibunda Pemilik Jiwa Yang Iklas Berjuang dengan Kasih Sayang Dan Cinta..........................................
Rusli Saleh lebat sungguh ceri di lembah
pulau pauh di tngah lautan
hebat sungguh Ratu Rimba Niagara
merantau jauh ke Kalimantan, ,(,salut,,dgn saudari)
Ratu Rimba Niagara Terima kasih sahabatku Rusli Saleh yang tak jemu memberi sokongan kepada hamba untuk terus bersastera.
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA,
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
17 Rejab 1438H
14 April 2017


Kami dilahirkan untuk saling menumpang teduh kasih sayang
selamat tinggal kasih sayang
Allah lebih menyayangi kami
kami menjadi penghuni Syurga
di Syurgalah tempat kasih sayang abadi
ayah dan ibu redhakan pemergian kami
kami menantimu di Pintu Syurga....
oleh itu jangan sedih atas perpisahan yang indah ini....



Bismillahirohmannirohim,
Allahumma shallialla syaidina Muhammad
Yaa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang Maha Mengetahui yang nampak maupun yang tersembunyi,
Yang Maha Pemaaf lagi Maha Pemberi,
Ampunilah segala dosa-dosa kedua orang tua hambamu ini Yaa Allah dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami sejak kecil,
Yaa Allah ampunilah dosa hamba-MU ini yang telah gagal menjalankan amanah-MU Yaa Allah,
Yaa Allah ampunilah juga segala dosa-dosanya dan dosa kedua orangtuanya dan satukanlah kembali dia bersama keluarganya dan anak-anaknya,
Yaa Allah hamba sudah berusaha berpuluh-puluh kali bahkan mungkin sudah beratus-ratus kali untuk menasehatinya agar dia bisa menjadi orang yang berguna bagi dirinya sendiri, anak-anaknya, keluarganya, masyarakat, agama dan bangsa, pada awalnya nasehat hamba diturutinya tetapi kini dengan mengatas namakan 'kebutuan' maka segala cara dia lakukan dan nasehat hambapun dianggap hanya angin lalu,
Yaa Allah, apakah dengan mengatas namakan 'kebutuhan' seseorang boleh menomer duakan barokah dan menomer satukan kemaksiatan ?
Yaa Allah hamba sudah tidak tahu lagi apa yang harus hamba perbuat untuk menyadarkannya dari kesalahan yang dia banggakan ?
Yaa Allah yang Maha Megetahui apa yang nampak dan apa yang tersembunyi, bukannya hamba putus asa atau mengeluh dengan kegagalan hamba ini untuk membimbingnya dijalan-MU dengan tulus ikhlas Yaa Allah, tetapi kesombongan, keras kepala dan tipisnya iman dan taqwa dia kepada-MU yang membuat dia seperti ini,
Yaa Allah berikanlah dia hidayah-MU agar hatinya terbuka dan dia bisa segera bertaubat untuk kembali kejalan-MU Yaa Allah, jalan yang baik dan benar, jalan yang Engkau ridhoi Yaa Allah,
Yaa Allah hamba sudah tidak tahu lagi harus berkata apa lagi Yaa Allah, tunjukkanlah kepada hamba-MU ini bagimana jalan / cara yang harus hamba tempuh agar bisa menyadarkannya dan dia bisa kembali kejalan-MU Yaa Allah.
Yaa Allah, hanya kepada-MU hamba meminta dan hanya kepada-MU hamba memohon,
Tiada yang patut hamba sembah selain Engkau Yaa Allah,
Tiada yang patut hamba mintai selain Engkau Yaa Allah,
Karena hamba yakin Engkau akan mengabulkan doa hamba-MU ini Yaa Allah,
Allahumma amiin yaa rabb kun fayakun,
Astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim, astaghfirullahaladzim


TINTA SERUAN TERAKHIRMU
Duhai rakan-rakan bidadariku....
tak dapat hendak kulafazkan
melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
aku bersujud di sejadah cinta-Nya
dengan tangis hiba
penuh syahdu
saat-saat inilah
yang kudambakan
aku ditemukan dengan kamu
pertemuan yang tiada perpisahan
dari dunia hingga ke Syurgawi kita terikat kasih
aku terpana
dalam lautan rindu
rindu serindunya
pada kamu teman bidadariku
kecantikanmu seiring dengan santun bahasamu
bertambahlah aku merindu padamu
aku bersyukur pada-Nya
tak terhitung banyak-Nya
karna dengan belas kasih-Nya
diKurniakan teman bidadariku
untuk sama bergandingan denganku
meneruskan perjuangan penuh berstrategi
agar tak tersilap langkah
agar terus dan terus
menyanjung tinggi dan mempasakkan
ilmu tauhid
di kalbuku mu semua
sebelum sampai ke destinasi pasti
andai kata aku pergi dulu sebelummu
berjanjilah padaku
yang kau akan
teruskan perjuangan tinta cinta Ilahi
hingga ke tinta seruan terakhirmu
dengan kalimah tauhid
LAAILLAAHAILLAALLAH MUHAMMADARRASULLAALLAH
terpasak di kalbu semua dan dibawa hingga ke nafas terakhir
itulah yang kau,aku dan semua dambakan
sebelum terpejam mata buat selamanya...
Manalah tahu dengan Belas Ehsan-Nya
berkat kita sayang menyayangi sesama hamba-NYa
suci ikhlas kerana-Nya
kita dapat bertemu di Syurga-Nya
itulah ketenangan abadi
tiada pengujungnya
senyummu senyumku
berpadu di Syurga
Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
12 Oktober 2012


HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
16 Oktober  2019

0 comments:

Post a Comment

 
;