Thursday, 31 October 2019

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (48) CINTA ALLAH KASIH RASULULLAH


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (48) CINTA ALLAH  KASIH RASULULLAH

AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
YA RASULULLAH KEKASIH ALLAH BERILAH SYAFAATMU KEPADAKU
AKAN AKU TERUSKAN PERJUANGANMU SEKALIPUN NYAWA JADI TARUHAN!
4 tahun yang lepas
4 tahun yang lepas

7 tahun yang lepas
CINTA YANG MAHA AGUNG!
Terbangunlah insani
Ah bahagia...
jika semua insan di dunia ini
mengagungkan cinta sesama insan
kerana-Nya
berbakti kepada kebaikan demi-Nya
seolah esok mahu bertemu-Nya..
tiada lain difikirkan
sayang...sayang...sayang...demi-Nya...
berbakti...berbakti...berbakti...demi-NYa...
berkorban harta dan nyawa
jiwa dan raga demi-Nya...
bukan kerana sesiapa
tapi kerana-Nya...
Bersahabat kerana-Nya
Bercinta kerana-Nya
Berbakti kerana-Nya
Semua-Nya kerana-Nya
Hidup seakan di Syurga
Berpuisi bersama
Ahli-ahli Syurga
Berada Di Taman Puisi Syurga
Wajah berseri-seri
Bak bulan purnama
Di Taman Puisi Syurga
Nan indah itu
Kau memetik sekuntum
Bunga Mawar Merah Puisi Syurga
Lalu kukucup
Harum bauan-Nya...
Mewangi sebati
Di kalbu hatiku
Yang ketandusan
Iman
Lalu aku terus
Jatuh cinta pada-Nya...
Dan tak akan kulepaskan
Cinta Yang Maha Agung ini
Sehingga ke nafas terakhirku...
RATU RIMBA NIAGARA
31 Oktober 2012
7 tahun yang lepas
YANG PASTI MENCINTAI ILAHI MENDAMAIKAN
di kala asmara mu datang membara
sudah terlambat
kau datang
membebat lukaku
luka dilukai
sumpah setiamu
yang pernah kau lafazkan
telah menjadi sesumpah
yang mengejekku
aku tak layak
untuk kau cintai
biarpun aku berteriak
betap sakitnya
jika disepikan
dikecewakan
lagi kau
sengaja
menyakitkan
kelukaanku
maka kerna
tak mahu dilukakan
berulang kali
kurelakan
hentikan
segala rindu
dan kasih palsu
yang bisu
yang beku
yang lesu
mencintaimu
menyeksakan menyakitkan menderakan
tapi yang pasti mencintai Ilahi
jiwaku damai
rohku tenang
setenang cinta Adam pada Hawa
ahh! Bahagia...
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Oktober 2012
7 tahun yang lepas
PUISI-PUISI TENTANG-NYA
Jiwaku meronta
mahu dilepaskan
sengsara roh dan jasad
dirantai dengan belati kebencian
dendam kesumat
tiada penghujung
tanpa aku
tahu salah apakah aku
salah ke aku
berkarya
memuji tentang-Nya?
dan aku akui
aku tak sehebat
pujangga
yang berbahasa puitis
aku menulis
apa terlintas di pemikiran
dan setiap baris kutulis
ingin kujauhi
dengan niat sengaja
mahu menyakitkan
melukakan hati sesiapa
jika adalah niatku begitu
aku rela
diam memakukan pena
biar kaku selamanya
jiwaku meronta
mahu dilepaskan
dengan belati kebencian
kerana selagi ada
dendam dan kebencian
selagi itu lah
dunia tak akan aman
di mana mana
akan ada kebencian
mengundang perbalahan
kata mengata
ah! malu
usia selangkah
ke alam barzah
masih lagi suka
saling menyakiti hati
rasa diri cukup sempurna
orang lain dipandang
seperti bangkai
yang tak punyai
hati dan perasaan!
sebelum aku jadi bangkai
atau dibangkaikan
lebih baik aku
bingkaikan semua
kata-kata puitismu
yang menikam kalbu
agar menjadi
bahan seni
yang dibaca
mereka yang berminat
membaca puisi
bangkai membangkai
puisi yang
bilamana berpuisi
tidak menggunakan otak
gunakan perasaan
dendam kesumat
dengan tujuan
membangkaikan
puisi-puisi nan indah
dan Tuhan sentiasa bersama puisi
nan indah-indah
berpuisi kerana-Nya
Tuhan sentiasa suka
puisi-puisi tentang-Nya
kerana setiap yang baik itu
semua-Nya datang dari-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Oktober 2012
7 tahun yang lepas
SEPTUAGINTA (hadiah buat Sang Ratu Rimba Niagara)
By : Engku Zahid Engku Zainal
Derau bibitNya menyerpih Genesis
koyak saja syemot Hebron jika lukamu menanah
lihatlah bengkak pada silsilah Leviticus
legeh piramid cuma 12, jangan membilangnya 13
kapan saja sapi Samiri dalam kitab Deuteronomium
lihat mereka menjaja sebelah mata
memperaga Lady Gaga
Mishnah Torah tidak mengajar Kesatria minum darah dari Gospel
Tidak pernah ada Yosua berkalam tentang Tanakh
Maleakhi & Nehemia bagai corak melukis kasih
mengecat dinding Pentateukh sehingga matamu buta
aku tidak membuka Taurat, kerna ia Torah Syebikitab
Musa akan menerjang dadaku ke Harun
aku takut melihat huruf-huruf di matanya
bagai api Madyan di malam kelam
Jangan terbalikkan Nun di Ta'ame Haserot Viyterot
NurulLah Ramadhan pasti membukamu sejuta damai
aku bercinta dengan sahurnya yang manis
mengucup gigit kurma bibirnya yang berdiri Alif
merindu angsaku yang sedang sujud
menulis puisi hatinya dengan airmata rindu
O Kamu!
Inilah aku di Suluk
mencerna perca lorong-lorong ke cinta
jika 4 perahmu melaju meredah karang-karang rindu
biar aku yang terbentur cecelah batu
terpuruk dalam lumut Babylonia
beku tak bernyawa
di dasar samudra fana
karam dalam cinta
PUISI BUAT ENGKU ZAHID ENGKU ZAINAL
Aku kelam dalam rindumu
Semakin kau rindu pada-Nya
Semakin aku rindu padamu
Rindumu mengajak aku merindui-Nya
Ah! Siapa aku untuk merinduimu
Kau dikelilingi bunga-bunga rindu
Kelopak-kelopak rindu
Sentiasa mewangi di hatimu
Siapalah aku yang layak
Bertahta di hatimu
Kalau tak
Mana bisa mungkin
Rinduku kau sepikan
Bukan sekali bukan dua kali
Telah banyak kali
Berulang-ulang kali
Hingga aku tidak mampu lagi
Merinduimu
Biarlah kau terus
Merindui bunga-bunga rindumu itu
Kerna kau sengaja sepikan rinduku
Dan hatiku sengaja kau gores luka
Dan kini terluka
Dalam bicara bisu tapi menyakitkan
Pergilah rindu...
Aku tak akan sepi tanpamu
Kerna kau mengajar aku arti rindu
Sebenar-benarnya rindu
Rindu pada-Nya
Di kejauhan ini....
Di rimba niagara yang sepi tanpa rindumu
Izinkan kuukir rindumu di hatiku
Yang ingin setia merinduimu
Tapi apakan daya dia
Lebih berhak
Mencintaimu
Merinduimu
Maafkan aku
Kerna terpaksa
Melupakan rindumu
Yang pernah bertahta di hati ini....
RATU RIMBA NIAGARA
30 Oktober 2012
7 tahun yang lepas
WARKAH UNTUK ENGKU ZAHID ENGKU ZAINAL (1)
JANGAN LARI DARI TEMA PUISI ILAHI
Aku jatuh cinta dengan grup ini
kerna temanya puisi Ilahi
aku mahu nanya samamu
adakah kau pantau setiap puisi
yang bersiaran di sini?
jika puisiku
lari dari tajuk puisi Ilahi
jika kau sebagai admin
tolong lupuskan
jika engku zahid engku zainal
sebagai admin
tanya sama dia
apakah matlamat dia
wujudkan grup ini
tapi aku kira
semua sudah faham
tak akan lari dari tema
PUISI ILAHI
jika saja buat tak faham
faham-faham sajalah
kerana jika lari dari
tema sebenar
pasti mengundang
tsunami
kerna
dendam kesumat manusia
tak akan habis
sehingga kiamat!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
30 Oktober 2012
Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi
Untuk sebuah kehidupan yang lebih baik, kamu penting untuk bermimpi. Bijak sanalah dalam menentukan mimpi yang akan kamu gapai. Jika kamu punya mimpi besar, milikilah juga tekad dan usaha yang besar untuk menggapainya.
Jangan bersantai seakan mimpi itu akan datang dengan sendirinya. Berdiam diri tidak akan menghasilkan apapun untuk dirimu. Mulailah untuk melangkah demi sebuah mimpi besar yang kamu miliki.

SEMUA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI DALAM GENGGAMAN ALLAH SWT ALLAHU AKBAR
WARKAH UNTUK ADMIN & AHLI GRUP JALAN KE SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah saya diterima menjadi ahli grup, "Jalan ke Syurga dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad,"
Terima kasih kepada admin yang sudi menerima saya.
Walaupun cuma di alammaya saya penuh yakin pertemuan kita ini adalah atas kehendak Allah dan atas perancangan Allah.
Pertemuan ini pasti ada hikmak-Nya agar kita saling muhasabah diri , membuang segala keegoaan dan kesombongan kerana yang layak memakai pakaian kesombongan hanya Allah Azzawajallah dan kita sama-sama mencari jalan-jalan ke Syurga.
Semua hamba Allah impikan Syurga, tapi jika kita beribadat dan melakukan segala kebajikan kerana mahukan Syurga. Syurga memang tak layak untuk kita kerana Syurga pun dicipta Allah sebagai balasan kepada hamba-Nya yang beribadat kerana Allah bukan kerana Syurga.
Allah swt memasukkan hamba-Nya ke Syurga bukanlah kerana banyaknya amalan tapi dengan Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad saw.
Jika hendak dibandingkan amalan ahli ibadat 500 tahun masih tidak dapat menebus Syurga. Sehinggakan ahli ibadat tersebut dimasukkan ke neraka kerana yakin dia masuk Syurga kerana banyaknya amalan yang telah diperbuat. Naubillah.
Apa tah lagi kita amalan kita yang tak seberapa ini jika hendak dibandingkan dengan amalan para ahli sufi bagaikan langit dengan bumi. Pasti kita akan berputus asa tapi kerana kita yakin Allah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Pengampun, Pengampunan-Nya mendahului murka-Nya maka kita setiap hari setiap saat setiap detik memperbaharui niat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Hari ini lebih baik daripada yang semalam dan hari-hari yang seterusnya bertambah baik sehinggalah kita dijemput Allah bertemu-Nya.
Setiap amalan yang dilakukan hanya kerana-Nya hanya inginkan redha-Nya. alangkah indah setiap hari setiap detik apa yang diperbuat dan diperkatakan ditulis mendapat redha-Nya Allah. Allahu Akbar impian semua hamba-Nya yang meyakini akan adanya HARI AKHIRAT di mana segala amalan buruk baik kita sepanjang kita berhidup di muka bumi mendapat pembalasan daripada Allah swt samada SYURGA ATAU NERAKA. Kita yang membuat pilihan. Amalan hidup kita di dunia adalah bayangan kita di akhirat nanti. Kita yang menempah tiket ke Syurga atau ke Neraka. Kita tanyalah iman sendiri ke mana mahunya kita setelah mati.
Moga berkat pertemuan kita di grup yang mulia ini, saling berkongsi ilmu tanpa ada niat untuk berbangga diri atau merendahkan atau menghina ahli-ahli yang lain, kita saling muhasabah diri dan beriltizam bertekad untuk sama mencari jalan-jalan ke Syurga sehingga ke nafas terakhir. Insya-Allah Aamiin.
Selagi kita hidup selagi itu kita berpeluang untuk menjadi kekasih Allah, Syurga diciptakan untuk para kekasih-Nya. Moga kita menjadi kekasih Allah dan sama-sama dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah. Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
DUHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHAMMU DENGAN IKHLAS DAN DIREDHAI, MASUKLAH KE DALAM GOLONGAN HAMBA-KU DAN MASUKLAH KE DALAM SYURGA-KU...' SURAH AL FAJR 27-30
SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
"MOGA PERTEMUAN ATAS KEHENDAK ALLAH INI KITA SAMA-SAMA MENCARI JALAN-JALAN KE SYURGA. AAMIIN"
Yang benar,
Sahabat Dunia Akhiratmu,

Statusku aku milik-Nya sampai kapanpun aku hamba-Nya.
4 Muharram 1437H
18 Oktober 2015

HIKMAH

Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
31 Oktober  2019

0 comments:

Post a Comment

 
;