Monday, 3 February 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (184) BERIBADAT SEOLAH KITA MATI ESOKNYA


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (184) BERIBADAT SEOLAH KITA MATI ESOKNYA
2 tahun yang lepas
Jika boleh sebelum saya mati...semua orang sudah memaafkan saya...tanpa maaf dari mereka mana bisa mungkin saya masuk ke Syurga...sedangkan semasa saya hidup saya ingin masuk Syurga bersama semua saudara seislam saya , saya sayang semua kerana Allah. Alangkah indahnya di kala itu dapat melihat Wajah Allah Azzawajallah berdekatan dengan Rasulullah di Syurga nanti. Moga Allah makbulkan doa saya. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
2 tahun yang lepas
Ebit Lew
Ya Allah,saya maafkan semua orang dalam dunia.Ya Allah buatlah semua orang dalam dunia memaafkan saya. Maafkan saya yer-ebitlew

BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
"Kita kena ingat mati, supaya perasaan untuk mengejar ilmu di dunia dan akhirat akan sentiasa menjadi keutamaan.
Beribadahlah seperti kita akan mati esok." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat
Mengingati mati adalah guru untuk muhasabah diri
akan terhakis segala keegoan diri
semasa hidup semua dimiliki sudah tiada
gagah perkasa jadi kaku
berkuasa jadi beku
petah bicara jadi bisu
hebat kecantikan bakal menjadi kenduri ulat kubur
siapa pun status darjat setinggi-tinggi hingga serendah-rendah
semuanya bakal menjadi tengkorak
sekelip mata yang dibanggakan semasa hidup tiada lagi setelah mati
jadi apa yang hendak dihairankan dengan kehidupan sementara ini
Aku kamu dan semua akan mati
tapi tak tahu bila
bila-bila masa boleh mati
tua muda
kaya miskin
semuanya mati
pasti mati
tapi tak tahu bila
selagi belum mati
selagi itu TUHAN
masih beri peluang untuk memiliki Syurga-Nya...
'Allah tidak mengira bermulanya kamu
Allah mengira berakhirnya kamu,'
Andai hidup kamu diawali dengan amal soleh
tapi di akhir hidup kamu di akhiri dengan kejahatan
maka nerakalah tempat kamu
Andai hidup kamu diawali dengan kejahatan
tapi diakhirnya hidup dalam kebaikan
maka Syurgalah tempat kamu
tapi jika kamu dimasukkan ke Syurga
sedangkan di awalnya kamu tidak taat kepada TUHAN
walaupun di masukkan ke Syurga
pasti menyesal kerana tidak puas beribadat kepada TUHAN
cuma di saat-saat akhir saja
begitulah indah-Nya beribadat dari awal hingga ke akhirnya
hidup dalam khusnol khotimah
kebaikan...kebaikan...kebaikan
hanya kerana-Nya hanya untuk-Nya...
Ketika jasad ditanya soalan kubur
gagal menjawab soalan kubur
terseksalah jasad
menanggung azab
terbuka pintu neraka
bahang api neraka
terus ke kubur
lalu tanah kubur menghimpit
hingga ke tujuh petala bumi
menanggung azab kubur
sehingga HARI KEBANGKITAN
Kepada ahli kubur
yang berjaya menjawab soalan kubur
di buka pintu langit Syurga...
terus ke kubur
bercahaya...cahaya..cahaya...
di luaskan seluasnya
menjadi taman Syurgawi
nan indah
beradu bagaikan
bidadara (ahli kubur hamba Allah soleh)
bidadari (ahli kubur hamba Allah soleha)
merasa kenikmatan alam kubur sehingga HARI KEBANGKITAN.
Memang menakutkan bila gagal menjawab soalan kubur
Memang membahagiakan bila dapat menjawab soalan kubur
Gagal atau berjaya
bergantung kepada amalan masing-masing
kerana itu siapapun kita
tidak boleh menghukum
siapa ahli Syurga
siapa ahli neraka
kerana diri sendiri pun tidak tahu apakah lulus soalan kubur
setelah mati baru tahu lulus atau tidak menjawab soalan kubur
kita tulus atau tidak
kita tidak dapat beritahu mereka yang hidup
bagaimana kita sekarang
kerana bila sudah mati
hubungan dengan manusia yang hidup telah terputus
cuma yang mati
hanya mendapat saham kubur yang berterusan bilamana semasa hidup dia
bersedekah jariah
ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan
anak-anak soleh dan soleha mendoakannya...
jika semuanya tiada bergantung haraplah kepada amalannya saja...
sebab itu semasa ada peluang hidup
yang banyak harta bersedekah jariahlah
yang banyak ilmu sebar-sebarkanlah walaupun sebaris ayat
yang ada anak didiklah menjadi anak soleh dan soleha
walaupun sudah mati seribu tahun saham akhirat akan berterusan...
"BERIBADATLAH SEPERTI KITA AKAN MATI ESOK"
DITULIS UNTUK MUHASABAH DIRI SENDIRI LALU DIKONGSIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM YANG KUSAYANGI DUNIA AKHIRAT
JIKA DITANYA ALLAH NANTI
"DUHAI HAMBAKU ADAKAH ILMU YANG KAU KETAHUI DISEBARKAN?
HANYA ENGKAU DAN RASUL MENJADI SAKSI YA TUHANKU.... "
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
"SETIAP YANG BAIK DATANG DARI ALLAH
YANG LEMAH ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
MAKA SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KELEMAHAN SAYA
SEPANJANG BERSIARAN KARYA."
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU YANG INGIN SETIA DENGANMU,
AKU HAMBA ALLAH SEPERTI KAMU JUGA
SEBAGAIMANA KAMU INGIN MATI DALAM KHUSNOL KHOTIMAH
BEGITU JUGA AKU
MAKA DEMI-NYA KITA SERASI BERSAMA HINGGA JANNAH
ALLAHU AKBAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014

SUBHANALLAH INDAH-NYA CAHAYA CINTA ALLAH UNTUK SEMUA HAMBA-NYA

Pradita Fia and Lang Kelana like this.

Lang Kelana Assalamualaikum bonda indah bercahaya meliputi ruang 7petala langit 7petala bumi.kalam bonda menusuk menikam menusuk kalbu hanya air mata berderai diribaan menjadi saksi di padang masyar nanti ingatan suci bonda amiin


Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam wr wb nanda...moga Allah swt memakbulkan doa nanda dan yang membaca kalam yang bonda tulis. Dengan izin Allah jua bonda bisa menulis seindah ini...Syukur Allah syukur sebanyak-banyak-Nya. Allahu Akbar AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.

PETIKAN WALL RATU RIMBA NIAGARA
30 SAFAR 1436H
23 DISEMBER 2014



2 tahun yang lepas
DUHAI ANAK BANGSAKU YANG TERSAYANG DEMI-NYA
DUHAI ANAK BANGSAKU TERSAYANG
KU SAYANG KAMU SEMUA-NYA KARENA-NYA
DEMIMU KUKERAH PERAHKAN OTAKKU
UNTUK SENTIASA BERFIKIR TENTANGMU
BERFIKIR GIMANA HIDUPMU TERJAMIN SEJAHTERA
HIDUP MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA SENDIRI
KAMU TIDAK AKAN DIHINA DIKEJI DIJAJAH OLEH MEREKA YANG MENDENGKI
JIKA IZIN-NYA APA YANG KUTULIS SEMUA KARYA-KARYAKU TENTANGMU
ANAK BANGSAKU YANG BERSELERAKKAN DI ALAM MAYA INI DIBACA PENUH PENGHAYATAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKENAAN UNTUK MEMBELAMU
PASTILAH AKU YANG PALING BAHAGIA SEKALI
KARENA NASIBMU AKAN TERBELA DAN DIBELA
KARENA ANAK CUCU SELEPAS INI
TIDAK SEORANG PUN TIDAK DIBELA DIBIARKAN TERCICIR SEMUANYA TERBELA
IBU PERTIWI PASTI TERSENYUM SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI KARENA BUMI BERTUAH YANG KITA DIAMI BUAT SEMENTARA INI SENTIASA BERSYUKUR DENGAN RAHMAT DAN KASIH-NYA HIDUP KITA AMAN DAMAI SEJAHTERA
DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN
YANG DIPERJUANGKAN OLEH LELUHUR MOYANG NUSANTARA KITA
YA ALLAH SYUKUR KAMI DENGAN NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA YANG TERCINTA INI
YA ALLAH DENGAN BELAS KASIHAN-MU
KEKALKANLAH NIKMAT KEMERDEKAAN NUSANTARA INI SAMPAI DUNIA BELUM QIAMAT
AAMIIN YA RABAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Februari 2014M
2 tahun yang lepas
Firman Allah dalam hadist qudsi: AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi, AKU ingin dikenal maka AKU ciptakan “mahkluk”, agar supaya “MENGENAL” KU..,
2 tahun yang lepas

Allah meredhai hidup matiku dan membalas cintaku Alhamdulillah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
2 tahun yang lepas
UNTUK PEWARIS BANGSAKU YANG TERSAYANG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada semua teman seperjuangan yang sentiasa terkasih di hati
Salam silaturrahim
Salam perkenalan
Salam perjuangan semurni hati
Salam kasih sayang sejati
Kumohon maaf jika tersalah bicara dalam bersastera
Aku menulis kerana aku minat menulis
menulis telah sebati dalam hidupku
dari kecil hingga ke usia ini aku menulis
menulis dan terus menulis selagi ada kudrat pemikiran
Dulu semasa kecil aku berangan nak menjadi pengarang terkenal
tapi sekarang aku tidak bercita-cita ke arah untuk menjadi terkenal
cukuplah sekadar karyaku sudi dibaca dan tanda kasih sayangku pada warisku setelah ketiadaanku nanti, sebagaimana aku sayangkan diriku begitulah juga
aku sayangkan pewaris bangsaku
"Pewarisku sayang.... bacalah semahumu apa yang kutulis sepanjang aku berhidup dimuka bumi ini terimalah hasil karyaku tanda kasih sayangku pada kalian tiada apa yang hendak kutinggalkan untuk kalian yang tersayang
kecuali karya-karyaku bertemakan dunia akhirat untuk kalian
meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
Samaada kita kaya atau miskin kehidupan penuh ranjau berduri yang akan kita tempuhilah dengan sabar pasrah dan redha
Insya-Allah Allah sentiasa bersama kalian untuk membantu
di kala susah dan senang.
"Untuk pengetahun kalian urusan hidup dan mati adalah urusan Allah kita sebagai hambaNya berperanan sebagai kalifah memakmurkan bumi ini untuk mendapat redha dan kasih sayangNya," Inilah kata-kataku jika hari ini
adalah hari terakhir aku hidup di dunia ini.
Moga karya-karya yang kutinggalkan ada Nilaian Di Sisi-Nya dan mendapat balasan kasih sayang dari semua pewaris bangsaku dengan dihadiahkan sepotong Al-Fatihah untuk rohku
adalah lebih berharga daripada segalaNya.
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Januari 2012



KALAU KITA BUKAN BERDARAH RAJA USAH KITA MENGGELAR DIRI RATU
"Tengku Arief Arief kalau ada bakat usahlah memuji diri sendiri... biarlah org yang menilai bakat kita....... kerana kata dari cik ratu boleh membuat terguris hati yang membaca....... kalau bukan berdarah raja usahlah kita mengelar diri ratu..... kerana kami dari kerabat kedah pun tidak minta dipanggil tengku atau ape2.... jadi jangan berbangga diri atas kelebihan yang diberi terhadap diri..... bersyukurlah dengan kelebihan anda........ ingat lah gelaran tidak membawa ape2 erti......"
AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU YANG BUKAN BERDARAH RAJA
Duhai rakan fbku Harimau Perang...
maafkan aku ...kerana tidak dapat meneruskan menjadikan kau rakan fbku
kau bukanlah pejuang sastera yang aku harapkan
kau sama seperti rakan-rakan fbmu
yang sewenang-wenangnya
menghina sasteraku
sudahlah kau tak sokong aku
kau biarkan rakan-rakan fbmu kutuk aku...
tidak sedikitpun rasa ehsanmu untuk membela aku rakan fbmu
mentang-mentanglah mereka itu berdarjat raja. sultan, tengku,
pangeran, tan sri, pendekar, laksamana, ayahanda paduka...
kamu dan mereka injak-injak karya-karyaku sesuka hati.
Selama ini akulah yang menyanjungi perjuangan raja, pemimpin
mahupun semua yang bergelar pendekar...kerana ingin memasuki dunia mereka aku terima mereka menjadi rakan fbku agar aku mendapat banyak ilham mengenai kisah-kisah diraja, kepimpinan dan kepahlawanan...kisah raja, pemimpin ,pahlawan
yang kuperolehi mahu kupaparkan kepada rakyat jelata...
Inilah rajamu yang berjiwa hamba biarpun berdarjat raja
Inilah pemimpinmu yang berjiwa hamba biarpun punyaI kuasa
Inilah perwiramu yang berjiwa hamba biarpun gagah perkasa
Bila rakyat membaca ketiga-tiga tema yang kukarangkan pada mereka secara tidak langsung mereka menghargai dan menyanjungi
raja mereka
pemimpin mereka
pahlawan mereka
Aku bukan sengaja menggelar diriku ratu
kerana aku sedar aku bukan berdarah raja
itu cumalah nama penaku
agar aku lebih menghayati watakku yang hanya di dalam penulisan karya saja aku tidak bercita-citapun menjadi ratu atau merampas kuasa raja...aku bukan seorang ratu yang rupawan buat orang tertawan yang ada itu cumalah sekadar hiasan gambar saja...itupun memegang watak ratu rimba niagara
bukan watak ratu kepada manusia tak akan memegang watak ratu rimba yang rakyatnya haiwan pun nak dipertikaikan?
dengan haiwan pun nak dengki ke?
aku tak tahu kenapa...
Pengorbananku pada dunia sasteraku
mereka toren-toreh hingga hancur sehancurnya hatiku
hingga tidak bermaya lagi untuk aku teruskan perjuangan ini...
Tuhan...tolong aku Tuhan...jika benarlah bakat menulisku ini adalah Kurniaan dari-Mu lindungilah aku daripada mereka yang dengki apabila dia mendengki
aku ingin menulis dan terus menulis
sehingga terhenti nafas terhentilah pena
agar penulisan aku ini dapat aku tinggalkan kepada pewarisku nanti....moga bahan-bahan penulisanku ini ada nilaian di Sisi-Mu
dengan harapan menjadi bekalanku di akhirat nanti...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Hamba-MU Yang Perlukan Ehsan-MU,
27 Jamadilawwal 1434H
8 April 2013
·
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Memulakan sesuatu perhubungan itu agak susah,mempertahankannya lebih sukar...namun untuk memutuskan sesuatu perhubungan itu ternyata semudah a b c
Ratu Rimba Niagara TEMAN KARYA BICARA BISU MASIH TAK MENGERTI APA MATLAMAT MENJADI RAKAN FBKU! MAKANYA JADILAH TEMAN SEMUDAH ABC
kalau hati dah retak sejuta
diperbaiki akan ada parutnya
tak bisa diubati lagi
cuma yang boleh mengubati
bila ingat mati
bila ingat soalan kubur
siapakah saudara kamu
barulah segala hati yang retak
kembali pulih semula
kata-kata berbisa-bisa
semua dilupakan tak disimpan lagi dalam hati
tapi adakah akan selembut salji
jika ada itulah erti hati yang ingat mati...
maka ku mohon ampun segala kesilapanku
pada semua mengenali karya-karyaku
kusangka panas hinga ke petang
tapi rupanya hujan di tengah hari
hajat hati hendak bersahabat alam maya sampai mati
rupanya separuh jalan sudah terhenti
apa nak buat mereka tak sudi
nak bersahabat dengan karya-karya yang aku karangkan
katanya satu pun tak menarik hati membacanya
kerana itu karyaku disepikan
makanya bukan tak mahu teruskan berkawan di alam maya
bersahabat biarlah yang suka pada karya-karyaku
kerana matlamat berteman fb
mencari teman karya-karyaku agar karya-karyaku
boleh diberikan komentar mengikut tema karya yang dihasilkan
itu pun tak akan tak boleh....
kerana tak boleh
makanya karyaku biarkan saja berjuang kesendiriaan
tanpamu lagi....
kerana saling tak memahami
sebab itu perhubungan terputus semudah a b c...
apapun salam mohon kemaafan dan pengertian daripada
semua yang mengenali karya-karya Ratu Rimba Niagara...
HIDUPKU ADALAH KARYA
TAK BERKARYA SEAKAN TERHENTI DETAKAN JANTUNGKU
MAKANYA KUCARI SAHABAT YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN
TAPI MEREKA BERSAHABAT DENGANKU HANYA WUJUD TAPI
MACAM TAK WUJUD...SEPERTI HADIRNYA SEMUDAH ABC
MAKANYA PERGINYA PUN SEMUDAH ABC
RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013
(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA)
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014M
KALAU KITA BUKAN BERDARAH RAJA USAH KITA MENGGELAR DIRI RATU
"Tengku Arief Arief kalau ada bakat usahlah memuji diri sendiri... biarlah org yang menilai bakat kita....... kerana kata dari cik ratu boleh membuat terguris hati yang membaca....... kalau bukan berdarah raja usahlah kita mengelar diri ratu..... kerana kami dari kerabat kedah pun tidak minta dipanggil tengku atau ape2.... jadi jangan berbangga diri atas kelebihan yang diberi terhadap diri..... bersyukurlah dengan kelebihan anda........ ingat lah gelaran tidak membawa ape2 erti......"
AKU SEDAR SIAPA DIRI AKU YANG BUKAN BERDARAH RAJA
Duhai rakan fbku Harimau Perang...
maafkan aku ...kerana tidak dapat meneruskan menjadikan kau rakan fbku
kau bukanlah pejuang sastera yang aku harapkan
kau sama seperti rakan-rakan fbmu
yang sewenang-wenangnya
menghina sasteraku
sudahlah kau tak sokong aku
kau biarkan rakan-rakan fbmu kutuk aku...
tidak sedikitpun rasa ehsanmu untuk membela aku rakan fbmu
mentang-mentanglah mereka itu berdarjat raja. sultan, tengku,
pangeran, tan sri, pendekar, laksamana, ayahanda paduka...
kamu dan mereka injak-injak karya-karyaku sesuka hati.
Selama ini akulah yang menyanjungi perjuangan raja, pemimpin
mahupun semua yang bergelar pendekar...kerana ingin memasuki dunia mereka aku terima mereka menjadi rakan fbku agar aku mendapat banyak ilham mengenai kisah-kisah diraja, kepimpinan dan kepahlawanan...kisah raja, pemimpin ,pahlawan
yang kuperolehi mahu kupaparkan kepada rakyat jelata...
Inilah rajamu yang berjiwa hamba biarpun berdarjat raja
Inilah pemimpinmu yang berjiwa hamba biarpun punyaI kuasa
Inilah perwiramu yang berjiwa hamba biarpun gagah perkasa
Bila rakyat membaca ketiga-tiga tema yang kukarangkan pada mereka secara tidak langsung mereka menghargai dan menyanjungi
raja mereka
pemimpin mereka
pahlawan mereka
Aku bukan sengaja menggelar diriku ratu
kerana aku sedar aku bukan berdarah raja
itu cumalah nama penaku
agar aku lebih menghayati watakku yang hanya di dalam penulisan karya saja aku tidak bercita-citapun menjadi ratu atau merampas kuasa raja...aku bukan seorang ratu yang rupawan buat orang tertawan yang ada itu cumalah sekadar hiasan gambar saja...itupun memegang watak ratu rimba niagara
bukan watak ratu kepada manusia tak akan memegang watak ratu rimba yang rakyatnya haiwan pun nak dipertikaikan?
dengan haiwan pun nak dengki ke?
aku tak tahu kenapa...
Pengorbananku pada dunia sasteraku
mereka toren-toreh hingga hancur sehancurnya hatiku
hingga tidak bermaya lagi untuk aku teruskan perjuangan ini...
Tuhan...tolong aku Tuhan...jika benarlah bakat menulisku ini adalah Kurniaan dari-Mu lindungilah aku daripada mereka yang dengki apabila dia mendengki
aku ingin menulis dan terus menulis
sehingga terhenti nafas terhentilah pena
agar penulisan aku ini dapat aku tinggalkan kepada pewarisku nanti....moga bahan-bahan penulisanku ini ada nilaian di Sisi-Mu
dengan harapan menjadi bekalanku di akhirat nanti...
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Hamba-MU Yang Perlukan Ehsan-MU,
27 Jamadilawwal 1434H
8 April 2013
·
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Memulakan sesuatu perhubungan itu agak susah,mempertahankannya lebih sukar...namun untuk memutuskan sesuatu perhubungan itu ternyata semudah a b c
Ratu Rimba Niagara TEMAN KARYA BICARA BISU MASIH TAK MENGERTI APA MATLAMAT MENJADI RAKAN FBKU! MAKANYA JADILAH TEMAN SEMUDAH ABC
kalau hati dah retak sejuta
diperbaiki akan ada parutnya
tak bisa diubati lagi
cuma yang boleh mengubati
bila ingat mati
bila ingat soalan kubur
siapakah saudara kamu
barulah segala hati yang retak
kembali pulih semula
kata-kata berbisa-bisa
semua dilupakan tak disimpan lagi dalam hati
tapi adakah akan selembut salji
jika ada itulah erti hati yang ingat mati...
maka ku mohon ampun segala kesilapanku
pada semua mengenali karya-karyaku
kusangka panas hinga ke petang
tapi rupanya hujan di tengah hari
hajat hati hendak bersahabat alam maya sampai mati
rupanya separuh jalan sudah terhenti
apa nak buat mereka tak sudi
nak bersahabat dengan karya-karya yang aku karangkan
katanya satu pun tak menarik hati membacanya
kerana itu karyaku disepikan
makanya bukan tak mahu teruskan berkawan di alam maya
bersahabat biarlah yang suka pada karya-karyaku
kerana matlamat berteman fb
mencari teman karya-karyaku agar karya-karyaku
boleh diberikan komentar mengikut tema karya yang dihasilkan
itu pun tak akan tak boleh....
kerana tak boleh
makanya karyaku biarkan saja berjuang kesendiriaan
tanpamu lagi....
kerana saling tak memahami
sebab itu perhubungan terputus semudah a b c...
apapun salam mohon kemaafan dan pengertian daripada
semua yang mengenali karya-karya Ratu Rimba Niagara...
HIDUPKU ADALAH KARYA
TAK BERKARYA SEAKAN TERHENTI DETAKAN JANTUNGKU
MAKANYA KUCARI SAHABAT YANG SUDI MEMBERI SOKONGAN
TAPI MEREKA BERSAHABAT DENGANKU HANYA WUJUD TAPI
MACAM TAK WUJUD...SEPERTI HADIRNYA SEMUDAH ABC
MAKANYA PERGINYA PUN SEMUDAH ABC
RATU RIMBA NIAGARA
22 April 2013
(PETIKAN GALERI KESATRIA SASTRA DIRAJA NUSANTARA PUJANGGA NUSANTARA RATU RIMBA NIAGARA CINTA 5 BENUA)
3 Rabiulakhir 1435H
3 Febuari 2014


3 tahun yang lepas
KEKUASAAN MEMILIH DI TANGAN RAKYAT
"JADI PEMIMPIN NIATKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT PASTI RAKYAT AKAN MENOBATKANMU SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN MEREKA SELAGI ADA HAYAT."-
Ertinya sesiapa yang dipilih rakyat menjadi pemimpin haruslah amanah dengan tanggungjawab yang diberkan oleh rakyat kepadanya. Andai dia telah memiliki kekuasaan tapi cenderung menyalahgunakan kekuasaan itu bermakna dia sendiri telah mendustai amanah rakyat kepadanya makanya pasti rakyat tidak akan memilihnya lagi di masa akan datang.
"KEKUASAAN MEMILIH DI TANGAN RAKYAT
RAKYAT LEBIH BERKUASA DARIPADA PEMIMPIN
PEMIMPIN HARUS JUJUR PADA DIRI SENDIRI
BARULAH BISA JUJUR PADA AMANAH
YANG DIBERIKAN RAKYAT KEPADANYA"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Rabiulakhir 1435H
3 Februari 2014
3 tahun yang lepas
Ku yakin dengan semua jawapan,
Apabila nyawa sudah sampai di kerongkong;
Moga soal kubur berjaya kuberi jawapan,
Ya Allah Kau makbulkan doaku ini Duhai Yang Maha Penyayang.
3 tahun yang lepas
rendahlah dahimu hingga ke tumit kaki
agar kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur atas nikmatNya
3 tahun yang lepas
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Rha NS
31 Mei 2011
3 tahun yang lepas

Allah meredhai hidup matiku dan membalas cintaku Alhamdulillah
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
 
2 Februari 2020    

0 comments:

Post a Comment

 
;