Sunday, 8 March 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (216) SAAT AKU BELAJAR IKHLAS



CITA-CITAKU CITA-CITAMU (216) SAAT AKU BELAJAR IKHLAS

8 tahun yang lepas
ALLAH CUMA MEMANDANG AMALAN YANG IKHLAS SAJA
Aku benar bahagia mendapat bimbingan darimu sahabatku...
Engkau mengajar aku erti kehidupan
Engkau mengajar aku erti bersyukur atas KurniaanNya
Engkau mengajar erti senyuman ikhlas
Justru aku coba belajar senyum sepertimu
Bukan sekali bukan dua kali tapi banyak ...banyak...kali...
Dan akhirnya Insya-Allah aku berjaya senyum sepertimu
Tak salah kan aku meniru senyum seikhlasmu...
Kerna Allah cuma pandang perbuatan yang ikhlas keranaNya saja
Justru aku mahu ikhlas
Moga Allah berikan keikhlasan itu untukmu untukku untuk
semua hambaNya yang ikhlas untuk bertemuNya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
7 Mac 2012
Komen

  • SAAT AKU BELAJAR ERTI IKHLAS

    Saat aku belajar ikhlas ..banyak sangat dugaan yang datang...

    Namun kucoba melawan...terus melawan ...
    Moga Allah SWT sentiasa memberi hidayah Nur kasihNya padaku agar sentiasa ikhlas...kerana Allah SWT saja yang dapat mengetahui keikhlasan biarpun sejuta kali aku meng-ia-kan aku sudah ikhlas .
    biarpun manusia juga meng-ia-kan aku sudah ikhlas ...hakikatnya di Sisi Allah SWT tidak ikhlas...moga kita sama-sama mendapat hidayahNya agar ikhlas yang diterimaNya Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Rha NS
    3 Februari 2011
    2
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
ANDA BUAT ANDA Dapat
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE...
Komen
  • PENGHARAPANKU PADAMU YA ALLAH

    Aku bukanlah orang pandai tapi

    minat kerja macam orang bijak pandai.
    Pening memang pening,
    sakit kepalaku
    kerana siapalah aku nak dibandingkan
    mereka yang bijak pandai.
    Dengan pertolongan Allah yang Maha Bijak,
    Dia mengilhamkanku,
    syukurku padaNya.
    Insya-Allah selagi dikurniakan
    kudrat pemikiran ku usahakan selagi larat
    biarpun tidak dipandang manusia aku redha
    tapi pandangan ihsanMu amat aku harapkan
    sepenuh jiwaku kerana aku teramat takut sekiranya
    di alam akhirat nanti biarpun aku menangis air mata
    darah sepenuh alam sekalipun Kau tak akan pandang!
    Aku tak mahu begitu Ya Allah!
    Dengan air mata penuh pengharapan ini Kau pandang
    dan terimalah segala usahaku ini.
    Amin Ya Rabbal A'Lamin.

    Karya: Rha NS
    29 April 2011
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
Betapa Kecilnya Kita di Hadapan Allah sedang bersama Aadim A Kenshi DNursyar dan 39 yang lain.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Sahabat fillah yang di rahmati Allah;
Sekedar Mengingatkan;
Kalau BESOK MATI, Anda Bawa Apa?
Tidak ada satu jiwa pun yang kekal di dunia ini. Setiap yang bernyawa pasti akan melalui fase ini. Kematian merupakan pintu menuju gerbang akhirat, yaitu kehidupan yang kekal dan pasti dimana setiap orang akan mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya. Allah SWT berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. Ali-Imran: 185)
Sebelum masuk gerbang kematian itu, kita akan mengalami fase bagaimana dahsyatnya sakaratul maut. Hari dimana ruh dikeluarkan dari jasadnya, sebagai hari yang telah ditentukan bagi setiap orang. Suka tidak suka dia pasti akan datang walaupun kita menghindarinya.
Allah SWT berfirman:
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.” (QS. Qaaf: 19)
Allah SWT berfirman:
“Alangkah dahsyatnya Sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang Para Malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.” (QS. Al-An’aam: 93)
Kita berlindung kepada Allah SWT dari hal yang demikian. Dan semoga Allah SWT meringankan kita pada saat menghadapi dahsyatnya tekanan-tekanan sakaratul maut, serta menjadikan kita termasuk golongan orang-orang yang khusnul khotimah.
Amiin ya Robbal alamiin.
Wallahu A'lam bishowab.
Salam ukwuwah fillah..
Komen
  • JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI

    Bismillahirrahmanirrahim


    Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
    Kau terimalah taubatku
    Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
    Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
    Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
    Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
    Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu

    Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
    Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
    Matikan aku dalam keadaan
    bersujud padaMu
    membaca QalamMu
    berzikir padaMu
    berkata yang baik-baik
    menulis yang ada nilaian di SisiMu
    berbuat kebaikan
    bersangka baik denganMu dan manusia

    Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
    Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
    Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
    LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
    Jika itulah yang dapat kulafazkan
    Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
    Akulah hambaMu yang bertuah
    Kerna aku mahu mati dalam redhaMu

    Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
    Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
    Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
    Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
    Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
    Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
    Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
    Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
    Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu

    Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
    Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
    Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
    untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
    yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini

    Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
    Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Rha NS
    5 Oktober 2011
8 tahun yang lepas
MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI
Semua orang ada impian...
Impianku tinggi menggunung
Sudah puluhan tahun aku mendaki
Terlalu banyak onak dan duri kulalui
Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...
Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
Ku terus...dan terus...memburu impian ....
Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
Kerna ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian
Impian...oh! Impian....
Impianku menjadi bahan lawak
Kerana impianku di luar kotak pemikiran
Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu
Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
Kerana impian ku tak pernah padam
Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun
berseorangan terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya
Biarpun hangus terbakar jemariku...
Ku tetap menggenggam impian
Hingga sampai penghujungnya
Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti
Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
Berganding bahu denganku...
Berkongsi segala bebanan yang kupikul
Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
Mengiringi pendakianku memburu impianku
Kerana impianku seiring dengan impianmu
Kerana kita punyai minat yang sama
Matlamat yang sama
Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
Kehadiranmu selalu kunantikan dalam ilusiku
Tapi kini bukan ilusi lagi
Berkat keikhlasan hatimu padaku
Amat mengharukan aku...
Moga kau dan aku seia sekata
Senada seirama
Sama-sama menggenggam impian
Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
Biarpun tak menjadi realiti
Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
Ayuh...sama-sama kita jayakan
Mana tahu...impian jadi kenyataan!
Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan IzinNya
Karya Rha NS
25 September 2011
8 tahun yang lepas
PASTI
Perjalanan ini...
pasti menemukan satu tujuan pasti
kematian adalah pasti
kehidupan terlalu bermakna
tutur kata bermakna
amalan bermakna
barulah semuanya terlaksana
untuk ke negeri Sana
yang pastinya kekal abadi
Negeri Akhirat
kepunyaan Maha Pencipta Semesta Alam
untuk hambaNya
dinilai untung nasib
samada Syurga atau Neraka!
Balasan setiap hambaNya
adalah pasti!
Karya: Rha NS
16 Jun 2011
8 tahun yang lepas
JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
Kau terimalah taubatku
Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
Matikan aku dalam keadaan
bersujud padaMu
membaca QalamMu
berzikir padaMu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di SisiMu
berbuat kebaikan
bersangka baik denganMu dan manusia
Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
Jika itulah yang dapat kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hambaMu yang bertuah
Kerna aku mahu mati dalam redhaMu
Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan
Dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka
yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
5 Oktober 2011
Like · · 15 hours ago near Kuala Lumpur
8 tahun yang lepas
SEAKAN ROH PERJUANGAN HANG TUAH DAN JEBAT BERSEMADI DI JIWAMU!
Selamat menyambut hari kelahiran duhai pahlawanku,
Perjuanganmu mempertabatkan keris amat kukagumi;
Jangan pernah mengaku tewas dengan perjuanganmu,
Anak cucumu sentiasa mengagumi dan menyanjungi.
Pahlawan Bintoro Tour semangatmu sentiasa membara,
Seakan roh perjuangan Hang Tuah dan Jebat bersemadi di jiwamu;
Kau julang segala senjata pahlawan dengan semangat membara,
Demi kerana agama , bangsa dan negara semangatmu sentiasa tak jemu.
Karya Rha NS
7 Mac 2012
8 tahun yang lepas
MENGHARGAI KASIH SAYANG YANG DIKURNIAKAN ALLAH SWT
Jangan di kala 4 budak...emak budaknya dan ipin upin
menonton animasi,' Tarian Gendang Kanak-Kanak Rimba
Niagara' terlopong-lopong sambil gelak ketawa hingga
tak sedar tertelan lalat....dan tak sedar juga mereka
sedang terkinja-kinja mengikut rentak gendang si Rimba
yang amat melucukan itu...amatlah riuh suasana itu kerana
mereka tak fikir lagi masalah dunia... dan akan terbit
di hati mereka untuk saling berkasih sayang dan berbelas
ihsan sesama manusia dan juga haiwan yang melata di muka bumi ....
dan jika itulah yang terpasak di jiwa kanak-kanak di dunia ini
itulah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis ...
sambil berhibur sambil memancing hati kanak-kanak agar sentiasa
menghargai kasih sayang yang dikurniakan Allah pada mereka dan
menghargai alam ciptaan Alllah SWT
Karya Rha NS
7 Mac 2012


8 tahun yang lepas
SAYANGKU PADAMU TAKKAN HILANG KAN KUBAWA
HINGGA KE PENGHUJUNG NYAWA
Kala jari jemariku kaku
disela-sela tarikan nafasku
yang perih tak terdaya
segala kudrat untuk bernafas
pena dakwat tak mampu kucoretkan
di kertas putih yang sedia menanti
di kala aku tak sempat mengungkapkan kemaafan
di kala aku tak sempat mengucapkan kasih dan sayang
justeru kuungkapkan sekarang memohon maaf dan sayang
padamu duhai semua kasih yang sudah terpatri di hati
hadirnya kalian dalam hidupku sentiasa kusayangi
biarpun hati terluka perih...namun sayangku takkan hilang
kan kubawa hingga ke penghujung nyawa
Moga sisa-sia hembusan nafas
kusempat menyatakan betapa
aku sayang padamu yang terkasih di hati ini
aku sayang...aku sayang mu keranaNya
justru balaslah sayangku duhai kasih yang terkasih
dengan kemaafanmu padaku...
percayalah biarpun kita terpisah...
kasihmu tetap terpatri di hati ini!
Karya Rha NS
7 Mac 2012
8 tahun yang lepas
BERGETARLAH JIWA-JIWA YANG LEKA DENGAN PESONA CINTA DUNIA!
Bangunlah jiwa...!
Bangunlah jiwa...!
Telah terlalu lama kau berleka...
Berleka...terpesona dengan pesona cinta dunia yang melekakan...
Sampai kapan bila kau mahu berleka?
Esok....lusa....hingga bila?
Bilang sama aku?
Adakah kau tahu esok engkau akan bernafas lagi?
Atau sebentar lagi engkau akan bertemu dengan Tuhanmu?
Dan pasti engkau tak dapat jawab
Dan pasti aku juga tak dapat jawab
Engkau takut...
Aku pun takut...
Bukan takut mati...
Tapi malu dengan Tuhan
Kerna pergi dengan tiada persediaan
Sedangkan di dunia kita miliki segala kekayaan dan pangkat !
Kita terpesona dengan pesona dunia tanpa menggunakan harta dan pangkat
yang Allah Kurniakan untuk ke jalanNya...
kita suka bila dipuji
kita bangga dengan sanjungan
justru pujian dan sanjungan membuatkan kita leka...leka...leka...
dengan pesona dunia
hingga tak ambil peduli
hari kematian kita cuma di balik tabir
selak aje tabir di situlah sebenarnya kematian kita!
Sebelum ....kematian menjemput kita
Ayuh....!!!
Kita bangunkan jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia
Makanya bergetarlah jiwa-jiwa yang leka dengan pesona cinta dunia...
Agar dapat kita bertemuNya dalam redho lagi diredhoiNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
7 Mac 2012
8 tahun yang lepas
APABILA TAMAN HATI ADA CINTA
Terima kasih Ivan Loke kerana sudi menghargai tulisanku...bukan apa... aku nak bagi motivasi pada dia supaya hatinya ada taman...taman cinta...rugi kalau hati tiada taman cinta kan Ivan....tapi yang peliknya dia ramai dikelilingi rama-rama pelbagai rupa yang cantik-cantik yang suka dan minat padanya dan ingin mendapatkan bukan kasih dan sayang je tapi cinta sejati daripada dia...tapi kesian rama-rama tak dapat cinta dia kerana hati dia sudah dikunci kerana cinta terluka yang pernah di alaminya suatu tika dulu.
Biarpun dia cuba menyembunyikan kesepiannya dengan sikap sempoynya pada rakan-rakannya...biarpun di tergelak-gelak namun hatinya tetap sepi ...biarpun dia punyai kekayaan namun dia tetap sunyi dan dia perlukan cinta sejati untuk menyerikan hidupnya kerana itu Tuhan diciptakan Hawa untuk Adam agar Adam tidak sunyi lagi.
Dengan tulisan yang akak lahirkan itu...moga terbuka hati dia menerima cinta sejati daripada rama-rama yang ramai di taman kasih sayangnya itu...tentu ada yang dia sayang ...tentu ada yang dia suka.....sama-sama suka....sama-sama sayang....dan bila dah suka dan sayang...hatipun berbunga cinta ....jika dah saling cinta mencintai...keduanya akan bahagia dan terisilah permaisuri untuk menemaninya seumur hidupnya berdasarkan cinta hingga ke Syurga.
Sebagai rakan fbnya aku selalu berkata padanya,' BAHAGIAMU BAHAGIAKU '
Kita sama-sama doakan kebahagiaan dia ye Ivan...
moga cinta sejati bertandang di hatinya dan dimilikinya.
Karya Rha NS
7 Mac 2012


KURNIAAN SAHABAT SEJATI!
Kurniaan sahabat sejati buat hati ada taman,
Hidup bagaikan disinari pelangi setiap hari;
Malam disinari sinaran rang bulan,
Begitu indahnya kurniaan sahabat sejati.
Justru jagalah hati sahabat sejatimu,
Agar tidak berasa hati ;
Berkata yang manis dan senyum selalu,
Pasti ikatan sahabat sejati terrsimpul mati.
Ku yakin kau dikelilingi dengan sahabat sejati,
Di wajah mereka ada keikhlasan;
Senyuman terukir lahir dari hati,
Hati nan suci penuh dengan keikhlasan.
Saling hormat menghormati,
Saling percaya mempercayai;
Saling bantu membantu sesama sendiri,
Saling bermuhasabah diri tiada kepentingan diri.
Kata-kata yang diluahkan berhati-hati,
Agar tiada hati dilukai;
Biarpun berjenaka ada isi,
Barulah persahabatan rasa dihargai.
Moga ikatan persahatanmu abadi,
Tanpa ada kekeruhan di hati;
Biarpun tsunami datang membadai,
Persahabatan tetap diteruskan hingga ke mati.
Saling bermaaf-maafan sesama kita,
Jangan simpan di dalam hati;
Yang tak puas hati dikongsi bersama,
Agar hilang segala yang tak berkenan di hati.
Senyummu dibalas semua sahabat sejatimu,
Kehadiranmu mendamaikan hati,
Kuhargai keikhlasanmu bersahabat denganku,
Moga hidup matimu Allah redhai.
Karya Rha NS
25 November 2011
PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku Mas Andi ,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Mas Andi kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu Mas Iman nanda angkat ku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Mas Iman kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Nandaku Mas Iman yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi suami soleh dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya: Rha NS
5 Mei 2011


8 tahun yang lepas
Andai kau dengan rela hati bisa menyusun dengan diksi menyerupai prosa dan ada pengkayaan metafisis di tiap diksinya...lakukan...aku sentiasa izinkan demi keindahannya dan dapat dikongsi bersama...barulah aku percaya 100% kejujuran mu sebagai rakan puisiku...rakan sejati dia bukan saja padai berkata ...tapi dia akan buktikan apa katanya... dan aku suka kawan yang macam itu...kalau kau nak tahu...rakan yang cuma manis di bibir tak buktikan aku nggak suka ye...harap faham....
4 MAC 2015

KENANGAN YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS
INDAH JIKA SALING MENGHARGAI, MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI SESAMA KITA

Imej mungkin mengandungi: burung
Veterinaria bersama Παναγιωτα Σιωρα dan ‎كريمۃ حباش‎.
Muchos colores


HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke tela Inpak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
    
8 Mac  2020  

www

0 comments:

Post a Comment

 
;