Monday 30 March 2020

CITA-CITAKU-CITAMU (247) TERIMA KASIH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


CITA-CITAKU-CITAMU (247) TERIMA KASIH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Dr Jue
1 jam
Baru tahu hari ini hari Doktor😂
Suka
Komen
Komen
  • PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG

    Hospital kerajaan dan swasta berbudaya tinggi,
    Kelengkapan merawat serba moden;
    Pesakit datang berharapan tinggi,
    Kesihatan pesakit kerajaan utamakan.

    Hospital kerajaan rakyat sanjungi,
    Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
    Menabur budi bukan untuk dipuji,
    Demi semata rakyat tercinta.

    Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
    Asalkan rakyat hidup sempurna;
    Hospital kerajaan ada di mana-mana,
    Diberi rawatan amat sempurna.

    Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
    Utamakan kesihatan rakyat Malaysia;
    Pelbagai kaum semua dirawati,
    Asalkan rakyat sihat sentiasa.

    Kami sedia membantu anda,
    Kedatangan anda kami nantikan;
    Kami utamakan kesihatan anda,
    Kesembuhan anda kami doakan.

    Warga hospital kerja secara profesional,
    Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
    Pesakit datang saling kenal mengenal,
    Sayang menyayang sakit pun sembuh.

    Apabila banjir cepatlah bertindak,
    Berpindah segera sebelum terlambat;
    Itu tandanya orang yang bijak,
    Dapat menjauhi segala penyakit.

    Apabila sakit berjumpa doktor,
    Pergi farmasi mengambil ubat;
    Terima kasih kerana bersabar,
    Kerana sabar menantikan ubat.

    Pesakit sakit doktor rawat,
    Pesakit sembuh doktor gembira;
    Semua sakit boleh dirawat,
    Asalkan usaha tawakal dan doa.

    Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
    Doktor bekerja penuh komitmen;
    Dugaan datang penuh kesabaran,
    Kesabaran anda mendapat ganjaran.

    Bilik pembedahan sunyi sepi,
    Pakar bedah bekerja penuh teliti;
    Menjalankan pembedahan berhati-hati,
    Pesakit sembuh senang hati.

    Sabarlah pesakit atas dugaan,
    Ku doakan dikau segera sembuh;
    Warga hospital penuh sopan,
    Penyayang mereka buat mu sembuh.

    Cucilah tangan sebelum makan,
    Jaga kebersihan mesti diutamakan;
    Segala penyakit dapat dijauhkan,
    Anda sihat terukir senyuman.

    Doktor bekerja tak tentu masa,
    Nyawa pesakit amat diutamakan;
    Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
    Agar pesakit dapat disembuhkan.

    Terhibur hati terima senyuman,
    Senyuman warga hospital hati terhibur;
    Kurangnya sakit bila tersenyum,
    Bicaramu sopan lagi teratur.

    Tiada langsung bersikap sombong,
    Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
    Warga hospital hormat kerana penyayang,
    Mereka bekerja tanpa diarah.

    Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
    Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
    Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
    Kesembuhan pesakit itu dihajati.

    Sabarlah duhai pesakitku,
    Sakitmu sakitku juga;
    Kudoakan segera sembuh untukmu,
    Moga Allah perkenankan semua yang berdoa.

    Gembiranya hati dapat layanan,
    Warga hospital baik budi;
    Semua pesakit mendapat rawatan,
    Sakit dialami dapat diubati.

    Ucapan terima kasih warga hospital,
    Merawat pesakit dalam kesabaran;
    Datang ke sini saling kenal-mengenal,
    Moga Tuhan membalas segala kebaikan.

    Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
    Segera sembuh itu doaku;
    Sembuhmu kebahagianku,
    Kesihatanmu keutamaanku.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2020

    PUISI WARGA HOSPITAL PENYAYANG

    Duhai warga hospital kusayang…
    Kusanjung setiap budimu.
    Kau bekerja tanpa
    mengenal penat dan lelah.

    Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
    kau layani mereka dengan penuh
    tanggungjawab,
    prihatin dan
    kasih sayang.

    Ikhlas kerjamu!
    Suci kerjamu!
    Sopan santun tutur katamu!
    Terubat hati terima senyuman iklasmu.
    Sakitku kau ambil peduli.
    Lukaku kau ubati sambil berkata,
    “Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku.”
    Terkedu aku mendengar katamu itu.
    Kudoakan moga segala kebaikanmu
    dibalas Allah SWT
    Aamiin Ya Rabbal A’Lamiin.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2020

    BERSAMA HENTIKAN RANTAIAN COVID-19

    Malaysia kini sedang diuji,
    Covid-19 penyakit berjangkit;
    Penyakit berjangkit amat digeruni,
    Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.

    Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
    Duduk di rumah satu arahan;
    Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
    Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.

    Rakyat yang engkar diambil tindakan,
    Agar covid-19 dapat dihentikan;
    Musnah negara jika tak diendahkan,
    Justeru rakyat bersama hentikan.

    Covid-19 merebak tanpa disedari
    Bagaikan tsunami datang melanda;
    Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
    Itu yang merisaukan rakyat jelata.

    Ramai pesakit membuat saringan,
    Bagi memastikan tidak dijangkiti;
    Apabila dijangkiti meranalah badan,
    Menentukan antara hidup dan mati.

    Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
    Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
    Rataian covid-19 dapat dihentikan,
    Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.

    Terima kasih kerajaan penyayang,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
    Jasamu sentiasa dikenang,
    Moga Allah SWT merahmati.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2020
    (Karya diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri dan Barisan Menteri Kabinet, KKM, PDRM, ATM dan seluruh rakyat Malaysia yang memberi kerjasama bagi menghentikan rantaian covid-19)

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,seramai 91 pesakit pulih dan jumlah itu terdiri daripada pelbagai kluster termasuk tabligh.
Komen
Tuliskan komen...

  • BERSAMA HENTIKAN RANTAIAN COVID-19

    Malaysia kini sedang diuji,
    Covid-19 penyakit berjangkit;
    Penyakit berjangkit amat digeruni,
    Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.

    Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
    Duduk di rumah satu arahan;
    Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
    Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.

    Rakyat yang engkar diambil tindakan,
    Agar covid-19 dapat dihentikan;
    Musnah negara jika tak diendahkan,
    Justeru rakyat bersama hentikan.

    Covid-19 merebak tanpa disedari
    Bagaikan tsunami datang melanda;
    Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
    Itu yang merisaukan rakyat jelata.

    Ramai pesakit membuat saringan,
    Bagi memastikan tidak dijangkiti;
    Apabila dijangkiti meranalah badan,
    Menentukan antara hidup dan mati.

    Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
    Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
    Rataian covid-19 dapat dihentikan,
    Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.

    Terima kasih kerajaan penyayang,
    Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
    Jasamu sentiasa dikenang,
    Moga Allah SWT merahmati.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    30 Mac 2020
    (Karya diilhamkan istimewa untuk Perdana Menteri dan Barisan Menteri Kabinet, KKM, PDRM, ATM dan seluruh rakyat Malaysia yang memberi kerjasama bagi menghentikan rantaian covid-19)
  • Sumairi Sidek Myree Alhamdulillah.. teruskan berdoa wahai rakyat Malaysia..kpd Allah SWT jua kita mohon pertolongan dan perlindungan jua..
    7
  • Saadiahaziz Saadiahaziz Alhamdulillah semoga Allah SWT terus menyembuhkn insan2 yg sedg sakit dan memperkuatkn kesihatan para2 penjuang KKM,
  • Ieda Dinieda Alhamdulillah.. Cuma setiap hari berdoa dan berhrp agar new cases semakin berkurangan.. Jumlah yg meninggal jgk zero.. Seterusnya wabak ini akn lenyap dr bumi ini.. Aamiin3x Allahumma Aamiin
    8
  • Zulakmal Joe Alhamdulillah...moga wabak ini terus hilang dan Malaysia kita bebas dari segala penyakit berbahaya....in Sha Allah
    4
  • Shabib Shzri Al'hamdulillah.
    Syukur.
    T.kseh kpd semua yg terlibat semoga Allah lindungi kesemua frontliner tidak kira d mana bertugas.

    Kita permudahkn dn membantu orang lain Allah permudahkn urusan kita.
    Syukur pd Allah SWT.
  • Chua Hai Hoong Wow .... Good job KKM staff ...terima kasih atas perjuangan anda ... Syukur pada Maha kuasa kerana pulihkan mereka ...
  • Aimi Fazlin alhamdulillah syukur pada Allah SWT. tahniah frontliners. semoga kita berjaya hapuskan rantaian wabak ini.
    2
  • Karim Integra alhamdulillah semoga lebih ramai sembuh, dan tiada lagi yg dijangkiti penyakit COVID19
    1
  • Amir Hafiz Alhamdulilah syukur.. Harap2 la vaksin covid dapat dicipta dlm masa terdekat.. Kt korea dah ada kes bekas pesakit covid dijangkiti semula covid..
  • Sar Ed Tahniah buat KKM dan alhamdulillah syukur buat semua yang dah pulih.. Diharapkan Covid19 slow2 meninggalkan kita dan negara tercinta
    3
  • Mohd Suhaimi Alhamdulilah..semoga Allah permudahkan urusan KKM atas jasa dan khidmat mereka..
    1
  • Siti Naziroh 🤲🏻Syukur Alhamdulillah ya Allah Aamiin..Semoga semakin hari semakin ramai yg pulih.. Tahniah KKM semoga Allah permudahkan para pertugas barisan hadapan..
  • Shida Husna Alhamdulillahhhh....syukur padamu ya Allah...tahniah dan terima kasih jg buat semua fontliners..
    1
  • Levin Wan J Alhamdulillah syukur ya allah. Berusaha keras frontliner. Malangnya rmi lg yg xamik pduli kua ikot suka
  • Fiqah Lavenda Alhamdulillah terima kasih 😭 kan gembira kalau hari2 mcm ni dapat berita tapi tu la orang dekat luar still degil keluar sana sini
    1
  • Yushalina Lina Alhamdulillah.Semoga ramai.lg yg smbuh.Tma ksih dn Tahniah pda smua petugas2 hospital yg brtungkus lumus..
    1
  • Teratai Gsvi Alhamdulillah moga berterusan ..Tahniah Dari S’pura.
    4
  • Raja Akmar Alhamdullillah syukur pd Allah swt.congrats barisan hadapan .terus brusaha n berdoa agar semua brjaya .
  • Khai Pak Usop alhamdulillah....segala puji bagimu yaallah...tuhan yg mencipta sekelian alam..terima kasih jg kpd sesiapa jua yg bertungkus lumus dalam menangani wabak ini..alhamdulillah
  • Hasemah Mohamad Alhamdulillah syukur pada mu Allah semoga corona lenyap secepat mungkin dan semua pesakit pulih seperti sediakala...
  • Nor Lizah Mohd Ahsan Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan Allah urusan semua pihak yang terlibat
  • Aziza Za Za Alhamdulillah Terima kasih Allah yg maha penyembuh dan juga Kakitangan KKM dan mereka2 yg terlibat dengannya dan juga rakyat2 yg sama mberi sokonganan lock down arahan kerajaan #STAYATHOME #HapusCovid19
  • Mimie Miznah Alhamdulillah.....semoga lebih ramai yg sembuh dan jumlah yg positif semakin menurun....Aamiin
    1
  • JuNe JuNe Alhamdulillah semoga lbh ramai yg pulih dn semoga tiada lagi kes seterusnya.....
    1
  • Abd Samad Samad Alhamdullilah semoga semua yg berkerja KKM diberi kesihatan dan keselamatan demi memberi kesembuhan kpd pesakit2
  • Izat Razak malaysia bertahan dari segi merawat etc memang A class tk boleh dinafikan lagi ..tapi menyerang virus ni sprt nyahkuman, senitize, mass testing etc masih belum ckup hebat..ini diakui sndiri oleh pakar di malaysia..moga dipermudahkn segalanya..
    3
    Tulis jawapan balas...

  • Zawati Nasruddin Alhamdulillah.....TERIMA KASIH YA ALLAH...
    TAHNIAH BUAT KKM..
  • Qaseh Sumayyah Alhamdulillah.. Terima kasih pd pihak kkm yg brtungkus lumus slma ni..
  • Ramli Jusoh Alhamdulillah...Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn izin mu ya Allah..tuhan yg maha tinggi lagi maha agong...
  • Serena Mustapha Alhamdulillah syukur kepada mu ya Allah..smoga ada berita baik lagi..dn smoga kedatangan bulan Ramadhn ni akan menghilangkan segala virus2,perangai2 yg jahat..
    3
  • Muhammad Hazuwan Alhamdulillah..semoga esk mkin rmai yg pulih dan tiade paskit bru..aamiin
  • Nazerol Aishah Alhamdulillah, syukur pada Allah, terima kasih warga KKM,,mudah2an esok kenaikan pemyembuhan bertambah 100 peratus...
    1
  • Mohd Arfan Alhamdulillah..semoga Allah memulihlan terus bumi Malaysia ini drpda ancman Covid19 ini..
    3
  • Maziatun Samsudin Alhamdulillah...moga lbh ramai yg akan sembuh dan covid ni akan berlalu pergi..terima kasih pada petugas barisan hadapan jasamu amat dihargai dan ada sememangnya insan yang hebatt👍👍👍
  • Rizdanrahza alhamdulillah...smogga akan brtambah lah bilangan pesakit yg pulih dri hari strusnya..! aminnnn..
    1
  • Crocs Malaya Crocs Syukur Alhamdulillah...semoga yg akan beransur pulih jg akan meningkat.... Aamiin.
  • Norazizah Aziz Alhamdulillah....syukur pada mu ya allah moga berterusan dan kembali seperti sediakala
    1
  • Alif Irfan Ahamdulillah..mudahan2 esok lgi ramai yg pulih..amin
    1
  • Hafiz Steady Alhamdulillah..harap sama2 boleh sambut ramadan nanti..
    1
  • Lynda Aries Alhamdullilah & esok esok esk dh esok lg hrp smeuany cpt smbuh ... ameen
  • Wan Rahimah Wan Abdullah Alhamdulillah..semoga kes baru pon akn brkurangan hari demi hari..inshaAllah aamiin
  • Farhaniz Zulaikha Tahniah kkm..moga bertambah lg bilangan yg pulih..aminn..
    1
  • Azrulnain Azmi Alhamdullilah.. Tahniah KKM🤲
    2
  • Sabariah K Alivi Alhamdulillah..tkasih dan tahniah KKM..
  • Noor Hezian Alhamdulillah..ingat kome jgn keluar rmh ingat pesan pm kita.
  • Adli Abdul Aziz alhamdulilah,,,selamat hari doktor,,today,,good job
  • Hanif Hnfm alhamdulillah harap pulih lagi ramai dalam 2 minggu ni
  • Aziz Mat Alhamdulillah berkesan jgk ubat tu dgn izin allah
    1
  • Ksh Kusaz Alhamdulillah...berkesan dah ramuan ubt doktor Msia..
  • Mohd Al-Hafis Alhamdulillah syukur padamu ya Allah sesungguhnya kamu maha berkuasa... tahniah pada pertugas barisan hadapan..hanya Allah SWT yang dapat membalas jasamu...
  • Cahaya Ilahi Syukur Alhamdulillah mudah mudahan semuanya sembuh Aamiin ya Allah.semoga Allah menghilangkan covid 19 dengan cepat
  • Azirah Abd Rashid Semoga KKM terus berjaya untuk memulihkan pesakit covid19,dgn izin Allah, Aaminn
  • Muhd Faiz Alhamdulillah..syukur atas pertolongan mu allah swt..
  • Alun Laitang Alhamdulillah..... semoga mereka terus sihat.....
  • Alia Ibrahim Alhamdulillah syukur kepada Mu YaAllah KAW maha pengaseh lagi penyayang
  • Tasyha Luna Alhamdulillah...semoga yg lain tu pun cepat sembuh.. Aamiinn
  • Zainah Zaidin Syukur Alhamdulillah..trm ksh ya Allah
  • Thariq Jbim Amiinx3 kuasa Doa setiap muslimin di Malaysia. Syukur Alhamdulilah Amiin Amiin Amiin
  • Rahemah Budin Alhamdullillah,terima kasih barisan hadapan. Semoga Allah jauhkan kita wabak ini.aamiin
  • Rubiah Saoud Alhamdulillah...teruskan berdoa...dan berusaha..Allah maha pengasih dan penyanyang.



HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke tela Inpak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                   
30 Mac 2020  

0 comments:

Post a Comment

 
;