Saturday, 4 April 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (263) CINTAIKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (263) CINTAIKU SESETIA OMBAK PADA PANTAI

Ketika sendiriaan di Taman Syurga Adam asyik memerhatikan pasangan burung sedang berkasih sayang, tergerak hati Adam untuk mempunyai pasangan.
Sifat Allah Yang Maha Mendengar Dan Memahami Keinginan Adam untuk berpasangan lalu diciptakan Hawa dengan tulang rusuk kiri Adam. Terciptalah Hawa pasangan untuk Adam cintai dan bersyukur seumur hidup. Bermulanya cinta Adam di Syurga dan berakhir di Syurga.
Adam diciptakan untuk Hawa cintai
Hawa diciptakan untuk Adam cintai
Saling cinta menyintai atas dasar kerana Allah,
Saling menyempurnakan untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Itulah cinta sejati pasangan bahagia dunia akhirat.
5 tahun yang lepas
Walaupun kami dikurung tapi kami ucapkan terima kasih kerana kami
tidak dipisahkan. Andai dipisahkan dunia yang terbentang luas menjadi sempit,
Cinta sejati membuatkan kami sentiasa ceria dan bahagia.
PUTRA PUTRI NUSANTARAKU KETIADAAN BUNDA NANTI JAGALAH WARISAN SASTERA NUSANTARA YANG TELAH BUNDA WARISKAN PADA SELURUH ANAK CUCU NUSANTARA. BUNDA TIDAK MAHU APA-APA CUMA KENANGILAH BUNDA DALAM DOAMU.
Imej mungkin mengandungi: burung
2 tahun yang lepas
Scienze Fanpage
L'aurora sulla cascata di Skogafoss.
Avete mai assistito ad una meraviglia simile?
5 tahun yang lepas
Subhanallah indah-Nya ciptaan-Mu Tuhan
5 tahun yang lepas
Keindahan pantai cinta ombak rindu
Checkinntv
أجواء رومانسية رائعة علي جزر المالديف _ Maldives 
5 tahun yang lepas
APABILA AKU BERSASTERA AKU BAGAIKAN MEMETIK PERMATA-PERMATA SYURGA, SEMAKIN KUPETIK DAN KUBAGI-BAGIKAN KEPADA PENGHUNI ALAMMAYA SEMAKIN BANYAK TAK TERHITUNG. BEGITU MAHA PEMURAH-NYA ALLAH PADAKU. ALLAHU AKBAR SYUKUR ALHAMDULILLAH
1 tahun lepas
8 tahun yang lepas
TENANGLAH JIWAKU MENUJU DESTINASI KASIH SAYANG
Duhai kasih yang kucinta..
Biarpun aku tidak mengenali dirimu
Biarpun kau berada di dunia mana
Tapi aku amat menghargaimu
Kerna sudi simpati gelora derita
Yang kutanggung...
Jeritan deritaku
Kau bersama detak resahku
Allahu Akhbar Subhanallah Alhamdulillah
Moga Allah SWT membalas segala budi baikmu
Aku terharu sangat-sangat
Terima kasih kerana sudi susah senang denganku
Biarpun ombak besar datang melandaku
Kau sudi menyambutku dengan kasih sayang simpatimu
Dan bila ombak sudah tenang
Tenanglah jiwaku menuju destinasi kasih sayang
Setulus hati keranaNYa
Bahagialah cinta kita terpatri hingga ke Syurgawi
Karya Ratu Rimba Niagara
1 April 2012
8 tahun yang lepas
BETAPA AKU CINTA PADAMU KERANANYA
Abeli Rosli
Andainya aku jadi air mata ....
aku kan lahir dari matamu....
mengalir di pipi mu....
mati di bibir mu....
andainya kau menjadi air mata ku...
aku tak kan menangis kerana aku..
tak kan kehilangan mu.
Rha NS
Aku tak mahu berair mata kerana berpisah denganmu
Tapi yang aku mahu kau melamar cintaku agar ku tak menangis
Kehilanganmu buat selamanya kasih...
Jika aku kehilanganmu aku rela berairmata darah betapa aku
cinta padamu keranaNya bukan kerna darjat dan harta yang kau miliki....
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP OMBAK RINDU)
4 April 2012
8 tahun yang lepas
DENGAN LIMPAHAN CAHAYA-MU
Pabila air mata ini sudah tidak bererti Ya Alllah
Tiada lagi sendu di kalbu
Yang ada adalah duka lara yang parah
Ditinggalkan dia terperuk dalam kawah penjara cinta
Paling bawah paling dahsyat!
Hingga makanan harianku adalah kegelapan yang menghitam
Kucuba mencari lulusan cahaya untuk memadamkan
Cinta pesona dunia ini
Lagi kucari lagi ketebalan membungkam rasa
Hanya air mata ini yang terusan mengalir
Menangis demi cinta teramat cinta padaMu Illahi
Tika sedang keasyikan menangis
Datang angin sepoi-sepoi bahasa terasa aman dan damai
Dan juraian air mata kering
Bila ku lihat kegelapan bertukar cahaya memutih
Aku terpana dalam kilauan yang mengasyikkan jiwa
Adakah ini yang kudambakan selama ini sudah singgah di
Kalbu hati?
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Aku ditinggal dia dalam sengsara cinta lalu dilemparkan
Ke lembah paling dahsyat kehinaan
Tapi kau tak pernah tinggalkan aku
Biarpun sejuta manusia menghinaku
Tapi kau menggangkatku ke darjat yang tinggi
Setelah Kau sudi hadir menyerikan taman hatiku
Dengan limpahan cahaya....cahaya....cahaya...
Dari segenap penjuru hati
Makanya bersyukurlah aku
Di sejadah sejuta cinta padaMu yang tak terungkap
Melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Kerana ku teramat faham erti
Sifat pengasihMu pada semua hambaMu
Tika masih hidup di dunia ini
Kau berikan peluang tanpa batas
Untuk sentiasa muhasabah diri
Membawa bekalan pulang ke negeri abadi
Agar selamat daripada segala
Azab sengsara
Yang lebih dahsyat daripada
Penjara kawah bawah tanah manusia
Jika terlepas peluang keemasan ini
Makanya rugilah aku selamanya
Kerna air mata segala penyesalan
Hanya untuk dipandang ketika masih
Nyawa ada di kerongkong...
Jika terhenti nafas
Bekalan kosong dibawa pulang
Tunggu-tunggulah
Penyesalan
Tangisan rayuan sudah tidak bererti bagiNya
Makanya tunggulah
Pembalasan
Atas pilihan sendiri
BertemuNya dalam kehampaan cinta
Penuh kesal tak tertebus dengan apapun!
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Aku tak mahu begitu Ya Allah
Kehampaan Cintaku PadaMu
Biarlah di dunia ini
Aku jadi hamba cinta
Semuanya keranaMu Ya Allah
Moga Kau sentiasa bersamaku
Di setiap denyut nadiku
Sehingga denyutan nadiku terhenti
Dan bawalah
Cintaku cintaMu
Selamanya Abadi
Insya-Allah Aamin
Karya Rha NS
4 April 2012
8 tahun yang lepas
TUHAN KAU BERI APA YANG KUPINTA TANPA MELENGAH
Tuhan Kau beri apa yang kupinta tanpa melengah
Maha PenyayangNya Engkau pada aku
Hinggakan aku menangis mensyukuri nikmatMu
Jika nikmat yang Kau Kurniakan itu tidak perlu bagiku
Kau tariklah balik kerna aku hanya memerlukan cinta dan redhoMu saja
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Ratu Rimba Niagara
4 April 2012

2 tahun yang lepas
Ratu Rimba Niagara berkongsi siaran Assoc İsmail Can.
5hb April 2017 jam 9.50 ptg ·
Aku diciptakan untukmu Adam
Adam kau tutup matamu
kerana ku tak secantik yang
kau dambakan
Adam kau buka hatimu
aku diciptakan untukmu cintai
agar cinta terpatri sampai Jannah
Assoc İsmail Can
5hb April 2017 jam 1.06 ptg ·
Wanita yang cantik
akan membuka
" mata lelaki "
Tetapi wanita yang baik
akan membuka
" hati lelaki "

8 tahun yang lepas
BILA KUSANDARKAN NYAWAKU ATAS KUASA ILLAHI
Zairi Erie:
Jangan mengharapkan teman SEGAGAH Hang Tuah
Jika dirimu tak SECANTIK Tun Teja
Jangan mengharapkan teman SEHEBAT Hang Jebat
Jika dirimu TAK PERNAH setia.
Putri Rimba:
Engkau memang segagah Hang Tuah,
Aku tidak secantik Tun Teja;
Kau sentiasa insan bertuah,
Kepahlawananmu sentiasa dipuja.
Setega itu kau kata aku tak setia,
Perpisahan ini kau yang pinta;
Beralih kasihmu pada Tun Teja,
Bahagialahmu bersamnya tercinta.
Aku tak harap teman sehebat Hang Jebat,
Kerna aku tak sehebat Hang Tuah;
Kalau kau pahlawan yang hebat,
Buktikan kepahlawananmu biar menjadi megah.
Jangan mudah bermain kata,
Kalau janji tidak dikota;
Pantang melayu memungkiri kata,
Kerna janji mesti dikota.
Dunia melayu dunia kita,
Tak akan layu sebelum layu;
Melayu tetap melayu juga,
Sakit melayu sakitlah semua melayu.
Malang jika mengaku melayu,
Tapi masih tak sokong melayu;
Bangsa sendiri dihina biar layu,
Biar tersungkur di bumi melayu.
Berhasad dengki itulah melayu,
Melayu sendiri bunuh jiwa melayu;
Biar mati di tanah melayu,
Baru puas hati melayu.
Melayu tak suka melayu senang,
Kalau boleh biar sendiri yang senang;
Hidup dalam bersenang lenang,
Tersenyumlah dia bila sudah menang.
Senang...senang...senang...senang,
Melayu semuanya nak senang;
Melayu suka kerja senang,
Tak berusaha manakan nak senang.
Dah senang lupa daratan,
Tak fikirkan melayu yang susah;
Hidup hanya difikirkan keuntungan,
Apa nak dikisahkan melayu yang susah.
Bahasa melayu sudah dirojakkan,
Bahasa Inggeris dimuliakan;
Dituturkan penuh kebanggaan,
Kasihan bahasa moyangku disepikan.
Sudahlah bahasa melayu disepikan,
Tulis sesama melayu diringkaskan;
Kata bahasa melayu hendak dimertabatkan,
Kalau begini bagaimana hendak diwariskan.
Alangkah bahagia rasa hatiku,
Bahasa moyangku tidak diketepikan;
Diperjuangkan sehabis mampu,
Agar menjadi bahasa warisan.
Bahasa Melayu bangsa moyangku,
Bersumpah aku pada moyangku;
Akan kuwariskan pada anak cucu,
Biarpun nyawa jadi taruhanku.
Duhai semua pejuang bangsa melayu,
Sudilah bersamaku menyokong perjuanganku;
Berjuang bersendirian siapalah aku,
Demi moyangku demi anak cucuku aku merayu padamu.
Siapalah aku yang tak berkodrat lagi,
Terlalu lemah untukku teruskan perjuangan ini:
Tapi bila kusandarkan nyawaku atas Kuasa Illahi,
Kuteruskan juga sehingga terhenti nafas terhentilah pena ini.
Karya Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara Malaysia
5 April 2012



8 tahun yang lepas
~* Karena Berbagi itu Indah *~ sedang bersama Nay She Wondergirl dan 35 yang lain.
JANGAN MENUNGGU, TAPI BERGERAKLAH…
Sahabat, cobalah kau renungkan..
 Jangan menunggu bahagia, baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kau akan merasa bahagia
 Jangan menunggu kaya, baru mau beramal, tapi beramallah, maka kau akan semakin kaya
 Jangan menunggu termotivasi, baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kau akan termotivasi
 Jangan menunggu dipedulikan orang baru kau peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! maka kau pasti akan dipedulikan…
 Jangan menunggu orang memahamimu, baru kau memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu pun akan memahamimu
 Jangan menunggu terinspirasi, baru menulis, tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu
 Jangan menunggu proyek, baru bekerja, tapi berkerjalah, maka proyek akan menunggumu
 Jangan menunggu dicintai, baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kau akan dicintai
 Jangan menunggu banyak uang, baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang, maka bukan hanya sekadar uang yang datang, tapi kesejahteraan akan menghampirimu.
 Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kau akan menjadi contoh yang diikuti
 Jangan menunggu sukses, baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kesuksesanmu
 Jangan menunggu bisa, baru melakukan, tapi lakukanlah! Dan kau pasti bisa!
Sahabat, mungkin selama ini kita terlalu banyak menghabiskan waktu untuk menunggu sehingga kita tidak juga mendapatkan apa yang kita inginkan. Cobalah untuk mulai melangkah, lakukan sebuah bukti nyata, dan kau akan menyadari bahwa hidup ini layaknya hukum timbal balik, apa yang kau berikan itu juga yang akan kau dapatkan, jika saat ini kau hanya menunggu maka kau tidak akan pernah mendapatkan apa yang kau inginkan, dan kau hanya akan menjadi seorang pecundang. Bukankah para pecundang hanya selalu menunggu bukti sedangkan para pemenang selalu menjadi bukti? Karena seribu kata akan dikalahkan oleh satu aksi nyata, maka bergerakklah wahai sahabatku, buktikan bahwa kau pasti bisa, dan jadilah pemenang dalam kehidupanmu.
Komen
  • Cantik sungguh si bunga seroja,
    Berkembang indah di tepi kolam;
    Pada Mu Tuhan aku memuja,

    Moga Kau balas cintaku yang dalam.
  • Seroja kembangmu menawan hatiku,
    Cantikmu tak jemu dipandang;
    Ingin petik lalu kuhias di taman kalbu,

    Haruman cintamu kujaga agar tak hilang.
  • Setiap hari kau menyeri di laman hati,
    Senyuman mekar disinari suria pagi;
    Tutur katamu sentiasa mendamaikan hati,

    Tanpa candamu terasa sunyi dan sepi.
  • Senyumlah dikau duhai serojaku,
    Kanda pergi bukannya lama;
    Ingin berbakti pada negaraku,

    Cinta kasihmu tetap kubawa bersama.
  • Ketiadaanku janganlah kau berduka,
    Kanda di sini sentiasa doakan dinda;
    Moga dinda berjaya menggapai cita,

    Berbahagialah kanda kejayaan dinda.
  • Doakan kanda mencapai cita,
    Usaha kanda demi pertiwi;
    Janganlah dinda berdukacita,

    Kasih kanda hanya dinda yang dicintai.
  • Dari mana hendak ke mana,
    Dari sini hendak ke sana;
    Kanda pergi tidaklah lama,

    Tunggulah kanda membawa berita.
  • Berita bahagia yang dinda dambakan,
    Juga yang kanda ingin khabarkan;
    Jika itu sudah ditakdirkan,

    Patrikan cita dalam cinta suratan.
Tuliskan komen...

8 tahun yang lepas
PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR
Zairie Erie:
Batang jerami diberi madu,
Rebung seiris dimakan kuda;
Kalau kami diberi malu,
Ujung keris menikam dada.
Putri Rimba:
Hujung keris menikam dada,
Rela kumati jika itu mahumu;
Niatku kepahlawananmu terus di persada.
Tapi api cemburumu memakan diriku.
Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! hihihi
(PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRIE ERIE)
4 April 2012
8 tahun yang lepas
AKU MENULIS SELAGI MANA ALLAH SWT IZINKAN
Aku memang suka berkarya...
Tak kira pagi petang siang malam
Aku berkarya...berkarya...berkarya...tanpa jemu tanpa penat
Sebagai manusia biasa aku tak boleh memaksa diriku untuk tak berehat
Aku akur itu...bila dah tak mampu meneruskan baru aku berehat...
Dalam sesuatu topik yang hendak ditulis bukan mudah kerana bidang itu
Bukanlah aku arif untuk menulis...
Allah tak pernah mengecewakan aku
Idea datang di pemikiran
Aku syukur...syukur sangat....sangat....
Syukur Ya Allah Kau tak pernah biarkan aku tanpa ilham...
Kerana terlalu bersyukur padaNya aku menangis setelah habis aku berkarya
Mana tidaknya tanpaNya sebaris ayat aku tidak dapat menulis
TanpaNya satu ilhamku pun tak akan bertandang di pemikiranku
Kalau difikirkan secara lojik aku bukan pandai seperti orang bijak pandai
Tapi bagi Allah SWT jika DIA izinkan tidak perlu aku pertikaikan dan aku syukur
Kerna terlalu bersyukur aku berkarya...berkarya...
dunia karya yang amat mengujakan!
Jika tak berkarya jiwaku mati rasanya nafasku seakan sesak...
Apa saja yang bahan kubaca ...kudengar....kupandang...
semuanya sumber inspirasi dunia karyaku...
Dan aku cukup tak gemar jika yang aku baca itu berbaurkan menghina...
mengeji...membangga diri....
aku suka ilmu yang mendidik dan bukan mengajar....
jika mendidik ilmu terus lekat di hati....
jika mengajar mereka terlebih tahu segala ilmu
makanya ilmu yang ingin disampaikan pastinya akan disepikan...
Kerna terlalu taksub dengan duniaku aku hanya terima rakan-rakan fbku
yang sentiasa memberi kerjasama sokongan dengan duniaku...
kalau dia membisu dan hanya sekadar teman fb tanpa memberi inspirasi dan menyepikan karyaku dan dia dengan dunianya seolah aku tiada wujud sebagai
rakan fbnya ...makanya aku terpaksa undur diri....
tapi bukanlah bermakna aku memutuskan talisiraturrahimi
mereka semua sentiasa di hatiku...lagi pula sebelum persahabatan di alam maya aku sudahpun berterus terang kenapa aku begini taksub dengan duniaku....
makanya setiap rakan fbku amat berharga lebih berharga daripada permata berharga...indahnya seperti indahnya pelangi di malam hari...
sebagaimana mereka terima karyaku apa adanya dan aku akan
terimanya lebih adanya.
Selagi mana Allah SWT izinkan aku menulis
Aku akan terus menulis ....sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
KARYA Ratu Rimba Niagara
1 April 2012


HIKMAH



Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbacam
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke tela Inpak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                            
5 April  2020  

0 comments:

Post a Comment

 
;