Friday, 19 June 2020

CITA-CITAKU CITA-CITAMU (462) MOGA SYURGA TEMPATMU ZULFARHAN


CITA-CITAKU CITA-CITAMU (462) MOGA SYURGA TEMPATMU ZULFARHAN 
2 tahun yang lepas
2 tahun yang lepas
Sahabatku,jagalah solat awal waktu dan buat dakwah setiap hari nanti Allah akan bantu saat kita susah dan dizalimi-ebitlew

2 tahun yang lepas
Madah Pujangga Luahan Rasa
Assalammualaikum
selamat pagi syg2 cinta hati
2 tahun yang lepas

SETABAH ZULFARHAN
Zulfarhan...
senyumanmu ikhlas
ikhlas seorang anak soleh
ikhlas seorang sahabat setiakawan
Zulfarhan...
kau anak harapan ayahanda bonda
peribadimu beradap sopan
sentiasa memuliakan dan menghormati ayahanda bonda
sentiasa tersenyum di kala suka ataupun duka
menjadi anak kesayangan ayahanda bonda
bertuah ayahanda bonda mempunyai anak sebaikmu
Zulfarhan...
kau meminati menjadi pegawai tentera
untuk berbakti kepada ibu pertiwi
agar ibu pertiwi bisa tersenyum indah seindah senyumanmu...
Zulfarhan...
kau menyayangi semua rakanmu tanpa terkecuali
susah kawanmu susahmu
kaulah hero yang sedia membantu jika kawanmu ditimpa kesusahan
bagimu biarlah kau yang susah asalkan kawanmu gembira
Zulfarhan...
kau menganggap kawanmu semuanya sahabat yang terbaik
tanpa mengetahui ada kawan
musuh dalam selimut
yang dengki dendam kesumat
atas kelebihanmu yang menjadi hero dalam semua perkara...
kau digelar hero atas keperibadianmu yang mulia sentiasa
membantu kawan,'Kawan setiakawan,' adalah prinsipmu dalam berkawan tapi atas pribadimu yang mulia itu tidak disenangi
oleh sekumpulan kawanmu yang mana di hadapanmu manis bagaikan gula di belakangmu terpendam dendam kesumat yang membara-bara.
Zulfarhan....
kau menjadikan kawanmu yang bernama Zuhairi sebagai idolamu
kau selalu memuji atas karismanya sebagai seorang bakal pegawai tentera yang terbaik .
Zulfarhan... apa yang kau sangkakan pada Zuhairi berlawanan 200%
dia menunggu masa yang sesuai untuk menghancurkan kau dengan menuduh kau mencuri laptopnya.
Zulfarhan...
Berkali-kali kau menafikan kau tidak mengambil laptop kepunyaan Zuhairi tapi Zuhairi menyuruh kau mengaku ....mana bisa mungkin kau mengaku apa yang kau tak perbuat.
Zulfarhan...
kau masih tersenyum walaupun disepak terajang oleh Zuhairi...sehingga Zuhairi naik marah dan memanggil 30 orang kawannya untuk membulimu secukupnya.
Zulfarhan...kau masih pertahankan maruahmu..kau rela mati daripada menjadi dituduh menjadi seorang pencuri. Kedua orang tuamu tidak mengajarmu menjadi pembohong apalagi menjadi pencuri.
Dengan kejam tanpa perikemanusiaan 30 orang kawan secara begilir-gilir mensterika seluruh tubuhmu kecuali wajahmu.
Allahu Akbar tak dapat dibayangkan betapa terseksanya kau di kala itu, Jikalah ibumu menyaksikan kejadian yang menimpa anaknya pasti ibumu rela menggantikan tempatmu...biarlah ibu yang distrerika bukan kau...tapi tika ibu menelefonmu dengan suara terketar-ketar menahan kesakitan ....kau masih menyembunyikan hal kau didera oleh kawan-kawanmu malah kau menyatakan tidak dapat pulang ke kampung berhari raya kerana menjaga kawanmu yang sakit akibat kemalangan jalanraya.Allahu Akbar mulianya hatimu Zulfarhan.
Zulfarhan...
Hampir dua minggu kau menanggung kesakitan yang amat sangat...
apa tidaknya 80% tubuhnya melecur akibat distrerika hingga tertanggal kulit dari tulang...bernanah..nanah ...pasti menyakitkan yang tak terperi.
Zulfarhan...
Atas kesabaranmu didera ...dibuli oleh kawan-kawanmu yang zalim bagaikan haiwan tiada perikemanusiaan..
Allah SWT menamatkan penderitaanmu dan kau redha....
Syurga balasan atas kesabaranmu menerima dugaan yang maha hebat.
Zulfarhan...selamat menikmati keindahan Syurga...di sana semuanya
akan menyayangimu setulus hati ...apa yang kau inginkan kawan setiakawan sebenarnya ada di Syurga dan kau layak menjadi penghuni Syurga insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
"Di Syurga nanti tiada hati yang terluka dan sedih. Yang ada cuma bahagia. So dekat dunia ni kena tabah menjalani ujianNya.'
Karya Ratu Rimba Niagara.
24 Ramadan 1438H
19 Jun 2017
(Ya Allah masukkanlah roh Zulfarhan ke dalam SyurgaMu bersama roh-roh hamba-hambaMu Yang beriman dan beramal soleh Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
KITA BERSAHABAT UNTUK BERSAMA MENCARI JALAN-JALAN PULANG KE PANGKUAN-NYA
Wajahmu wajahku bersama memandang Wajah Allah Azzawajallah di Syurga Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin berkat persahabatan atas niat suci murni kerana -Nya.
Aamin YRA. Allahu Akbar..
Ya Allah ...redhakan persahabatan kami ini
Moga persahabatan kami seperti persahabatan ahli-ahli Syurga
Tiada akan ada kerapuhan kasih dan sayang
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin rapuh
Tiada apa yang ingin kami fokuskan dalam persahabatan yang suci ini
Melainkan ingin mencari jalan-jalan pulang bertemu-Mu
Menyebarluaskan ilmu dunia akhirat agar hanya Engkaulah
Menjadi tumpuan semua hambaMu
Untuk Meng-AgungkanMu
Di sebilang masa dan ketika...
Ya Allah...Jauhkan kami...
Daripada segala yang membuatkan
Hatiku terluka
Hatinya terluka
Suburkan hati kami
Saling bekerjasama dalam
Melakukan segala kerja kebajikan
Yang Kau redhai tanpa ada niat sebesar zarahpun atas
Kerja kebajikan dilakukan
Biarlah kami tidak dikenali di dunia ini
Asalkan hanya Engkau sajahalah yang tahu
Biarlah sampai kami mati pun tidak diketahui
Kerana bukan nama untuk mempopularkan kami
Biarlah kami melenyap di bumi ini tanpa dikesan
Asalkan cita-cita kami untuk menjayakan perjuangan suci ini
Kau makbulkan...Kami sepenuh yakin pertemuan kami ini adalah atas KehendakMu maka kami Syukuri dan hargai sehingga akhir nafas kami tak mahu berpisah hanya kematian yang memisahkan kami
Andainya salah seorang di antara kami yang pergi dulu bertemuMu kami sebagai kumpulan persahabatan ini akan terus menerus menyambungkan perjuangan suci murni ini tanpa henti agar dapat diwariskan kepada generasi pelapis
sehingga dunia ini sampai waktunya tamat
Ya Allah dengan niat persahabatan ini hanyalah keranaMu
kerana mahu menuju jalan-jalan pulang bertemuMu
Kau simpulmatikan persahabatan ini
dengan wangian cinta dari SyurgaMu
agar sentiasa mewangi di hati kami
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Aamin YRA. Illahi anta maqsudi waredho kamatlubi.. Ya Tuhan hanya Engkaulah tujuanku dan hanya keredhaanMu yang sentiasa menjadi cita-citaku. Berkatilah persahabatan ini wahai kekasihku Yang Satu lindungilah kami didunia dan diakhirat.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
Hakikatnya dengan persahabatan ini kita telah ditemukan sejak Azali lagi.
Sahabat Dunia Akhiratmu,
Ratu Rimba Niagara,
24 Ramadan 1438H
19 Jun 2017
AKU DICIPTAKAN UNTUKMU
Allah ciptakan aku untuk kamu syukuri
Allah ciptakan kamu untuk aku syukuri
sama-sama menghargai.
KurniaanNya persahabatan yang indah ini
sama-sama harumkan hati
semurni hati Syurgawi
sama-sama berjanji
merealisasikan
hasrat murni
mahu hidup dan mati
sentiasa Allah redhai
agar bila sampai saatnya nanti
dijemputi Ilahi
dalam jiwa dan roh yang tenang diredhai Ilahi
Aamiin moga Allah makbulkan doa ini
Subhanallah indahnya persahabatan ini
semuanya suci ikhlas kerana Ilahi.
Aku diciptakan untukmu,
Ratu Rimba Niagara
24 Ramadan 1438H
19 Jun 2017





HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                                     

19 Jun   2020 

0 comments:

Post a Comment

 
;