Thursday 30 July 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (128) SELAMAT HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-61 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN ABDULLAH


SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (128) SELAMAT HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-61 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-SULTAN ABDULLAH


30 Julai 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima kejutan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Tuanku” daripada Warga Istana Negara bagi meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 Seri Paduka Baginda di Istana Negara, pagi ini.
Seri Paduka Baginda turut dikejutkan dengan persembahan sebuah kek dan pulut kuning daripada warga Istana Negara.
Warga Istana Negara turut melaungkan “Daulat Tuanku” tiga kali selepas nyanyian lagu tersebut. Seri Paduka Baginda turut berkenan memotong kek dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Istana Negara.
Kejutan ini berlangsung ketika Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong bersedia untuk berangkat pulang ke Kuantan, Pahang.
Semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
Agong sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'Daulat Tuanku Sultan dan Raja Pemer Merafak KEBAWAH YANG MAHA MULIA AL- SULTAN ABDULLA RI'AYATUDDI AL- MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH MUSTA'IN BILLAH D.K.P.,D. S.S.A.P, .K.(Terengganu). .K.(Johor)., D.K.M.B. (Brunei)., (Kedah) (erlis)., .K.(Perak) (er). Pahang Darul Makmur jajahan takluknya mbah Setinggi tinggi Tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Yangke-61 Kebawah Yang Julai2020 (Khamis) Bersamaan Zulhijjah 1Hijrah'
Anda dan 5.4K yang lain
373 Komen
642 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Komen

Paling Relevan
  • Peminat Utama
    RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
    • Suka
    • Balas
    • 35m
    • Telah disunting
    • RAJA PRIHATIN RAKYAT BAHAGIA NEGARA SEJAHTERA
      PANTUN MENJUNJUNG KASIH YANG DI PERTUAN AGONG KE-16
      Menjujung kasih sekalung tahniah di atas pemilihan,
      Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
      Seluruh rakyat Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
      Yang di-Pertuan Agong ke-16 berjiwa rakyat,
      Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
      Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
      Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diredhai.
      Masalah rakyat masalah baginda juga,
      Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
      Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
      Pengorbanan Tuanku hingga rakyat rasa terharu.
      Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
      Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
      Rakyat sentiasa berterima kasih,
      Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
      Agong kami Raja penyayang,
      Sayangkan rakyat sayangkan negara;
      Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
      Saling bantu membantu demi negara tercinta.
      Raja dan rakyat berpisah tiada,
      Sehati sejiwa mempertahankan negara;
      Seluruh rakyat mempertahankan Institusi diRaja,
      Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
      Menjunjung kasih sekalung tahniah daripada,
      Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
      31 Januari 2019
      (Pantun dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
      WARKAH PUISI UNTUK AGONG & PERMAISURI KE-XVI
      Bismillahirahmanirrahim
      Syukur Alhamdulillah Atas Pemasyhuran
      Sultan Abdullah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVI
      Daulat Tuanku
      Dirgahayu Tuanku
      Menjunjung Kasih Tuanku
      Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dan bertuah
      punyai Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang begitu prihatin kepada rakyat dan negara tercinta.
      Sifat Tuanku yang memuliakan dan menyayangi rakyat tidak kira apa jua bangsa membuatkan rakyat rasa terharu dan dihargai. Amat bertepatanlah Raja dan rakyat berpisah tiada.
      Atas keprihatinan Tuanku dan Permaisuri Agong Tengku Azizah rakyat tidak rasa terpinggir kerana segala kesusahan rakyat diambil peduli. Susah senang bersama.
      Tuanku berdua bukan sahaja Raja berjiwa rakyat malah lebih daripada itu, Raja yang menjiwai apa saja masalah rakyat.
      Apabila datang bencana menimpa rakyat, Tuanku tanpa protokol diRaja bertemu rakyat untuk sama merasai keperitan hidup rakyat dan memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.
      Allahu Akbar sungguh mulia hati seorang hamba Allah walaupun Raja sanggup mencemar duli demi rakyat yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga.
      Di hari pemasyhuran Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI Tuanku bersumpah setia akan memikul tanggungjawab sebagai seorang Ketua Negara yang menyandang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan adil saksama kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
      Semoga seluruh rakyat Malaysia rasa terbela di bawah pemerintahan Tuanku. Aamiin.
      Daulat Tuanku
      Dirgahayu Tuanku
      Menjunjung kasih Tuanku daripada,
      Ratu Rimba Niagara
      Pujangga Nusantara Cinta 5 Benua
      31 Januari 2019
      (Warkah puisi dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah).
      • Suka
      • Balas
      • 1j
      • Telah disunting
    • Peminat Utama
      Karya Disiarkan Sempena Meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
      Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
      SYAIR SULTAN ABDULLAH AGONG KE-XVI
      Tersebutlah kisah Agong tersohor,
      Sultan Abdullah Raja penyabar;
      Biarpun tugas penuh mencabar,
      Agar rakyat tidak terbiar.
      Permaisuri Azizah yang bijaksana,
      Cantik rupawan bagai bulan purnama;
      Memberi sokongan kepada baginda,
      Agar rakyat terus terbela.
      Bahagia hidup keluarga diRaja,
      Dikurniakan puteri dan juga putera;
      Dibesarkan dalam adat istana,
      Ayahanda dan bonda jadi idola.
      Sultan Abdullah diputerakan,
      Disambut keputeraan penuh kesyukuran;
      Semua rakyat gembira meraikan,
      Gembira rakyat dalam perhatian.
      Pahang negeri keputeraan baginda,
      Mempunyai ilmu penuh di dada;
      Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
      Raja dan rakyat berpisah tiada.
      Berbudi bahasa berhemah tinggi,
      Baginda bertitah rakyat dengari;
      Semua jemputan baginda hadiri,
      Asalkan rakyat rasa dihargai.
      Sultan Abdullah mencemar duli,
      Menziarahi rakyat bantuan diberi;
      Rakyat gembira tiada terperi,
      Kebaikan baginda lekat di hati.
      Sultan bertitah lalu memuji,
      Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
      Memerintah negara amanlah damai,
      Rakyat terbela itulah dihajati.
      Raja dan rakyat berpisah tiada,
      Masalah rakyat dikongsi bersama;
      Rakyat mengangkat Institusi diRaja,
      Raja dan rakyat rasa bahagia.
      Sultan Abdullah selalu menyeru,
      Inginkan rakyat bersatu padu;
      Buat keputusan tidak terburu,
      Aslkan rakyat terus maju.
      Sultan Abdullah percaya rancangan kerajaan,
      Mampu dinikmati segenap lapisan;
      Rakyat bersatu dalam perpaduan,
      Negara makmur dalam perpaduan.
      Raja dan rakyat amat rapat,
      Ke mana pergi rakyat diingat;
      Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
      Tuanku datang disambut hormat.
      Sultan Abdullah Agong ke enam belas,
      Dengan rakyat berkasihan belas,
      Tidak pernah rasa malas,
      Rakyat terbela dalam keikhlasan.
      Istana Agong tersergam indah,
      Apabila tertitah penuh bermadah;
      Pangkat yang tinggi tiada diendah,
      Bersama rakyat tetap merendah.
      Bersemayam baginda dalam istana,
      Rakyat diundang pergi ke sana;
      Raja kami yang bijaksana,
      Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
      Masalah rakyat sama dikongsi,
      Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
      Ikatan terus jadi serasi,
      Tercipta sejarah untuk generasi.
      Sukacita Agong negara maju,
      Pemerintahan Agong terus dipacu;
      Warkah dihantar Agong dituju,
      Mendoakan Agong terus di mercu.
      Putera kesayang ayahanda dan boda,
      Cemerlang negara amat sukacita;
      Raja dan rakyat berbipsah tiada,
      Bijaksana memerintah negara tercinta.
      Sejarah kesultanan patut dihayati,
      Dipelajari oleh generasi terkini;
      Personaliti Raja amat dikagumi,
      Ke mana pergi tetap dihormati.
      Pemerintahan Agong adil saksama,
      Cadangan rakyat semua diterima;
      Minta Perdana Menteri beri kerjasama,
      Agar negara jadi ternama.
      Sultan Abdullah Agong kesayangan rakyat,
      Ke mana pergi pentingkan rakyat;
      Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
      Tuanku sentiasa di hati rakyat.
      Sultan Abdullah Agong ternama,
      Berjiwa rakyat adil dan saksama;
      Pentingkan rakyat walau di mana,
      Galakan rakyat sentiasa bekerjasama.
      Selamat menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong,
      Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
      Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
      Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
      Sekian sahaja syair Agong ke-XVI sentiasa di hati rakyat,
      Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
      Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
      Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.
      Ampun tuanku,
      Daulat tuanku,
      Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan
      'Syair Sultan Abdullah Agong ke-XVI untuk tatapan
      seluruh rakyat Malaysia tercinta.'
      Patik percaya syair ini dapat mencetuskan rasa cinta yang amat mendalam kepada Institusi diRaja dan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan Institusi diRaja hingga ke titisan darah terakhir.
      Ampun Tuanku
      Daulat Tuanku
      Dirgahayu Tuanku
      Menjunjung Kasih Tuanku
      Akhir bicara patik doakan Tuanku sekeluarga dirahmati Allah di dunia jua di akhirat
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin
      Karya Ratu Rimba Niagara
      31 Januari 2019
      (Syair dikarang bersempena Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)
  • Peminat Utama
    Karya Disiarkan Sempena Meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
    Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
    • Suka
    • Balas
    • 41m

  • Peminat Utama
    Menjunjung Kasih Tuanku , Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    • Telah disunting
  • Allahuakbar x 3. Daulat Tuanku. Semuga Tuanku sentiasa dimurahkan rezeki yg diberkati dan dipanjangkan usia yg dirahmati. Inn Shaa Allah.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 13j
  • Peminat Utama
    Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Tuanku
    Semoga Allah memelihara dan merahmati Tuanku dan Tuanku Permaisuri. In shaa Allah Amin 🤲🏻
    • Suka
    • Balas
    • 4j
  • Peminat Utama
    Selamat menyambut hari keputeraan buat Kebawah Duli Tuanku. Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati Tuanku dan Tuanku Permaisuri. Semoga Allah merahmati Negara Malaysia di bawah pemerintahan Kebawah Duli Tuanku. Semoga kita semua selamat hendaknya. Daulat Tuanku.
    • Suka
    • Balas
    • 11j
    • Telah disunting
  • Peminat Utama
    🙏 Selamat Ulang tahun keputeraan buat Tuanku. Semoga sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah serta dikurniakan kesihatan yg baik buat Tuanku.. Aminn
    • Suka
    • Balas
    • 12j
  • Daulat tuanku, semoga panjang umur & sentiasa dirahmati Allah Swt. InshaAllah Amin Ya Rabbalamin 🥰❤️
    1
    • Suka
    • Balas
    • 14j
  • Peminat Utama
    Selamat Ulang Tahun Keputeraan Ke 61 Tuanku.. Moga Tuanku sentiasa dlm kesihatan yg baik dan sentiasa dlm rahmat dan kasihsygNya.. Aamiinn YRA
    • Suka
    • Balas
    • 12j
  • DAULAT TUAN KU.SEMOGA PANJANG UMUR DAN SENTIASA DI RAHMATI ALLAH.AMIN🤲🤲🤲
    • Suka
    • Balas
    • 14j
  • Peminat Utama
    Selamat Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT jua dan diberikan kesihatan dan kesejahteraan buat Tuanku.. Raja Permaisuri.. Putera2 dan Puteri2.. Aamiin Yaa Rabbal Aa'lamiin.. ☂️❤️☂️❤️☂️❤️☂️❤️☂️❤️
    • Suka
    • Balas
    • 12j
  • Patik ingin menrafak sembah setinggi- setinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah HAPPY BIRTHDAY Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
    2
    • Suka
    • Balas
    • 14j
  • Allahuakhbar x3
    Daulat Tuanku x3
    Dirgahayu Tuanku.
    Semoga Diberkati panjang umur murah rezeki Tuanku insyaallah amin.
    Ampun Tuanku
    • Suka
    • Balas
    • 13j
  • Daulat Tuanku
    Alhamdulillah..Semoga pemerintahan berjiwa rakyat KDYMM SPB Tuanku sentiasa dilindungi & dalam rahmat Allah SWT..Aamin ya rabbal alamin
    • Suka
    • Balas
    • 13j
  • Daulat Tuanku..selamat ulang tahun ke61 sy nk hadiah..semoga Panjang umur sihat selalu dan semoga allah memelihara Tuanku Dan Permaisuri untuk Rakyat Jelata Aamiin3x ya Rabbal Aalaamiin☺️
    • Suka
    • Balas
    • 12j
    • Telah disunting
  • Allahuakhbar...3 x
    Semoga KDYMM SPB Tuanku..
    Dirahmati allah swt..
    Dualat Tuanku...
    • Suka
    • Balas
    • 10j
  • Daulat Tuanku semuga terus dirahmati Allah SWT!
    Sanah helwah!
    1
    • Suka
    • Balas
    • 13j
  • DAULAT TUANKU.....
    Selamat Hari Keputeraan Tuanku,
    semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dlm peliharaan allah...
    • Suka
    • Balas
    • 10j
  • Selamat ulang tahun keputeraan yg ke 61 tuanku🙏,semoga tuanku dipnjangkan usia srta diberi kesihatan yg berpanjangan..Aamiin


PANTUN COVID-19
Imej mungkin mengandungi: ‎1 orang, ‎teks yang berkata '‎" Seri Paduka Baginda menggesa akyat supaya tidak hilang fokus fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak VID-19 COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos, 2020 نكلرا استان www.istananegara.gov.my www. gov.my istana negara IstanaNegaraOfficia‎'‎‎
23 Julai 2019 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyeru rakyat tidak mengambil sikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan dan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Dilihat oleh 2
Suka
Komen
Kongsi

Komen


PANTUN COVID-19
Malaysia kini sedang diuji,
Covid-19 penyakit berjangkit;
Penyakit berjangkit amat digeruni,
Perintah dikeluarkan agar tidak berjangkit.
Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan,
Duduk di rumah satu arahan;
Bagi menghentikan covid-19 tak berpanjangan,
Kesihatan rakyat sentiasa diutamakan.
Rakyat yang engkar diambil tindakan,
Agar covid-19 dapat diputuskan;
Musnah negara jika tak diendahkan,
Justeru rakyat bersama hentikan.
Covid-19 merebak tanpa disedari
Bagaikan tsunami datang melanda;
Ramai sudah dijangkiti ada yang mati,
Itu yang merisaukan rakyat jelata.
Ramai pesakit membuat saringan,
Bagi memastikan tidak dijangkiti;
Apabila dijangkiti meranalah badan,
Menentukan antara hidup dan mati.
Rakyat dikehendaki patuhi arahan kerajaan,
Duduk di rumah agar tak dijangkiti;
Rataian covid-19 dapat diputuskan,
Rakyat sihat hidup dalam kesejahteraan.
Covid -19 penyakit berjangkit,
Bila dijangkiti merana badan,
Mesti dijauhi agar tak menjangkit,
Keselamatan rakyat diutamakan.
Rakyat diseru jaga kesihatan,
Kebersihan diri mesti diutamakan,
Covid-19 tidak kelihatan ,
Ada wujudnya jika tak diendahkan.
Bahaya Covid -19 memakan diri,
Bila dijangkiti sakit tak terperi,
Rakyatku kamu tak sendiri,
Sokongan padu sentiasa diberi.
Duhai rakyat patuhi arahan,
PKP untuk keselamatan anda,
Anda selamat sukalah kerajaan,
Begitu berharganya nyawa anda.
Anda adalah permata negara,
Covid-19 boleh kehilangan nyawa,
Kematian anda hilanglah permata negara,
Kerajaan berkorban hingga hujung nyawa.
Barisan hadapan berkorban demi anda,
KKM PDRM ATM BOMBA bersatu tenaga,
Bekerja tak kira masa demi anda,
Duduk di rumah tanda setia.
Pesakit Covid -19 kian meningkat,
Dijangkiti begitu mudah dan cepat,
Wujudnya Covid-19 tidak bertempat,
Covid -19 dijangkiti begitu cepat.
Covid -19 tidak mengenal siapa,
Sesiapa saja boleh dijangkiti,
Justeru semua mesti berwaspada,
Agar terselamat dari dijangkiti.
KKM paling sibuk merawat pesakit,
Pesakit Covid-19 bertarung nyawa,
Berharganya nyawa setiap pesakit,
Diselamatkan hingga hujung nyawa.
Setiap yang hidup pasti mati,
Pesakit Covid-19 ada yang mati,
Jenazah diasingkan agar tak dijangkiti,
Dari jauh didoakan tanda diingati.
Pergilah dengan aman duhai yang disayangi,
Kasih sayang tetap dikenangi,
Di dunia kasih tersimpul mati,
Di Syurga selamanya kasih abadi.
Terima kasih kerajaan penyayang,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri,
Jasamu sentiasa dikenang,
Moga Allah SWT merahmati.
Agong penyayang PM penyayang,
Bertuah sungguh rakyat Malaysia,
Covid-19 berterusan nyawa melayang,
PKP dipatuhi demi cinta Malaysia.
Agong dan PM sehati sejiwa,
Siang dan malam fikirkan rakyat,
PKP diarahkan selamatkan jiwa,
Kekal duduk di rumah duhai rakyat.
Pantun Covid-19 dikarangi,
Buat semua rakyat Malaysia,
Yang sentiasa disayangi,
Moga rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Aamiin
Terima kasih Agong
Terima kasih PM
Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
Terima kasih KKM
Terima kasih PDRM
Terima kasih ATM
Terima kasih BOMBA
Terima kasih PARA SUKARELAWAN
Terima kasih semua rakyat Malaysia
Atas pengorbanan diberikan demi Malaysia tercinta!
Syukur Alhamdulillah
Karya Ratu Rimba Niagara
10 April 2020
(Pantun dikarangkan istimewa untuk Agong, PM, Semua Warga KKM. PDRM, ATM, BOMBA dan para sukarelawan dan semua rakyat Malaysia yang mematuhi ,'Perintah Kawalan Pergerakan')


KU MILIK ORANG YANG BERSELAWAT KE ATASMU
Ketika di Mikraj di Sidratul Muntaha, Allah swt bertanya kepada Nabi saw, Milik siapakah seluruh langit ini? Nabi saw menjawab, milikMu Ya Allah. Allah swt bertanya lagi kepada Rasulullah saw, Milik siapakah dirimu? Nabi saw menjawab, MilikMu Ya Allah. Kemudian, Allah swt bertanya lagi, Milik siapakah diriKu? Nabi saw diam tersipu-sipu tidak menjawab. Kemudian Allah swt sendiri menjawabnya, Sesungguhnya Aku milik orang yang berselawat ke atasmu.
Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih!
Allahumma solli wa sallim 'alaih
Maha Suci Tuhan Pemilik langit dan Bumi, Tuhan Pemilik ‘Arsy, dari apa yang mereka sifatkan itu.’
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 82)
MAKRIFAT CINTA

Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.

Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajalla kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta.
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"


TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
HIKMAH
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.


JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .

ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.

BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !

SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH

'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'


As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)


WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin


PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
30 Julai 2020

0 comments:

Post a Comment

 
;