Tuesday 21 July 2020

SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (93) MALAYSIA PRIHATIN 3



SASTERAKU ANUGERAH-NYA TERINDAH (93) MALAYSIA PRIHATIN 2

1h 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
1h 

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri




  • PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA
    Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
    Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
    Maju negara kerana belia positif,
    Belia cemerlang itulah yang dihajati.
    Hari belia disambut penuh gemilang,
    Belia gembira pergi ke sana;
    Pergi ke sana merebut peluang,
    Masa depan tercerna negara terbina.
    Program diatur mengikut citarasa belia.
    Asalkan belia jadi cemerlang;
    Program diatur dikawal selia,
    Agar belia terus gemilang.
    Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
    Untuk memperingati belia berjasa;
    Sayangkan belia sayangkan negara,
    Pemimpin hargai setiap belia.
    Hari ini belia diraikan,
    Dalam suasana penuh ceria;
    Jasamu belia tidak dilupakan,
    Kerana dirimu harapan negara.
    Pelbagai program di hari belia,
    Hingga belia rasa teruja;
    Tiada belia rasa kecewa,
    Kerana minat belia semuanya ada.
    Wajah belia berseri-seri,
    Belia negara raikan hari belia;
    Usaha belia tetap dihargai,
    Kerana dirimu harapan negara.
    Di hari belia mendapat ilham,
    Mendapat ilham menjadi ahli belia;
    Di usia muda melabur saham,
    Agar tak rugi di hari tua.
    Bila menjadi ahli belia,
    Hidup berubah merebut peluang;
    Belia kreatif majulah negara,
    Belia cemerlang negara terbilang.
    Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
    Ingin membangunkan belia Malaysia;
    Program dianjurkan dengan jaya,
    Cemerlang belia untuk negara.
    Belia produktif negara cemerlang,
    Usaha dibina atas keringat;
    Jasamu menteri takkan hilang,
    Ke mana kau pergi terus diingat.
    Bertuahnya hidup belia Malaysia,
    Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
    Rebutlah peluang selagi ada,
    Pastinya dikau menempa kejayaan.
    Negara lahirkan ahli sukan,
    Ramai sudah menjadi ternama;
    Di mata dunia mengharumkan nama negara,
    Pingat dirangkul negara berbangga.
    Belia bersukan belia cergas,
    Segala aktiviti berjalan lancar;
    Belia lemah patut bertegas,
    Wajah berseri terus terpancar.
    Belia digalak aktif bersukan,
    Badan sihat minda cergas;
    Mahu berjaya tiada alasan,
    Tetapkan matlamat biar jelas.
    Belia aktif kerana mendapat sokongan,
    Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
    Belia lemah terus ada kemajuan,
    Diberi galakan juga bantuan.
    Belia dan kerajaan saling memerlukan,
    Kerana belia tiang negara;
    Belia berkualiti lagi berwawasan,
    Pastinya cemerlang belia Malaysia.
    Tanpamu menteri siapalah belia,
    Harapan belia terpikul di bahumu;
    Jasamu menteri tidak dilupa,
    Akan dihargai bila bertemu.
    Belia kreatif penentu pembangunan negara,
    Negara terus gilang gemilang;
    Majulah belia majulah negara,
    Tercipta sudah belia cemerlang.
    Sukanya hati belia berjaya,
    Keluarga tersayang turut gembira;
    Semuanya gembira tidak terkira,
    Kerana belia harapan negara.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2010
    (Sempena Hari Belia Negara )
    PUISI BELIA HARAPAN NEGARA
    Beliaku
    negara perlukanmu
    justeru bangunlah dari lenamu
    sedarlah dari lekamu
    sedarlah dari lalaimu.
    Mari kubimbingmu menuju kejayaan!
    jangan ada rasa rendah diri
    jangan ada rasa kecewa
    berubahlah demi
    dirimu keluargamu negaramu pewarismu!
    Aku percaya kau boleh berjaya
    jika semangat kentalmu datang
    aku menantimu di sini
    bersama azammu untuk berjaya
    Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia
    segalanya akan berubah! Percayalah!
    kerana kau adalah harapan negara!
    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Mei 2010
    (Sempena Hari Belia Negara )
    Yantzen Peace, Datuk Mohd Jeffry Rosman
    and 11 others like this.
    Alex Dennis on paper jer.
    adakah ia tersirat di Daerah Tawau.
    Ratu Rimba Niagara Boleh juga direalisasikan di Daerah Tawau cuba minta pandangan Datuk Jeffry mengenai yang tersirat, terima kasih atas perhatiaanmu sahabatku dari Tawau.
    Alex Dennis yes saya tau dapat rasakan Tanggungjawab Datuk Mohd Jeffry Rosman tetapi pihak Kementerian yang bertanggungjawab?
    Ratu Rimba Niagara Kalau begitu saya cadangkan elok sangatlah pihak kementerian bergabung idea dengan Datuk Jeffry dan saudara Alex Dennis bagi merealisasikan pada belia Sabah apa yang tersirat pada pantun di atas.
    PANTUN BELIA SATU PEDOMAN SEJUTA KEBAIKAN
    Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam Ratu Rimba Niagara, saya rasa pantun di atas adalah terbaik sepanjang yang saya pernah baca. Inilah satu pantun belia yang harus diikuti. Satu pedoman sejuta kebaikan.
    Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam terharu saya mendengar komen daripada datuk mengenai pantun belia yang dikarangkan, ketika saya mengarang pantun tersebut, perasaan saya yang selama ini terlalu sayangkan generasi pasca merdeka tidak dapat dibendung lagi,
    lebih-lebih lagi semua belia Malaysia. Alangkah bahagianya setiap naluri belia difahami oleh pihak kerajaan dan pemimpin di Malaysia kerana mereka semua adalah permata-permata negara yang terlalu amat bernilai.
    Jika mereka tidak diberi sokongan, galakan dan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun pemimpin, aduhai kasihan mereka, kasihan negara. Jika belia aktif dan berfikiran positif maka walau apa jua keadaan sekalipun mereka tetap mengutamakan negara daripada kepentingan mereka sendiri kerana negara telah mengutamakan mereka, pemikiran mereka telah terpasak ilmu yang terasuh untuk mencintai negara!
    "HARGAI BELIA...HARGAI RAKYAT...HARGAI PEMIMPIN...HARGAI NEGARA...KEMERDEKAAN PASTI MILIK KITA SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI!
    'SALAM KEMERDEKAAN KE-54 MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA! "
    (PETIKAN PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA)

    • Suka
    • Balas
    • 29m

  • PANTUN TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
    Transformasi Berjaya,
    Rakyat Sejahtera;
    Hargai Merdeka,
    Sejahtera Malaysia.
    Demi maruah bangsa yang gagah,
    Rela kutempuhi onak dan duri;
    Agar Malaysiaku terus megah,
    Dijajah semula rakyat yang rugi.
    Bekalan warisan anak-anak merdeka,
    Disanjung dipuja setiap masa;
    Semangat patriotik tertanam di jiwa,
    Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.
    Kukuh perpaduan demi Malaysia,
    Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
    Mencintai negara terus membara,
    Salam perpaduan penuh keikhlasan.
    Negara maju aman sejahtera,
    Perdana Menteri azam membara,
    Seluruh rakyat cintakan negara,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
    Rakyat sejahtera Malaysia aman,
    Rakyat sepakat dalam perpaduan:
    Pelbagai kaum meraikan kemerdekaan,
    Malaysia berada di puncak kejayaan.
    Malaysia perkasa di persada dunia,
    Lambang semangat negara berjaya;
    Rakyat dan pemimpin berubah demi negara,
    Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Misi dan visi Malaysia rakyat realisasikan;
    Barulah pemimpin dan rakyat tiada sengketa,
    Negaraku sejahtera dalam keamanan.
    Negaraku sejahtera dalam keamanan,
    Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat;
    Bersatu hati dalam perpaduan,
    Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat.
    Memerdekaan dihargai sepanjang hayat,
    Untuk diwarisi zaman berzaman;
    Semua jasa Perdana Menteri tetap di hati rakyat,
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan.
    Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan,
    Pelbagai kaum saling menghormati;
    Kepentingan negara menjadi keutamaan,
    Memadamkan segala kedengkian di hati.
    Memadamkan segala kedengkian di hati,
    Matlamatnya satu biarpun berlain parti;
    Memerintah negara seikhlas hati,
    Demi kerana Malaysia dicintai.
    Demi kerana Malaysia dicintai,
    Yang tua dihormati;
    Yang muda disayangi,
    Barulah aman Malaysiaku ini.
    Barulah aman Malaysiaku ini,
    Pemimpin pentingkan kebajikan rakyatnya;
    Tidak mementingkan diri sendiri,
    Demi kerana negara dan rakyatnya.
    Demi kerana negara dan rakyatnya,
    Perdana Menteri menyeru lakukan transformasi;
    Transformasi dari akar umbi hingga semua menteri kabinetnya,
    Transformasi berjaya barulah rakyat berpendapatan tinggi.
    Barulah rakyat berpendapatan tinggi,
    Kehidupan sempurna rakyat sejahtera;
    Jasa pemimpin rakyat hargai,
    Kemajuan negara ke puncak jaya.
    Kemajuan negara ke puncak jaya,
    Rakyatnya gigih membangunkan negara
    Pesat membangun transformasi berjaya,
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa.
    Mencipta nama hingga ke antarabangsa,
    Negaraku Malaysia rakyatnya sentosa;
    Hidup aman dan bahagia sentiasa,
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
    Kemerdekaan negara mesti dijaga,
    Akan sejahtera kita semua;
    Tutur kata seindah bahasa,
    Barulah negara aman sentosa.
    Pentadbir negara bersatu padu,
    Cemerlang berkerja tidak terburu;
    Lambang utuh ukhwah bersatu,
    Negara makmur negara maju.
    Negara makmur negara maju,
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu;
    Pemimpin dan rakyat sentiasa berpadu,
    Demi kerana Malaysia yang satu.
    Kebanggaan warisan pejuang terdahulu,
    Sanggup berkorban demi memerdekakan negara;
    Generasi pasca merdeka amat terharu,
    Menghargai kemerdekaan sejahtera negara.
    Transformasi berjaya rakyat sejahtera,
    Pembangunan negara pesat membangun;
    Mercu kejayaan pentadbir negara,
    Malaysiaku maju rakyatnya aman.
    Sanggup terkorban demi memerdekakan negara,
    Lambang patriotik semangat perwira;
    Seluruh rakyat sayangkan negara,
    Jiwa patriotik sentiasa membara.
    Lambang patriotik semangat perwira,
    Jalur semangat gemilanglah bangsa;
    Jalur gemilang tetap dimulia,
    Dipertahankan untuk warisan bangsa.
    Kita anak-anak Malaysia yang gagah,
    Pantang berundur sebelum melangkah;
    Jalur Gemilang berkibar megah,
    Jadikan negara dipandang gah.
    Demi semangat cintakan negara,
    Jalur Gemilang tak boleh ditukar ganti;
    Lambang kesetiaan rakyat kepada negara,
    Kekal merdeka Malaysia dihormati.
    Kekal merdeka hingga ke akhir zaman,
    Berkat kecintaan rakyat kepada negara;
    Keharmonian negara sejak berzaman,
    Kemajuan negara dipacu terus mara.
    Berkibarlah benderaku penuh bangga,
    Perjuangan dan kesetiaanmu kami hargai;
    Akan kami pertahankan sepenuh jiwa dan raga,
    Kesetiaan kibaranmu tidak akan kami ragui lagi.
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    (Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)

    • Suka
    • Balas
    • 14m

  • PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT,'RAKYAT MAJU NEGARA SEJAHTERA'
    Kemiskinan salah siapa?
    bukan tak usaha
    tapi sekadar
    kais pagi makan pagi
    kais petang makan petang
    maka tugas pemimpinlah
    membela nasib rakyat yang miskin
    jika rakyat tetap miskin juga
    pemimpin letak jawatan
    kerana tiada memberi manfaat
    kepada rakyat yang terus miskin
    hingga diwariskan kemiskinan ke anak cucu
    ini memberi impak kepada negara juga
    pimimpin walaupun tak miskin
    tapi miskin strategi untuk membangunkan
    rakyat dan negara
    atas dasar itu
    sesiapa yang ingin jadi pemimpin
    pastikan dapat membasmi kemiskinan rakyat
    rakyat pula pastikan memilih pemimpin yang dapat
    membela nasib mereka yang miskin
    barulah dapat melahirkan
    pemimpin berjiwa rakyat
    rakyat maju negara sejahtera
    Karya Ratu Rimba Niagara
    9 Julai 2020
    Pantun diilhamkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Rukun Negara yang mempertautkan seluruh rakyat Malaysia dalam satu semangat cintakan negara)
    2 people like this.
    Rian Mj Y mantap @ teruslah berkata jujur dan cerdas saudaraku.
    Ratu Rimba Niagara Terima kasih Rian Mj dengan membaca karya ini kamu bersemangat untuk bercita-cita menjadi seorang pemimpin membela nasib rakyat miskin. Inilah tujuannya kenapa karya ini dihasilkan agar pemimpin bangkit , rakyat bangkit untuk menjadi pemimpin yang jujur membela nasib rakyat miskin dan rakyat tegas untuk memilih pemimpin ikhlas dan jujur membela nasib rakyat miskin.
    Merdekalah panji-panji Allah di seluruh dunia Allahu Akbar Aamiin.
    Moga kita merdeka dengan kesyukuran, merdeka dari azab kubur dan merdeka dari azab api neraka Allahu Akbar Aamiin. Inilah erti kemerdekaan sebenar, memerdekakan negara sebagai kita menyokong agar umat Islam dapat beramal dan mengembangkan agama Islam dalam aman damai tanpa diganggu gugat oleh mana-mana pengkhianat yang ingin menghancurkan negara Islam. Dengan panji-panji Allah berkibar megah di seluruh dunia. Allahu Akbar Aamiin.


'SALAM CINTA KASIH DAN SAYANG UNTUK PERDAMAIAN SELURUH
DUNIA '

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
Ratu Rimba Niagara Pujangga Seribu Zaman,
Srikandi Sastera Raja-Sultan Nusantara @ Pujangga Nusantara
Cinta 5 Benua Malaysia,Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand,
202 Negara Dunia & Seluruh Dunia Kecuali Israel,
9 Julai 2020



MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH

HIKMAH


Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diredhai, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melJainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
                                     
21 Julai  2020

0 comments:

Post a Comment

 
;