Wednesday, 24 March 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (389) INDAH SALING MENGHARGAI



BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (389) INDAH SALING MENGHARGAI

1 Perkongsian
Kongsi
CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH
+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
+ Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU... TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W.T...
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
Sila SHARE dan SEBARKAN. Moga ada kebaikan dan manfaat buat semua..
1 Perkongsian
Kongsi


AWAN MEMBIRU DI MALAM PURNAMA
'ISTANA SYURGA MILIK-MU'
Subhanallah
Terlalu indah malam ini ...
Sinar purnama terang benderang
Sinar purnama biru membiru
Semuanya membiru
Menenangkan tenang syahdu
Allahu Akbar...
Tenang...tenang...tenang...
Syahdu...syahdu...syahdu...
Aku terpesona Kebesaran-MuTuhan...
Sesungguh-Nya Engkau Maha Bijaksana
Mencipta alam ini sebegini indah ....
Aku menyaksikan panorama amat indah
Mempesona ....terasa diri ini terlalu kerdil
Di sana kulihat awan berarak lalu
Sekali kupandang kulihat Istana Kayangan di sana
Adakah itu Istana di Syurga ...
Allahu Akbar terlalu indah istana itu
Adakah aku layak mendiami Istana Syurga itu
Alangkah bahagia jika itu
Allah Kurniakan kepadaku...
Pasti aman bahgia
Yang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Aku yakin Istana Syurga
Boleh dimiliki semua hamaba-Nya
Asalkan hidup di dunia ini
Berpandukan Al-Quran dan Hadis...
Insya-Allah semua-Nya boleh memiliki
Istana Syurga
Syukur Ya Allah Kau izinkan aku
Melihat panorama purnama malam
Biru membiru yang amat indah ini
Bersama Istana Syurga Milik-Mu
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Zulkaedah 1434H
3 Oktober 2013
CAHAYA PURNAMA PINTU LANGIT KE TUJUH
SUBHANALLAH
Betapa aku terpegun
Betapa aku kagum
Sebegini indah
Ciptaan yang Kau Ciptakan Tuhan...
Betapa indahnya purnama
Bercahayakan merah jingga
Memancarkan cahaya
Cahaya jingga
Bercampur merah kuning putih
Cahaya itu terus memancar
Ke tujuh petala langit
Ke tujuh petala bumi
ALLAHU AKBAR
Terlalulah indah
Aku terpesona dalam ketabsubkan
Aku memuja-Mu
Akulah pencinta-MU
Yang meminati apa saja
Karya Maha Seni Segala Seni ...
Pencipta Yang Maha Agung
Yang Tiada siapa dapat menandingi-MU
Kau perlihatkan padaku
Pintu langit ke tujuh
Kau buka
Dengan dihiasi
Bulan purnama
Bercahaya jingga
Berkilau-kilau
Bergemerlapan
ALLAHU AKBAR
Terlalulah indah mempesona...
Seindah Syurga
Dan ku yakin
Bidadari-bidadari
Bidadara-bidadara
Sedang menunggu
Roh-roh suci
Para Kekasih-Mu
Yang syahid fisabilillah
Allahu Akbar
Maha bahagia yang tak terlafaz
Sesungguh-Nya
Kuasa-Mu
Mengatasi Segala yang ada
Di alam semesta ini.
Karya Ratu Rimba Niagara
23 Disember 2012
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN!
Salam damai juga untuk Ayahanda Raden Abdurrachman dam Bunda Ratu yang disanjungi lagi dikasihi di benua sana...moga Jambi kekal mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin Ya Rabbal A'Lamin
RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!
Karya Rha NS
24 Mac 2012



 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
2 Komen
Kongsi

Komen


















  • CENDERAHATI KARYA DARIPADA RABEAH MOHD ALI KEPADA RADEN ABDURRACHMAN SEMPENA PENOBATAN SEBAGAI SULTAN KERAJAAN MELAYU KESULTANAN JAMBI, 18 MARET 2012
    Rabeah Mohd Ali shared a link.
    Penobatan Raden Abdurrachman sebagai Sultan Kerajaan Melayu Kesultanan Jambi, 18 Maret Mendatang –.
    “Bunga Raya Ditepi Tanjung Jangan Direnggut Dahan Terpaut, Adat Budaya Rasa Nak Junjung, Hidup Mengikut Pada Yang Patut. Dari Muaro Jambi Ke Tungkal Ulu, Hendak Membeli Ikan Pari, Memanglah Rencana Keluarga Dari Dahulu Agar Kerajaan Melayu Kesultanan Jambi Segera Dilestari”.



    Bunga raya di tepi tanjung,
    Kasih Tuanku diRaja amat disanjung;
    Raja dan rakyat kasih dijunjung,
    Kerajaan Kesultanan Jambi akan tersanjung.


    Sultan Jambi namanya Raden Abdurrahman Rahman,
    Baginda berjiwa rakyat orang yang beriman;
    Berkata penuh adap dan sopan,
    Di hati sentiasa dalam kerendahan.

    Raden Abdurrahman menghadiri Musyawarah Adat,
    Diadakan Acara FKN VII di Palembang Darussala;
    Dalam Jabatannya sebagai Pemangku Adat,
    Sultan Jambi disayangi seluruh rakyat jelata.

    BERTUAH RAKYAT JAMBI
    BERTUAHLAH RAKYAT JAMBI PUNYAI RAJA BERJIWA RAKYAT YANG UTAMAKAN RAKYAT LAGI BERIMAN DAN PERCAYA HARI AKHIRAT YANG SUDAH TIADA MAKNA LAGI SEGALA HARTA DAN DARJAT KETURUNAN MELAINKAN BEKALAN YANG ADA NILAIAN DI SISINYA MOGA APA YANG DICITAKAN RADEN PADA RAKYAT JAMBI MENJADI KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
    KARYA RHA NS
    18 FEBRUARI 2012


    Akan bangkit Kesultanan dan seluruh bangsa Melayu,
    Di mana-mana berada termasuk Jambi ;
    Api perjuangan tidak akan pernah luntur di jiwa Tuanku,
    Yang ada di kalbu adalah perjuangan demi rakyat dicintai.
    Tuesday at 5:34am · Like
    Raden Abdurrahman Rahman TERIME KASEH ANANDE.... SEMUANYA KITE KEMBALIKAN KEPADA REDHO ALLAH, KEBERKATAN ALLAH, SEBAB ..... KITE SEBAGAI MANUSIA CIPTAAN ALLAH MASIH TERLALU BANYAK KEKURANGAN DAN KESEMPURNAAN ...... KARENA JALAN KEHIDUPAN KITE KEDEPAN SESUAI DENGAN SEGALA PERENCANAANNYA, NAMUN SEMUA ALLAH YANG MENGATUR DAN MENENTUKAN ......

    Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
    Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
    Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!

    Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!

    BIARPUN BERJUTA INGIN MEMBUNUH ANGAN PERJUANGANMU!
    Biarpun berjuta ingin membunuh angan perjuanganmu...
    Kau akan tetap di situ...
    Tak akan berganjak walau seinci pun!
    Kau takkan bergoyang semangat atau rebah menyembah bumi
    Kau hanya layak rebah tika bersujud pada Ilahi
    Kau berjuang matlamatnya bukan untuk dipuji atau disanjungi
    Tapi yang ada di hati hanyalah DIA Tuhan Yang Mecipta Semesta Alam...
    Percayalah sesusah mana pun kau berada Allah sentiasa bersamamu...
    bila mana kau fikirkan itu pasti jiwamu akan tenang....
    setenang air di kali...aku di sini sentiasa menyokong perjuangan suci mu dalam keadaan apa jua pun Insya-Allah itu pun jika kau sudi menerima sokonganku
    dari jauh ku doakan kau bertabah hati menempuh segala onak dan duri di dunia ini sebelum sampai ke negeri pasti!
    Rha NS
    2 Februari 2012
    Raja dan rakyat berpisah tiada,
    Seperti keris dan sarungnya lambang perpaduan;
    Penguasa yang adil dikasihi rakyat di mana berada,
    Telah Ditetapkan Allah Sebagai Penguasa Di Akhir Zaman.
    BANGKITLAH SEMANGAT
    Bangkitlah semangat jangan dikuburkan begitu saja...
    biarpun tsunami datang membadaimu
    kau masih lagi tetap bersemangat!
    sebelum ajal datang bertandang
    kau tetap bersemangat meneruskan perjuangan anak bangsamu...!
    Suatu masa nanti angan-angan bukan lagi angan-angan tapi
    angan-angan yang telah direalitikan berkat doa restu mereka yang bisa mengerti erti sebuah perjuangan suci demiNya.
    Karya Rha NS
    12 Februari 2012




    Biar pun kita cuma kenal di alam maya tapi serasa dekat di hati kerana perjuangan kita adalah sama iaitu melestarikan khazanah warisan bangsa melayu agar dihargai dan dikenang sepanjang zaman pada generasi kini dan akan datang...Insya-Allah berkat kesabaran yang tidak pernah erti putus asa dan jemu berjaya sampai ke matlamatnya! Amin
    Disiarkan Sempena Penobatan Ayahanda Abdurrahman Rahman Sebagai Sultan Jambi
    18 Mac 2012
    Like · · Unfollow Post · March 18 at 11:36am near Petaling Jaya
    • Suka
    • Balas
    • 9t

  • Salam untuk Tuanku yang sentiasa tersanjung di hati...dan rasa bersyukur dapat ditemukan rakan alam maya yang mempunyai perjuangan yang sama dan minat yang sama dalam melestarikan khazanah budaya bangsa Melayu termasuk Kesultanan Nusantara agar dapat dimertabatkan di persada dunia. Barulah dunia tahu betapa hebatnya Dunia Melayu dan merasai akan kewujudan bangsa melayu dan Kesultanan Melayu...benarlah kata moyang kita Laksamana Hang Tuah , 'TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!
  • RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN!
    Salam damai juga untuk Ayahanda Raden Abdurrachman dam Bunda Ratu yang disanjungi lagi dikasihi di benua sana...moga Jambi kekal mengiktirafkan sistem diRaja bersilsilah.Aamin Ya Rabbal A'Lamin
    RAJA RAKYAT PEMERINTAH 3 SERANGKAI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SAMPAI KAPAN PUN! DUNIA PASTI AKAN TERSENYUM BANGGA!
    Karya Rha NS
    24 Mac 2012


RAJA YANG ADIL RAJA BERDAULAT!
Tg Pengeran Assyariff berdarah Raja,
Raja yang amat pentingkan rakyat baginda;
Amat menyanjungi institusi diRaja,
Ke mana pergi disayangi rakyat baginda.
Raja menyayangi rakyat
Rakyat menyanjungi Raja
Raja berkorban demi rakyat
Rakyat menghargai pengorbanan Raja
Kata Sepakat Membawa Berkat
Negara Aman Rakyat Sejahtera
Raja Yang Adil Raja Berdaulat!
Pemimpin yang adil rakyat sejahtera
Rakyat berjasa ...rakyat yang menghargai Raja mencintai negaranya melebihi kepentingan sendiri!
Selagi kita mempertikaikan kelemahan institusi diRaja dan pemerintahan politik...selagi itulah tiada akan temui jalan penyelesaian..apa yang perlu ada di antara institusi diRaja dan pemerintahan politik lebih banyak fokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan negara...jika itu dapat di atasi dengan jayanya makanya secara tidak langsung rakyat sendiri akan mempertabatkan institusi diRaja dan mengagumi pemerintahan politik yang bersih cekap dan amanah itulah payungnya di kala hujan dan panas!
SUDAH BERSUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI!
Sekalung Tahniah Kepada Tg Pengeran Assyariff
Dianugerahkan DARJAH KERABAT DIRAJA NUSANTARA)
Jasamu untuk mempertabatkan Institusi DiRaja
Sentiasa tersanjung di hati Kerabat DiRaja dan juga Rakyat Jelata
Tuanku lah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
Kerna perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
Agar ikatan Rakyat Dan Raja Sentiasa Berpadu
Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
Saling sokong menyokong
Saling menghargai
Agar suatu masa
Nanti
Dapat
Diwariskan
Pada
Anak cucu
Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
Agar mereka tahu
Bahawa
Moyang mereka yang terdiri daripada
Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
Demi tanahair tercinta
Tempat tumpah darah kelahiran
Raja dan rakyat
Saling berkorban dan berjuang demi
Anak bangsa dan negara tercinta
Kerana mahu memakmurkan bumi ini
Tak kira siapa
Raja atau rakyat
Kerna semuanya sama di sisiNya
Kerna setiap orang adalah khalifah di bumi ini
Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
Mahu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
Dalam limpahan Nur Hidayah KasihNya dan redhaNya!
Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
Yang bergelar khalifah di bumi ini!
Moga segala perjuangan suci ini
Sampai ke negeri pasti
Dalam redhaNya dan balasan cintaNya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RHA NS
10 Mac 2012
KURNIAANNYA YANG PATUT KITA SYUKURI
Waalaikummussalam Wr. Wb pejuang sastraku,
Selamat berkarya tanpa lelah dan jemu;
Berjuanglah selagi mampumu,
Insya-Allah kan kubaca selagi dayaku.
Sokong menyokong antara kita,
Kerna kita punya minat yang sama;
Perjuangan kita melalui tinta kita,
Berpena tanda syukur atas bakat yang diKurniakanNya.
Kita pembela kehidupan insaniah,
Tanpa memikirkan kepentingan sendiri;
Berkarya bukan untuk bermegah,
Hanya semata mohon redho Illahi.
Gunakanlah akal fikiranmu yang waras,
Sebelum menumpahkan idea di kanvas karya;
Biar pembaca menerima pun dengan waras,
Membaca dalam kedamaian di kalbu setiap karya.
Dalam berkarya bukan mengajar pembaca,
Tapi dalam berkarya mendidik jiwa;
Jika mengajar mereka lebih arif tenang ilmu yang dibaca,
Hanya karya mendamaikan kalbu diterima jiwa.
Berkarya bukan untuk menunjuk pandai,
Kerna mereka adalah lebih pandai segala ilmu;
Yang dimahukan hanya sama-sama muhasabah diri,
Sebagai bekalan akhirat itu yang dimahu.
Di luar sana menantikan karya hasil nukilanmu,
Berkaryalah membela kemanusiaan yang tersisih;
Biarpun kau tiada di medan juang ketika itu,
Namun penamu dapat mengundang jutaan kasih tersisih.
Suburkanlah semangat juang di jiwa pejuang-pejuang,
Mereka berjuang demi agama bangsa dan negara;
Mempertaruhkan darah sebagai keringat setiap pejuang,
Biarpun tubuh bermandikan darah namun semangat tetap membara.
Justru duhai sahabat pejuang sastraku yang disanjungi sepenuh hati,
Gunakanlah segala kudrat pemikiran selagi daya dan mampu mu;
Berjuanglah habis-habisan selagi nafasmu ada usah terhenti,
Anggaplah setiap karya yang kau hasilkan karya terakhirmu.
Jika kita tahu ini adalah hari terakhir kita,
Pasti kita mahu berkarya sepenuh hati;
Sepenuh kasih sepenuh jiwa kita,
Tanda kita kasih kepada semua hingga ke mati.
Moga kita sama-sama di Rahmati dan diRedhoi,
Berkat hasil kita berkarya untuk mendapat redho Illahi;
Tiada niat untuk dibanggai dan disanjungi,
KurniaanNya yang patut kita syukuri.
Karya Rha NS
24 Mac 2012
Kongsi
Yang Aku Cari
Yang kucari sahabat akhirat
bukan kawan dunia
Kenapa?
Apa bezanya
sahabat akhirat dengan kawan dunia?
Memang banyak bezanya
Seperti langit dengan bumi
Apa maksudnya?
Kawan dunia membuat hati jadi leka
sahabat akhirat menjadi
penghubungku ke akhirat
Hidup semuanya
berdasarkan akhirat
kerana mahu tidak mahu
hidup di dunia
akan menuju akhirat
Sebab itu pentingnya
sahabat akhirat
menjadi pendampingku
agar hidup ini
terarah ke akhirat
Ya Allah kami bersahabat
dan bertalisiraturrahim
semuanya keranaMU
agar kami saling ingat
mengingat tentang negeri
yang kekal abadi
negeri akhirat
Selagi nafas ini
dipinjamNya
hari-hari fikirkan akhirat
hari ini apa yang terlalai
Selalu salahkan diri sendiri
Kenapa aku masih lalai?
Kenapa harus fikirkan dunia lagi?
Kenapa tak mahu berubah?
Sedangkan negeri akhirat
selangkah lagi akan kutempuhi
kerana aku tidak mahu
penyesalan tanpa tertebus!
Amat malang kiranya
sampai ke negeri akhirat
tanpa amalan yang dikira
di sisi Allah Taala dan kalau
ada amalan tetapi ditolak
tanpa disedari
rugi juga
yang penting setiap
amalan ikhlas
kerana Allah Taala
Ya Allah terimalah amalanku,
ahli keluargaku, sahabat-sahabatku
dan orang-orang Islam samada hidup
dan yang telah meninggal dunia.
Amin Ya Rabbal A’ lamin.
Karya: Rha NS
26 Febuari 2011
1

AGAMAMU AGAMAKU SALING BERBEDA
Sang Pengembara:
Yth. sobat Rabeah Mohd Ali, apakah anda hanya menjadikan orang2 beragama Islam saja sebagai sahabat anda ?.....soalnya bagi sebagian orang, mereka menganggap bahwa saya adalah kafir (penilaian mereka)......bagaimana menurut anda ?
13 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Wahai Sang Pengembara...kau adalah sahabatku juga yang kuhormati..kerana kau ciptaan Tuhanku juga cuma yang membedakan agama dan kepercayaan kita...makanya aku perlukan sahabat-sahabat yang perlu saling sokong menyokong untuk bekalan hari selapas matiku nanti...di akhirat nanti samada kawan atau keluarga bukanlah jadi penemanku nanti tapi amal yang diterimaNya saja. Aku amat-amat perlukan mereka dalam hidupku sebagai saling sokong menyokong ke arah yang boleh menjadi amalan yang diterima Tuhanku.
Harap kau faham ye duhai kawanku...kita tetap kawan kerana agamaku menggalakkan berbuat baik kepada semua orang tak kira agama ...waima walaupun haiwan yang melata di bumiNya ini.
Agamamu agamamu
Agamaku agamaku
Saling berbeda
Namun agamaku menggalakkan berbuat baik sesama manusia
Kau kawan duniaku
Justeru usahlah kau bimbang...
Apa salahnya kita saling bertukar pendapat dalam suasana harmonis demi kebaikan semua pihak tanpa ada hati terluka....
Justeru jangan pernah ada kecil di hatimu duhai Sang Pengembara yang dihormati selalu....
Karya Rha NS
24 Mac 2012
(PETIKAN DARIPADA KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
24 Mac 2012
Kongsi
KARYAKU! DUNIAKU!
Aku berkarya bukan mencipta nama.
Aku berkarya bukan berbangga diri.
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah,manusia dan pada
sekalian alam ini.
Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan.
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu.
Ini satu tanggungjawab…
Kan kupikul setulus ikhlas.
Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca.
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini.
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!
Aku mesti banyak
membaca,
mendengar,
melihat,
mengkaji,
memikir,
dan bermuhasabah diri
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani.
Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang.
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela.
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya.
Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi ini
dihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!
Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah.
Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!
Karya : Rha NS
18 Januari 2011
Kongsi
KULITKU NGGAK TAHAN DIBAKAR TERIK KEPANASAN!
Sang Pengembara :
Sobat Rabeah Mohd Ali, didalam pengembaraanku, aku didatangi oleh banyak makhluk selain manusia, ada diantara mereka yg membawa hawa panas namun ada juga yang membawa hawa dingin....disamping kedua hawa itu masih ada lagi yaitu hawa sejuk.....bagaimana menurut pengetahuan sobat....dinamakan apakah mereka2 itu didalam agama Islam ?
32 minutes ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
Duhai sobatku...aku bukanlah berhak untuk menilai mereka yang berhawa panas...kerana yang kumahu yang berhawa sejuk dan bahasa-bahasa yang mendamaikan hatiku saja...mana-mana yang membuatkan hatiku panas...aku undur diri...kerna aku tak tahan dengan kepanasan...kerana aku terlalu capek dengan kepanasan dalam usiaku begini....kulit pun dah berkedut seribu mana bisa mungkin kulitku dibakar terik kepanasan mahu hangus jadinya Sang Pengembaraku....
aku tak tega...tak tega...
(PETIKAN DARIPADA GROUP KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA)
24 Mac 2012
1
Kongsi
Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci adalah satu kehidupan di dunia yang begitu indah dan mengasyikkan. Di siang hari diserikan pelangi menceriakan kehidupan dan malam hari di sinari bulan yang memberi senyuman ikhlas padaku. Istimewa untuk teman fb dan teristimewa untuk
pejuang seniku Rufiah kerana kau sumber inspirasiku!
1 Perkongsian
Kongsi
Hajat hati nak jadi perwira,
Apakah daya seorang yang lemah,
Namun begitu bersemangat satria,
Rela kumati demi negaraku.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai,
Moga pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskan karya ku ini.
1 Perkongsian
Kongsi
Aku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Keikhlasan & kejujuran kunci sebuah persahabatan... thanks!!! kerana hadir sebagai sahabatku. Hadirmu meniupkan semangat ke sanubariku... kata-kata perjuanganmu amat ku hargai. Semoga terus bertahan dan berberjaya menggapai IMPIAN diri... amin. Aku setia menanti hasil karyamu... KOTA BUKU... 'KARYAKU! DUNIAKU!
    • Suka



Pantun Teman FB

Aku berpantun dengan teman FB ku,

Bukan untuk membangga diri,

Idea tercerna antara mereka dan aku,

Gembiranya hati tidak terperi.

 

Bersahabat atas dasar keikhlasan,

Bukan untuk mendapat balasan,

Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,

Moga keberkatan sebagai balasan.

 

Sampaikan mesej biar betul,

Jangan suka menabur fitnah,

Hina menghina patut diperbetul,

Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

 

Bahagia hidup saling hormat menghormati,

Bahasa yang sopan pengubat hati,

Sebelum berkata perlu diteliti,

Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

 

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,

Anda pilih yang mana satu,

Kata yang salah tetap berdosa,

Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 

Kata-kata indah buat hati jadi tenang,

Seperti berada di Taman Syurga,

Dalam perbalahan tiada yang menang,

Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Wr Wb
Salam Awal Pagi Saudara2Q
Kongsi
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
1


Anda dan 181 yang lain
107 Komen
Suka
Komen
Komen
Lihat komen terdahulu
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.



Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi
6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
25 Mac 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;