Friday, 2 April 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (400) INDAHNYA SALING AMBIL PEDULI KERANA ALLAH


BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (400) INDAHNYA SALING AMBIL PEDULI KERANA ALLAH

Aamiin
Mungkin imej ‎satu orang atau lebih dan ‎teks yang berkata '‎الله JIKA SYUKUR TELAH MENJADI KEBIASAAN KETENANGAN PASTI DAPAT KITA RASAKAN KOMEN: ALHAMDULILLAH‎'‎‎
Assalamualaikum salm jumaat Aamiin ya allah
Lihat Terjemahan
Suka
Komen
Kongsi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam Jumaat.
Mari kita bershalawat kepada Nabi Besar kita,Muhammad Shalallahu 'alaihi Wasallam



Duhai kekasih Allah yang dicintai
balaslah cinta kami ini
pilihlah kami mendapat syafaatmu nanti
satukan hati-hati kami untuk saling mengingati
tentang perjuanganmu sentiasa dekat di hati
kesyahduan cintamu pada kami umatmu kami tangisi
betapa tulus ikhlasnya cintamu pada kami
harusnya kami balasi
pilihlah kami mendapat syafaatmu di Mahsyar nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Kongsi
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.

Syahputra Putra
 sedang bersama 
Anjar Anita
 dan 17 yang lain.

Bacalah dengan Hati
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.

Anak Jati Perak Darul Ridzuan
 sedang bersama 
Kamarul Fikri
 dan 3 yang lain.

2 April 2012 
Subhanaallah!!! Allahuakbar!!!.... Lihatlah awan yang berada tepat diatas makam Diraja Kuala Kangsar. Apakah yang terukir diawan itu??? Awan mendung yang berarak ketika upacara pemakaman Almarhum YAM Sheikh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah. Betapa Allah muliakan waliNya yang bergelar Sultan Al Qulub.... Allahukbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! -acu-
  • Moga Allah SWT masukkan di kalangan roh-roh hambaNya yang beriman dan beramal soleh .Aamin Ya Rabbal A'Lamin


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
IF YOU ARE NOT BUSY SAY ALLAHU AKBAR ☝️




KAMI WIRA DUNIA!
Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.
Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!
Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!
Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!
Suara-suara teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!
Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua generasi
kami di bumi Palestin ini!
Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
Penghuni di luar sana mendengar
rintihan kami di sini.
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!
Biarpun kamu menzalimi
Mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!
Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
Kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!
Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.
Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!
Biarpun kami tahu usia
kami tidak panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh perwira-perwira kami,
setidak-tidaknya generasi kami
yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!
Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!
Kamu boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun buatmu!
Akan tiada penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!
Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!
Generasi kami yang ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini akan bangun menuntut bela
di atas kematian kami!
Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya! Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah perwira dunia!
Karya: Ratu Rmba Niagara
7 Jun 2010


SAUDARAKU KALIAN DI MANA?
tangisan
anak kecil ini
tiada siapa simpati
ibu dan ayah mati dibunuh israel tanpa ehsan
mereka sekadar mendoakan
cekalkan hatimu
tabahkan hatimu duhai anak
tapi tidakkah mereka fikir
bagaimana hendak cekal dan tabah
tanpa ada ayah dan ibu di sisi
mereka masih kecil
untuk mengurus diri sendiripun tak mampu
dalam usia sekecil ini
mana faham erti takdir
yang mereka tahu
hidup mereka terurus dan terjaga
tapi bagaimana untuk meneruskan
kehidupan tanpa ayah dan ibu?
hanya menunggu kematian
yang menyeksakan
duhai saudaraku
cuba kalian pejamkan mata
bayangkan jika ini terjadi
kepada keluarga kalian
anak kalian...
apakah masih berdiam diri
kami diuji begini
hebat
kematian kami Syurga menanti....
lihatlah saudaraku
rakyat Gaza dizalimi israel tanpa ehsan
setiap hari
setiap saat
setiap detik
di angkasa bertan-tan bom
digugurkan di bumi Gaza bagaikan salji
tidak cukup dengan itu
kini di darat pun
tentera yahudi akan menghapuskan
seluruh rakyat Gaza
kerana mereka tahu
tidak akan ada negara-negara islam
yang berani menyelamatkan rakyat Gaza
pemimpin-pemimpin negara islam
hanya berani mengutuk serangan yahudi ke atas Gaza
tapi tidak akan berani menghantar bantuan ketenteraan
untuk membela rakyat Gaza
sebab itu tentera israel
semakin berani...berani...berani
menzalimi dan membunuh rakyat Gaza
sehingga seorangpun tidak dibiarkan hidup
bila terjadi begitu Gaza akan jadi milik israel
jika inilah yang terjadi
tunggu....dan tunggu...
akan berlakulah kerosakan di mukabumi ini kerana
israel akan meluaskan jajahannya ke negara islam lain
sehingga seluruh negara islam di dunia ini mahu dijajah israel...
justeru bukalah mata hatimu saudaraku
selamatkan saudara kita di Gaza atau di mana sahaja
kerana kewajipan kita membantu saudara kita yang memerlukan....
jangan bimbang akan keselamatanmu
kerana Allah memberi jaminan
pergimu sabagai pejuang fisabilillah
matimu dikira syahid ke jalan Allah
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Rejab 1440H
2 April 2019
Mungkin imej 1 orang
Kuatkan Cekalkan Hatimu Wahai Anak...
Ya Allah Lindungilah Saudara Kami Di Bumi Palestin.
Aamiin...
10 Perkongsian
Kongsi
Salam maghrib moga solatku solatmu diterima
Salam senja nan indah buat semua peminat Sastera Ratu Rimba Niagara
Selamat berlabuhkan tiraimu duhai mentari nan patuh kepada
pencipta-Mu, Indah senja yang syahdu merindu semua yang tersayang di balik awan sana.
Datuk Haji Faiz dan 1 yang lain





SETIAP APA YANG ALLAH JADIKAN SEMUANYA MENGANDUNGI HIKMAH DI SEBALIK-NYA. WALAUPUN AKU TIDAK SEHEBAT PUJANGGA DUNIA TAPI AKU BERCITA-CITA UNTUK MENJADIKAN DUNIA INI INDAH DENGAN KATA-KATA PUJANGGA MEMUJI MEMUJA KEBESARAN-NYA. ALLAHU AKBAR AAMIIN
DUNIA DIMENSI KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA
Gerbang Pintu Ke Kota Sastera Ratu Rimba Niagara
Bilamana anda masuk ke Kota Sastera Ratu Rimba Niagara
Anda akan alami dunia fantasi tapi realiti
Anda akan dapat rasakan satu aura dimensi di luar kotak pemikiran anda
Anda dijemput datang andai ianya menjadi realiti
Segala kretiviti pemikiran warga dunia diwujudkan di Kota Sastera Ratu Rimba Niagara , inilah cita-citaku dan inilah hadiahku yang teristimewa untuk warga dunia tercinta. Bagi anda yang beragama Islam akan melafazkan SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR , MAHA HEBAT-NYA ALLAH TIADA TANDINGAN-NYA mengizinkan terjadi maka terjadilah KOTA SASTERA RATU RIMBA NIAGARA.


    • SINOPSIS PUTERA DUYUNG
      Mas Merah manusia yang bertukar menjadi duyung
      setelah menerima hati daripada Putera Duyung hasil
      daripada pembedahan Pendeta Duyung.
      Mas Merah bersahabat baik dengan Puteri Duyung
      yang merupakan kekasih Putera Duyung. Dalam masa
      yang sama Mas Merah jatuh cinta dengan Putera Duyung
      tetapi kerana tidak mahu menjadi penghalang percintaan
      Puteri Duyung, Mas Merah ingin menjadi manusia kembali.
      Mas Merah mendapat nasihat daripada Pendeta Duyung
      dengan memakan 7 jenis rumpai laut.
      Semasa menjadi menusia kembali, di atas kapal anak-anak
      muda berebut ingin mendapatkan cinta Mas Merah hingga
      sanggup berbunuh-bunuhan. Ini menyebabkan Mas Merah
      ingin menjadi duyung kembali dan setelah makan 7 jenis
      rumpai laut yang masih berbaki, Mas Merah menjadi
      duyung semula.Ketika itu Puteri Duyung sedang bersiap
      diandam untuk menjalani upacara penikahan dengan
      Putera Duyung. Mas Merah memujuk Puteri Duyung
      agar melepaskan Putera Duyung kepadanya.
      Atas pujukan itu Puteri Duyung melepaskan cintanya
      dengan rela hati.
      Demi menjaga hati kedua wanita duyung,
      Putera Duyung tiada mengawini kedua-duanya. Kali ini
      Putera Duyung hanya dapat berjumpa Mas Merah di pulau
      yang tidak berpenghuni apabila bulan mengambang sahaja
      kerana Mas Merah di waktu siang menjadi manusia dan di
      malam hari menjadi duyung.
      Seorang nelayan ingin menangkap Mas Merah untuk tujuan
      perniagaan. Tangkapan pertama gagal. Tangkapan kedua ,
      ketika itu bulan mengambang penuh, pada ketika itu juga
      Putera Duyung bertemu dengan Mas Merah menyarungkan
      kalung mutiara ke leher Mas Merah. Belum sempat
      Putera Duyung meluahkan hajatnya untuk melamar ,
      Mas Merah mati terkena lembing nelayan.
      Mas Merah menggadaikan nyawanya apabila ternampak nelayan
      membalingkan lembing ke arah Putera Duyung. Sebelum
      menghembuskan nafas terakhir Mas Merah meminta
      Putera Duyung mengawini Puteri Duyung.
      Disediakan oleh : Rha Ns
      1 Jun 2011
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • SYAIR PUTERA DUYUNG ( BAHAGIAN I)
      Tersebutlah satu kisah percintaan,
      Dimulai dengan sebuah perkampungan nelayan;
      Telah berlaku satu pergaduhan,
      Hanya kerana ingin merebut kekuasaan.
      Pergaduhan berlaku tanpa ihsan,
      Sana-sini mayat bergelimpangan;
      Bermandikan darah perkampungan nelayan,
      Tiga hari dua malam pergaduhan berlarutan.
      Malam ini sekumpulan Kampung Nelayan,
      Melarikan diri dari permusuhan;
      Naik ke kapal berebut-rebutan,
      Kerana ingin lari dari kekalutan.
      Di malam bulan purnama indah permandangan,
      Terpesona mata memandang ke arah bulan;
      Mas Merah berbincang dengan Siew Lan,
      Mengenai keharmonian kehidupan di lautan.
      Siew Lan memujuk Mas Merah dengan kasih sayang,
      Mas Merah kawan baiknya dari dulu hingga sekarang;
      Berkawan baik atas dasar keikhlasan sayang,
      Saling nasihat menasihati demi kasih dan sayang.
      Mas Merah luahkan rasa di hati,
      Menjadi penghuni lautan itu yang diingini;
      Hidup berkasih sayang penuh harmoni,
      Tapi apakan daya cuma imaginasi.
      Melaung Mas Merah di lautan sepi,
      Meraung merintih kenapa nasibnya begini;
      Tiada siapa yang ingin mengerti,
      Hidup di dunia dirasakan mati.
      Telah berlaku sesuatu yang tidak diduga,
      Tiba-tiba berlaku perubahan cuaca;
      Angin rebut taufan datang melanda,
      Penghuni kapal ketakutan dirasa.
      Penghuni kapal menjerit ketakutan,
      Kapal terhoyang-hayang di tengah lautan;
      Ombah bergulung guruh berdentuman,
      Penghuni kapal berada dalam kecemasan.
      Hujan ribut disertai suara menakutkan,
      Muncul rasaksa dasar lautan;
      Menenggelamkan kapal ke dasar lautan,
      Sekelip mata hilang ditelan lautan.
      Semuanya mati ditimpa malang,
      Kecuali Mas Merah diselamatkan duyung;
      Lelaki duyung bergelar Putera Duyung,
      Memiliki kuasa segala duyung.
      Mas Merah koma beberapa hari,
      Putera Duyung bersusah hati;
      Ingin menyelamatkan Mas Merah hajat di hati,
      Agar Mas Merah bernafas kembali.
      Bertemu pendeta minta pandangan,
      Pendeta meminta Putera Duyung fikirkan;
      Sebelum membuat apapun keputusan,
      Kerana alam duyung dan manusia banyak perbezaan.
      Putera Duyung mahukan Mas Merah diselamatkan,
      Walau apa cara sekalipun akan diusahakan;
      Melihat Mas Merah hatinya ihsan,
      Berkorban nyawa dia pertaruhkan.
      Hati Putera Duyung perlu didermakan,
      Kepada Mas Merah untuk diselamatkan;
      Percantuman hati mesti dijalankan,
      Itu caranya Mas Merah diselamatkan.
      Putera Duyung sanggup dermakan hati,
      Melihat Mas Merah koma tak sampai hati;
      Putera Duyung yakin Mas Merah manusia baik hati,
      Diderma hati dengan seikhlas hati.
      Di malam bulan purnama dijalankan pembedahan,
      Antara Putera Duyung dan Mas Merah penuh suspen;
      Cahaya terang disimbahi cahaya rang bulan,
      Selamat sudah pendeta lakukan pembedahan.
      Selepas pembedahan berlaku perubahan,
      Mas Merah bertukar menjadi duyung rupawan;
      Gembiranya pendeta berjayanya pembedahan,
      Pendeta bersyukur usahanya DiPerkenankan.
      Mas Merah hidup bagaikan keajaiban,
      Didapati dirinya ada di dasar lautan;
      Berasa pelik dengan perubahan,
      Perubahan dirinya di luar dugaan.
      Dirasakan dirinya berada di alam fantasi,
      Seolah tercapai hajat di hati;
      Menjadi penghuni lautan yang dibayangi,
      Kini menjadi kenyataan masih belum difahami.
      Puteri Duyung menyambut kedatangan Mas Merah,
      Disambut dengan tarian duyung penuh meriah;
      Istana duyung dihias indah,
      Menyambut tetamu terhormat Mas Merah.
      Mas Merah gembira tidak terperi,
      Dilayan Mas Merah seperti Tuan Puteri;
      Wajahnya ayu berseri-seri,
      Dirasakan impian jadi realiti.
      Memang impian menjadi realiti,
      Mas Merah masih lagi belum mengerti;
      Dipendamkan juga kenapa jadi begini,
      Akan terjawab di suatu ketika nanti.
      Bergurau senda dengan Puteri Duyung,
      Menghayati suasana di Taman Karang;
      Menjadi sahabat baik penuh kasih sayang,
      Kasih terjalin mengundang sayang.
      Setiap hari berkejar-kejaran,
      Berkejar-kejaran di balik taman;
      Taman Karang dipenuhi bunga-bungaan,
      Harum semerbak menyelubungi taman.
      Dalam berkejaran terpisah dengan Puteri Duyung,
      Puas dicari Puteri Duyung ke mana menghilang;
      Muncul pula lelaki duyung,
      Mas Merah menangis berasa bimbang.
      Putera Duyung memperkenalkan diri,
      Diceritakan bagaimana Mas Merah begini;
      Fahamlah sudah Mas Merah kini,
      Budi baik Putera Duyung terkesan di hati.
      Semenjak itu berkenan di hati,
      Mas Merah jatuh cinta tanpa disedari;
      Dengan Putera Duyung yang baik hati,
      Cinta Putera Duyung ingin dimiliki.
      Tapi apakan daya cintanya terhalang,
      Cinta Putera Duyung kepunyaan Puteri Duyung;
      Beralah Mas Merah terus menghilang,
      Bukti kasihnya kepada Puteri Duyung.
      Demi sahabat ingin menjadi manusia kembali,
      Agar cinta sahabatnya bertaut kembali;
      Biarlah dia membawa hati,
      Membawa hati luka demi sahabat sejati.
      (BERSAMBUNG)
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • SYAIR PUTERA DUYUNG (BAHAGIAN II)
      Berjumpa pendeta menyampai hajat di hati,
      Agar pendeta boleh perkenankan nanti;
      Mengertilah sudah pendeta kini,
      Memakan 7 jenis rumpai laut dikehendaki.
      Berlaku perubahan setelah makan rumpai laut,
      Menjadi kembali manusia terapung di laut;
      Teruna muda terjun ke laut,
      Menyelamatkan Mas Merah tanpa takut.
      Mas Merah pengsan tak sedarkan diri,
      Doktor datang memberi rawatan;
      Sedar Mas Merah gembiranya hati,
      Si teruna muda yang baik budi.
      Budi bahasa Mas Merah buat si teruna jatuh hati,
      Cinta Mas Merah ingin dimiliki;
      Melamar Mas Merah sepenuh hati,
      Mas Merah terkesima antara dua hati.
      Antara cinta dan budi,
      Mas Merah tak mengerti;
      Cintakan Putera Duyung setia di hati,
      Hatinya dengan Putera Duyung tercantum di hati.
      Mas Merah rupawan buat hati tertawan,
      Anak-anak kapal berlumba ingin menawan;
      Menawan cinta Mas Merah yang rupawan,
      Ingin memiliki cinta sanggup berbunuh-bunuhan.
      Mas Merah memberontak rasa tak tenteram,
      Tiada dimiliki rasa kedamaian;
      Tidak seperti berada di lautan,
      Ingin kembali menjadi duyung lautan.
      Tanpa berfikir baki 7 jenis rumpai laut dimakan,
      Bertukar menjadi duyung kembali selepas makan;
      Gembiranya hati tak dapat dibayangkan,
      Terus menggelongsor ke dasar lautan.
      Mas Merah pergi mencari pendeta,
      Memohon nasihat dari pendeta bijaksana,
      Hajat Mas Merah difahami pendeta,
      Berjumpa Puteri Duyung itu dipinta.
      Tika itu Puteri Duyung sedang berdandan,
      Didandan cantik menjadi pengantin;
      Sebentar lagi upacara pernikahan dijalankan,
      Dengan Putera Duyung kekasih idaman.
      Mas Merah menangis sepenuh hati,
      Merayu pilu pada sahabat sejati;
      Puteri Duyung tidak sampai hati,
      Melepaskan cintanya pernikahan tak jadi.
      Budi baik Puteri Duyung dingati sampai mati,
      Bukan sengaja merebut kekasih hati;
      Sudah terikat antara dua hati,
      Moga cintanya terpatri nanti.
      Putera Duyung tidak ambil hati,
      Apabila Mas Merah menaruh hati;
      Kedua-dua duyung tidak dikawini,
      Demi kerana menjaga hati.
      Sumpahan duyung Mas Merah redha,
      Di siang hari menjadi manusia,
      Menjadi duyung apabila malam tiba,
      Pulau terpencil tempat tinggalnya.
      Bernyanyi-nyanyian mengeratkan kasih,
      Kasih mengasihi seperti kekasih;
      Apakan daya kasih tersisih,
      Kerana tak mahu berbagi kasih.
      Putera Duyung datang di bulan purnama,
      Memastikan Mas Merah hidup sempurna;
      Ada masalah dikongsi bersama,
      Ketiadaan Putera Duyung Mas Merah redha.
      Kebahagiaan mereka rupanya tak lama,
      Apabila datang nelayan ke sana;
      Mahu menangkap Mas Merah agar ternama,
      Dibuat persiapan lembing dibawa.
      Malam itu malam penghabisan,
      Cinta dua kekasih tidak kesampaian;
      Putera Duyung ingin nyatakan,
      Agar diterima Mas Merah lamaran.
      Mas Merah gembira disarungkan kalungan,
      Kalungan mutiara bertatah berlian;
      Mas Merah ternampak balingan lembing nelayan,
      Dipertaruhkan nyawa demi cinta kesufian.
      Nelayan takut sembunyikan diri,
      Di balik batu dia bersembunyi;
      Tanpa disedari datang ketam gergasi,
      Digigit nelayan hingga mati.
      Panahan lembing tertusuk di hati Mas Merah,
      Mengalir deras pekatnya darah;
      Putera Duyung terpaku dalam luka yang parah,
      Perginya kekasih dalam cinta berdarah.
      Semasa nazak dipangkuan Putera Duyung,
      Sempat menyuruh mengawini Puteri Duyung;
      Kepedihan dirasa tak dapat dibendung,
      Menangis Putera Duyung dalam cinta sayang.
      Sedihnya tika itu tahunya Tuhan,
      Dicabutnya lembing perlahan-lahan;
      Darah terus mengalir terus-terusan,
      Menangis hiba cinta tak kesampaian.
      Permergian Mas Merah sentiasa dikenangkan,
      Apa nak buat takdir menentukan;
      Cinta kekasih tidak kesampaian,
      Diredhainya dalam kepasrahan.
      Di hari persandingan penuh hiba,
      Jenazah Mas Merah menyaksikan cinta;
      Hajat Mas Merah disampaikan juga,
      Mahukan perkahwinan dijalankan segera.
      Setelah persandingan upacara pengkebumian,
      Mas Merah dibawa ke kuburan;
      Di Taman Karang Mas Merah dikebumikan,
      Menjadi legenda penghuni lautan.
      Sekian Sahaja Syair Putera Duyung Kisah Cinta Abadi,
      Antara dua kekasih berlainan alam perbezaan hati;
      Bercantuman hati hingga ke mati,
      Membawa cinta hingga ke alam abadi.
      Karya: Rha NS
      1 Jun 2011
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH
      (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)
      Napa itu terjadi...
      cinta kita tak kesampaian
      belum sempat kulafazkan cinta
      kau tinggalkanku
      dalam luka parah
      duhai kekasih hatiku o...
      Kusalahkan diriku sendiri
      membuatmu tertunggu-tunggu
      lafaz cinta dariku
      maafkanku kekasihku
      bukan sengajaku buatmu begini
      cintaku telah dimiliki dia
      tapi kesetiaanmu padaku
      buatkan kujatuh cinta padamu.
      Pabila kuingin balas cintamu
      sudah terlambat kulafaz cinta
      kau tinggalkanku
      meratap pilu pemergiaanmu
      selamanya.
      Kau korbankan dirimu demiku
      o...kasih ...kenapa...o...kenapa
      aku sepi tanpamu
      hatiku lara
      pedih hati
      kau balas cintaku
      dengan cinta berdarah
      aku pilu
      rindu dalam sendu
      Tak sanggupku trima perpisahan ini
      tapi apakan daya
      takdir harus ku imani
      moga kau tenang
      di alam sana
      ooo kekasihku Mas Merah.
      Karya: Rha NS
      1 Mei 12011
      Like · · 32 minutes ago near Kuala Lumpur
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
      (LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)
      Sudah lama kunantikan
      lafaz cinta darimu
      kutahu kau bukan milikku
      dan kupasrah
      jika itu takdirnya
      Namun kumasih berharap
      lafaz cinta darimu
      kunanti penuh sabar
      pabila kau tiada di sisi
      kurindu
      kunantimu setiap bulan purnama
      penuh syahdu
      kau kucinta satu-satunya…
      cintamu bertahta di hati
      tapi apakan daya kau miliknya
      aku pasrah
      jika itu takdirnya
      kulepaskan cinta ini untuk dia
      yang kau cinta
      Biar kubawa cinta ini
      hingga ke nafas terakhirku
      demi kebahagiaanmu dan dia.
      Karya: Rha NS
      1 Mei 2011
      Like · · 46 minutes ago near Kuala Lumpur
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
      (Lirik Lagu Putera Duyung)
      Maafkanku duhai kekasih
      kerna terlewat
      lafazkan cinta
      ooo...maafkanku
      buatmu ternanti-nanti
      entah kenapa kelu lidahku
      untuk lafazkan cinta
      biarpun ku sudah jatuh cinta
      padamu duhai kekasih
      tika itu
      cintaku dimiliki dia
      ku bersalah terhadapnya
      biarpun dia relakan kumilikmu
      demi menjaga... demi menjaga...
      hatinya ...hatimu...
      ku tak rela berbagi kasih
      kubuatmu ternanti-nanti...
      kejamnya aku
      kejamnya aku padamu
      maafkanku duhai kekasih....
      biarpun ku tahu
      cintamu terlalu suci
      kusalah diriku
      sesal sendiri...merana sendiri
      ...
      pabila ku terlewat lafazkan cinta
      padamu duhai kekasih ooo....
      lukaku parah...
      lukamu parah...
      cinta berdarah
      sesal sendiri
      merana sendiri...
      kau tinggalkanku sendiri
      ooo....ooo...
      maafkanku kerna
      terlewat lafazkan cinta
      kau pergi bersama cintaku
      kau tinggalkan cintamu
      untuk kukesalkan sendiri
      ooo....maafkan daku....ooo
      kerna terlewat
      kulafazkan cinta...
      sesal sendiri
      merana sendiri
      lukaku parah
      cinta berdarah
      maafkan daku
      duhai kekasih
      hatiku selamanya
      biarpun kumiliki dia
      hanya kau di hatiku..
      ooo....kasih...
      Karya: Rha NS
      1 Mei 2011
      Like · · 40 minutes ago near Kuala Lumpur
      • Suka
      • Balas
      • 9t
    • cantik sekali kanda ku ini...laksana puteri dari kahyangan...
      •  Adinda Teungku Deqy....kanda menghargai anugerah Allah SWT..tanda syukur kurniaanNya. Kanda, dinda dan semua
    • yang ada di muka bumi ini kan CiptaannNya ....dinda mengatakan
      kanda cantik bererti dinda sedang memuji Allah SWT...tak gitu dinda....?
      • Suka


TERLEWAT KULAFAZKAN CINTA
(Lirik Lagu Putera Duyung)
Maafkanku duhai kekasih
kerna terlewat
lafazkan cinta
ooo...maafkanku
buatmu ternanti-nanti
entah kenapa kelu lidahku
untuk lafazkan cinta
biarpun ku sudah jatuh cinta
padamu duhai kekasih
tika itu
cintaku dimiliki dia
ku bersalah terhadapnya
biarpun dia relakan kumilikmu
demi menjaga... demi menjaga...
hatinya ...hatimu...
ku tak rela berbagi kasih
kubuatmu ternanti-nanti...
kejamnya aku
kejamnya aku padamu
maafkanku duhai kekasih....
biarpun ku tahu
cintamu terlalu suci
kusalah diriku
sesal sendiri...merana sendiri
...
pabila ku terlewat lafazkan cinta
padamu duhai kekasih ooo....
lukaku parah...
lukamu parah...
cinta berdarah
sesal sendiri
merana sendiri...
kau tinggalkanku sendiri
ooo....ooo...
maafkanku kerna
terlewat lafazkan cinta
kau pergi bersama cintaku
kau tinggalkan cintamu
untuk kukesalkan sendiri
ooo....maafkan daku....ooo
kerna terlewat
kulafazkan cinta...
sesal sendiri
merana sendiri
lukaku parah
cinta berdarah
maafkan daku
duhai kekasih
hatiku selamanya
biarpun kumiliki dia
hanya kau di hatiku..
ooo....kasih...
Karya: Rha NS
1 Mei 2011
LUKAKU PARAH CINTA BERDARAH (LIRIK LAGU PUTERA DUYUNG)
Napa itu terjadi...
cinta kita tak kesampaian
belum sempat kulafazkan cinta
kau tinggalkanku
dalam luka parah
duhai kekasih hatiku o...
Kusalahkan diriku sendiri
membuatmu tertunggu-tunggu
lafaz cinta dariku
maafkanku kekasihku
bukan sengajaku buatmu begini
cintaku telah dimiliki dia
tapi kesetiaanmu padaku
buatkan kujatuh cinta padamu.
Pabila kuingin balas cintamu
sudah terlambat kulafaz cinta
kau tinggalkanku
meratap pilu pemergiaanmu
selamanya.
Kau korbankan dirimu demiku
o...kasih ...kenapa...o...kenapa
aku sepi tanpamu
hatiku lara
pedih hati
kau balas cintaku
dengan cinta berdarah
aku pilu
rindu dalam sendu
Tak sanggupku trima perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir harus ku imani
moga kau tenang
di alam sana
ooo kekasihku Mas Merah.
Karya: Rha NS
1 Mei 12011
BIAR KUBAWA CINTAMU HINGGA KE NAFAS TERAKHIRKU
(LIRIK LAGU MAS MERAH KEPADA PUTERA DUYUNG)
Sudah lama kunantikan
lafaz cinta darimu
kutahu kau bukan milikku
dan kupasrah
jika itu takdirnya
Namun kumasih berharap
lafaz cinta darimu
kunanti penuh sabar
pabila kau tiada di sisi
kurindu
kunantimu setiap bulan purnama
penuh syahdu
kau kucinta satu-satunya…
cintamu bertahta di hati
tapi apakan daya kau miliknya
aku pasrah
jika itu takdirnya
kulepaskan cinta ini untuk dia
yang kau cinta
Biar kubawa cinta ini
hingga ke nafas terakhirku
demi kebahagiaanmu dan dia.
Karya: Rha NS
1 Mei 2011
1 Perkongsian
Kongsi

2 April 2012 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
MOGA SAMPAI KE MATLAMAT!
Bergantung kepada niat yang suci murni keranaNya
bukan untuk mengejar
habuan dunia
mendapat kuasa
mencipta nama
membagga diri
jika ditakdirkan berkuasa semuanya keranaNya
menabur budi bukan untuk mendapat sanjungan manusia
kerana semata ibadah
suci ikhlas keranaNya
barulah akan rasa satu roh perjuangan
yang tak pernah kenal erti
jemu
penat
putus asa
biarpun cabaran datang bagaikan tsunami
tetap kukuh berdiri
meneruskan perjuangan hingga ke titisan darah terakhir!
moga dengan izinNya sampai ke matlamat yang hendak dituju
mempertabatkan budaya bangsa melayu dan Kesultanan
Melayu di muka bumi ini Aamin.
Karya Rha NS
27 Febuari 2012
2 Perkongsian
Kongsi
SKRIP HEI AWAK! AWAK TAK TAHU MAKNA SEMPOY KE?
Putri Rimba:
Hei Awak! Awak tahu tak sahabat saya ni seorang yang sempoy...orang sempoy memang jiwa jiwang-jiwang..tapi percayalah tiada niat hatinya untuk berbangga...apa yang ditulis itu bukannya betul...sekadar sempoy aje...kalau betulah saya pun tak mahu menjadi kawannya...kalau dia tak mahu kawan dengan saya pun tak apa...sebagaimana dia sudi berkawan dengan saya seikhlasnya kerana Allah bergitu juga saya berkawan dengannya kerana Allah tiada fikirkan lain melainkan ingin menjadi kawan sejati selamanya...saya bukan menangkan dia ...saya cuma terang pada awak apa maknanya sempoy....awak tahu ke maknanya sempoy? Kalau awak tahu awak akan gelak macam kami juga...tak caya tanya kawan-kawan dia yang lain mereka boleh terangkan pada awak apa makna sempoy bukan serius...kerna dia sempoy saya sempoy juga dan kawan-kawannya sempoy juga kan3....orang sempoy ini dia nampak awek muda....tak caya cuba awak tengok muka datok jem dengan kawan-kawannya semuanya berjiwa sempoy... saya nak tanya awak...adakah hidup awak serius aje setiap saat...tiada gelak langsung? kalau macam itulah awak...saya rasa....kucing pun tak berani nak kawan dengan awak....bagaimana kalau kucing gelak dengan awak? pasti awak tergelak juga kan3 jika awak tergelak pastinya awak juga seperti dia berjiwa sempoy....hihihi
Nantilah kita tunggu jawapan daripada kawan-kawan daripada dia yang lain...kalau mereka juga sependapat dengan awak... makanya memanglah penglihatan nya sama macam awak....sabar dulu kita tunggu pendapat mereka semua...pendapat awak betul ke atau pendapat saya...kalau orang kata pendapat saya tak betul saya tetap kata betul ok...sekarang kita tunggu pendapat semua kawan-kawan dia... lagipun ini adalah wall dia..kawan-kawan dialah yang berhak memberi pendapat...saya tak mahu menegakkan benang yang basah kalau benang itu telah diikat dengan tali persahabatan yang suci murni ...
Weeii saya tak menggelabah lah...selagi orang itu kawan saya selagi itulah saya akan bela semampu daya...nasib baiklah awak ini bukan rakan fb saya....kalau rakan fb saya dah lama saya removekan ...saya paling tak suka rakan yang dalam hati ada prasangka...tak tahu apa makna sempoy dah terangkan berjela-jela masih tak faham lagi....patutlah tak mahu munculkan diri...saya ingat lagi datuk jem kata dia takkan berkawan dengan orang yang tak berwajah kerana dia bukan hendak berkawan dengan bunga ke pokok ke gunung ke...kerana mereka tak faham cakap saya...
Kawanku:
Salam dan selamat pagi Minah ..Saya rasa puan tak baca habis status saya dan tidak faham bahasa komen saya.itu sebab puan menbalas komen lain yang dimaksud lain dijawap.Status saya ini meminta pandangan rakan tentang diri saya,baik atau buruk nya...sekiranya sikap saya tak eluk saya akan ubah menjadi eluk dan sekiranya saya malas seperti kebanyakan orang melayu saya akan berubah untuk menjadi rajin.bukan soal tangan kanan memberi tangan kiri menyorok...Kalau soal hukum agama saya faham dan mengerti sebab saya asal nya dari sek pondok.kekadang itu demi dan mengajak sesama bangsa dan agama yang ada kemanpuan apa salah nya kita beritahu.Yang penting apa yang kita buat Allah itu tahu.Saya rasa puan beruntung kerana dapat seorang rakan bergelar dato'sri tetapi kemesraan yang dijalin sama sahaja tidak memilih darjat keturunan.Saya penting kan kawan yang baik dan boleh bertukar pandangan dan pendapat.bukan soal nama.Sebab nama baik saya buat Allah bukan buat manusia.Saya minta maaf sekiranya puan Minah rasa saay ini sombong atau bongkak boleh delete saya dari list friend buat kali kedua,dahulu pun puan pernah delete saya tetapi add semula dan saya terima.disitu lah puan boleh lihat dan pandang baik atau buruk nya sikap saya......Orang yang baik akan disayangi ramai.Betul tak sahabat baik ku Putri Rimba........??
Putri Rimba:
Salutku pada sahabat...adakalanya kita terpaksa membela diri kita bukan untuk disanjung...tapi agar menjadi pengajaran kepada yang lain.... baik tak semestinya kita sewenang-wenangnya berkata tanpa menjaga perasaan....tegur boleh....tapi tegur cara kasih sayang....bagi saya amat menghargai sebuah persahabatan yang ikhlas tanpa ada prasangka apa-apa ...persahabatan bagi saya lebih berharga daripada permata yang berharga. Indahnyanya seperti indahnya pelangi di waktu malam. Makanya jagailah persahabatan yang setulus ikhlas tanpa menguris hati rakan-rakan yang dikasihi ....kalau boleh biarlah persahabatan yang indah ini kita bersama hingga ke SyurgaNya. Aamin.
Kita bukanlah orang yang baik 100% kerna kita insan yang tak sempurna...apa salahnya kita jadi manusia yang ingin selalu menjadi baik...hari ini lebih baik daripada semalam dan merasakan hidup ini seperti ahli Syurga yang inginkan hidup di dunia ini berkasih sayang dan berbuat baik sesama insan hanyalah semata keranaNya bukan untuk dipuji atau dipandang orang....mana tahu berkat kita berbuat baik dan tolong menolong sesama insan dibalas Allah dengan redhaNya tidak hidup dan mati...Aaamin...itulah yang kita dambakan sebagai seorang hambaNya.
Tidak gitu sahabatku ?
PETIKAN DARIPADA WALL RAKAN FB PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
2 April 2012
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
MERPATI PUTIH UNTUK NEGERIKU
SALAM DAMAI.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

1 Komen

  • Mempati putih untuk negerimu,
    Mengucapkan salam kedamaian;
    Penuh hormat tanpa jemu,
    Moga semuanya dalam kedamaian.
    • Suka

PADA HARI INI
9 tahun yang lepas

 mengemas kini gambar profilnya.

1 April 2012 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.
Tiada penerangan foto disediakan.
4
1 Komen
132 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • CINTA DAN SAYANGKU KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI
    RELA KUPERTARUHKAN NYAWAKU DEMI MENGHARGAI
    KASIH SAYANG SESAMA KITA
    AGAR SENTIASA BERBELAS KASIHAN
    SALING MEMBANTU SELAGI TERDAYA
    SELAGI MAMPU
    KARENA AKU TAK MAMPU
    KUJADI DARAH DAN AIR MATAKU SEBAGAI TINTA
    AGAR KALIAN BERASA TENANG DAN BAHAGIA
    MENGHARUNGI HIDUP INI...
    SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA DIDUGA
    DUGAAN ITU TANDA ALLAH CINTA KITA
    SELAGI HIDUP
    PINTU SYURGA
    SENTIASA TERUNTUK UNTUK KITA
    YAKINLAH DENGAN RAHMAT KASIH ALLAH KEPADA KITA
    IN SHAA ALLAH AAMIIN
    • Suka

BERTINTA SEPENUH JIWA
Tinta-tinta yang indah berjiwa
Ditulis dengan penuh kasih dan sayang
Untuk dibaca mereka yang tersayang
Agar datang rasa sayang setulus hati keranaNya
Tiada niat untuk menyakiti hati yang tersayang
Bertinta bermadah puisi kerna yang tersayang
Sayang...sayang....sayang...
Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hati
Hilang segala keegoan membangga diri
Kerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang Penyayang
Pakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIA
Sebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkat
Tapi tiada wujud ehsan sesama manusia
Apa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNya
Kasih sayang sesama insan
Allah ku cinta
Insan kusayang
KeranaNya aku bertinta
Kerana insan kusayang
Cinta dan sayang
Bertinta sepenuh jiwa
Demi CintaNya dan sayang semua
Yang ada di alam semesta ini...
Karya Rha NS
28 Mac 2012

Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci adalah satu kehidupan di dunia yang begitu indah dan mengasyikkan. Di siang hari diserikan pelangi menceriakan kehidupan dan malam hari di sinari bulan yang memberi senyuman ikhlas padaku. Istimewa untuk teman fb dan teristimewa untuk
pejuang seniku Rufiah kerana kau sumber inspirasiku!
1 Perkongsian
Kongsi
Hajat hati nak jadi perwira,
Apakah daya seorang yang lemah,
Namun begitu bersemangat satria,
Rela kumati demi negaraku.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai,
Moga pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskan karya ku ini.
1 Perkongsian
Kongsi
Aku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Keikhlasan & kejujuran kunci sebuah persahabatan... thanks!!! kerana hadir sebagai sahabatku. Hadirmu meniupkan semangat ke sanubariku... kata-kata perjuanganmu amat ku hargai. Semoga terus bertahan dan berberjaya menggapai IMPIAN diri... amin. Aku setia menanti hasil karyamu... KOTA BUKU... 'KARYAKU! DUNIAKU!
    • Suka



Pantun Teman FB

Aku berpantun dengan teman FB ku,

Bukan untuk membangga diri,

Idea tercerna antara mereka dan aku,

Gembiranya hati tidak terperi.

 

Bersahabat atas dasar keikhlasan,

Bukan untuk mendapat balasan,

Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,

Moga keberkatan sebagai balasan.

 

Sampaikan mesej biar betul,

Jangan suka menabur fitnah,

Hina menghina patut diperbetul,

Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

 

Bahagia hidup saling hormat menghormati,

Bahasa yang sopan pengubat hati,

Sebelum berkata perlu diteliti,

Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

 

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,

Anda pilih yang mana satu,

Kata yang salah tetap berdosa,

Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 

Kata-kata indah buat hati jadi tenang,

Seperti berada di Taman Syurga,

Dalam perbalahan tiada yang menang,

Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Wr Wb
Salam Awal Pagi Saudara2Q
Kongsi
Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
1


Anda dan 181 yang lain
107 Komen
Suka
Komen
Komen
Lihat komen terdahulu
Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.



Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi
6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 April 2021

0 comments:

Post a Comment

 
;