Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.
Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berkata.
Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.
Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.
Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.
Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.
Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.
Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.
Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.
Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.
Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.
Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.
Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti diluar jangkau,
Dalam indahnya berbahasa mereka terpaku.
Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.
Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa penuh yakin tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.
Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang yang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.
Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.
Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.
Diberi sokongan semua pejuang bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi bahasa ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.
Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi jabatan kerajaan dan swasta;
Untuk memupuk budaya bahasa ibunda,
Bahasa ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.
Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.
Kembara Bahasa dan pejuang bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaan Malaysia dan rakyatnya.
Bahasa kita warisan kita,
Warisan seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.
Sekian sahaja syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk warga dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Julai 2011
Profesor Wu Zong Yu...
biarpun aku tak mengenalimu
baru pertama kali mengenalimu di sini
hatiku rasa terharu! Penuh syahdu!
tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu
yang bukan warganegaraku...
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu
dengan rasa bangga tanpa rasa jemu tanpa berputus asa
Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
ejak dari usia remaja hingga ke usia emas
terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu...
kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu...
iapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu...
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk memartabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku...
kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
ehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata
Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi...
jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami
amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung
dan mewangi di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(Terima Kasih kepada Prof. Kembara Bahasa keranamu tercetusnya ilham puisi ini).
Awang Sariyan Kembara Bahasa
Awang Sariyan Kembara Bahasa Rabeah Binti Mohd Ali Allahuakbar. Terima kasih atas jambangan syair tersebut. Sudah lama rupanya syair teSYAIR PENGEMBARA BAHASA

kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku, aku pun tak tahu...iapa yang menyokong perjuanganmu aku pun tak tahu...
Yang aku tahu...
kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk memartabatkan
Bahasa Kebangsaan Negaraku...
kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
ehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati dan jatuh cinta
pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang kau ajar
sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
menyusun kata-kata indah bila berkata
Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu
Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi...
jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami
amat kami hargai dan sanjungi!
kami terharu dalam penuh syukur
semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin kami contohi
kaulah idola kami di Malaysia ini!
Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
sekalung tahniah daripada kami
atas Pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu
tetap utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
kalau kau boleh! Kamipun boleh!
Budi dan jasamu sentiasa tersanjung
dan mewangi di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!
Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang kukagumi
Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
Profesor Wu Zong Yu!
Karya Ratu Rimba Niagara
3 Oktober 2011
(Terima Kasih kepada Prof. Kembara Bahasa keranamu tercetusnya ilham puisi ini).
0 comments:
Post a Comment