ALLAH IZINKAN AKU BERSASTERA MOGA ALLAH IZINKAN JUGA BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA ANTARABANGSA AAMIIN
BAHASA MELAYU: BAHASA ANTARABANGSA DAN UPAYA PENGANTARABANGSAANYA
Oleh AWANG SARIYAN
Istilah pengantarabangsaan yang penulis gunakan bagi bahasa Melayu barangkali mengundang persoalan: Mengapakah bahasa Melayu perlu diantarabangsakan, seolah-olah bahasa tersebut belum bertaraf antarabangsa?
Profesor Dr. James T. Collins dalam kritiknya terhadap pertanyaan “Wajarkah bahasa Melayu diantarabangsakan?” yang diajukan oleh seorang wartawan muda akhbar setempat kepadanya menegaskan bahawa bahasa Melayu tidak perlu diantarabangsakan kerana bahasa Melayu memang sudah bersifat (bertaraf) antarabangsa. Bahasa Melayu memang telah mencapai taraf antarabangsa sejak lebih 1300 tahun lalu, dengan memperhitungkan Kerajaan Sriwijaya sebagai titik tolak pengantarabangsaan bahasa Melayu. Pada zaman itu, bahasa Melayu telah berinteraksi dengan bahasa Sanskrit yang mewakili kebudayaan India.
Apabila Islam datang ke alam Melayu pada sekitar abad ke-10 (malah sumber Acheh menyatakan bahawa Islam telah tiba di alam Melayu pada abad kelapan lagi), bahasa Melayu mengalami interaksi dengan satu lagi bahasa antarabangsa, iaitu bahasa Arab dan di sisi itu juga kemudian bahasa Parsi. Menurut al-Attas, kegiatan penterjemahan teks daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu telah berlangsung, seperti usaha penterjemahan Aqaid al-Nasafi yang merupakan antara kitab tertua dalam bahasa Melayu. Dengan demikian, bahasa Melayu telah diantarabangsakan dari sudut kandungan bahasa itu sendiri dan pada waktu yang sama dari sudut peranannya juga, iaitu sebagai bahasa yang digunakan dalam ranah hubungan antarabangsa, khususnya sebagai bahasa diplomasi. Antaranya termasuklah surat Sultan Aceh kepada kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat Sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Bahasa Melayu telah mula mendapat perhatian sarjana Barat sehingga seawal abad ke-17 telah terhasil sejumlah buku tatabahasa dan kamus, seperti karya de Houtman (1603), Albert Ruyl (1611), Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts (1623) dan David Haex (1631).
Interaksi bahasa Melayu dengan bahasa Barat kemudian, terutama bahasa Inggeris, telah memungkinkan bahasa Melayu menambah kekayaannya yang sedia ada, baik dalam bidang fonologi, kosa kata, sintaksis mahupun wacana. Bahasa Melayu telah mencapai tahap saling terjemah (inter-translatibality) yang tinggi dengan bahasa moden yang lain.
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada masa ini, bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama lebih 45 peratus penduduk 10 buah negara di dunia, seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada dan Guiyana (Fishman et. al., 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawi, Malta, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Samoa Barat dan Zambia (Richards, 1991). Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi, perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai kurang relevan.
Bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Fakta mutakhir yang cukup memberangsangkan ialah pernyataan tentang perkembangan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004) bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang. Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa akan dibincangkan dalam bahagian selanjutnya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, September 2012.
Kongsi Artikel
BAGAIMANA BAHASA MELAYU BOLEH JADI LINGUA FRANCA?
By: The Patriots
“Bahasa Melayu ialah bahasa antarabangsa dan sesiapa yang tinggal di antara Parsi di sebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya , tidak mengetahui bahasa Melayu maka orang itu akan dianggap tidak berpelajaran.” – Francois Valentjin
Dari kenyataan di atas, di mana Valentjin mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mampu bertutur di dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai tidak berpelajaran, maka kata saya bahawa sesungguhnya bahasa Melayu telah menjadi sebagai sebuah bahasa Ilmu yang di mana sesiapa yang mahu menuntut ilmu pada waktu itu perlulah mempelajari bahasa Melayu.
Hal ini kerana mungkin pada waktu itu semua naskah-nashkah ilmu yang wujud di Nusantara adalah di dalam bahasa Melayu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dikatakan bermula sejak kurun ke-15 lagi iaitu dengan terhasilnya penulisan dan penterjemahan kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu. Ini mungkin berlaku kerana penyebaran Islam adalah di dalam bahasa Melayu. Ini dapat dilihat pada penghasilan sistem tulisan Jawi yang datang dari tulisan arab dan diubah suai oleh orang Melayu sendiri. Wujudnya perkataan yang mengungkapkan konsep seperti tauhid, syariah, undang-undang dan tassawuf, adalah bukti bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi sebagai bahasa Ilmu melalui penyebaran ilmu.
Acheh kemudiannya telah mengambil alih kehebatan yang diasaskan oleh Melaka. Banyak kitab-kitab bahasa Melayu dihasilkan pada zaman ini yang menulis mengenai ilmu-ilmu agama. Antaranya ialah kitab Al-Aqai’id al-Nasafiyyah yang ditulis oleh seorang alim ulama iaitu Umar Bin Muhammad Al-Nasafi pada kurun ke 54. Tokoh-tokoh ilmuwan yang menulis kitab-kitab mereka di dalam bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menunjukkan betapa ilmu telah sebati dengan bahasa Melayu.
Kejatuhan Melaka tidak pernah membuatkan bahasa Melayu tenggelam sebaliknya dicatatkan bahawa Pigafetta, seorang kelasi berbangsa Itali yang pernah bersama dengan Magellan pernah menyusun sebuah kamus Melayu-Itali ketika singgah di Pulau Tidore yang terletak di Kepulauan Maluku Utara. Dicatatkan juga bahawa penduduk di pelabuhan tersebut bertutur di dalam bahasa Melayu membuatkan terhasilnya kamus Melayu-Itali ini.
Suku-suku kaum yang lain dalam Kepulauan Melayu ini juga tidak pernah ketinggalan meninggalkan bukti kepada kita betapa sesungguhnya bahasa Melayu turut dijadikan bahasa petuturan mereka.
a.) Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b.) Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c.) Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
Kemuncaknya penggunaan bahasa Melayu secara berleluasa di Nusantara telah melahirkan lebih 11, 000 manuskrip yang disimpan di dalam negara kita dan juga luar negara dalam pelbagai bidang ilmu. Ini menunjukkan bahawa betapa bangsa Melayu dan bahasa Melayu adalah bangsa yang sangat menghargai ilmu pengetahuan!!!
Maka tidak hairanlah jika pernah wujud sebuah akademik yang mempelajari bahasa Melayu pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka dicatatkan bahawa Dinasti Ming telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bahasa. Di dalam jabatan itu terdapat jurubahasa yang berkhidmat dalam 18 jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh 60 orang, dan dua orang daripadanya khusus untuk bahasa Melayu.
Diceritakan juga bahawa Maharaja Ming Cheng Zhu telah menubuhkan akademi bahasa yang dikenali sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di Nanjing dan salah satu daripadanya ialah BAHASA MELAYU!!!
----------------------------------------------------------------------
Ini hanya petikan artikel sahaja. Mahu membaca ARTIKEL PENUH? Anda perlu menempah buku KITAB TAMADUN MELAYU di link ini:
-HE-
CITA-CITAKU MAHU JADIKAN BAHASA MELAYU BAHASA ANTARABANGSA JUSTERU AKU TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA UNTUK MEMARTABATKAN
SASTERA NUSANTARA YANG KUTULIS SEKALIPUN AKU TERPAKSA BERJUANG KESENDIRIAN!
AKU TIDAK MAHU SAMPAI TERJADI HILANG BAHASA LENYAPLAH BANGSA! AKU MAHU BUKTIKAN SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA MENJADI KENYATAAN INSYA-ALLAH AAMIIN
Nain Rizal
18 hrs
Fenomena Kepupusan Bahasa: Kedudukan Bahasa Melayu dan Masa Depannya
Mengikut Ethnologue, pada tahun 2005, terdapat sejumlah 6912 bahasa di dunia. Daripada jumlah tersebut, 516 menghadapi ancaman kepupusan.
Perangkaan menunjukkan bahawa bahasa dunia yang terancam dan bakal menghadapi kepupusan adalah seperti yang berikut:
= Eropah 200 bahasa
= Amerika (Utara dan Selatan) 1000 bahasa
= Afrika 2400 bahasa
= Australia 231 bahasa
= benua Asia dan kawasan Pasifik 3200 bahasa - 800 bahasa terdapat di Papua New Guinea.
Kini, jumlah bahasa di pelbagai tempat di seluruh dunia sudah pun berkurangan dan akan pupus dari semasa ke semasa.
bahasa Busuu di Cameroon - 8 orang penutur
bahasa Chiapaneco di Mexico, - 150 orang penutur
bahasa Apache Lipan di Amerika Syarikat - 8 orang penutur
bahasa Wadjigu di Australia - hanya tinggal seorang penutur.
Di Indonesia, berdasarkan Kompas (12 Ogos 2008), terdapat 742 bahasa daerah. Daripada jumlah tersebut, 13 daripadanya mempunyai penutur lebih daripada sejuta orang kira-kira 169 bahasa telah terancam punah dan jumlah penuturnya kurang daripada 500 orang.
= bahasa Lom di Sumatera, jumlah penuturnya 50 orang sahaja.
= Di Sulawesi, penutur bahasa Boden-boden 70 orang
= bahasa Dampal, 90 orang penutur
= Kalimantan pula, bahasa Lengilu tinggal 10 orang penutur
= bahasa Punan Merah 137 orang penutur
= Di kepulauan Maluku, bahasa Hukumina, Keyeli, Hoti, dan Hulung, jumlah penuturnya kurang daripada 10 orang
= di Papua, bahasa Mapia, Tandia, Bonerif dan bahasa Saponi pun kurang daripada 10 orang penutur.
Malaysia
bahasa yang sedang menghadapi kepupusan termasuklah bahasa Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu
pada tahun 1981, bilangan penutur bahasa Kanak dikatakan 34 orang
Bahasa Mintil 1975 ada 40 orang penutur sahaja
Proses kepupusan akan berlaku selepas sesuatu bahasa itu hanya dituturkan oleh beberapa orang yang sudah lanjut usia. Generasi baharu tidak mempelajari dan mewarisi bahasa kaumnya lagi. Mereka langsung tidak mempedulikannya lagi, apatah lagi mahu menggunakannya.
Generasi muda ini akan memilih bahasa utama negaranya yang menjadi bahasa perhubungan luas. Mungkin bahasa itu bertaraf bahasa kebangsaan atau/dan bahasa rasmi negara, merangkap bahasa pendidikan kebangsaan, dan bahasa kerja yang mempunyai nilai ekonomi.
Sesuatu bahasa akan mati dengan sendiri apabila penutur jati (asli) bahasa berkenaan sudah tidak wujud lagi. Hal sedemikian rupa bertepatan dengan peribahasa Melayu “hilang bahasa, lenyaplah bangsa”.
sumber; Dewan Bahasa
Unlike · Comment
You and 4 others like this.
Dewata Majnun
17 hrs · Unlike · 3
Tuah Bugis Kepada tuan Nain Rizal, salam sejahtera, satu soalan.
Adakah 'Melayu' itu sebuah Budaya, Bangsa ataupun Bahasa ya?
8 hrs · Unlike · 1
Nain Rizal
bg sy...setiap bahasa ada nada dan ritma sendiri.... nada dan ritma jika selalu diamalkan akan membentuk diri seseorg.... sbg cth- nada dan ritma bahasa rusia dan jerman... nada dan ritamanya lebih ksar bunyinya.... bahasa jepun lebih tegas dan bersungguh-sungguh bunyinya..... bahasa jepun telah bentuk bangsanya menjadi lebih tegas, rajin dan bersungguh-sungguh....jd, bg sy, bagaimana bahasa itu, begitulah bangsanya....jika sesuatu bangsa itu menukar bahasanya maka bangsanya akn berubah sifat.... - cuma pendapat sy je...
7 hrs · Unlike · 2
Tuah Bugis
Saya sangat setuju dgn bro. Saya pernah berbahas dgn sebuah kumpulan mengenai lenggok bahasa yang mencorak kan bangsa. Dari pengalaman saya semasa bekerja Offshore Drilling di sempadan laut Siam, ada beberapa rakan dari Australia/US/Eropah yang telah menatap di bumi Kelantan lebih kurang 10tahun yang fasikh berbahasa Melayu loghat utara. Sifat mereka amat bertutur bila bicara, dgn santun yang agak lebih baik dari kita.
Itulah timbul kekata 'Bahasa menunjukan Bangsa'. Yang menjadi cabaran sekarang, ramai di kalangan Melayu sudah tidak menjunjung bahasa ibunda, maka berubah lah sifat mereka ke arus bahasa yang diagung agungkan selain bahasa ibunda.
6 hrs · Unlike · 2
Nain Rizal bahasa melayu penuh kelembutan...
5 hrs · Unlike · 2
Ratu Rimba Niagara CITA-CITAKU MAHU MENJADIKAN BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN SEBAGAI BAHASA DUNIA, IN SHAA ALLAH AAMIIN. MOGA MENDAPAT SOKONGAN DUKUNGAN
SELURUH RAKYAT NUSANTARA TERCINTA.
46 mins · Like
Ratu Rimba Niagara KESUSASTERAAN MELAYU BAHASA RUMPUN NUSANTARA DIMINATI PENGHUNI DUNIA DAN AKHIRNYA DIIKTIRAFKAN SEBAGAI BAHASA KETIGA DUNIA, ITU DI ANTARA OBJEKTIF RATU RIMBA NIAGARA BERKARYA MOGA MENDAPAT SOKONGAN/DUKUNGAN DARIPADA SEMUA RAKYAT NUSANTARA IN SHAA ALLAH AAMIIN.
45 mins · Like
Ratu Rimba Niagara BAHASA MELAYU NUSANTARA MENJADI BAHASA DUNIA
BAHASAMU BAHASAKU
BAHASA IBUNDAKU BAHASA IBUNDAMU
BAHASA NENEK MOYANG KITA
BAHASA SERUMPUN SENUSANTARA
BIARPUN ADA YANG BERBEZA BAHASAMU BAHASAKU
NAMUN KITA ADALAH SERUMPUN
KITA SATUKAN BAHASAMU BAHASAKU MENJADI SATU
SENADA SEIRAMA
SEHATI SEJIWA
AZAMMU
AZAMKU
MAHU JADIKAN
BAHASA NUSANTARA
MENJADI BAHASA DUNIA
YANG DIKAGUMI DUNIA
ATAS KEINDAHAN BAHASA
KEINDAHAN BUDI
SEINDAH BAHASA
SEINDAH BUDI
KESUSASTERAAN MELAYU NUSANTARA
MENJADI SALAH SATU BAHASA
YANG DIMINATI WARGA DUNIA MEMPELAJARI DAN MENGUASAI
KERANA TERPESONA DENGAN
LENGKGOK BAHASA
MELODI BAHASA
GAYA BAHASA
KEPUITISAN BAHASA
BAHASA TERSURAT DI SEBALIK TERSIRAT
BAHASA KEMANUSIAAN
BAHASA KEDAMAIAN
KARENA INDAHNYA BAHASAMU BAHASAKU
SANTUNNYA BAHASAKU BAHASAMU
MEMBUATKAN WARGA DUNIA TERPESONA TERKESIMA
DALAM DUNIA SASTERAKU SASTRAMU
SEINDAH BUDI SEINDAH BAHASA SEINDAH SANTUN BERBAHASA
KEINDAHAN KESUSASTERAAN SASTRA NUSANTARA
MAKA BENARLAH SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH
TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA
SELAGI BAHASA MELAYU DIMARTABATKAN
OLEH SELURUH YANG CINTAKAN BAHASA MELAYU NIUSANTARA
MAKA WAJARLAH BAHASA MELAYU NUSANTARA MENJADI BAHASA DUNIA KERANA MELAMBANGKAN JIWA BANGSA
BAHASA ANAK BANGSA IBU PERTWI NUSANTARA
MOGA BERSAMA KITA MEMARTABATKAN
BAHASA NUSANTARA MENJADI BAHASA DUNIA
DIMINATI WARGA DUNIA
MOGA BERJAYALAH MISI DAN VISI
SUATU MASA NANTI BAHASA MELAYU NUSANTARA MENJADI BAHASA DUNIA, IN SHAA ALLAH AAMIIN YA RABBAL A'ALAMIIN
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Zulhijjah 1434H
Ratu Rimba NIagara BAHASA ALAM MENGAJAR KITA MENGAKUI KEBESARAN ALLAH SWT MENCIPTAKAN ALAM INI SEBEGINI INDAH MEMPESONAKAN. SUBHANALALAH INDAH-NYA CIPTAAN-MU TUHAN. KEINDAHAN-NYA TIADA BANDINGANNYA DENGAN APA-PUN SESUNGGUH-NYA ENGKAU MAHA BIJAKSANA MENCIPTA ALAM SEBEGINI INDAH.
PANTUN ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa;
Indahnya budi kerana bahasa,
Bahasa jelek hati terasa.
Budi dibalas racun berbisa,
Lagi berbahasa lagi berbisa;
Berkatalah pada reti bahasa,
Nggak faham bisulah bahasa.
Sejambak budi sejambak bahasa,
Indahnya budi meresap ke hati;
Tiada kata seindah bahasa,
Bahasa indah harum di hati.
Bahasa kukait dengan cinta,
Budi kuhargai hingga ke mati;
Indahnya bahasa kerana cinta,
Indahnya cinta setulus hati.
Hari-hari berbahasa indah,
Serasa berada di taman Syurga;
Semua temanku bermadah-madah,
Madah pujangga bak penghuni Syurga.
Bahasamu indah menguntum senyuman,
Senyuman berseri bak bulan purnama;
Dalam hati kau teman idaman,
Terpatri cinta di Syurga bersama.
Hari-hari kupetik bunga bahasa,
Lalu kukarang sejambak bahasa;
Kuhadiahkan sejambak bunga bahasa,
Teman istimewa tahu bahasa.
Bahasa...oh! bahasa...oh! bahasa,
Bahasa indah hadirlah di hati;
Kuungkapkan indahnya bahasa,
Bahasa hati pada yang mengerti,
Duniaku dunia bahasa,
Karyaku karya bahasa;
Indahnya karya bahasa,
Berartinya karya bahasa.
Bahasa indah terkuntum senyuman,
Setiap bahasa sentiasa dijaga;
Kata-kata indah terukir senyuman,
Pahala dibawa hingga ke Syurga.
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Oktober 2012
(DISIARKAN DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & GROUP PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
22 Oktober 2012
October 22 at 12:52pm · Like · 2
Ratu Rimba Niagara TERIMA KASIH KDYMM SULTAN HASSANAL BOLKIAH KERANA SUDI MEMBACA KARYA PATIK DAN SUDI IZINKAN KARYA PATIK BERSIARAN DI WALL TUANKU. MOGA ALLAH SWT SAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN TUANKU. AAMIIN.
MENULIS DAN BERBAGI KARYA APA YANG DITULIS ADALAH MINAT PATIK.
about a minute ago · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH)
11 Muharram 1434H
25 November 2012M
Like · · November 25 at 8:43pm near Kuala Lumpur ·
Ratu Rimba Niagara Moga Bahasa Melayu Tak Pupus Di dunia ini kerana tidak mahu sampai terjadinya “hilang bahasa, lenyaplah bangsa” jika terjadi sampai begini bagaimana aku mahu realitikan sumpah keramat moyangku Laksamana Hang Tuah tak akan hilang melayu di dunia!
Moga Allah swt sentiasa memberi kekuatan kepadaku dalam memperjuangkan bahasa melayu sehingga ke titisan darah terakhir. Aamiin.
AKU TIDAK MAHU SAMPAI TERJADI HILANG BAHASA LENYAPLAH BANGSA! AKU MAHU BUKTIKAN SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA MENJADI KENYATAAN INSYA-ALLAH AAMIIN
0 comments:
Post a Comment