Wednesday, 5 September 2012

PUTERA SUMPAHAN & RATU RIMBA BERHIDUNG BOTOX




  • DI BUKU ANTOLOGI 5 NEGARA KAMI BERPUISI

    Tersebutlah kisah sahabat sasteraku,
    Haji Domeng pembaca setia karyaku;
    Terima kasih kerana sudi baca sasteraku,
    Karyamu minatku karyaku duniaku.

    Haji Domeng sasterawan Brunei,
    Terkenal di seluruh Brunei,
    Menulis membela rakyat Brunei,
    Mendapat pengiktirafan Sultan Brunei.

    Karyanya amat kuminati,
    Bahasanya puitis indah sekali;
    Kubaca dan kuamati,
    Penuh mesej banyak sekali.

    Rakyat Brunei menghargainya,
    Kerana dia pembela rakyat Brunei,
    Melalui penulisan menaburkan baktinya,
    Bersyukur semuanya rakyat Brunei.

    Penulisannya dari rakyat untuk rakyat,
    Demi kesejahteraan Brunei Darussalam;
    Brunei maju untuk kepentingan rakyat,
    Lambang kecemerlangan Brunei Darussalam.

    Haji Domeng sudah lama berkarya,
    Menulis sejak di usia remaja;
    Minatnya suka berkarya,
    Dunia sastera dunia yang dipuja.

    Biarpun sudah menempa nama,
    Tapi masih merendah diri;
    Menulis bukan kerana nama,
    Jauh sekali membangga diri.

    Kucuma mengenalinya di alam maya,
    Tanpa suara tapi hati berbicara;
    Karyaku karyanya bersiaran di alam maya,
    Karyaku karyanya wakil hati berbicara.

    Terima kasih Tuan Haji Domeng,
    Kuhargai persahabatan di alam maya;
    Makanya kukarangkan pantun tanda sayang,
    Kutunggu karya puitismu di alam maya.

    Setiap rakan sasteraku adalah permata,
    Puisi-puisinya kubingkaikan di kalbu;
    Menjadi jambangan karya penyejuk mata,
    Memberi sinaran di hati yang kelabu.

    Karyaku duniaku,
    Karya rakanku minatku;
    Semuanya inspirasiku,
    Berkaryalah aku semahuku.

    Kusuka baca puisi rakanku,
    Lagi kubaca terlalu sukaku;
    Kubalas puisi rakanku,
    Kugandingkan puisinya puisiku.

    Gandingan puisi indah sekali,
    Dibaca dihayati bersama;
    Bahasa berbeda puitis sekali,
    Gandingan mantap diminati bersama.

    Malaysia Indonesia Brunei Singapura,
    Semuanya rakan puisiku yang disanjungi;
    Perjuangan berkarya sentiasa membara,
    Di buku antologi 5 negara kami berpuisi.

    Tamatlah sudah aku berpantun,
    Kukarangkan istimewa untuk rakan;
    Kukirimkan salam penuh santun,
    Salah bicara maafkan daku duhai rakan.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    5 September 2012
     ·  · 15 hours ago
      • Rabeah Mohd Ali Assalamualaikum Tuan Adnan Mustafa sahabatku,
        Lama sudah tak dengar kabar berita;
        Adakah merajuk hati denganku,
        Kalau merajuk jangan lama-lama nanti kuderita.
        (Hehehehe)
        15 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa alaikummussalam Rabeah mohd Ali...hamba masih lagi menatap puisi tuan hamba....jangan bimbang hamba nie x pernah nak merajuk2 nie....
        15 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jangan mejuk lama-lama nanti ku rindu...hehehe
        elok le tu tak mejuk-mejuk nanti susah nak pujuk...hehehe
        terima kasih kerana sudi membaca dan menyokong karya hamba
        biarpun hamba jauh di rimba ini jauh dari hiruk pikok kota
        teman-teman hamba cumbalah penghuni rimba...
        terima kasih kerana sudi menjadi rakan baik hamba duhai tuan hamba...moga budi baik tuan hamba Allah saja yang dapat membalasnya .AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
        15 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa mudah2an diperkenankan......jangan bawa diri jauh2....susah nak jumpe nanti.....
        14 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Di kalbumu kalbuku
        Bukankan selalu kita ketemu duhai tuan hamba...hehehe
        14 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa diketemukan dalam sebuah novel yg terindah ye tuan hamba.....
        14 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Tapi tuan hamba kata ...tuan hamba tak ada masa nak baca panjang-panjang...jika hamba karang novel ...tuan hamba lagi tak baca...hehehe
        14 hours ago · Edited ·  · 1
      • Adnan Mustafa disaat kelapangan hamba baca......susah tuk dimengertikan maksud hati tuan hamba nie.....ye sorng yg seni..
        14 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Hamba menulis bukan bahasa tamil ....hamba tahu tuan hamba faham tapi saja buat-buat tak faham supaya hamba jelaskan bagi faham ye....hehehehe
        14 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Jika tuan hamba nak faham juga elok benarlah tuan hamba berkepala semula...senang hamba nak bagi faham...mungkin tuan hamba tak berkepala itu yang tak faham kot...hehehehe
        14 hours ago · Edited · 
      • Adnan Mustafa tuan hamba nie nak kena nie....kang kena pulas telinge tu...
        14 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Tuan hamba tak berkepala...hamba di sini tak bertelinga...jadinya tuan hamba tak dapat hendak memulasnya tuan hamba...hehehe
        14 hours ago · 
      • Adnan Mustafa kalau x de telinge....nanti hamba tarik hidung nye...
        14 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Hidungku hidung botox klau tuan hamba tarik terus tercabut...bila tercabut pastinya tuan hamba terus cabut lari.....hehehe
        14 hours ago · Edited ·  · 1
      • Adnan Mustafa berita tengah hari......berita utama...sorng pompuan hidung botox nye telah tercabut....
        12 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Berita tengah hari...Seorang lelaki tak berkepala telah disaman ke mahkamah tinggi negara kerana telah mencabut hidung botox seorang perempuan yang baru hendak merasai hidung mancung....hehehehe
        12 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa FBI masih lagi menyiasat tentang hidung botox yg dirampok....
        12 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Moga lelaki yang tak berkepala itu dikenakan hukuman setimpalnya kerana telah merampok hidung botox telah menjadi tajuk utama di mana-mana akbar malaysia & indonesia...dan berita ini amat menggemparkan seluruh nusantara...kes ini akan diadili oleh rakyat nusantara....dan pihak tv berbayar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan undian...rakyat menyebelahi di pihak mana...mana undian yang terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang bertuah dengan diberikan hadiah sebuah novel terlaris di pasaran bertajuk , PUTERA SUMPAHAN TAK BERKEPALA & RATU RIMBA BERHIDUNG BOTOX'
        12 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa sedih meno cite nye...pasal pe le hidung yg di rompak....ish ish ish....
        12 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali biarlah rampok hidung jangan rampok hati...ish ish ish....
        12 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa kalau rampok hati susah lk FBI nak siasat ye.....
        12 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Bak kata perpatah melayu, LAUT YANG DALAM BOLEH DISELAM, HATI DIDALAM SIAPA YANG TAHU HANYA DIA YANG MAHA TAHU.
        8 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa bagi taw le....
        8 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali senyum tak perlu kata apa-apa makanya senyumlah duhai tuan hamba...hehehe
        8 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa asik tersenyum je nie...
        8 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Senyum rasa muda
        Senyum jadi muda
        Senyum hilang stres
        Senyum satu sedekah
        Makanya senyum-senyumlah selalu...
        8 hours ago ·  · 1
      • Adnan Mustafa mmg senyum je....
        8 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Di rimba niagara ini semua penghuninya senyum...
        Dulu ketika mula hamba sampai di sini tak tahu senyum
        Mereka yang mengajar hamba senyum...
        Senyum ikhlas tu....itu yang mahal tu...hehehe
        8 hours ago · 
      • Adnan Mustafa bape harge nye.....
        8 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali HARGANYA HANYA ALLAH YANG MEMBAYAR BALIK NANTI duhai tuan hamba yang baru belajar senyum...hehehe
        8 hours ago · 
      • Adnan Mustafa senyuman yg ku beri pada mu......
        8 hours ago · 
      • Mohdyusrie Arie kanak2 pun pndai semyum inikan pula org dewasa...
        7 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Senyum kanak-kanak tak sama dengan senyummu....
        7 hours ago · 
      • Mohdyusrie Arie apa yg x sama..senyuman dtgnya dri bibir...
        7 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali ini bibir hati dah...mana ada sama dengan kanak-kanak kan3 hehehe
        4 hours ago · 
  • http://www.facebook.com/myquranreaderpen
    Sesuai untuk seisi keluarga. Mendapat kelulusan KDN & jaminan 1 tahun. Membeli sambil menderma ke TABUNG GAZA-MAPIM. Layariwww.nurquran.com.my
    Page: 29 like this
     ·  · 8 hours ago
  • Terima kasih buat semua peminat/sahabat/kawan yang sentiasa menyokong Afisz...... jom layan single pertama dari Afisz - Hanya Paparan... http://youtu.be/RQMph0vWsHU
     ·  ·  · 23 hours ago
  • Camar Yang Pulang

    Bermusim tinggalkan perlabuhan
    Layari hidup sendirian
    Kembali...See More
     ·  · Tuesday at 11:13pm
  • TERIMA KASIH KERNA KAU MENJAUH DARIKU..
    IA TELAH BANYAK MENGAJAR AKU ERTI RINDU
     ·  · Tuesday at 9:06pm

  • SUBHANALLAH!

    Subhanallah sungguh indah!
    Kulihat nama-Mu
    Begitu indah
    Ditulis hamba-Mu
    Aku terus jatuh cinta pada-Mu
    Bukan sekali tapi banyak kali-kali
    Hingga tak terkali-kali
    Nama-Mu
    Indah...indah...indah...
    Di ulang-ulang banyak-banyak kali
    Tak jemu-jemu
    Makin disebut makin cinta makin rindu
    Rindu....rindu...rindu....
    Rindukan-Mu
    Moga cintaku pada-Mu
    Kau balas Ya Allah
    Aku rindu
    Aku cinta
    Aku ingin bertemu dengan-Mu
    Tapi aku malu kerana aku belum bersedia
    Kerana amalanku yang sedikit
    Malu kupersembahkan pada-Mu
    Makanya izinkan aku
    Mengumpulkan amalan
    Yang membuatkan KAU redha padaku
    Bila matiku nanti KAU terimaku
    Kekasih-Mu yang Kau Redho Lagi DiRedhai
    Ammin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Makbulkan doaku Ya Allah
    Makbulkan doa sesiapa yang membaca doa ini Ya Allah

    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    HAMBA-MU YANG MENCINTAI-MU
    SEHINGGA AKHIR HAYATKU
    5 Sept 2012
     ·  · 7 hours ago
    IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

    IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Dua orang sahabat sehati sejiwa;
    Biarpun terpisah antara dua benua,
    Selalu merindui di antara mereka berdua.

    Mereka berdua bak merpati sejoli,
    Terbang tinggi di angkasa raya;
    Berhujan berpanas mereka tak peduli,
    Kerana mereka sudah saling percaya.

    Mereka mempunyai minat yang sama,
    Suka bersyair suka berlagu puisi;
    Bila berpantun ketawa bersama,
    Hilai ketawa hingga nampak gusi.

    Hari-hari mereka berkomunikasi,
    Berkomunikasi di alam maya;
    Cerita mereka tak pernah basi,
    Komunikasi mereka selalu bermaya.

    Berbual mereka menjadi-jadi,
    Hingga tak hirau kerja menanti;
    Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
    Justeru sidia mengalah mengambil hati.

    Apa nak buat hati dah suka,
    Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
    Mendengar syairmu hatiku suka,
    Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.

    Kau berpuisi aku bersyair,
    Berbalas-balas bermadah pujangga;
    Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
    Indahnya dunia kita dunia pujangga.

    Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
    Tanpamu hidupku sepi;
    Kumenantimu tak jemu-jemu,
    Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.

    Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
    Kita sehati sejiwa selamanya;
    Mengikat kasih dalam restu,
    Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.

    Kasih sayangmu aku hargai,
    Akan terpatri di hati ini;
    Kau yang sentiasa kucintai,
    Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    4 Sept 2012
    ·

0 comments:

Post a Comment

 
;