• GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA

    BismillahirRohmanirRohim
    Assamualaikum wr wb

    Terima kasih di ucapkan kepada Yang Mulia Tengku Syawal Tengku Aziz yang sudi mengundang hamba untuk menyiarkan karya-karya hamba di Grup MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA terharu rasa hamba kerana Majlis Pangkuan diRaja sudi mengundang hamba di sini...maklumlah siapalah hamba untuk berada di sini yang ahlinya terdiri daripada kerabat diRaja, bangsawan, hartawan dan berkelas atasan tidak seperti hamba yang tak punya apa-apa kecuali ingin berbakti kepada semua kerabat diRaja , pemimpin dan rakyat keseluruhan di seluruh jajahan Rumpun Melayu Nusantara melalui karya-karya hamba Insya-Allah Aamiin.

    Moga karya-karya hamba sudi dibaca dan diterima bagi membuka minda semua yang membaca karya hamba yang bertemakan:

    1. Dunia realiti Raja & Dongengan
    2. Semangat patriotik
    3. Kemanusiaan
    4. Kerohanian
    5. Kasih sayang demi-Nya
    6. Kepahlawanan Melayu dan sebagainya

    Semoga segala misi dan visi grup ini ditubuhkan berjaya mencapai matlamatnya dan segala niat suci berjuang kerana-Nya dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    3 Sept 2012
     ·  · 14 hours ago
  • REVOLUSI BERTANJAK

    Revolusi bertanjak
    Raja bertanjak
    Pemimpin bertanjak

    Tak akan berlaku revolusi
    jika cuma Raja dan pemimpin bertanjak

    Suka tak suka
    akan berlaku revolusi
    jika sekiranya
    seluruh rakyat bertanjak
    dan memahkotakan
    tanjak yang terbaik
    bertahtakan
    kekuasaan rakyat memilih
    siapakah pemimpin yang terbaik untuk mereka
    dan memartabatkan Raja
    untuk mengukuhkan lagi
    sesebuah negara
    yang sentiasa mengutamakan rakyat
    daripada kepentingan sendiri
    kerana kekuasaan rakyat
    sentiasa dijunjung pada
    tanjak anugerah rakyat
    untuk pemimpin dan Raja
    itulah revolusi yang sebenarnya!
    jika itu terealiti
    makanya
    antara rakyat pemerintah dan Raja
    berpisah tiada
    kerana senada seirama
    memajukan negara
    dalam suasana
    aman harmoni
    tanpa
    mengundang
    ketidakadilan
    dalam memegang tampuk kekuasaan
    kekuasaan adalah milik semua
    dan semua berhak
    untuk hidup dalam
    negara sendiri yang merdeka!
    Revolusilah rakyat
    Revolusilah pemerintah
    Revolusilah Raja
    Revolusilah negara
    Barulah negaraku akan terus merdeka
    Dalam ertikata yang sebenarnya
    Negaraku yang merdeka dan berdaulat!
    Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    31 Ogos 2012
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 TAHUN PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 & MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI DIRAJA DAN SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN NUSANTARA)
    August 30 at 11:42pm · Like · 7
     ·  · 14 hours ago
    • 4 people like this.
      • Wira Panji Putih Hari Perlancaran Revolusi & Transformasi Tanjak pada 8 September 2012 jam 3 ptg - 12 mlm di Ladang Alam Warisan, Kg. Tengah, Sri Menanti, Negeri Sembilan.
        13 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Dihari tersebut bacakanlah pantun puisi gurindam syair karya Ratu Rimba Niagara...bertemakan Revolusi & Transformasi Tanjak...dan moga segala misi dan visi revolusi tanjak berjaya. Aamin.
        12 hours ago ·  · 1
      • Wira Panji Putih Aamiin.Insyaallah.
        12 hours ago ·  · 1
  • AKAN DIJAYAKAN REVOLUSI & TRANSFORMASI TANJAK

    Aku berkarya di alam maya
    untuk berbakti
    seikhlas hati
    bukan hendak mencipta nama
    cukuplah sekadar karyaku dibaca
    itu sudah memadai bagiku
    jika ada penulisanku yang
    tak berpuas hati
    kususun sepuluh jari
    memohon maaf
    dan kan kucuba
    memperbaiki mana yang kurang
    agar pembaca senang hati tenang hati

    bukanlah tujuan ku menulis
    nak timbulkan perselisihan
    tapi mahukan yang hak
    itu diberikan tempatnya
    kerana jika hidup
    dalam ketidakadilan
    dizalimi dianiayai dikhianati
    mana bisa mungkin aku berdiam diri
    kan kutiup suburkan
    obor api pejuangan bangsa
    biar mereka bangun dari lena
    bahawa hidup ini bukan sekadar suka-suka
    tapi adalah perjuangan anak bangsa
    untuk membela ibu pertiwi
    makanya revolusi tanjak
    akan disuburkan
    akan dipromosikan
    akan dijayakan sesungguhnya
    agar apa yang dimatlamatkan
    oleh para pejuang terdahulu dan kini
    berjaya berjaya berjaya
    Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
    Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    3 Sept 2012
     ·  · 12 hours ago
  • Aku berkarya di alam maya
    Yang tiada terlihat siapa dirinya
    Ayuh bangkit wahai bangsa
    Memartabatkan lagi perjuangan nyata
    Usah digentar dengan pancaroba
    Kelak binasa tidak mengikutnya
    Wahai bangsa wahai pendeta
    Bangkitlah kita meneruskannya

    ~Karya pembangkit bangsa~

    Raja Sabrie Palakka

    3 sept 2012
     ·  · 13 hours ago via mobile
      • Rabeah Mohd Ali AKAN DIJAYAKAN REVOLUSI & TRANSFORMASI TANJAK

        Aku berkarya di alam maya
        untuk berbakti
        seikhlas hati
        bukan hendak mencipta nama
        cukuplah sekadar karyaku dibaca
        itu sudah memadai bagiku
        jika ada penulisanku yang
        tak berpuas hati
        kususun sepuluh jari
        memohon maaf
        dan kan kucuba
        memperbaiki mana yang kurang
        agar pembaca senang hati tenang hati

        bukanlah tujuan ku menulis
        nak timbulkan perselisihan
        tapi mahukan yang hak
        itu diberikan tempatnya
        kerana jika hidup
        dalam ketidakadilan
        dizalimi dianiayai dikhianati
        mana bisa mungkin aku berdiam diri
        kan kutiup suburkan
        obor api pejuangan bangsa
        biar mereka bangun dari lena
        bahawa hidup ini bukan sekadar suka-suka
        tapi adalah perjuangan anak bangsa
        untuk membela ibu pertiwi
        makanya revolusi tanjak
        akan disuburkan
        akan dipromosikan
        akan dijayakan sesungguhnya
        agar apa yang dimatlamatkan
        oleh para pejuang terdahulu dan kini
        berjaya berjaya berjaya
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
        Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        3 Sept 2012
        12 hours ago ·  · 2
  • SEKALUNG TAHNIAH UNTUKMU PARA PENDEKAR

    Tanjak ayam masak kicap,
    Direka oleh si pereka tanjak;
    Indahnya rekaan tanjak tak terucap,
    Kacaknya pahlawan bila bertanjak.

    Segaknya panglima bila bertanjak,
    Wajahnya serius berhati Syurga;
    Pabila panglima suka bersajak,
    Aduhai bagaikan hidup di alam Syurga.

    Duhai panglima pewaris Hang Tuah,
    Gagahmu perkasa mengharum di hati;
    Hidupmu panglima sentiasa membawa tuah,
    Kasih mu pada anak bangsa tersimpul mati.

    Panglima dan keris tak dapat dipisahkan,
    Bagaikan irama dan lagu;
    Tanjak panglima akan dipromosikan,
    Agar dikenali dan diminati hingga tak jemu.

    Pendekar melayu tak takut mati,
    Ke mana pergi bersiap siaga;
    Pabila berjuang sampai mati,
    Agar keamanan negara sentiasa terjaga.

    Segaknya panglima bertanjak melayu,
    Menjadi kebanggaan generasi pewaris;
    Mahu memartabatkan tanjak melayu,
    Barulah dunia pendekar diminati pewaris.

    Tak akan hilang melayu di dunia,
    Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
    Pendekar melayu dikagumi dunia,
    Memartabatkan kepahlawanan Hang Tuah.

    Tidak lengkap pakaian melayu tanpa tanjak,
    Pelbagai ciptaan direka untuk peminat tanjak,
    Semuanya membuat si pemakai bertambah segak,
    Jiwa kepahlawanan datang pabila bertanjak.

    Pelbagai tanjak dicipta indah,
    Demi memartabatkan budaya pahlawan;
    Dunia pahlawan melayu terlalu indah,
    Seindah tanjak yang direka ciptakan.

    Duhai pahlawan melayu yang dikagumi,
    Perjuanganmu kami banggai;
    Jasamu akan kami hargai,
    Sentiasa mewangi di hati ini.

    Perjuanganmu pahlawan kami sokongi,
    Kami tiupkan bara api perjuanganmu;
    Biar musuh durjana tak berani ganggui,
    Kesejahteraan dan keamanan Malaysiaku.

    Duhai pendekar berhati pahlawan,
    Kau mewarisi darah Laksamana Hang Tuah;
    Jiwa dan rohmu adalah perjuangan,
    Menegakkan kalimah Allah di bumi bertuah.

    Sekalung tahniah untukmu para pendekar,
    Kukirimkan di angin lalu;
    Jasa baktimu sentiasa mekar,
    Mekar di hati semua yang mengasihimu.

    Senyum jangan tak senyum,
    Pabila membaca pantun kirimanku ini;
    Kukirimkan di angin lalu agar kau tersenyum,
    Bersama jiwa kepahlawananmu yang dikagumi.

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    2 September 2012
     ·  · 14 hours ago
  • MARILAH KITA BERSAMA MEMPERJUANGKAN KATA-KATA RAHMAT

    Maka dari deklarasi ini maka marilah kita bersama-sama memperjuangkan kata-kata rahmat yang mendatangkan keukhwahan, kerahmatan, kemuliaan jua kebenaran bahawasenya PUISIKU ADALAH IBADAHKU..... Allahuakbar!

    By: Norm Norman Mohd Yusoff

    PABILA LAUNGAN-MU BERGEMA DI PELOSOK HATI

    ALLAHUAKBAR!
    Pabila laungan-Mu
    Bergema di pelosok hati
    Lantas meresap ke kalbu
    ALLAHUAKBAR!
    Betapa kerdilnya aku
    Aku mahu pulang kepada-Mu
    Dalam hati yang suci bersih
    Sebagaimana tika aku dilahirkan ibuku ke dunia ini
    Makanya Kau tundukkan hatiku
    Agar aku menjadi hamba-Mu
    Yang selalu muhasabah diri
    Mahu pulang kepada-Mu
    Dalam jiwa yang tenang
    Redho lagi DiRedhoi-Mu
    Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya Ratu Rimba Niagara
    3 Sept 2012
     ·  · 14 hours ago
  • Salam untuk semua....
    Kerabat kita di Batam merancang untuk menjemput kita untuk hadir bagi Majlis pengukuhan Zuriat dan Kerabat Kerajan Riau Lingga Kota Batam pada hari ahad 16 Sep 2012 di Tanjung Bemban dimulai pukul 9 pagi. Yang berminat untuk pergi harap beritahu Tengku Shawal...
  • BERPUISI UNTUK MERAIH CINTA ILAHI

    Indah puisimu
    indah puisiku
    indah puisi semua rakan puisiku
    kita berpuisi bersama-sama tanda kita syukuri
    pada Ilahi yang mengizinkan kita semua
    berpuisi nan indah-indah...
    Kerana-Nya kita semua bertemu di grup Puisi Ilahi
    Grup Puisi Ilahi...ku pasti semuanya bertemakan
    puisi tentang Ilahi ...
    apapun yang kita puisikan semuanya bermatlamat
    untuk meraih cinta Ilahi
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    3 Sept 2012
     ·  · 14 hours ago
  • GURINDAM PUISI QALBU UNTUK KANDA

    Salam puisi untuk kanda
    Terima kasih karena sudi memahami apa yang tersirat di hati dinda
    Lukanya terlalu parah dalam cinta puisi terluka
    Hingga kini lukanya masih sukar untuk diobati
    Selagi dinda ingati selagi itulah airmata mengalir deras
    Mujurlah ada penghuni rimba yang setia
    Selalu memujuk dinda pabila dinda menangis hiba...

    Kenapa manusia begitu kanda?
    Setelah diberi hati dikecewakan
    Kenapa tak seperti Putera Duyung
    Sanggup memberi hati pada Mas Merah ...
    Manusia yang tidak pernah dikenalinya
    Alam yang berbeda tapi masih punya hati ehsan
    Kenapa manusia tak begitu kanda?
    Kenapa mesti ada cemburu dan sakit hati kanda?
    Memikirkan hal ini
    Dinda rindukan suasana duyung lautan
    Yang hidup saling
    Hormat menghormati
    Berkoban ...biarpun nyawa jadi taruhan
    Demi mempertahankan sebuah kasih sayang nan suci murni

    Alangkah bahagianya jika hidup ini
    Penuh dengan kasih sayang yang bersih
    Jiwa raga
    Tiada niat lain selain niat yang membahagiakan
    Roh dan jasad
    Berkasih sayang selari dengan Cinta Ilahi

    Setiap kali dinda pergi
    Ke pantai cinta ombak rindu
    Dinda selalu membayangkan putera duyung
    Menjelma dengan senyumannya yang berbunga pelangi cinta
    Menjemput dinda ke istana lautannya
    Dan dinda dilayan seperti Tuan Puteri oleh semua penghuni
    Lautan....Penghuni lautan ...menyayangi dinda ....
    Dinda rasakan inilah dunia yang dinda dambakan...
    Ah! Itu cuma dunia illusi dinda saja tak akan jadi kenyataan!

    Tapi kehadiran mu kanda dalam hidup dinda
    Seolah sinar kebahagiaan pelangi cinta suci kerana-Nya
    Mula bertapak di hati...
    Mula keyakinan bunga-bunga Cinta Syurga
    Mewarnai cinta yang damai mendamai
    Yang indah mengindahkan suasana cinta bagaikan di alam Syurga
    Bahasa yang dituturkan nan indah tanpa ada hati terluka dilukai

    Percayalah kanda ...
    Cinta itu indah
    Bahasa puisi itu indah
    Kerana bahasa puisi adalah bahasa qalbu
    Bahasa qalbu datang dari Tuhan
    Makanya berjanjilah pada dinda
    Kanda akan selalu bertutur dalam bahasa puisi qalbu
    Jiwa kanda sesuci bahasa puisi qalbu

    Kanda...
    Dinda bukanlah insan yang sempurna baik
    Tapi tak salahkan jika dinda ingin menjadi hamba-Nya yang baik
    Karena Allah Azzawajallah suka yang baik-baik
    Makanya marilah kita bersama
    Berkata yang baik-baik
    Berpuisi nan indah-indah
    Seindah pelangi di malam hari
    Seindah bunga sakura
    Seindah bunga Cinta Syurga
    Indah....indah...indah....terlalu indah!
    Indah-Nya Hanya Allah Taala saja yang tahu

    Kanda....
    Mulai saat ini dan detik ini
    Kita sama-sama berjanji
    Untuk menjadi hamba-Nya yang baik
    Berpuisi nan indah-indah
    Puisi qalbu yang ada nilaian di Sisi-Nya
    Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    3 Sept 2012
     ·  · 14 hours ago
  • PUISIKU IBADAHKU

    Duniaku puisi
    hari-hari kukarang puisi
    puisi...puisi...puisi...
    karang...karang...karang...
    karang tanpa jemu...tanpa bosan...tanpa penat...
    tak jemu ke...tak bosan ke...tak penat ke...
    tak....tak....tak...
    dari pagi hingga petang....petang ke malam
    ku karang puisi
    kubaca puisi
    siapa yang like
    siapa yang komen
    aku suka...suka...suka...
    lagi mereka like lagi mereka komen
    lagi aku bersemangat untuk menulis
    bukan aku menulis kerana mereka like atau komen
    tapi setidak-tidaknya mereka membaca karyaku
    itu pun sudah memadai bagiku
    jika aku tiada di dunia ini
    karya aku masih ada
    di baca ...dan terus dibaca...
    dihayati sepenuh jiwa sepenuh hati
    datang Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
    di iman pembaca yang tandus
    Syukur Alhamdulillah
    itulah matlamatku menulis
    memberi kebaikan dunia akhiratku
    memberi kebaikan dunia akhirat pembaca karya yang kukasihi

    Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada Ilahi
    Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada sekalian yang hidup
    Karyaku tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini

    Moga dunia puisiku
    Sentiasa hidup biarpun aku sudah mati
    Makanya sebelum aku mati
    Aku mahu menulis yang baik-baik saja
    Yang ada Nilaian di Sisi-Nya
    Yang menyakitkan hati orang aku tak mahu
    Dan minta dijauhkan

    Tujuan aku menulis
    Adalah meraih kasih sayang Allah
    Berbuat baik kepada sekalian manusia

    Aku menulis puisi kerana
    Puisiku adalah ibadahku

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    3 Sept 2012
     ·  · 14 hours ago
  • SULTAN MAHMUD SYAH III merupakan Sultan Kerajaan Riau-Lingga-Johor-Pahang yang paling lama memerintah. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan ketika masih kanak-kanak lagi yaitu semasa berusia lebih kurang empat tahun...
     ·  ·  · 17 hours ago
  • Air yg dicincang tidak akan putus. Itu seruan kpd yg disini. Terus utus terus ampuh memperjuangan daulat para leluhur kita. Ayuh bangkit semuanya. Menjayakan impian daripada para leluhur kita hanya utk yg maha esa.
     ·  · 18 hours ago via mobile
  • Perjuangan kita.. Perjuangan bangsa.. Perjuangan berdaulat tiada tandingannya. Bangkit utk menyahut seruanya!!!
     ·  · 18 hours ago via mobile
  • kami minta keluarga besar kita bergabung..barulah kembali ie datang apa yang kita dikhabarkan..menjadi kenyataan
     ·  · August 31 at 10:37am via mobile
  • Salam kepada semua wakil pejuang drpd para leluhur kita. Terima kasih kpd YM Tengku Shawal Tengku Aziz kerana menjemput saya ke sini dgn tujuan yang satu memertabatkan kembali perjuangan yang terdahulu. Alhamdulillah syukur kpd Allah s.w.t, Mudah mudahan semuanya berjalan lancar.

    Salam kasih salam perkenalan daripada saya Raja Sabrie Palakka penyambung waris daripada keluarga Opu daeng 5 bersaudara.
     ·  · 18 hours ago via mobile
  • pesanan leluhur kekata perjalanan
    kekata ilham buat panduan
    kita berakal dan beriman
    percayakan akhirul zaman
    amanah leluhur kita patuhi
    ...See More
     ·  · 20 hours ago via mobile
  • thank masukkan mursyid dlm group nie
     ·  · 22 hours ago
  • assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuhu , salam sejahtera rahayu , salam santun yang di rahmati oleh alloh swt di manapun berada , bila berkenan mohon sumbangsihnya seikhlasnya guna untuk peduli sesama antar umat seikhlasnya , bantuan dapat di kirim melalui rekening bank bca dengan nomer rekening =1530375109 sebelum dan sesudahnya kami ucapkan beribu maaf dan terima kasih semoga amal ibadah saudara di balas oleh alloh swt dengan penuh barokah maslahat dunia akhirat khasanah khusnul khotimah , amin amin ya robbal alamin , al fatekhah
     ·  · Sunday at 11:03pm
  • ‎[KabarNasional]: Organisasi Syiah Minta Pemerintah Bredel Media Islam

    Tidak puas menuduh Majelis Intelektual dan Ulama Muda Indonesia (MIUMI) dan MUI Jawa Timur sebagai biang perpecahan umat Islam, Dewan Pengurus Pusat Ahlul Bait Indonesia (DPP ABI) kembali menuding media-media Islam penyebar berita bohong.

    "Media seperti Ar-rahmah, Eramuslim, Hidayatullah dan Voa Al Islam itu jelas sebagai provokator," kata Sekertaris Jendral DPP ABI, Ahmad Hidayat kepada waryawan,di Gedung Dewan Pers,Jalan Raya Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Jumat (31/08/2012) kemarin di Jakarta.
    ...See More
     ·  · Sunday at 9:26pm
  • Di tengah hingar bingarnya berita suap, korupsi yang menerpa para petinggi partai Demokrat , kalau KPK yang salah bersalah karena di suap dan di beri uang pelicin puluhan tirlun alias uang diam siapa yang di salahkan dan di hukum ?? padahal KPK sering menghukum dan menindak yang korupsi tingkat bawah alias kelas teri namun bila yang salah kepala negara dan para pejabat tinggi negara siapa yang menghukumnya >?????karena manusia semuanya di seluruh dunia siapapun juga butuh keadilan dan kesejahteraan , coba berpikir secara jernih dengan hati yang tulus lubuh sanubari yang paling terdalam >?????<<<>??????>>>>>
     ·  · Sunday at 8:16pm

  • USUL ASAL PENGUASA/RAJA/SULTAN, KESULTANAN LANGKAT.

    1500-1580 RAJA DEWA SYAHDAN, pendiri kota rantang, dekat hamparan perak, belawan medan,

    1580-1612 RAJA DEWA SAKTI@RAJA INDERA SAKTI@ KEJERUAN HITAM,
    ...See More
     ·  · Sunday at 5:21pm
  • semoga jadi bahan renungan bagi saya dan sobat blogger semua. Berikut adalah kumpulan kata-kata mutiara dari para sahabat Rasul, para sufi, ulama serta sastrawan Islam.

    "Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu".
    {Ali bin Abi Thalib r.a.}

    ...Continue Reading
     ·  · Sunday at 5:49pm
  • Bismillahirrahmanirrahiim.
    Assalamuallaikum Warrahmatullahii Wabarrakatuh.
    Salam Sehat Selamat Dan Sejahtera Selalu Berserta Keluarga Dan Para Sahabat Fillah Semua. Insya Allah... Wafiika Baarakalaahu Warrahmattan Lil'alamiin.
    Dengan Segala Hormat Dan Dengan Kerendahan Hati Ini Bersama Dengan Ini Izinkanlah diri Untuk Mengajukan Surat Permohonan Dan Peryataan Yang Mana Insya Allah Kelak diri Akan Membutuhkan Suatu Pengakuan Dan Persaksian Atas Apa Yang Sedang Diri Jalani Dan Diri Perjuangkan Demi Masa. Demi Masa Depan Ummat BerAgama. Bangsa Dan Negara Yang BerAzaskan Hukum Syariat Islam Dan BerFalsafahkan Pancasila. Dengan Menelusuri Asal Awal Sejarah Yang Menyangkut Tentang Risalah Harta Amanah Yang Bertujuan Untuk Mengembalikan Fitrah Harta Dan Jiwa. Harkat Dan Martabat. Derajad Dan Masa...See More
     ·  · Saturday at 11:56am via mobile
    • 4 people like this.
      • Harry Bintoro Bocah Angon Subhannallahii Walhamdullillah Walaa Illahaillallah Allahu Akbar...
        Dengan Segala Hormat Dan Kerendahan Hati... Diri Merasa BerSyukur Atas Apa Yang Telah Diri Terima Dan Menghaturkan Terimakasih Banyak Atas Segalanya Kepada Selaku Pemangku ...See More
        Sunday at 3:48pm via mobile ·  · 1
      • Harry Bintoro Bocah Angon Namun DiDalam Risalah Tentang Masalah Kesaksian Ini Adalah Diri Yang Hanya SeOrang hamba Yang Telah Diperintahkan Untuk Menyampaikan Kembali Risalah Tentang Yang Haq Dan Yang Batil Itu Dan Memberikan Kabar Gembira Dari Yang Haq Itu...
        Laksa...See More
        Sunday at 5:44pm via mobile ·  · 1
(PETIKAN DARIPADA GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
4 September 2012