WARKAH UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA
Assalamualaikum wr wb
Yang disanjungi Kanda Wahyu Utama...
Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada Allah SWT
Yang mengizinkan segala yang diusahakan kanda untuk memartabat hasil karya dinda di persada dunia maya dimakbulkan Insya-Allah Aamin.
ALLAHU AKHBAR
Tidak terfikir pula kanda mengusahakannya tanpa kenal arti
Putus asa untuk menjayakan segala cita menjadi realiti Aamiin Insya-Allah
Sejujurnya segala usaha kanda dan seluruh yang terlibat membuatkan dinda terasa teramat syahdu dalam syukur pada Ilahi...
Inilah dunia dinda dambakan dunia sastra penyair demi-Nya sejak anak kecil hinggalah sekarang.Semoga berkekalan Berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena...
Kanda Wahyu Utama...
Semenjak perkenalan kita di alam maya yang tanpa dirancang beberapa purnama yang lalu tika dinda memberi cumalah sebaris ayat kepada gambar kanda di wall YM Seghayo SuttanPesirah DiPuncak Nur...bermula dari situlah perkenalan kita di alam maya...dan tanpa diduga kanda selalu mengikuti perkembangan karya-karya dinda yang dinda siarkan di grup Komunitas Kedatun Keagungan Cinta Budaya dan di wall fb dinda juga mahupun di blog dinda.
SUBHANALLAH kanda tak jemu-jemu memberi sokongan pada dinda dari awal hingga sekarang dengan semangat dan kata-kata dorongan kanda Insya-Allah dinda terus berkarya dan berkarya dengan penuh yakin Allah SWT sentiasa memberi ilham pada dinda untuk berkarya. Syukur Allahamdulillah hingga kini Allah SWT tidak pernah mengecewakan dinda apabila mahu berkarya bila-bila waktu dan ketika SUBHANALLAH ALLAHU AKHBAR ALHAMDULILLAH
setiap kali selepas berkarya dinda akan menangis kerana dunia karya yang dinda dambakan selama ini dimakbulkan-Nya .inilah dunia yang dinda dambakan berkarya tanpa henti selagi izin-Nya dinda berkarya....karya yang memuji Keagungan Cinta-Nya Kebesaran Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya Saling Mencintai semua mahluk-Nya kerana-Nya Ingin pulang dalam tenang lagi diredhai sebelum dijemput pulang untuk bertemu-Nya.
Kanda Wahyu Utama...
Akhir kata dinda mendoakan Allah SWT melimpahkan Rahmat dan Kasih-Nya kepada kanda sekeluarga dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan karya-karya dinda untuk dimartabatkan sebagai karya seni warisan bangsa Rumpun Melayu Nusantara pada abad ini dan abad yang akan datang Insya-Allah Aamiin.
Segala budi dan jasa murni kanda dan semua yang terlibat dalam menyokong usaha ini... dinda ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga dan segala karya diukirkan di daunan kasih Putri Rimba Niagara .
Ingatan Tulis Ikhals Daripada Dinda:
Rabeah Mohd Ali
Putri Rimba Niagara
Istana Rimba Niagara
MALAYSIA
9 Jun 2012
Yesterday at 1:01am · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NAIGARA)
18 Jun 2012
15 minutes ago · Like
YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA PENCINTA KHAZANAH WARISAN SENI RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Yang Dihormati Kedaton Kraton Wahyu Utama
Di wajahmu ada ketenangan
Di hatimu ada kelembutan
Di jiwamu penuh kasih sayang
Sayang semua khazanah warisan bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Agar tak hilang ditelan zaman
Agar dapat dihargai generasi kini dan akan datang
Agar dapat diwarisi zaman berzaman
Besarnya pengorbananmu
Pada Agama
Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Pembaca dunia alam maya sedunia
Perjuanganmu suci murni
Dan aku terharu
Dengan susah payahmu itu
Dan ku tahu
Hidupmu penuh dengan perjuangan
Perjuangan yang tak mengenal arti jemu
Dan putus asa
Demi menjaga Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara
Kaulah moyang yang bertanggungjawab
Kepada anak cucumu
Makanya
Anak cucu sentiasa menghargai jasamu
Yang mengharum di hati mereka
Seharum ambar kasturi
Moga Allah Azzawajallah meredhoi hidup matimu
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012
(DIIHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA RAKAN SEPERJUANGAN PUTRI RIMBA NIAGARA)
13 minutes ago · Like
PANTUN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU
Tangan berjabat senyuman terukir,
Terjalin sudah ikatan dua negara;
Dunia bersorakkan kedamaian terukir,
Ikatan raja dan rakyat sentiasa mesra.
Senyuman terukir seikhlas hati,
Nampak menawan mendamaikan jiwa;
Pengorbanan raja sentiasa disanjungi,
Dihargai sepenuh jiwa dan raga.
Raja adil Raja berdaulat,
Disanjungi rakyat di mana berada;
Raja berjasa sentiasa didaulat,
Karena pengorbanan Raja rakyat sejahtera.
Rakyat sayangkan Institusi DiRaja,
Raja pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan;
Lambang kasihnya Raja kepada rakyatnya,
Makanya Institusi DiRaja akan dipertahankan.
Tiada Raja tiada negara,
Tiada negara tiada rakyat;
Bersatu hati demi negara,
Majulah negara demi rakyat.
Walaupun sejarah telah lama ditinggalkan,
Tapi sejarah tidak akan dilupakan;
Makanya jasa bakti Raja tidak akan dilupakan,
Dunia akhirat mendapat ganjaran.
Raja dan rakyat bersatu hati,
Saling faham memahami;
Berkorban demi rakyat dikasihi,
Ikatan raja dan rakyat kekal di hati.
Rakyat hargai raja,
Raja hargai rakyat;
Saling menghargai jasa,
Demi negara dan rakyat.
Negara aman rakyat sejahtera,
Institusi DiRaja sentiasa didaulatkan;
Dipertahankan hingga ke akhirnya,
Agar sejarah kesultanan melayu dimartabatkan.
Sejarah kesultanan melayu dimartabatkan,
Akan majulah bangsa melayu di seluruh dunia;
Raja melayu sentiasa didaulatkan,
Negara asing memartabatkan jua.
Dunia melayu dunia kita,
Rumpun nusantara melayu;
Bersatu hati untuk Raja kita,
Raja kita memartabatkan hak melayu.
Hak melayu hak rumpun nusantara,
Saling mempertahankan demi melayu;
Sumpah Hang Tuah kian membara,
Pertahankan Institusi DiRaja melayu.
Selagi nyawa di kandung badan,
Akan dipertahankan Institusi DiRaja;
Karena itu lambang perpaduan,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012)
11 minutes ago · Like
HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN.
Laksamana Mas:
Kanda.........cantik baik lagi.....hehe
16 hours ago · Like
Putri Rimba Niagara:
Memegang watak Ratu Pujangga Rimba Niagara katakan....hehehe
Bukan senang hendak menghayati watak Ratu Pujangga...
Si Kunta Si Kunte yang menyolek wajah kanda ...itu yang jadi macam tu....hehehe
Kanda tak mahu senyum tapi dipaksa juga senyum
Katanya hadiah untuk semua pembaca yang meminati karya kanda
Ha...bila dia cakap macam tu...maka senyumlah kanda, 'Senyum Pelangi Cinta Purnama Malam'
Katanyanya lagi senyum sebagai. 'HADIAH KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN'
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Jun 2012
16 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas:
Iye Kanda ku yang baik nan Cantik,..Dinda sedia untuk mendengar semua petuah Kanda....hehehe
16 hours ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Kanda pun menuntut ilmu kasatria daripada dinda...hehehe
Gagah perkasa seperti pahlawan tidaklah kalau di pena turun ke gelanggang pertarungan boleh sikit....hehehe
16 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas:
Kanda...juge adalah inspirasi perjuangan Dinda,..Tugas Dinda adalah meliputi 135 Kerajaan sampai ke Gajah Putih/Thailand sana,..Mandagaskar, afrika selatan dan ke fasific,..termasuk australia suatu hari nanti,..perlu kawan sokongan dan penyemangat...Nuswantara kita akan menjadi suar dunia...
16 hours ago · Unlike · 1
Putri Rimba Niagara:
Insya-Allah Aamiin.
Jangan lupa doakan kanda berjaya menggapai bintang di langit
Sebagai HADIAH UNTUK GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA ye
Dengan kejayaan kanda itu semua ukiran-ukiran daunan kasih Putri Rimba Niagara bertebaran di seluruh dunia...
Yang penting ada nilaian di Sisi-Robbul Izzati . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
15 hours ago · Like · 1
Laksamana Mas: Amin....
15 hours ago · Unlike · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LAKSAMANA MAS)
19 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · June 19 at 11:25am
Naga Pamungkas and Werdys Kalbary like this.
(PETIKAN DARIPADA GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO )
24 Jun 2012
Like · · Unfollow Post · See Friendship
Garjito Gondokusumo likes this.
Garjito Gondokusumo Kangjeng eyang.Yosodipuro adalah pujangda besar dari tanah mojopahit. yg menurunkan Pujanga besar KANGJENG EYANG Rng.RONGOWARSITO. Keagungan Tanah jawa dwipa dan bangsa negara rebuplik indonesia raya. terima kasih Ratu Rimba Niagara.
8 hours ago via mobile · Unlike · 1
Ratu Rimba Niagara:
Terima kasih juga pada mu duhai rakan seperjuanganku Garijito Gondokusumo ...biarpun kita berlainan benua tapi semangat ksatria Rumpun Nusantara sentiasa membara di jiwamu di jiwaku dan sejiwa semua yang cintakan kemanusiaan di bumi Ciptaan-Nya lambang kita sayangkan Tuhan dan semua Ciptaan-Nya.
8 hours ago · Like · 1
(PETIKAN DARIPADA WALL GARIJITO GONDOKUSUMO DISIARKAN UNTUK SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO & YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA)
24 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURA & RATU RIMBA NIAGARA)
7 Sept September 2012
Like · · Unfollow Post
Kedaton Kraton Wahyu Utama Sungguh Karya karya kita bersama telah menjadi satu Energi Daya Kekuatan Bhating nan bersatu padu penuh kasih dan kemesraan dalam karya nan penuh cinta damai pada pesona budaya leluhur yang Mulyakan kita bersama kita Agung kan Demi Pesona Budaya Leluhur Nenek Moyang Bumi Nusantara yanga sammgat kami cintai kita cintai kita kagumi .........Adinda Rabeh Mohd Ali karya karya mu adalah bagian dari saksi saksi pesona budaya Bangsa Serumpun Negara Negara Di Seluruh Penjuru negeri Pesona Bumi Nusantara ....central cahaya kedamain dunia -ahkirat -dalam kisah cerita Dongen Rakyat Sejarah Mitologi Budaya LegenDaris nan mempesona nan menakjubkan dalam Langkah Langkah Sakti sejarah Maha karya agung Kedaton Kraton Wahyu Utama Laboratorium Pesona Wisata Dunia Dalam Karya Ekpos Berita Kesatuan Pesona Wisata Budaya Negara Negara seluruh penjuru Nusantara Dan Seluruh penjuru Dunia Dalam Karya Pembangunnan Kehidupan Alam Pesona Wisata Dunia nan penuh kasih dan damai kekal abadi .....
about an hour ago · Unlike · 1
KEJAYAAN INI ADALAH HADIAH UNTUK ANAK CUCU
RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Terima kasih kanda Kedaton Kraton Wahyu Utama kerana dari awal perkenalan kita ...kanda tak jemu memberi sokongan/dukungan
pada dunia karya dinda dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mempopularkan dan mempromosikan karya-karya dinda
kerana kanda begitu yakin dengan karya yang dinda hasilkan.
Hinggakan dinda rasakan seakan tidak percaya adakah dinda sedang berada di alam realiti atau masih berilusi lagi. Bukan sekali kanda meyakinkan dinda ..sudah banyak kali hinggakan dinda rasa baru percaya kerana dalam dunia ini bilamana Allah mengatakan KUN FAYAKUN tiada siapa yang boleh menafikan. Dan dinda bersyukur pada Tuhan jika inlah suratan-Nya yang bila tiba masanya apa yang dinda usahakan selama ini Di-Perkenankan-Nya.
Dikirimkan seorang hamba-Nya berdarah diRaja Nusantara untuk merealisasikan sebuah cita-cita yang diimpikan selama ini. Semogalah dengan kejayaan yang diraih adalah merupakan sebuah hadiah yang amat berharga untuk diberikan kepada anak cucu Rumpun Melayu Nusantara yang tercinta.
Terima kasih kanda kerana sudi merealitikan impian dalam dunia sastera yang dinda dambakan selama ini. Dan budi baik kanda berserta dengan semua yang terlibat dalam menjayakan misi dan visi
Sejarah Maha Karya Agung Kedaton Kraton Wahyu Utama .
Semoga kerjasama yang diberikan tidak berbelah bahagi ini akan dikenang sepanjang hayat dinda dan diucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga. Semoga dengan termetrinya kerjasama ini ikatan dua negara Indonesia Malaysia Brunei & Singapura berpadu dalam ikatan persaudaraan ukhuwah talisilaturrohimi sentiasa harmonis sebagai hadiah untuk anak cucu Rumpun Melayu Nusantara.
MALAYSIA KU CINTA
INDONESIA KU SAYANG
BRUNEI & SINGAPURA KU KASIH
SEMUANYA KU KASIH DAN SAYANG DEMI-NYA
DEMI ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada;
RABEAH MOHD ALI
RATU RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA
7 September 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
7 September 2012
;
0 comments:
Post a Comment