- JANJI ALLAH PASTI
Apalah arti kesetiaan jika dibisukan dalam sepi
dulu bilang setia...
mahu sentiasa menyokong ku...
tapi kini terus disepikan
aku kehilangan rakan fb yang dulu
yang ceria yang berpelangi cinta
sekarang yang kutemui rakan fb
yang selalu mengeluh kesahtentang sepi
tentang cinta
tentang ketidakadilan takdir cinta
kerana masalah itukah
bikin kau sepikan aku ?
kau tidak lagi like karyaku
kau tidak lagi memberi kata2 perangsang padaku
kau yang janji hendak menjadi pengganti
tempat si kunta si kunte
mula-mula aku percaya
tapi sejak kebelangan ini kau terus sepikan aku
aku sedih ...
setega itu kau pada ku
kerana aku sudah terbiasa dengan situasi ini
makanya aku diam dalam deraan hati terluka
jika lukaku kian membarah...
maafkan aku ...
aku terpaksa lupakan
penantian kesetiaan mu yang membosankan aku
tapi janji jangan marahkan
pada pengakuan ikhlas ku ini ye...
janji kalau kau termarah padaku
jangan lama-lama nanti kurindu
kerana tak mahu rindukanmu
kularutkan rinduku di ombak sepi tapi masih rindu
rindu seorang sahabat kepada sahabatnya
kerana ikatan ukhuwah tak semudah itu disepikan...
di hati ini
moga kau faham kenapa kau menjadi rakan fbku
semata mahu meniup suburkan dunia sasteraku
kerana sasteraku nadiku
ku sudi menjadi rakan fbmu
jangan persiakan kepercayaanku padamu
jika kau sahabat fb yang setia
kau akan faham ....faham...faham..
jika kau tak faham ...kenapa aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu...
aku hanya suka rakan fb ku seperti si kunta si kunte
yang sentiasa memahami duniaku
dan aku memahami duniamu
kerana merasai hidup ini adalah win-win
bukan saja sepikan perasaan kawan
tapi amat memahami perasan kawan
kesetiaan kejujuran keikhlasan
itulah kawan yang ada di hati fbku
sentiasa ceria dan senyum
kerana senyum adalah satu sedekah....
senyum tak perlu apa-apa
jadi muda
rasa muda
sentiasa muda
tiada stres
sentiasa bersangka baik pada Allah
manusia tak menjanjikan apa-apa walau dia berjanji
tapi Allah apabila DIA berjanji pasti dikotakan
JANJI ALLAH PASTI
itulah cinta yang pasti
tak perlu diragui!
jadi jangan dikesahkan dengan janji manusia
janji manusia seperti buih-buih di lautan
nampak nyata kemudian hilang
janji Allah nyata terbukti benar
tak akan melupakan janji-Nya
karna DIA tak pernah tidur
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
2 Sep 2012
Sunday, 2 September 2012
JANJI ALLAH ITU PASTI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment