Tuesday, 4 September 2012

INILAH ORANG YANG DICARI , PEJUANG BANGSA TANAH MELAYU DAN NUSANTARA, SEMBAH BERADAT BUAT YM TENGKU SHAWAL TENGKU AZIZ




    • Walau tenang sesekali jiwa ku di hempas badai
      sepi bukan bererti kaku
      hakikat tersirat
      wasiat demi wasiat
      dulu aku
      zuriat mu pun begitu
      maka sebelum kematian
      hembuslah nafas suci mu
      wahai insan

      Takkan islam hilang di dunia
      Takkan Empayar Sultan Melayu hilang di dunia

      By: Leftenan Adam Sakeenah
       ·  · Yesterday at 11:58am
        • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..
          Yesterday at 12:11pm via mobile ·  · 2
        • Rabeah Mohd Ali KESULTANAN MELAYU AKAN DIPERTAHANKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR! DAULAT TUANKU!
          22 hours ago ·  · 2
        • 20 hours ago via mobile ·  · 1
        • Panglima Daek Amin x3...
          18 hours ago ·  · 2
        • Leftenan Adam Sakeenah alhamdulilah.syukur ke hadrat ilahi,salam bersatu rumpun bersatu.takkan islam hilang di dunia.takkan melayu hilang di dunia.takkan sultan melayu hilang di dunia.salam uhwah.salam perjuangan
          13 hours ago ·  · 1
        • Panglima Daek ALLAH HU AKHBAR! ALLAH HU AKHBAR! ALLAH HU AKHBAR!!
          13 hours ago ·  · 1
        • Leftenan Adam Sakeenah kiranya hamba bertanya.saudara Panglima Daek usulnya dari mana?
          13 hours ago · 
        • Panglima Daek Maksud Tuan hamba??? Asal usul hamba atau nama gelaran hamba??
          12 hours ago · 
        • Leftenan Adam Sakeenah hamba maksudkan di mana tuan hamba duduki sekarang ini.
          12 hours ago · 
        • Panglima Daek Hamba berasal dari Singapura Tuan hamba....
          12 hours ago ·  · 1
        • Leftenan Adam Sakeenah semuga ikatan persaudaraan semakin kukuh.semuga perjuangan semakin utuh
          about an hour ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali MOGA PERJUANGAN TIDAK PERNAH MENGENAL ARTI KALAH...DAN PARA PEJUANG GUNAKAN KEKUATAN DAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI MASING-MASING DEMI KEJAYAAN MATLAMAT DAN BUANGKAN SEGALA HASAD DENGKI HIANAT DI HATI JIKA INGIN BERJAYA. BARU PERJUANGAN BOLEH SELESAI...INSYA-ALLLAH AAMIIN.
          about an hour ago ·  · 1
        • Leftenan Adam Sakeenah amin ya rabbal Rabeah Mohd Ali.terima kasih hamba ucapkan.begitulah hakikatnya :)
          about an hour ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali Inilah hikmat pertemuan kita di group ini biarpun cuma di alam maya tapi masih utuh dengan satu kekuatan untuk menjayakan misi dan visi moyang kita yang belum selesai...semoga dengan penyatuan ummah ini kita berjaya dalam Restu Ilahi. Aamiin.
        • Leftenan Adam Sakeenah insyaalah.hamba juga berharap begitu.dengan pertemuan,waris waris empayar melayu di seluruh rantau nusantara.insyaallah.kita akan bina kembali jaringan kekuatan bangsa kita dan islam kita,untuk mengjadapi ranjau dan duri demi generasi akan datang.hamba juga berharap.keluarga di dalam ini,ada pasukan yang secara konsisten untuk menghidupkan kembali sejarah sejarah kegemilangan bangsa kita.kita tidak mahu terus hanyut,dengan agenda kuasa kuasa besar,yang memperlekehkan empayar kesultanan kita dahulu,dan hasilnya,generasi muda hari ini.seakan akan lemah semangat untuk bangkit merentas masa
          about an hour ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali Yang hamba tahu setelah di soal selidik generasimu begitu yakin Kesultanan melayu di Nusantara tak akan ujud sampai kapanpun kerana telah ditelan zaman kerana tercabar dengan kata-kata generasimu itu ...hamba tercabar untuk mengihidupkan kembali kesultanan melayu nusantara dan akan buktikan ianya bukan ilusi seperti mana yang mereka katakan. Moga dengan penyatuan pejuang-pejuang institusi diRaja Nusantara yang tidak berbelah bahagi ianya akan menjadi satu realiti!Agar suatu masa nanti intitusi diRaja hidup di sanubari semua rakyat jelata Rumpun Melayu Nusantara ...semuanya dengan izin-Nya.
        • 58 minutes ago via mobile ·  · 1
        • Leftenan Adam Sakeenah insyaallah srikandi Rabeah Mohd Ali,hamba juga mengharapkan begitu.untuk menguatkan kembali saf barisan melayu yang di ketuai waris waris kesultanan lama,atau yang masih ada.adalah untuk menghidupkan kembali sejarah sejarah.kuasa kuasa besar dahulu,berjaya meruntuhkan takhta dan semangat empayar kesultanan turki selama 500 tahun.tetapi mereka gagal untuk meruntuhkan sepenuhnya empayar kesultanan melayu nusantara.terima kasih kepada kesultanan melayu dahulu,yang mengajar erti bersyukur kepada kami generasi melayu hari ini.takkan melayu hilang di dunia.bangsa melayu gagah perkasa :)
          58 minutes ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali Yang terkesan di hati hamba sampai saat ini pabila mengetahui
          kebanyakkan yang rela pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan
          ibu pertiwi Nusantara adalah terdiri daripada kerabat diRaja
          tapi kenapa setelah mencapai kemerdekaan kerabat diRaja
          tidak diistiharkan sebagai Raja yang berdaulat!
          Rakyat perlukan Raja lambang kemegahan melayu
          Kalau Raja boleh berkorban untuk rakyat
          Kenapa tidak rakyat berkorban untuk Raja?
          Raja dan rakyat berpisah tiada.
          Inilah masanya rakyat buktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi pada Raja-Raja Melayu seluruh Rumpun Melayu Nusantara...
          Hidup Institusi diRaja!
          12 minutes ago · 
    • Bangkilah Tanah Melayu dan Nusantara
      Memperjuangkan hak para leluhur kita
      Jangan lemah jangan mengalah
      Yang ghaib dinyatakan
      Yang zahir diteruskan
      Kita anak bangsawan berjuang untuk mengembalikan
       ·  · 32 minutes ago via mobile
    • Raja M Khalid's Photos
       ·  · 23 minutes ago
    • Raja M Khalid's Photos
       ·  · 25 minutes ago
    •  ·  · 10 hours ago
    • Panglima-Panglima Ahlul-Bait, yang menjaga ketua-ketua mereka dari jatuh ke tangan musuh-musuh Allah. Ini adalah maklumat yang digelapkan oleh musuh-musuh Allah seperti mana mereka menggelapkan sejarah pemerintahan Syarif Yang Dipertuan Kedah Tua Ahlul-Bait di Nusantara, pengelapan dana-dana atau elaun-elaun khas untuk keluarga Ahlul-Bait Nabi S.A.W dan penghapusan Kuliah Fadhilat dari Pengajian Islam yang didalamnya terdapat fadhilat-fadhilat tentang Ahlul-Bait yang semua ini dihilangkan secara halus dan terperinci.

      Kesungguhan Panglima-Panglima Ahlul-Bait ini dari kerajaan Moghul Hindi, kerajaan Islam China Tang, Yuan, Ming serta Manchu (yang mana komunis Mao Tse Tung ( 1893-1976 ) menganggap kerajaan-kerajaan ini Budhha Kafir) dan kerajaan Turki Usmaniyyah serta kerajaan Islam dari Pan...Continue Reading
       ·  · 47 minutes ago
    • Terimakasih kami telah berkenan bergabung Grup Nan Mulya ini ''Majelis Pangakuan Di Raja Kesultanan Melayu Islam ...

      semoga sungguh saya dapat jumpa saudara saudaraku sahabat sahabatku penuh kasih sayang dan cinta kedamaian dunia hingga ahkirat kelak

      salam kasih ku Kedaton Kraton Wahyu Utama Yoyakarta Nusantara Center Laboratorium Pesona Wisata Dunia Wahyu Utama Filosofi Center Genius Program. Central Pesona Cahaya Filosofi Pesona Budaya Alam Pesona Wisata Perdamaian Dunia -
      ...Continue Reading— with Wira Panji Putih and 23 others.
       ·  · 9 hours ago
      • You and 4 others like this.
        • Rabeah Mohd Ali Selamat datang ke group MAJLIS PANGKUAN DIRAJA MELAYU ISLAM NUSANTARA, moga kehadiran YM KEDATON KRATON WAHYU UTAMA ke Group ini menyemarakkan lagi dunia perjuangan melayu rumpun nusantara. Saling bermuafakat bersama, bergotong royong demi kecemerlangan dunia akhirat kita semua dan kejayaan semua para budayawan adalah hadiah kita untuk generasi akan datang Rumpun Melayu Nusantara. Insya-Allah Aamiin.
          about an hour ago ·  · 1
    • Kedaton Kraton Wahyu Utama
      Terimakasih kami telah berkenan bergabung Grup Nan Mulya ini ''Majelis Pangakuan Di Raja Kesultanan Melayu Islam ...

      semoga sungguh saya dapat jumpa saudara saudaraku sahabat sahabatku penuh kasih sayang dan cinta kedamaian dunia hingga ahkirat kelak

      salam kasih ku Kedaton Kraton Wahyu Utama Yoyakarta Nusantara Center Laboratorium Pesona Wisata Dunia Wahyu Utama Filosofi Center Genius Program. Central Pesona Cahaya Filosofi Pesona Budaya Alam Pesona Wisata Perdamaian Dunia -

      Untuk Seluruh Umat Umat Rakyat Rakyat Bangsa Bangsa Negara Negara Seluruh Penjuru Dunia seluruh penjuru Nusantara
      Untuk Itu Perlulah Kiranya Para Sahabat sahabat selintas mengenal Pesona kegiatan Kedaton Kraton Wahyu Utama _Yogyakarta Center Laboratorium Pesona Wisata Dunia –
       ·  · 9 hours ago
    • DI BUKU ANTOLOGI 5 NEGARA KAMI BERPUISI

      Tersebutlah kisah sahabat sasteraku,
      Haji Domeng pembaca setia karyaku;
      Terima kasih kerana sudi baca sasteraku,
      Karyamu minatku karyaku duniaku.

      Haji Domeng sasterawan Brunei,
      Terkenal di seluruh Brunei,
      Menulis membela rakyat Brunei,
      Mendapat pengiktirafan Sultan Brunei.

      Karyanya amat kuminati,
      Bahasanya puitis indah sekali;
      Kubaca dan kuamati,
      Penuh mesej banyak sekali.

      Rakyat Brunei menghargainya,
      Kerana dia pembela rakyat Brunei,
      Melalui penulisan menaburkan baktinya,
      Bersyukur semuanya rakyat Brunei.

      Penulisannya dari rakyat untuk rakyat,
      Demi kesejahteraan Brunei Darussalam;
      Brunei maju untuk kepentingan rakyat,
      Lambang kecemerlangan Brunei Darussalam.

      Haji Domeng sudah lama berkarya,
      Menulis sejak di usia remaja;
      Minatnya suka berkarya,
      Dunia sastera dunia yang dipuja.

      Biarpun sudah menempa nama,
      Tapi masih merendah diri;
      Menulis bukan kerana nama,
      Jauh sekali membangga diri.

      Kucuma mengenalinya di alam maya,
      Tanpa suara tapi hati berbicara;
      Karyaku karyanya bersiaran di alam maya,
      Karyaku karyanya wakil hati berbicara.

      Terima kasih Tuan Haji Domeng,
      Kuhargai persahabatan di alam maya;
      Makanya kukarangkan pantun tanda sayang,
      Kutunggu karya puitismu di alam maya.

      Setiap rakan sasteraku adalah permata,
      Puisi-puisinya kubingkaikan di kalbu;
      Menjadi jambangan karya penyejuk mata,
      Memberi sinaran di hati yang kelabu.

      Karyaku duniaku,
      Karya rakanku minatku;
      Semuanya inspirasiku,
      Berkaryalah aku semahuku.

      Kusuka baca puisi rakanku,
      Lagi kubaca terlalu sukaku;
      Kubalas puisi rakanku,
      Kugandingkan puisinya puisiku.

      Gandingan puisi indah sekali,
      Dibaca dihayati bersama;
      Bahasa berbeda puitis sekali,
      Gandingan mantap diminati bersama.

      Malaysia Indonesia Brunei Singapura,
      Semuanya rakan puisiku yang disanjungi;
      Perjuangan berkarya sentiasa membara,
      Di buku antologi 5 negara kami berpuisi.

      Tamatlah sudah aku berpantun,
      Kukarangkan istimewa untuk rakan;
      Kukirimkan salam penuh santun,
      Salah bicara maafkan daku duhai rakan.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      5 September 2012
       ·  · 2 hours ago
    • Selamat berjuang saudara ku...semuga Allah memberkati
       ·  · 9 hours ago
    • assalamualaikum,salam ukhwah,salam perjuangan,salam melayu rumpun bersatu
      terima kasih menjempot tuan hamba ke dalam keluarga ini

      hamba ingin bertanya,ada sesiapa di sini yang brketurunan raden.di mana susur galur nya ada kena mengena dengan TU MINAH dari sumatera

      keduanya,hamba ingin bertanya,ada kalangan di sini yang mempunyai susur galur SYARIFAH SYED ABU BAKAR dari singapura

      jika ada,hamba mohon respon dari saudara2 di sini
      sekian terima kasih
       ·  · Yesterday at 11:52am
    • assalamualaikum,salam ukhwah,salam perjuangan
      takkan islam hilang di dunia
      takkan melayu hilang di dunia
      takkan sultan sultan melayu hilang di dunia

      di zaman yang mencabar ini,agak nipis kecintaan kita terhadap bangsa kita
      melalui sejarah.bangsa kita di perlekehkan oleh kuasa kuasa besar dunia
      tetapi,alhamdulilah,allah itu maha besar,raja raja kita yang menerima islam tanpa peperangan ketika dahulu kala,adalah payung kepada kaum susur galur kita

      alhamdulilah,kini,bangsa kita,semakin bangkit dari tidur,
      demi menuntut yang HAK untuk di berikan kepada yang BERHAK

      Ya Allah,ya Tuhanku
      lindungi kaum kerabat kami
      dari bencana demi bencana yang sedang berlaku ke atas bumi tanah tumpah darah kami

      amin
       ·  · 12 hours ago
    • SYAIR PENGEMBARA BAHASA

      Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
      Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
      Bijak berkata indah berbahasa,
      ...Continue Reading
       ·  · 15 hours ago
    • salam perkenalan semua, terima kasih kerana menjemput saya ke group ini.
       ·  · 16 hours ago via mobile
    • IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

      Tersebutlah kisah suatu cerita,
      Dua orang sahabat sehati sejiwa;
      Biarpun terpisah antara dua benua,
      Selalu merindui di antara mereka berdua.

      Mereka berdua bak merpati sejoli,
      Terbang tinggi di angkasa raya;
      Berhujan berpanas mereka tak peduli,
      Kerana mereka sudah saling percaya.

      Mereka mempunyai minat yang sama,
      Suka bersyair suka berlagu puisi;
      Bila berpantun ketawa bersama,
      Hilai ketawa hingga nampak gusi.

      Hari-hari mereka berkomunikasi,
      Berkomunikasi di alam maya;
      Cerita mereka tak pernah basi,
      Komunikasi mereka selalu bermaya.

      Berbual mereka menjadi-jadi,
      Hingga tak hirau kerja menanti;
      Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
      Justeru sidia mengalah mengambil hati.

      Apa nak buat hati dah suka,
      Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
      Mendengar syairmu hatiku suka,
      Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.

      Kau berpuisi aku bersyair,
      Berbalas-balas bermadah pujangga;
      Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
      Indahnya dunia kita dunia pujangga.

      Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
      Tanpamu hidupku sepi;
      Kumenantimu tak jemu-jemu,
      Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.

      Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
      Kita sehati sejiwa selamanya;
      Mengikat kasih dalam restu,
      Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.

      Kasih sayangmu aku hargai,
      Akan terpatri di hati ini;
      Kau yang sentiasa kucintai,
      Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      4 Sept 2012
       ·  · 15 hours ago
    • Jom kita serbu beramai ramai!Jemputan dari Tuan Shahrul Fadzly : Dengan tulus ikhlas, hamba selaku pengasas Aktivis Busana Melayu, ingin menjemput sahabat sahabat untuk hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Anak Melayu di Alam Warisan anjuran Persatuan Alam Warisan dengan kerjasama Aktivis Busana Melayu, Penchak Pukulan 13, PUSAKA Perkerisan KL, dan UTAG. sempena Hari Perlancaran Revolusi & Transformasi Tanjak pada 8 September 2012 jam 3 ptg - 12 mlm di Ladang Alam Warisan, Kg. Tengah, Sri Menanti, Negeri Sembilan.

      Antara program yang akan dijalankan adalah :
      -Pertandingan Memanah
      -Pameran Busaneka & Tanjak
      -Pameran Mistik
      -Pameran Keris
      -Persembahan Barongan, Kuda Kepang & Gamelan
      -Pertandingan Silat Tari
      -Pertandingan Busana Tercantik

      Hadirlah beramai-ramai dengan berpakaian TRADISIONAL :-)
      ‎5 orang pahlawan "KOTA BANJAR" sedang bersedia hadapi kemungkinan yang mendatan...See More
       ·  · Monday at 8:04pm

    • PENDEKAR TANJAK

      Kau dikagumi
      Kerana kau berjiwa pendekar
      Biarpun zaman pendekar sudah berlalu
      Biarpun zaman pendekar sudah ditelan zaman
      Biarpun zaman pendekar sudah dilupakan
      Tapi...
      Kau pendekar tanjak
      Datang meniup suburkan
      Api perjuangan Laksamana Hang Tuah
      Ke jiwa semua pewaris pendekar-pendekar
      Tanpa memperdulikan apa orang kata
      Tanpa menghiraukan apa dunia kata
      Kau terus berjuang
      Berjuang...berjuang...berjuang...
      Dengan penuh semangat kependekaran
      Yang tak pernah mati
      Sentiasa membara-bara
      Sentiasa ingin membela
      Pusaka budaya bangsa
      Yang sudah lama dilupakan
      Dan jika dibiarkan terus tenggelam
      Dalam arus pemodenan
      Akan teruslah hilang
      Dilupakan generasi kini dan mendatang

      Makanya atas dasar
      Teringat kata-kata keramat
      Laksama Hang Tuah
      Tak akan hilang melayu di dunia
      Pendekar tanjak
      Akan turun ke gelanggang
      Mempertahankan
      Mempromosikan Tanjak
      Di serata pelosok dunia
      Agar dunia tahu
      Revolusi & Transfomasi Tanjak
      Jangan cuba dipandang sebelah mata
      Dan biar dunia tahu
      Tak akan hilang melayu di dunia
      Itulah sumpah Laksama Hang Tuah
      Itulah sumpah Pendekar Tanjak

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      4 Sept 2012
       ·  · 21 hours ago
    (PETIKAN DARIPADA GROUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA MELAYU ISLAM NUSANTARA &
    WALL RATU RIMBA NIAGARA )
    5 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;