Wednesday, 5 September 2012

BANGKITLAH TANAH MELAYU DAN NUSANTARA





  • Bangkilah Tanah Melayu dan Nusantara
    Memperjuangkan hak para leluhur kita
    Jangan lemah jangan mengalah
    Yang ghaib dinyatakan
    Yang zahir diteruskan
    Kita anak bangsawan berjuang untuk mengembalikan

    By: Raja Sabrie Palakka
     ·  · 9 hours ago via mobile
  • http://www.facebook.com/photo.php?v=173434159382597

    Takkan Islam Hilang Di Dunia Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia Takkan Dinar Hilang Di Dunia Takkan Khalifah Hilang Di Dunia TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA Dari Sauban RA katanya, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” Nabi Muhammad pernah berkata: "Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi. [Hadis Riwayat Ibnu Majah...Continue Reading
    Takkan Islam Hilang Di Dunia Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia Takkan Dinar Hilang Di Dunia Takkan Khalifah Hilang Di Dunia TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA Dari Sauban RA katanya, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagai...See More
    Length: ‎5:38
     ·  · about an hour ago
  • SYAIR PEJUANG RAKYAT

    Tersebutlah kisah suatu cerita,
    Malaysia negaraku yang tercinta;
    Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
    Merealisasikan impian demi Negara.

    Saling menghormati bersatu hati,
    Tolong menolong amalan murni;
    Tiada rasa berdengki hati,
    Semua kerana Malaysia dicintai.

    Melayu Cina India dalam perpaduan,
    Bersatu hati merealisasi impian;
    Berganding bahu bersama kerajaan,
    Jadi realiti Negara berperlembagaan.

    Jika Negara kucar kacir,
    Nasib rakyat sentiasa tercicir;
    Kerajaan dibina menjadi hancur,
    Angkara rakyat selalu engkar.

    Ingatlah peristiwa 13 Mei,
    Rusuhan kaum sentiasa diingati;
    Berpadulah demi Malaysia disayangi,
    Agar 13 Mei tidak berulang kembali.

    Kalau diingat perjuangan Tunku,
    Perjuangannya tak pernah jemu;
    Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
    Biarpun mengharungi perjuangan berliku.

    Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
    Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
    Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
    Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.

    Begitu juga berbincang dengan komunis,
    Tunku bincang dengan cara harmonis;
    Hinggakan mengalah ketua komunis,
    Menjadi legenda kenangan manis.

    Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
    Biarpun lama rakyat menunggu;
    Sabar menunggu tak pernah jemu,
    Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu

    Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
    Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
    Jiwa kental sentiasa muafakat,
    Berkorban apa saja demi rakyat.

    Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
    Pemimpin bersara rakyat hargai;
    Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
    Barulah aman Negara ini.

    Rakyat dan pemimpin seia sekata,
    Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
    Masalah diatasi dengan bijaksana,
    Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.

    Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
    Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
    Sanggup berpening memikirkan,
    Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.

    Permintaan rakyat untuk rakyat,
    Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
    Didengari semua wakil Rakyat,
    Apabila tertunai sukanya rakyat.

    Rakyat Malaysia harus bersatu,
    Demi kerana Malaysia yang satu;
    Negara aman berkat bersatu,
    Syukur generasi kini dan terdahulu.

    Sama-sama merealisasikan impian,
    Majunya Malaysia dalam pemodenan;
    Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
    Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    13 Mei 2011
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALASYIA KE-55 PADA 31 OGOS 2012/INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012 KE-67 TAHUN)
    5 Sept 2012
     ·  · about an hour ago
  • Walau tenang sesekali jiwa ku di hempas badai
    sepi bukan beerti kaku
    hakikat tersirat
    wasiat demi wasiat
    dulu aku
    zuriat mu pun begitu
    maka sebelum kematian
    hembuslah nafas suci mu
    wahai insan

    Takkan islam hilang di dunia
    Takkan Empayar Sultan Melayu hilang di dunia
     ·  · Yesterday at 11:58am
      • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..
        Yesterday at 12:11pm via mobile ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali KESULTANAN MELAYU AKAN DIPERTAHANKAN HINGGA KE TETESAN DARAH TERAKHIR! DAULAT TUANKU!
        Yesterday at 2:34pm ·  · 2
      • Yesterday at 4:02pm via mobile ·  · 1
      • Panglima Daek Amin x3...
        Yesterday at 6:52pm ·  · 2
      • Leftenan Adam Sakeenah alhamdulilah.syukur ke hadrat ilahi,salam bersatu rumpun bersatu.takkan islam hilang di dunia.takkan melayu hilang di dunia.takkan sultan melayu hilang di dunia.salam uhwah.salam perjuangan
        22 hours ago ·  · 1
      • Panglima Daek ALLAH HU AKHBAR! ALLAH HU AKHBAR! ALLAH HU AKHBAR!!
        22 hours ago ·  · 1
      • Leftenan Adam Sakeenah kiranya hamba bertanya.saudara Panglima Daek usulnya dari mana?
        22 hours ago · 
      • Panglima Daek Maksud Tuan hamba??? Asal usul hamba atau nama gelaran hamba??
        22 hours ago · 
      • Leftenan Adam Sakeenah hamba maksudkan di mana tuan hamba duduki sekarang ini.
        22 hours ago · 
      • Panglima Daek Hamba berasal dari Singapura Tuan hamba....
        22 hours ago ·  · 1
      • Leftenan Adam Sakeenah semuga ikatan persaudaraan semakin kukuh.semuga perjuangan semakin utuh
        10 hours ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali MOGA PERJUANGAN TIDAK PERNAH MENGENAL ARTI KALAH...DAN PARA PEJUANG GUNAKAN KEKUATAN DAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI MASING-MASING DEMI KEJAYAAN MATLAMAT DAN BUANGKAN SEGALA HASAD DENGKI HIANAT DI HATI JIKA INGIN BERJAYA. BARU PERJUANGAN BOLEH SELESAI...INSYA-ALLLAH AAMIIN.
        10 hours ago ·  · 2
      • Leftenan Adam Sakeenah amin ya rabbal Rabeah Mohd Ali.terima kasih hamba ucapkan.begitulah hakikatnya :)
        10 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Inilah hikmat pertemuan kita di group ini biarpun cuma di alam maya tapi masih utuh dengan satu kekuatan untuk menjayakan misi dan visi moyang kita yang belum selesai...semoga dengan penyatuan ummah ini kita berjaya dalam Restu Ilahi. Aamiin.
        10 hours ago · 
      • Leftenan Adam Sakeenah insyaalah.hamba juga berharap begitu.dengan pertemuan,waris waris empayar melayu di seluruh rantau nusantara.insyaallah.kita akan bina kembali jaringan kekuatan bangsa kita dan islam kita,untuk mengjadapi ranjau dan duri demi generasi akan datang.hamba juga berharap.keluarga di dalam ini,ada pasukan yang secara konsisten untuk menghidupkan kembali sejarah sejarah kegemilangan bangsa kita.kita tidak mahu terus hanyut,dengan agenda kuasa kuasa besar,yang memperlekehkan empayar kesultanan kita dahulu,dan hasilnya,generasi muda hari ini.seakan akan lemah semangat untuk bangkit merentas masa
        10 hours ago ·  · 2
      • Rabeah Mohd Ali Yang hamba tahu setelah di soal selidik generasimu begitu yakin Kesultanan melayu di Nusantara tak akan ujud sampai kapanpun kerana telah ditelan zaman kerana tercabar dengan kata-kata generasimu itu ...hamba tercabar untuk mengihidupkan kembali kesultanan melayu nusantara dan akan buktikan ianya bukan ilusi seperti mana yang mereka katakan. Moga dengan penyatuan pejuang-pejuang institusi diRaja Nusantara yang tidak berbelah bahagi ianya akan menjadi satu realiti!Agar suatu masa nanti intitusi diRaja hidup di sanubari semua rakyat jelata Rumpun Melayu Nusantara ...semuanya dengan izin-Nya.
        10 hours ago · 
      • 10 hours ago via mobile ·  · 1
      • Leftenan Adam Sakeenah insyaallah srikandi Rabeah Mohd Ali,hamba juga mengharapkan begitu.untuk menguatkan kembali saf barisan melayu yang di ketuai waris waris kesultanan lama,atau yang masih ada.adalah untuk menghidupkan kembali sejarah sejarah.kuasa kuasa besar dahulu,berjaya meruntuhkan takhta dan semangat empayar kesultanan turki selama 500 tahun.tetapi mereka gagal untuk meruntuhkan sepenuhnya empayar kesultanan melayu nusantara.terima kasih kepada kesultanan melayu dahulu,yang mengajar erti bersyukur kepada kami generasi melayu hari ini.takkan melayu hilang di dunia.bangsa melayu gagah perkasa :)
        10 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali Yang terkesan di hati hamba sampai saat ini pabila mengetahui
        kebanyakkan yang rela pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan
        ibu pertiwi Nusantara adalah terdiri daripada kerabat diRaja
        tapi kenapa setelah mencapai kemerdekaan kerabat diRaja
        tidak diistiharkan sebagai Raja yang berdaulat!
        Rakyat perlukan Raja lambang kemegahan melayu
        Kalau Raja boleh berkorban untuk rakyat
        Kenapa tidak rakyat berkorban untuk Raja?
        Raja dan rakyat berpisah tiada.
        Inilah masanya rakyat buktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi pada Raja-Raja Melayu seluruh Rumpun Melayu Nusantara...
        Hidup Institusi diRaja!
        9 hours ago ·  · 2
      • Putra Kencana Alam Alhamdu'lillah..
        8 hours ago via mobile ·  · 1
      • Bonda UI tiada kata menjadi dusta jika bersuara dgn sesungghnya..nusantara luas empayar perkasa dan warisan ramai diserata benua..dalam berpisah jasad yang baharu..mereka yang lama sudah pun tiada..demi sesuai Janji Yang Esa ..kan muncul semula semua kan bermula..asal emas tetap emas ..tiada kan hilang diterjah masa..tinggal kita sesama kita mana abang mana adiknya..mana saudara mana yg muda mana yang tua mana kah dibawa?
        6 hours ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali ringan sama dipikul berat sama dijinjing...makanya bersatu cita demi anak cucu apalah salahnya. Hidup berbakti dan berjasa di muka bumi ini ...pabila kita tiada itulah tanda kita berhidup di muka bumi ini dan kita sayangkan kepada generasi pewaris.
        5 hours ago ·  · 1
      • Bonda UI menggalas amanah
        3 hours ago · 
      • Leftenan Adam Sakeenah ringan sama di jinjing,berat sama di pikul.takkan melayu hilang di dunia.takkan sultan sultan melayu hilang di dunia.daulat tuanku.
  • PANTUN SATRIA

    Hajat hati nak jadi perwira,
    Tiada kudrat apalah dayaku;
    Namun begitu bersemangat satria,
    ...Continue Reading
     ·  · about an hour ago
  • SKRIP HANG JEBAT & HANG TUAH ERA MODEN

    HANG JEBAT : Apa salahnya kita bermaaf-maafan,
    kalau kubunuh kau sia-sialah perjuanganku
    selama ini membela kau.

    HANG TUAH : Ya...betul katamu Jebat...
    kita bermaaf-maafan demi rakyat dan Raja kita.
    Aku tak mahu menjadi rakyat yang derhaka!
    Aku tak mahu menjadi sahabat yang tak mengenang budi!
    Nanti kukabarkan kepada Raja bahawa kau dan aku adalah
    rakyat yang setia ...apa yang terjadi selama ini adalah
    cuma salah faham saja angkara fitnah. Raja pasti boleh
    terima apa yang kukatakan.

    HANG JEBAT : Betul ke Tuah.

    HANG TUAH : Raja sekarang Raja berjiwa rakyat. Sayangkan
    rakyat dan negara melebihi diri sendiri. Begitu juga rakyat
    sayangkan Raja dan negara melebihi diri sendiri.

    HANG JEBAT : Kalau begitu ayuh kita pergi mengadap Sultan.

    HANG TUAH : Sultan pasti gembira mendengar kabar berita ini.
    Barulah kita tidak rasa bersalah hingga ke mati. Tiadalah
    sesal di hati baik Raja, rakyat dan generasi akan datang
    pastinya semua gembira kerana tidak akan hilang melayu di dunia!

    HANG TUAH : DAULAT TUANKU!

    HANG JEBAT : SAYANG RAKYAT!

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    30 Jun 2011
    (PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55
    PADA 31 0G0S 2012/ INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 KE- 67)
     ·  · about an hour ago

  • SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

    Tersebutlah kisah seorang putera,
    Tunku Abdul Rahman diberi nama;
    Dikasihi semua rakyat jelata,
    Baik budinya tidak terkira.

    Menyayangi rakyat sepenuh hati,
    Perjuangannya tidak pernah terhenti;
    Disambung oleh pemimpin terkini,
    Cintakan perjuangan tidak bertepi.

    Sokongan rakyat Tunku gembira,
    Rela berkorban harta dan nyawa;
    Demi kerana negara tercinta,
    Asalkan rakyat hidup bahagia.

    Bersama Tun Razak Tunku ke London,
    Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
    Penat dan lelah tidak dihiraukan,
    Asalkan pulang membawa kejayaan.

    Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
    Disambut penuh dengan kegembiraan;
    Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
    Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

    Tunku laungkan merdeka penuh membara,
    Rakyat menyambut laungan membara-bara;
    Demi kerana negara merdeka,
    Untuk diwarisi rakyat jelata.

    Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
    Penuh dengan penat dan lelah;
    Walaupun tiada pertumpahan darah,
    Agar generasi dapat berteduh.

    Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
    Pertahankan negara tanpa jemu;
    Rakyat aman sudahlah tentu,
    Generasi mendatang mendapat restu.

    Tanpa diduga komunis bertandang,
    Menceroboh masuk terus meradang;
    Tunku memikir merasa bimbang,
    Keselamatan negara tidak tergoyang.

    Tunku berbincang secara aman,
    Dengan Chin Peng membuat keputusan;
    Komunis berundur dengan aman,
    Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

    Jepun menyerang ke negara kita,
    Ingin berkuasa merebut tahta;
    Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
    Makan dan minum berair mata.

    Sana sini mayat bergelimpangan,
    Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
    Asalkan hati penuh kepuasan,
    Kerana hati bertuhankan syaitan.

    Para perajurit ramai terkorban,
    Mempertahankan negara habis-habisan;
    Nyawa di badan jadi taruhan,
    Asalkan negara menjadi aman.

    Perajurit dibantu tentera Inggeris,
    Jepun terus bermuka bengis;
    Berlawan mereka terus menerus,
    Gugurnya perajurit terus ditangis.

    Pergilah perajuritku dengan aman,
    Perjuanganmu menjadi kenangan;
    Kau gugur dalam kemenangan,
    Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

    Jepun mengalah lalu berundur,
    Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
    Sudah terlambat Jepun nak sedar,
    Rakyat mereka ramai yang gugur.

    Tunku hargai jasa perwira,
    Pertahankan negara ke hujung nyawa;
    Rakyat juga amat berbangga,
    Kerana jasamu rakyat terbela.

    Tungku memerintah penuh berhati,
    Rakyat hidup bersatu hati;
    Ke mana pergi Tunku dihormati,
    Pengorbanamu Tunku terus diingati.

    Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
    Memerdekakan negara demi keamanan;
    Agar generasi turut pertahankan,
    Menjadi warisan sejak berzaman.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    31 Ogos 2011
    (DISIARKAN PUISI SEBAGAI MERAIKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55 PADA 31 OGOS 2012/ INDONESIA 17 AGUSTUS 2012 KE-67)
     ·  · 2 hours ago
    • Seen by 10
      (PETIKAN DARIPADA WALL  GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA MELAYU ISLAM NUSANTARA)
      5 Sept 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;