Sunday, 2 September 2012

KU TERLIHAT SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU DI KALA MAUT KIAN MENJEMPUT





Ratu Rimba Niagara shared Dian Nur Fiza's photo.
19 minutes ago
 ·  · 





(..... KU TERLIHAT SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU DIKALA MAUT KIAN MENJEMPUT.....)

by Norm Norman Mohd Yusoff on Sunday, September 2, 2012 at 10:24pm ·


Bu....
Man datang bu....
Man nak minta keampunan dari ibu....
dari ujung rambut ke ujung kaki
diatas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah Man lakukan
Man nak minta keampunan dari Ibu diatas apa jua dosa dan nosa

Bu....
diwaktu Man tengah menghadapi sakaratul maut diperbaringan
tak semenamena Man terlihat syurga dibawah telapak kaki Ibu....
terkedu dan hancur hati Man pabila melihatnya bu....
dan secara tak memaksa sketsa kehidupan Man yang terlampau
menerjah datang bagaikan terperinci bebutirbutir kekhilafan yang menjelma
jelas kepancainderaku

Maafkan Man bu....
ampunkan Man bu....
sesungguhnya Man telah melukakan hati Ibu
malah telah menghancurkan harapan Ibu

Man anak durhaka bu....
apakah ada belas kasehan untuk Man mendapatkan keampunan dari Ibu
apakah ada sinar dan harapan untuk Man dengar dari mulut Ibu akan katakata
pengampunan darimu bu....
kesianilah Man bu !
atas segala karma kehidupan Man yang tersalah langkah
sedarnya diri ini dah terlambat
namun maseh diberi Allah peluang untuk memohon keampunan dari Ibu

Dengarlah rayuan anakmu ini
dikala nafas dipenghujung tekak
Man merayu bu....
buat julungjulung kalinya sebelum Man menghembus nafas terakhir
setelah terlihat syurga dibawah telapak kaki Ibu....

 By: Norm Norman Mohd Yusof

  • and Asmira Suhadis like this.
    • Asmira Suhadis menitis air mataku singa...
      10 hours ago · 
    • Norm Norman Mohd Yusoff sadisnya bagai menyiat segala daging ditubuhku dan syukurnya ibadahku terlerai dengan kesukaanmu duhai saudariku Asmira Suhadis
      9 hours ago · 
    • Rabeah Mohd Ali ‎"Man.... kau anak yang soleh man...kau penyejuk mata ibu...segala kata ibu kau dengar tak pernah bantah...bertuah ibu punyai anak seperti mu man....kau tak pernah menyakitkan hati ibu ....hormat pada ibu...dengar segala nasihat ibu ...biarpun ibu sudah lama pergi ke alam barzah...kau selalu mendoakan ibu...dan doamu sampai nak...berkat doa mu nak....ibu sejahtera di sini. Man...ibu rindukan mu nak...kau tak ada dosa dengan ibu nak...jikalah ada dosa yang ibu tak tahu itu adalah dosa yang dikira Allah ...ibu sudah lama ampunkan nak....kau anak yang soleh...ganjaran anak yang soleh adalah Syurga karena Syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibu....ibu menantimu nak di Pintu Syurga ..."
      2 hours ago · Edited · 

      • Duhai anak solehku Naga Pamungkas...
        doa yang kau kirimkan pada ibu setiap kali sesudah solatmu
        disampaikan Allah kepada ibu nak...
        terharu ibu...kerana kasih sayang mu bukan saja di dunia tapi hingga di akhirat...moga Allah memudahkan di hari nazakmu nak... ibu menantimu di Syurga nak....percayalah Allah sukakan anak-anak yang soleh...Allah memakbulkan doa anak yang soleh. Terima kasih nak kerana melayani ibu dengan baik sepanjang hayat hidup ibu ....Syurkur ibu pada Tuhan kerana mengurniakan anak sesolehmu"
        about an hour ago · Edited · 
      • Norm Norman Mohd Yusoff Begini terharu mendamba kisah duka begini nereh hening bicara ibu Rabeah dan itulah seindah rahmat Ilahi anugerah buat semua para wanita yang bergelar IBU, syahdu hati ini mendengar garapan katakatamu syahdu lagi buat hati ini mengenangkan ibu namum terima kaseh buat ibu Rabeah Mohd Ali kerna ibadah ini sesungguhnya puisiku ibadahku.
        about an hour ago via mobile ·


          • Berbahgia mendapati kesukaan dari saudara Naga Pamungkas kerna ada keinsafan pada nilai seorang IBU
            about an hour ago via mobile · 
          • Rabeah Mohd Ali PUISIKU IBADAHKU

            Duniaku puisi
            hari-hari kukarang puisi
            puisi...puisi...puisi...
            karang...karang...karang...
            karang tanpa jemu...tanpa bosan...tanpa penat...
            tak jemu ke...tak bosan ke...tak penat ke...
            tak....tak....tak...
            dari pagi hingga petang....petang ke malam
            ku karang puisi
            kubaca puisi
            siapa yang like
            siapa yang komen
            aku suka...suka...suka...
            lagi mereka like lagi mereka komen
            lagi aku bersemangat untuk menulis
            bukan aku menulis kerana mereka like atau komen
            tapi setidak-tidaknya mereka membaca karyaku
            itu pun sudah memadai bagiku
            jika aku tiada di dunia ini
            karya aku masih ada
            di baca ...dan terus dibaca...
            dihayati sepenuh jiwa sepenuh hati
            datang Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
            di iman pembaca yang tandus
            Syukur Alhamdulillah
            itulah matlamatku menulis
            memberi kebaikan dunia akhiratku
            memberi kebaikan dunia akhirat pembaca karya yang kukasihi

            Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada Ilahi
            Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada sekalian yang hidup
            Karyaku tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini

            Moga dunia puisiku
            Sentiasa hidup biarpun aku sudah mati
            Makanya sebelum aku mati
            Aku mahu menulis yang baik-baik saja
            Yang ada Nilaian di Sisi-Nya
            Yang menyakitkan hati orang aku tak mahu
            Dan minta dijauhkan

            Tujuan aku menulis
            Adalah meraih kasih sayang Allah
            Berbuat baik kepada sekalian manusia

            Aku menulis puisi kerana
            Puisiku adalah ibadahku

            KARYA RATU RIMBA NIAGARA
            3 Sept 2012
            about an hour ago ·  · 1
          • Norm Norman Mohd Yusoff Maka dari deklarasi ini maka marilah kita bersamasama memperjuangkan katakata rahmat yang mendatangkan keukhwahan, kerahmatan, kemuliaan jua kebenaran bahawasenya PUISIKU ADALAH IBADAHKU..... Allahuakbar!
            49 minutes ago via mobile ·  · 1
          • Rabeah Mohd Ali ALLAHUAKBAR!
            Pabila laungan-Mu
            Bergema di pelosok hati
            Lantas meresap ke kalbu
            ALLAHUAKBAR!
            Betapa kerdilnya aku
            Aku mahu pulang kepada-Mu
            Dalam hati yang suci bersih
            Sebagaimana tika aku dilahirkan ibuku ke dunia ini
            Makanya Kau tundukkan hatiku
            Agar aku menjadi hamba-Mu
            Yang selalu muhasabah diri
            Mahu pulang kepada-Mu
            Dalam jiwa yang tenang
            Redho lagi DiRedhoi-Mu
            Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
            33 minutes ago · 
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
                     3 Sept 2012
 




0 comments:

Post a Comment

 
;