Wednesday, 5 September 2012

ADINDA KEKASIHKU


  • ‎"Adinda"

    Adinda, kekasihku
    engkau benar sepucuk mawar putih ditaman seribu bunga
    merekah pancarkan pesona cahaya tiada kepudaran
    biarlah kuukir syair bisu dari tepisan bara yang membakarku dengan lembut
    seperti sutra tertenun oleh jemari-jemari kasih
    lantas disetiap baitnya kuterakan makna-makna perjumpaan basah
    saat diriku menjadi tangkai dan duri-durimu

    Adinda, kekasihku
    andai benar engkau rela kupinta menjadi sekuntum bunga abadi
    pastilah disela-sela keabadian itu kan tumbuh keharuman saat pagi menyapa
    saat bulir-bulir embun merayap diruas-ruas jeruji jendela
    sesekali menghakimi dengan setangkup kemuliaan yang jernih
    yang baru saja menawan pesona malam dalam kegelapan
    "jadilah sepasang angsa saja jangan sekuntum mawar dan tangkai serta duri-durinya"

    mendengar bising embun menyergap berjuta bunyi keresahan
    dilapak keberangusan aku menghujat diri sendiri
    seperti udara pada ruang tiada sela
    menghukum kenistaanku
    "benar kita menjadi sepasang angsa saja menari dilautan tenang
    sembari memainkan airnya untuk kita basuh diri"

    Adinda, kekasihku
    bila suatu hari samudra kan cemburu menjadi tempat kita berenang
    dan badai menenggelamkan benang-benag kasih dikedalamannya
    pastilah itu bukan segala pinta kita berdua mengubur kemanisan
    namun semestalah yang sedang bersandang cerita
    bahwasanya kita tercipta sama-sama menjadi bayang-bayang

    mengambang



    Ngawi, 24 Agustus 2012
     ·  · August 24 at 1:47am
    • You, Naga Pamungkas and Duta Leonardo Dudikoff like this.
      • Rabeah Mohd Ali ‎"kekanda"

        Kekanda...
        mawar putih
        yang kekanda pilih di taman seribu bunga
        telah hilang serinya
        ditelan halilintar tanpa ehsan
        ditelan mega senja karna ehsan
        maafkan adinda... kekanda...
        cinta yang kita bina
        atas dasar cinta suci abadi
        telah tiada arti lagi
        hatimu retak beribu
        hatiku retak beribu-ribu
        kekanda lalui dalam duka
        adinda lalui dalam nestapa
        lirih perih pedih
        semuanya dirasai
        dalam redha
        yang cinta kita adalah
        Ketentuan-Nya
        kita tidak pernah merancang
        untuk saling mencintai
        dan kita tidak pernah
        merancang untuk saling menyakiti
        akhirnya membawa perpisahan yang luka melukai

        kekanda...
        mencintaimu setulus hati karena-Nya
        adalah satu pengalaman yang amat indah
        untuk adinda
        rangkaikan kata-kata puisi
        tentang cinta Adam pada Hawa
        betapa Allah memahami kesunyian Adam...
        makanya diciptakan Hawa untuk Adam
        Adam setia pada Hawa
        Hawa setia pada Adam
        Kerana Hawa dicipta untuk Adam
        Adam menghargai Kurniaan Tuhan
        Menciptakan Hawa untuk Adam

        Kekanda...
        Hawa diciptakan untuk Adam
        bukan untuk berpisah
        tapi cinta kita terpisah juga akhirnya
        bukan tidak mensyukuri Kurniaan cinta dari-Nya
        tapi memahami Takdir Cinta Adalah Ketentuan-Nya

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        24 Ogos 2012
        6 Syawal 1433H
      • Helin Supentoel Rabeah Mohd Ali@ mantap sekali uraiannya....
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Helin Supentoel kerana sudi berbagi ilmu kepuisianmu...dunia puisi adalah duniaku duniamu tak gitu...hehehe
      • Helin Supentoel sama-sama...., salam persahabatan, dan salam kreatif...
      • Rabeah Mohd Ali SALAM SASTRA & SALAM KEMERDEKAAN!

        Moga dengan adanya kamu ...adanya semua pendamba dan pemuja puisi akan meriahlah grup DRSB dengan puisi-puisi nan indah-indah bak gugurnya dedaunan dari Syurga harum mewangi sewangi setanggi Syurga yang akan mengundang rindu dan cinta hanyalah untuk Pencipta Cinta dan terus terusan Mencintai-Nya seumur hidupku seumur hidupmu...Insya-Allah Aamiin.

        Salam Syawal
        Salam sastra
        Salam persahabatan
        Salam kreatif
        Salam ukhuwah kasih antara dua benua
        Salam kemerdekaan negaramu! negaraku!

        Ingatan Tulus Ikhlas Daripada:

        Ratu Rimba Niagara
        6 Syawal 1433H
        24 Ogos 2012
        August 24 at 7:57am ·  · 1
      • Helin Supentoel sama-sama...
        August 24 at 8:00am ·  · 1



  • OMBAK LAUTAN MERADANG PARAH

    Saat airmata malaikat menghujani bumi..
    menyelimuti segenap pilu kalbu..
    membasahi gelisah tanah..
    dan membasuh bayang senja..
    mungkin sedu sedan dedaunan begitu ringkih..
    mengalun menawan dalam aroma badai..
    tak ubahnya sayap malaikat yang patah..
    sungguh betapa wangi anyir darah..
    seribu anyelir pun rimbun hutan cemara..
    takkan pernah mampu meneduhkan gurun jiwa
    yang betapa panas tanpa cumbuan hujan..
    layaknya malam tanpa rembulan..
    redup nafas kian gersang..
    pelukan gelap kian hangat..
    dalam rintihan senyap..
    seraya milyaran gemintang yang dipasung mega-mega..
    adalah sunyi dermaga yang menemani serpihan doa-doa..
    bersama bingkai debu dalam balutan sendu..
    Tuhan..
    tutup saja kedua mataku..
    hentikan saja denyut nadiku..
    musnahkanlah saja aku..
    seperti Engkau membenamkan mentari dalam dekapan kelam malam..
    seperti Engkau menyayat perih gemawan hingga mendung menangis lirih..
    seperti Engkau menghancurleburkan tubuh meteor hingga menjadi kepingan cahaya..
    luruh dan musnah dalam pelukan langit bumi...
    sengau kepak kemarau...
    bagai bisik jantung yang kian lemah..
    pun ombak lautan meradang parah...
    retakan hati..
    tanggal perlahan..
    seiring mawar yang terbakar...
    dan sesak kabut yang menebal.............

    By: Raden Sadhewa
    Unlike · · Unfollow Post · June 12 at 7:26pm
    You and 7 others like this.

    DUHAI YANG MERINTIH KECEWA CINTA

    Aduhai yang merintih kecewa cinta
    Bunga bukan sekuntum
    Kumbang bukan seekor
    Kenapa karna cinta tak terbalas
    Kau minta pada Tuhan
    Tamatkan saja nyawamu
    Adakah itu tandanya cinta sejati

    Bangunlah suara kecewa cinta
    Pulanglah ke pangkal jalan
    Pulanglah kepada Cinta Yang Hakiki
    Cinta kepada Tuhan Yang Mencipta Cinta
    Dia Maha Tahu siapa yang terbaik untuk memiliki cintamu
    Usah dikenang cinta bukan milikmu itu

    Percayalah dengan janji Allah
    Janjinya pasti
    Janji manusia memakan diri sendiri
    Makanya janganlah kau kecewa lagi
    Ku pasti cinta bidadari Syurga
    Sedang menantimu
    Asalkan kau sabar menanti dalam doamu yang tak putus
    Biarpun di dunia tidak kau miliki cinta Sang Bidadari ...
    Di Syurga pasti menunggumu
    Asalkan cintamu pada Pencipta Cinta
    Penciptamu juga kau letakkan tempat yang pertama
    Pasti jiwamu tak galau
    Pasti jiwamu tenang
    Setenang air di kali Syurga
    Insya-Allah bidadari dunia akhirat
    Sebagai balasan cintamu pada Ilahi
    Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    15 Jun 2012
    June 15 at 8:30pm · Like
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
    26 Jun 2012

    SYUKURLAH PADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN CINTA HAWA

    Teman...

    Tahukah kau...
    Sehebat mana pun aku
    Aku tetap kaum Hawa yang lemah
    Kerana aku dijadikan Allah Azzawajallah daripada
    Tulang rusuk kiri kaum Adam
    Jadi kau tak perlu bimbang
    Malah kau harus berbangga
    Asal usul kejadianmu
    Yang sememangnya gagah perkasa

    Makanya syukurlah pada Allah Azzawallah
    Mengurniakanmu cinta Hawa padamu
    Haruslah kamu menghargainya
    Dan bersamanya
    Mencari jalan-jalan redha Ilahi
    Agar cinta dunia terpatri hingga ke Syurgawi

    Karya: Putri Rimba Niagara
    26 Jun 2012
    9 hours ago · Like
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
    26 Jun 2012

    BERTEMU DAN BERPISAH KERANA-NYA

    Cinta dan rindu
    Bagaikan irama dan lagu
    Kerana cintalah datangnya sayang
    Sayang pada Tuhan
    Sayang pada diri sendiri
    Sayang semua yang ada di langit dan di bumi
    Itulah rindu kasih dan cinta
    Yang perlu ada pada kita semua
    Barulah kedamaian ada di kalbu
    Dan kita saling mengerti
    Kenapa kita di wujudkan di dunia ini
    Saling menghargai
    Saling berkasih sayang kerana-Nya
    Insya-Allah Syurga milik semua
    Yang berkasih sayang kerana-Nya
    Bertemu dan berpisah kerana-Nya
    Di Mahsyar Insya-Allah kitakan bertemu
    Atas ikatan ikhlas setulus hati kerana-Nya
    Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    PUTRI RIMBA NIAGARA
    26 Jun 2012
    52 minutes ago · Like

    KOPI CINTA

    Duhai bakal bidadariku...
    Kau kata
    Padaku
    Jika ikatan kita sudah terpatri cincin cinta Syurga
    Setiap hari kau akan menyediakan aku
    Secawan kopi cinta
    Itu adalah lambang cintamu yang takkan pudar padaku
    Semakin hari semakin cinta
    Semakin hari semakin sayang
    Semakin hari semakin rindu
    Tak perlu lagi ditunggu ungkapan
    Cinta sayang dan rindu di ombak rindu
    Tak perlu ditungggu tak perlu dilaungkan lagi
    Setiap kata-katamu membuatkan
    Aku teruja untuk memilikimu
    Menyangimu mencintaimu seumur hidupku

    Andai kata aku tidak memilikimu
    Mahu rasanya kopi cinta itu
    Terbayang-bayang wajahmu
    Terbayang-bayang candamu yang menghiburkan
    Terbayang kata-kata yang memukau kalbu
    Kau mengujakan aku untuk terus memiliki cintamu
    Tapi kau bilang...
    Jika ingin memiliki cintamu...
    Aku haruslah meletakkan cinta Allah Tempat Teratas
    Barulah kau akan terima cintaku
    Kau bilang cinta mu ada ke aku
    Kiranya cintaku pada Allah Yang Pertama
    Tersyahdu aku terkedu aku
    Yang selama ini mengujakan cinta seorang wanita
    Tapi kau mentarbiyahkan aku mencintai Allah
    Mengatasi segala-Nya
    Cintamu sekadar apa adanya...
    Dan kau mencintai aku lebih adanya

    Kata-katamu itu menusuk di kalbuku
    Aku muhasabah diriku
    Apakah selama ini
    Aku terlalu taksub dengan pesona cinta dunia?
    Ya Allah aku bersyukur pada-Mu
    Kau Kurniakan
    Cinta-Mu dengan
    Hadirnya dia
    Untuk kami terus-terusan mencintai-Mu
    Mencari jalan-jalan redha-Mu
    Hingga ke akhir hayat kami
    Dan patrikan cinta kami
    Hingga ke Syurgawi
    Aamin

    Karya Putri Rimba Niagara
    14 Jun 2012
    Like · · Unfollow Post · June 14 at 11:52am
    3 people like this.
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)
    26 Jun 2012
    48 minutes ago · Like

    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    23 Ogos 2012
    5 Syawal 1433H
     ·  ·  · August 23 at 11:28pm

  • UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA

    Daunan kasih lambang kasih sayang sejati
    Penghuni Rimba Niagara hidup berkasih sayang
    Saling mempertahankan kasih sayang
    Selagi nyawa di kandung badan
    Kerana kasih setulus hati nan ikhlas kerana-Nya
    Penting kerana kasih tak tersisih
    Kasih bawa ke Syurga

    Kasih dan cinta
    Bukan berlandaskan
    Kepentingan sendiri

    Tak akan ada cemburu
    Sakit hati
    Luka dilukai

    Yang ada kasih sejati
    Berkorban jiwa
    Demi kasih setulus ikhlas kerana-Nya

    Jadinya
    Seluruh penghuni Rimba Niagara
    Pentingkan kasih dan sayang demi-Nya

    Moga Allah SWT pelihara
    Seluruh penghuni rimba niagara
    Daripada mereka-mereka
    Yang ada niat untuk
    Memusnahkan kasih sejati kerana-Nya

    Hidup ini cumalah setetes cuma
    Apalah ada pada kami penghuni rimba ini lagi
    Melainkan kami mahu kedamaian dan
    Ketenangan jiwa yang abadi
    Sebelum dijemput pulang ke pangkuan Ilahi

    Ya Allah moga kedamaian seluruh penghuni
    Rimba Niagara ini dapat bertumpang teduh
    Di bumi-Mu dengan dengan aman dan bahagia
    Tenang indah seperti hidup di alam Syurga-Mu

    Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    12 Jun 2012

    WAHAI JIWA YANG TENANG...

    surat Ar-Rad : 28:

    “Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”

    (wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masukah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).

    BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH

    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
    (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    DUNIA YANG HINA

    Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
    (Riwayat al-Tirmizi)

    UKIRAN DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA UNTUK SEMUA YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI DUNIA AKHIRAT SAMADA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...SEGALA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ..SEMOGA SEGALA NIAT MURNI DAN DOA YANG DIUKIRKAN DI DAUNAN KASIH PUTRI RIMBA NIAGARA DIMAKBULKAN ALLAH SWT AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN
    23 Ogos 2012
    5 Syawal 1433H
     ·  · August 23 at 6:47pm


  • PADA RETAKAN SAYAP JIWA

    Khidmat kepak malam menanami bening mata air doa
    pada hening nafas dan ritme sukma..
    Tiada yang tersisa
    selain jejak lautan rindu
    yang menari-nari di sekujur hymne tubuhmu ;
    manis sunyi yang menadi
    di belantara senyap
    terpahat
    lukisan kelam pelangi
    mengalungi dadamu dengan harum altar kamboja
    bersama sayup memar pijar gemintang
    seindah bisikan
    hatimu
    hingga nafasmu
    melangit
    mendidih
    layaknya magma cinta
    yang dijejali
    luka
    pasir
    waktu
    Tiada yang ada
    selain reruntuhan cahaya
    pada retakan sayap jiwa
    serupa samudera kata di tiap jengkal tubuhmu
    tak pelak mengamini
    mungkin mencintai
    ilalang sepi menjajah ladang senyumanku ; spektrum lirih menghujani
    mendung kian lumer
    maybe...
    maybe...

    By: Raden Sadhewa
    INDONESIA

    Unlike · · Unfollow Post · June 20 at 4:08pm
    You and 4 others like this.

    MAYBE

    maybe...
    dia yang kau cinta
    maybe...
    dia yang kau puja dalam senyap

    maybe dia jua mencintaimu
    tapi malu untuk meluahkan isi hatinya

    maybe bila dia yakin
    kau setulus hati mencintainya
    pasti cintamu akan dibalasnya

    makanya tiada maybe lagi
    karena cinta berbalas cinta
    itu yang kau nantikan
    betulkan?

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    20 Jun 2012
    June 20 at 10:59pm · Like · 1
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI CINTA ILAHI)

  • PENGKEBUMIAN CINTA TERAKHIR KITA

    Hantaran Di Hari Persandinganmu

    Kompang dipalu
    bertalu-talu
    sambil berlagu
    di hari persandinganmu
    yang penuh gilang gemilang
    dengan disaksikan ramai tetamu
    mengunjungi hari kebahagiaan dirimu.

    Tapi hatiku
    berlagu pilu, sayu
    melihat dirimu
    di atas pelamin angananku
    bercucuran airmataku
    tersayat pilu, sendu
    merestuimu tanpa kerelaan hatiku.

    Kulihat dirimu
    sungguh ayu
    dengan songket sedondonan baldu biru
    hadiah pemberianku
    untuk engkau dan suamimu
    di hari kematian cintaku
    berwardah sendu dan pilu di hatiku.

    ssz/spl/pm...03/4/2012.
    Karya Sazalee Sulaiman

    CINTA SEHARUM KASTURI SEHARUM CINTAMU

    Duhai kekasih yang bukan kekasihku lagi...
    Bukan sengaja aku mendustakan cintamu
    Aku tak rela berbagi kasih antara kau dan dia
    Dulu iya kau memang kucinta sepenuh hati
    Kau kurindu dan kusayangi
    Kita berjanji untuk sehidup semati
    Mematri kasih hingga ke Syurgawi

    Tapi apakan dayaku
    Kasih kita tak kesampaian
    Kau yang melepaskan cinta
    Demi perjuanganku dan mu jauh berbeda
    Aku akur kehendakmu
    Biarpun hati kuterlara pedih sedih perih
    Aduhai teganya dikau pada cinta kita
    Tahulah aku bukan salah dirimu
    Karna kau tak mahu sama-sama kecewa
    Kuterima suratan takdir cinta dengan hati yang rela

    Di hari persandinganku kupakai songket sedondon biru
    Pemberian darimu tanda ku menghargaimu
    Biarpun kutahu deritanya hatimu
    Karna anganan pengantinmu musnah
    Bersama kematian cintamu
    Berwadah sendu dan pilu di hatimu yang terluka

    Dan aku di pelamin
    Tertunduk syahdu
    Tak sanggup kumelihat kamu
    Yang dirundung duka
    Pelamin anganku indah bersulam cinta suci
    Pelamin anganmu musnah dek pengkebumian cinta terakhir kita
    Terimalah takdir ini
    Karna takdir cinta adalah milik-Nya

    Percayalah Allah menyediakan
    Cinta yang terbaik untukmu
    Cinta seharum kasturi seharum cintamu

    Karya Ratu Rimba Niagara
    15 Jun 2012

    KARYA SAZALEE SULAIMAN & RATU RIMBA NIAGARA
    23 Ogos 20125 Syawal 1433H
     ·  · August 23 at 6:13pm
    • Naga Pamungkas likes this.

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASRA BORNEO)
      6 Sept 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;