Friday, 7 September 2012

SINAR KASIH-NYA






SUBHANALLAH!

Subhanallah sungguh indah!
Kulihat nama-Mu
Begitu indah
Ditulis hamba-Mu
Aku terus jatuh cinta pada-Mu
Bukan sekali tapi banyak kali-kali
Hingga tak terkali-kali
Nama-Mu
Indah...indah...indah...
Di ulang-ulang banyak-banyak kali
Tak jemu-jemu
Makin disebut makin cinta makin rindu
Rindu....rindu...rindu....
Rindukan-Mu
Moga cintaku pada-Mu
Kau balas Ya Allah
Aku rindu
Aku cinta
Aku ingin bertemu dengan-Mu
Tapi aku malu kerana aku belum bersedia
Kerana amalanku yang sedikit
Malu kupersembahkan pada-Mu
Makanya izinkan aku
Mengumpulkan amalan
Yang membuatkan KAU redha padaku
Bila matiku nanti KAU terimaku
Kekasih-Mu yang Kau Redho Lagi DiRedhai
Ammin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

Makbulkan doaku Ya Allah
Makbulkan doa sesiapa yang membaca doa ini Ya Allah

Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

HAMBA-MU YANG MENCINTAI-MU
SEHINGGA AKHIR HAYATKU
5 Sept 2012
 ·  · 



KAU BIDADARI KIRIMAN TUHAN
UNTUKKU SYUKURI

Duhai teman
Penawar jiwa terlara
Di kala datang puting beliung melandaku
Digulung-gulung dilemparkan ke ombak rindu
Tanpa ehsan
Aku kelemasan tanpa dibantu
Raungan derita laraku
Kau sahut dalam perih pedih hatimu
Kau merempuhnya
Tanpa hiraukan keselamatanmu
Kau selamatkan aku
Dalam lemasan ombak membadai
Dalam kelemasan ...aku
Menyeru nama-Nya
Tuhan apa salahku
Kenapa manusia setega itu
Zalim padaku?
Sedangkan
Tujuan aku berhidup
Di muka bumi ini
Menyebarkan kasih sayang setulus hati
Membantu selagi terdaya
Tapi mereka tetap juga kejam denganku
Makanya jika hidupku
Memberi kebaikan pada semua yang dikasihi
Kau hidupkanlah aku
Agar aku masih dapat berbakti dengan seikhlas hati
Jika hidupku menyakitkan hati dan menzalimi insan
Kau matikanlah aku
Kerana aku tak mahu hidup menzalimi manusia
Dengan kematianku boleh membahagiakan mereka
Matikan aku Ya Allah

Teman yang kukasihi dunia akhirat
Allah masih panjangkan usiaku
Dalam aku terkapai kapai kelemasan
Kau merempuh puting beliung
Yang amat dahsyat itu
Dan dengan izin Allah
Kau berjaya selamatkan aku
Kaulah si pengganti tempat si kunta si kunte
Memahami tanpa di pinta
Menyayangi tanpa dipaksa
Kasihmu kasihku setulus hati
Tanpa ada muslihat memusnahkan
Berkata seiring hati
Bukan mengikut hati

Bahasa diungkap
Terlalu indah
Mendatangkan iman
Menenangkan jiwa
Jiwa laraku kau obati
Dengan doamu seikhlas hati
Moga Allah merahmati

Terima kasih teman
Hadirmu
Menyuburkan sumbu pelita hatiku
Yang malap menunggu masa untuk terpadam
Kau selalu di hatiku
Kaulah bidadariku
Kiriman Tuhan untuk kusyukuri

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 September 2012
· ·
·
 ·  ·

TIADA KATA SEINDAH BAHASA

tiada kata seindah bahasa
bahasa bukan dipertuturkan
mengikut rasa lidah
tapi mengikut bahasa hati
tidak juga mengikut bahasa hati
kerana bahasa hati jiwa jadi celaru

tiada kata seindah bahasa
kata datang dari jiwa yang dimahu
jiwa yang datang dari cahaya
cahaya Nur Ilahi
berkemilau
menyilau
meresap ke hati meresap ke jiwa
rasa aman tenteram jiwa
rasa bahagia mendengar

tiada kata seindah bahasa
ditulis bukan mengikut rasa
ditulis mengikut gerak jiwa rasa
penuh berhati penuh daya fikir
agar ditulis diiringi doa pada yang Esa
moga apa yang ditulis
memberi manfaat buat diri sendiri
buat mereka yang membaca

tiada kata seindah bahasa
jika semua pujangga
menulis gaya tersendiri
memeriahkan warna-warni hati
berpelangi-pelangi cintakan Ilahi
berseri-seri di laman hati
indah...lindah...indah...
seindah Taman-Taman Syurga
bilamana berpadunya warna-warni hati
pujangga di laman-laman maya
sedia berbakti
pada Ilahi
pada apa yang DiCipta-Nya
di langit dan di bumi
pasti di langit dan di bumi menyayangi
indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti
bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti
Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
 ·  ·

PINTU TAUBAT SUDAH TERTUTUP UNTUKKU
PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA UNTUKMU

Duhai kawan
Beruntunglah kamu
Kamu masih hidup
Masih boleh
Mengumpulkan
Sebanyak-banyaknya amalan
Tidak sepertiku
Masaku sudah tamat
Aku sudah tidak boleh beramal lagi
Matiku dalam penyesalan kawan
Penyesalan tak tertebus!
Pintu taubat telah tertutup untukku
Hendak menyebut kalimah Allah biarpun sekali
Tak dapat kawan
Lidahku kelu dikelukan
Tempuhku sudah ditamat tempuhkan
Dulu masa aku hidup
Aku cakap yang sia-sia
Cakap suka
Mengumpat mengeji orang
Mencabar Allah
Aku rela masuk neraka
Aku mahu rasa seksa kubur
Kerana kesombongan aku dalam berkata-kata
Kini aku rasakan apa yang hendak aku rasakan
Sakit kawan...sakit sangat-sangat
Kerana terlalulah sakit aku tak dapat ceritakan
Barulah aku tahu kerana ketika di dunia aku tak
Pernah merasa sakit sebab itu aku cakap besar kawan

Ketika nyawa aku dicabut dari jasad
Dari jauh lagi malaikat maut
Dengan mukanya yang bengis
Dan wajahnya amat menakutkan sekali
Baunya tak boleh tahan
Aku menjerit semahunya meminta tolong
Tapi seorang pun tak pedulikan aku
Yang sedang bergelut dengan maut
Amat dahsyat sakitnya
Tika roh keluar dari jasadku

Ketika rohku di angkat ke langit
Oleh malaikat untuk bertemu Tuhan
Tak sampai ke langit ke tujuh
Tuhan tak sudi bertemu denganku
Kerana tika di dunia
Aku tak pernah hendak menyembah-Nya
Apa tah lagi hendak menyebut-nyebut nama-Nya
Amat berat sekali
Sekarang menyesal pun tak guna
Menangis air mata darah pun tak guna
Memang patut pun Tuhan tak mahu bertemuku
Kerana tika di dunia aku tak mahu bertemu Tuhan
Sekarang padan denganku
Aku merasai akan segala azab sengsara neraka

Masa hidup
Aku tak percaya alam barzah
Tak percaya akhirat
Yang lebih teruk lagi
Aku tak percaya Tuhan
Sekarang bilamana aku sudah masuk
Ke alam barzah baru aku percaya
Tapi sudah terlambat kawan
Nasi sudah menjadi bubur

Bukan aku tidak pernah dinasihatkan oleh
Kawanku mengatakan
Tika hidup kita beramal soleh
Adatlah penat
Semua kerja penat
Mana ada kerja yang tak penat
Nak tahu tak penat
Tika di alam barzah
Bersenang lenang
Amalan soleh tika hidup dibalas-Nya
Tidur di dunia tidaklah selazat tidur di alam barzah
Seperti tidur di Taman-Taman Syurga
Tempat berehat yang abadi di Taman-Taman Syurga
Itu semua aku tak percaya bilamana kawanku katakan padaku
Ketika aku hidup dulu

Menyesal....menyesal....menyesal....
Terlambat...terlambat...terlambat....

Makanya kawan
Dari apa yang aku ceritakan ini...
Ambillah iktibar dari penyesalanku ini
Jangan jadi seperti aku
Pintu taubat sudah tertutup untukku
Pintu taubat masih terbuka untukmu
Maka berlumba-lumbalah mengumpul
Amalan demi menghadapi alam barzahmu kawan
Keseorangan tiada berteman
Yang ada cuma amalan sebagai peneman setiamu kawan

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
 ·  ·

IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

Tersebutlah kisah suatu cerita,
Dua orang sahabat sehati sejiwa;
Biarpun terpisah antara dua benua,
Selalu merindui di antara mereka berdua.

Mereka berdua bak merpati sejoli,
Terbang tinggi di angkasa raya;
Berhujan berpanas mereka tak peduli,
Kerana mereka sudah saling percaya.

Mereka mempunyai minat yang sama,
Suka bersyair suka berlagu puisi;
Bila berpantun ketawa bersama,
Hilai ketawa hingga nampak gusi.

Hari-hari mereka berkomunikasi,
Berkomunikasi di alam maya;
Cerita mereka tak pernah basi,
Komunikasi mereka selalu bermaya.

Berbual mereka menjadi-jadi,
Hingga tak hirau kerja menanti;
Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
Justeru sidia mengalah mengambil hati.

Apa nak buat hati dah suka,
Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
Mendengar syairmu hatiku suka,
Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.

Kau berpuisi aku bersyair,
Berbalas-balas bermadah pujangga;
Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
Indahnya dunia kita dunia pujangga.

Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
Tanpamu hidupku sepi;
Kumenantimu tak jemu-jemu,
Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.

Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
Kita sehati sejiwa selamanya;
Mengikat kasih dalam restu,
Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.

Kasih sayangmu aku hargai,
Akan terpatri di hati ini;
Kau yang sentiasa kucintai,
Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.

Karya Ratu Rimba Niagara
4 Sept 2012
 ·  ·

YA ALLAH KAMI YAKIN SEYAKIN YAKIN-NYA

Ya Allah
Mati itu pasti
Seksa kubur itu pasti
Alam barzah itu pasti
Alam akhirat itu pasti
Siratul mustaaqim itu pasti
Syurga itu wujud
Neraka itu wujud
Semuanya benar tiada yang tak benar melainkan benar

Semuanya kami yakin
Yakin seyakin yakinnya

Maka terimalah taubatku
Terimalah amalanku

Agar aku
Mati dalam keadaan tenang
Dihindari seksa kubur
Menempuhi alam akhirat yang bahagia selamanya
Meniti siratul mustaqim dengan mudah tanpa azab sengsara
Masuk ke Syurga bersama-sama dengan hamba-Mu
Yang terselamat daripada segala azab sengsara neraka.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

BERKATNYA TALI SILATURRAHIM YANG MAHU
KE JALAN-JALAN KETUHANAN
IKATAN UKHUWAH PERSAHABATAN DI DUNIA DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.

MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

Doa setulus ikhlas untuk semua rakan fbku , rakan grupku dan semua pembaca setia karyaku di alam maya.
Moga Allah Azzawajallah makbulkan . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Sept 2012

MAAF SAMPAI KAPANPUN!

Dalam kita berpuisi dan melahirkan isi hati tanpa kita tahu kita telah menguriskan hati kawan-kawan kita...
Itulah yang mahu aku jauhi ...aku insan yang tak sempurna...makanya aku hulurkan sepuluh jari di angin lalu memohon maaf pada semua yang mengenali karya-karyaku di sini dan rakan ku. Maafkanlah aku ye teman-teman....kemaafan dari kalian adalah lebih berharga dari alam dan seisinya.
Jika ditakdirkan aku dipanggil Ilahi barulah aku boleh meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman bersama dengan karya-karyaku.

KEMAAFAN DIPOHONKAN OLEH:
RATU RIMBA NIAGARA KEPADA SEMUA RAKAN GRUP & FB & SEMUA PEMBACA ALAM MAYA YANG MEMBACA KARYANYA...MAAF DILAFAZKAN SAMPAI KAPAN PUN!
4 Sept 2012

(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
4 Sept 2012
 ·  ·


JANJI ALLAH PASTI

Apalah arti kesetiaan jika dibisukan dalam sepi
dulu bilang setia...
mahu sentiasa setia denganku...
tapi kini terus disepikan
aku kehilangan teman yang dulu
ceria berpelangi cinta
sekarang yang kutemui teman
yang selalu mengeluh kesah
tentang sepi
tentang cinta
tentang ketidakadilan takdir cinta
kerana masalah itukah
bikin kau sepikan aku ?
kau tidak lagi menyokong kerjayaku
kau tidak lagi memberi kata-kata perangsang padaku
kau yang janji hendak menjadi pengganti
tempat si kunta si kunte
mula-mula aku percaya
tapi sejak kebelakangan ini kau terus sepikan aku
aku sedih ...
setega itu kau pada ku
kerana aku sudah terbiasa dengan situasi ini
makanya aku diam dalam deraan hati terluka
jika lukaku kian membarah...
maafkan aku ...
aku terpaksa lupakan
penantian kesetiaan mu yang membosankan aku
tapi janji jangan marahkan
pada pengakuan ikhlas ku ini ye...
janji kalau kau termarah padaku
jangan lama-lama nanti kurindu
kerana tak mahu rindukanmu
kularutkan rinduku di ombak sepi tapi masih rindu
rindu seorang sahabat kepada sahabatnya
kerana ikatan ukhuwah tak semudah itu disepikan...
di hati ini moga kau faham kenapa kau menjadi rakanmu
semata mahu meniup suburkan dunia sasteraku
kerana sasteraku nadiku
ku sudi menjadi rakan mu
jangan persiakan kepercayaanku padamu
jika kau sahabat ku yang setia
kau akan faham ....faham...faham..
jika kau tak faham ...kenapa aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu...aku hanya suka rakan ku seperti si kunta si kunte
yang sentiasa memahami duniaku
dan aku memahami duniamu
kerana merasai hidup ini adalah win-win
bukan saja sepikan perasaan kawan
tapi amat memahami perasaan kawan
kesetiaan kejujuran keikhlasan
itulah kawan yang ada di hati ku
sentiasa ceria dan senyum
kerana senyum adalah satu sedekah....
senyum tak perlu apa-apa
jadi muda
rasa muda
sentiasa muda
tiada stres
sentiasa bersangka baik pada Allah
manusia tak menjanjikan apa-apa walau dia berjanji
tapi Allah apabila DIA berjanji pasti dikotakan
JANJI ALLAH PASTI
itulah cinta yang pasti
tak perlu diragui!
jadi jangan dikesahkan dengan janji manusia
janji manusia seperti buih-buih di lautan
nampak nyata kemudian hilang
janji Allah nyata terbukti benar
tak akan melupakan janji-Nya
karna DIA tak pernah tidur

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Sept 2012
 ·  ·

DI DUNIA NYATA DAN DI SYURGA SAKSI CINTA SUCI
KITA KERANA-NYA

Duhai Tunteja Teja...
Bilamana kau sudi berkawan denganku
Ku menangis
Kerana Allah Kurniakan aku
Permata dari Syurga
Allah Kurniakan aku bidadari dari Syurga
Aku bersyukur atas Kurniaan-Nya itu
Hidupku seakan berpelangi cinta Syurga
Tapi bilamana kau sepikan aku
Seolah hadirku
Menyakitkan hatimu
Menyakitkan hati kawan-kawanmu
Pasti aku terlara dalam rindu
Aku mohon ehsanmu
Agar jangan kau sepikan aku
Jika kau merajuk denganku
Jangan lama-lama
Kerana ku terdera rindukanmu
Nanti jika aku terdera rindu
Aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu
Tapi tahukah kau jika aku sepikan mu
Setiap kali deruan ombak menderu-deru
Aku pasti menangis
Kerana kehilanganmu
Kerana terdera merindukanmu
Makanya sejujurnya
Aku tak tega sepikanmu di ombak rindu...
Biarlah ombak rindu menjadi
Saksi cinta suci kita kerana-Nya
Berjanjilah padaku untuk setia padaku
Seperti setianya ombak pada pantai
Duhai Tunteja Teja
Bila hatiku dah sayang kerana-Nya
Itulah lafaz dari hatiku
Yang tak akan kupadam
Dan kubawa mati
Insya-Allah
Kasih sayang itu
Terpatri hingga ke Syurga
Mogalah menjadi realiti
Di dunia nyata dan Di Syurga
Saksi cinta kita kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
 ·  ·


BUKALAH MATA HATIMU DEMI AKHIRATMU

Duhai hati
Kau dilahirkan sentiasa suci bersih
Putihmu seputih hatimu seputih kehendak Tuhan
Seputih kehendak Tuhan seputih kehendakmu
Kerana kau mahu menjadi hati putih
Kerana itu kau lahir ke dunia ini
Tapi kenapa cuma tika di alam kanak-kanak saja
Hatimu putih
Tika kau mula mengenal dunia
Kau dilalaikan dengan pesona dunia
Hatimu sudah berjelaga berdebu-debu
Membuatkan kau menjadi
Munafik!
Penipu!
Sombong!
Membangga diri!
Menzalimi!
Merasakan dirimu yang sempurna orang lain hina di matamu...

Izinkan ku ketuk dinding hatimu yang kebal itu
Agar kau berpulang ke pangkal jalan
Agar hatimu yang berdebu-debu itu
Putih bersih kembali
Kerana DIA MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG
Sentiasa menerima kemaafan hamba-Nya
DIA MAHA PEMAAF
SEBANYAK MANA PUN KESALAHANMU PADA-NYA
DIA MEMAAFKAN
Jika ada kekhilafan sesama manusia
Mohon maaflah segera
Barulah hatimu bersih dengan Tuhan bersih dengan manusia

'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU'

Bukalah mata hatimu
Demi akhiratmu

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
10 Syawal 2012
 ·  ·


DI BUKU ANTOLOGI 5 NEGARA KAMI BERPUISI

Tersebutlah kisah sahabat sasteraku,
Haji Domeng pembaca setia karyaku;
Terima kasih kerana sudi baca sasteraku,
Karyamu minatku karyaku duniaku.

Haji Domeng sasterawan Brunei,
Terkenal di seluruh Brunei,
Menulis membela rakyat Brunei,
Mendapat pengiktirafan Sultan Brunei.

Karyanya amat kuminati,
Bahasanya puitis indah sekali;
Kubaca dan kuamati,
Penuh mesej banyak sekali.

Rakyat Brunei menghargainya,
Kerana dia pembela rakyat Brunei,
Melalui penulisan menaburkan baktinya,
Bersyukur semuanya rakyat Brunei.

Penulisannya dari rakyat untuk rakyat,
Demi kesejahteraan Brunei Darussalam;
Brunei maju untuk kepentingan rakyat,
Lambang kecemerlangan Brunei Darussalam.

Haji Domeng sudah lama berkarya,
Menulis sejak di usia remaja;
Minatnya suka berkarya,
Dunia sastera dunia yang dipuja.

Biarpun sudah menempa nama,
Tapi masih merendah diri;
Menulis bukan kerana nama,
Jauh sekali membangga diri.

Kucuma mengenalinya di alam maya,
Tanpa suara tapi hati berbicara;
Karyaku karyanya bersiaran di alam maya,
Karyaku karyanya wakil hati berbicara.

Terima kasih Tuan Haji Domeng,
Kuhargai persahabatan di alam maya;
Makanya kukarangkan pantun tanda sayang,
Kutunggu karya puitismu di alam maya.

Setiap rakan sasteraku adalah permata,
Puisi-puisinya kubingkaikan di kalbu;
Menjadi jambangan karya penyejuk mata,
Memberi sinaran di hati yang kelabu.

Karyaku duniaku,
Karya rakanku minatku;
Semuanya inspirasiku,
Berkaryalah aku semahuku.

Kusuka baca puisi rakanku,
Lagi kubaca terlalu sukaku;
Kubalas puisi rakanku,
Kugandingkan puisinya puisiku.

Gandingan puisi indah sekali,
Dibaca dihayati bersama;
Bahasa berbeda puitis sekali,
Gandingan mantap diminati bersama.

Malaysia Indonesia Brunei Singapura,
Semuanya rakan puisiku yang disanjungi;
Perjuangan berkarya sentiasa membara,
Di buku antologi 5 negara kami berpuisi.

Tamatlah sudah aku berpantun,
Kukarangkan istimewa untuk rakan;
Kukirimkan salam penuh santun,
Salah bicara maafkan daku duhai rakan.

Karya Ratu Rimba Niagara
5 September 2012
 ·  ·

IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI

Tersebutlah kisah suatu cerita,
Dua orang sahabat sehati sejiwa;
Biarpun terpisah antara dua benua,
Selalu merindui di antara mereka berdua.

Mereka berdua bak merpati sejoli,
Terbang tinggi di angkasa raya;
Berhujan berpanas mereka tak peduli,
Kerana mereka sudah saling percaya.

Mereka mempunyai minat yang sama,
Suka bersyair suka berlagu puisi;
Bila berpantun ketawa bersama,
Hilai ketawa hingga nampak gusi.

Hari-hari mereka berkomunikasi,
Berkomunikasi di alam maya;
Cerita mereka tak pernah basi,
Komunikasi mereka selalu bermaya.

Berbual mereka menjadi-jadi,
Hingga tak hirau kerja menanti;
Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
Justeru sidia mengalah mengambil hati.

Apa nak buat hati dah suka,
Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
Mendengar syairmu hatiku suka,
Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.

Kau berpuisi aku bersyair,
Berbalas-balas bermadah pujangga;
Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
Indahnya dunia kita dunia pujangga.

Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
Tanpamu hidupku sepi;
Kumenantimu tak jemu-jemu,
Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.

Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
Kita sehati sejiwa selamanya;
Mengikat kasih dalam restu,
Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.

Kasih sayangmu aku hargai,
Akan terpatri di hati ini;
Kau yang sentiasa kucintai,
Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.

Karya Ratu Rimba Niagara
4 Sept 2012
 ·  ·


    • WARNA BIRU HIJAU MERAH DAN UNGGU
      SEBAGAI KAIN KAFANKU

      Apalah ada pada warna biru, hijau, merah dan unggu
      andainya warna biru. hijau, merah dan unggu
      berjutaan keping-keping itu dijahit dijadikan kain kafanku
      hingga sesak nafas jenazahku yang tak bernafas itu
      membalut jenazahku tidak habis-habis tiga hari tiga malam
      membalut kain kafan wang kertas biru , hijau, merah dan unggu
      kerana sepanjang aku berhidup itulah matlamatku hingga
      infakpun aku tak mahu, wang mahu dibawa ke kubur dan
      hajatku disampaikan-Nya ...
      tapi jika benarlah jenazahku dibalutkan dengan wang kertas biru,hijau , merah dan unggu...mahu si pembalut kain kafan mengambil kesemua wangku lalu diinfakkan kerana mengasihani aku...itu kalau yang jujur kalau yang tak jujur berulatlah jenazahku tanpa dikebumikan....
      andainya sipembalut kain kafanku membalutkan juga jenazahku dengan wang kertas biru hijau merah dan unggu kerana menuruti amanahku aku yakin tiada siapa mahu mencium jenazahku kerana memandang hina aku kerana sifat tamakku hingga mahu membawa wang hingga ke kubur sama tapi yang aku pelik kenapa masa aku hidup mereka begitu sanjungi aku dan sayangi aku kerana aku jutawan kaya raya ...dan merekalah pengikut setiaku yang setia tapi bila aku dah mati mereka terus mencemikkan muka padaku semacamlah aku ini menjijikkan pada mereka ....pelik...pelik...tubuhku yang berkain kafankan jutaaan wang ringgit tidak pun mereka pandang sebelah mata....
      Bertambah pelik lagi belum sempat seminit jenazahkan di kebumikan si penyangak-penyangak membuka balutan kain kafanku sehingga sekepingpun tak tinggal di balutan jenazahku...hinggakan jenazahku tanpa ditutupi apa-apa dengan Kuasa Allah jenazahku berkain kafan juga tapi masih lagi berbalut wang kertas biru, hijau, merah dan unggu tapi amat busuk dan menjijikkan aku dan panasnya meruap-ruap hingga berasap-asap dengan membakar seluruh tubuhku hinggakan aku menjerit-jerit kesakitan tanpa suara...
      "Rasakan dengan azab yang pedih pada harta yang kau tamakkan semasa di dunia dulu...kau tak percaya tentang azab Allah SWT...rasakan...rasakan...kerana sifat tamakmu itu rasakan azab sengsara ini!"
      "Aku taubat....Aku taubat...Aku taubat....walau pun wang yang kubawa ke kubur ini telah terbakar hangus bersama jasadku...wang di bank-bank masih banyak lagi tak terkira...izinkan aku infakkan ke jalan Allah sebagai penebus dosaku ini...."
      "Sudah terlambat...peluangmu cuma di dunia saja...sekarang ini rasakan azab ini."

      ALLAHU AKBAR ! SYUKUR ALHAMDULILLAH
      aku masih diberi kesempatan untuk menginfakkan hartaku
      ke jalan-Nya...

      Ya Allah aku perlukan wang kertas biru,hijau, merah dan unggu
      Aku mencari rezeki kerana-Mu
      Untuk meneruskan kehidupan ini ...
      Andainya rezekiku melimpah ruah
      Jangan kau patrikan hatiku dengan sifat tamak haloba
      Bukakan khashaf kedermawan untuk aku menginfakkan hartaku
      Ke jalan-Mu
      Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      28 Ogos 2012
      10 Syawal 1433H



SANG MENTARI IKUT MENGHANTAR

indah bagai gelombang ombak dipesisir
sang mentari ikut menghantar ....
batu karang pun ikut terkelupas ...

By: Aay Gmai
28 Agustus 2012

INDAHNYA GELOMBANG OMBAK DI PERSISIR

indah....indah....indah...
jika dilukiskan di kanvas kalbu cinta
tentang ombak
tentang badai
tentang sang mentari
tentang batu karang
tika gelombang di persisir
tika sang mentari ikut menghantar...
batu karang pun ikut terkelupas
dan batu karang itu diheret ombak rindu
hingga terdampar di persisir pantai
lalu dipungut Tuan Putri Rimba Niagara
menjadi sumber inspirasi
Putri Rimba Niagara berkarya

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012

KARYA AAY GMAI & RATU RIMBA NIAGARA
28 Ogos 2012
(PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI LOVERS)
28 Ogos 2012
 ·  ·


SINAR KASIH-NYA

Duhai Putra Arjunaku...
Pabila linangan air mata sudah tak bemakna lagi
Pabila kesetiaan sudah tak kupercayai lagi
Pabila cinta suci mana yang hendak kusetia lagi
Dalam meniti kehidupan hatiku gundah gulana
Tak henti dilanda gerhana

Namun ku masih berharap
Sinar Kasih-Nya
Agar ehsan-Nya padaku
Memadamkan gerhana
Yang tak henti melanda
Hingga hilang semangatku
Untuk berpena

Tahukah kau Putra Arjunaku
Aku punya hati dan perasaan
Aku bukan robot
Adakalanya aku tak bermaya
Untuk meneruskan
Perjuangan ini...

Karna hidup ini
Setetes cuma
Kugagahi juga untuk terus
Melangkah ke hadapan
Biarpun dalam keadaan
Lemah tak bermaya
Mujur semangat yang DIA
Bekalkan aku berkarya
Semampu daya
Tanpa mengharap belas
Ehsan dari yang bergelar insan
Yang boleh menjanjikan apa saja...

Kini yang kuharapkan
Ehsan dari-Nya
Kerana
Hidup dan matiku
DIA yang uruskan
DIA lah pengurusku
Yang paling kupercaya dan yakini

Biarpun aku ditertawakan
Biarpun aku deprsendakan
Jutaan kali
Aku sudah tak hiraukan lagi
Yang ada di hatiku

Cuma DIA yagn memahami
Apa mahuku
Kerana DIALAH selalu
Memujukku
Akan sampai tiba masanya nanti
Aku berangkat pergi
Bertemu-Nya

Ukiran daunan kasih
Yang kutulis dengan setulusnya kasih
Pada semua yang ada di langit dan di bumi
Yang kutinggalkan untuk penghuni bumi
Tanda aku kasih dan sayangkan mereka
Hingga aku berangkat pulang bertemu-Nya

Selamat tinggal semuanya
Selamat tinggal
Dan sudilah terima... kasih dan sayangku
Setulusnya kasih
Yang kutinggalkan
Di daunan kasih cinta
Dunia akhiratku
Pada semua yang hidup di muka bumi ini

Inilah di sebalik
Dugaan yang Allah uji aku
Sepanjang aku berhidup menumpang
Di muka bumi-Nya ini

DIA uji aku dengan ketandusan cinta
Tapi dalam masa yang sama
DIA bukakan khashaf Cinta-Nya
Agar dapat aku mengukirkan
Cinta-cinta pada semua makhluk-Nya
Di ukiran daunan cinta kerana-Nya
Dan aku bahagia dalam syukur
Sebanyak-banyak-Nya kepada-Nya
Tuhan Yang Menciptakan Cinta
Cinta semasa makhluk
Hanya semata kerana-Nya

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
26 Ogos 2012
8 Syawal 1433H
 ·  ·

NUR HIDAYAH KASIH-NYA TERUS BERSINAR

Mentari akan terus bersinar
bersama senyumanmu senyumanku
bersama syukurmu syukurku
mengental berpintal lalu
tersimpul mati
dalam hatimu dalam hatiku
tak pernah jemu kita saling
jalinkan kasih dan sayang demi-Nya
tak akan ada terluka dilukai
tak akan ada perih
menanti kasih di ombak rindu
tak akan ada sepi menyepi
tak akan ada teka teki
dalam menjalinkan kasih dan sayang
yang ada kusayangmu demi-Nya
kau sayangku demi-Nya

kita semarakkan karya bersama
karyamu karyaku
penuh dengan jiwa
penuh dengan penghayatan
agar roh sucimu
agar roh suciku
dapat mensucikan
debu-debu
kemunafikan dari kalbumu kalbuku
maka tertintalah hasil pena
yang berarti buatmu buatku
buat semua pembaca
yang sudi menghayati
hasil karangan
yang diubah indah-indah
untuk mengindahkan hati-hati yang suram
dalam derita sengsara tanpa Nur Hidayah Kasih-Nya

berkat ilham
yang disirnakan ke kalbumu kalbuku
kita menangis bersama-sama
betapa kerdilnya kita di Sisi-Nya
betapa kita perlukan-Nya
di setiap saat dan ketika
tanpa-Nya
kita bagaikan hilang arah tanpa tujuan hidup
hidup berarti kerana-Nya
hidup tak berarti tanpa-Nya

Makanya
Hadirlah Ya Allah
Hadirlah ke kalbu imanku
Hadirlah ke kalbu iman dia rakan sastraku
Hadirlah ke kalbu iman pembaca
Yang membaca karyaku karya rakan sastraku
Inilah dunia yang kami dambakan tanpa lelah
Semata-mata mahu mendapat
Redho-Mu
Kasih-Mu
Rahmat-Mu
Tika hidup dan mati
Aamiin Aamiin Ammin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
27 Ogos 2012
9 Syawal 1433H


PUISI PAHLAWANKU

Pahlawanku…
Kau gagah perkasa
mempertahankan negaramu
tanpa jemu…
Rela bermandikan darah…! Dihujani peluru!
Pertaruhkan nyawamu di setiap penjuru
demi keamanan negara dan generasimu.
Kau juga menyumbang kepada
keamanan dunia!
Jasamu sentiasa di hatiku
di pusaramu nanti kukalungkan
bunga-bunga cinta perjuangan
kubertafakur mendoakan
rohmu mendapat ganjaran Syurga!
Amin Ya Rabbal A’ Lamin.

Karya: Ratu Rimba Niagara
26 Ogos 2012
9 Syawal 1433H

PUISI PERWIRAKU

Duhai perwiraku…
Perjuanganmu aku kagumi,
moga semangat dan perjuanganmu
takkan pernah luntur…
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun nyawa jadi taruhan!
Kerana dirimu adalah penyambung WARISAN,
namamu akan terpahat di hati WARISAN,
generasi kini dan akan datang.
Selagi ada bulan dan matahari
namamu tetap gah!
Perjuanganmu tetap megah!

Karya: Ratu Rimba Niagara
26 oGOS 2012
9 Syawal 1433H

APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA

Duhai Pendekar Temasek...
Pendekar melayu yang disanjungi
Sejarah tetap sejarah
Sejarah tak boleh nak diubah
Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
Seperti menarik rambut dalam tepung
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia

Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
Di Singapura kerajaan Singapura berjaya diperintah
Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
Rumpun Melayu Nusantara...
Insya-Allah Ammin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Ogos 2012
14 Ramadan 1433H
(DISIARKAN PUISI SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA
17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)
8 Ogos 2012
19 Ramadan 1433H

You, Ahmad Tajuddin and Sri Prabu Bumi Kusuma like this.

AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG

Tika aku terlantar parah begini...
Mana pergi anak-anak muridku...
Yang mengaku akan menuntut bela
Darahku yang jatuh ke bumi
Walaupun setetes!
Ini bukan setetes...
Tubuhku dipenuhi darah....
Sesuka hati mereka
Menetak ...menghentak
Memukul ...menyepak terajangku
Bukan aku tidak boleh melawan mereka
Mereka terlalu ramai
Kalau benar mereka anak jantan
Kenapa tidak satu lawan satu?
Biarpun begitu pantang
Anak jantan lari di medan juang
Biarpun mereka ramai
Aku seorang
Aku kerahkan segala tenaga kejantananku
Hingga tak kuhiraukan
Darahku merecik sana sini
Lagi kuat hayunan parangnya
Lagi kuat hayunan
Sepak terajangku
Karena mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
Aku tidak bersenjata
Karena
Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
Karena aku percaya
Tuhan Mahu Mengujiku
Karena adalah suratan takdirku
Aku terima dengan redho
Cuma jika dipanggil Ilahi
Adakah anak-anak jantan melayu
Di luar sana masih membisu dan kaku
Aku tidak minta ditebus kematianku
Tapi jagalah bangsa melayuku
Agar tidak menerima nasib sepertiku
Diserang hendap tanpa dugaku
Dan pantang aku
Bangsa aku ditindas dan tertindas
Tanpa sebab musabab....
Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
Makanya bangsaku
Kalau melayu tak sokong melayu
Siapa lagi?

Pahlawanku yang teraniaya...
Sabarlah...
Tuhan bersamamu tika ini
Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
Andai kau dijemput Ilahi...
Syurga menantimu
Insya-Allah Aamin

Karya : Putri Rimba Niagara
24 April 2012
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012)

PENDEKAR MELAYU TAK MUDAH MENGAKU KALAH

Melayu hina melayu,
Takkan kubiarkan;
Kerana aku jiwa melayu,
Kusahut segala cabaran.

Melayu sentiasa hidup,
Takkan kubiarkan diinjak-injak;
Kerana kumahu bangsa ku terus hidup,
Makanya bangsaku mestinya bijak.

Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.

Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.

Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan undur.

Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerana pendekar melayu tak takut mati.

KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Ogos 2012
20 Ramadan 1433H
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN INDONESIA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA 31 OGOS 2012)

PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR!

Batang jerami diberi madu
Rebung seiris dimakan kuda
Kalau kami diberi malu
Ujung keris menikam dada
By: Zairi Erie

Putri Rimba:

Hujung keris menikam dada,
Rela kumati jika itu mahumu;
Niatku kepahlawananmu terus di persada.
Tapi api cemburumu memakan diriku.

"Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i

" Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...
makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana!

Orang tua jangan disanggah,
Budi baik jadi sanjungan;
Kepahlawananmu aku bermegah,
Matimu dalam kenangan.

Jika dibiarkan keris bicara,
Makanya akal fikiran ditolak tepi;
Adat pahlawan membara-bara,
Pantang dimalu terbakarlah hati.

Pantang dimalu terbakar hati,
Sebelum menfitnah berfikir dulu;
Jangan diikut marah di hati,
Apapun masalah berbincanglah dahulu.

Bukankah kita sama se guru,
Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
Kau sentiasa perkasa selalu,
Rendah diriku tak setandingmu.

Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.

Tanam pisang rapat-rapat,
Air diteguk di tepi kali;
Bersatu hati disetiap pendapat,
Kebalnya pahlawan menjadi lali.

Kepahlawan melayu sudah terbilang,
Tiada tandingan di serata dunia;
Pewaris melayu takkan hilang,
Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

Makanya duhai pahlawan melayu,
Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

Biarpun tsunami datang membadai,
Teruskan segala niat yang murni;
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi ada denyutan nadi.

Malulah pahlawan jiwanya mati,
Semangatnya lemah pabila dikeji;
Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

Pandainya kamu membalas pantun,
Buat hatiku rasa terpegun;
Budi bahasa mu penuh bersantun,
Marilah kita berbalas pantun.

Hari ini kata semangat,
Esok hilang segala semangat;
Budaya pantun harus diingat,
Kerna pantun lambang semangat.

Melayu juga bergurindam jiwa,
Hinggakan jiwa melayang-layang;
Gurindam jiwa mengusik jiwa,
Mengundang rindu mengundang sayang.

Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
Berperasangka baiklah itu dimahu.

Kenapa perlu kata begitu,
Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
Orang melayu selalu begitu,
Yang kuperlukan sokongan mendalam.

Tak kenal maka tak cinta,
Dah cinta baru tahu;
Bangsa melayu sentiasa kucinta,
Dalamnya cintaku kau tak tahu.

Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
Berkarya bukan sesuka hati;
Jangan dipersendakan sama sekali,
Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.

Kerna kurindu aku menulis,
Kerna kusayang aku berkarya;
Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
Makanya fahami aku bila aku berkarya.

Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
Gelanggang pantun budaya melayu,
Bersama mempertabatkan agar tak hilang.

Bahasa melayu tak akan hilang,
Jika bersatu hati mempertabatkannya:
Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.

Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
Sekadar teman sehati sejiwa;
Bagi menyokong segala yang murni,
Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.

Duhai sahabat yang bijak berpantun,
Jadilah dikau budayawan bangsa;
Bakat yang ada jangan dipendamkan,
Taburlah bakti pada anak bangsa.

Terima kasih rakan seperjuanganku,
Kerna sudi berkongsi karyamu;
Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.

Karya Putri Rimba
5 April 2012
Yesterday at 10:01pm · Like

JAGAILAH WARISAN MOYANGMU

Tak akan sumbang langkah kakimu,
Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.l

Tenaga sikit bisa menang,
Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
Biar berputih mata jangan berputih tulang,
Bersatu hatilah demi perjuangan.

Melayu tak mudah layu,
Jangan iri sesama melayu;
Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

Dari pagi hingga ke petang,
Mencari ilmu dibawa pulang;
Berkorban demi generasi mendatang,
Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

Moyang kita selalu berpesan,
Sesama melayu seperti ikatan lidi;
Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
Agar tak tersilap di kesani musuh ;
Pantang pahlawan melayu bermusuh,
Musuh dalam selimut itu yang susah.

Duri dalam daging.
Api dalam sekam;
Ada masalah kita berunding,
Menjadi indah tidak terakam.

Melayu jangan suka membanding.
Di depan manis di belakang menikam;
Melayu sedarah sedaging,
Sakit melayu semua mencengkam.

Tiada masa untuk menunggu,
Pada yang leka teruslah leka;
Perjuangan jangan mudah terganggu,
Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

Jangan hari ini semangat besok dah layu,
Jiwa perjuangan tak pernah layu;
Makanya bangunlah bangsa melayuku,
Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

Sudah jauh perjalanan melayu,
Bangunlah demi anak bangsa;
Saling sokong menyokong demi melayu,
Agar terbinanya budaya bangsa.

Putra putriku kau pewaris bangsa,
Usia kami beransur senja kini,
Kelemahan kodrat kian terasa,
Kalianlah sandarkan harapan kami.

Ketiadaan kami jangan ditangisi,
Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
Kalian sentiasa kami sayangi,
Dalam doamu kenangilah kami.

Moyang mu ingin berpesan.
Kami tinggalkan warisan bangsa ;
Untuk kalian teruskan perjuangan,
Agar berkekalan sepanjang masa.

Hargailah peninggalan moyangmu ini,
Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

Senyuman anak cucu,
Kebahagian moyangmu;
Jagailah warisan moyangmu,
Itulah lambang cinta yang berpadu.

Karya Putri Rimba
5 April 2012
Yesterday at 10:57pm · Like
KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI.

DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

KERABAT DIRAJA MALAYSIA
KERABAT DIRAJA INDONESIA
PEMIMPIN MALAYSIA
PEMERINTAH INDONESIA
RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT INDONESIA
BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
PECINTA BAHASA MELAYU
PECINTA SASTRA MELAYU
PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

RABEAH MOHD ALI
PUTRI RIMBA NIAGARA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA
7 Ogos 2012
18 Ramadan 1433H
(DISIARKAN KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA SEMPENA MERAIKAN
HARI KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/ 31 OGOS 2012)
Like · · Unfollow Post
Adel Fadel, Ahmad Tajuddin and Khai Noor like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
27 Ogos 2012
9 Syawal 1433H
 ·  ·

(PETIKAN DARIPADA WALLL RATU RIMBA NIAGARA)
8 Sept 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;