APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA
PERDAMAIAN DALAM PUISI FISABILILLAH PENDEKAR INDONESIA, MALAYSIA & TEMASEK BERGABUNG MEMBELA SEDARA SEISLAM DI BUMI ALLAH AZZAWAJALLAH
Sri Prabu Bumi Kusuma: 5.57. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.
Friday at 7:11pm · Like · 4
16.100. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.
Friday at 7:13pm · Like · 3
SRI PRABU BUMI KUSUMA
Kau pejuang Islam Abad Ke -21
Hidup matimu adalah Islam
Islam...Islam...Islam...
Itulah perjuanganmu
Setiap saat setiap detik
Kau fikirkan Islam
Kau mahu menyebar-luaskan Islam
Di setiap pelosok dunia ini
Bukan pesona dunia yang menjadi matlamatmu
Harta dunia adalah sekadar apa adanya
Yang selebihnya kau infakkan ke jalan-Nya
ALLAHU AKBAR !
Mulianya hatimu
Moga kemuliaan hatimu itu
Mendapat Kemuliaan Di Sisi-Nya Aamiin
Kau kata imanmu tak dapat dibeli dengan harta dunia
Terkedu aku syahdu aku
Kerana di akhir zaman ini kebendaanlah yang menjadi
Matlamat manusia berlumba-lumba memilikinya
Biarpun mereka tahu dunia cuma pinjaman
ALLAHU AKHBAR
Patutlahlah kau bersyukur kepada Tuhan
Mengurniakan ibumu yang kau cintai dunia akhirat
BUNDA ZAINAB BTE RADEN KASMANI
Yang telah melahirkanmu ke dunia ini
Duhai bunda Zainab Bte Raden Kasmani
Sejuk perutmu mengandungkan seorang
Anak soleh lagi beriman
Yang hidup matinya hanya
Untuk Allah Azzawajallah
MEMUJI MEMUJA DAN MENG-ESAKAN-NYA
Di sebilang masa dan ketika
Hidup matinya
ALLAH ALLAH ALLAH
ALLAHU AKBAR!
Beruntunglah semua memiliki seorang
Hamba Allah yang sentiasa merendah diri
Biarpun sudah berada di puncak jaya
Tapi baginya kemuncak yang ingin dicapainya
Adalah tika bertermu Allah Azzawajallah
Dalam keadaan redho lagi diredhoi-Nya
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Bahagia di kala itu tika pertemuan di antara hamba dengan Allah Azzawajallah Melepasi Langit Ke Tujuh hanya yang memahami
Betapa indah-Nya saat itu akan berlumba-lumba ke arah mengumpul
Sebanyak mungkin bekalan yang ada Nilaian Di Sisi-Nya
Moga kau, aku dan semua hamba Allah yang ingin pulang
Ke Pangkuan Ilahi diterima sebagai roh Kekasih Yang DiCintai-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Ramadan 1433H
3 Ogos 2012
Friday at 7:23pm · Like · 4
Hairul Asmadi amin
Friday at 7:26pm · Like · 1
Sri Prabu Bumi Kusuma Ya Allah,atas izin mu perkenankanlah doa Rabeah Mohd Ali...Aamiin
Friday at 7:28pm · Unlike · 2
Sri Prabu Bumi Kusuma Terimakasih Rabeah Mohd Ali...Allah sahaja yang membalasnya,,,Aamiin..
Friday at 7:28pm · Unlike · 1
Jajang Atmaja aamiin..
Friday at 7:50pm · Unlike · 2
GURINDAM SEORANG KESATRIA BERJIWA RAKYAT
BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGA-MU
Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak yang soleh
Alhamdulillah
Syukur pada-Nya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa ksatria
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan rakyat Nusantara
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekodrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
karena terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk Nusantara tercinta
maka bergemalah
lagu KUSAYANG NUSANTARA
'Kusayaang Rakyatku Demi-Nya'
di setiap pelosok daerah
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untukmu
'Ksatriaku Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
Dan siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
ksatria kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang Rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran pada-Nya
Allahu Akbar
Dengan Kebesaran-Mu Tuhan
Kau Kurniakan seorang ksatria
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!
Kami sayang ksatria kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restu-Mu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan Syorga-Mu
Dan kami ingin bersamanya di Syorga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
3 Ogos 2012
14 Ramadan 1433H
(PUISI DIILHAMKAN PUTRI RIMBA NIAGARA BAGI MENYEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN INDONESIA PADA 17 AGUSTUS 2012/MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012 BAGI MENGERATKAN LAGI JALINAN UKHUWAH TALISIRATURRAHIMI ANTARA DUA BENUA)
Friday at 8:19pm · Like · 2
Sri Prabu Bumi Kusuma Terimakasih Rabeah Mohd Ali..Salam Rahayu...
Friday at 8:45pm · Unlike · 1
Sri Prabu Bumi Kusuma Aamiin Ya Allah...
Friday at 8:45pm · Unlike · 1
Like · 3
bila lagi nak sedar....
Friday at 10:42pm · Like · 2
Masrulhakim Bin Amin Generasi saya 80% sedar. Harap yang senior citizen MELAYU tu sedar kerana 90% masih utuh pendirian....
Friday at 10:43pm · Like · 1
APABILA TAKDIR MENGATASI SEGALA-NYA
Duhai Pendekar Temasek...
Pendekar melayu yang disanjungi
Sejarah tetap sejarah
Sejarah tak boleh nak diubah
Tapi apabila takdir mengatasi segala-Nya
Sejarah boleh berubah dengan izin-Nya
Makanya siapkan strategi rapatkan barisan
Apabila semboyan kepahlawanan melayu telah berbunyi
Bertindak bukan mahu menunjukkan kekuatan
Tapi menggunakan kebijaksanaan akal untuk bertindak
Tanpa berlaku persengketaan atau pertumpahan darah
Seperti menarik rambut dalam tepung
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman tika mendapatkan kemerdekaan Malaysia
Singapura adalah takdir bukan milik Malaysia lagi
Mana tahu berkat kesepaduan kepahlawanan melayu
Di Singapura kerajaan Singapura berjaya ke perintah
Oleh Pewaris Raja berkat sokongan daripada pahlawan
Rumpun Melayu Nusantara...Waallahualam.
PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Ogos 2012
14 Ramadan 1433H
Friday at 11:11pm · Like · 1
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya: Putri Rimba Niagara
31 Ogos 2011
( DISIARKAN SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
PADA 31 OGOS 2012)
Friday at 11:22pm · Edited · Like
AKU BERJUANG DI LUAR GELANGGANG
Tika aku terlantar parah begini...
Mana pergi anak-anak muridku...
Yang mengaku akan menuntut
Darahku yang jatuh ke bumi
Walaupun setitis!
Ini bukan setitis...
Tubuhku dipenuhi darah....
Sesuka hati mereka
Menetak ...menghentak
Memukul ...menyepak terajangku
Bukan aku tidak boleh melawan mereka
Mereka terlalu ramai
30 orang tu...
Kalau benar mereka anak jantan
Kenapa tak satu lawan satu?
Biarpun begitu pantang
Anak jantan lari di medan juang
Biarpun mereka ramai
Aku seorang
Aku kerahkan segala tenaga jantanku
Hingga tak kuhiraukan
Darahku merecik sana sini
Lagi kuat hayunan parangnya
Lagi kuat hayunan
Sepak terajangku
Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
Aku tidak bersenjata
Kerna
Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
Kerna aku percaya
Tuhan Mahu Mengujiku
Kerna adalah suratan takdirku
Aku terima dengan redho
Coma jika dipanggil Illahi
Adakah anak-anak jantan melayu
Di luar sana masih membisu dan kaku
Aku tidak minta ditebus kematianku
Tapi jagalah bangsa melayuku
Agar tidak menerima nasib sepertiku
Diserang hendap tanpa dugaku
Dan pantang aku
Bangsa aku ditindas dan tertindas
Tanpa sebab musabab....
Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
Makanya bangsaku
Kalau melayu tak sokong melayu
Siapa lagi?
Pahlawanku yang teraniaya...
Sabarlah...
Tuhan bersamamu tika ini
Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
Andai kau dijemput Illahi...
Syurga menantimu
Insya-Allah Aamin
Karya : Putri Rimba.
24 April 2012
(DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA PADA 31 OGOS 2012/
INDONESIA 17 AGUSTUS 2012)
7 Sept 2012
;
0 comments:
Post a Comment