Wednesday, 5 September 2012

TAKDIR CINTA TIADA SIAPA YANG TAHU




CINTA PANDANG PERTAMA

Titik temu kita di awan biru
Cinta pandang pertama
Tanpa terungkap kata-kata
Cuma membisu seribu bahasa
Biarpun membisu
Dalam hati berkata-kata...
Aku sudah jatuh cinta pandang pertama
Makanya aku ingin mengenalimu
Jika kau sudi
Izinkan aku bertahta di hatimu
Izinkan aku mencintaimu
Setulus hatiku
Kerna kaulah kekasih awal dan akhir
Jika kau terima cintaku
Syukurku dalam sujudku
Kerna DIA memakbulkan doaku
Mengurniakan cinta pandang pertama
Menjadi kenyataan

Karya Ratu Rimba Niagara
25 Mac 2012
 ·  · 

  • Ramlee Wahab likes this.

    • Laksamana Mas dari tatap mata yanag menggetarkan rahsa,.......rahsa yang dimaknakan cinta,..hehe Jatuh Cinta ye,..
      March 25 at 9:17am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Ini yang susah ni ...baru nak berpuisi cinta...cinta...kata bilang cinta...hihihi
      March 25 at 9:18am ·  · 1

    • Laksamana Mas Hihihi tak apa kanda, diteruskan aja,..cinta adalah bicara tentang pemahaman seseorang tentang tentang kehidupan ini,...
      March 25 at 9:22am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Dinda...jangan beritahu Kanda Ki Mada.....rahsiakan hal ini ye...nanti kalau dia tahu...terperasan dia ...kerana puisi ini ditujukan kepada semua yang disayangi....hihihi maklumlah orang puisi ni jiwang-jiwang...
      March 25 at 9:31am ·  · 1

    • Laksamana Mas mari kita maknakan rahsa tentang cinta itu,...keindahan yang penuh dinamika,...dalam bahasa kelembutan rahsa,...kemudian dimanakah rahsa itu sebenarnya bertahta,...

    • Laksamana Mas Jiwang-jiwang tu apa ?

    • Rabeah Mohd Ali Macam mana mahu bilang ye....suka-suka saja...fikiran terbuka (hilangkan stress)
      March 25 at 9:35am ·  · 1

    • Laksamana Mas o, faham,..siipp. dilanjut,..
      March 25 at 9:50am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Apa yang dilanjut itu...hihihi kanda nggak faham ye....hihihi
      March 25 at 9:55am ·  · 1

    • Laksamana Mas ya itu tentang cinta,..menurut kanda seperti apa ?,

    • Cinta yang lahir dari hati yang ikhlas dan jujur
      Cinta tanpa syarat
      Cinta tanpa paksa
      Cinta lahir dengan sendiri
      Cinta tanpa diundang

      Cinta tanpa sengaja
      Cinta bersahaja
      Cinta saling memahami
      Cinta saling berkorban
      Cinta membuktikan bukan dipersiakan disakiti lalu dtinggalkan
      Cinta di dunia sebagai Syurga dan diteruskan hingga cinta ke SyurgaNya

      Yang menguatkan cinta
      Apabila bermatlamat
      Saling mencintai kerna
      Demi Allah SWT
      Demi perjuangan
      Demi rakyat
      Demi semua ciptaan Allah SWT
      Dikumpulkan matlamat
      Sebagai bekalan sebelum ke negeri pasti

      Apa pendapat dinda mengenai apa yang kanda jelaskan
      Tentang makna cinta pendapat kanda ini.
      March 25 at 10:11am ·  · 1

    • Laksamana Mas Kanda benar,..meski terkadang kita sering terjebak memaknainya sebagai dua sisi mata pedang,...
      March 25 at 10:16am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Cinta tak semestinya memiliki kerana takdir cinta adalah kepunyaanNya kita sebagai hamba redho setiap KetentuanNya. Tak akan ada kecewa dan tak akan ada benci kenapa cinta tidak dimiliki .Barulah aman roh dan jasad.
      March 25 at 10:21am ·  · 1

    • Laksamana Mas Iya, pada pemahaman tingkat lebih tinggi,..tetapi agak sulit menerima kenyataan/realiti yang tidak seindah harapan,.iya kan ?
      March 25 at 10:24am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Iya...dinda...memang agak sukar diterima kalau manusia biasa seperti kita ...seolah sengaja dipermainkan harapan sedangkan kita tidak tahu takdir cinta tersurat bukan milik kita....percayalah Allah SWT sedang merencana cinta yang lebih baik untuk kita jika takdir cinta untuk sama memiliki bukan untuk kita...redho atas ketentuan adalah jawabannya.
      March 25 at 10:30am ·  · 1

    • Laksamana Mas Amin. semoga begitu,..Kanda aku percaya sangat pada ketentuan Allah SWT, .....terimakasih Kanda,...Takdir Cinta adalah kepunyaan Nya,..
      March 25 at 10:37am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Iye dinda....siapalah kita untuk menolak samada Takdir Cinta itu kita miliki atau tidak miliki yang penting kita redho baru rasa aman semuanya...gitukan...
      March 25 at 10:42am ·  · 1

    • Laksamana Mas Injih/iye,..bahasa jawanya : sedermo nglampahi/hidup itu hanya menjalani,...redho,....bagaimana memupuk rasa redho itu sendiri kanda ?

    • Rabeah Mohd Ali Setelah usaha sedaya upaya untuk menggapai impian tapi nggak berjaya juga...barulah redho...
      jangan cakap saja redho tapi tak usaha...
      March 25 at 10:49am ·  · 1

    • Laksamana Mas iye, belajar berjiwa besar,........................kanda Istana Niagara itu bangunan apa dan dimana ?
      March 25 at 10:51am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Bangunannya di pokok yang paling tinggi sekali di Malaysia ini..di situlah istana kanda dinda....hihihihii

    • Laksamana Mas Benarkah itu ?...kanda tahu tak sejarah Malaka ?,..
      March 25 at 10:57am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Kanda di Rimba ini mana ada sekolah dinda...mana kanda pelajari serajah Melaka...dengar-dengar dari penghuni rimba yang telah tersesat di Melaka adalah ...itu katanya di Melaka itu penghuninya ramah tamah belaka....hihihihi coba dinda cerita kanda hendak dengar... mana tahu...dinda tahu di mana tempat kanda berada....hihihihi
      March 25 at 11:01am ·  · 1

    • Laksamana Mas Aku belum bisa cerita hari ini kepada mu,..tapi suatu hari nanti akupun akan samapi ketempat mu,..karena tugasku adalah mewartakan khabar bahagia kepada seantero negeri serumpun melayu,..entah kenapa aku yakin kelak aku akan menemui mu untuk bercerita tentang sejarah kejayaan masa lalu kita,..Raja, Rakyat, Pemerintah harus bersama membangun negeri demi kejayaan anak cucu,..
      March 25 at 11:10am ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali 
      Kalau itulah bagai yang dinda katakan makanya jadi kenyataanlah segala impian dan cita-cita kanda yang kanda perjuangkan sejak puluhan tahun lamanya...Syukur Alhamdulillah...betul apa yang dinda katakan itu Raja . Rakyat , Pemerintah harus
       bersama membangun negeri demi kejayaan anak cucu...kerana terujanya sangat dengan cita-cita kanda mahu Raja, Rakyat dan Pemerinah harus bersama demi anak cucu....kanda jelmakan dalam setiap karya-karya kanda...jika kiranya kanda tidak kesampaian mencapai cita-cita setidak-tidaknya kanda sudah buktikan cinta kanda pada Raja, Rakyat Dan Pemerintah semuanya...dan senyuman anak cucu...balasan perjuangan kanda , perjuangan dinda dan perjuangan kanda Ki Mada...tak gitu dinda Laksamana Mas....????hihihi
      March 25 at 11:20am ·  · 1

    • Laksamana Mas Iye,..semoga perjuangan ini diridhoi olehNya,..amin. kanda coba tengok blogku, ada Cinta Kanda di sana, hihihi

    • Rabeah Mohd Ali Aamin .Apa nama blognya hihihihi
      March 25 at 11:56am ·  · 1

    • Laksamana Mas eh, maksudku ,..aku bikin stats di dinding ku,.hihihi

    • Rabeah Mohd Ali hihihi wah...dah pandai bikin puisi ye...hihihihi
      March 25 at 12:00pm ·  · 1

    • Laksamana Mas Hihihi puisi ku nanti banyak bikin para putri jatuh hati,..kan aku jadi repot nanti pilih yang mana,..hihihi

    • Rabeah Mohd Ali Takdir Cinta Adalah KepunyaanNya
      Bisa ngerti nggak? hihihi
      Justru cinta dan jatuh cintalah asalkan sama-sama ngerti Takdir Cinta Adalah KepunyaanNya
      Dan takkan ada kecewa di kecewai
      hihihi
      March 25 at 12:05pm ·  · 1

    • Laksamana Mas Iye, aku mengerti, baiklah akan kubuat puisi untuk mu,..
      March 25 at 12:14pm ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Baiklah kutunggu puisimu...tapi bagi pihak Ki Mada Si Burung Rontok tu ke ...hihihi.
      March 25 at 12:15pm ·  · 1

    • Laksamana Mas Komenlah di status ku,...puisi itu kuhadiahkan kepada mu, hihihihi

    • TAKDIR CINTA TIADA SIAPA YANG TAHU

      Andai takdir cinta kepunyaanNya
      ditakdirkan untuk kita berdua
      aku pasrah dan redho

      perjuanganku perjuanganmu sama kita realisasikan
      perjuangan yang telah lama
      kau dan aku dambakan
      cinta kita cinta bermatlamat
      cinta demi perjuangan
      cinta demi cita-cita
      cintaku cintamu mendambakan redhoNya

      Tapi...
      Andai takdir cinta kepunyaanNya
      bukan milik kita
      jangan putuskan perjuangan ini
      kita tetap sama meneruskan perjuangan yang didambakan
      tidak akan rasa kecewa
      redho seredhoNya
      kita tidak ditakdirkan untuk cinta memiliki
      kita ditakdirkan sama merealisasikan impian perjuangan
      makanya aku , dia dan kau sama saling berkorban
      meneruskan perjuangan suci...

      cinta kita cinta bermatlamat
      bukan untuk kepentingan sendiri
      cinta demiNya demi anak cucu

      Semua orang berhak bercinta
      Cinta tak semestinya memiliki
      Takdir Cinta adalah kepunyaanNya
      Kerna takdir cinta kepunyaanNya tiada siapa yang tahu.

      Karya Ratu Rimba Niagara
      25 Mac 2012
      March 25 at 1:40pm ·  · 1

    • Laksamana Mas Walau hanya Jiwang-jiwang,..tapi bolehlah untuk berbagi semangat perjuangan,..kerna ada yang lebih memerlukan kita dari pada keinginan pribadi,...

    • Ramlee Wahab Terrasa kejujuran yg diungkapkan...saya suka!
      9 minutes ago ·  · 1

    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menghayati nukilan rasa hamba...inilah dunia hamba dunia sastera...setiap apa yang diungkapkan adalah sasteraku duniaku.
      about a minute ago ·

      (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
      5 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;