Tuesday, 4 September 2012

SEGALANYA UNTUK ORANG SASTERA DAN PENULIS MUDA


    • PENGUMUMAN SASTERA: Malam ini ada kejutan di kemuncak SMS bertemakan Perempuan/Gadis/Dara/Hawa/Wanita (Bah.2) atau sejenisnya...silakan bersama DeejayRamz.
      Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) jam 10.00mlm~12.00mlm ini membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, dsb.
      Sila hantar karya anda melalui mesej www.Facebook.com sekarang.
      Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
      1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
      2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
      2. Sasterawan Negara Dato.Kemala
      3. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
      4. Djazlam Zainal(Kritikawan)
      5. Siti Zainon Zainon Ismail(Penyair)
      6. Khadijah Hashim(Penulis)
      7. Cikgu Mohamad Musip(IPGM)
      8. Rohaty Majzub(Prof - UKM/Univ.Michigan)
      9. Sabahuddin Senin(Penyair-Univ.of NSW Australia)
      10. Tenas Affendy(S/u II Lembaga Balai Adat Riau)
      11. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
      12. Penyair Asia & Eropah
      13. Penulis/Pengkarya Facebook, dll
      Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
      1. Kelab Jiwa Lara
      2. Sykt. Legasi Oak Heart
      3. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)
      4. Grup Karyawan Luar Negara
      Nota: Kpd Admin Kelab & Blog yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email: www.facebook.com. atau www.sasteradjmyfm@gmail.com.
      Dapatkan kemudahan menyiarkan karya-karya ahli & pengiklanan aktiviti kelab/persatuan, syarikat, dll. 'Kepuasan Anda Keutamaan Kami'.
      Utk ikuti siaran sila layari http://djmyfmonline.blogspot.com/
       ·  · 8 hours ago
      • You like this.
        • Rabeah Mohd Ali Moga mendapat sambutan daripada pendengar seluruh Rumpun Melayu Nusantara. Teruskan perjuanganmu DJ Ramlee Wahab.
          about an hour ago ·  · 1
        • Ramlee Wahab Segalanya adalah utk orang sastera dan penulis muda yg tiada tempat utk siarkan karya lebih-lebih lagi nak keudarakan dlm radio RTM, akhbar tempatan, dll...maka saya ambil inisiatif utk bantu layan perasaan mereka...marilah bersama-sama menjayakan hasrat murni ini utk dunia seni sastera tanahair...!
          about an hour ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali SYAIR PENGEMBARA BAHASA

          Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
          Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
          Bijak berkata indah berbahasa,
          Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.

          Sudah bertahun dia mengembara,
          Serata dunia memperkenalkan bahasa;
          Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
          Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

          Ilmu dicurah tak pernah jemu,
          Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
          Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
          Di mana berada Tuhan bersamamu.

          Penat dan lelah tidak dihiraukan,
          Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
          Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan,
          Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

          Pelajarmu ramai di serata dunia,
          Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
          Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
          Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

          Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
          Warga dunia mengenal juga negaramu;
          Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
          Mereka melancong ke negaramu.

          Datang mereka disambut gembira,
          Disambut dengan sejambak bahasa;
          Bahasa cinta memukau jiwa,
          Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

          Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
          Begitu fasih indah tutur kata;
          Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
          Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

          Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
          Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
          Datang melancong ke Malaysia ini,
          Jatuh cinta berbangga mempelajari.

          Ilmu dituntut rasa dibanggai,
          Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
          Akan diungkap apabila sampai di sini,
          Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

          Indah sungguh Bahasa Melayuku,
          Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
          Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
          Siapa mendengar pasti tak jemu.

          Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
          Ilmu dicurah di serata dunia;
          Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
          Berbangga rakyat Malaysia tidak terkata.

          Budi bahasa indah penenang jiwa,
          Mengungkap kata sepenuh rasa;
          Terpukau mereka keindahan Malaysia,
          Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

          Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
          Keindahan alam mereka terpukau;
          Menjadi realiti di luar jangkau,
          Indah berbahasa mereka terpaku.

          Terpaku mereka keindahan Malaysia,
          Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
          Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
          Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

          Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
          Datang ke sini berbahasa Melayu;
          Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
          Ramai yang mendengar rasa terpukau.

          Penat lelahmu terbalas sudah,
          Namun hatimu tak pernah bermegah;
          Kau seorang berhati tabah,
          Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

          Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
          Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
          Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
          Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

          Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
          Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
          Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
          Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

          Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
          Tidak kira siapa pun mereka;
          Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
          Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

          Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
          Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
          Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
          Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

          Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
          Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
          Bila berbahasa penuh bangga,
          Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

          Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
          Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
          Moga matlamat kalian akan berjaya,
          Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

          Bahasa kita warisan kita,
          Warisan Seni yang perlu dibangga;
          Marilah kita membudayakannya,
          Pewaris kita turut berbangga.

          Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
          Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
          Moga gembira dan sentiasa bahagia,
          Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

          Karya: Ratu Rimba Niagara
          4 Sept 2012
          (DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGAN HAMBA PENGARAH DBP MOGA SUKSES SELALU DENGAN PERJUANGANMU MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN)
          56 minutes ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Jikalah ramai DJ seperti DJ Ramlee Wahab...Insya-Allah dunia sastera tak mati malah diminati ramai..Insya-Allah Aamiin.
          46 minutes ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MEMBACA KARYA PN & WALL RATU RIMBA NIAGARA)
    4 September 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;