Bunga mawar jangan di bungkus
Kalau di bungkus hilang serinya
Punya kasih jangan lah di putus
Kalau putus sedih lah hati nya...♥
By : Bonda Seri
~~~2 September 2012~~
—
harum mewangi mawar setangkai
buat hiasan sanggul si puteri
hati nan kasih usah di pertikai
sudah habis lafaz untuk berperi
By: Asmah Sudin
sejambak mawar di atas meja
semerbak harum aroma bunga
punya kekasih ditatang sentiasa
sumpah setia membawa bahagia
semerbak harum aroma bunga
punya kekasih ditatang sentiasa
sumpah setia membawa bahagia
By: Tun Teja Pahang
·Bunga kasih tak akan terbungkus,
Kerana serinya tidak terhingga;
Cinta dan rindu bergugus-gugus,
Bagaikan kelopak mawar cinta di Syurga.
Cinta dan rindu bergugus-gugus,
Bagaikan kelopak mawar cinta di Syurga.
By: Ratu Rimba Niagara
Indah dan menarik bunga mawar,
hiasan cantik seorang wanita;
putus kasih cari penawar,
putusan harapan merana jiwa.
By: Bintang Kejora
Rose Rusmah Said ♥
Bunga mawar jangan di bungkus
Kalau di bungkus hilang serinya
Kalau tak kasih biar lah putus
Sudah putus cari saja penganti nya...♥
Julie Webb Bunga Mawar di-atas kain,
sesanbaroleh burung helang' memang bpleh cari yg lain,
tapt Dek takkan sama yg telah hilang23 hours ago · · 1
Bonda Seri Tiang sena kayu meranti
Gaharu ada ditasik cini
Yang lama sentiasa dihati
Yang baru sentiasa dikasihi ..sis Julie Webb..
Ratu rimba Niagara
Ku tadahkan kasih di tapak tangan.
Ku cumalah rindu bayangan mu yang sepi;
Tiada dayaku mempertahankan,
Cintamu yang rapuh kukesali.20 hours ago · · 1
Manja Zulhanie
Bonda seri pakar berpantun,
susunan ayat begitu rapi,
salam rindu dah bertahun,
tak ke nak jumpa wahai bonda seri
Ratu Rimba Niagara:
Mardiah apa kabarmu,
maaf zahir bathin;
kurindukanmu...
rasa rinduku dalam baraan rinduan. 19 hours ago · · 1
KUTABUR CINTAMU DALAM HATIKU
Ratu Rimba Niagara:
Mardiah apa kabarmu ...maaf zahir bathin...kurindukanmu...rasa rinduku dalam baraan rinduan.
Mardiah Hj Karim:
Salam buat Ratu Rimba Niagara.selamat pagi...
Alhamdulillah baik adanya saya disini..terima kasih masih mengingati dan merindui dirii ini..
rindu yang tiada berpenghujung..miss u too..
Bonda Seri:
Ku petik mawar merah...
Ku lerai kelopak nan indah..
Ku tabur dalam kolam deriaku..
Ada rasa harum menguntum
Ada cinta rindu menunggu
Buat mandian jiwa terlara
Buat merawat panas berbisa
Ratu Rimba Niagara:
Kutabur cintamu dalam hatiku
Kelopak mawar cintamu mewangi di hatiku;
Maafkan aku duhai temanku,
Bayangan rindumu mencengkam jiwaku.
Duhai Mardiah kusayang,
Mahukah kau bergabung denganku;
Kita bina grup kasih sayang,
Berkasih sayang setulus hatimu hatiku.
Kita jadikan grup itu,
Taman-taman Syurga;
Seolah-olah di Syuga kita bertemu.
Pasti bahasanya bak penghuni Syurga.
Tentu indah grup kita itu,
Tiada yang cemburui kita;
Semuanya berkasih sayang mohon Restu,
Restu dari Ilahi atas pertemanan kita.
Sepimu sepiku,
Rinduku rindumu;
Semua rakan dunia akhiratku,
Mahu sehidup semati bersamamu.
Sudah lama kuingin mencari teman,
Teman sehati sejiwa senada seirama;
Deritamu deritaku duhai teman,
Airmatamu airmataku berirama bersama.
Duhai bonda seri yang budiman,
Terima kasih kepadamu;
Kasihku putus kau tautkan,
Mardiah maafkan ketidaksempurnaan imanku.
Jika Allah beri aku peluang,
Ingin kutebus segala kekhilafan;
Pada sahabatku yang ku sayang,
Berjauhan dengannya rinduku tak tertahan.
Aduhai bonda Seri
Aduhai Mardiah
Jika kesudianmu
Kita bertiga jadi Admin
Grup ,
OMBAK BERLAGU RINDU
TAUTAN KASIH RINDUKAN SYURGA
RINDUKU RINDUMU
EMBUNAN KASIH SYURGA
Ataupun kalian ada idea selain dari
di atas...aku setuju aje...
Kalau kalian keberatan dengan ideaku ini...
tak apa kufaham. ...kerana ini cumalah sekadar ideaku saja.
Apapun kusayang kamu demi-Nya.
Tulus ikhlas daripada sahabatmu di Rimba Niagara Ratu Rimba Niagara
3 September 2012
0 comments:
Post a Comment