Thursday, 6 September 2012

AMALAN SOLEH TIKA HIDUP DIBALAS-NYA


    • PINTU TAUBAT SUDAH TERTUTUP UNTUKKU
      PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA UNTUKMU

      Duhai kawan
      Beruntunglah kamu
      Kamu masih hidup
      Masih boleh
      Mengumpulkan
      Sebanyak-banyaknya amalan
      Tidak sepertiku
      Masaku sudah tamat
      Aku sudah tidak boleh beramal lagi
      Matiku dalam penyesalan kawan
      Penyesalan tak tertebus!
      Pintu taubat telah tertutup untukku
      Hendak menyebut kalimah Allah biarpun sekali
      Tak dapat kawan
      Lidahku kelu dikelukan
      Tempuhku sudah ditamat tempuhkan
      Dulu masa aku hidup
      Aku cakap yang sia-sia
      Cakap suka
      Mengumpat mengeji orang
      Mencabar Allah
      Aku rela masuk neraka
      Aku mahu rasa seksa kubur
      Kerana kesombongan aku dalam berkata-kata
      Kini aku rasakan apa yang hendak aku rasakan
      Sakit kawan...sakit sangat-sangat
      Kerana terlalulah sakit aku tak dapat ceritakan
      Barulah aku tahu kerana ketika di dunia aku tak
      Pernah merasa sakit sebab itu aku cakap besar kawan

      Ketika nyawa aku dicabut dari jasad
      Dari jauh lagi malaikat maut
      Dengan mukanya yang bengis
      Dan wajahnya amat menakutkan sekali
      Baunya tak boleh tahan
      Aku menjerit semahunya meminta tolong
      Tapi seorang pun tak pedulikan aku
      Yang sedang bergelut dengan maut
      Amat dahsyat sakitnya
      Tika roh keluar dari jasadku

      Ketika rohku di angkat ke langit
      Oleh malaikat untuk bertemu Tuhan
      Tak sampai ke langit ke tujuh
      Tuhan tak sudi bertemu denganku
      Kerana tika di dunia
      Aku tak pernah hendak menyembah-Nya
      Apa tah lagi hendak menyebut-nyebut nama-Nya
      Amat berat sekali
      Sekarang menyesal pun tak guna
      Menangis air mata darah pun tak guna
      Memang patut pun Tuhan tak mahu bertemuku
      Kerana tika di dunia aku tak mahu bertemu Tuhan
      Sekarang padan denganku
      Aku merasai akan segala azab sengsara neraka

      Masa hidup
      Aku tak percaya alam barzah
      Tak percaya akhirat
      Yang lebih teruk lagi
      Aku tak percaya Tuhan
      Sekarang bilamana aku sudah masuk
      Ke alam barzah baru aku percaya
      Tapi sudah terlambat kawan
      Nasi sudah menjadi bubur

      Bukan aku tidak pernah dinasihatkan oleh
      Kawanku mengatakan
      Tika hidup kita beramal soleh
      Adatlah penat
      Semua kerja penat
      Mana ada kerja yang tak penat
      Nak tahu tak penat
      Tika di alam barzah
      Bersenang lenang
      Amalan soleh tika hidup dibalas-Nya
      Tidur di dunia tidaklah selazat tidur di alam barzah
      Seperti tidur di Taman-Taman Syurga
      Tempat berehat yang abadi di Taman-Taman Syurga
      Itu semua aku tak percaya bilamana kawanku katakan padaku
      Ketika aku hidup dulu

      Menyesal....menyesal....menyesal....
      Terlambat...terlambat...terlambat....

      Makanya kawan
      Dari apa yang aku ceritakan ini...
      Ambillah iktibar dari penyesalanku ini
      Jangan jadi seperti aku
      Pintu taubat sudah tertutup untukku
      Pintu taubat masih terbuka untukmu
      Maka berlumba-lumbalah mengumpul
      Amalan demi menghadapi alam barzahmu kawan
      Keseorangan tiada berteman
      Yang ada cuma amalan sebagai peneman setiamu kawan

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      6 Sept 2012
       ·  · 23 hours ago
    (PETIKAN DARIPADA WALL  GRUP MAJLIS PANGKUAN DIRAJA KESULTANAN MELAYU ISLAM NUSANTARA)
    7 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;