PENGUMUMAN SASTERA: Malam ini ada kejutan di kemuncak SMS bertemakan 'Bahasa & Sastera Melayu'; Memartabat dan Melestarikannya di bumi Malaysia...silakan bersama DeejayRamz.
*Tampilan Istimewa Puisi Berjudul: OGONSHOTO...! (Dengan izin dpd SN Dato Anwar Ridhuan)
Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) jam 12.00mlm~03.00pgi ini membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, kritikan sastera dsb.Sila hantar karya anda melalui mesej www.Facebook.comsekarang...sebelum jam 9.00mlm.
Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)
2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
3. Sasterawan Negara Dato.Dr.Ahmad Kamal Abdullah(Kemala)
4. Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhuan
5. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
6. Djazlam Zainal(Kritikawan)
7. Siti Zainon Zainon Ismail(Penyair)
8. Khadijah Hashim(Penulis)
9. Cikgu Mohamad Musip(IPG-Melaka)
10. Rohaty Majzub(Prof - UKM/Univ.Michigan)
11. Sabahuddin Senin(Penyair-Univ.of NSW Australia)
12. Tn.Hj Shapiai Mohd Ramli(Penyair)
13. Tenas Affendy(S/u II Lembaga Balai Adat Riau)
14. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
15. Penyair Asia & Eropah
16. Penulis/Pengkarya Facebook, dll
Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
1. Kelab Jiwa Lara
2. Sykt. Legasi Oak Heart
3. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)
4. Grup Karyawan Luar Negara
Nota: Kpd Admin Kelab & Blog yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email: www.facebook.com. atau www.sasteradjmyfm@gmail.com.
Dapatkan kemudahan menyiarkan karya-karya ahli & pengiklanan aktiviti kelab/persatuan, syarikat, dll. 'Kepuasan Anda Keutamaan Kami'.
Utk ikuti siaran sila layari http://djmyfmonline.blogspot.com/ DI BUKU ANTOLOGI 5 NEGARA KAMI BERPUISI
Tersebutlah kisah sahabat sasteraku,
Haji Domeng pembaca setia karyaku;
Terima kasih kerana sudi baca sasteraku,Karyamu minatku karyaku duniaku.
Haji Domeng sasterawan Brunei,
Terkenal di seluruh Brunei,
Menulis membela rakyat Brunei,
Mendapat pengiktirafan Sultan Brunei.
Karyanya amat kuminati,
Bahasanya puitis indah sekali;
Kubaca dan kuamati,
Penuh mesej banyak sekali.
Rakyat Brunei menghargainya,
Kerana dia pembela rakyat Brunei,
Melalui penulisan menaburkan baktinya,
Bersyukur semuanya rakyat Brunei.
Penulisannya dari rakyat untuk rakyat,
Demi kesejahteraan Brunei Darussalam;
Brunei maju untuk kepentingan rakyat,
Lambang kecemerlangan Brunei Darussalam.
Haji Domeng sudah lama berkarya,
Menulis sejak di usia remaja;
Minatnya suka berkarya,
Dunia sastera dunia yang dipuja.
Biarpun sudah menempa nama,
Tapi masih merendah diri;
Menulis bukan kerana nama,
Jauh sekali membangga diri.
Kucuma mengenalinya di alam maya,
Tanpa suara tapi hati berbicara;
Karyaku karyanya bersiaran di alam maya,
Karyaku karyanya wakil hati berbicara.
Terima kasih Tuan Haji Domeng,
Kuhargai persahabatan di alam maya;
Makanya kukarangkan pantun tanda sayang,
Kutunggu karya puitismu di alam maya.
Setiap rakan sasteraku adalah permata,
Puisi-puisinya kubingkaikan di kalbu;
Menjadi jambangan karya penyejuk mata,
Memberi sinaran di hati yang kelabu.
Karyaku duniaku,
Karya rakanku minatku;
Semuanya inspirasiku,
Berkaryalah aku semahuku.
Kusuka baca puisi rakanku,
Lagi kubaca terlalu sukaku;
Kubalas puisi rakanku,
Kugandingkan puisinya puisiku.
Gandingan puisi indah sekali,
Dibaca dihayati bersama;
Bahasa berbeda puitis sekali,
Gandingan mantap diminati bersama.
Malaysia Indonesia Brunei Singapura,
Semuanya rakan puisiku yang disanjungi;
Perjuangan berkarya sentiasa membara,
Di buku antologi 5 negara kami berpuisi.
Tamatlah sudah aku berpantun,
Kukarangkan istimewa untuk rakan;
Kukirimkan salam penuh santun,
Salah bicara maafkan daku duhai rakan.
Karya Ratu Rimba Niagara
5 September 2012GURINDAM PUISI QALBU UNTUK KANDA
Salam puisi untuk kanda
Terima kasih karena sudi memahami apa yang tersirat di hati dinda
Lukanya terlalu parah dalam cinta puisi terlukaHingga kini lukanya masih sukar untuk diobati
Selagi dinda ingati selagi itulah airmata mengalir deras
Mujurlah ada penghuni rimba yang setia
Selalu memujuk dinda pabila dinda menangis hiba...
Kenapa manusia begitu kanda?
Setelah diberi hati dikecewakan
Kenapa tak seperti Putera Duyung
Sanggup memberi hati pada Mas Merah ...
Manusia yang tidak pernah dikenalinya
Alam yang berbeda tapi masih punya hati ehsan
Kenapa manusia tak begitu kanda?
Kenapa mesti ada cemburu dan sakit hati kanda?
Memikirkan hal ini
Dinda rindukan suasana duyung lautan
Yang hidup saling
Hormat menghormati
Berkoban ...biarpun nyawa jadi taruhan
Demi mempertahankan sebuah kasih sayang nan suci murni
Alangkah bahagianya jika hidup ini
Penuh dengan kasih sayang yang bersih
Jiwa raga
Tiada niat lain selain niat yang membahagiakan
Roh dan jasad
Berkasih sayang selari dengan Cinta Ilahi
Setiap kali dinda pergi
Ke pantai cinta ombak rindu
Dinda selalu membayangkan putera duyung
Menjelma dengan senyumannya yang berbunga pelangi cinta
Menjemput dinda ke istana lautannya
Dan dinda dilayan seperti Tuan Puteri oleh semua penghuni
Lautan....Penghuni lautan ...menyayangi dinda ....
Dinda rasakan inilah dunia yang dinda dambakan...
Ah! Itu cuma dunia illusi dinda saja tak akan jadi kenyataan!
Tapi kehadiran mu kanda dalam hidup dinda
Seolah sinar kebahagiaan pelangi cinta suci kerana-Nya
Mula bertapak di hati...
Mula keyakinan bunga-bunga Cinta Syurga
Mewarnai cinta yang damai mendamai
Yang indah mengindahkan suasana cinta bagaikan di alam Syurga
Bahasa yang dituturkan nan indah tanpa ada hati terluka dilukai
Percayalah kanda ...
Cinta itu indah
Bahasa puisi itu indah
Kerana bahasa puisi adalah bahasa qalbu
Bahasa qalbu datang dari Tuhan
Makanya berjanjilah pada dinda
Kanda akan selalu bertutur dalam bahasa puisi qalbu
Jiwa kanda sesuci bahasa puisi qalbu
Kanda...
Dinda bukanlah insan yang sempurna baik
Tapi tak salahkan jika dinda ingin menjadi hamba-Nya yang baik
Karena Allah Azzawajallah suka yang baik-baik
Makanya marilah kita bersama
Berkata yang baik-baik
Berpuisi nan indah-indah
Seindah pelangi di malam hari
Seindah bunga sakura
Seindah bunga Cinta Syurga
Indah....indah...indah....terlalu indah!
Indah-Nya Hanya Allah Taala saja yang tahu
Kanda....
Mulai saat ini dan detik ini
Kita sama-sama berjanji
Untuk menjadi hamba-Nya yang baik
Berpuisi nan indah-indah
Puisi qalbu yang ada nilaian di Sisi-Nya
Insya-Allah Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Sept 2012PENGUMUMAN SASTERA: Malam ini ada kejutan di kemuncak SMS bertemakan Perempuan/Gadis/Dara/Hawa/
Wanita (Bah.2) atau sejenisnya...silakan bersama DeejayRamz.
Deejay Ramz akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara(SMS) jam 10.00mlm~12.00mlm ini membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak, puisi, pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, dsb.
Sila hantar karya anda melalui mesej www.Facebook.com sekarang.
Tampilan khas dari masa kesemasa karya:
1. Pro.Dr.Hj Awang Sariyan (Ketua Pengarah DBP)2. Datuk A.Aziz Deraman (Mantan Pengarah DBP)
2. Sasterawan Negara Dato.Kemala
3. AGI(Tri-V)-(Penyair/Pensyarah UITM)
4. Djazlam Zainal(Kritikawan)
5. Siti Zainon Zainon Ismail(Penyair)
6. Khadijah Hashim(Penulis)
7. Cikgu Mohamad Musip(IPGM)
8. Rohaty Majzub(Prof - UKM/Univ.Michigan)
9. Sabahuddin Senin(Penyair-Univ.of NSW Australia)
10. Tenas Affendy(S/u II Lembaga Balai Adat Riau)
11. Penyair Nusantara-Brunei, Indonesia & Singapura
12. Penyair Asia & Eropah
13. Penulis/Pengkarya Facebook, dll
Radio Rasmi bagi penulis/pengkarya:
1. Kelab Jiwa Lara
2. Sykt. Legasi Oak Heart
3. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)
4. Grup Karyawan Luar Negara
Nota: Kpd Admin Kelab & Blog yg berhasrat menjadikan kami sebagai Radio Rasmi, sila hubungi saya melalui Email: www.facebook.com. atau www.sasteradjmyfm@gmail.com.
Dapatkan kemudahan menyiarkan karya-karya ahli & pengiklanan aktiviti kelab/persatuan, syarikat, dll. 'Kepuasan Anda Keutamaan Kami'.
Utk ikuti siaran sila layari http://djmyfmonline.blogspot.com/ - IKATAN KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Dua orang sahabat sehati sejiwa;
Biarpun terpisah antara dua benua,Selalu merindui di antara mereka berdua.
Mereka berdua bak merpati sejoli,
Terbang tinggi di angkasa raya;
Berhujan berpanas mereka tak peduli,
Kerana mereka sudah saling percaya.
Mereka mempunyai minat yang sama,
Suka bersyair suka berlagu puisi;
Bila berpantun ketawa bersama,
Hilai ketawa hingga nampak gusi.
Hari-hari mereka berkomunikasi,
Berkomunikasi di alam maya;
Cerita mereka tak pernah basi,
Komunikasi mereka selalu bermaya.
Berbual mereka menjadi-jadi,
Hingga tak hirau kerja menanti;
Kalau tak dilayan merajuk menjadi-jadi,
Justeru sidia mengalah mengambil hati.
Apa nak buat hati dah suka,
Berkawan denganmu tak jemu-jemu;
Mendengar syairmu hatiku suka,
Lagi didengar rasa tak jemu-jemu.
Kau berpuisi aku bersyair,
Berbalas-balas bermadah pujangga;
Kata-kata tersusun indah pabila bersyair,
Indahnya dunia kita dunia pujangga.
Setiap hari kutunggu syair gurindammu,
Tanpamu hidupku sepi;
Kumenantimu tak jemu-jemu,
Kasih dan sayangku padamu tak bertepi.
Duhai teman...usahlah bimbang usahlah ragu,
Kita sehati sejiwa selamanya;
Mengikat kasih dalam restu,
Agar diRedhai hidup dan mati buat selamaNya.
Kasih sayangmu aku hargai,
Akan terpatri di hati ini;
Kau yang sentiasa kucintai,
Ikatan ini sudah tercatat sejak Azali.
Karya Ratu Rimba Niagara
4 Sept 2012 - YA ALLAH KAMI YAKIN SEYAKIN YAKIN-NYA
Ya Allah
Mati itu pasti
Seksa kubur itu pastiAlam barzah itu pasti
Alam akhirat itu pasti
Siratul mustaaqim itu pasti
Syurga itu wujud
Neraka itu wujud
Semuanya benar tiada yang tak benar melainkan benar
Semuanya kami yakin
Yakin seyakin yakinnya
Maka terimalah taubatku
Terimalah amalanku
Agar aku
Mati dalam keadaan tenang
Dihindari seksa kubur
Menempuhi alam akhirat yang bahagia selamanya
Meniti siratul mustaqim dengan mudah tanpa azab sengsara
Masuk ke Syurga bersama-sama dengan hamba-Mu
Yang terselamat daripada segala azab sengsara neraka.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
BERKATNYA TALI SILATURRAHIM YANG MAHU
KE JALAN-JALAN KETUHANAN
IKATAN UKHUWAH PERSAHABATAN DI DUNIA DIPATRIKAN HINGGA KE SYURGA INSYA-ALLAH AAMIIN.
MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Doa setulus ikhlas untuk semua rakan fbku , rakan grupku dan semua pembaca setia karyaku di alam maya.
Moga Allah Azzawajallah makbulkan . Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
4 Sept 2012
MAAF SAMPAI KAPANPUN!
Dalam kita berpuisi dan melahirkan isi hati tanpa kita tahu kita telah menguriskan hati kawan-kawan kita...
Itulah yang mahu aku jauhi ...aku insan yang tak sempurna...makanya aku hulurkan sepuluh jari di angin lalu memohon maaf pada semua yang mengenali karya-karyaku di sini dan rakan ku. Maafkanlah aku ye teman-teman....kemaafan dari kalian adalah lebih berharga dari alam dan seisinya.
Jika ditakdirkan aku dipanggil Ilahi barulah aku boleh meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman bersama dengan karya-karyaku.
KEMAAFAN DIPOHONKAN OLEH:
RATU RIMBA NIAGARA KEPADA SEMUA RAKAN GRUP & FB & SEMUA PEMBACA ALAM MAYA YANG MEMBACA KARYANYA...MAAF DILAFAZKAN SAMPAI KAPAN PUN!
4 Sept 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
4 Sept 2012 BERITA: PERADUAN MENULIS SAJAK DJMYFMONLINE RADIO
1. Syarat-syarat Peraduan:
1.1 Karya mestilah asli dan bukan ciplakan atau cuplikan
1.2 Karya mestilah yang belum tersiar di mana-mana media
1.3 Karya mestilah tidak melebihi satu (1) muka kertas saiz A4
...See More- JANJI ALLAH PASTI
Apalah arti kesetiaan jika dibisukan dalam sepi
dulu bilang setia...
mahu sentiasa setia denganku...tapi kini terus disepikan
aku kehilangan teman yang dulu
ceria berpelangi cinta
sekarang yang kutemui teman
yang selalu mengeluh kesah
tentang sepi
tentang cinta
tentang ketidakadilan takdir cinta
kerana masalah itukah
bikin kau sepikan aku ?
kau tidak lagi menyokong kerjayaku
kau tidak lagi memberi kata-kata perangsang padaku
kau yang janji hendak menjadi pengganti
tempat si kunta si kunte
mula-mula aku percaya
tapi sejak kebelakangan ini kau terus sepikan aku
aku sedih ...
setega itu kau pada ku
kerana aku sudah terbiasa dengan situasi ini
makanya aku diam dalam deraan hati terluka
jika lukaku kian membarah...
maafkan aku ...
aku terpaksa lupakan
penantian kesetiaan mu yang membosankan aku
tapi janji jangan marahkan
pada pengakuan ikhlas ku ini ye...
janji kalau kau termarah padaku
jangan lama-lama nanti kurindu
kerana tak mahu rindukanmu
kularutkan rinduku di ombak sepi tapi masih rindu
rindu seorang sahabat kepada sahabatnya
kerana ikatan ukhuwah tak semudah itu disepikan...
di hati ini moga kau faham kenapa kau menjadi rakanmu
semata mahu meniup suburkan dunia sasteraku
kerana sasteraku nadiku
ku sudi menjadi rakan mu
jangan persiakan kepercayaanku padamu
jika kau sahabat ku yang setia
kau akan faham ....faham...faham..
jika kau tak faham ...kenapa aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu...aku hanya suka rakan ku seperti si kunta si kunte
yang sentiasa memahami duniaku
dan aku memahami duniamu
kerana merasai hidup ini adalah win-win
bukan saja sepikan perasaan kawan
tapi amat memahami perasaan kawan
kesetiaan kejujuran keikhlasan
itulah kawan yang ada di hati ku
sentiasa ceria dan senyum
kerana senyum adalah satu sedekah....
senyum tak perlu apa-apa
jadi muda
rasa muda
sentiasa muda
tiada stres
sentiasa bersangka baik pada Allah
manusia tak menjanjikan apa-apa walau dia berjanji
tapi Allah apabila DIA berjanji pasti dikotakan
JANJI ALLAH PASTI
itulah cinta yang pasti
tak perlu diragui!
jadi jangan dikesahkan dengan janji manusia
janji manusia seperti buih-buih di lautan
nampak nyata kemudian hilang
janji Allah nyata terbukti benar
tak akan melupakan janji-Nya
karna DIA tak pernah tidur
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Sept 2012 - PUISIKU IBADAHKU
Duniaku puisi
hari-hari kukarang puisi
puisi...puisi...puisi...karang...karang...karang...
karang tanpa jemu...tanpa bosan...tanpa penat...
tak jemu ke...tak bosan ke...tak penat ke...
tak....tak....tak...
dari pagi hingga petang....petang ke malam
ku karang puisi
kubaca puisi
siapa yang like
siapa yang komen
aku suka...suka...suka...
lagi mereka like lagi mereka komen
lagi aku bersemangat untuk menulis
bukan aku menulis kerana mereka like atau komen
tapi setidak-tidaknya mereka membaca karyaku
itu pun sudah memadai bagiku
jika aku tiada di dunia ini
karya aku masih ada
di baca ...dan terus dibaca...
dihayati sepenuh jiwa sepenuh hati
datang Nur Hidayah Kasih dari Ilahi
di iman pembaca yang tandus
Syukur Alhamdulillah
itulah matlamatku menulis
memberi kebaikan dunia akhiratku
memberi kebaikan dunia akhirat pembaca karya yang kukasihi
Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada Ilahi
Karyaku adalah lambang kasih sayangku pada sekalian yang hidup
Karyaku tanda aku pernah berhidup di muka bumi ini
Moga dunia puisiku
Sentiasa hidup biarpun aku sudah mati
Makanya sebelum aku mati
Aku mahu menulis yang baik-baik saja
Yang ada Nilaian di Sisi-Nya
Yang menyakitkan hati orang aku tak mahu
Dan minta dijauhkan
Tujuan aku menulis
Adalah meraih kasih sayang Allah
Berbuat baik kepada sekalian manusia
Aku menulis puisi kerana
Puisiku adalah ibadahku
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
3 Sept 2012 BERITA PERADUAN MENULIS SAJAK DJMYFMONLINE RADIO
1. Syarat-syarat Peraduan:
1.1 Karya mestilah asli dan bukan ciplakan atau cuplikan
1.2 Karya mestilah yang belum tersiar di mana-mana media
1.3 Karya mestilah tidak melebihi satu (1) muka kertas saiz A41.4 Karya mestilah dihantar sebanyak 4 buah untuk setiap peserta
1.5 Karya mestilah menepati piawaian asas genre sastera sajak
1.6 Karya mestilah mematuhi tema yang telah ditetapkan
1.7 Karya mestilah menjadi hakmilik: djmyfmonline.blogspot.com
1.8 Karya mestilah tertakluk kepada ahli berdaftar di Facebook.com
2. Tema yang ditetapkan seperti berikut:
2.1 Patriotisme / Nasionalisme
2.2 Kemanusiaan Sejagat
2.3 Percintaan Insan
2.4 Keagamaan
3. Sila alamatkan karya kepada Email: sasteradjmyfm@gmail.com sebelum
tarikh: Ahad 14/10/2012. Penyertaan lewat akan ditolak.
4. 10 orang pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah istimewa dalam
sebarang bentuk sesuai tajaan Pusat Bahasa Perpaduan, Batu Pahat,
Johor.Seorang hanya layak menerima satu(1) hadiah sahaja.
5. Setiap hasil karya berhak diterbitkan dalam bentuk buku/antologi oleh
pihak penganjur: djmyfmonline.blogspot.com
6. Sebarang syarat berkaitan peraduan ini boleh diubah pada bila-bila masa
mengikut kesesuaian keadaan.
7. Keputusan pengadil & penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan
tidak akan dilayan.
Radio Rasmi beralamat dihttp://djmyfmonline.blogspot.com/ Deejay Ramz(Nakhoda) akan keudara dalam segmen Sastera Muzika Senusantara jam 10.00 malam ini (Ahad:02/09/2012) membaca karya sastera penulis amatur & tersohor Malaysia; sajak,puisi,pantun, syair, gurindam, seloka, sketsa, madah pujangga, dsb. Sila hantar karya anda melalui mesej FB sekarang.
Radio Rasmi bagi:
1. Kelab Jiwa Lara
2. Kelab Legasi Oak Heart
3. Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA)4. Grup Karyawan Luar Negara
Nota: Kpd Admin Kelab & Blog yg berhasrat menjadikan kami sebagai
Radio Rasmi, sila hubungi saya merlalui: www.facebook.com. Dapatkan
kemudahan menyiarkan karya-karya ahli & pengiklanan aktiviti kelab/
persatuan, dll.
http://djmyfmonline.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment