Wednesday, 5 September 2012

INDAHNYA KAMU DI SITU KAMI BERPERANG DENGAN WAKTU BERLARI MEREBUT WARNA BIRU HIJAU MERAH DAN UNGGU




  • SANG MENTARI IKUT MENGHANTAR

    indah bagai gelombang ombak dipesisir
    sang mentari ikut menghantar ....
    batu karang pun ikut terkelupas ...

    By: Aay Gmai
    28 Agustus 2012

    INDAHNYA GELOMBANG OMBAK DI PERSISIR

    indah....indah....indah...
    jika dilukiskan di kanvas kalbu cinta
    tentang ombak
    tentang badai
    tentang sang mentari
    tentang batu karang
    tika gelombang di persisir
    tika sang mentari ikut menghantar...
    batu karang pun ikut terkelupas
    dan batu karang itu diheret ombak rindu
    hingga terdampar di persisir pantai
    lalu dipungut Tuan Putri Rimba Niagara
    menjadi sumber inspirasi
    Putri Rimba Niagara berkarya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    28 Ogos 2012

    KARYA AAY GMAI & RATU RIMBA NIAGARA
    28 Ogos 2012
    (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI LOVERS)
    28 Ogos 2012
     ·  · August 28 at 9:17am
    • Fatimah Bt Husin Tim likes this.
      • Fatimah Bt Husin Tim Indahnya kamu di situ,tak mcm kami perperang dgn waktu,balari mengejar nasfu,hanya kerana ingin sesuatu,yg direbut dinilaikan dgn warna biru,hijau,merah dan unggu.
        August 28 at 9:34am ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali WARNA BIRU HIJAU MERAH DAN UNGGU
        SEBAGAI KAIN KAFANKU

        Apalah ada pada warna biru, hijau, merah dan unggu
        andainya warna biru. hijau, merah dan unggu
        berjutaan keping-keping itu dijahit dijadikan kain kafanku
        hingga sesak nafas jenazahku yang tak bernafas itu
        membalut jenazahku tidak habis-habis tiga hari tiga malam
        membalut kain kafan wang kertas biru , hijau, merah dan unggu
        kerana sepanjang aku berhidup itulah matlamatku hingga
        infakpun aku tak mahu, wang mahu dibawa ke kubur dan
        hajatku disampaikan-Nya ...
        tapi jika benarlah jenazahku dibalutkan dengan wang kertas biru,hijau , merah dan unggu...mahu si pembalut kain kafan mengambil kesemua wangku lalu diinfakkan kerana mengasihani aku...itu kalau yang jujur kalau yang tak jujur berulatlah jenazahku tanpa dikebumikan....
        andainya sipembalut kain kafanku membalutkan juga jenazahku dengan wang kertas biru hijau merah dan unggu kerana menuruti amanahku aku yakin tiada siapa mahu mencium jenazahku kerana memandang hina aku kerana sifat tamakku hingga mahu membawa wang hingga ke kubur sama tapi yang aku pelik kenapa masa aku hidup mereka begitu sanjungi aku dan sayangi aku kerana aku jutawan kaya raya ...dan merekalah pengikut setiaku yang setia tapi bila aku dah mati mereka terus mencemikkan muka padaku semacamlah aku ini menjijikkan pada mereka ....pelik...pelik...tubuhku yang berkain kafankan jutaaan wang ringgit tidak pun mereka pandang sebelah mata....
        Bertambah pelik lagi belum sempat seminit jenazahkan di kebumikan si penyangak-penyangak membuka balutan kain kafanku sehingga sekepingpun tak tinggal di balutan jenazahku...hinggakan jenazahku tanpa ditutupi apa-apa dengan Kuasa Allah jenazahku berkain kafan juga tapi masih lagi berbalut wang kertas biru, hijau, merah dan unggu tapi amat busuk dan menjijikkan aku dan panasnya meruap-ruap hingga berasap-asap dengan membakar seluruh tubuhku hinggakan aku menjerit-jerit kesakitan tanpa suara...
        "Rasakan dengan azab yang pedih pada harta yang kau tamakkan semasa di dunia dulu...kau tak percaya tentang azab Allah SWT...rasakan...rasakan...kerana sifat tamakmu itu rasakan azab sengsara ini!"
        "Aku taubat....Aku taubat...Aku taubat....walau pun wang yang kubawa ke kubur ini telah terbakar hangus bersama jasadku...wang di bank-bank masih banyak lagi tak terkira...izinkan aku infakkan ke jalan Allah sebagai penebus dosaku ini...."
        "Sudah terlambat...peluangmu cuma di dunia saja...sekarang ini rasakan azab ini."

        ALLAHU AKBAR ! SYUKUR ALHAMDULILLAH
        aku masih diberi kesempatan untuk menginfakkan hartaku
        ke jalan-Nya...

        Ya Allah aku perlukan wang kertas biru,hijau, merah dan unggu
        Aku mencari rezeki kerana-Mu
        Untuk meneruskan kehidupan ini ...
        Andainya rezekiku melimpah ruah
        Jangan kau patrikan hatiku dengan sifat tamak haloba
        Bukakan khashaf kedermawan untuk aku menginfakkan hartaku
        Ke jalan-Mu
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        28 Ogos 2012
        10 Syawal 1433H

  • BUKALAH MATA HATIMU DEMI AKHIRATMU

    Duhai hati
    Kau dilahirkan sentiasa suci bersih
    Putihmu seputih hatimu seputih kehendak Tuhan
    Seputih kehendak Tuhan seputih kehendakmu
    Kerana kau mahu menjadi hati putih
    Kerana itu kau lahir ke dunia ini
    Tapi kenapa cuma tika di alam kanak-kanak saja
    Hatimu putih
    Tika kau mula mengenal dunia
    Kau dilalaikan dengan pesona dunia
    Hatimu sudah berjelaga berdebu-debu
    Membuatkan kau menjadi
    Munafik!
    Penipu!
    Sombong!
    Membangga diri!
    Menzalimi!
    Merasakan dirimu yang sempurna orang lain hina di matamu...

    Izinkan ku ketuk dinding hatimu yang kebal itu
    Agar kau berpulang ke pangkal jalan
    Agar hatimu yang berdebu-debu itu
    Putih bersih kembali
    Kerana DIA MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG
    Sentiasa menerima kemaafan hamba-Nya
    DIA MAHA PEMAAF
    SEBANYAK MANA PUN KESALAHANMU PADA-NYA
    DIA MEMAAFKAN
    Jika ada kekhilafan sesama manusia
    Mohon maaflah segera
    Barulah hatimu bersih dengan Tuhan bersih dengan manusia

    'ALLAH TIDAK MENGIRA BERMULANYA KAMU
    ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU'

    Bukalah mata hatimu
    Demi akhiratmu

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    28 Ogos 2012
    10 Syawal 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
    6 Sept 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;