Thursday, 6 September 2012

CAHAYA HATIKU


    • DI DUNIA NYATA DAN DI SYURGA SAKSI CINTA SUCI KITA KERANA-NYA

      Duhai kawan...
      Bilamana kau sudi berkawan denganku
      Ku menangis
      Kerana Allah Kurniakan aku
      Permata dari Syurga
      Allah Kurniakan aku bidadari dari Syurga
      Aku bersyukur atas Kurniaan-Nya itu
      Hidupku seakan berpelangi cinta Syurga
      Tapi bilamana kau sepikan aku
      Seolah hadirku
      Menyakitkan hatimu
      Menyakitkan hati kawan-kawanmu
      Pasti aku terlara dalam rindu
      Aku mohon ehsanmu
      Agar jangan kau sepikan aku
      Jika kau merajuk denganku
      Jangan lama-lama
      Kerana ku terdera rindukanmu
      Nanti jika aku terdera rindu
      Aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu
      Tapi tahukah kau jika aku sepikan mu
      Setiap kali deruan ombak menderu-deru
      Aku pasti menangis
      Kerana kehilanganmu
      Kerana terdera merindukanmu
      Makanya sejujurnya
      Aku tak tega sepikanmu di ombak rindu...
      Biarlah ombak rindu menjadi
      Saksi cinta suci kita kerana-Nya
      Berjanjilah padaku untuk setia padaku
      Seperti setianya ombak pada pantai
      Duhai kawan
      Bila hatiku dah sayang kerana-Nya
      Itulah lafaz dari hatiku
      Yang tak akan kupadam
      Dan kubawa mati
      Insya-Allah
      Kasih sayang itu
      Terpatri hingga ke Syurga
      Mogalah menjadi realiti
      Di dunia nyata dan Di Syurga
      Saksi cinta kita kerana-Nya
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      6 Sept 2012
       ·  ·  · 10 hours ago
      • Pradita Fia likes this.
        • Pradita Fia akupun rindu bunda...... chayakkkkk...
          10 hours ago ·  · 1
        • Rabeah Mohd Ali apalah ada arti rindu ..kejap ada kejap tak ada nanda...sejujurnya bunda mau terbang kepadamu agar bunda tak lagi menantimu di ombak rindu...yang menjemukan moga bunda tidak berputus asa menantimu kerana jika bunda berputus asa bunda akan sepikanmu di ombak rindu bersama dengan kasih dan sayang yang pernah kita bina sejak sekian lama. Membuang kasih dan sayangmu adalah satu hal yang amat bunda takuti kerana jika itu terjadi bunda akan terdera rindu yang tiada penghujungnya makanya nanda jangan padamkan janjimu untuk setia pada bunda hingga ke akhir hayatmu....kerana kasih yang sudah terpatri di dunia ini biarpun cuma di alam maya tidak di alam realiti tapi amat berarti bagi dunia akhirat bunda dan biarlah kasih sayang yang terujud ini kita patrikan hingga ke Syurga.Andainya bunda pergi dulu sebelummu jangan lupa kirimkan sejambak doa tanda kasihmu pada bunda berkat doakan mu nanda tenang bunda di sana Insya-Allah Aamin.Itulah bukti rindu yang tiada penghujungnya nanda.
          9 hours ago · 
        • Pradita Fia CAHAYA HATIKU
          FIAPRADITA, 6 SEP 2012

          Bunda terkasih
          Setiap kalimatmu rindu bergaung dihatiku
          Tetesan airmata pun tak berhenti mengalir
          Andai diri ini mampu terpisah – pisah
          Betapa ingin kurebahkan kepalaku yang lelah
          Dibahumu yang indah
          Karena ku tahu segala resah akan hilang sudah
          Namun diriku tak mampu
          Hingga kembali torehkan luka
          Maafkan daku wahai kekasih pujaan hati
          Hadirmu adalah wujud yang kudamba
          Lukisan kalimatmu selalu kujaga
          Dalam hati yang paling dalam
          Wahai bunda kekasih
          Para pujangga
          Tak usahlah bersedih diri
          Ada maupun tiada kehadiranku
          Pusaka bunda selalu terjaga dalam sanubari
          Keelokan kasih yang indah
          Ketulusan doa yang sahdu
          Kebijakan seorang ibu
          Keceriaan mentari pagi
          Semua ada pada dirimu
          Bila malam kembali datang
          Lihatlah bundaku sayang
          Diriku akan hadir di cahaya bulan yang ke emesan
          Dan lihatlah dua cahaya bintang yang kemilau
          Yang tak pernah bosan turut menjaga
          Kedamaian dihatimu
          Kedamaian dihatiku
          Kedamaian dihati semua insan
          Karena pertemuaan kita selalu
          Dalam pantauan-Nya
          Dan semoga keberadaan kita
          Selalu dalam Ridho-Nya…
          8 hours ago · 
        • KAU BIDADARIKU KIRIMAN TUHAN
          UNTUKKU SYUKURI

          Duhai nanda
          Penawar jiwa terlara
          Di kala datang puting beliung melandaku
          Digulung-gulung dilemparkan ke ombak rindu
          Tampa ehsan
          Aku kelemasan tanpa dibantu
          Raungan derita laraku
          Kau sahut dalam perih pedih hatimu
          Kau merempuhnya
          Tanpa hiraukan keselamatanmu
          Kau selamatkan aku
          Dalam lemasan ombak membadai
          Dalam kelemasan ...aku
          Menyeru nama-Nya
          Tuhan apa salahku
          Kenapa manusia setega itu
          Zalim padaku?
          Sedangkan
          Tujuan aku berhidup
          Di muka bumi ini
          Menyebarkan kasih sayang setulus hati
          Membantu selagi terdaya
          Tapi mereka tetap juga kejam denganku
          Makanya jika hidupku
          Memberi kebaikan pada semua yang dikasihi
          Kau hidupkanlah aku
          Agar aku masih dapat berbakti dengan seikhlas hati
          Jika hidupku menyakitkan hati dan menzalimi insan
          Kau matikanlah aku
          Kerana aku tak mahu hidup menzalimi manusia
          Dengan kematianku boleh membahagiakan mereka
          Matikan aku Ya Allah

          Nanda yang kukasihi dunia akhirat
          Allah masih panjangkan usiaku
          Dalam aku terkapai kapai kelemasan
          Kau merempuh puting beliung
          Yang amat dahsyat itu
          Dan dengan izin Allah
          Kau berjaya selamatkan aku
          Kaulah si pengganti tempat si kunta si kunte
          Memahami tanpa di pinta
          Menyayangi tanpa dipaksa
          Kasihmu kasihku setulus hati
          Tanpa ada muslihat memusnahkan
          Berkata seiring hati
          Bukan mengikut hati

          Bahasa diungkap
          Terlalu indah
          Mendatangkan iman
          Menenangkan jiwa
          Jiwa laraku kau obati
          Dengan doamu seikhlas hati
          Moga Allah merahmati

          Terima kasih nanda
          Hadirmu
          Menyuburkan sumbu pelita hatiku
          Yang malap menunggu masa untuk terpadam
          Kau selalu di hatiku
          Kaulah bidadariku
          Kiriman Tuhan untuk kusyukuri

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          6 September 2012
    (PETIKAN DARIPAA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    6 September 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;