Friday, 7 September 2012

KALAU ADA PENOLAK TAKDIR JAUH UNTUK MENDEKAT KAN KUSAPA DIKAU DENGAN ASSALAMUALAIKUM




Ratu Rimba Niagara updated her profile picture.
Yesterday
 ·  · 
  • Umijeni RajwaBayang Bayang and 3 others like this.
    • Adel Fadel mat mlm
      Yesterday at 9:36pm ·  · 1
    • Amira Senja kalau ada penolak takdir jauh untuk mendekat kan kusapa dikau dg assalamualaikum ........
      Yesterday at 10:02pm ·  · 2
    • Sri Prabu Bumi Kusuma lebih jelas...wassalam
      Yesterday at 10:31pm ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam wr wb
      jauh di mata dekat di hati
      dekat di hati jauh di mata
      hatiku hatimu
      dalam genggaman-Nya
      segala takdir
      adalah Ketentuan-Nya
      Yesterday at 10:32pm ·  · 3
    • Amira Senja ke kampung cina makan bubur, hati merana bisa terhibur kwkwkwkwk
      23 hours ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali luka dijahit dengan benang,
      benang kasih benang cinta;
      orang yang jauh terkenang-kenang,
      apa nak buat dah putus cinta.
      (hehehehe)

            •  
        • KAU BIDADARIKU KIRIMAN TUHAN
          UNTUKKU SYUKURI

          Duhai teman
          Penawar jiwa terlara
          Di kala datang puting beliung melandaku
          Digulung-gulung dilemparkan ke ombak rindu
          Tanpa ehsan
          Aku kelemasan tanpa dibantu
          Raungan derita laraku
          Kau sahut dalam perih pedih hatimu
          Kau merempuhnya
          Tanpa hiraukan keselamatanmu
          Kau selamatkan aku
          Dalam lemasan ombak membadai
          Dalam kelemasan ...aku
          Menyeru nama-Nya
          Tuhan apa salahku
          Kenapa manusia setega itu
          Zalim padaku?
          Sedangkan
          Tujuan aku berhidup
          Di muka bumi ini
          Menyebarkan kasih sayang setulus hati
          Membantu selagi terdaya
          Tapi mereka tetap juga kejam denganku
          Makanya jika hidupku
          Memberi kebaikan pada semua yang dikasihi
          Kau hidupkanlah aku
          Agar aku masih dapat berbakti dengan seikhlas hati
          Jika hidupku menyakitkan hati dan menzalimi insan
          Kau matikanlah aku
          Kerana aku tak mahu hidup menzalimi manusia
          Dengan kematianku boleh membahagiakan mereka
          Matikan aku Ya Allah

          Teman yang kukasihi dunia akhirat
          Allah masih panjangkan usiaku
          Dalam aku terkapai kapai kelemasan
          Kau merempuh puting beliung
          Yang amat dahsyat itu
          Dan dengan izin Allah
          Kau berjaya selamatkan aku
          Kaulah si pengganti tempat si kunta si kunte
          Memahami tanpa di pinta
          Menyayangi tanpa dipaksa
          Kasihmu kasihku setulus hati
          Tanpa ada muslihat memusnahkan
          Berkata seiring hati
          Bukan mengikut hati

          Bahasa diungkap
          Terlalu indah
          Mendatangkan iman
          Menenangkan jiwa
          Jiwa laraku kau obati
          Dengan doamu seikhlas hati
          Moga Allah merahmati

          Terima kasih teman
          Hadirmu
          Menyuburkan sumbu pelita hatiku
          Yang malap menunggu masa untuk terpadam
          Kau selalu di hatiku
          Kaulah bidadariku
          Kiriman Tuhan untuk kusyukuri

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          6 September 2012
           ·  ·  · 4 hours ago


        • PUISI SYAIR PANTUN DAN GURINDAM CARA BARU UNTUK MEMPOPULARKAN
          SEJARAH DI JIWA ANAK CUCU RUMPUN MELAYU NUSANTARA

          Aku bukan ahli sejarah
          Tapi aku peminat sejarah
          Aku mahu menghargai sejarah
          Dengan caraku sendiri
          Aku ingin mengolah sejarah
          Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
          Cara baru untuk mempopularkan sejarah
          Di jiwa anak cucu Rumpun Melayu Nusantara
          Agar mereka menghargai
          Sejarah moyang mereka
          Yang bersusah payah
          Memerdekakan negara tercinta
          Agar anak cucu dapat menumpang teduh
          Dengan aman sejahtera
          Tanpa ada permusuhan
          Yang akan membuatkan
          Negara moyangku dijajah semula
          Aku tak mahu sampai jadi begitu
          Makanya
          Kurela
          Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
          Pena untukku menulis
          Dengan air mata dan darah
          Dan takkan kuhiraukan lagi
          Segala penghinaan mereka ke aku
          Kerana aku berpena bukan
          Untuk dipandang mereka
          Aku menulis
          Demi pandangan dari-Nya
          Demi anak cucu Rumpun Melayu Nusantara

          Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
          Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
          Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
          Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
          Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
          Sehingga terhenti nafas
          Terhentilah pena

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          7 September 2012
           ·  ·  · 6 hours ago
            • Mohdyusrie Arie kalau mnat sejarah kaji lah apa ada pda ombak rindu...
              6 hours ago · 
            • Rabeah Mohd Ali Dalam ombak rindu semuanya sudah kukaji dan menjadi sumber inspirasiku berkarya. Cuma ku tak dapat nak kaji hatimu kerana hiduppun selalu saja gelap gulita disebabkan kaca mata hitammu itu telah menghalang aku untuk mengkajinya...
              Dari kerana mata...hehehehe
              5 hours ago · Edited · 
            • Mohdyusrie Arie sbb tu x berani membuka kaca mata hitam..takut nti bertentang mata..maka berombak2 lah alunan suara ombaknya...hehehe
              5 hours ago · 
            • Rabeah Mohd Ali jika berombaklah suara ombakmu
              makanya akan matilah segala ikan-ikan di dasar lautan
              dan dihanyutkan di persisir pantai ombak rindu...
              powernya dari kerana matamu itu ye...hehehe
              5 hours ago · 
            • Mohdyusrie Arie mana ada power nya..kuasa ombak rindu klau terkena pukulan ombaknya melambung2 entah ke mna..yg tggal hnya nyian ombaknya..
              5 hours ago · 
            • Rabeah Mohd Ali nyanyian ombak nya mendayu-dayu supaya aku merinduimu...hehehe


            •  
        • TIADA KATA SEINDAH BAHASA

          tiada kata seindah bahasa
          bahasa bukan dipertuturkan
          mengikut rasa lidah
          tapi mengikut bahasa hati
          tidak juga mengikut bahasa hati
          kerana bahasa hati jiwa jadi celaru

          tiada kata seindah bahasa
          kata datang dari jiwa yang dimahu
          jiwa yang datang dari cahaya
          cahaya Nur Ilahi
          berkemilau
          menyilau
          meresap ke hati meresap ke jiwa
          rasa aman tenteram jiwa
          rasa bahagia mendengar

          tiada kata seindah bahasa
          ditulis bukan mengikut rasa
          ditulis mengikut gerak jiwa rasa
          penuh berhati penuh daya fikir
          agar ditulis diiringi doa pada yang Esa
          moga apa yang ditulis
          memberi manfaat buat diri sendiri
          buat mereka yang membaca

          tiada kata seindah bahasa
          jika semua pujangga
          menulis gaya tersendiri
          memeriahkan warna-warni hati
          berpelangi-pelangi cintakan Ilahi
          berseri-seri di laman hati
          indah...lindah...indah...
          seindah Taman-Taman Syurga
          bilamana berpadunya warna-warni hati
          pujangga di laman-laman maya
          sedia berbakti
          pada Ilahi
          pada apa yang DiCipta-Nya
          di langit dan di bumi
          pasti di langit dan di bumi menyayangi
          indahnya bahasa indahnya semai bakti tanpa henti
          bila pasti terhenti.....di Sana menanti pasti
          Cinta Abadi Seabadi Cintamu pada-Nya

          KARYA RATU RIMBA NIAGARA
          6 Sept 2012
           ·  ·  · 5 hours ago
          • Ahmad Tajuddin likes this.


              • MOGA ALLAH BERSAMAMU BERSAMAKU

                Pejuanganmu Perjuanganmu
                Demi-Nya
                Demi anak cucu
                Berbakti terus berbakti tanpa jemu
                Biarpun dipukul badai tak henti
                Namun berundur tidak sekali
                Biarpun nyawa jadi taruhan
                Lambang cintaku cintamu
                Pada Agama Bangsa & Negara tercinta
                Moga Allah bersamamu bersamaku.

                KARYA RATU RIMBA NIAGARA
                7 Sept 2012
                 ·  ·  · 11 hours ago

              • ADINDA KEKASIHKU

                Helin Supentoel
                "Adinda"

                Adinda, kekasihku
                engkau benar sepucuk mawar putih ditaman seribu bunga
                merekah pancarkan pesona cahaya tiada kepudaran
                biarlah kuukir syair bisu dari tepisan bara yang membakarku dengan lembut
                seperti sutra tertenun oleh jemari-jemari kasih
                lantas disetiap baitnya kuterakan makna-makna perjumpaan basah
                saat diriku menjadi tangkai dan duri-durimu

                Adinda, kekasihku
                andai benar engkau rela kupinta menjadi sekuntum bunga abadi
                pastilah disela-sela keabadian itu kan tumbuh keharuman saat pagi menyapa
                saat bulir-bulir embun merayap diruas-ruas jeruji jendela
                sesekali menghakimi dengan setangkup kemuliaan yang jernih
                yang baru saja menawan pesona malam dalam kegelapan
                "jadilah sepasang angsa saja jangan sekuntum mawar dan tangkai serta duri-durinya"

                mendengar bising embun menyergap berjuta bunyi keresahan
                dilapak keberangusan aku menghujat diri sendiri
                seperti udara pada ruang tiada sela
                menghukum kenistaanku
                "benar kita menjadi sepasang angsa saja menari dilautan tenang
                sembari memainkan airnya untuk kita basuh diri"

                Adinda, kekasihku
                bila suatu hari samudra kan cemburu menjadi tempat kita berenang
                dan badai menenggelamkan benang-benag kasih dikedalamannya
                pastilah itu bukan segala pinta kita berdua mengubur kemanisan
                namun semestalah yang sedang bersandang cerita
                bahwasanya kita tercipta sama-sama menjadi bayang-bayang

                mengambang

                Ngawi, 24 Agustus 2012
                Unlike · · August 24 at 1:47am
                You, Naga Pamungkas and Duta Leonardo Dudikoff like this.

                "kekanda"

                Kekanda...
                mawar putih
                yang kekanda pilih di taman seribu bunga
                telah hilang serinya
                ditelan halilintar tanpa ehsan
                ditelan mega senja karna ehsan
                maafkan adinda... kekanda...
                cinta yang kita bina
                atas dasar cinta suci abadi
                telah tiada arti lagi
                hatimu retak beribu
                hatiku retak beribu-ribu
                kekanda lalui dalam duka
                adinda lalui dalam nestapa
                lirih perih pedih
                semuanya dirasai
                dalam redha
                yang cinta kita adalah
                Ketentuan-Nya
                kita tidak pernah merancang
                untuk saling mencintai
                dan kita tidak pernah
                merancang untuk saling menyakiti
                akhirnya membawa perpisahan yang luka melukai

                kekanda...
                mencintaimu setulus hati karena-Nya
                adalah satu pengalaman yang amat indah
                untuk adinda
                rangkaikan kata-kata puisi
                tentang cinta Adam pada Hawa
                betapa Allah memahami kesunyian Adam...
                makanya diciptakan Hawa untuk Adam
                Adam setia pada Hawa
                Hawa setia pada Adam
                Kerana Hawa dicipta untuk Adam
                Adam menghargai Kurniaan Tuhan
                Menciptakan Hawa untuk Adam

                Kekanda...
                Hawa diciptakan untuk Adam
                bukan untuk berpisah
                tapi cinta kita terpisah juga akhirnya
                bukan tidak mensyukuri Kurniaan cinta dari-Nya
                tapi memahami Takdir Cinta Adalah Ketentuan-Nya

                KARYA RATU RIMBA NIAGARA
                24 Ogos 2012
                6 Syawal 1433H
                 ·  ·  · Yesterday at 7:26pm

0 comments:

Post a Comment

 
;