Monday, 7 June 2021

BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (472) BERSYUKUR KEPADA ALLAH


BERTABURAN BUNGA-BUNGA SYURGA (472 ) BERSYUYKUR KEPADA ALLAH
PADA-NYA AKU PASRAH






7 Jun 2020

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Tiada penerangan foto disediakan.

6 Jun 2020 
ALLAHU AKBAR
Kalimah Allah TERDAPAT DALAM BUAH TOMATO
Berapa ramai dah online jom ucap ( Subhanallah..❤ )

20 Mei jam 12:57 PG 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Tiada penerangan foto disediakan.

Andreea Petcu - video creator sedang bersama จันทนา เภสาพิลาศลักษณ์ dan 6 yang lain.

31 Mac 2015 


20 Mei jam 1:50 PG 
Dikongsi dengan Hanya saya
Hanya saya
Tiada penerangan foto disediakan.

Andreea Petcu - video creator sedang bersama Guaracira Soares dan 16 yang lain.


Moga perjuangan Allahyarham ada nilaian di sisiNya dan ditempatkan di kalangan roh-roh yang bertakwa. Aamiin.
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29).


Tiada penerangan foto disediakan.
PLEASE if you are not busy say ALLAHU AKBAR☝️


53m 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Mungkin imej teks yang berkata 'Alasan mengapa Rasulullah tidak menggunakan syafaatnya didunia,karna dia ingin menyimpannya untuk umatnya dipadang mashar kelak Semoga kita salah satu orang yang mendapat syafaat Rasulullah kelak'
🌻🌺 🕌Bismillahirrahmanirrahim🕌 🌻🌺
Aamiin Ra Rabbal Alamiin😔
🕋Assalamualaikum🕋
🕋Warahmatullahi🕋
🕋Wabarakatuh🕋
sahabat fillah🙏🥺


ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
kasih sayangNya kepada hambaNya melebihi kasih sayang
seorang ibu kepada anaknya Masya-Allah memang patutlah kita mesti menyayangi Allah SWT tempat pertama Rasulullah tempat kedua kemudian barulah kepada keluarga.
Setiap ahli keluarga yang hadir dalam hidup kita cumalah sebagai untuk menambah saham akhirat dan tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan.
Di hari akhirat setiap ahli keluarga saling menuntut pahala kebaikan yang pernah dilakukan walaupun sebesar zarah tapi masing-masing sibuk menjaga pahala kebaikan untuk diri sendiri kerana terlalu berharganya pahala kebaikan walaupun sebesar zarah untuk menghadapi huru hara Hari Akhirat Yang Maha Dahsyat untuk dihadapi dengan rasa cemas dengan harapan pahala yang sebesar zarah dapat menyelamatkan daripada api neraka . Masya-Allah Allahu Akbar. Moga seluruh ahli keluarga kita terselamat daripada azab huru hara Hari Akhirat di padang Masyar.
Beruntungnya di padang masyar jika kita termasuk golongan yang mendapat minum Air Telaga Al-Khauthar daripada Rasulullah yang jika di minum akan menghilangkan dahaga buat selamanya. Tapi golongan yang dapat minum adalah mereka yang semasa hidup di dunia mengamalkan Al-Quran dan Sunnah.
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR moga kita termasuk golongan yang mengamalkan apa yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.
17 Ramadan 1437H
22 Jun 2016




ALLAHU AKBAR
Kalimah Allah TERDAPAT DALAM BUAH TOMATO
Berapa ramai dah online jom ucap ( Subhanallah..❤ )
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Kongsi
7 Jun 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Jutaan terima kasih kepada semua frontliners PDRM, ATM dan RELA yang bertugas siang, malam berhujan dan berpanas menjaga rakyat Malaysia di sekatan jalanraya seluruh Malaysia dalam tempoh PKP & PKPB..
Kongsi

7 Jun 2020 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Doa PM kita....
InsyaAllah...
Sama-sama Kita Aamiinkan.....
Tekan 1 Tanda Sokong.
Kongsi
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
Mungkin imej 1 orang
Assalamualaikum Shbtku.
Terima kasih hero Malaysaia
Yg berkerja tanpa henti tanpa cuti
utk negara bebas dari Covid19.
Walaupun dah ada pelepasan pegerakan tetap teruskan pegerakan
bersyarat.Kita terus jaga kita.
Bantu barisan depan.
Bantu hero2 kita.
Kita pasti menang.
Kongsi

7 Jun 2018 
Dikongsi dengan Awam
Awam
3
1 Perkongsian
Kongsi
7 Jun 2018 
Dikongsi dengan Awam
Awam
2
2 Perkongsian
Kongsi

7 Jun 2018 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Tiada penerangan foto disediakan.
Grande e grosso... ma in fondo è un cucciolo 🙂



KUBITAK
Hari itu satu mesyuarat agong KUBITAK
diadakan. KUBITAK adalah singkatan
nama kumpulan Binatang Tasik Kenyir.
KUBITAK telah diwujudkan dua puluh
dua tahun yang lalu.
Selama sudah dua puluh dua tahun
bermesyuarat agong, pada kali ini
pemilihannya begitu sengit. Ketua
Satu KUBITAK selama ini tidak pernah
tercabar tetapi pada kali ini benar-
benar tercabar.
Rata-rata mengatakan Ketua Satu KUBITAK
tidak ada harapan untuk menang justeru
mereka secara peribadi berjumpa dengan
Ketua Satu KUBITAK.
"Maafkan saya... saya ingin memberikan
cadangan kepada tuan hamba agar meletakkan
jawatan sebagai Ketua Satu KUBITAK secara
terhormat daripada gugur di mesyuarat Agong
kelak.Pihak kami akan memberi saguhati yang
amat berharga tanda terima kasihnya kami
terhadap pengunduran tuan hamba," kata wakil
KUBITAK.
"Tidak...! Hamba tidak akan mengundur diri
walau apapun yang disogokkan. Hamba
berjuang bukanlah kerana material tapi
adalah minat yang terlalu mendalam,"
tegas Ketua Satu KUBITAK.
"Tapi... tuan hamba telah memegang jawatan
Ketua Satu KUBITAK sejak bermula KUBITAK
ditubuhkan, banyak rungutan daripada
para ahli yang didengari iaitu tiada
membaharuan dalam KUBITAK masih di takuk
lama, tuan hamba kena faham itu.Tuan hamba
pun sudah tua, janganlah terlalu tamak...
berilah peluang kepada ahli lain untuk
menerajuinya."
"Tidak! Hamba akan tetap bertanding walaupun
hamba kalah dalam pengundian kelak. Tapi
hamba yakin hamba boleh menang."
Ketua Satu KUBITAK sedar kedudukannya kini
tegang kerana dia terpaksa bersaing dengan
wakil dari RASAKSA iaitu kumpulan gajah.
Desas desus yang didengari bahawa besar
kemungkinan wakil RASAKSA akan menang kerana
dalam banyak perkara RASAKSA banyak membantu
kumpulan binatang lain dari segi material.
Dalam zaman sekarang idea saja tidak mencukupi
jika tiada kekuatan yang kukuh. Telah banyak
jasa yang ditaburkan oleh Ketua Satu RASAKSA
kepada ahli-ahli bawahannya. Begitu juga
kepada ahli-ahli binatang yang lain.
Mesyuarat Agong KUBITAK dirasmikan oleh
Yang Mulia Merak. Sebelum Yang Mulia berucap
Ketua Satu KUBITAK memberi ucapan.
Ucapan kali ini amat berbeza sekali jika
dibandingkan ucapan tahun-tahun sebelumnya.
Ucapannya banyak berbaurkan sindiran sinis!
Memuji diri dari apa yang telah dikorbankan
selama ini, kekecewaan kerana ada pencabarnya
lebih-lebih lagi jika dia tewas bererti tewasnya
nanti sebagai mati seorang pejuang. Ucapannya
hampir memakan masa empat puluh lima minit.
"Ini nak berucap ke atau nak berkempen?" bisik
salah seorang pemerhati dari kumpulan seladang.
"Agaknya dia sudah kelewatan!" jawab rakannya.
"Engkau agak siapa yang menang?"
"Rata-rata mengatakan RASAKSA yang menang!
Di akhbar-akhbarpun mengatakan RASAKSA boleh
menang mengikut dari ramalan wakil yang
mengundi."
"Engkau tengok sejak dia memerintah selama
dua puluh dua tahun mana ada perubahan dalam
KUBITAK. Sepatutnya setiap tahun dia mesti
menerima cadangan-cadangan para perwakilan
tapi tidak! Cadangan perwakilan hanyalah
mencurah ke daun keladi! Cadangannya...hanya
untuk jenis binatang yang sealiran dengannya
hingga dia dikurniakan darjah kebesaran."
"Engkau dengar tu... untuk menerajui tampuk
pemerintahan mestilah mempunyai ilmu yang
kukuh kalau hanya gagah tidak akan sempurnalah!"
"Mentang-menanglah dia tu kancil yang bijak
dia tidak langsung memahami perasaaan gajah."
"Gajah dulu bukan gajah sekarang! Gajah sekarang
di samping mempunyai kekuatan, dia juga mempunyai
pengaruh yang besar untuk menaikkan nama KUBITAK
yang selama ini tidak dikenali ramai di kalangan
manusia. Kerana daya usaha gajahlah Tasik Kenyir
yang selama ini tidak dikenali ramai menjadi
tumpuan para pelancong. Dulu binatang-binatang
di sini menjadi buruan manusia tapi kini dilindungi
dan menjadi tontonan manusia."
Setelah Ketua Satu KUBITAK habis berucap,
Yang Mulia Merak pula berucap.
Antara ucapannya sedia memberi sokongan kepada
setiap aktiviti yang diadakan oleh KUBITAK dan
sedia membantu jika ada masalah yang hendak
diselesaikan. Yang Mulia dengan senang hati
menghadiahkan kepada KUBITAK sebuah Taman Bunga
seluas dua ratus hektar untuk ahli-ahli KUBITAK
beristirehat tanpa diganggu oleh manusia.
Beliau juga berharap KUBITAK akan terus maju
untuk mengharumkan nama Tasik Kenyir.
Mahupun pihak perwakilan dan pemerhati begitu
resah tidak sabar-sabar lagi menantikan keputusan.
Melihat dari suasana itu rata-rata mengatakan kancil
akan tewas yang menang gajah. Melihat dari air muka
kancil yang resah ternyata dia akan tewas manakala
gajah begitu yakin akan menang kerana penyokong-
penyokongnya begitu banyak.
Pengundian dijalankan secara tertutup. Setelah selesai
pembuangan undi, mereka berehat selama satu jam setengah.
Masing-masing bercerita sesama sendiri mengatakan kancil
akan tewas kali ini. Jika kancil tewas bererti banyaklah
perubahan KUBITAK akan berlaku secara mendadak.
Semua jenis binatang baik besar mahupun kecil akan sedia
diberi bantuan baik dari segi moral mahupun materiel agar
tidak ketinggalan untuk dikenali sebagai binatang popular.
Itulah janji gajah sekiranya dia menang.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman siapakah
yang dipilih oleh perwakilan untuk menerajui Ketua Satu
KUBITAK yang baru.
Semuanya seperti terpaku apabila diumumkan kancil menang
42 undi manakala kajah 15 undi, undi rosak 1. Seakan tak
percaya dengan keputusan itu. Tapi itulah yang benar.
Suasana yang riuh pada awalnya menjadi muram. Seakan mereka
tidak dapat menerima dengan keputusan itu.
Jelas terbayang di wajah masing-masing kekecewaaan.
Yang mana kecewa lekas-lekas keluar dari situ.
Tidak mahu lebih lama.
Kancil tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai pemenang.
Tapi hatinya Tuhan saja yang thau betapa bimbangnya dia di
awal pertarungan. Kini dia boleh meneruskan perjuangannya
kembali. Barangkali dia akan membuat perubahan kerana dia
takut peristiwa ini berulang kembali.
"Saya dari kumpulan seladang ingin mengatakan yang kalah
tak semestinya ia tewas! Dan yang menang tak semestinya
ia berjaya, justeru marilah kita sama-sama berganding
bahu untuk berkerjasama di antara satu sama lain.
Janganlah jadikan pertandingan ini sebagai jalan untuk
menuju perpecahan sesama sendiri. Jadikan pemilihan pada
hari ini sebagai ikhtibar di masa-masa akan datang."
Ketua Satu RASAKSA keluar dari dewan. Di wajahnya tidak
langsung menampakkan kekecewaan. Beberapa wartawan dari
pelbagai media massa meluru kepadanya.
"Apa pendapat tuan hamba mengenai kegagalan tuan hamba
menjadi pucuk pimpinan?" Tanya merbuk dari akbar Burung.
"Ini menandakan bahawa ahli KUBITAK tidak mahu adanya
perubahan," jawabnya tenang.
"Adakah tuan hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK?"
sampuk zirafah wartawan dari majalah, "ZIRA"
"Iya hamba akan memberikan kerjasama kepada KUBITAK
walaubagai manapun idea yang ingin hamba serapkan kepada
KUBITAK akan hamba serapkan kepada RASAKSA juga. Hamba buat
begini asalkan dapat mempopularkan binatang-binatang
Tasik Kenyir keseluruhannya."
Karya: Putri Rimba Niagara
7 Jun 2012
Kongsi
MOGA UKIRAN GURINDAM SYAIR DAN PUISI
ADA NILAIAN DI SISI-NYA AAMIIN
Nanda....hadirmu pengobat rinduku...
Di kala awan mendung menghitam
Ingin menghempapku
Nandalah yang selalu sudi
Menawarkan diri untuk
Menahan dan melindungi bunda....
Itu yang membuatkan bunda terharu sangat
Beruntung diKurniakan Alllah SWT
Rakan seperjuangan
Yang sanggup suka duka bersama bunda
Sayang sangat-sangat bunda pada kamu nanda
Ukiran-ukiran puisi
Kasih dan sayangmu
Bunda bungkaikan
Di galeri
Warisan khazanah sastramu sasteraku
Di istana rimba niaga
Jutaan penghuni rimba selalu
Datang ke galeri tersebut
Kerana setiap kali gurindam puisi bunda
Dan semua sahaba-sahabat bunda tercinta
Mereka akan membuat persembahan
Mengikut kreativiti masing-masing
Bunda apa lagi suka sesangat
Dunia sastra dunia bunda
Mereka pula faham
Apa kehendak bunda...
Makanya hari-hari
Bunda teruja untuk
Bergurindam berpantun bersyair
Bunda hanya fikir melahirkan karya
Sesudah siap
Mereka mengambil peranan masing-masing
Untuk merealisasikan karya bunda
Untuk dijadikan bahan seni bernilai tinggi
Agar dapat diwariskan
Dari zaman ke zaman
Makanya bunda
Memerlukan sangat-sangat
Dukungan/sokongan daripada teman fb bunda
Teman-teman fb bunda adalah
Sumber ispirasi bunda berkarya
Tak kiranya apa jua kerjayanya
Niat di hati bunda...
Setiap rakan fb
Bunda hendak
Koleksikan karya bunda dengan
Mereka semua
Kalu boleh setiap rakan fb ada
Sebuah buku untuk mereka
Sebab itu rakan fb yang tak akif
Bunda tak dapat hendak
Menghasilkan ilham untuknya
Dan bunda tak berani hendak ambil ramai
Bukan kerana ego
Tapi bunda tak mampu
Menghasilkan karya untuk mereka
Bunda rasa bersalah kalau
Setiap rakan fb tak dapat bunda
Beri perhatian seperti mana
Rakan-rakan yang lain...
Setiap rakan fb bunda terlalu berharga
Lebih berharga daripada permata berharga....
Moga mereka hendaknya sentiasa faham
Akan keadaan bunda
Mengabdikan diri pada
Dunia sastra...
Nanti mana tahu
Suatu masa nanti jika diijinkan Allah SWT
Semua ukiran gurindam puisi bunda
Menjadi ukiran kasih dan cinta
Yang tak ternilai harganya
Kerana dihasilkan
Sepenuh jiwa dan rasa kasih sayang
Yang teramat dalam pada semua
Semata mohon mendapat
Nilaian dari-Nya dan redho-Nya Ilahi
Aamin Aamin Ya Rabba A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Jun 2012
Kongsi
AKU DICIPTAKAN UNTUKMU
Allah ciptakan aku untuk kamu syukuri
Allah ciptakan kamu untuk aku syukuri
sama-sama menghargai.
KurniaanNya persahabatan yang indah ini
sama-sama harumkan hati
semurni hati Syurgawi
sama-sama berjanji
merealisasikan
hasrat murni
mahu hidup dan mati
sentiasa Allah redhai
agar bila sampai saatnya nanti
dijemputi Ilahi
dalam jiwa dan roh yang tenang diredhai Ilahi
Aamiin moga Allah kabuli
doa ini
Subhanallah indahnya persahabatan ini
semuanya suci ikhlas kerana Ilahi.
Aku diciptakan untukmu,
Ratu Rimba Niagara
16 Sya'ban 1438H
13 Mei 2017
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam Syurga-Ku (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
Tiada penerangan foto disediakan.

Andreea Petcu - video creator sedang bersama Cruz Ley dan 27 yang lain.

10 Mei 2015 
Kongsi

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara,
Untuk menghargai belia berjasa,
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.
Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara,
Belia bekualiti lagi berwawasan,
Pasti cemerlang belia Malaysia.
1


MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA
Mengundi dengan harapan, keputusan dengan kejayaan.
Selamat
datang bakal para barisan kabinet ke Putrajaya.Harapan rakyat tertunai sudah. Syukur Alhamdulillah. Takbir Allahu Akbar!!
Bebegim Bittersweet menyukai kiriman anda dalam Sri Pemangku Adat.: "BERSAMA MEMBINA NEGARA DEMI ANAK CUCU..."


  • SEMUANYA KERANANYA
    Tuluslah dalam berkata
    Tuluslah dalam bersahabat
    Tuluslah dalam bercinta
    Tuluslah dalam berjuang
    Tuluslah dalam beramal
    Semuanya keranaNya
    Insya-Allah Syurga menanti Aamin.
    Karya Putri Rimba.
    23 April 2012
    • Suka
    • 9t
 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan
BIDADARI SYURGA SEBAGAI BALASAN CINTAMU
Bila mana kau terdiam
Ini bermakna api cintamu sedang membara
Kepada dia yang kau puja dalam diam
Yang kau cinta dalam bisu
Tanpa menyapa hatimu yang kelam
Kerna cintamu kelam
Segerhana malam tak berbintang
Menanti mu penuh harap
Kedatangan cinta bila menyapa
Dalam diam dalam kelam
Angin rindu datang menyapa
Lalu kau terjaga dari sepi
Malam yang kelam
Bertukar berbulan berbintang
Bergemerlapan
Kau pun suka
Dan kau menangis hiba
Kerna cintaNya adalah lebih hebat
Dari hambaNya yang dijadikan dari
Tulang rusuk kirimu
Tuhan Maha Memakbulkan dan Memahami
KeranaNya kau lebih menghargai cintaNya
Makanya kau Dikirimkan cinta dari
Bidadari Syurga sebagai balasan
Kau mencintaiNya
Setulus hati tanpa tenggelam
Keasyikan cinta pesona dunia.
Karya Putri Rimba.
23 April 2012
1
2 Perkongsian
Kongsi


Kongsi

DOA BUAT SAHABATKU Rabeah Binti Mohd Ali
Bismillahi Rahmanirrahim...
Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu .Muliakanlah sahabatku Rabeah Binti Mohd Ali yang membaca doa ini.
Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.
Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah.Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan.
Lepaskan dia dari hutang piutang.Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
Jadikanlah SAHABATKU Rabeah Binti Mohd Ali ini penghuni SyurgaMu ya Allah
‎ آمين يا الله
‎ آمين يا رحمن
‎ آمين يا رحيم
‎ أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.


 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan

Anda harus mempercayai apa yang anda lakukan untuk mendapatkan apa yang anda mahukan,
1 Perkongsian
Kongsi


SUKSESMU KEBAHAGIANKU SUKSESKU KEBAHAGIANMU,'
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,
RATU RIMBA NIAGARA
SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @
PUJANGGA SERIBU ZAMAN @
PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
27 JAMADIL'AKHIR 1436H
17 APRIL 2015


**:** Wahai Penyelamat Hamba Allah Yg Terbaik"FRONTLINER2"Dr, Nurse, 👮 PDRM ATM BOMBA RELA+Sukarelawan'tqvm2u'll AllahsajaMbalas
Kongsi




"Senjata bagi seorang mukmin ialah doa. Amatlah pelik bagi seseorang yang mempunyai senjata tetapi tidak pernah digunakan untuk melawan musuh. Justeru, banyakkanlah berdoa dan menyuarakan hasrat kepada Allah SWT khususnya di waktu dinihari."
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PUTIK, 8 Julai 2010.

 
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Rakan

2 April 2012 
MERPATI PUTIH UNTUK NEGERIKU
SALAM DAMAI.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

1 Komen

  • Mempati putih untuk negerimu,
    Mengucapkan salam kedamaian;
    Penuh hormat tanpa jemu,
    Moga semuanya dalam kedamaian.
    • Suka

PADA HARI INI
9 tahun yang lepas


Komen

  • CINTA DAN SAYANGKU KEPADA SELURUH PENGHUNI BUMI
    RELA KUPERTARUHKAN NYAWAKU DEMI MENGHARGAI
    KASIH SAYANG SESAMA KITA
    AGAR SENTIASA BERBELAS KASIHAN
    SALING MEMBANTU SELAGI TERDAYA
    SELAGI MAMPU
    KARENA AKU TAK MAMPU
    KUJADI DARAH DAN AIR MATAKU SEBAGAI TINTA
    AGAR KALIAN BERASA TENANG DAN BAHAGIA
    MENGHARUNGI HIDUP INI...
    SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA DIDUGA
    DUGAAN ITU TANDA ALLAH CINTA KITA
    SELAGI HIDUP
    PINTU SYURGA
    SENTIASA TERUNTUK UNTUK KITA
    YAKINLAH DENGAN RAHMAT KASIH ALLAH KEPADA KITA
    IN SHAA ALLAH AAMIIN
    • Suka

BERTINTA SEPENUH JIWA
Tinta-tinta yang indah berjiwa
Ditulis dengan penuh kasih dan sayang
Untuk dibaca mereka yang tersayang
Agar datang rasa sayang setulus hati keranaNya
Tiada niat untuk menyakiti hati yang tersayang
Bertinta bermadah puisi kerna yang tersayang
Sayang...sayang....sayang...
Ungkapan keajaiban untuk menundukkan hati
Hilang segala keegoan membangga diri
Kerana DIA Maha Penyayang Dari Segala Yang Penyayang
Pakaian Kesombongan adalah hanya untuk DIA
Sebagai manusia apalah ada pada harta dan pangkat
Tapi tiada wujud ehsan sesama manusia
Apa tah lagi mengagungkan kasih sayang padaNya
Kasih sayang sesama insan
Allah ku cinta
Insan kusayang
KeranaNya aku bertinta
Kerana insan kusayang
Cinta dan sayang
Bertinta sepenuh jiwa
Demi CintaNya dan sayang semua
Yang ada di alam semesta ini...
Karya Rha NS
28 Mac 2012

Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci adalah satu kehidupan di dunia yang begitu indah dan mengasyikkan. Di siang hari diserikan pelangi menceriakan kehidupan dan malam hari di sinari bulan yang memberi senyuman ikhlas padaku. Istimewa untuk teman fb dan teristimewa untuk
pejuang seniku Rufiah kerana kau sumber inspirasiku!
1 Perkongsian
Kongsi
Hajat hati nak jadi perwira,
Apakah daya seorang yang lemah,
Namun begitu bersemangat satria,
Rela kumati demi negaraku.
Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai,
Moga pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskan karya ku ini.
1 Perkongsian
Kongsi
Aku berpantun dengan teman FB ku,
Bukan untuk membangga diri,
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.
Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan,
Menjalinkan talisilaturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.
1
1 Komen
2 Perkongsian
Kongsi

Komen

  • Keikhlasan & kejujuran kunci sebuah persahabatan... thanks!!! kerana hadir sebagai sahabatku. Hadirmu meniupkan semangat ke sanubariku... kata-kata perjuanganmu amat ku hargai. Semoga terus bertahan dan berberjaya menggapai IMPIAN diri... amin. Aku setia menanti hasil karyamu... KOTA BUKU... 'KARYAKU! DUNIAKU!
    • Suka



Pantun Teman FB

Aku berpantun dengan teman FB ku,

Bukan untuk membangga diri,

Idea tercerna antara mereka dan aku,

Gembiranya hati tidak terperi.

 

Bersahabat atas dasar keikhlasan,

Bukan untuk mendapat balasan,

Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,

Moga keberkatan sebagai balasan.

 

Sampaikan mesej biar betul,

Jangan suka menabur fitnah,

Hina menghina patut diperbetul,

Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

 

Bahagia hidup saling hormat menghormati,

Bahasa yang sopan pengubat hati,

Sebelum berkata perlu diteliti,

Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

 

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,

Anda pilih yang mana satu,

Kata yang salah tetap berdosa,

Mendapat Syurga itu yang dimahu.

 

Kata-kata indah buat hati jadi tenang,

Seperti berada di Taman Syurga,

Dalam perbalahan tiada yang menang,

Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.


12

Bersahabat atas dasar kasih keranaNya,
Kasih mengasihi seperti di alam Syurga;
Tidak akan ada kata-kata berbisa-bisa,
Hanya yang ada cinta dan kasih selamanya.
Karya Rha NS
25 Februari 2012
1



Setiap kali ujian datang...senyumlah agar terpadam segala kelukaan di hati.



Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
Suka
Komen
Kongsi

 

6j 
Semua orang akan rasa sedih jika lalui cabaran dengan seorang diri, cari orang yang boleh bersama susah dan senang kita
  • Moga hadir hambaNya yang sejujur ikhlas menyokong perjuanganku. Aamiin.
    • Suka
    • Balas
    • 1m
  • Inshaa Allah ... Allah akan hadirkan seseorang yang boleh menjadi suporter kita jika kita letak Allah dalam hati saat melalui jalan yang sukar ... ❤👍
    8
    • Suka
    • Balas
    • 5j
    Most Relevant is selected, so some replies may have been filtered out.


'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al Fajr
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati.”
Wahai jiwa yang tenang (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu (29) dan masuklah ke dalam SyurgaKu (29) - (Al Fajr:27, 28, 29)
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)

Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin
Ratu Rimba Niagara Aamin Ya Rabbal A'Lamiin
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA
@ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND, 202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
7 Jun 2021


0 comments:

Post a Comment

 
;