Sunday, 1 August 2021

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (51) RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (51) RAJA  DAN RAKYAT BERPISAH TIADA


MOGA DOA RAKYAT DIMAKBULKAN TUHAN
Assalamualaikum kekanda-kekanda diRaja,
Darah Kepahlawananmu lambang kesatria diRaja;
Rakyat jelata pasti gembira menantikan gema diRaja,
Di seluruh pelosok bumi Nusantara bergemalah daulat diRaja.
Dari dulu ditunggu kabar berita,
Agar Institusi diRaja dimartabatkan;
Dimartabatkan seluruh bumi Nusantara,
Maka bergembiralah seluruh rakyat jelata.
Perjuangan kanda sentiasa dinda dukungi,
Agar kanda tak mudah berputus asa;
Percayalah kanda telah ditakdirkan sejak Azali,
Untuk memerintah rakyat di bumi Nusantara.
Allah melantik kekanda menjadi raja di bumi ini,
Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini;
Agar sentiasa membela nasib rakyat dizalimi,
Maka itulah hikmah kenapa Allah memilih kanda terajui.
Jika sebenar suci bersih niat kanda membela rakyat jelata,
Dan kanda yakin ini adalah tanggungjawab kanda;
Pasti kanda tidak mudah berputus asa,
Akan memperjuangkan hingga berjaya.
Percayalah kanda di setiap langkah kanda,
Allah sentiasa menyertai niat suci kanda;
Untuk membela hamba-hamba-Nya,
Moga kanda selalu berada dalam Rahmat kasih-Nya.
Jangan sekali menjadi raja penakut,
Takut mengaku raja kerana tak mahu dipulaukan;
Dinda tak suka raja yang penakut,
Sedangkan kanda adalah kerabat yang dimuliakan.
Dinda ditakdirkan menjadi pejuang diRaja,
Jika kanda berputus asa memperjuangkan hak kanda;
Tak apalah biarlah dinda perjuangkan bagi pihak kanda,
Mungkin ada sebab tersendiri remuknya hati kanda.
Kepada kekanda-kekanda di Raja yang lain,
Adinda tabik dengan perjuangan kanda;
Biarpun remuk dilambung tsunami sekalipun,
Kekanda-kekanda tetap berjuang selagi hayat ada.
Perjuangan kekanda adalah perjuangan adinda,
Perjuangan adinda adalah perjuangan rakyat jelata;
Makanya matlamat yang jelas itu adinda menyokong kanda,
Harap kanda jangan sekali berundur demi harapan rakyat jelata.
Kemenangan kekanda-kekanda adalah kebanggaan rakyat,
Rakyat pasti berbangga punyai raja sehebat kanda;
Matlamat kanda menjadi raja adalah untuk rakyat,
Makanya rakyat jelata akan menyokong perjuangan kanda.
Jangan kanda lupakan sejarah diRaja,
Mempertaruhkan nyawa demi rakyatnya;
Itulah jiwa kesatria sebenar diRaja,
Rela gugur di medan juang demi rakyatnya.
Inilah di sebalik hikmah takdir Ilahi,
Memilih kanda sebagai kerabat diRaja;
Untuk membela rakyat dizalimi,
Maka rakyat mensyukuri Kurniaan dari-Nya.
Moga doa rakyat dimakbulkan Tuhan,
Institusi diRaja dimartabatkan;
Maka bergemalah suara rakyat penuh kesyukuran,
Daulat diRaja & Ketinggian Islam dimartabatkan.
(Aamiin Ya Rabbal A'Lamin)
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/
THAILAND
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012
1
Suka
Komen
Kongsi

0 Komen

Pengumuman Belum Dibaca
 
1

Pentadbir
 15 Disember 2014 
Assalamualaikum WMHWRKT & Salam Hormat Salam Sejahtera kepada rakan2 grup sekalian Yang Mulia Mulia ini, daripada Pentadbir; DEWAN ISTIADAT SAORAJA ADAT KARAENG (DISAKA) MALAYSIA.
Darjat Pangkat Tertinggi dalam Darjah Yang Maha Mulia iaitu:
Y.M.M. Kaus Maha Raja Pesaka Adat atau Maharaja Pesaka Adat bukan Sultan atau Raja Pemerintah mana-mana Negeri atau mana-mana Wilayah dalam Malaysia dan ia adalah Ketua Besar Adat Karaeng atau Ketua Utama kepada Raja-Raja Pesaka Adat dalam Negeri-Negeri atau Wilayah-Wilayah di seluruh Malaysia. Ia sama taraf Kerabat Diraja/Raja Jajahan Wilayah atau Pembesar Negeri dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Tunku Besar Wilayah/Daerah dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Maha Mulia ini membawa gelar adat sebagai TUANKU BESAR dan isteri akan membawa gelar adat sebagai PUAN SURI. Darjah ini dianugerahkan khas kepada Ketua Besar Adat Karaeng atau Ketua Utama Adat Karaeng.
Darjat Pangkat Pertama dalam Darjah Yang Teramat Mulia iaitu:
Y.T.M. Kaus Raja Pesaka Adat (Sri Pemangku Adat) bukan Sultan atau Raja Pemerintah ia sama taraf Raja Jajahan Wilayah/Pembesar Daerah atau Pembesar Negeri dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Undang Luak/Luhak Wilayah atau Daerah dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Teramat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TUAN SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai PUAN SERI.
Darjat Pangkat Kedua dalam Darjah Yang Amat Mulia iaitu:
Y.A.M. Kaus Penghulu Pesaka Adat (Pemangku Pemangku Adat) ia sama taraf Penghulu Mukim/Kawasan dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Lembaga dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Amat Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO’ SRI PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOH PUAN.
Darjat Pangkat Ketiga dalam Darjah Yang Mulia iaitu:
Y.M. Kaus Penggawa Pesaka Adat (Pemangku Adat Muda) ia sama taraf Pegawai Kawasan atau Ketua penempatan penduduk atau Ketua perkampungan dalam Adat Temenggung dan juga setaraf Buapak dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Mulia ini membawa gelar adat sebagai TO’ PADUKA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai TOK PUAN.
Darjat Pangkat Keempat dalam Darjah Yang Amat Hormat iaitu:
Y.A.H. Kaus Pangkuan Pesaka Adat Karaeng. Ia sama taraf Ketua Keluarga atau Ketua Kerabat dalam Adat Temenggung atau Besar Waris dalam Adat Perpatih. Penerima Darjah Yang Amat Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO’ SRI dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK PUAN.
Darjat Pangkat Kelima dalam Darjah Yang Hormat iaitu:
Y.H. Kaus Pegawai Pesaka Adat Karaeng. Penerima Darjah Yang Hormat ini membawa gelar adat sebagai TO’ SETIA dan isteri akan membawa gelar adat sebagai CIK SERI.
PENJELASAN : Pemerintahan ADAT KARAENG mengamalkan sistem pemerintahan adat bersifat demokrasi dan permuafakatan. Kuasa pemerintahan adat terletak bukan pada tangan seorang sahaja. Kuasa dibahagikan di antara Raja Pesaka Adat, Penghulu Pesaka Adat, Penggawa Pesaka Adat dan orang ramai (kaum keluarga dan kaum kerabat). Ketua-ketua disetiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua (kaum keluarga dan kaum kerabat) daripada peringkat bawah hingga ke atas. Orang ramai memilih Penggawa Pesaka Adat (ketua kaum keluarga dan kaum kerabat), Penggawa Pesaka Adat memilih Penghulu Pesaka Adat dan Penghulu Pesaka Adat memilih dan melantik Raja Pesaka Adat. Penyandang jawatan sebagai Maharaja Pesaka Adat (Maha Raja Pesaka Adat) adalah ketua utama kepada Raja-Raja Pesaka Adat. Maharaja Pesaka Adat dipilih secara demokrasi dan permuafakatan oleh ketua-ketua suku Bugis dan ketua-ketua suku Melayu yang dikenali sebagai Raja Pesaka Adat. Walaupun dari segi bidang kuasa adat, Maharaja Pesaka Adat merupakan pemerintah adat yang tertinggi, namun beliau tidak mempunyai hak dalam soal perlantikan orang besar adat yang lain. Ini kerana perlantikan tersebut dibuat oleh para pembesar adat yang berada pada hierarki yang lebih ke bawah daripada Maharaja Pesaka Adat. Dalam soal pemberian kurnia atau anugerah gelar adat, ia tertakluk di bawah kuasa Raja Pesaka Adat dan mempunyai kuasa mutlak memutuskan sesuatu hal ehwal berkenaannya.
PERHATIAN : Darjah Kebesaran dan Kehormatan Adat Karaeng ini tidak diberikan secara umum melainkan ia pasti mempunyai hubungan kaum keluarga atau kaum kerabat dengan pengamal adat budaya khususnya bagi Wangsa Bugis Melayu di Malaysia. Darjah yang diwartakan oleh DISAKA dan tidak diberi dengan sewenang-wenangnya melainkan menerusi pelbagai tapisan oleh Lembaga Adat Karaeng dan diputuskan secara muktamad oleh Y.T.M. Tuan Sri Paduka Maharaja


TURUN KE GELANGGANG MELATIH ILMU KESATRIA
Assalamualaikum kesatria kemuliaanku,
Di manakah kau menghilangkan diri;
Adakah kau merajuk hati kepadaku,
Jika iya maafkan diriku ini.
Kesatria Kemuliaanku perjuanganmu sungguh mulia,
Aku kagumi sepenuh hati sepenuh jiwa;
Kan kutiupkan api perjuangan selagi hayatku ada,
Agar jiwa Laksamana Hang Tuah membara di jiwa.
Kesatriaku jangan mudah berputus asa,
Jika asamu datang bangkitlah segera;
Turun ke gelanggang melatih ilmu kesatria,
Agar anak bangsa sentiasa siap siaga.
Menjadi kesatria bukanlah mudah,
Segala hutan belantara diredah;
Semata menuntut ilmu batihiniah,
Ilmu pahlawan mesti ada kerohaniah.
Jika ilmu pahlawan cuma kekuatan fizikal saja,
Ilmu fizikal kekuatannya hanya sementara;
Mendabik dada penuh keegoan ilmu yang ada,
Maka sia-sia saja menjadi kesatria yang mulia.
Setiap pahlawan mesti ada kesinambungan,
Antara ilmu makrifat dengan emosi;
Jangan mendabik dada atas keperkasaan,
Kelak memakan diri sendiri kita yang rugi.
Jadilah seperti resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk ke bumi;
Jangan berhenti menabur budi,
Budi disemai dituai di akhirat nanti.
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan fbku,
Moga persahabatan ini memberi manfaat padaku;
Berbagi ilmu kesatriamu denganku,
Itulah matlamatku mengambilmu sebagai rakan fbku.
Karya Ratu Rimba Niagara
20 Muharram 1434H
4 Disember 2012
2
Suka
Komen
Kongsi

0 Komen

Pentadbir
 10 November 2020 
MENTERI KEWANGAN
TERBAIK
DALAM SEJARAH MALAYSIA TAHNIAH!
Dia kata Menteri Kewangan tahu apa...
bukan dari kalangan orang politik
sebab itu bajet yang dibentangkan ke laut...
dibangkang habis-habisan!
Dahsyat sungguh dikecam sebegitu
Menteri Kewangan sudah perah
sehabis kudrat pemikiran memikirkan
dan mengumpul segala cadangan
rakyat bagi melengkapi bajet
yang boleh mensejahterakan
kehidupan rakyat yang penuh
mencabar akibat penularan
wabak Covid-19 yang belum
lagi kesudahan...
Dikejam
hebat
!
tetap sabar...sabar...
biarkan rakyat sendiri
yang dapat menilaikan
jati diri Menteri Kewangan
Tengku Zafrul seorang yang bijak
dan amanah dalam menggalas tanggungjawabnya
sebagai Menteri Kewangan!
seandainya Menteri Kewangan
dipilih dari kalangan ahli politik pasti
lebih banyak cacat celanya.
Bajet 2021 telahpun dibentangkan
semua rakyat puas hati
walaupun ada sedikit
tak puas hati...
adatlah mana ada manusia yang sempurna!
Yang musykilnya semasa pembangkang menjadi
kerajaan apabila Menteri Kewangan
membentangkan bajet
tiada seorangpun mempertikaikan!
diterima tanpa bantahan...
kerana faham sudah termaktub
dalam perlembagaan...
Sebelum dibentangkan bajet 2021
Agong dan Raja-Raja Melayu..
meminta kerajaan dan pihak pembangkang
bersatu hati bermuafakat di mana
bajet 2021 semuanya untuk
kesejahteraan hidup rakyat
mengutamakan rakyat
dari kepentingan politik!
Syukurlah Menteri Kewangan
bukan dipilih dari kalangan ahli politik
jadi bajet 2021 terfokus kepada rakyat
semua golongan sasar terbela
tanpa seorangpun tercicir
daripada mendapat perhatian kerajaan
justeru hanya Jauhari yang mengenal Manikam!
Terima kasih Menteri Kewangan
Tengku Zafrul
rakyat Malaysia berterima kasih
dan ucapkan tahniah
di atas kecemerlangan dalam tugas
sebagai Menteri Kewangan
yang telah berjaya membentangkan
Bajet 2021 dengan jayanya!
Syukur Alhamdulillah
"Bajet 2021 adalah yang
terbaik
dalam sejarah Malaysia"
Karya Ratu Rimba Niagara
10 November 2020
(Puisi diilhamkan istimewa untuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan seluruh rakyat Malaysia tercinta!)
Mungkin imej 1 orang, berdiri dan teks yang berkata 'BELANJAWAN Yang Kurik itu Kundi, yang Merah itu Saga, Yang Baik itu Budi, yang Indah itu Bahasa, Yang Berdamai Kan Permai, Yang Sehaluan Kan Keberkatan, Yang Satu Suara Kan Mara, Yang Teguh Biarlah Kita Teguhkan Kita. Teguhkan Kita.. Teguhkan Kita.. "TEGUH KITA, MENANG BERSAMA" #Belanjawan2021 Tengku Zafrul tzafrul_aziz aziz SENATOR TOWNGI'
Saya punyai sebuah kepercayaan. Betapa Rakyat Malaysia berani, kuat, dan bila sepakat kita mampu melakukan yang luar biasa. ⠀
1
Suka
Komen
Kongsi

0 Komen

Pentadbir
 6 November 2020 
BELANJAWAN MESRA RAKYAT
Belanjawan 2021 Mesra Rakyat
Semua golonga dibantu tanpa seorang pun tercicir
Terima kasih Perdana Menteri
Terima kasih Menteri Kewangan
Terima kasih Jemaah Menteri Perikatan Nasional
Terima kasih Jemaah Menteri Pembangkang
Terima kasih Agong dan Raja-Raja sebagai penasihat agar Semua Menteri menerima Bajet Kewangan 2021 semuanya memberi impak yang besar kepada rakyat
Rakyat dipentingkan bagi melestarikan kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.
'KITA TEGUH! MENANG BERSAMA'
Karya Ratu Rimba Niagara
6 November 2020
Jadi, apakah pandangan saudara dan saudari tentang Belanjawan 2021? Saya tahu ucapannya amat panjang, namun itu pun saya masih tidak berkesempatan untuk mengulas mengenai semua. Terima kasih kepada YAB PM dan Jemaah Menteri atas kepercayaan yang diberikan. Saya berharap Belanjawan ini memanfaatkan seramai mungkin rakyat dan perniagaan. Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri 1 & 2, Dato KSP dan kepimpinan MOF atas sokongan anda.
So, what do you think of the 2021 Budget? Despite the lengthy speech, there is always more that can be said and done. I’d like to thank YAB Prime Minister and fellow Cabinet ministers for the trust given. I hope the Budget benefits as many people and businesses as possible. Thank you also the the Deputy Ministers 1 & 2, Treasurer General, and MOF leadership for your support. Not forgetting also the Budget 2021 who had worked tirelessly to make this a reality.

KUASA DI TANGAN RAKYAT
Covid-19 setiap hari semakin meningkat
ramai yang sudah dijangkiti
kematian juga meningkat
rakyat kian nazak dalam kehidupan
kerana tak dapat keluar mencari rezeki
ada yang dibuang kerja
peniaga ramai yang gulung tikar
ada juga hidup di jalanan
kerana tak mampu bayar sewa rumah
hidup atas belas ehsan
rakyat kibar bendera putih tanda minta dibantu
barisan hadapan terutama warga kesihatan
bekerja tak ada masa nak berehat kerana
pesakit covid-19
makin sesak hospital
rakyat benar-benar tertekan
PM dan jemaah menteri dibawahnya
sedaya upaya memerah otak
mencurah keringat dan kudrat
bagi memastikan rakyat dapat dibantu
tanpa seorang pun tercicir dari perhatian kerajaan
alih-alih parti pembangkang suruh PM letak jawatan
apa ini?
rakyat dalam kesusahan ditimpa musibah Covid-19
dan lebih dahsyat lagi diserang pula varian baru varian delta
keberadaan varian delta ada di udara lebih mudah dijangkiti
bila dijangkiti kematian menanti jika mangsa tiada mengambil vaksin.
Covid-19 dan varian delta tak nampak keberadaannya
tapi menteri dari parti pembangkang lebih berbahaya daripada varian delta kerana kerakusan kuasa hilang segala prinsip rukun negara ke 5 iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Jika benarlah mahu PM letak jawatan tunggulah Covid-19 berakhir.
Masa sekarang untuk diadakan pilihanraya tidak sesuai.
Jika masih tidak puas hati juga mahukan PM letak jawatan,
rakyat bersedia di adakan PRU bila-bila masa walaupun terpaksa berdepan dengan Covid-19, itu adalah lebih puas hati daripada beralih arah pucuk pemerintahan kepada mereka yang tamak kuasa bukan untuk berkhidmat dengan rakyat tapi untuk kepentingan sendiri.
Dewan Rakyat diamanahkan untuk membela rakyat bertukar menjadi Dewan Pak Menteri dan Mak Menteri bercakaran sesama sendiri terpekik terlolong rakyat pun tak faham apa yang dipekik lolongkan! yang rakyat faham mereka semua untuk menegakkan benang basah yang tak akan ada penghujungnya. Maka rakyat dah muak dengan permainan politik yang menjengkelkan.
Sekarang rakyat dah pasrah apa saja yang ditakdirkan pada Perdana Menteri TSMY, diterima dalam redha asalkan semuanya puas hati dalam membuat keputusan masing-masing.
Tapi ingat kuasa memilih di tangan rakyat siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Kita!
Karya Ratu Rimba Niagara.
30 Julai 2021
Suka
Komen
Kongsi


PERDANA MENTERI PILIHAN RAKYAT
Di kala kau dihina dikutuk bertubi-tubi
kiri kanan depan belakang
oleh parti pembangkang
fitnah kau kerajaan gagal
penderhaka titah agong
lalu suruh kau letak jawatan!
kau telan kata-kata penghinaan mereka itu
tanpa menjawab satu pun!
Subhanallah sabarmu tahap tinggi
Allah bersamamu PM ku
pada yang mengutuk PM ku
dengar penjelasanku
semasa rakyat memilihmu
percaya padamu
apa yang kamu korbankan untuk rakyat?
Alasan basi kerajaan dah tak ada duit
kerana menanggung hutang
punya percayanya rakyat menghulurkan bantuan kepada kerajaan.
Permainan politik apa menyebabkan peralihan kerajaan
setelah setahun lebih menjadi kerajaan pilihan rakyat.
Atas perbincangan Agong dengan semua ahli dewan rakyat
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri.
Ketika hari perlantikan TSMY sebagai Perdana Menteri
tak seorang pun menteri Pakatan Harapan datang meraikan
nampak sangat tak setuju pilihan Agong dan ahli Dewan Rakyat
itu tak nama derhaka ke?
Tak sampai sebulan menyandang jawatan Perdana Menteri
negara telah diuji wabak Covid-19
PM TSMY bersama jemaah menterinya bertungkus lumus
tanpa rehat membantu rakyat jiwa dan raga.
Semua rakyat dibantu tanpa seorang pun tercicir
semuanya mendapat perhatian Kerajaan Perikatan Nasional
walaupun parti pembangkang . Alhamdulillah.
Tapi bilamana parlimen bersidang
PMku dikutuk dihina disuruh letak jawatan
agar jawatan PM beralih kepada mereka.
Kalau ya pun nak jawatan tunggulah berakhirnya
pandemik Covid-19 .
Tapi percayalah rakyat tahu nak memilih siapa yang layak
menjadi kerajaan yang memerintah!
pastilah kerajaan kita yang menang!
insya-Allah Aamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
28 Julai 2021
Mungkin imej 1 orang
Abah relax & tenang jer ble org2 sekeliling dia serang depan belakang kiri kanan..
Tu beza nye org yg ada agama.. berilmu dan berahlak.. klu org lain 🙄 lum abis ckp dh bidas.. x hormat dan x beradab..
Tun M plak😑😌 aku anggap dh level moyang2 dah.. so ble dia nk Uturn sesuka hati dia.. ble dia nk #kona lutut bole cecah tanah ble dia nk #willie silap hari bulan org belakang memang jatuh tercarap dibuatnya.. mcm Tun pernah kata Melayu mudah lupa 😅 so utk Tun tu aku hormat x lebih dari seorg yg dh tua.. klu nk pikirkan ape yg dh Tun buat x dpt aku nk gambarkn di muka buku ni 😬
Abah.. sekiranya abah pergi meninggalkn kami selama-lamanya aku rase abah antara #perdanamenterimalaysia pertama yg masuk syurga.. korang tau kenapa? Terlalu ramai yg sumpah seranah abah 😔 sedangkn terlalu byk kebaikn yg abah buat sepanjang pemerintahan abah..
Xpe abah.. Tun M lupa yg abah satu ketika dulu pernah menjadi menteri kabinet di bawah pemerintahan dia.. Lim guan eng lupa yg dia pernah berganding bahu dgn abah utk jatuh kan kerajaan terdahulu.. Dato' Sri Najib juga lupa ingatan yg abah juga pernah berhikmat di bawah pemerintahan dia juga..
Dan sekarang cara mereka menyerang abah umpama tiada kebaikan yg abah pernah sumbangkn selama mengenali mereka2 ini.. Manusia begitu lah resam nya.. dari hubungan seperti bapak dan anak adik dan abang kerna gila kuasa dan harta dunia semua berubah sekelip mata..
Sabar Abah..
satu hari nanti ble abah dah xde baru lah mereka akan mengenang segala kebaikan abah..
Sayang abah 🥰😊
1


SEKALI JATUH CINTA ABADI SELAMA-NYA
Terima kasih duhai teman penawar imanku ...
Kaulah kamus kalbu hati di grup ini
Kau seperti pendeta duyung
Yang menjadi bahan rujukan penghuni duyung
Kalbumu suci dalam iman di sinari Nur Ilahi
Hati mu tiada berjerubu mencemburui
Semuanya kau kasih dalam iman
Semuanya kau hormati dalam kasih suci
Biarpun hidupmu dihabiskan dengan ilmu dunia akhirat
Yang pasti kau mahu menjadi hamba-Nya berjiwa hamba
Biarpun namamu tidak mendapat sanjungan daripada manusia
Asalkan kau dikenali oleh seluruh penghuni langit
Dan Allah Azzawajallah sentiasa meredhaimu
Itulah yang kau dambakan dalam hidupmu
Sepanjangan masa dan tanpa batas waktu
Untuk terus-menerus bernafas
Dalam kalimah suci-Nya
Agar menjadi bukti cintamu pada-Nya
Kekasih yang kau puja
Seumur hidupmu
Sehingga nafas terakhirmu
Kaulah hamba suci moga keikhlasanmu mencintai-Nya
Dibalas menjadi roh suci dengan ketenangan pabila
Di hari Pertemuanmu dengan Kekasihmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Indahnya di saat itu..
Hanya DIA dan kau yang mengerti...
Itulah CINTA YANG KAU DAMBAKAN
Di kala hidup di dunia dulu
Dan direalitikan cintamu
Bukan hayalan tapi
Pastinya realiti
Kerana bila DIA berjanji pasti ditepati
Dugaan yang diberikan padamu
Adalah lambang cinta-Nya padamu
Sekali kau jatuh cinta pada-Nya
Tak akan terpadam
Abadi selamanya
Itulah cinta yang kau, aku dan semua para kekasih-NYa
Dambakan selagi jantung berdetak
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
16 Julai 2012

Walaupun cita-cita sastera yang kudambakan belum tercapai namun aku selalu gambarkan Allah swt sudah realitikan di Syurga...
Allahu Akbar keindahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya kumenangis dalam kesyukuran kerana apa yang kuusahakan tidak akan pernah dihampakan Allah swt.
Janji Allah pasti kerana kuyakin maka kuusahakan walaupun terpaksa berjuang kesendirian
SELAMAT
TINGGAL RAMADHAN
DALAM PENUH KEHIBAAN
AKU MENANGIS MERATAPI NASIB DIRI
ADAKAH AMALAN KU DITERIMA ATAU DITOLAK ALLAH SWT
JIKA DITERIMA BERBAHAGIALAH AKU DUNIA AKHIRAT
JIKA DITOLAK PASTILAH MERANA AKU
HIDUP DI DUNIA INI SERASA KOSONG...
KOSONG TANPA MAKNA
HENDAK KUTUNGGU RAMADHAN DI TAHUN HADAPAN
ENTAHKAN ADA
ENTAHKAN TIDAK
MANALAH TAHU INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU
ALLAHU AKBAR MERANALAH AKU JIKA RAMADHANKU
TIDAK SUDI BERKAWAN DENGANKU LALU ALLAH MENOLAK AMALANKU...
ALLAHU AKBAR
SELALU KUBAYANGKAN AKU SEMPAT MELAKUKAN SEGALA KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT ASALKAN ALLAH TERIMA
LEBIH-LEBIH LAGI DI MALAM LAILATUL QADAR
AKU MENULIS TERUS MENULIS
MUHASABAH DIRIKU MENGINSAFI DIRIKU
ADAKAH AMALANKU DITERIMA OLEH ALLAH SWT
ALLAHU AKBAR ALANGKAH BAHAGIANYA
JIKA AKU MENULIS DI KALA ITU ADALAH MALAM LAITUL QADAR
JIKA ALLAH TERIMA SEOLAH AKU MENULIS SERIBU BULAN BERSAMAAN 83 TAHUN ...DIKIRA BUKAN 83 TAHUN DI DUNIA 83 TAHUN DI AKHIRAT...SEDANGKAN 1 HARI DI AKHIRAT SAMA DENGAN JUMLAHNYA 1000 TAHUN DI DUNIA...ALLAHU AKBAR
YA ALLAH KERANA-MU AKU MENULIS
MENULIS TENTANG-MU AGAR AKU TERTABIYAH DENGAN AJARAN-MU DAN LAMBANG KASIH SAYANGKU PADA RASULULLAH KEKASIH-MU DAN PENULISANKU ITU AKU KONGSIKAN/BAGIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN ALAMMAYAKU ...AGAR MEREKA JUGA SAMA SEPERTIKU MAHU PULANG KE PANGKUAN-MU DALAM DOSA TERAMPUN DAN JIWA YANG TENANG LAGI KAU REDHAI ITULAH YANG AKU DAMBAKAN DAN SEMUA HAMBA-MU HARAPKAN YA ALLAH
MAKANYA TERIMALAH AMALANKU ...TERIMALAH AMALAN KELUARGAKU...TERIMALAH AMALAN SAUDARA SEISLAMKU DAN SEMUA RAKAN ALAMMAYAKU...
JADIKANLAH KAMI SATU PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM YANG IKHLAS SALING BANTU MEMBANTU DEMI MERAIH RAHMAT KASIHMU SEHINGGA AKHIR NAFAS KAMI DAN SEHINGGA DI HARI PEMBALASAN NANTI AAMIIN AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
............................................................................
aku milik-Mu aku hamba-Mu balaslah cinta dan rinduku pada-Mu.
27 RAMADAN 1436H
14 JULAI 2015.
1

CAHAYA KASIH-NYA DI PAGI AIDIL ADHA
Allahu Akbar Allahu Akbar
LaaillaahaillaAllah, Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillailham
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar, Segala Puji Bagi Allah
Segala Pujian Hanyalah Untuk-Nya
Bergema semesta alam memuji-muji-Nya
Di pagi Aidil Adha
Penuh syahdu
Penuh berkat
Aku menyaksikan Kebesaran-Mu
Cahaya-Mu
Dari 7 petala langit
Menembusi 7 petala bumi
Kelompok awan kelabu
Kelompok awan hitam
Berarak perlahan
Di sisi sang mentari
Indah berseri-seri
Bak bulan purnama
Terlalau indah
Aku terkesima
Indahnya sang mentari
Di kala itu
Putih berseri berkemilauan
Aku terpaku
Aku terbius
Memerhatikan
Cantiknya
Sang mentari
Bak purnama
Bercahaya-cahaya
Putih bersih
Berseri-seri
SUBHANALLAH indahnya ciptaan-Nya
Sang Mentari Purnama
Seakan senyum padaku
Pabila aku memandangnya
Tanpa berkelip
Biarpun sekelip mata
Sambil tak henti
Memuji-Mu Tuhan
Betapa gema
Takbir Raya
Aidil Adha
Di pagi Jumaat
Penuh berkat
Meraikan hari kemenangan
Para hamba-Nya
Yang berkorban jiwa raga
Menuju ke jalan-jalan-Nya
Gema takbir
Tanpa henti
Dari malam hingga ke pagi Aidil Adha
Digemakan
Seluruh
Para Malaikat
Yang bertawaf di Kaabah langit
Bertentangan Kaabah di Masjidil Haram
Jutaan hamba-Nya juga bertawaf
Semua-Nya seiring bertawaf
Sambil memuji-muji Allah
ALLAHU AKBAR ALAHU AKBAR
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Sedang asyik
Memerhatikan
Sang mentari purnama
Kelompok-kelompok
Awan hitam dan kelabu
Cuba melindungi
Sang mentari purnama
Aku kehilangan pandangan
Namun sang mentari purnama
Sudi muncul kembali
Aku senyum tanda syukur
Dapat melihat
Keindahan sang mentari purnama
Aku teruja
Memandang cantiknya sang mentari purnama
Aku memuji-muji betapa Pencipta
Sang mentari purnama
Maha Berkuasa
Maha Bijaksana
Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya
Kebijaksanaan-Nya Tiada Tandingan-Nya
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
LAAILLAHAILLAALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAILHAM
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Allah Maha Besar
Allah Maha Besar , Segala Puji Bagi Allah
Dalam aku memuji-muji-Nya
Memuji Kebijaksanaan-Nya
Mencipta indah-NYa
Sang mentari purnama
Aku terus berdoa
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong
Sebagaimana berseri-Nya
Sinar mentari purnama
Di pagi Aidil Adha ini
Kau serikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu
Ke imanku, keluargaku dan semua
Yang membaca karya-karyaku
Aamiin Aamiin Aaamiin Ya Rabbal A'Lamin
Selepas aku berdoa kelihatan cahaya
Sang mentari purnama ciptaan-Nya
Cahaya-Nya dari 7 petala langit
Berpecah-pecah terpancar terus
Menembusi 7 petala bumi
Cahaya-Nya yang terpancar ke bumi
Seperti pantulan cahaya ke arca berbentuk kun
Memayungi bumi
Allahu Akbar Allahu Akbar Walillailham
Indah....indah...indah...
Terlalu indah sinaran cahaya-cahaya-Nya
Aku menyaksikan kenduri cahaya-Nya
Cahaya ....cahaya...cahaya...
Cahaya-Nya
7 petala langit
Menembusi 7 petala bumi
Allahu Akbar Allahu Akbar
LaaillahaillaAllahu Akbar
Allahu Akbar Walilailham
Allah Maha Besar Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Melainkan Allah
Allah Maha Besar, Segala Puji Bagi Allah
Indah Cahaya Kasih-Nya Di Pagi Aidil Adha
Karya Ratu Rimba Niagara
27 Oktober 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA)
27 Oktober 2012
Suka
Komen
Kongsi


PERTEMANAN NILAINYA SAMPAI ALAM BARZAH
Ratu Yang Bersemayam
aksara puisimu menderu bagaikan
angin ternado menghempaskan rasa
rindu disaat aku duduk termenung
di malam sepi terurai dalam kalbu
walaupun hanya sebatas impian kulalui
rasanya ratu perpuisian dalam aksara puisiku
menjelma bersemayam dalam setiap bait
kubacakan disaat aku menghirup udara segar
dengan cappucino panas menghangat sekujur
tubuhku sepertinya batang pohon terkesima
menantikan belaian kasih pertemanan tak
terhingga nilainya sampai alam barzah
apa gerangan ?puisi kau tuliskan dengan
ketulusan hati terlukiskan dalam hayatku
di mana aku terkapar di batu karang menjulang
di atas langit menyambut kedatangan seorang
ratu rimba niaga tercantolkan di sebuah batang
pohon di sebuah hutan belantara
sungguh kata dan kalimat terurai
terlukiskan dengan nada mengharukan hati
nan permai kucetuskan bahwa penyair
sementara terpesona akan kata semanis madu
terlupakan tidak sampai aku berjalan ke ujung dunia
siamir marulafau 27052013>puisi buat teman
Pradita Fia Bundaku sayang / parasmu yang cantik/melambangkan hatimu yang dermawan/kalimatmu yang menyejukan/ untaian kata yang selalu kurindu/ saat kugundah/percikan nadamu/bangkitkan hati yang terluka/ sejukan jiwa yang kerontang/ dan memberikan semangat/ seperti mentari yang tak bosan berkunjung....
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Yang membuat kita rasa sempurna bilamana sahabat kita ikhlas bersahabat kerana Allah Taala dan setiap kali berkata-kata menenangkan roh dan jasad.
Itulah sahabat sejati berazam bersama mematrikan persahabatan hingga ke Syurgawi. Insya-Allah Aamiin.
14 Muharram 1434H
28 November 2012M
Di saat terakhir aku memandang wajahmu ibu... bagaikan memandang indahnya purnama...
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
moga Syurga lah tempatmu ibu Aamiin.
MAKRIFAT CINTA
Makrifat cinta bermakna saling menyayangi kerana Allah SWT membuatkan hati ada taman berbunga iman menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.
Ikatan silaturrahim dalam persahabatan sentiasa ikhlas dengan niat bersama menuju jalan-jalan ke SyurgaNya.
Sentiasa redha apa jua takdirNya percaya setiap takdir pasti ada hikmahNya yang indah.
Jika hati dilukai tak akan ada rasa kecewa kerana yakin Allah akan menggantikan yang lebih baik.
Lalui hidup dengan sentiasa bersangka baik dengan Allah Azzawajallah kerana Allah SWT mengikut prasangka hambaNya
Memahami apa rencanaNya di situlah adanya Makrifat Cinta
"ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA MAHUKAN TAPI ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN,"
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI
DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN KEBAHAGIAAN UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surah Al- Farj 27-30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
·
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya mereantsi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KH. Abdullah Gymnastiar
·
Pastikan kita selalu berterima kasih atas sehalus apapun kebaikan orang, dan jangan berharap terimakasih atas sebesar apapun amal kita
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 Ogos 2021



YA ALLAH JIKA ADA PAHALA DI SETIAP PENULISANKU SAMPAIKANLAH PAHALA ITU KEPADA KEDUA ORANG TUAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.

0 comments:

Post a Comment

 
;