SASTERA ANUGERAH-NYA TERINDAH (173) SALING MENYAYANGI KERANA ALLAH
TERIMA KASIH KIRIMAN MAWAR MERAH SYURGA
Terima kasih sahabat kerana sudi menghargaiku...
Kumenyayangimu demi-Nya
Dan kau menyayangiku demi-Nya
Saling sayang
Saling merindui
Saling berkasih sayang
Saling berbagi ilmu dunia akhriat
Semua-Nya demi-Nya
Indah bersahabat denganmu
Berkata-kata indah
Seperti ahli Syurganya kamu
Aku dibuai dibuai
Madah pujanggamu
Mensyahdukan imanku yang selama ini ketandusan
Kau kejutkan aku dari kelalaian pilihanku sendiri
Hidupku selama ini penuh dengan pesona dunia yang melalaikan
Kau tak jemu mengirimkan padaku
Jambangan-jambangan mawar merah Syurga
Yang kau petik dari Taman-Taman Syurga
Dan tanpa merasa rugi
Kau berikan padaku jambangan bunga mawar Syurga
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
Wangi-Nya kiriman mawar merah Syurga kirimanmu itu
Membuatkan hidupku amat berarti
Aku mula menghargai hidupku yang salama ini terlalai
Yang selama ini utamakan kehendak dunia daripada kehendak akhirat
Bertuah aku punyai sahabat sepertimu
Sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat
Tentang negeri abadi yang tak akan kembali lagi ke dunia
Peluang untuk kali kedua tak akan diberi lagi
Untuk menebus segala kesalahan
Biarpun aku menangis air mata darah sekalipun
Aku tak akan dihiduokan kembali
Untuk aku beramal soleh
Walaupun hanya sekadar menyebut satu perkataan Allah
Yang bilamana dilafazkan dengan ikhlas
Boleh dikira pahala yang berlipat kali ganda
Itu belum lagi aku beramal soleh yang lain
Semuanya ada ganjaran pahala dari-Nya asalkan ikhlas
Terima kasih sahabat akhiratku
Aku terhutang kasehNya Syurga padamu
Syurga itu adalah tempat hambaNya
Yang baik -baik sepertimu
Maka kupohon pada Allah Yang Maha pemakbulkan doa
Memberikan kebahagiaan dunia akhirat untukmu
Dan memasukkanmu kedalam roh-roh mereka yang beramal soleh
Dan Allah dengan Rahmat Kaseh-Nya yang tanpa batas
Yang sukakan kepada kebaikan para hamba-Nya
Memasukkan aku juga kedalam roh-roh hamba-Nya yang
Beramal soleh...biarlah masa hidup ini kudoakan untuk diriku
Untuk dirimu agar bila sampai saatnya nanti kita dijemput Ilahi...
Inilah doa yang akan dibacakan oleh mereka yang menyayangi kita
Kerana-Nya untuk kita yang telah tiada di dunia ini....
Terima kasih sahabat akhiratku....
Kusayangimu demiNya
Harap sudi menyayangiku demiNya...
Insya-Allah di Syurga kaseh kita terpatri
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Ku tunggumu di Pintu Syurga
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
Sahabat Akhiratmu Yang Menyayangimu Demi-Nya,
Ratu Rimba Niagara
27 Muharram 1435H
1 Disember 2013M
YA ALLAH KURNIAKAN AKU SAHABAT YANG SENTIASA IKHLAS
MENGAJAK DAN MEMIMPIN AKU KE JALAN SYURGAMU
Kutertanya-tanya pada diriku adakah aku layak menghuni Syurga?
Sedangkan amalan yang kubuat tak setimpal balasanNya Syurga
Sedangkan dosa setiap hari bertambah bertimbun dengan meningkatnya usia dan mendekatnya kematian
Ya Allah kusentiasa memerlukan Nur Hidayah KasihMu
Kusentiasa memerlukan pengampunan dariMu
Kurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa ikhlas denganku memimpinku...mengajakku ke jalan SyurgaMu
Sayangilah aku sayangilah mereka...
Hidupkan roh dan jasad kami saling dahagakan ilmu agar sentiasa takut akanMu sentiasa MengagungkanMu Menge-EsakanMu di setiap masa di setiap ketika hingga terhenti nafas...Amin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH KURNIAKAN AKU SAHABAT YANG SENTIASA IKHLAS DENGANKU
UNTUK MENGAJAK DAN MEMIMPIN AKU KE JALAN SYURGAMU
Kutertanya-tanya pada diriku adakah aku layak menghuni Syurga?
Sedangkan amalan yang kubuat tak setimpal balasanNya Syurga
Sedangkan dosa setiap hari bertambah bertimbun dengan meningkatnya usia dan mendekatnya kematian
Ya Allah kusentiasa memerlukan Nur Hidayah KasihMu
Kusentiasa memerlukan pengampunan dariMu
Kurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa ikhlas denganku memimpinku...mengajakku ke jalan SyurgaMu
Sayangilah aku sayangilah mereka...
Hidupkan roh dan jasad kami saling dahagakan ilmu agar sentiasa takut akanMu sentiasa MengagungkanMu Menge-EsakanMu di setiap masa di setiap ketika hingga terhenti nafas...Amin Ya Rabbal A'Lamin
Senyummu senyumku dalam keimanan selalu,
Salam diberi salam dijawab seikhlas hati;
Kita semua hambaNya muhasabah diri selalu,
Dengan harapan memohon redhaNya dikala hidup dan mati.
USIA YANG TERSISA INI KU TAK PERLU HIDUP KEPURAAN BAHAGIA
Terlalu jauh perjalananku...
Telah hancur selumatnya hatiku..
Namun kucuba bangun dari jatuh yang panjang
Namun kucuba senyum dalam duka kelat yang perit
Rasa sudah tak tertanggung lagi aku melaluinya
Justeru aku tak perlukan rakan yang ramai keliling pinggang
Ku tak perlukan rakan yang senyumnya membuatku rasa pahit
Usia yang tersisa ini ku tak perlukan hidup kepuraan bahagia
Yang ada di hati mahu hidup bersama mereka yang mengerti
Memimpin dan mengajakku ke jalan SyurgaNya
Usiamu terlalu muda...
Masa depanmu masih perlu banyak lagi dilalui
Tidak sepertiku menantikan panggilan Illahi
Ku mesti sentiasa muhasabah diri
Dunia sasteraku adalah duniaku
Biarlah aku dengan duniaku
Berkarya agar kudapat meraih kasih dan sayang
Kasih sayang penghuni bumi setulus hati
Biarpun setelah kutiada di dunia ini
Baru kudapat balasan kasih...
Itu sudah memadai...
Kerana terlalu kasih dan sayang pada mereka
Kutulis apa yang ada di hati
Kutulis dengan air mata kasih dan sayang
Kutulis dengan tinta darah perjuangan
Agar satu masa nanti mereka akan tahu betapa aku sayangkan mereka dan mereka sayangkan aku...kasih sayang mereka nanti padaku... terbuka hati mereka untuk menghadiahkan aku sepotong Al-Fatihah untukku....Allahu Akhbar itu adalah lebih bermakna daripada dunia dan seisinya!
Ya Allah aku menulis kerana kasih sayangku kepada semua yang berhidup di muka bumi ini
Ya Allah aku menulis demi mendapat redhaMu
Ya Allah ampunkan aku
Ya Allah Sinarkan Nur Hidayah KasihMu padaku dan kepada mereka semua yang menyayangiku keranaMu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha Ns
7 Muharam 1433H
3 Disember 2011
KENAPA HAMBA MENULIS
Terhenti nafas terhentilah pena bermaksud ....menulislah selagi ada peluang untuk menulis...selagi ada peluang hidup...jika sudah dijemput Ilahi maka tidaklah menulis lagi sih....bahan-bahan yang ditulis masih ada lagi dibaca oleh yang hidup ....sebab itu jika boleh mahu hidangkan bahan tulisan yang tenang jiwa dan menangkan kalbu...tujuan menulis bukanlah mahu mengajar si pembaca tapi adalah muhasabah diri sendiri yang hidup ini akan mati akhirnya akan tinggalkan dunia ini walau siapapun kita.
Sebab-sebab menulis:
1) Menghargai bakat Kurniaan Allah SWT
2) Melahirkan rasa cinta kepadaNya
3) Mengajak pembaca saling berkasih sayang kerana Allah SWT
4) Muhasabah diri sendiri
5) Menghargai apa yang diCiptakan Allah SWT di langit dan di bumi
6) Bahan yang ditulis tanda kasih kepada kepada generasi kini dan akan datang
7) Ingin mencurahkan bakti kepada raja, pemerintah, kesatria, rakyat.
Inginkan menghargai kewujudah warga rimba kerana di rimba ini penulis mendidik jiwanya
9) Ingin menulis bahan-bahan yang boleh menginsafi diri
10) Moga bahan-bahan yang ditulis ada nilaian di Sisi-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.Insya-Allah Aamiin.
Bahan penulisan yan ingin dijelakkan:
1) Membangga diri merasakan diri hebat tika menulis
2) Mengwujudkan budaya mengadu domba
3) Mengwujudkan pergaduhan sehingga memutuskan silaturrahimi
4) Menulis bahan-bahan yang boleh membuatkan merendahkan martabat seseorang
5) Menfitnah, menghina kerana merasakan diri sempurna baik
Kerana sebab-sebab yang dinyatakan di atas hamba hanya memerlukan rakan-rakan fb yang aktif untuk menyubur suburkan jiwa hamba untuk terus menerus menulis. Jika rakan fb ingin menjadi rakan fb yang kekal tolong hidupkan akaun fb anda dan sudi berkomukasi dengan karya hamba walaupun sebaris perkataan. Mereka yang senyap ...sepi....tolong dapat memahami jiwa hamba. Selagi senyap sepi maafkan hamba ...hamba terpaksa sepi juga biarlah sama-sama sepi hingga ke nafas terakhir.Sebelum tinggal meninggal mohon dimaafkan atas sepimu .
Rakan fbku....hamba hanya mahu karya hamba di beri pendapat secara bernas kerana
karya-karya hamba di tulis tujuannya hanyalah yang positif dan yang positif itu mahu
dimantapkan lagi agar lebih positif. Bukan meminta teman fb merendah-rendahkan karya yang ditulis . Jika inilah niat rakan fb harap tinggalkan hamba sebagai rakan fb atau hamba akan tinggalkan rakan fb....maaf rakan fb hamba hanya perlu yang menyokong perjuangan hamba bukan menghina bahan penulisan hamba.
Rakan fb....jika kamu masih berdiam diri tanpa mahu memberi sokongan pada hamba
harap maafkan hamba ....hamba tak dapat untuk meneruskan rakan fb yang sepi menyepi.
Sekian harap maklum.
Moga dengan luahan ini rakan-rakan fbku faham kenapa hamba menulis kenapa hamba ingin
bersahabat denganmu. Harap dimaaf jika tersalah bicara. Maaf sampai kapanpun.
Sekian. Wassalam.
'TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA'
Yang mengharapkan rakan fbku mengerti akan daku,
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
ISTANA RIMBA NIAGARA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
19 Muharram 1434H
3 Disember 2012M
DIPAYUNGI NUR KASIH ILAHI
Dalam bicara kata yang bisu
Masih tercari-cari jawaban yang pasti
Menuju ke destinasi cinta berbunga rindu
Disulami cinta pasakan tauhid
Di kalbu pasrah dalam
Ketentuan takdir
Yang telah tercatat di Lauhmahfuz
Itulah jawapan yang pasti
Kuimani dalam lubuk hati
Dipayungi Nur Kasih Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
21 November 2012
wKUMILIK-MU TUHAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah aku mulakan berkarya
Ya Allah kurniakan aku ilham
yang membuatkan jiwaku tenang
setenang air di kali Syurga
menjadi ladang amalku
sedekah jariahku
saham akhiratku
semua-Nya ada nilaian di sisi-Mu
berkarya kerana-Mu
bukan mahukan pandangan manusia
tapi hanyalah pandangan-Mu
jika aku berkarya mahukan dipandang manusia
aku sombong dan bongkak
jika pandangan-Mu
membuatkan aku teruja
menulis terus menullis tentang
Kebesaran-Mu
Keagungan-Mu
Keesaan-Mu
segala urusan dunia akhir-Nya berpulang kepada-Mu jua
aku mahu pulang dalam bekalan amal yang Kau redhai
pulang bertemu-Mu dalam fitrah-Mu
seperti aku baru dilahirkan ke dunia
jika itu yang Kau Perkenankan
tenang jiwa dan rohku
pasti indah pertemuan Kau dan aku di kala itu
AAmiin AAmiin AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
"TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZIN-MU JUA PADA-MU KUSANDARKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRATKU KERANA SEGALA-NYA MILIK-MU"
......................................................
kuMilik-Mu TUHAN
19 Syawal 1435H
15 Ogos 2014
Assalamualaikum shbt2...
Tegakkan tauhid....tebarkan sunnah...
MOGA ALLAH MENYATUKAN KASIHKU KASIHMU KERANA KASIH KAU DAN AKU TELAH SERASI SEJAK AZALI SERASI DI DUNIA SERASI DI SYURGA AAMIIN
TUJUH PETALA LANGIT TUJUH PETALA BUMI BERSAMA MEREALITIKAN CINTA-NYA
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI
INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....aamiin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
3 Disember 2021
0 comments:
Post a Comment