Rabeah Mohd Ali Tujuan disiarkan adalah untuk memberitahu
rakyat Sabah bahawa pemimpin mereka bukan berdiam diri setiap
aduan yang dikemukan tetapi ingin membantu sedaya mungkin...
itu yang tersiratnya.
about an hour ago · Like
Datuk Mohd Jeffry Rosman salam rabeah, saya amat hargai segala
sumbangan rabeah kepada semua group kerana itulah caranya...
dan saya memohon dari rabeah untuk mengupas isu air dikudat itu
secara prolifik..saya akan berhubung dgn MP Kudat iaitu Datuk Abd
Rahim Bakri secepat mungkin sebagai jawapannya yang masih menghantui
oragn kudat..
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali Waalaikummussalam ...terima kasih kepada datuk
kerana memahami apa yang ingin saya sampaikan. Saya tidak dapat
memberi penerangan secara terperinci mengenai masalah air rakyat
yang berada di kudat. Justeru saya memohon jasa baik datuk berhubung
terus dengan rakan facebook saya Awang Karim Kadir kerana dia lebih
arif mengenai masalah ini. Saya cuma memahami apa yang diluahkan
rakyat kudat melalui wall facebook saya saja.
about an hour ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA YANG DIRAIKAN
PADA 16 SEPTEMBER 2011 MASALAH YANG DIHADAPI RAKYAT KUDAT DAPAT
DISELASAIKAN SETELAH MENAHAN KESABARAN SELAMA 30 TAHUN DAN MEMBUAT
ADUAN SUDAH 30 TAHUN MENANTI KEPUTUSAN MANA TAHU AKHIRNYA BERJAYA
ADUAN MEREKA DITERIMA KERAJAAN MEMERINTAH! BARULAH HARI MALAYSIA
INI BERERTI BAGI MEREKA! TERIMA KASIH YB DAN KEPADA MEREKA YANG
TERLIBAT DALAM MENYELESAIKAN ISU AIR RAKYAT KUDAT SABAH.
about an hour ago · Like · 1 person
Rabeah Mohd Ali Air Oh Air; dimana kau air..?
by Awang Karim Kadir on Thursday, September 8, 2011 at 1:23pm
Sembilan puluh peratus kehidupan manusia bergantung kepada air
sebagai sumber kehidupan. Masalah kekurangan air bersih yang
selamat untuk diminum di Kudat masih belum dapat diatasi sejak
lebih tiga puluh tahun yang lalu. Hanya dua kali seminggu air
mengalir dan menakutkan untuk di minum kerana telah dikenal
pasti sebagai kurang selamat kerana kandungan klorin didalamnya
yang berlebihan dengan warnanya yang kekuningan bertagar.
Bagaimanakah nasib orang-orang di Kudat ini yang semakin hari
semakin terhimpit oleh keadaan dan semacam dalam ancaman keselamatan
secara halus melalui pemakanan. Kepada siapakah harus diajukan dan
dipertanggungjawabkan..? Yang nyatanya wakil rakyat tidak berfikir
untuk rakyat; rakyat dibiarkan melarat dan tidak selamat...
Like · · Share
Rabeah Mohd Ali Berdoalah moga masalah air dihadapi di tempatmu
dapat diselesaikan dengan segera ye. Telah kukemukakan masalah itu
kepada sahabatku Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman. Dengan izinNya
masalah ini selesai dengan kadar segera hendaknya.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Awang Karim Kadir Aaamiiiinnn...
Masalah air di Kudat bila nak selesai YB ya,
Kesihan rakyat Kudat kita ni;
Katanya air yang diminum amat menakutkannya,
Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni.
Tolonglah YBku tolonglah selamatkan mereka ni,
Jangan tunggu sampai pilihan raya baru nak diuruskan;
Walaupun sudah 30 thn masih setia mengundi,
Mengundi YB tapi adakah ini balasan yang diberikan.
Jangan tunggu sampai mereka naik bosan,
Nanti jangan salahkan rakyat pula:
Kerana YB mereka membosankan,
Kalau YB di tempat mereka macam mana pula.
Demi negara mereka tetap setia,
Mengundi YB agar mengasihani;
Perwira pertaruh nyawa demi negara,
Rakyat Kudat pertaruh air tercemar demi negara ini.
Moga YB terbuka hati celekkan mata,
Bertindak segera demi rakyat Kudat ini;
Semuanya pejuang yang harus dibela,
Berjuangkan negara biarpun sengsara di hati.
Rabeah Mohd Ali 'SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA & HARI
KEMERDEKAAN NEGARA TERCINTA KE-54' Moga Hari Malaysia
ini memberi erti kepada Rakyat Kudat seluruhnya!
Kalian semua pejuang-pejuang sejati!
Awang Karim Kadir
Ya,benar Rabeah rakyat di Kudat ini ada cucu cicit para
pejuang yg telah membebaskan Sabah drp penjajah Inggerish
dan Jepun. Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah
Pahlawan Sabah yg telah menentang Chartered Companny
British.Datu Mustapha adalah pejuang gerila menentang
Jepun dan bpk kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami cucu
cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina.
terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup
seperti status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian
lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi berstatus
'Stinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara
sudah merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih
belum bebas dan merdeka sepenuhnya...Bagaimanakah kami
dapat berbangga dgn kemerdekaan ini...?
Awang Karim Kadir Allah hu akbar!!!
Awang Karim Kadir Moyang kami yang membuka tanah penempatan
di Kudat dan Pulau Timbang Sandakan; Datu Muhammad Hasan
dan Datu Muhammad Saleh, tetapi penjajah telah melupuskannya
daripada catatan sejarah...
Rabeah Mohd Ali Gunakan kebijaksanaanmu untuk mendapat hak
kamu semula....duhai anak cucu cicit Pejuang Sabah!
(PETIKAN DARIPADA WALL DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN & AWANG KARIM KADIR
& RABEAH MOHD ALI)
23 Disember 2011
Like · · Unfollow Post · 2 hours ago
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment