>>Gelaran dan tarikh dalam Undang-Undang Kedah<<
Salam hormat dan selamat sejahtera. Sudah lama kami tidak bertemu saudara/i dalam blog ini. Harap saudara/i dalam keadaan sihat dan dipelihara oleh Allah hendakNya. Ahli-ahli kami sedang sibuk menguruskan satu pertemuan keluarga Syarif Yang Di Pertuan Negara Kedah dimana dijangkakan seramai 5000 ahli keluarga baginda akan berkumpul buat pertama kalinya dalam sedikit masa lagi. Pada masa yang sama kami juga meneliti beberapa buah buku, sebagai sumber sekunder yang ada menyebut dan membuktikan mengenai kerajaan Benua Siam ini beragama Islam. Untuk itu, kami mulakan dengan Undang-Undang Kedah terlebih dahulu.
Ramai yang bertanya kami dari mana datangnya nama Syarif Yang Di Pertuan. Sebenarnya nama baginda ada disebut dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 42 dan 43. Walaupun nama ini dikecilkan ‘s’ nya, tetapi hakikatnya itu lah nama baginda. Mungkin penyelenggara tidak mengetahui siapa Sharif ini sebenarnya lalu dieja seperti nama biasa dengan huruf 's' kecil. Namun begitu bagi kami yang mengetahui peranan dan nama baginda cepat mengenal pasti walaupun ‘tersembunyi’.
“Dan, kebesaran syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan, duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itulah raja”.UUK.m.s 42
Panglima negeri ketika itu adalah Perdana Menteri Mangkubumi dimana disebut Syarif berada di atas beliau sebagai raja yang memerentah.
“Dan, adalah adat segala hamba raja itu dipersalini oleh Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Setar adanya.
Daripada Hijrah Nabi sallallahu alaihi wasalam,seribu seratus sembilan puluh sembilan (1785 masihi), iaitu tahun Ha, pada dua puluh delapan hari bulan Safar, hari Isnin, bahawa pada ketika itu maka adalah titah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia ke atas jemala Datuk Bendahara menyuruh muafakat dengan segala pegawai mengaturkan segala adat pada fasal menyatakan aduran hamba Allah Taala”.UUK,m.s 43
Berlainan dengan buku-buku penulisan sejarah dan sastera lain, sesebuah undang-undang itu adalah sentiasa tertakluk oleh pindaan. Tujuan diadakan pindaan rang undang-undang adalah demi penambah baikan kepada undang-undang yang sedia ada. Amalan ini masih lagi berlaku hingga kehari ini dalam sebuah Negara demokrasi. Begitu juga dengan Undang Undang Kedah yang mana teks asalnya bertulisan jawi sudah pasti disalin secara berperingkat-peringkat semenjak dari zaman Sayyidina Ali wa maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh (812 masihi).
Sudah pasti diantara sebab-sebab pindaan rang undang-undang ini dibuat kerana keperluan semasa, penggunaan bahasa, takrif, penulisan, pengaruh Parsi, perniagaan dan perdagangan dsbnya. Walau bagaimana pun ia tidak lupa menyebut nama raja-raja yang memerentah terdahulu untuk dijadikan contoh bagaimana undang-undang dizaman mereka telah dilaksanakan.
Dalam tahun-tahun akan datang, perubahan bahasa dari bahasa kawi ke jawi amat penting berikutan ada catatan yang mengatakan sekiranya seseorang itu tidak memahami Bahasa melayu, dianggap sebagai tidak terpelajar. Jelas bahasa Melayu sebagai bahasa Nusantara turut mempengaruhi kesemua aspek kehidupan termasuklah penulisan dakwah Islamiah seperti kitab-kitab, hikayat, riwayat dll.
Hingga hari ini kita dapati bahasa Melayu masih lagi digunakan di Nusantara sebagai bahasa komunikasi lantas melampaui bahasa daerah masyarakat setempat itu sendiri. Ada pendapat agak ektremis mengatakan bahawa Melayu itu asalnya bahasa bukannya bangsa sepertimana hari ini. Kami serahkan kepada saudara/i untuk memikirkannya.
“Bermula adalah dibicarakan Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Dipertuan Yang Maha Mulia menyuruh perbuat undang-undang bandar kepada datuk-datuk yang tersebut itu supaya tetap adat bandar dan pekerjaan syahbandar dalam negeri islam”UUK,ms2.
Jelas bahawa segala penulisan dan fasal-fasal yang disebut dalam buku ini adalah berkenaan dengan undang-undang Islam, untuk orang-orang Islam dan bukan Islam juga. Kedatangan pedagang-pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan dalam negara Kedah untuk berdagang sudah pasti, mereka turut terikat dengan peraturan-peraturan ini. Tujuannya adalah untuk menetapkan adat bandar (dimana bandarnya?), tugas-tugas dan tanggungjawab Syahbandar didalam sebuah negeri Islam. Kita tahu penggunaan jawatan Syahbandar dan tugas-tugas Syahbandar disebut dengan jelas dalam undang-undang Kedah. Hakikatnya, hari ini kita juga tahu bahawa jawatan Syahbandar ini turut digunakan di pelabuhan Ayuthia dizaman dahulu.
Sepertimana tercatat dims 2, terdapat gelaran-gelaran yang hingga kini tidak digunakan lagi oleh mana-mana kesultanan dalam negeri-negeri di Malaysia. Gelaran-gelaran tersebut ialah
1) Syah Alam Yang Maha Mulia, dan
2) Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia
Gelaran seperti diatas sangat penting untuk kita mengetahui siapakah yang memerentah dan waktu pemerentahannya. Timbul tanda tanya kepada kita, siapa kah yang memakai gelaran ini, yang mana setiap arahannya di sebutkan sebagai titah. Di permulaan teks disebut (m.s 1) mengenai titah Syah Alam Yang Maha Mulia suruh salin ambil taruh Undang-undang Datuk Besar di Hulu. Titah ini diberikan sekitar tahun 1060 Hijrah bersamaan tahun 1650 masihi oleh Sultan Mahmud Syah Melaka kerana pada ketika itu baginda masih ada dan memerentah di Melaka (rujuk mukasurat 98 perenggan 3). Titah baginda ialah supaya dibuat salinan (sebab dahulu tiada mesin pencetak) dari teks yang lebih awal untuk disimpan dan dijadikan rekod kerajaan.
Untuk kita mengetahui dari teks manakah ia disalin, kita lihat muka surat 2 dimana disebut bahawa undang-undang yang disalin semula itu adalah dari undang-undang zaman Raja Setia Bijaya namanya dan Raja Jalil Putera menjadi Syahbandar. Raja Jalil Putera adalah anakanda kedua (daripada 3 putera dan seorang puteri) kepada Sultan Rijaluddin Muhaammad Johan Syah. Susunan anakanda baginda adalah seperti berikut
1. Kaifa Tabim Sheikh Ali menjadi raja di Toung Oo, Burma
2. Putera Jalil @ Khun Warawangsa
3. Tunku Nur Aisyah @ Mahin Inta Tiral berkahwin dengan Zahiruddin bahadur Syah, Raja Monggol India.
4. Sultan Mohammad Yusuf, Raja Pasai bergelar Chakraphat.
Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah(1424), bergelar Parameswara Melaka dan baginda berkahwin dengan adinda perempuan Laksemana Cheng Ho. Nama Parameswara adalah gelaran kepada pemerentah dan ia turut digunakan di Burma dan Kemboja.
Seperkara lagi ialah bagaimana mungkin kita mengatakan Portugis menyerang dan menguasai Melaka dalam tahun 1511 sedangkan hubungan dengan Gabenor (Gurnador) Portugis pula ada disebut pada muka surat 15 berkenaan dengan kaedah menyambut surat kompeni. Pada pendapat kami, catatan Melaka diserang Portugis adalah versi catatan tempatan.
Melaka sebagai wilayah Benua Siam telah keluar dari wilayah berikutan raja daerah yang pergi sendiri ke China dan mendapat pengiktirafan oleh Maharaja China. Catatan sejarah ada menyebut bahawa Siam pernah menyerang Melaka kerana keluar dari wilayahnya namun dihalang berbuat demikian oleh Maharaja China. Selepas tarikh itu hubungan perdagangan Siam Melaka pun mula merosot, mengikut catatan Tom Pires.
Berikutan kematian Laksemana Cheng Ho yang mengawal Selat melaka dan hilangnya minat Maharaja China untuk menjaga Nusantara, Maharaja Siam telah melantik tentera Portugis untuk mengawal Nusantara bagi pihaknya. Portugis dengan 'backing' kerajaan Benua Siam dan Monggol india telah merampas kembali negeri melaka dari Raja daerah. Ada laporan mengatakan selepas merampas Melaka kembali, mereka pergi ke Ayuthia mengadap Maharaja Siam kerana tugas yang diberi telah dilaksanakan. Orang Portugis ini adalah kafir zimmi yang tidak menentang Islam kerana mereka telah lama bertapak di Khalingga dan di Goa India, iaitu jajahan Raja Monggol India yang beragama Islam.
Turut di sebut hubungan baik dengan raja yang memerentah Singgora, Patani, Ligor, Jambi Sumatera, Raja Perak (bukan Sultan Perak). Undang- undang Kedah tidak menyebut Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani sebagai bukan Islam. Kaedah menerima surat raja mereka sama seperti raja perak dan raja Jambi di Sumatera dan tidak sama dengan kompeni (Portugis) dari Melaka, Khalinga dan Gujerat (disebut kafir). Ini sekali gus membuktikan Raja Ligor, Raja Singgora, Raja Patani beragama Islam berdasarkan kepada cara penerimaan atau sambutan surat rasmi kerajaan.
Berbalik kepada soal gelaran, untuk kita mengatakan gelaran ini dulunya digunakan oleh Sultan-sultan ketika itu adalah tidak munasabah kerana gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah menteri yang saudara kepada raja (ms 30 dan 36) sementara Paduka Seri Mangkubumi adalah Perdana Menteri kepada Syah Alam Yang Maha Mulia yang memerentah Benua Siam Kedah. Hubungan kekeluargaan ini masih terjalin hingga kini walaupun pihak waris tidak memegang apa-apa tampuk kekuasaan.
Di muka surat 30, dalam memperkatakan mengenai adat raja Johor, disebut
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.
Perlu kita ingat bahawa semua adat istiadat yang disebut sebelum ayat ini seperti meminang, hantar cincin, kebesaran Bendahara, kebesaran temenggung, kebesaran Bentara, kebesaran Laksemana, adalah adat raja-raja di Benua Siam. Adat-adat ini masih lagi digunakan hari ini di Malaysia. Juga, semua keterangan ini dieja menggunakan teks jawi bukannya teks bahasa lain.
Semakin jelas kepada kita, sekiranya kita meneliti dengan ilmu, Raja Besar Benua Siam dizaman dahulu itu beragama Islam.
PS : Dewasa ini terdapat banyak blog sejarah yang baru dibuka oleh peminat sejarah dengan tujuan dan objektif yang berbeza-beza. Walaupun kami mengalu-alukan pembukaan blog penulisan sejarah, kami mohon untuk menjauhkan diri dari blog-blog yang jauh menyimpang. Untuk makluman semua, kami tidak ada kaitan dengan mana-mana blog lain samada yang lama atau baru. Objektif kami tetap seperti dahulu dan penulisan kami hanyalah terhad diblog ini sahaja. Sekian, harap maklum.

1 comment:
Parameswara adalah berasal perkataan Sanskrit yang bermaksud pemerentah lelaki atau raja lelaki.Parameswara=permaisura.Untukraja perempuan pula, permaisuri.
Memang banyak pengaruh bahasa Sanskrit kepada perbendaharaan bahasa Melayu seperti perdana, purnama, putera, utama, dupa, kencana, nestapa, sukma, jaya, seri dan lain-lain.
Bahasa Melayu pada hari ini asalnya daripada pelbagai bahasa seperti Arab,Parsi,Sanskrit, pelbagai dailek India dan Cina, Latin, Inggeris, bahasa orang Asli yang bercampuk aduk dengan bahasa Siam sebagai bahasa suku Melayu yang paling awal serta dipertuturkan oleh kelompok awal yang berhijrah daripada Yunan ke Asia Tenggara.
Links to this post
What is historical reality?
"Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased.If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change"., The Jakarta Post, July 2005.
ZIKIRULLAH
Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Al- Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah
MB Kedah
Menteri Besar Kedah yang baru, Dato' Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Universiti Teknologi MARA
Kami memperjuangkan agenda Melayu Islam hari ini
Renungan
>>About Us
Translate
>>MASA ITU EMAS/TIME IS GOLD<<
More Goodies @ NackVision
Hadis
Ingatlah wahai saudaraku, menegakkan kebenaran sejarah Islam adalah juga jihad ke jalan Allah.
Janganlah kita bersekongkol dengan mereka terdahulu yang berusaha untuk membunuh Islam. Di atas kebenaran perkembangan sejarah agama Islam, bertindaklah dalam kapasiti anda sebagai seorang Muslimin. Walau sekecil mana sumbangan anda, ia pasti tetap diredhai Allah kerana membela agamanya.
-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-
Followers