DURIAN OH! DURIAN
Ratu Rimba Niagara shared Bunda Ratu Negari I's photo.
DURIAN OH! DURIAN
Durian oh! durian
buah kegemaran
keluargaku
Banyak pengalaman yang melucukan
bila diingati...
ada yang syahdu ada yang kelakar
untuk kuceritakan pada teman-teman alammayaku
Kenangan bersama nenek,,,,
sebelum subuh nenek akan mengejutkanku
pergi mencari durian yang gugur
pokoknya tidaklah banyak sangat adalah dua pokok durian
nenek suluh aku yang kutip
aku teruja mengutip buah durian
dihitung dapat 6 biji durian
nenek juga mengajar aku makan nasi dengan durian
sehingga sekarang aku suka makan nasi dengan durian
hehehe itulah kenanganku bersama aruah nenek tersayang
Kenangan bersama bapa dan ibu
bapaku seorang yang penyayang
ibuku adalah cinta pertama dan terakhirnya
pasangan bahagia cinta sejatinya sehingga ke akhir hayat
hasil daripada cinta sejati dikurniakan 10 anak
aku anak yang ke sembilan...
aku amat rapat dengan bapaku
dan kegemaran keluargaku adalah buah durian
setiap kali musim durian bapa dan ibuku membawa aku
ke dusun durian untuk memborong durian
musim durianlah yang mengujakan aku
apa tidaknya bapa dan ibu akan membahagi bahagikan
buah-buah durian yang dibeli dari dusun kepada anak-anaknya
dibahagi bagi dapatlah lima biji seorang
banyak tu...kerana aku tak mahu durian aku
diambil oleh kakakku, aku menyorokkan buah durian
ditempat rahsia. Yang kelakarnya sorok punya sorok
terlupa hendak makan sehingga buah durian
menjadi busuk...hehehehe
Kenangan bersama kawan-kawan,,,,,
"Ruby...kalau kau cari suami ...suami yang macam mana ya...." tanya kawanku
Rita.
"Aku kalau dia ada dusun durian aku terima aje..."
"Ai mentang-mentang suka durian tak akan nak cari suami ada dusun durian...
kelakarlah engkau ni ...."
"Dah engaku tanya aku jawablah...setidak-tidaknya bila musim durian aku
boleh jemput kau datang sekali kutip durian di dusunku...macamlah aku tak tahu
engkau pun suka durian kan3 hehehe"
"hehehe kalau macam tu aku doakanlah kau dapat suami yang ada dusun durian...
kalau ada janganlah pokoknya tinggi ...cari yang ada pokok durian buahnya tak
perlu tunggu angin untuk gugurkan buah durian dan tak perlu kita kutip..."
"Maksud engkau....?"
"Pokok durian yang buahnya kita bisa petik ..."
"hehehe lagi best macam tu...tak perlu tunggu angin...tak perlu kutip hanya petik
heheehe ada ke pokok durian macam tu ye...."
"Ada...tak caya tengok dalam gambar tu...tapi pandang ajalah ye....hehehe"
"hehehe durian oh! durian."
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
24 Muharram 1435H
28 November 2013M

- UKHUWAH SYURGA MEWANGI DI HATI
DALAM HATI ADA TAMAN,
TAMAN KASIH BERBUNGA IMAN,
NIAT HATI MENCARI TEMAN,
TEMAN BAIK LAGI BERIMAN.
TEMAN BAIK LAGI BERIMAN,
MENGANGGAP TEMAN AHLI SYURGA,
BILA BERKATA MENDATANGKAN IMAN,
ITU LAMBANG TEMAN BERHATI SYURGA.
SESAMA KITA MENGANGGAP AHLI SYURGA,
ADAP DAN SANTUN BILA BERBICARA,
KEPADA SEMUA SILATURAHMI TERJAGA,
TERPADAMLAH SEGALA DENDAM MEMBARA.
SUASANA SYURGA INDAH SEKALI,
TIADA TANDINGAN DI DUNIA INI,
AHLI SYURGA SENTIASA MENSYUKURI,
MENDAPAT NIKMAT YANG ALLAH BERI.
AHLI SYURGA SENTIASA MEMBERI SALAM,
SALAM SEJAHTERA SESAMA AHLI,
SENYUMAN TERUKIR KEINDAHAN SALAM,
MEMBERI MENJAWAB SALAM KEHEBATAN SYURGAWI.
AHLI SYURGA TIADA BERPERASANGKA,
SALING HORMAT MENGHORMATI MENJAGA HATI,
PADAH MENGUNDANG JIKA SUKA PRASANGKA,
AKAN TERJADI SALING MENYAKITI HATI.
BILA HATI SALING MENYAKITI,
PASTI UKHUWAH RETAK SERIBU,
HILANG SEGALA BAIK DAN BUDI,
MASYA-ALLAH RUGINYA JIKA BEGITU.
SEMUANYA LAYAK MENJADI AHLI SYURGA,
ASALKAN ADA SIFAT-SIFAT YANG ALLAH SUKA,
MARILAH KITA BERAZAM MENJADI AHLI SYURGA,
SALING MENTARBIYAH AGAR SYURGA PUN SUKA.
AHLI SYURGA SUKA MEMBERI SALAM,
AHLI SYURGA SUKA SALING BERMAAFAN,
AHLI SYURGA SUKA SEGALA AMALAN,
AMALAN SOLEH YANG ALLAH NILAIKAN.
KU BERI SALAM PADA SEMUA,
AHLI SYURGA YANG ADA DI DUNIA MAYA,
KUMOHON MAAF PADA SEMUA,
ATAS SEGALA KEKHILAFANKU DI DUNIA MAYA.
"IZINKAN AKU MENJADI RATU PUJANGGA DI HATIMU'
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA,
SAHABAT DUNIA AKHIRATMU
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
23 Muharram 1435H
27 November 2013M Ratu Rimba Niagara shared Ratu Rimba Niagara's photo.
IZINKAN KUBAWA KASIH SAYANGMU SAMPAI SYURGA
AKU BUKAN SEORANG RATU
AKU CUMA RATU PUJANGGA
RATU PUJANGGA HATIMU
SETIA BERPUJANGGA
ANDAI KAU SUDI TERIMA HADIAH
PUISI YANG KUKARANGKAN
AMATLAH KU HARGAI
SEUMUR HIDUPKU
SELAGI NAFAS TAK TERHENTI
IN SHAA ALLAH BERPUJANGGA
ANDAI NAFASKU TERHENTI
TELAH KUBINGKAIKAN PUISI-PUISI INDAHKU DI HATIMU
AGAR KAU TAHU BETAPA AKU CINTA DAN SAYANG AKAN KAMU
SEHINGGA DI SYURGA KUBAWA KASIH DAN SAYANGMU
MOGA KITA BERTEMU DI SYURGA MENYAMBUNG PERSAUDARAAN DEMI-NYA INI
IN SHAA ALLAH AAMIIN
RAKAN ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
21 Zulhijjah 1434H
26 Oktober 2013M
RAKAN ALAMMAYAMU YANG SUKA BERPUJANGGA
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 Muharram 1435H
29 November 2013M
RATU RIMBA NIAGARA
PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
25 Muharram 1435H
29 November 2013M
0 comments:
Post a Comment