Monday, 25 November 2013

YAKIN DENGAN TAKDIR YANG DITAKDIRKAN-NYA ITULAH




Assalam,
Sekadar menyampaikan salam pujangga dari rakan penulis Al-Maleeq Faisal ... hehe
  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh
    Salam dijawab dengan penuh hormat
    Tahniah buat rakan penulis Al-Maleeq Faizal...

    Kalau begitu bolehlah sponsor pergi ke Mekah Mukarramah ya ...
    Hai dah kawan baik tak akan boleh nak tolong kot...
    hehehe
    about an hour ago · Edited · Like · 1
  • Al-Maleeq Faisal JUJUR...Ya, itu yg seharus berlaku,
    Jujur dalam perhubungan yg tak disengajakan...
    Kesilapan kecil yg bermula dengan salah erti maksud yg difahami..

    Akhirnya timbul bibit2 kemesraan tanpa disedari..
    Terus berlalu membawa pautan kasih antara dua insan..
    Sampai masa kebenaran harus diketahui..
    Bukan niat untuk membohongi.. Bukan niat menyembunyi..
    Takdir ketika itu tidak menyebelahi..
    Hakikatnya niat hati adalah ikhlas..
    Ikhlas seikhlasnya untuk bersama seperti yg dilafaz..
    Bagaimana?? Untuk menyatakan ternyata berat sekali...
    Kelu lidah untuk berbicara...
    Khuatir timbul rasa kecewa.. Kecewa yg merobek hatimu..
    Dirimu telah lama menanggung sengsara..
    Hasrat hatimu tidak mahu sejarah lama berulang..
    Bagaimana harus ku yakinkan dirimu..
    Andai ini semua sememangnya takdir Ilahi..
    Yang telah diperlihatkan kepada dirimu..
    Yang kau temui di MasjidilNabawi suatu ketika dahulu..
    Hanya dirimu yg mengetahui... Apa mahumu....
    Aku akan berusaha. mengumpul segala kekuatan..
    Untuk menyatakan segala kebenaran tentang diriku..
    Bila mana semuanya telah terlihat.. telah diketahui..
    Aku Redho akan ketentuanNya.. DaripadaNya...
    Melalui keputusanmu..

    @ Al-Maleeq Faisal
    Nov 25. 2013.
  • Al-Maleeq Faisal Dari riak tuturmu kutahu,
    Gaya lenggok bahasamu,
    Mentafsirkan perasaan hatimu,

    Dirimu dirundung kegelisahan,
    Antara persimpangan dilema,
    Rasa resah hati memikirkan,
    Jejaka mana pilihan hati,
    Disini kaurasa bersalah disana kau rasa sayang,

    Andai kau tahu,
    Aku merasakan diriku obses kepadamu,
    Matamu.. bibirmu..pipimu.. dan juga senyummu..
    Membuatkan aku lebur dalam ghairah..
    Tubuhmu..
    Harummu..Hatimu semua aku mahu,
    Ingin jua ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu,
    Nak ku luahkan perasaanku,
    Membisikkan aku cintakanmu gilakanmu..
    Dengan harapan agar kau tahu... semoga kau tahu..

    Tetapi bak kata pepatah,
    Mencintai tak semestinya memiliki,
    Aku bahagia melihat dirimu bahagia..
    Jika itu pilihanmu yang pasti..
    Jangan kau lihat yang jauh jika yang dekat itu bisa membahagiakanmu,
    Aku rela undur diri meskipun sakit hati ini,
    Ku yakin Tuhan itu maha adil,
    Dia merencanakan yang terbaik untuk dirimu,
    Pergilah sayang janganlah berpaling..

    @ Al-Maleeq Faisal

    #SekadarHiburanTiadaKaitanSamaadaYgHidupAtauMati
  • Al-Maleeq Faisal Dalam ku mengejar kebahagiaan..
    Aku akui terleka sejenak, 
    Aku terlupa akan siapa diriku yg sebenar..

    Insan yg tak punyai apa-apa..
    Jauh sekali untuk dibandingkan dengan apa-apa..
    Apatah dengan dirimu yg tiada terkata tolok bandingnya..
    Bagiku dirimu terlalu sempurna..
    Aku akui mencintaimu sepenuh hati..
    Cinta yang jauh dilubuk hati..
    Ikhlas seikhlasnya...
    Tapi aku khuatir apabila tiba waktu ketika..
    Engkau ketahui akan siapa aku sebenarnya..
    Dirimu akan merasa kecewa kerna aku tiada seperti yang kau sangka..
    Terngiang pepatah mengatakan
    Mencintai bukan semestinya memiliki..
    Aku akui kebenaran itu..
    Izinkan aku undurkan diri agar kau bisa kecapi kebahagiaan itu
    Bersama insan yang benar-benar layak..
    Pantas untuk dirimu..
    Aku lebih rela derita dari melihat dirimu merasa kecewa..
    Biar ku teruskan langkah kaki ini menyusuri arus masa
    Dengan derita yg ku tanggung selama ini....
    Kubawa bersama kenangan manis tentangmu..
    Sehingga akhir nafas ku...
    Ku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat..
    Anggaplah aku hanya sebagai angin yang berlalu..
    Angin yang menyentuh pipimu dan akhirnya hilang...

    @Al-Maleeq Faisal
  • Al-Maleeq Faisal hehe.. sekadar karya yg ingin dikongsikan bersama Ratu Rimba Niagara.... Jazakallahu Khairan.. 
  • Ratu Rimba Niagara Memang benarlah kau layak menjadi pujangga alammaya Dr Pakar Merawat Cinta ye...
    hingga tak terkata aku mendengarnya...hehehe
    tapi aku cuma percaya setiap kata-kata yang baik itu datang-Nya dari Allah swt
    yang lemah itu daripada kelemahan sendiri
    yakin dengan kata baik maka teruskan
    jika was-was dengan takdir Allah swt faham sendiri ye...
    kita cakap je...hehehe

WWW

0 comments:

Post a Comment

 
;