Saturday, 26 July 2014

DENGAN RASA KEINSAFAN KUSAMBUNG SILATURRAHIM DENGANMU



DENGAN RASA KEINSAFAN  KUSAMBUNG SILATURRAHIM DENGANMU

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada semua rakan FB, Group, Page &  Semua Rakan Alammaya

Di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari duduk bersimpuh di harapanmu
memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan perbuatan, tutur kata dan penulisan
yang tidak menyenangkan hati semua.

"Tidak beriman seseorang itu jika dia tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari memutuskan silaturrahim
tidak masuk Syurga si pemutus silaturrahim. sehinggalah dia mengasihi saudaranya itu sepertimana dia mengasihi diri sendiri."

Si pemutus silaturrahim tidak masuk Syurga
Si pemutus silaturrahim jauh daripada rahmat Allah swt
Si pemutus silaturrahim tidak mendapat syafaat nabi Muhammad saw
Si pemutus silatarrahim tempatnya di neraka

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
begitu murkanya Allah swt dan marahnya Nabi Muhammad saw 
kepada si pemutus silaturrahim
tidak mendapat Rahmat Allah
tidak mendapat syafaat Rasululllah

Rugi ...Rugi...Rugi...
Rugi dunia akhirat bagi si pemutus silaturrahim

Atas rasa keinsafan saya ingin menyambungkan silaturrahim yang telah lama terputus
terputus kerana kekhilafan saya sendiri sehingga membuatkan rakan fb, rakan groupdan rakan
alammaya berkecil hati kepada saya selama ini.

Sudilah maafkan segala kesilapan yang selama ini terbuku di hati rakan-rakan alammaya semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H MAAF ZAHIR DAN BATHIN


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada,


Ratu Rimba Niagara,
29 Ramadhan 1435H
27 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment

 
;