NUSANTARA SEHATI SEJIWA (416) SEANDAINYA AKU MATI TIBA-TIBA
C
Masya-Allah...
malunya aku bertemu Allah...
andai Allah perintahkan malaikat-Nya..
mencampakkan rohku ke dalam neraka paling bawah
kerana amalan yang kulakukan selama aku berhidup tidak satupun diterima Allah... nauzubillah
aku mati dalam keadaan Allah murka
aku bawa segala sifat-sifat mazmumah sifat yang tercela
aku bawa sifat sombong
aku bawa sifat riak berbangga diri
aku bawa sifat hasad dengki
aku bawa sifat bakhil tamak haloba
aku bawa sifat dendam kesumat
aku bawa sifat suka menghina mengumpat menfitnah munafik
hutang piutang yang tak kujelaskan
sifat-sifat mazmumah yang wujud walaupun sebesar zarrah telah memakan amalanku yang banyak seperti api membakar daunan kering
dosa dengan Tuhan DIA Maha Pengampun
walaupun dosaku banyaknya seperti buih-buih di lautan akan diampunkan-Nya...
tapi jika dosa dengan manusia selagi manusia itu tidak memaafkan aku
amat malanglah aku...
seandainya aku mati tiba-tiba ...pasti aku menyesal kerana tak sempat untuk meminta maaf maka sebelum aku mati tiba-tiba aku duduk bersimpuh di hadapan semua yang mengenaliku di alam nyata mahu pun di alammaya sudi memaafkan aku...aku manusia yang tak sempurna sehingga menyebabkan hatimu terluka sedangkan untuk menjadi penghuni Syurga Allah mesti menjaga setiap patah perkataan agar tidak membuatkan hatimu terluka atau tersakiti, atas tidak kesempurnaanku ehsanlah padaku sudi maafkanku, percayalah kita dikenalkan Allah untuk saling berkasih sayang dan saling membantu untuk menjayakan misi dan visi kita sebagai khalifah Allah di bumi-Nya sehingga ke hujung nyawa.
seandainya aku mati tiba-tiba...
jika belum sempat aku membayar hutang piutangku hendaknya pewarisku
langsaikan hutangku kerana aku tak mahu mati dalam roh yang tergantung-gantung...
seandainya aku mati tiba-tiba...
kepada semua yang terlibat mengusahakan hasil sastera yang kutulis di ketika ini atau di masa akan datang berkurun lamanya keuntungan bahagianku infakkan ke jalan-jalan Allah. Kerana aku pernah bercita-cita menjadi seperti Siti Khadijah isteri Rasulullah ..andainya tulang belulangnya boleh dijual untuk ke jalan Allah jualkanlah. Allahu Akbar kata-kata yang cukup menginsafkan aku.
Ya Allah
mati adalah saat yang terindah bagi seorang hamba untuk bertemu-Mu...
tapi aku malu bertemu-Mu
selagi Engkau tidak ampunkan dosaku
selagi hamba-Mu tak maafkan kesalahanku...
Ya Allah berilah aku peluang
untuk melakukan segala amalan soleh dan segala kebaikan yang engkau redhai
sebelum bertemu-Mu...
Aku mahu menjadi penghuni Syurga-Mu
kerana mahu Memandang Wajah-Mu berdekatan dengan kekasih-Mu Rasulullah
sebab itu aku redha
Allah Tuhanku
Kabbah kiblatku
Al-Quran kitab-Mu
Muhammad nabiku
Islam agamaku
Muslimin muslimat saudaraku
AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin
Moga Engkau Perkenankanlah Ya Allah,
........................................................
aku milik-Mu Allah,
17 Muharram 1437H
30 Oktober 2015
0 comments:
Post a Comment